BAB1
"Sudikah awak berkahwin dengan saya?"kata lelaki handsome itu.Ketika itu aku berasa sungguh bahagia.Tidak ku sangka lelaki yang menjadi pujaan ramai wanita akhirnya akan menjadi milikku.Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang memekik-mekik nama ku.
"Hanan Asyikin!! Bangun sekarang.Matahari dah tegak atas kepala tapi tak reti-reti lagi nak bangun. Hish apa nak jadi la dengan budak ni nama je anak dara tapi tak macam anak dara orang lain pun" nyaring suara ibu memarahiku.
"Aduh!"alamak malunya aku mimpi sampai jatuh katil.Ni la padah dengar suara ibu yang merdu kalah Siti Nurhaliza tu.
"Astargfirullahhalazim budak ni.Macam mana tidur sampai boleh jatuh katil"ibu dah nak mula syarahan dia yang sememangnya panjang lebar sampai cair tahi telinga aku..hikhikhik."pukul 12 tengah hari baru nak bangun apa punya anak dara la kamu ni Hanan.Ibu nie sorang-sorang berperang kat dapur untuk siapkan makanan untuk kita sekeluarga tapi kamu mimpikan apa entah sampai jatuh katil lepas tu sedap-sedap je bangun makan kan.Amboi langsung tak tolong ibu.Jangan-jangan kamu mimpi kahwin dengan anak raja tak?"
alamak macam mana ibu boleh tahu nie.uaaa malunya aku..
"eh3 tak la bu bukan mimpi kahwin dengan anak raja tapi jatuh katil sebab dengar suara ibu yang merdu tu"aku ketawa sendiri dengan kata-kata ku tanpa menyedari sepasang mata sedang merenung ku seperti harimau nak terkam mangsanya."kamu nie dah lah perempuan anak dara pulak tu.Ketawa macam pontianak,ngeri tau ibu dengar.Cuba kamu tngk Balqis anak mak cik Esah kamu tu.pagi-pagi dah.."
tanpa ibu sempat menghabiskan kata-kata pujian kat si Balqis aku stop kan ibu..argh!!ngee...bila ibu mula puji anak orang lain telinga aku dah tak boleh tahan terus.Rasa nak meletup pun ada.
"ibuku sayang kan anakmu yang tercinta ni dah bangun so dah-dah la ye..ibu nak Hanan buat apa semua Hanan akan buat ye bu.Jangan marah ya bu."aku cuba memujuk ibuku.aju tahu marah ibuku takkan lama punya lah.Aku yakin itu
"banyak la kamu punya alasan.Nak buat itu la ini la tapi semua tak buat.Hampeh tau."kata ibu dengan riak muka yang dibuat2 sedih.
****
"em wanginya bau.ibu masak apa tu bu?"soal Asy untuk memancing perhatian ibunya
"ibu masak ikan asam pedas untuk kamu la.Kamu kan suka sangat dengan asam pedas tu"kata ibu sambil memandang ku dengan senyuman.
fuh lega angin ibu dah baik.Kan aku dah kata ibu sekejap je marah nya kan aku anak tunggal kesayangan dia.hakhakhak.banyak la kau punya perasan Asy,bila ibu kau marah gila kat kau dia kejar jgak kau dengan batang lidi.em nasib2.
"Apa yang dibualkan ni ibu,Asy?"kata ayah yang semestinya baru pulang dari kebun.Ayah hobinya suka ke kebun sejak bersara ni.Walaupun dah 50-an tapi ayah masih gagah lagi dalam melindungi kita orang sekeluarga.aku hapy ada keluarga yang menyayangi ku."Wah bestnye lauk hari nie bu"kata ayah kepada ibu."ada apa-apa ke?"
"Ish abang nie mana ada apa- apa ,saja je Jah masak lauk lebih sikit hari ni" kata ibu dengan riak yang sedih.Aku mendengar keluhan dari mulut ayah tapi tanpa sempat aku sempat bertanya ayah sudah memberi arahan vetonya."Asy lepas asar nanti tunggu ayah dan ibu kat ruang tamu,ayah ada benda sikit nak cakap"dengan suara macam ni aku dah cam sangat ada benda serius yang ayah nak bincangkan dengan ku.Aku tidak berani untuk melawan kata-kata ayahku yang serius.Di kampung aku kat Kelantan ayah aku terkenal dengan panggilan cikgu Hamid maklumlah ayah aku bekas cikgu yang garang dan terkenal dari dulu sampai sekarang tapi ayak ku tidak pernah memarahi ku cuma apabila dia mengeluarkan arahan aku tidak akan berani untuk melawannya."baik ayah nanti lepas asar nanti Asy tunggu ayah dengan ibu kat sana tapi kalau lewat lima minit maaf lah ya hehehe"boleh buat lawak lagi time-time macam nie ya.Ish!Hanan Asyikin betul la aku ni.Tapi apa ya ayah nak bincang dengan aku?ayah nie buat suspen betul..
Dear Readers
Thursday, 22 September 2011
hadirnya cintamu yang terindah(BAB 3)
“wah bestnya jalan-jalan sambil cuci mata ni kan Balqis?Em selalu aku dengar aje pasal tempat ni tapi akhirnya aku dapat juga sampai sini.Terima kasih ya Balqis sebab sanggup bawa aku ke sini malam ni.”aku berterima kasih kepada Balqis walaupun separuh hari dia sudah bekerja dan letih tetapi sanggup membawa aku keluar malam ini round-round Pavillion.
“Ala kau ni kita kan datang nak enjoy yang kau buat muka sedih and berterima kasih dengan aku tu apesal?macam la kau tak pernah menyusahkan aku tau.”kata Balqis.
“Erm ye la aku bukan apa kau kan sudah kerja hari ni mesti kau letih then aku ajak pulak kau keluar.sory banyak-banyak ya”kataku dengan muka yang dibuat-buat sedih.
“Erm banyak la sory kau.sory naik lori la.no hal la.aku tak berkira langsung dengan kau tahu tak.Woi yang kau nak jiwang ni kenapa?amboi ke nak suruh aku belanja kau makan pulak.kan tadi kau dah makan kat rumah tadi.Ish, takkan perut kau ada space lagi tak?ei makan banyak sungguh la kau ni.nanti jadi bulat baru kau tahu.”balqis tahu walaupun kawannya makan banyak tetapi badan Asy tidak gemuk-gemuk sehingga ada orang bertanya tip menjaga badan daripada Asy di sekolah mahupun di universiti.Asy bukan nya tahu sangat dia main hentam aje bagi tip kat orang lain.Kadang-kadang apabila mengingati perangai Asy yang satu tu Balqis boleh ketawa sendirian.kelakar betul kawan aku si Asy ni!
“Ala kau nie tahu-tahu je la aku kan makan...gedebuk!aduh!”tiba-tiba Asy jatuh rebah menyembah lantai.Orang awam yang berada di tempat tersebut ada yang ketawakannya dah ada yang memberi muka simpati.malu gila beb!Dengan perasaan geram bercampur marah Asy cuba melihat siapa manusia jahanam yang melanggarnya.
“Woi kau ni buta ke hah?tak nampak ke aku ni sampai kau boleh redah macam tu aje”marah Hanan Asyikin kepada insan yang melanggarnya.Dia cuba melihat siapakah gerangan manusia tersebut tetapi topi dan kaca mata hitam yang dipakai oleh si dia menyukarkan Hanan Asyikin untuk melihatnya.Tapi yang pasti si dia adalah lelaki!
“Kau la yang buta!sedap-sedap je kau tuduh aku kan.Dah la jalan sambil berbual dah tak ingat keadaan kat sekeliling.Ei perempuan memang macam ni”Bidas lelaki tersebut.
“Apa kau cakap aku yang buta.hoi! kau la, aku yang besar macam ni pun kau boleh rempuh lagi.Bodohla kau ni patutnya kau dah nampak aku sibuk berbual 'hal negara' dengan kawan aku yang kau tak elak apesal?!”suhu kemarahan Hanan Asyikin dah mula naik.Boleh jantan jahanam kata aku yang buta padahal dia yang rempuh aku dulu sampai jatuh.malu wei.jatuh air muka aku kat shopping complex ni.Dengan perasaan yang geram barcampur marah juga lelaki tadi membuka topi dan kaca mata nya.Balqis yang berada di sisi ku dah terpegun tengok wajah lelaki itu tetapi aku sebaliknya.tidak tergugat lansung!
“Nak berbual bukan kat sini kau tahu!kat sini tempat orang shopping”kurang ajar betul minah ni dah lah volume suara dia kuat lepas tu dia berani pulak marah aku kat public place macam ni. Sebelum ni mana ada satu orang pun yang berani tengking aku.Berani sungguh minah ni dia belum tahu aku siapa!
“Sudah-sudah Asy malu la kat orang ramai.Maaf ya encik kawan saya macam ni”ikutkan hati Balqis dia pun tak ingin minta maaf dengan lelaki tak guna ni.Dahlah langgar orang tapi tak minta maaf pun.ni dah terbalik pulak.Dia menyampuk pun sebab dua-dua tak nak mengalah so terpaksalah dia masuk campur.
“Ah baguslah ajar kawan awak ni sikit macam mana nak minta maaf dengan orang lain”kata si lelaki dengan angkuh.
Berasap telinga Hanan Asyikin mendengarnya.Dia sudah menyelak lengan bajunya untuk 'berperang' dengan lelaki itu tapi sebelum dia sempat memulakan niatnya itu Balqis sudah mengheretnya dengan tergesa-tergesa untuk beredar dari tempat itu.Argh panas hati dia.Dia tidak suka orang menghalangnya dari berbuat sesuatu.lagipun dia anak tunggal bila bergaduh aje dengan orang lain dia selalu nak menang.itulah Hanan Asyikin!
“Yang kau mintak maaf dengan mamat tak guna tadi kenapa?”marahku
“Ala kau jangan la marah aku pulak.Aku bukannya apa aku tengok kau dengan mamat handsome tadi dua-dua tak nak mengalah.Itu yang aku masuk campur.Ramai beb orang tengok tadi.Malu aku!Yang mamat handsome tadi pun memang kurang ajar ada ke dia langgar kau tapi dia kata kau yang buta.Menggelegak telinga aku dengar kau tau tak!”Kata Balqis dengan marah yang teramat sangat.
“Apa kau panggil dia??mamat handsome.Banyak la kau handsome muka macam sambal belacan pun kau boleh kata handsome.Dah la perangai kurang ajar.Ish sumpah aku benci dia tujuh keturunan!”Hanan Asyikin memang sebal dengan mamat tadi.eii kalau aku jumpa dia sekali je lagi aku maki dia habis-habis sampai dia tak nak tengok muka aku.
“kau jangan, nanti kau tersangkut dengan dia baru kau tahu.Kot-kot ada jodoh mana tau kan.Lagipun mamat tadi boleh tahan jugak,sejuk mata aku memandang.kalau dia dapat jadi pakwe aku confirm aku takkan lepas punya!”Balqis berkata dengan nada mengusik
“Eii mintak jauhla.simpang malaikat 44!!Sudah-sudah.Jangan cakap pasal dia lagi aku dah tak nak dengar dah.Sekarang jom balik dah melayang mood aku nak round-round kat sini”
Aku dan Baqis bergerak menuju tempat parking kereta untuk pulang ke rumah.
Tok tok tok!
“Woi cepat la Asy buka pintu ni.Kaki aku dah nak patah berdiri kat luar ni!”
Balqis menjerit di luar rumah.Ish minah ni tak reti nak sabar langsung.
“Ye aku datang la ni”cepat-cepat aku menuju ke arah pintu.
“Assalamualaikum.Tak baik tau kalau kau tak jawab salam.Nanti Tuhan marah”Balqis menyindirku
“waalaikummussalam tuan puteri.Yang tuan puteri tak bawa kunci rumah tu apesal?”kata ku dengan nada yang konon-kononnya geram
“Ala kau ni aku lupa la tadi.Ni hah sebenarnya aku ada hal sikit nak cakap dengan kau.Pasal kerja”kata Balqis.
“Hah pasal kerja?ya ke?kerja apa?kat mana?”Aku menyoal Balqis dengan soalan yang bertubi-tubi.
“Ish kau ni bawak la bersabar sikit nanti la aku bagi tahu kau.Ni hah kat office aku tak ada penyambut tetamu so untuk job ni ada la kosong.Apabila staf aku beritahu pasal ni aku terus teringat kat kau.kau kan kata kerja apa pun tak apa asalkan gaji halal so buat sementara waktu ni kau kerja la kat office aku tu.Lepas tu kau cari la kerja yang sesuai dengan kelayakan kau hah.Amacam nak tak?”em harap-harap si Asy ni setuju dengan cadangan aku.
“Ooo ya ke?kalau macam tu baguslah.Aku on je yang penting halal”erm belajar tinggi-tinggi tapi penyambut tetamu je kerja aku.hai apala punya nasib.Erm tapi tak apa.Sementara aje ni.
“ok kalau macam tu esok kau ikut aku pergi office.Dahla aku nak mandi and solat dulu ni.Tak sempat nak solat kat office tadi.Kau dah solat belum tak baik tau lengahkan waktu solat.”nasihat Balqis kepadaku.
“aku dah solat tadi.Kau pergi la solat dulu.Jap lg kita story-story pasal hal kau kat pejabat”kataku dengan sengihan.
Setelah Balqis berlalu pergi aku segera mencapai telefon bimbit ku untuk menelefon kepada ayah dan ibuku.Sudah lama aku tidak berbual dengan ibu dan ayah.Mesti aku telefon sekarang ni kena dengar ibu membebel.he he he.Lantaklah yang penting aku pandai tackle ibu.
“Assalamualaikum ibu” Dengan sopan aku memberi salam.
“Hah kamu Asy ingatkan dah tak pandai nak telefon ibu kat kampung ni”bebel ibu
“ibu ku yang tersayang tak baik tau tak jawab salam nanti tuhan marah.”kataku
“Ibu dah jawab la.Jawab dalam hati.Yang kamu tak telefon ibu dan ayah ni kenapa?dah lupa kita orang ek.Sampai hati kamu Asy.Ibu sedih tau dah la berpisah dengan Asy jauh.” Tangisan ibu kedengaran.
Hai ni bab yang aku lemah ni.
“Ibu jangan sedih ya ibu.Lagipun Hanan kan baru telefon je ibu.So sebab tu lah Hanan tak telefon ibu.Ibu Hanan minta maaf ya” Macam ni lah aku time ibu menangis or marahkan aku.Aku akan membahasakan diri aku Hanan dan bersuara manja untuk menyejukkan hati ibu.Aku tak boleh lihat ibu menangis nanti aku juga akan turut menangis sama dengan ibu.
“Ye lah tu.Kamu bukannya boleh percaya sangat nanti buat lagi.Lain kali kalau kamu tak telefon ibu lagi ibu malas kawan dengan kamu lagi.”kata ibu dengan nada merajuk
“Ye la ibu lain kali Hanan selalu telefon ibu ya.Ibu sihat tak?Ayah pulak macam mana sekarang?”soalku
“Alhamdulillah sayah dan ibu sihat je.Ayah tu macam biasa la sibuk dengan kebun dia.Sekarang ni pun dia tak ada kat rumah sibuk dengan kebun dia la.Asy macam mana dah jumpa kerja yang sesuai ke?”tanya ibu kepadaku
“tak lagi bu.Asy ingat nanti Asy nak pergi temuduga la ibu dengan kelayakan Asy”jawabku.
“Baguslah.Kamu jangan cari kerja yang tak sesuai dengan kamu pulak.Bukannya Asy ni boleh diharap sangat nanti jadi budak cleaner pulak.Jangan tau Asy ibu tak suka.”pesan ibu dengan nada yang tegas.
“Ala ibu ni budak cleaner kerja juga yang penting halal kan bu”pujukku
“Kamu jangan nak mengada-ngada.Belajar tinggi-tinggi tapi kerjanya tak sesuai.Ingat pesan ibu.Ibu tak suka Asy kerja main hentam je tau”Pesan ibu.
“Okay boss!Asy akan ingat.Okay lah ibu.Lain kali kita cakap pulak.kirim salam kat ayah ya ibu.Assalamualaikum.”Aku menamatkan perbualan.
Hurm aku nekad untuk mencari kerja.pasal kerja kat office Balqis tu kira cancel la.Time darurat baru aku kerja kat situ!itupun kalau ada lagi job tu.Lagipun kalau ibu tahu aku kerja sebagai penyambut tetamu mampus!
“Woi kau mengelamun apa tu?”sergah balqis.Takkan
“Ish kau ni berapa kali la aku nak pesan kat kau hah?Jangan sergah aku macam tu.Lemah semangat aku tau.”kataku dengan marah
“Ala bucuk-bucuk.kau janganla marah aku gurau je.Kalau marah nanti muka cepat tua tau.ha ha ha.Amacam setuju 100% ke nak kerja kat office aku?” soalnya
“Hurm tadi aku call ibu aku.Dia dah bagi warning awal-awal jangan cari kerja yang tak sesuai dengan kelayakan aku.So aku kira cancel la dulu.Aku nak pergi cari kerja la esok.”kataku dengan semangat yang berkobar-kobar.
“okaylah aku ikut kau je.Kalau macam itu esok kau pergi hantar aku kerja lepas tu kau guna lah kereta aku.tak payah guna kenderaan awam lah.Sekarang ni kan bahaya macam-macam boleh jadi tambah pulak kau yang cantik keluar sorang-sorang bahaya kau tahu nanti jadi apa-apa aku jugak la kena menjawab dengan ayah dan ibu kau.Ingat tau pesan aku tu.jangan merayau tau.lepas interview terus bal....” nasihat Balqis.Takkan
“Stop!kau ni kan mula-mula bagi nasihat lepas tu masuk la part membebel.Ye la aku tau la.Sayang juga kau kat aku ya tapi kan......”kataku dengan meleret
“hah tapi apa?”Balqis menepuk pahaku
“Aduh kau ni sabarla.tapikan kalau kau kahwin nanti mesti husband kau dengar kau membebel tiap-tiap hari kan,hai cair la tahi telinga dia nanti lepas tu husband kau cari lain betul tak”kataku saja untuk mengenakan Balqis.Takkan
“Hanan Asyikin!!!”jerit Balqis.
Aku pun tanpa melengahkan masa buka langkah untuk lari dari 'dikerjakan oleh Balqis.berlakulah aksi kejar mengejar.Petang itu apartmen yang kami duduki riuh rendah dengan ketawa ku dan Balqis.Sesungguhnya kami bahagia!
Tuesday, 20 September 2011
hadirnya cintamu yang terindah(BAB 2)
BAB 2...
Aku tidak sangka akhirnya aku sudah sampai ke kota metropolitan yang terkenal di Malaysia iaitu Kuala Lumpur.Aku tidak menyangka yang aku akan menjejakkan kaki ke sini tanpa kedua orang tua ku..Belum sampai sehari aku berada di sini aku sudah mula rindu kepada ayah dan ibu.Tapi aku redha dengan semuanya kerana keputusan ayah dan ibuku yang menyuruhku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur dengan kawan baikku Balqis merangkap jiran kami adalah yang terbaik kerana keputusan mereka selalu tepat.Kata-kata ayah dan ibu masih ku ingat ketika ayah memberitahu hal ini kepada ku.
“Asy, ayah harap Asy mengikut Balqis ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.Mulai hari ini Asy kena balajar berdikari tanpa ayah dan ibu.”
“Tapi ayah, Asy tidak menerima mana-mana tawaran pun kat kl ayah.Macam mana Asy nak ikut Balqis.Takkan duduk goyang kaki je.” masa-masa ayah serius macam ini pun aku bolah ketawa lagi memang sengal sungguh la aku nie.ngee..
“Asy sampai bila Asy nak bergantung pada ayah dan ibu?Nanti bila kita orang meninggal siapa lagi yang hendak jaga Asy.Sekurang-kurangnya kalau ibu dan ayah meninggal sekalipun Asy dah ada pekerjaan tetap.Hurm untung apa ada ijazah dalam bisnes tapi tidak digunakan.Asy dengarlah cakap ibu ini ya nak.” ibu memberitahu dan memujukku dalam nada suara yang sedih.
“Ish apa yang ibu merepek ini.Yela yela Asy akan ikut Balqis nanti ke Kuala Lumpur.Yang penting ibu jangan cakap macam itu lagi ya.Asy selalu doakan ibu dan ayah panjang umur.”aku terus memeluk ibuku sambil menangis teresak-esak.argh! Emosional pulak jadinya.
“woi, kau dah berangan sampai London ke?”
“Astargfirullahhallazim budak ni.susah sangat ke kau nak bagi salam kat aku.Ini tak main terjah je.Mujurla aku ni tak ada penyakit jantung kalau tak dah lama k.o kau tahu.Hei Balqis aku cakap dengan kau ni.Yang kau buat muka blur kenapa?nak merasa flying kick aku ke macam mana hah?”marah aku kepada Balqis sahabat baikku.Dia ni memang macam ni suka main terjah je.Hurm..malang betulla siapa yang jadi suami dia.he he he
“Amboi minah ni.Aku saja la gurau dengan kau itupun nak marah.Erm okay la aku nak pergi solat dulu ni lain la kau A.B.C(Allah bagi cuti) kan.So sambungla angan-angan tahi ayam kau yang nak kahwin dengan anak raja tu.”kata Balqis dengan niat untuk mengusik ku.Balqis berkata sambil ketawa besar.
“Nur Balqis Razali!!!”tapi belum sempat aku hendak menghadiahkan cubitan ku yang berbisa pada Balqis dia sudah pun lari untuk menunaikan solat.Minah tu part mengelat memang dia cepatla.Terba ntut niatku yang satu itu.Tapi aku suka ada kawan macam Balqis baik,jujur, dan langsung tidak berkira dengan ku.Aku datang ke Kuala Lumpur pun menumpang sewa satu rumah dengannya.Dia memang kawanku dunia akhirat.Malam ini aku berhasrat untuk tidur awal kerana badanku letih akibat seharian berada di dalam bas untuk sampai ke sini.Apa punya bas la sampai sakit badan-badan aku.
*****
tok tok tok!!!
argh kacau orang sungguh la.Si Balqis ni pun satu kalau nak pergi kerja sekalipun pergilah jangan la kejutkan aku yang nak tidur ni.Dengan perasaan malas dan mengantuk aku menuju juga ke arah pintu.Selepas pintu terkuak aku terkejut dengan penampilan Balqis yang cantik dan elegen.Dengan baju yang berimej korporat dan warna tudung yang sama warna dengan bajunya Balqis tersenyum memandangku.Argh sudah mula perangainya yang terlebih perasan cantik itu!Hoi Balqis aku lagi cantik la.ha ha ha.masuk lif tekan sendiri la pulak!..
“Kau ni nak pergi kerja ke nak pergi cari jodoh hah?”kataku
“Dua-dua sekali.”ei gedik la pulak.
“suka hati kau la.Janji kerja jalan.Kau tolong la tengokkan untuk aku ya kot-kot ada pekerjaan kosong ke aku terima semunya yang penting halal.”kataku kepada Balqis sambil memaparkan muka seposen.
“sudah sudah.Kau tak payah la buat muka seposen kau tu.Nanti aku tolongla kau cari pekerjaan untuk kau ya”mencebik!
“Bertuah kan kau selepas graduate terus dapat pekerjaan.Lain la aku ni tiada siapa nak ambik aku jadi pekerja.Ye la kalau dia orang ambik aku nanti semua staf lelaki tak buat kerja la asyik sibuk tengok aku yang cantik ni je.Tu tak ada orang nak ambik aku kot.” ha ha ha
“banyak la cantik muka kau.perasan!okay lah melayan kau sampai minggu depan tak habis.aku nak pergi kerja dah ni.Jangan la bangun lewat.Kalau boleh kau kemas la rumah ni sikit-sikit ya nanti aku sambung pulak.Makanan aku dah sediakan atas meja kat dapur tu.makan elok-elok tau jangan gelojoh nanti tercekik aku pulak yang susah nak kena bayar bil hospital kau.hahaha.Assalamualaikum and satu lagi jangan merayau sorang-sorang kat kawasan ni.bahaya tau”Balqis mengingatiku satu persatu.
“yes bos!”aku menjawab dengan lagak seorang pekerja sedang menerima arahan.Mujur la ada sepupu Balqis yang menyewakan rumah ini untuk kami.Lagipun abang Balqis sudah menghadiahkan Balqis sebuah kereta Myvi berwarna putih so senang la aku dengan Balqis nak merayau.Tak perlu naik pengangkutan awam. Hi hi hi .Aku harap Balqis dapat membantuku mencari kerja.Selepas Balqis pergi kerja aku terus menyambung lenaku kembali..
Telefon kesayanganku Nokia E6 sedang menjerit-jerit menyuruhku menyahut panggilan telefon tersebut.Aduh kacau daun betul la!marahku
“Hello”
“Hoi kau dah bangun ke belum hah?kau buat tak apa yang aku suruh tadi?jangan-jangan kau tidur lagi tak?”Balqis menyoalku bertubi-tubi tanpa sempat aku menjawab
“yela aku nak bangun la ni.kau ni kan.bagi lah chance kat aku nak tidur sekejap lagipun pagi lagi ni”kataku dengan suara yang malas
“hah! Pagi kau kata.Woi sekarang dah pukul 12.17 minit kau kata pagi lagi.Aish apa nak jadi lah budak ni.Aku tak kira kau bangun mandi sekarang!”Balqis di hujung talian membebel macam ibu kat kampung.Hurm masak la kalau macam ni.
“yela aku bangun sekarang ya nenek kebayan ya.Okay la bye sayang kau!!!”sebelum kena sembur lagi aku cepat-cepat putuskan talian.ha ha ha.Jahatkan aku!Selepas siap mandi dan mengisi tangki perut aku ni aku memulakan aktiviti hari ini dengan mengemaskan rumah yang sudah berhabuk ni maklumlah rumah ni dah lama dibiarkan kosong sebab sepupu Balqis yang mendiami rumah ni berhijrah ke luar negara.Selepas siap mengemas rumah aku menonton televisyen di ruang tamu.Hai selamatlah rumah ni semua kelengkapan dah ada.aku dan Balqis cuma menyewanya tanpa perlu membelikan sebarang keperluan tambahan.Selamatlah ada televisyen kat rumah ni.kalau tidak kebosanan la aku kat rumah ni sorang-sorang.Menurut Balqis rumah yang kami duduki ini ialah rumah sepupunya.sepupu Balqis pergi ke luar negara sebab dapat pekerjaan di sana dan tawarannya lebih baik.Jadi rumah ini dibiarkan kosong.Macam mana la hari pertama Balqis kerja.eii tak sabar aku nak tau.Nanti dia balik ni aku nak dia ceritakan dari a sampai z macam mana perasaan dia kerja hari ini. Haha bestnya!
Subscribe to:
Posts (Atom)