Tina memejamkan matanya. Televisyen yang
terpasang di hadapan matanya sudah tidak diberi perhatian olehnya lagi.
Fikirannya menerawang jauh. Geram, benci dengan apa yang dah berlaku. Fariz!
Nama itu bergema di dalam hatinya. Nafasnya turun naik menahan marah. Tak
sangka lelaki macam Fariz sanggup mengambil kesempatan ke atas dirinya semasa
dia dalam keadaan mabuk.
Dia sudah nekad dia takkan membuat perkara
terkutuk itu. Ya ! dia mengaku dia memang seorang gadis yang liar kaki minum,
clubbing tapi dia sudah lama tidak bersama lelaki. Dia sudah berhenti melakukan
semua itu. Lagipun ayah dia orang kenamaan jadi dia terpaksa berhenti melakukan
untuk menjaga nama baik keluarganya. Tina mendengus geram. Tak guna punya
lelaki. Lelaki bangsat! Tina cuba mengingati balik apa yang berlaku pada malam
itu. Sebaik sahaja sedar daripada tidur dia terkejut melihat keadaannya yang
tanpa seurat benang. Menitis air mata wanitanya. Apabila dia melihat lelaki
yang terbaring di tepinya kepalanya mula mengingati apa yang berlaku dan siapa
lelaki ini.
“bangun Fariz” jerit Tina sedikit kuat.
“jantan tak guna kau ni Fariz. Apa kau
dah buat kat aku hah?” jeritnya lagi.
“hey apa yang bising pagi-pagi lagi ni?
I nak tidurla mengantuk okay” jawab Fariz dalam keadaan yang separuh sedar.
“tak guna, jantan tak guna!” teriak Tina
sambil teresak-esak menangis- entah mengapa dia malu dengan dirinya dan malu
dengan Tuhan. Inilah kali pertama dia berasa begini. sungguh dia dalam keadaan
terhina.
“hey you boleh senyap tak. I ngantuk
tau.”
“aku benci kau Fariz, aku benci kau.
Sampai hati kau buat macam ni. kau ambil kesempatan atas aku” jerit Tina lagi.
Macam orang diserang histeria. Fariz bangkit daripada tidurnya. Dia memandang
Tina dan senyuman sinis terukir di bibirnya.
“kau jangan la berlagak baik sangat. Kau
tu bukannya anak dara lagi” ujar Fariz.
Tersentap Tina mendengar semua itu. Pedih
hatinya dan air matanya tanpa segan silu jatuh ke pipinya. Inikah akibat yang
patut diterimanya atas dosa-dosa yang lepas.
“aku tahu aku macam mana. Tapi tu semua
dulu. Sekarang aku dah tak buat semua ni lagi Fariz” ujarnya dalam keadaan
teresak-esak. Sekarang dia menyesal sangat-sangat yang pergi ke kelab semalam.
Sudah lama dia menghentikan aktivitinya itu tapi ikutkan hatinya semalam
sekarang badannya binasa sebab dibinasakan oleh lelaki jahanam di hadapannya
ini. Tina menarik selimut untuk menutupi badannya.
Fariz gelak sebaik sahaja mendengar apa yang
dikatakan oleh Tina. Dia memandang wajah
Tina yang mulus. Fariz menguntum senyuman apabila mengingati apa yang berlaku
semalam. Memang dia ambil kesempatan atas keadaan Tina yang mabuk .baginya
tiada kucing yang tolak ikan depan mata.
“well semua dah berlaku kan. You nak I
buat macam mana lagi. Dah tidurlah kejap lagi I hantar you balik.” Ujarnya
selamba tanpa ada sedikit pun rasa bersalah.
“aku tak nak. Kau memang kejam. Kau
ambil kesempatan ke atas aku Fariz!” laungnya lagi.
“kau diam! Bingit telinga aku ni tau
tak. Kau jangan buat aku hilang sabar ya. Nasib baik aku kutip kau semalam kat
kelab daripada jadi mangsa daripada singa lapar kat kelab tu” balas Fariz pula.
“kalau aku jadi mangsa dia orang
sekalipun apa beza dengan apa yang kau dah buat kat aku ni hah? Kau pun singa
lapar jugak.!” Bidas Tina. Fariz tersentap dengan kata-kata Tina. Dia menguak
rambutnya. Dia pelik dengan perasaannya. Kenapa memandang wajah Tina yang
sedang menangis membuatkan hati dia turut hiba. Kenapa? Fariz buntu. Akhirnya
dia bangun daripada katil dan menuju ke bilik air. Sungguh dia tak sanggup lagi
nak mendengar esakan tangis Tina.
Tina tersentap
dikejutkan dengan bunyi daripada televisyen. Dia mengeluh. Dia rasa
inilah hukum baginya yang tidak pernah patuh suruhan Tuhan. Clubbing, kaki
minum, suka berpoya-poya dengan lelaki tapi sikapnya yang suka menggatal dengan
lelaki sudah lama dia tinggalkan selepas Tengku Izham meninggalkannya. Dia
memejamkan mata memikirkan kemungkinan yang terjadi. Macam mana perhubungan
yang berlaku semalam membuahkan hasil. Macam mana dia nak berdepan dengan orang
di sekelilingnya lebih-lebih lagi mummy dan daddynya. Naik pening dia dibuatnya
dan dia berharap sangat semua yang berlaku hanya habis sampai semalam sahaja.
***
Asy mencapai ayam dan memasukkan ke dalam
plastik. Entah kenapa hari ini dia berasa teringin sangat nak makan tomyam
dimasak oleh ibu. Boleh meleleh air liurnya membayangkan tomyam ibu. Dengan
cepat Asy mengambil pula udang dan sotong dan menghulurkan kepada penjual dia
pasar itu untuk di timbang.
Ibu memandang Asy dengan pelik. Bila masa pulak si Asy makan udang?
“Asy nak makan ke udang tu?” soal ibu.
Asy tersenyum apabila terpandangkan wajah ibunya.
“ibu ni Asy beli mestilah nak masak then
nak makan pulak” beritahu Asy sambil tangannya menyambut huluran daripada
lelaki yang menimbang apa yang dibelinya.
“sejak bila pulak Asy makan udang ni?
bukan ke Asy tak suka makan ke udang.
Nanti resdung teruk pulak kan?” ibu mengingati Asy. Hairan dengan sikap anaknya
hari ni. manja semacam dengan dia eh bagi ibu bukan hari ni je anak dia pelik.
Sejak semalam lagi Asy suka sangat bermanja dengan dia dengan suami. Memang lah
selalu Asy manja tapi sekarang ni pelik sangat. Ibu hanya menggeleng gelagat
anaknya itu.
“ibu Asy rasa nak makan coklat la bu.
Ermm sedapnya kalau boleh makan coklat banyak-banyak kan bu. Jom bu” ajak Asy
sambil menyorong trolinya ke lorong yang memenuhi coklat dan makanan segera.
Selepas satu satu dia mengambil coklat. Memang banyak sangat coklat yang
dibelinya macam-macam bueno, kit kat, cadbury dan macam-macam lah. Ibu hanya
memandang pelik dan masih memerhati tindak tanduk Asy. Ibu berfikir dan masih
memerhati perilaku anaknya tidak lama
selepas itu senyuma manis mula terukir di wajahnya.
“alamak bu Asy lupa nak beli sos la bu.
Keluar dengan abang pun lupa nak beli sekarang pun lupa pulak. Hish nasib baik
sempat lagi. Ibu tunggu kejap ya Asy nak pergi ambik sos kejap” pinta Asy. Ibu
pula mengambil tempat untuk beratur di kaunter bayaran.
“ops sorry” pintaku sebaik sahaja aku
melanggar seorang wanita tanpa sengaja. Aku membantu mengutip barangnya yang
jatuh. Hish apa la sangat aku mengelamun ni sampaikan tak nampak orang kat
depan.
“tak apa bukan salah cik pun. Salah saya
sebab guna phone masa jalan. Sorry ya” pintanya sambil mengangkat kepalanya dan
memandangku. Aku berdiri dan terkejut dengan wanita yang ayu bertudung di
hadapanku. Berkerut-kerut dahiku cuba mengingati siapa wanita ini. Bulat luas
mata ku apabila mengingati yang wanita jelita ini adalah Tina.
“Tina” sebutku lembut. Nampaknya dia
turut terkejut melihatku di sini.
“Hai” ujarnya kepadaku.
“tak sangka ya kita boleh jumpa semula
kat sini. Nampaknya Allah makbulkan doa I” dia tersenyum memandangku. Aku
memandang dari atas ke bawah. Dengan blouse, seluar bewarna putih dan
mengenakan selendang di kepalanya membuatkan aku hampir-hampir tak kenal dengan
empunya badan ini. Berbeza sungguh dengan apa yang aku lihat sebelum ni.
“you ni janganla tengok I macam tu
sekali. Segan I”
“ops sorry but I tak sangka la” kataku
sambil tersenyum memandangnya. Cantik orangnya.
“yeah I pun tak sangka I akan berubah
sampai macam ni sekali. I bersyukur sangat sebab Allah bagi hidayah kat I. I
rasa dah tiba masanya I tinggalkan apa yang I buat dulu dan berubah jadi lebih
baik” Tina memberitahu kepada Asy. Entah mengapa bagi Tina senang apabila dia
berdepan dengan Asy. Dia yakin Asy perempuan yang baik.
“wow, alhamdulillah. I tumpang gembira
dan doakan penghijrahan you berjalan lancar” ujarku dengan ikhlas.
“kenapa pandang I macam tu?” tanyaku
apabila melihat Tina memerhati ku dengan asyik sekali.
“now I tahu kenapa Is boleh jatuh cinta dan sayang sangat dekat you. You
ni baik orangnya walaupun I hina you dulu sekarang you boleh berbual baik-baik
dengan I. You know, you amazing” puji Tina ikhlas. Dia suka dengan sikap Asy.
Yang bukannya macam sesetengah perempuan lain yang cepat melenting tapi Asy ni
lain orangnya.
“tak lah cik Tina I ni biasa saja. Macam
orang lain jugak” jawab Asy merendah diri. Baginya pujian Tina itu cukup tinggi
dan dia tak layak nak terima semua itu.
“well you janganlah merendah diri
sangat. Beruntung Is ada isteri macam you. sebenarnya I nak mintak maaf dengan
you atas apa yang dah I cakapkan. Masa tu I, ye la kan pentingkan diri sangat
dan hanya fikir nak rebutkan kembali cinta Is tapi I dah sedar I tak layak dan
cinta dia hanya untuk you. I’m sorry” pintanya. Asy mencapai tangan Tina.
“I faham dan maafkan you. Semua tu tak
berbekas langsung di hati I. I dah lupakan dah semua itu. Don’t worry” ujar
Asy.
“cik Tina I’ve to go so..” belum sempat
aku menghabiskan kata-kataku Tina mencelah.
“please call me Tina je” pintanya. Aku
hanya tersenyum dan mengangguk.
“well Tina I’ve to go so catch you later okay. Ibu I
dah menunggu kat kaunter” selepas bersalaman dengan Tina aku bergerak untuk
meninggalkannya.
“wait” jerit Tina
Aku segera berpaling dan melihatnya dia
seperti ingin memanggil namaku. Aku tersenyum apabila aku mengingati yang aku
belum lagi memperkenalkan nama aku.
“Asy” beritahuku.
“Asy kalau you tak keberatan can I’ve
your phone number please.” Pintanya teragak-agak. Tanpa sedikit ragu-ragu aku
menyambut huluran telefonnya dan memasukkan nombor aku.
“thanks” ujarnya apabila aku menghulurkan
semula telefonnya kepadaku.
“pleasure. So I pergi dulu ya” pintaku
dan terus berlalu.
Tina hanya memerhati langkah Asy. Dia tersenyum.
Sekarang dia puas hati dengan apa yang berlaku. Dia sudah belajar untuk
menerima yang Asy itu isteri Is dan dia hanyalah bekas kekasih dan tiada tempat
langsung di hati Is lagi. Tina mengeluh kecil apabila terpandangkan telefon di
tangannya. Sekarang hatinya berbelah bahagi untuk meminta pertolongan daripada
Asy. Baginya Asy orang baik-baik dan tidak akan sesekali merendahkan orang
lain. Dia yakin itu.
***
Fariz resah.
Apabila lenguh kakinya yang mundar mandir di dalam bilik pejabatnya dia
mula duduk di kerusi empuknya. Dia memejamkan mata tapi sekali lagi wajah Tina
menyapa fikirannya. Sudah habis perkara yang dia buat hari ini. Sibukkan diri
dengan kerja tapi wajah itu masih singgah di kepalanya. Dia menumbuk kuat
mejanya. Sebelum ini dia tidak pernah merasa perasaan macam ni. dah banyak
perempuan yang dia bersama tetapi tak ada seorang pun yang dapat menganggu dia
terhadap kerja yang dia lakukan.
Bagi nya perempuan ibarat baju. Bila dah pakai
hari ni esok patut pakai yang lain tapi lain pula sikap dia selepas bersama
dengan Tina. Kenapa wajah itu kerap singgah dalam fikirannya. Dia mendengus dan
melemparkan pen di tangannya. Kepalanya tengah berserabut sangat sekarang ini.
Pada mulanya dia ingin mempergunakan Tina tapi
kenapa dia jatuh kesian dengan wanita itu. Dia ingat lagi bila dia mendengar
tangisan Tina. Pedih dan perit perasaannya. Sumpah dia benci untuk berperasaan
begitu. Kepalanya kusut memikirkan semua ini. Sepatutnya dia mempergunakan Tina
untuk menarik perhatian Tengku Izham dan memusnahkan hubungan dengan Asy.
walaupun Tina tidak bersetuju dia akan memaksa dengan penyebaran video apa yang
telah mereka lakukan. Dia dah rancang semuanya tapi sekarang lain pula jadinya.
sekarang
ini hati dan akalnya membentak untuk tidak melakukan semua itu. Semuanya kusut.
Tidak mampu untuk bertahan lagi dia mencapai handphonenya dan bergerak keluar
dari pejabat untuk berjumpa Tina.
“Cik Tina ada tetamu yang menunggu dalam
bilik Cik Tina. You know he so handsome. I boleh pitam tengok dia” ujar Eka
yang merupakan setiausaha Tina.
“tapi I tak ada guest kan hari ni” ujar
Tina dengan memandang ke arah Eka. Dia berasa sedikit penat selepas meeting dan
sekarang dia perlu pulak berhadapan dengan tetamu yang entah dari mana.
“ya I tahu tapi sebab dia handsome
sangat so I izinkan lah dia tunggu kat bilik Cik Tina. I’m sorry” pinta Eka.
“its okay. tapi lain kali you biar je
tetamu tunggu I kat sini je tak perlu sampai ke bilik I. I tak suka la jumpa
orang yang tak buat appoinment macam
ni.” ujar Tina dan segera berlalu ke bilik dia dan Eka hanya memerhati. Salah
dia jugak sebab membenarkan tetamu yang tidak dikenalinya itu masuk ke dalam
bilik bos dia tapi lelaki itu handsome sangat. Cair dia!.
“Fariz” terbuntang mata Tina melihat
lelaki yang berdiri di hadapannya. Apa yang dia nak sampai ke sini? Soal Tina
tapi dia tidak pula bersuara dan dia bergerak menuju ke kerusi miliknya.
Bergetar hebat jantung Fariz apabila melihat
Tina dengan penampilan yang baru. Cantik! Desisnya. Terpukau dengan apa yang
dilihatnya sekarang ini. Dia rasa macam teringin nak peluk je Tina di
hadapannya tapi akalnya menghalang supaya tidak bertindak gelojoh sangat. Entah
hantu mana sebenarnya yang merasuk dia sampai sanggup ke mari semata-mata untuk
berjumpa dengan Tina. Gila agaknya dia
sekarang ini.
“you nak apa datang ke mari?” soal Tina
tanpa memandang wajah Fariz. Dia malu sebenarnya dengan apa yang dah berlaku.
Tina mencapai fail berada di hadapannya lalu dibukak dan disemaknya. Sengaja
menyibukkan dirinya untuk menghilangkan sedikit rasa gugupnya berhadapan dengan
Fariz sekarang ini.
“you dah makan?” soalan itu pulak yang
terpacul keluar daripada mulut Fariz. Entah kenapa dia kehilangan kata-kata
apabila berhadapan dengan Tina. Habis terbang melayan ayat-ayat manis yang dia
gunakan sebelum ini untuk memikat perempuan,. Berdepan dengan Tina menyebabkan
dia berasa tidak cukup oksigen dan lebih terkejut dengan melihat penampilan
Tina yang lengkap bertudung dan memakai baju kurung moden.
Tina mengangkat muka dan memandang pelik ke
arah Fariz. Datang ke pejabatnya hanya semata-mata untuk bertanyakan dia dah
makan ke belum. Gila ke apa? Setahunya Fariz ni bila sekali dah bersama dengan
perempuan terus dia buang macam sampah. Tina mendengus. siapa tidak kenal
dengan perangai Fariz yang suka mengheret perempuan ke kamar tidur dan
mempergunakan perempuan ikut suka kemahuan dia je.
“I tak ada selera” jawab Tina pendek dan
menyambung kembali kerjanya.
“teman I makan” ujar Fariz sedikit
tegas. Sebal apabila dilayan acuh tidak acuh sahaja oleh Tina. Sakit hatinya.
“tak nak. I banyak kerja” dalih Tina.
“kerja, kerja jugak tapi you perlu makan
jugak nanti perut you masuk angin pulak kan”
Berkerut-kerut dahi Tina mendengar apa yang
keluar daripada mulut Fariz. Dia tergelak kecil.
“apa yang kelakarnya?” soal Fariz pelik.
“you tanya I? Hey Fariz apa dah jadi
sebenarnya dengan diri you ni hah? Kena sampuk dengan hantu raya mana pulak ni.
kalau setakat you datang sini nak ajak I makan baik you balik lah I tak ada
selera nak makan lebih-lebih lagi nak mengadap muka you so please leave me
alone” pintanya sambil berpeluk tubuh dan membuang pandang ke luar ke arah
cermin kaca biliknya.
Fariz mengeluh kecil. Tina masih marahkan dia
lagi nampaknya. Fariz diam dan berfikir sejenak. Senyuman kecil menghiasi
wajahnya yang tampan itu. Dia bangun dan berjalan mendekati Tina yang berada di
kerusinya.
“ okay tak apa you tak nak temankan I
tapi jangan menyesal kalau apa yang kita buat tersebar kat you tube dan you
tahu kan akibat dia kan” ugut Fariz. Dia sengaja ingin menggertak Tina. Baginya
Tina bukanlah wanita yang mudah patuh pada arahannya seperti wanita yang dia
kenali sebelum ini jadi tiada cara lain selain menggugut Tina dengan cara ini.
“apa yang you nak buat hah? Jangan cuba
nak gertak I” ujar Tina berang. Dia cuba bersabar. Fariz memang melampau. Suka
menganiaya dan mengambil kesempatan ke atas dirinya yang lemah ini.
“well you tahu kan I macam mana. I tak
suka cakap kosong”
“you nak i buat apa?” soal Tina berang.
Geram sungguh apabila maruahnya cuba menjadi taruhan. Sedikit sebanyak dia
takut sebenarnya dengan ugutan Fariz. Dia tahu Fariz cukup berpengaruh dan
boleh mempengaruhi siapa sahaja. Sebagai anak Dato’ dia perlu menjaga reputasi
daddynya. Itu tanggungjawab yang dia perlu lakukan sebagai anak.
“senang je temankan I makan” ujar Hariz
sambil berhadapan dengan Tina. Wajah mereka begitu dekat sekarang ini dengan
keadaan Fariz yang menongkat di kerusi yang diduduki oleh Tina. Gelisah Tina
dibuatnya. Jantung berdegup laju dengan situasi mereka yang berada dalam
keadaan sebegitu.
“okay kalay macam tu I setuju tapi
sekejap je” ujar Tina dan menolak tubuh fariz untuk bangun. Tidak selesa dia
berada dalam situasi sebegini. Fariz pula tersenyum kemenangan dan hanya
menuruti langkah Tina yang bergerak keluar dari biliknya.
****
Lelaki yang berkulit putih itu berdiri di
jendela rumahnya. Matanya memerhati suasana di luar rumah. Melihat keindahan
ciptaan Allah dia rasa bersyukur sangat sebab nyawanya masih lagi dipanjangkan
untuk menikmati semua ini. Qalif memegang frame gambar yang dihiasi dengan
wajah Haikal, Puan Alia dan Tuan Rizuan. dia juga tidak ketinggalan berada
bersama dalam gambar itu. Setitik air mata Qalif jatuh akhirnya. Sudah lama dia
memerhati semua ini. Hatinya bagai disayat pedih melihat wanita yang amat dicintai dan disayanginya
dilayan begitu. Baginya perbuatan Tuan Rizuan sangat melampau dan tidak boleh
diamaafkan. Sampai masanya dia akan menuntut semua itu. Dia mengukir senyuman
sinis. Pasti Tuan Rizuan akan terkejut melihat nya nanti dan dia sangat tak
sabar untuk melihat reaksi itu tapi untuk memastikan rancangannya sempurna dan
berjalan lancar dia mestilah tidak boleh bertindak tergesa-gesa nanti tak ada
kejutan pulak untuk Tuan Rizuan.
Telefon yang berdering minta diangkat dijawab
oleh Qalif.
“batalkan semua meeting I hari ni and
Tasha boleh aturkan temujanji I dengan Tuan Rizuan. buat macam biasa tapi kali
ini I sendiri yang akan berhadapan dengan dia” pesan Qalif. Tasha yang
merupakan setiausahanya hanya mengiakan sahaja. Dia sudah faham sangat dengan
arahan bos nya itu. Usai bercakap Fariz mencapai surat khabar lalu membaca
tentang kejayaan Tuan Rizuan yang terpampang di dada akhbar itu.
“Tuan berjaya sekarang kan. Dah dapat
apa yang tuan hendak selama ni dan aku tak sabar nak lihat macam mana pula kau
berhadapan dengan aku nanti. Layan mama macam layan sampah kalau aku layan kau
macam sampah jugak macam mana rasa kau agaknya” omelnya sendirian. membara
hatinya apabila teringatkan Tuan Rizuan.
janji yang dibuat lima tahun lepas akan dikotakan olehnya dan semakin
hari semakin dia tak sabar untuk Tuan Rizuan melihat kejayaannya ini.
No comments:
Post a Comment