Dear Readers

Monday 14 January 2013

BAB 17..hadirnya cintamu yang terindah





“Asy datang rumah aunty ya hari ni” suara aunty Zahra kedengaran lagi di hujung talian

“Tapi aunty Asy..” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku aunty Zahra mencelah.
“Asy sayang, datang la. Lagipun aunty buat makan-makan ni takkan la aunty tak jemput bakal menantu aunty sendiri pulak” ujar nya. Aku terdiam.

“Baiklah aunty kejap lagi saya sampai” lambat-lambat aku bersuara. Entah mengapa aku mudah untuk termakan pujukan aunty Zahra. Lagipun aku tak sampai hati untuk melukakan hatinya. Aku mengeluh. Bakal menantu? Desisku sendirian. Aku menggeleng kepala. Tak mungkin perkara tu berlaku. Aku bukan orang yang sesuai. ‘kau sanggup ke Asy lukakan hati aunty Zahra’ desis hatiku. Malas untuk melayan perasaanku sendiri aku bergerak menuju ke rumah aunty selepas mengambil cuti separuh hari.

Macam mana kalau aku terserempak dengan mamat sambal belacan tu. Malas la. Selepas melangkah masuk aku disambut baik oleh aunty Zahra. Aku tersenyum gembira melihat senyuman orang tua itu.

“Dah sampai pun Asy ni. Dari tadi lagi aunty tunggu Asy tau “ ujarnya.

“lepas aunty call tadi Asy terus datang sini tapi dalam perjalanan tadi ada kemalangan so jalan sesak tu yang lambat sikit sampai sini” tuturku jujur. Aku meninjau keadaan sekeliling. Orang ramai lagi. Nampaknya semua mereka itu terdiri daripada orang kenamaan yang bergelar Tan Sri, dato,datin dan sebagainya. Semua nampak bergaya.

“Asy dah fikirkan apa yang aunty mintak dengan Asy? Tanya kepadaku. Gulp. Huru hara aku dibuatnya. Sungguh soalan ini yang aku takut. Aku tiada lagi jawapan untuk soalan itu. Aduh apa aku nak jawab ni. Tiba-tiba kedengaran suara aunty Zahra ketawa.

“Apa yang lucu nya aunty ?” soalku

“Tak la aunty ketawakan diri aunty. Tak menyempat langung. Asy baru aje sampai aunty dah tanya soalan cepu gangsa macam ni. Kesian kat Asy. Okay lah Asy pergi makan dulu lepas tu kita borak-borak lagi ya ?” ujarnya. Nampaknya ada tetamu yang cuba untuk berbual dengan aunty Zahra. Fuh lega. Selamat aku daripada nak menjawab soalan daripadanya.

Nampaknya aku kena la layan diri. Semuanya bukan seusia denganku. Takkan aku nak pergi bergaul dengan mak mak datin pulak. Buat malu ada la. Aku selekeh macam ni je takkan dia orang nak pandang. Dengan langkah penuh ayu aku melangkah ke bahagian makanan untuk mengalas perut yang dari pagi tadi lagi kosong. Habis ayu ! mana tahu kot kot ada mak mak datin yang nak jodohkan aku dengan anak dia. Ei gedik kau Asy ! Fettuccine Carbonara menjadi pilihanku.

“Asy kan ni?” tegur suatu suara kepadaku.
Aku segera berpaling untuk melihat siapa gerangannya. Alangkah terkejut nya aku. Macam batu terhempas kat kepala pun ada jugak.

“mama” ujarku perlahan

“Ya Allah mama rindu sangat kat Asy, Asy apa khabar nak? Kenapa tak datang jenguk mama langsung? Asy masih marahkan mama? “ tanya kepadaku. Aku hanya memandang wanita yang ku panggil mama itu. Aku terdiam seribu bahasa. Cubaan apa lagi ni. Berat untuk aku menanggungnya. Tiba-tiba aku teringat kata-kata seorang ustazah ku semasa aku berada di sekolah menengah ‘ Allah akan turunkan ujian untuk hambanya mengikut kemampuan hambanya sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut, Allah tak akan beri ujian atau cubaan yang hambanya tidak boleh selesaikan’

aku menggeleng “Asy tak pernah marahkan mama. Lagipun dalam hal ni tak ada siapa pun yang patut dipersalahkan” tuturku.

“kalau betul asy tak marahkan mama kenapa selepas kejadian tu Asy tak pernah hubungi mama dan jenguk mama?” desaknya lagi.

“sesiapa pun berdiri kat tempat Asy waktu tu, semua akan buat perkara yang sama ma. Hati ni sakit ma. Asy pun manusia biasa jugak ada hati ada perasaan” rintihku. Aku menunduk lantai. Kalau boleh aku tak ingin ingat peristiwa tu lagi. Cukuplah sekali.

“Mama tahu mama salah, mama berdosa dengan Asy. Maafkan mama ya sayang. Masa tu perasaan marah menguasai mama. Mama lupa semuanya sampai mama sanggup salahkan Asy atas kematian Haikal. Mama dah lupa time tu. Semua yang berlaku adalah qada’ dan qadar. Kita tak ada hak untuk menentangnya. Maafkan mama ya nak” pintanya. Aku tersenyum.

“Ma” aku memegang tangan wanita tersebut. Seolah-olah memberikannya kekuatan. “Asy dah lupakan semua tu ma. Sekarang Asy yang berdiri di depan mama ni adalah seorang wanita yang tabah dan matang. Benda yang lepas tu sudah sudahla. Sekarang kita bukak buku baru ya ma?”

Wanita yang berusia separuh abad itu mengganguk. Aku mengelap air mata di pipinya. Aku mengasihi wanita ini sebagaimana aku mengasihi arwah Haikal.

“Papa Asy? Maafkan dia jugak ya?” pintanya lagi. Aku tersenyum. Entah kenapa berat untuk aku menyatakan kemaafan kepada Tuan Rizuan yang merupakan suami kepada mama dan bapa Haikal.

“Lia awak kenal ke Asy ni? “ celah aunty Zahra. Fuh selamat. Aku tidak perlu untuk menjawab soalan mama.

“A’ah Zahra. Dia kawan anak I” ujar mama kepada aunty Zahra.

“aunty boleh tak kalau Asy tumpang solat sekejap?” tanyaku kepada aunty. Sebelum banyak lagi soalan yang akan ditanya oleh mereka lebih baik aku cepat-cepat cabut.

“Boleh Asy. Sekejap ya. Mak mah sini kejap” panggil aunty kepada pembantu rumahnya.
“ tolong bawak Asy ni kat bilik Is dia nak solat.”arahnya. aku terkejut. Bilik Is? Nak mampus ke kalau dia tahu aku masuk bilik dia.
“Aunty sembahyang kat surau pun dah okay dah” kataku cepat.

“memang biasanya kalau tetamu datang rumah aunty dia orang akan sembahyang kat surau tapi surau dalam proses renovation sama jugak dengan bilik tetamu. Asy jangan risau. Is dia out station. So Asy guna je la untuk solat bilik tu. Jangan risau buat macam rumah sendiri” jelasnya.

 aku hanya mengangguk. “Kalau macam tu tak apalah. Saya tak kisah solat kat mana-mana pun asalkan solat” ujarku ceria. Dengan pamitan aku bergerak ke bilik Tengku Izham a.k.a Is tu. Aku sempat mencuci mata dengan melihat decoration rumah tersebut. Cantik sangat. Selepas mak mah menunjukkan bilik Tengku Izham aku terus melangkah masuk.wow bilik dia terbaik lah. Luas gila. Dan ada satu gambar dia melekat kat dinding. Siap ada cahaya lagi frame tu. Memang handsome lah. Aku terpukau dengan gambarnya. Come on Asy waktu solat dah nak habis ni. Solat dulu. Lepas tu ikut kau la nak melantak gambar dia sampai pagi pun. Aku tersengih. Macam-macam la kau ni Asy.

Selepas selesai berdoa aku melipat telekung dan memakai tudung. Tiba-tiba aku terdengar tapak kaki manusia. Tanpa berfikir panjang aku menegur makhluk Allah itu.

“Mak mah saya dah siap dah. Nah kain telekung” hulurku kepadanya.

“saya bukan mak mah” ujar satu suara. Aku terus memandang empunya suara. Alangkah terkejutnya aku. Tengku Izham! Apa dia buat kat sini bukannya dia out station ke? Tanya ku pada diri sendiri. Hai Asy macam la kau ada jawapan untuk soalan tu.

“apa tengku buat kat sini” tanpa berfikir panjang aku bertanya. Dengan memakai kain tuala separas pinggang aku menatapnya seketika. Selepas tu terus aku menutup mukaku dengan kedua belah tapak tangan. Ei kau ni kan Asy dah lupa la tu kat mana sekarang ni yang kau tengah berdiri.

Tengku Izham mendengus. “siapa yang patut tanya siapa soalan tu?” tanya kepadaku. Tajam renungannya. Hei jangan salah faham aku tumpang solat je okay tapi macam biasala semua tu hanya tersekat di kerongkong. Nampaknya kalau berdepan je dengan mamat ni otak aku tak dapat berfungsi dengan baik.

“Tengku jangan salah faham saya tumpang solat je kat sini. Aunty cakap surau dengan bilik tetamu tengah renovate lepas tu dia cakap lagi yang Tengku out station dan saya boleh gunakan bilik ni sekejap tapi alih-alih je tengku ada kat sini. Sumpah tengku saya tumpang solat je “ ujarku dengan laju. Siap angkat tangan tanda sumpah tak tipu pun. Tengku Izham mengecilkan matanya dan memandangku. Aku menggeleng kepala.

“Betul Tengku saya tumpang solat je” terangku lagi kepada Tengku Izham. Jangan la dia salah faham pulak. Aku bukannya pencuri yang nak curi barang orang. Aku malu sebenarnya berada dengan dia dalam keadaan begitu.

“Boleh percaya ke?” soalnya. Amboi sedapnya mulut dia cakap macam tu.

“Tengku takkanla saya nak buat macam tu pulak kan?” aku mengetap bibir. Aku tahula aku tetamu. Takkan aku nak buat benda tak senonoh pulak. Aku masih lagi berdiri tegak di hadapannya. Macam askar dah lagaknya.

dia gelak. “Awak ni tak ada la berani sangat. Saya gertak sikit pun dah takut” ujarnya seraya membaringkan badannya di atas katil

amboi sedap-sedap dia je ya nak kenakan aku. “okaylah Tengku. Saya keluar dulu lagipun tak manis kalau orang tengok kita berdua-duan dalam bilik ni” kata ku untuk menyedarkannya di mana situasi kami berdua.

“Siapa suruh awak keluar?” tanyanya tegas. Aku berhenti dan memusingkan badan ke arahnya. Apa yang dia nak lagi ni? Bengang betulla.
“awak ada hutang dengan saya?” beritahunya perlahan tapi telinga ku masih boleh menangkap kata-katanya.

“hah hutang? Hutang apa pulak Tengku? Setahu saya la saya ni tak pernah berhutang dengan orang tapi bila masa pulak saya berhutang dengan Tengku?” tanyaku tergesa-gesa. Dia bangun dari katil dan bergerak ke arahku. Aku berundur. ‘kau jangan Tengku, kau buat benda tak elok aku kenakan kau dengan tangan aku ni’ dalam hati dah keluar dah amaran sedemikian. Dia menghampiriku dan berkata.

“cepatnya awak lupa. Nyanyuk betulla. Sayang sangat umur masih muda tapi lupa mengalahkan orang 60 tahun” aku menjengilkan mata kepadanya. Dia menyindir aku lagi.

“apa ni Tengku? Apa pulak yang saya berhutang? Cakap terang-terang sikit boleh tak? Lagipun saya tak ada lampu nak suluh kalau tengku cakap samar-samar.Tak payah nak berkias dengan saya” bidasku. Dia tersenyum memandangku. Hai buat suspen betulla mamat ni.

“huh! Awak betul-betul lupa?” soalnya lagi. Aku mengangguk. Dia gelak. Haih apa yang lucunya entah.

“sebab nak lari daripada si Fariz tu awak  cakap dengannya yang saya ni suami awak kan?” katanya kepadaku. Gulp. Aku menelan liur. Sungguh aku dah lupa perkara tersebut.
“sa..ya..sa...ya” ujarku tergagap-gagap. Dia masih lagi menantikan jawapan dariku. Dengan kudrat yang ku kumpul. “saya gurau je tengku. Lagipun saya cakap macam tu supaya dia tak ganggu saya lagi” terangku bersungguh-sungguh.

“Hmmm” Tengku Izham mundar mandir di hadapanku. Lagak macam orang yang tengah berfikir. “tapi tu kira hutang tau” ujarnya lagi.

“Tengku saya cakap je. Tak bawa maksud apa-apa pun” jelasku lagi tapi nampak gayanya dia masih tak berpuas hati dengan kata-kataku.

“Awak tahu tak sebab awak cakap macam tu semua perempuan dah tak nak masuk dekat dengan saya tahu. Dia orang fikir saya dah nak kahwin dah dan   nak jadi suami orang. Sebab kata-kata awak tu saham saya jatuh. Ni semua punca daripada awak. So awak kena selesaikan masalahnya” tunjuk nya tepat ke atas muka ku. Aku terdiam tak sangka kata-kataku boleh buat saham dia jatuh. Tapi ada aku kisah ke? Biarlah saham dia nak jatuh ke apa tak ada kena mengena langsung denganku.

“kenapa pulak saya yang selesaikan? Saya tak ada kena mengena” kataku dan sedikit berundur ke belakang. Ei mamat ni tak nak pakai baju ke hah. Sakit mata aku menengoknya.

“tak ada mengena awak cakap.” Dia semakin menhampiriku. Perfume dia aku dah bau dah.

aku berundur dan terus berundur sampaikan tiada ruang lagi untukku berundur. Tangannya berada di dinding. Dan situasi ini melemaskan aku. Aku tidak boleh melepaskan diri. Nampaknya dia juga ada ilmu mempertahankan diri. Pandai dia mengunci pergerakanku.

“Tengku apa ni? “ aku cuba untuk menolak tubuhnya tapi apa la sangat kudratku.

“disebabkan awak adalah punca semua perempuan minat kat saya dah lari so awak lah yang kena jadi girlfriend saya sekarang”halus suaranya berbisik kepadaku. Dia mengenyitkan mata kepadaku dan terus berlalu ke bilik air. Ternganga mulutku mendengar permintaannya. Gila ke apa mamat ni? Kalau bercakap guna otak boleh tak.

“Gila” jeritku perlahan. “Tengku jangan ingat tengku bos saya sesuka hati je Tengku nak arah saya itu ini. Jangan harap Tengku. Saya sikit pun tak nak jadi girlfriend Tengku tau” jerit aku dari luar.

Dalam masa yang sama Tengku Izham tersenyum kemenangan di dalam tandas. Hanan, Hanan sebutnya perlahan. Aku dah gertak sikit dia dah takut. Kelakar kalau ingatkan muka dia yang merah sangat sebab marah? Aik tahan marah ke malu ya agak-agaknya lihat keadaan aku yang begini. Aku perasan dia tak selesa tengok aku macam ni. Desis Tengku Izham. Dia memandang dirinya di cermin besar tersebut. Akhirnya dia yang malu sendirian.

                                                                     ***
“mak mah biar saya yang cuci semua ni” pintaku kepada mak mah. Mak mah ni dah berusia lebih kurang akhir 50an  pada pengamatanku tapi masih larat nak buat kerja di dapur ni. Cari makan la katakan.

“Cik Asy tak boleh buat semua ni. Nanti Puan Zahra marahkan saya pulak. Dah- dah kamu pergi duduk senyap-senyap ni semua biar mak mah yang buatkan” pintanya kepadaku. Aku menggeleng.

“mak mah tak payah panggil saya Cik bagai. Panggil Asy je. Kenapa pulak? Lagipun tak salah kan kalau nak menolong. Saya dah bosan la tak buat apa-apa ni. Saya minta balik aunty tak kasi. Sedihla macam ni.”ujarku. sengaja ingin memancing simpati daripada mak mah.

“Ye lah kamu basuh la semua ni. Cair tahu mak mah dengar suara kamu yang merdu manja tu” usiknya kepadaku. Aku tersenyum kemenangan.

“Yeay” sorakku riang. Amboi macam kanak-kanak dapat aiskrim kau Asy !

“Mak mah dah lama kerja kat sini?” soalku kepada wanita tersebut.
“dah lama dah Asy. Mak mah kerja kat sini masa Tengku Izham kecil lagi. Dah banyak dah keluarga Tengku Taufiq menabur bakti kat mak mah tu yang sayang nak tinggalkan kerja kat sini”’ baik budak Asy ni, siap peramah lagi, cantik,berbudi bahasa’ desis mak mah

“oo lama sangat dah tu. “ ujarku tapi tanganku masih cekap membasuh pinggan dan gelas-gelas yang berada di dalam sinki.
“ya betul tu. Mak mah dah anggap dia orang semua ni macam keluarga mak mah sendiri dah. Lagipun kat dunia ni mak mah tak ada sesiapa dah selain dia orang” beritahu mak mah kepadaku. “ tapi dalam keluarga ni yang paling mak mah rapat adalah Is sebab time dia lahir mak mah dah mula kerja kat sini. Sejak tulah mak mah mengasuh dia dari kecil sampai besar dan tinggi melangit sekarang” sambung nya lagi. Aku hanya mendengar. Ramah betul mak mah ni. Sama ramah dengan aunty zahra.

“jadi kiranya mak mah ni antara orang kesayangan tengku Izham la” ujarku “mesti dia rapat dengan mak mah kan?” tanyaku

“a’ah memang. Asy kamu nak tahu cerita masa si Is tu kecil lagi?” tanya kepadaku. Belum menyempat, aku mengangguk dan terus duduk di hadapan mak mah. Excited bebenor kau Asy.

“Gini, dulu time dia budak-budak dia suka sangat makan masakan yang pedas-pedas tapi abang-abangnya tak tahan masakan pedas jadi satu hari tu mak mah masakla makanan tak pedas dia merajuk la dengan mak mah cakap mak mah tak sayang dia lepas tu dia lari duk kat taman sorang-sorang waktu malam. Mak mah datang nak pujuk dia, nak buat suprise la kononnya alih-alih mak mah yang terkejut”

“kenapa pulak mak mah” tanyaku lanjut.

“dia pulak yang datang peluk mak mah. Rupanya ada katak yang melompat atas kaki dia. Hmm dia apa lagi terus menjerit dan melompat. Time tu mak mah tengok Is pun dah ada ciri-ciri katak dah. Terlompat sana sini macam katak. Anti benar dia dengan katak” beritahu mak mah. Sehabis je dia beritahu. Aku gelak. Hei mamat sambal belacan tu ingatkan garang sangat. Cakap pun bukan main pedas tapi dengan katak pun takut. Hampeh ! kutukku.

“dengan katak pun takut. Poyolah Tengku ni. Nampak je garang kat luar tapi dalam hati ada taman kan mak mah” aku gelak. Kelakar betul la mamat ni.

“memang Asy Is tu memang tak boleh dengan binatang yang kulit lembut. Geli katanya” beritahu mak mah lagi.

“Geli ke takut mak mah oi. Dia takut la tu tapi tak nak mengaku” ujarku. Ketawa ku masih tak berhenti

“Sedapnyaa.. ketawakan saya ya” Tengku Izham muncul di depan kami. Aku terus senyap

“mak mah cantiknya kain alas meja ni mak mah beli kat mana? “ aku bersuara mengalih topik. Alamak jangan la dia dengar yang aku sedang gelakkan dia sekarang ni

Tengku Izham mendengus. Dia memandangku tanpa henti. Aku hanya berpura-pura bertanyakan kepada mak mah itu dan ini sampaikan kain batik mak mah pun aku siasat beli daripada mana. Memang tak ada kerja kau Asy. Mak mah tersenyum melihat gelagatku.

“Amboi rancaknya dia orang berbual” celah aunty Zahra

“Ya ma. Hanan ni dari tadi lagi duk rancak berbual, rancak bergosip” perkataan bergosip tu ditekankan sedikit. Aku menelan liur. Agak-agak dia dengar tak aku gelakkan dia tadi?

“kamu ni Is nak menyakat Asy lah tu” aunty zahra bersuara menyelamatkanku. Aku hanya membatu. Ei tak selesa betul duk berhadapan dengan mamat ni la.

“aunty dah lewat sangat ni. Asy minta diri dulu ya.” Pamitku.

“la nak balik dah. Sekejapnya datang” aunty zahra berkata.

“lama dah aunty nanti Balqis sibuk cari saya kat rumah” kataku. Aku dah nak balik dah ni dah tak betah aku duduk kat sini.

“okaylah kalau macam tu tapi janji tau lain kali datang lagi” pintanya kepadaku. Usai aku bersalam dengan dengan mak mah aku bersalam pula dengan aunty zahra dia memelukku.

“aunty maafkan Asy, Asy tak boleh bagi jawapan kepada aunty lagi. Aunty jangan lupa makan ubat ya” bisikku perlahan supaya tidak didengari oleh tengku Izham. Tiada siapa yang tahu penyakit yang dihidap oleh aunty Zahra kecuali aku.

“hai dengan saya dah terus berubah jadi bisu ke apa? Dengan mak mah tadi elok je bercakapnya. Siap bercakap pasal saya lagi kan.”

aku mengetap bibir. Sah dia dah dengar semuanya.

“Mak mah lain Tengku lain” beritahuku.

“apa yang lainnya?” dia terus bertanya kepadaku.

“entah. Kalau kita cakap pun mesti asyik nak bertekak je kan so lebih baik saya diam” dia memandangku. Mesti tak sangka aku berani berkata sebegitu.

“saya tak fahamla dengan awak ni. Perempuan kat luar sana berebut nak bercakap dengan saya. Awak pulak boleh buat saya ni macam tak ada je dengan awak” beritahuku. Hai apa kes ni?

“dia orang lain, saya lain” ujarku.

“apa yang lainnya Hanan? Ke bila awak bercakap dengan saya keluar emas dari mulut awak ataupun keluar tembaga, platinum ke?” Sindirnya. Aku merengus. Ni la malas nak cakap.

“Tengku ni kan kalau saya cakap nanti Tengku cakap saya ni bercakap panjang tak tahu nak berhenti dah macam kereta api dah lajunya tapi kalau saya tak bercakap pulak Tengku kata macam ni pulak. Habis Tengku nak saya buat apa. Menyanyi?” tak puas hati betul la. Selalu suruh orang ikut and dengar je apa yang dia nak cakap.

“Boleh jugak. Cuba awak nyanyi macam Ning Baiziru. Mesti makin cantik wajah awak kan ternganga sana sini?” katanya menyindirku. Aku tahula aku tak secantik penyanyi tu tapi jangan la  mengata sampai macam tu sekali. Ha ni yang buat gua panas ni. aku diam dah malas nak bercakap.

dia meneruskan pemanduan. Bawak kereta mengalahkan serati berjalan belakang rumah aku la. Lembap. Kalau berlawan dengan kura-kura pun belum tentu menang. Ya ke ? entahlah. Hee.

“Esok awak dah start cuti kan ?” tanyanya

“yup” jawab ku.

“kenapa?” soalku kembali.

“saja tanya” dia memandangku. Pelik. Kenapa pulak dengan mamat ni nih ?

sebaik sahaja sampai di depan rumah sewaku. Aku terus meminta diri tapi dengan dia yang turu sekali. Takkan nak bermalam kat rumah aku kot. Nak kena kejar dengan Balqis satu taman ke apa ni ?

“kenapa tak balik lagi Tengku?”

“hai macam menghalau je” Tengku Izham berkata.

“Awak pergi la masuk ” katanya. Aku segera melangkah masuk dengan pelbagai soalan. Hai special sangat ke aku ni sampai kena hantar macam tu sekali?

“Hanan” laungnya. Aku segera berpaling.

“Kenapa?” tanyaku

“Tidur nanti mimpikan saya ya” dia mengenyitkan mata kepada ku dan terus berlalu pergi. Oh my God memang dah salah makan ubat dah mamat tu. Desisku

No comments:

Post a Comment