Dear Readers

Wednesday, 9 January 2013

Bab 13 Hadirnya Cintamu Yang Terindah



 “Puihhh..Air apa yang awak buat ni ? tak pandai buat air ke awak ni hah ? jerkah Tengku Izham kepadaku.

“Air Nescafe yang Tengku minta la yang saya buatkan. Kenapa Tengku?” jawab ku dengan sedikit teragak-agak. Apa kes pulak kali ni?

“menjawab la awak kan. pahit semacam je air ni. Awak tak taruk susu ke apa ? hmm perempuan apa la awak ni setakat buat air pun tak pandai” ujarnya. Sinis. Memang menyakitkan hati aku je kerjanya..

“Apa pulak ni Tengku saya buat air selalu okay je. Ke Tengku yang tiada deria rasa? Hah ambik kau sebijik. Aku mula berangin .Memang pantang kalau orang mula mengomen hasil kerja ku. Dia tak tahu ke air yang dibuat dari air tangan aku rasanya meletop. Aku ulang sekali lagi ya rasanya meletop. Ibu, ayah dan Balqis semua setuju air yang aku buat sedap da bomb. Tapi lain pulak dengan mamat sambal belacan ni. Saja je la tu nak menyakitkan hati aku. Ei geram betul la.

“Tengku saya tengah sibuk sangat kat bawah tadi tapi bila Tengku bagi arahan saya bersusah payah naik atas sediakan air buat Tengku. Ini bukannya nak berterima kasih tapi marahkan saya pulak adala.. apa tea lady kat office ni dah goyang kaki or dah angkat bendera putih tak nak sediakan air buat Tengku?” Ujarku sinis. Lantak lah dia bos kea apa. Sepatutnya dah tahu diri tu bos jangan lah gunakan  kelebihan diri nak ambil kesempatan atas pekerja bawahan macam aku ni. Marah ku tapi berani dalam hati je. Perasan berani kau Asy

“argh .. awak jangan naikkan angin saya ya. Dah saya kata tak sedap tak sedap la. Pergi buatkan air yang lain kat saya. dah la lewat buat air sekarang membebel macam mak nenek pulak. Cik Hanan, saya kan bos so suka hati saya la saya nak suruh siapa pun yang buat air kat saya. so just do it. Jangan banyak bunyi okay” tengok dah keluar arahannya. Sabarla wahai hati ujarku.

“one more thing Cik Hanan, masa nak buat air tu try awak buat dengan ikhlas dengan  perasaan kasih saying barulah lagi sedap dan power air tu” Tengku Izham mengenyitkan matanya ke arahku

Aku menuju keluar ke bilik untuk bergerak ke pantry. What buat dengan kasih sayang. Puiii tak ingin aku. Eii geli adala. Ayat kasanova betulla. Dengan cermat aku menyediakan air tersebut.hai apa nak jadi la dengan nasib aku ni. “Awak sampai bila hidup saya nak jadi macam ni??Kenapa cepat sangat awak tinggalkan saya?” luahku dengan sebak. Dah lah nak dapat kerja pun susah dah dapat kena menghadap dengan perangai bos yang tak bertanggungjawab macam ni. Tanpa sedar air mata ku mula mengalir. Bukan kerana sedih sebab dipaksa buat kerja macam ni tapi sebab rindukan dia. Ya aku sangat rindukan dia. Perasaan dan jiwa aku diserahkan kepada dia sepenuhnya.

“Hai Cik Hanan, disuruh buat air pun kena berdrama ke ?” Tengku Izham mengejutkan ku. Aku menyeka air mata di pipi sebelum mengahadap muka ke arah Tengku Izham.

“Berdrama apa pulak ni Tengku. Hah Tengku air dah siap. Selamat minum ujarku yang ingin keluar dari pantry. Kerja aku masih banyak. So aku kena settlekan sebelum balik ni. Aku tak suka kerja yang tertangguh. Sebelum aku sempat melangkah aku sempat lagi mencuri pandang ke arah Tengku Izham yang sedang menikmati air buatan tanganku. Pejam mata sambil  minum air ? sampai macam tu sekali. Hai Asy memang powerla kau dalam buat air ni. Aku ketawa dalam hati melihat gelagat tengku Izham. Jangan sampai jatuh hati sudah kat aku. Bak kata orang dari air jatuh ke hati. Aku ketawa. Eii gedik kau. Peribahasa pun salah dibuatnya.

“wait” Tengku Izham berkata-kata. Alamak apa lgi ni. Takkan air tu yang aku buat tak sedap lagi kot. Kalau dia cakap tak sedap lagi memang aku lepuk la kali ni. Hish apa lagi yang dia nak sebenarnya ni. Geram betul la aku. Dengan lambat-lambat aku berpaling mengahadapnya.

“kata mama saya orang perempuan tak elok menangis kat dapur nanti kahwin dengan lelaki tua. Ambik nih .” dia menghulurkan kain sapu tangannya kepadaku. Bukan setakat tu aja. Siap hulurkan senyuman paling manis lagi buat aku. Sumpah memang power senyuman dia. Perasaan pelik tu datang balik. Aku terkaku. Tengku Izham mencapai tangan ku dan meletakkan kain sapu tangan tersebut dan terus berlalu tapi aku dah macam patung cendana dah berdiri kat sini. Macam orang tengah menyanyi lagu negaraku pun ada. Wake up Asy kau jangan tergoda dengan senyuman dia. Aku menampar pipiku. Aku tersenyum melihat kain sapu tangan yang berada di tanganku. Entah kenapa. Aku berasa bahagia. Eii mengarut betul perasan aku sekarang ni.

Aku kembali ke tempat kerjaku. Tersenyum sendiri bila aku ingatkan kata-kata mamat sambal belacan tu. Ada ke patut menangis kat dapur kahwin dengar orang tua. Tak pernah dengar pun kalau menyanyi barula kahwin dengar orang tua.

“mengarut betul la” aku tersenyum sendiri.

             ***

hish apa lagi dia nak ni. Tadi mintak aku buat air. Ni panggil pulak dah. Ya Allah geramnya aku. Selepas mengetuk pintu dan menerima arahan masuk aku terus melangkah ke pejabat mewah milik mamat sambal belacan. “ Ya Tengku. Ada apa yang boleh saya BANTU ?” aku menekankan sedikit perkataan bantu tu. Biar dia tahu aku tak suka nak menolong dia. Malas nak ingat syarat lain yang pelbagai lagi tu. Tak masuk akal langsung tau.

dia memandangku. “ Memang banyak yang awak kena bantu saya. First of all saya nak awak kemaskan bilik saya ni sekarang jugak. Awak nampak tak berhabuk ni ?” soallnya kepadaku dengan tangannya menyentuh meja dan menunjuk kan habuk yang melekat yang di jari nya. So kalau dah kotor  panggil la cleaner suruh bersihkan. Jangan bagi dia orang maka gaji buta aje kat pejabat ni. Ni yang malas ni. Si mamat sambal belacan ni dah mula mintak syarat-syarat lain. esok lusa apa lagi yang nak dimintanya. Seram aku nak memikirkannya.

“ ya memang saya tahu office ni memang ada cleaner tapi saya tak nak dia orang bersihkan. Saya hanya nak awak yang bersihkan. Jangan protes ya. Buat kerja dengan ikhlas ya lagipun saya ni ...”


“kan bos so suka hati saya la nak suruh siapa yang buat kan” ujarku dengan menyambung kata-kata mamat sambal belacan . Dia gelak. Kuat pulak tu. Sakit telinga aku mendengarnya. Mamat ni macam tahu-tahu pulak apa yang aku tengah fikir.

“ bagus. Awak memang pekerja yang bagus. Lain kali hafal la banyak lag ya kata-kata saya.” sinis bunyinya. Tak habis- habis nak mengena kan aku.

“okay lah saya akan buat. Peralatan nak membersihnya mana ?” soalku. Takkan aku nak mencuci dengan baju aku kot.

“ kat sana” tunjuknya. Tanpa banyak kata lagi aku memulakan kerjaku. Aku mula dengan mengelap cermin kaca di dalam biliknya dan menyambung dengan tugas-tugas yang lain. sepanjang hari pendek kata ku berada dalam bilik bersama mamat sambal belacan tuh. Memang tak selesa. Sepanjang aku buat kerja aku berasa ada orang yang memerhatikanku. Memang sangat tak selesa. Tapi aku tahan je. Tak apa sikit aje lagi nak siap ni. Aja aja fighting Hanan Asyikin. Aku tersenyum panjang melihat waktu jam di tanganku. Hoorey waktu balik sudah. Lepas ni aku bebas dari mamat yang gila kuasa ni. Sukanya. Perut pun dah lapar ni.

“ Tengku saya dah siapkan semuanya lagipun dah habis waktu pejabat ni saya balik dulu.” Dengan excited nya aku ingin keluar.

“siapa kata awak boleh balik Cik Hanan” tengku Izham menjongkatkan keningnya ke arahku

langkahku terhenti. Ya Allah geramnya aku. Sungguh kalau dia suruh aku buat kerja lagi hari ni memang aku lepuk dia kuat-kuat. Suruh la esok-esok ke pulak. Aku geram sangat-sangat ni. Rasa nak cekik aja mamat kat depan ni. Aku lapar ni. Kringgg.. telefon aku menjerit-jerit memanggil aku terus menjawabnya.

“Yup Balqis kau tunggu kejap ya. Aku nak settlekan kerja sikit. Kejap lagi aku turun okay . sabar ya” dengan cepat aku berkata-kata kepada Balqis. Sabar aje la Balqis bos kau tak kasi aku balik lagi ni. Mamat sambal belacan menjongkatkan keningnya kepada aku. Aku blur. Apa hal pulak ni. Kan aku angkat kening macam Ziana Zain nanti dia kalah pulak. Sempat lagi aku nak melawak saat-saat macam ni.

“Tengku kalau ya pun ada kerja cakap esok ya. Saya akan buat je apa yang Tengku suruh esok but please. Saya dah nak balik dah nie. Kawan saya dah tengah tunggu pulak kat bawah. Kan tak elok buat orang menunggu lama-lama. Betul tak Tengku.” Ujarku mengharapkan simpati la kononya.

“ Give me your phone” ya aku sedang menerima arahan sekarang dan yang menyakitkan hatinya arahan itu tak boleh disangkal. Arghhh nak humban orang memang la time macam ni. Walaupun dalam keadaan marah aku menghulurkan jugak telefon aku yang berjenama iphone tu kepada mamat sambal belacan tu. Hai takkan la berkenan dengan telefon aku kot. Kalau dia nak pergi la beli kat kedai. Bukan kata satu je yang dia boleh dapat nak beli dengan kedai-kedai pun boleh. Apa nak hairan orang kayakan.

“ Hello ini Balqis kawan Cik Hanan kan ? saya Tengku Izham. Hari ni awak tak payah tunggu dia nak balik. Dia balik dengan saya. lagipun kita orang plan nak keluar makan dulu. Bye assalamualaikum” selesai membuat panggilan tergempar dia tu dia menghulurkan telefon aku kepadaku. Aku ternganga. Kalau lalat nak masuk buat rumah pun boleh sekarang ni. Apa ni ?? aaaaaaa.. aku menjerit dalam hati ya Allah apa lagi ni. Benci tahu.

“Apa sebenarnya yang Tengku nak dari saya sebenarnya ni hah ? dari tadi lagi Tengku suruh saya buatkan kerja bukan-bukan. Saya tak pernah setuju pun dengan perjanjian tu tahu. Jadi  saya ingatkan Tengku supaya jangan suruh saya buat kerja gila-gila. Saya  tak nak balik or keluar makan dengan Tengku!” aku bernada tegas. Memang sabar aku dah sabar tahap maksimum. Apa dia ingat dia bos dia berhak buat aku macam-macam. Geramnya.

“ Takkan kerja senang pun awak tak boleh buat ke ? lembik punya perempuan !” ibu ayah tengok dia perli adik. Uaa.. geram betulla.

“Saya tak lembikla. Tengku jangan cakap bukan- bukan nanti Tengku merasa flying kick saya kan.” nafasku sudah menderu laju. Memang nak marah gila dah ni.

“ so kalau tak lembik buktikan.” Mamat sambal belacan menghulurkan kertas kepadaku. Aku pelik. Kertas isyarat gila tu. Eii memang dasar anak beranak jin afrit betulla mamat ni. Dengan perasaan marah dan tercabar dalam hati aku terus tandatangan tanpa memikirkan apa yang mungkin berlaku di kemudian hari. Selepas tandatangan aku menghulurkan kembali kertas itu kepadanya.

“ bagus. Awak buat keputusan yang bijak. Jom” sekali lagi aku dilanda pelik. Kenapa pulak dia ajak aku ni? Nak kemana pulak? Tapi semua soalan tu hanya terbuku di hati aku tak boleh nak ucapkan di mulut. Mamat sambal belacan tu memandangku dan semakin menghampiri ku. Aku berundur dan berundur sehingga tiada ruang lagi untukku berundur. Tengku Izham mendekatkan dirinya kepadaku. Perfume dia pun aku dah bau. Fulamak wanginya.

“jangan jual mahal sangat boleh tak ?” soal Tengku Izham.aku tersentak dan  pelik. Jual mahal apa pulak kali ni. Aku bukannya berniaga sampai nak berjual bagai. Dia mengenyitkan matanya kepadaku dan terus berjalan melintasi ku.aku macam biasala terus jadi patung cendana. Aku mengeluh ingatkan kejadian yang baru terjadi. Berhati-hati Asy kau tu perempuan so be careful sikit. Lebih-lebih lagi dengan  si mamat sambal belacan tu. Tiba-tiba aku teringatkan kertas gila tu. Kenapa lah bodoh sangat aku pergi tandatangan. Bodoh la kau ni. Aku mengetuk kepalaku.

“Cik Hanan kenapa tak gerak lagi. Lagipun driver saya dah tengah tunggu tu. Kan tak baik buat orang lama menunggu.” Dia menyindirku. Muka aku sekarang ni macam orang nak menangis pun ada. Dengan langkah longlai aku menuruti juga. 

p/s sory ye pendek..:)

No comments:

Post a Comment