Dear Readers

Friday 2 December 2011

hadirnya cintamu yang terindah (BAB 8)

BAB 8

“ Kenapa awak tak layan klien saya elok-elok. Awak ingat awak kenal baik punya dengan Tengku Rayyan awak boleh buat sesuka hati awak hah ? Hei dengar sini perempuan kau ingat dengan kau pakai tudung ni semua dapat menunjukkan kan kau ni baik la alim macam tu” Tengku Izham memarahi aku dengan tiba-tiba. Apa lagi aku terkejut badak la. Dah la suara dia tu mengalahkan petir waktu hujan. Aku tak boleh menjawab segala semburannya. Lidah ku terasa kelu semacam. Menggeletar satu tubuh badan. Semua staff yang ada melihat sketsa aku kena marah dengan big boss ! Malu tahap tak boleh blah ! Cis kurang asam. Kalau ya pun aku ada buat salah tegurlah betul-betul ini tak. Dia ni ingat aku tak ada perasaan ke apa. Tahu la dia tu anak CEO tapi agak-agak la sikit kalau nak marah pun lagipun aku sendiri tak tahu apa kesalahan yang aku buat. Dengan mengumpul sebanyak tenaga aku berusaha untuk bertanya apa salah ku. Sebenarnya untuk memandang mukanya pun aku tak berani. Singa kat hutan pun kalah kalau nak di bandingkan dengan muka dia sekarang . Memang garang macam nak makan aku dah ni. Lagipun awak dan saya telah bertukar aku dan kau. Marah benar nampaknya.

“Tengku kenapa Tengku marah saya ni ? Saya dah ada buat salah ke ?” soalku sedikit teragak-agak tanpa memandang ke wajahnya. Mukaku sekarang dah berinci-inci tebalnya. Bayangkan semua staff yang ada tengok drama percuma yang berlaku. Malu gila dah ni.

“ Oo dah buat salah pun tak nak mengaku lagi. Macam ni lah kalau orang buat salah kan nak pandang muka kita pun dah tak berani. Dasar pengecut.” bentak Tengku Izham. Aku bengang. Darahku menyerbu sampai kepala. Memang marah tahap kritikal dah ni.

“Tengku saya tak tahu pun saya buat salah apa. Tengku datang marah-marah saya. Kan senang kalau Tengku explain kat saya apa yang saya dah buat.” aku terkejut kerana berani aku menuturkan perkataan sebegitu . Biasa la kalau dah marah kat seseorang memang macam ni la jadinya. Ini pun mujur boleh sabar lagi. Kalau tak memang aku ajar cukup-cukup la mamat kat depan aku ni. Tak professional langsung !

“ kau nak tahu apa kau dah buat salah hari ni. Mai aku bagi tahu kalau kau tak tahu sangat agak-agaknya kau ni dah tua dah tu yang cepat tak ingat. Memang nyanyuk !”bidas Tengku Izham. Tengok tadi kata nak beritahu apa salah aku tapi sempat lagi menyelit arah lain. Eii memang sengal betulla. Selamat la waktu pejabat kalau tak memang aku ganyang sampai lumat.
“ Apa salah saya Tengku ?” aku sudah tidak sabar. Pantang keturunan aku dimarahi tanpa sebab yang munasabah and tak tahu apa sebabnya. Mana boleh main sembur je. Jatuh maruah aku wei !

“ Memang perempuan macam kau ni gatal kan. Nampak aje alim pakai tudung tapi tak boleh tengok lelaki banyak duit sikit mula la nak menggatal.” Tengku Izham tajam merenung ke arah ku. Aku masih tidak dapat menangkap maksud Tengku Izham. Aik pelik bin ajaib ni. Bila masa pulak aku menggatal ? Dengan siapa pulak aku menggatalnya. Hish ni dah maksud bab menuduh dah ni.

“ Jangan nak hina saya ok. Saya bukan jenis perempuan macam yang Tengku cakapkan. Dengan lelaki mana pulak ni saya menggatal nya. Tengku jangan nak tuduh saya ” aku masih lagi cuba bersabar. Cuba mengingatkan diriku di mana ku berada.

“ Wow masih bela diri ya. Kau menggatal dengan klien aku lepas tu tak nak mengaku pulak. Hei dia klien syarikat Delta Holdings tempat kau bekerja ni. Kalau nak daddy sugar pun agak-agak la jangan nak jalankan aktiviti yak senonoh kau tu kat sini.” Tengku Izham masih lagi merenung ke arah aku. Kali ini aku tidak menunduk lagi. Aku sudah berani bertentang mata dengannya. Apa dia ingat aku perempuan murahan ke apa. Aku bukan macam yang dia sangkakan. Kurang ajar punya Tengku ! Geram aku wei.

“ Wait wait Tengku. Saya jalankan aktiviti menggatal kat office ni ? Bila masa pulak saya buat macam tu. Tengku sekali lagi saya tegaskan jangan tuduh saya macam-macam.”

“ Huh ?! Aku tuduh kau ? Datuk Hisham beritahu aku yang kau menggatal dengan dia masa dia sampai nak jumpa aku tadi dan sekarang kau nak beri dalih lagi. Siap cakap kat aku jangan tuduh kau macam-macam. Perempuan sama aja. Nampak lelaki kaya sikit, ada pangkat mula la nak jadi pisau cukur!” Tengku Izham melemparkan senyuman sinis ke arah ku. Lagilah darah ku mendidih .

“Apa saya menggatal dengan Datuk Hisham ?” soalku agak terkejut. Bila masa pulak aku menggatal dengan orang tua kerepot tu. Setahu aku dia yang menggatal dengan aku tapi yang si mamat belacan ni beritahu terbalik pulak. Hish tak boleh jadi ni !

“ Huh ! Pura-pura terkejut pulak kau kan. Ala kau mengaku je la kau ni kaki kikis” bidas Tengku Izham.

“ What Tengku kata saya kaki kikis. Watch your mouth Tengku. Tengku dah melampau sekarang. For your information tengku saya tak menggatal pun dengan Datuk Hashim. Dia yang menempel dengan saya. Saya tak tahu pulak dia pergi report dengan Tengku kata saya yang menggatal. Agak-agak dia rasa tercabar sebab saya tak layan dia. Last last dia pergi beritahu Tengku saya pulak yang menggatal. Memang orang tua sedar diri !” aku sudah hilang sabar. Berubah terus air muka Tengku Izham. Mungkin terkejut dengan kata-kataku. Boleh si tua kerepot tu cakap aku menggatal dengan dia. Ini sudah lebih. Memang ada dia datang ke tempat aku tadi cuba test saham dia kat aku. Tapi sorry la aku tak layan orang yang sebaya dengan ayah aku. Kalau Henry Golding mari mengurat aku mahu juga aku melayan tapi kalau si tua kerepot tu sorry la boleh jalan ma..

“ Banyak la kau auta kan. Perempuan tak boleh nampak jantan kaya sikit mula la nak menggatal. Huh perempuan semua sama je.” Tengku Izham terus menuduh ku tanpa mempercayai sedikitpun kata-kataku.

“Tengku ni kenapa macam nak cari pasal dengan saya. Kan saya dah cakap orang tua tu yang menggatal saya dah bagi tahu dia elok-elok tapi dia buat derk je macam mana saya tak naik angin. Lagipun saya banyak kerja yang nak dilakukan lagi. Tak kepingin nya saya dengan orang yang lebih kurang sebaya dengan ayah saya” suaraku sudah mula meninggi. Geram betul aku dengan dia. Kalau nak marah aku pun agak-agak la. Jangan nak main redah je. Ini tak semua cakap klien terus nak percaya bulat-bulat. Aku tahu la 'customer always right' tapi siasat la dulu.

“ Cik Hanan Asyikin kau ingat sikit kau tengah bercakap dengan siapa ni. I'm your boss ok so respect me as your boss. Kalau dah nama gatal tu gatalla jugak.” Tengku Izham masih tidak berhenti menyakitkan hatiku. “ Kau ingat ya dia klien penting aku. Kalau dia berubah fikiran then cancelkan projek dia dengan aku siap la kau aku kerjakan. Kau akan menyesal sebab tak hormatkan klien aku.”

“ What ? Kenapa dengan Tengku ni kan saya dah jelaskan kat Tengku bukan saya yang menggatal dengan orang tua tu. Kalau dia nak batalkan projek dengan Tengku pun itu tak ada kena mengena dengan saya okay ataupun proposal yang Tengku sediakan tidak bagus untuk mendapat projek dengan orang tua tu” lantak lah nak jadi apa pun aku malas ambik kira yang penting aku tengah marah kat Tengku Izham ni. Selagi aku tak lepaskan kemarahan selagi itulah aku tak puas hati. Ikutlah dia siapa aku benar-benar tak kisah. Si orang tua gatal tu lagilah aku marah sekarang ni. Ada ke patut dia cakap macam tu. Nanti la kau orang tua. Nanti aku ajar kau cukup-cukup.
“ Kau jangan nak melampau kat aku. Nanti aku buang kau kerja padan muka kau”

“ I don't care” dengan cepat aku menjawab. Mencerlung mata Tengku Izham memandang ke arah ku. Aku buat selamba badak je sambil melawan renungan matanya. Akhirnya dia kalah dan aku menang. Yeah ! Tanpa menunggu sedikitpun dia terus beredar dari tempat kerjaku. Aku hanya memandang Tengku Izham dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Hah ambik kau ni Hanan Asyikin la. Aku tak takut dengan siapa yang cari gaduh dengan aku. Padan muka kau. Aku memang bengang dengan kau. Kalau kena buang kerja pun apa aku heran. Ingat aku nak sangat ke kerja ni. Amboi Asy perasan nya kau. Kau lupa ke macam mana kau boleh kerja dekat sini sebabnya permohonan kau untuk bekerja dengan kalayakan kau tak dapat ! sekarang perasan nak mampus pulak. Sebenarnya dulu aku ada terima tawaran bekerja kat Regalia Holdings tapi aku reject. Korang jangan salah faham tahu aku ada alasan yang kukuh kenapa aku tak kerja kat situ tau. Tawaran kerja kat situ pun aku tak bagi tahu kat ibu dan ayah kalau bagitahu konfim kena paksa kerja kat situ. Aku masih ingat lagi kata-kata ayah yang 'kerja dulu timba pengalaman sebanyak mungkin. Ikut lah kerja kat mana asalkan halal and tak payah fikirkan orang lain.'. Kalau ibu dan ayah tahu konfim aku dipaksa terima tawaran kerja kat situ tapi sampai hari ni rahsia ini tetap kukuh disimpan olehku dan Balqis. Tapi aku tak boleh hilang pekerjaan ni nanti aku menyusahkan Balqis lagi sementara nak dapatkan pekerjaan lain. Tapi mengingatkan kata-kata mamat sambal belacan tu bingung aku jadinya. Hish lantak lah nak jadi apa pun. Ada aku kisah ?!

Dengan sibuk aku asyik mengelamun tiba-tiba ada suara yang menyergah ku. “ Woit Asy apa yang you menungkan tu hah? Ala udah-udah la. Tak payah ambik hati dengan Tengku Izham tu. Dia memang suka marah kat staff dia. Dah nak buat macam mana kita ni orang suruhan dia aja. You ignore je lah. Dia tu kalau you nak tahu memang dia bapak segala singa kat hutan” Fiqa a.k.a Rafique memberitahu ku dengan penuh bersungguh-sungguh and tidak ketinggalan gaya lembutnya itu. Geli hati aku melihat gelagatnya

Terkejut aku dibuatnya. Rasa marah kat si Tengku pun tak habis lagi ni ada orang pulak sergah aku ni. Hai memang nak kena flying kick la nampaknya. Tapi apabila melihat Fiqa yang tersengih depanku terbantut niatku itu. Aku tajam merenungnya. “ You ni tak reti bagi salam ke apa ? Mulut awak tu ada gam ke apa sampai nak bagi salam kat I pun susah hah ?” aku menayangkan muka marahku kepadanya. Hish geram. Yang sebenarnya geram kat Fiqa ni tak ada lah sangat. Tapi geram kat mamat sambal belacan itu yang lebihnya.

“Assalamualaikum Cik Asy.” Fiqa berkata sambil tersengih-sengih. Hah ! Sebijik macam kerang busuk dah aku tengok . “ You ni jangan lah marah-marah nanti seri cantik kat muka you tu terus hilang. Kang tak pasal-pasal lelaki yang syok kat you terus bertukar syok kat I pulak. Tak ke naya tuh” Fiqa ketawa besar dengan katanya sendiri. Aku memberi jelingan maut. Bengang dah ni.

“Waalaikummussalam. Hurm banyak la awak ni kan. Dia orang tengok awak pun tak kepingin tahu tak” hah ambik kau padan muka.

“ Amboi Cik Asy kasarnya bahasa. I tahu la I tak cantik macam you tapi I ada yang special tahu . Jangan sesekali pandang rendah kat I. Nanti kalau I muncul dengan diri I sebenar semua terpegun tau”Fiqa menepuk bahuku sambil ketawa kecil

“ Whateverlah Cik Fiqa oi. Saya tak kisah pun tau. Tapi kan tadi awak kata yang Tengku Izham tu mengalahkan semua spesies singa kat hutan. What do you mean actually ?” soalku dengan muka yang teramat sangat la nak tahu. Panas !

“ Hish you ni. Orang dah heboh satu office bolehnya you tak tahu. Memang katak bawah tempayan la you ni” Fiqa gelak lagi dengan kata-katanya. Hish apa mamat ni tak habis-habis gelak kat aku.
“ Woi Fiqa bukan katak bawah tempayan la tapi katak bawah tempurung la. Pe da you ni..” aku memperbetulkan peribahasanya yang tunggang langgang ni

“ Eh ya ke ?” soalnya. Selepas itu ketawa kami berdua meletus kuat. “Ala you ni I dah tahu sebenarnya cuma saja je I cakap macam tu sebab nak tengok you ni ketawa. Ha kan cantik kalau ketawa macam ni dari muka you marah marah macam Incredible Hulk. Takut I nak menengoknya. He he”. Tengok gelak lagi !

“ Apa yang hebohnya Fiqa?” soalku lagi ingin tahu.

Fiqa menoleh kiri dan kanan. Lagaknya macam nak jual dadah je. Hai nak beritahu aku pun sampai macam ni sekali. Hal besar ni. Ei tak sabarnya aku nak tahu. “Betul ke you tak tahu lagi ni ?”soal Fiqa kepada ku.

“ Astarfirullahhalazim budak ni. Kalau saya tahu saya tak tanya awak pulak la wei.” jawabku. Ei geram aku bila la dapat tahu ni.Fiqa menayangkan muka suspen kepadaku.

“ Sebenarnya Tengku Izham memang macam tu. Kalau you nak tahu start dia kerja kat sini semua pekerja kat bawah dia kena maki hamun dengan dia tau. Bukannya sekali dua tapi tiap-tiap hari. Kalau I la memang dah resign awal-awal. Please la tak rela aku.” dengan tangan yang terangkat angkat menunjukkan Fiqa tak suka dan sememang orang lain pun tak suka jugak.

“ Lagi?” soalku kembali.excited dah jadi ni. Memang aku nak tahu apa yang jadi sebenarnya.

“ Excitednya you nampak. Kenapa? Best ke kena marah dengan dia ?”

“ Ish tak la. Best kepala otak . Tak ada maknanya tau ! Awak cerita la lagi saya just nak tahu la ni” geram la aku dengan Fiqa ni. Cerita je la pe yang susahnya.

“ Ya I nak cerita la ni. You nak tahu masa dia mula-mula kerja ramai pekerja yang kena buang. Ada sikit punya salah terus kena marah. Sekarang ni I dengar maki kuat amukannya. Ramai dah yang mohon permohonan bertukar ke bahagian lain tapi direject. Nasib punya badan. Kesian diorang semua.” Fiqa memberitahu ku dengan suaranya yang diminimakan serendah mungkin. Maybe tak nak tuan punya badan dengar kot ataupun orang kanan nya dengar terus pergi lapor kat mamat sambal belacan tu.

“ Teruknya laki macam tu. Hish selfish betul. Ikut suka dia je kan nak marah orang. Kalau ada silap salah tegur la baik-baik ni tak. Hish dasar mamat sambal belacan betulla.” kataku dengan marah seolah-olah aku yang dimarahinya tiap-tiap hari.

“ Hei Asy apa you sebut tadi mamat sambal belacan? Wow baik punya gelaran” kata Fiqa sambil menepuk tangan dan ketawa. Alamak dah telepas cakap la pulak. Gelaran tu hanya aku dan Balqis aja tau.

“ tak la bukan. Saya tak kata macam tu la.” bidasku.

“ Woi you ingat I pekak ke apa tak dengar apa yang you cakap hah. I belum pekak lagi tahu. You ni. I dengar la you sebut mamat sambal belacan tadi. Hah tu gelaran you kat dia erk ?” Fiqa menjongket keningnya kepadaku

“ Syyyy... awak ni cakap tu perlahan la sikit nanti orang dengar naya saya tahu tak. Awak jangan bagi tahu kat sape sape tahu”

“ Ala rilex la. Ni kan Fiqa. Fiqa ni orangnya jujur dan amanah. Tak bagi tahu kat orang lain la. You jangan la risau. Ni rahsia antara kita bertiga . I janji” Fiqa sudah mengangkat tangannya persis macam orang yang sedang berikrar.

“ Ye la saya percaya kat awak.” kataku kepada Fiqa. Akhirnya aku tersenyum. Takut juga aku kalau Fiqa terlepas cakap kat orang lain lebih lebih lagi kat tuan punya badan..

“ Asy kau dengan Balqis kawan baik kan kenapa kau tak ikut je dia pergi belajar kat oversea ? Hah lagi satu kau belajar kat universiti mana dulu ?” soal Fiqa. Nak tahu benar lagaknya . Sungguh tiada seorang pun tahu aku lulusan luar negara sama dengan Balqis. Malas la aku nak cakap bukan penting sangat pun. Lain la kalau ada yang offer aku kerja. Aku tak tahu nak jawab apa. Soalan ni yang malas aku nak jawab ni.

“ Cik Fiqa oo cik Fiqa kat sini rupanya kau berbual ya.” panggil Maya. Fuhh selamat aku. Tak kena la jawab soalan cepumas si Fiqa ni.

“ Hah Maya kenapa dengan kau panggil panggil aku ni. Dah buang tebiat ke apa.” Fiqa nampaknya tidak suka perbualannya dengan ku diganggu.

“ Buang tebiat kau cakap eh. Kau nak tahu tak bos kesayangan kau kat atas sana nuh sedang cari kau. Ni dia yang kerah aku cari kau tahu tak. Baik kau naik cepat nanti tak pasal pasal bergegar satu bangunan ni kau kena panggil dengan dia. Cepat naik !” arah Maya kepada Fiqa “ Apa yang kau tercegat macam tiang lampu tu cepatla. Orang kerja susah payah kat atas tapi kau senang-senang bergossip kat sini ya.”

“ Alamak mampus I Asy kena dengan nenek tebuan tu tadi dia suruh I jumpa you untuk ambik phone dia aje tapi I tak sedar masa bergerak. Hish naya I kali ni.” dengan kelam kabut Fiqa menuju ke lif untuk naik ke tingkat atas. Lucu aku menengoknya. Semua yang ada kat situ menggeleng kepala dan ada juga yang ketawa melihat gelagat Fiqa yang berlari ala-ala perempuan melayu terakhir gitu.

“ Fiqa phone bos awak ni tak nak ke ?” laungkusambil menyindir. sindir orang je la kerja ku. Fiqa menoleh ke arah ku dan dengan cepat mengambil phone Balqis.

“ Sorry I lupa pulak. Anyway thanks ya. Nanti I belanja you lunch. Okay dear see you later. Da ..”
tanpa menunggu aku membalas kata-katanya dia terus blah. Mujur tak langgar tiang je mamat Fiqa ni. Aku meneruskan kerja-kerja ku tapi apabila teringatkan pergaduhan dengan mamat sambal belacan tadi terus mood aku melayang. Hai apa la nasib aku nanti. Jangan-jangan dia buang aku kerja tak. Ya Allah kau permudahkan lah rezeki ku. Jangan lah aku dibuang kerja. Doaku di dalam hati.

No comments:

Post a Comment