Dear Readers

Sunday 13 January 2013

Bab 16.. hadirnya cintamu yang terindah



  


 Kepala aku dah rasa macam nak meletup dah hari ni. Ye la hari ni macam-macam dah aku dapat, perempuan gatal, pisau cukur la dan macam-macam lagi. Angin aku satu badan tau. Ini semua pasal aku dengan mamat sambal belacan kat dinner tu la.  dia orang ni kan tak boleh ke kalau mulut tu tutup elok-elok dan jangan jaga tepi kain orang. Aku mengeluh hampa. Kalau la malam tu bukan aku yang jadi partner mamat sambal belacan confirm tak jadi macam ni. Aku mengeluh lagi.

“hai Asy ada masalah besar nampak “ ujar empunya suara.

“Fiqa?” aku bertanya. Aku takut tersalah orang je. Segak bebenor ni.

“Hai takkan la dah jadi girlfriend bos kita dah tak kenal I kot. By the way, please jangan panggil I Fiqa malu la kalau orang dengar, call I Raf je” ujar Fiqa opps a.k.a Rafique tu separuh berbisik. Aku ketawa geli hati.

“Hai sekarang dah pandai malu dah. Dulu tak pun “

“dulu lain, sekarang lain. Asy kau jangan la ambik hati sangat dengan dia orang yang duk mengata kat kau tu. Pekakkan telinga je. Ala dia orang cemburu je dengan kau tu.” Beritahu Rafique kepadaku. Aku hanya diam.

“Entahlah Raf. Aku pun ada perasaan,  aku sakit hati tahu dengar semua benda  ni. Rasa nak terajang orang pun ada bila dengar orang cakap macam tu kat kita.” Omelku kepadanya. Sumpah geram tapi aku masih boleh berfikir. Lagipun kalau aku bertindak marah hal ni pun takkan selesai jugak. Senyap bukan bermakna kalah kan. sedang aku asyik berbual tiba-tiba aku terlihat kelibat seorang manusia yang sangatlah aku kenal. Aku pura-pura sibuk dan tidak menghiraukan Raf yang sedang bercakap. Cakap sorang-sorang lah Raf. Nasib badan kau.

“Hanan ikut saya sekarang “ Tengok jumpa aku je mula la keluarkan arahan dia. Mentang-mentang la aku kuli. Rafique terdiam dan minta beredar.

“Saya banyak kerja la Tengku. “ tuturku tanpa melihat sedikitpun wajahnya. Hati aku sakit denagn persepsi orang kepada diriku. Aku yang kena tanggung sorang-sorang

“awak tak faham bahasa ke hah? Saya cakap ikut, ikut je la” lantang mamat sambal belacan bersuara. Orang sekeliling mula memandang. Aku naik malu. Eii dia ni kan. aku mengetap bibir. Setelah mencapai handbag ku. Aku mengikutnya. Dalam kereta aku diam seribu bahasa. Mamat ni nak race ke apa ni? Kalau nak mati jangan ajak aku sekali. Desisku. Kelajuan 140. Selamat kereta mewah. Kalau kereta biasa dah bergegar dah.

“Tengku nak bawa saya ke mana pulak ni ?” ujarku sedikit geram.

“Apa yang dia orang dah cakap kat awak ?” tanya nya

“ dia orang ? siapa Tengku ? “tanyaku sedikit blur. Apa kes pulak mamat ni

“huh ! buat tak tahu pulak. Staff kat pejabat la dia orang cakap bukan-bukan kan kat awak ? “desaknya lagi

aku mengeluh. “Entahlah Tengku. Biasala manusia bukan kita boleh tutup mulut dia orang. Kalau kita senang sikit mula la nak mengata.” Rintihku.

“. Apa hak dia orang nak mengata macam tu ? geram betul saya. saya dengar pun sakit hati ni kan awak” suaranya masih tinggi. Macam la aku ni pekak. Aik sekarang siapa yang patut marah. Aku ke dia.?Macam-macam perangai betulla mamat ni. Tak faham aku.

“Biarlah dia orang nak kata apa pun. Jangan naik tangan kat saya sudah” tuturku perlahan.

“Ada orang yang berani naik tangan kat awak ke ? kat mana ? sakit tak “ tanyanya. Runsing benar nampaknya. Akibat itu dia memberhentikan kereta di tepi jalan. Aku terkejut dengan reaksinya. Jangan caring sangat boleh tak ? desisku.

“Tak ada Tengku. Tengku jangan la risau. Berani dia orang nak naik tangan dengan saya. belum sempat lagi dia  orang dah merasa penumbuk saya” aku berkata dengan penuh yakin.

Tengku Izham ketawa. Aik aku buat lawak ke apa? Tak kelakar pun. Kringgg telefon Tengku Izham menjerit jerit memanggil.

“Ya mak mah. Saya tengah drive ni. Kenapa ya mak mah?” tanyanya

“Apa? “ terkejut beruk aku dibuatnya. Aku memandang muka Tengku Izham. Muka dia sedikit pucat. “Hospital mana? Baik saya ke sana sekarang.”

Belum sempat aku bertanya dengan lajunya Tengku Izham membuat pusingan balik. Aku terdiam. Takut nak bersuara. Muka dia serius gila. Dua puluh minit berlalu akhirnya kita orang sampai di hospital. Aku  tertanya-tanya siapa pulak yang sakit ni.
“Tengku kita buat apa kat hospital ni?” tanyaku. Ye la dari tadi lagi aku duk menurutnya. Pening aku dibuatnya.
“mama saya sakit. Hah tu wad dia” ujarnya. Aku menurut sahaja. Perut ku mula berkeroncong lagu wonderpet. Alahai laparnya.
“Ma are you okay?” tanya Tengku Izham. Aku tersenyum. Sayang benar kat mama dia. Ya semua tu jelas terpancar pada air mukanya yang beritu terpamer kerisauan. Aku hanya berdiri di hujung bilik hospital mewah itu. Tak berani untuk menyampuk. Aku, Tengku Izham dan ayahnya sahaja yang berada bersama dengan mamanya di wad itu.
“Mama okay je. Sikit je ni yang sakitnya. Papa kamu tu yang bising mintak mama datang hospital bagai. Tak pasal-pasal kena tahan kat wad ni” merajuk la kononnya aunty Zahra. Merajuk manja gitu.

“Hmm mama kamu Is takut sangat dengan hospital. Dalam keadaan sakit pun boleh kata tak ada apa-apa. Kita yang menengoknya ni runsing dibuatnya” ujar Tengku Taufiq tak nak mengalah dengan cakap isterinya

Aunty Zahra mula terpandangkan ku. Sebagai tanda hormat aku bersalam dengan mama dan papa Tengku Izham. Hai macam bakal menantu pun ada. Perasan betul kau Asy!

“Asy datang dengan Is ya?” tanya aunty Zahra.

“ya aunty. Kita orang dari office tadi lepas Tengku dapat panggilan terus datang sini “ tuturku jujur. “aunty macam mana boleh jatuh sakit ni?” soalku inginkan kepastian. Tak salah beramah mesra dengan orang yang peramah dengan kita ni.

“Aunty kamu ni Asy rebah masa ambil wuduk dalam bilik air. Degil tak nak datang hospital. Setelah uncle paksa baru dia nak datang. Degil betul” sampuk Tengku Taufiq

“Ala abang ni Zah jatuh sikit je nak runsing sangat. Sikit je la bang” ujarnya aunty Zahra. Walaupun pasangan yang sudah lama berkahwin mereka masih sangat menyayangi antara satu sama lain. semua tu jelas terpancar kat wajah Tengku Taufiq yang runsingkan isteri dia. Aku tersenyum memandang keduanya. Pandangan ku melekat kat Tengku Izham. Dia tersengih-sengih memandangku dan menjongkatkan keningnya. Gatal je gayanya. Geli aku tahu. Tiba-tiba aunty Zahra mengerang kesakitan aku panik . Tengku taufiq bertindak cepat dengan memanggilkan nurse yang bertugas. Setelah memeriksa keadaan aunty Zahra. Nurse tergesa-gesa keluar memanggil doctor. Aku hanya melihat keadaan tersebut. Semuanya berlaku dengan cukup pantas sekali.

“Tuan puan, tolong keluar dulu ya saya nak periksa keadaan pesakit ni dulu” ujar doktor Hafiz. Aku melihat reaksi dua orang anak beranak tersebut. dia orang cukup risau.

“Is papa nak pergi solat dulu ya” kata Tengku Taufiq lemah. Aku kagum walaupun ahli korporat tenama tapi Tengku Taufiq tak melupakan seruan agama.

“Is pun ikut pa. Lagipun Is tak solat lagi ni. Asy nak ikut sekali” ajaknya. Alamak apa aku nak jawab ni. Aku cuti sekarang ni.

“cuti” lambat-lambat aku menjawab juga. Malunya.

pintu bilik terkuak dan aku segera bergerak ke arah doktor. “ doktor macam mana dengan aunty?” tanyaku risau.

“pesakit dah normal dan stabil. Ini cik Hanan ke? Puan Sri nak jumpa kat dalam”. Tanpa berlengah aku terus masuk

“Aunty dah okay?” tanyaku risau.

“dah tapi sakit sikit lagi” dalam keadaan sakit dia masih tersenyum.

“Asy boleh tak kalau aunty nak mintak tolong Asy sikit?” pintanya

“ apa dia aunty. InsyaAllah kalau boleh saya tolong”

“aunty nak melamar Asy untuk Is. Tolong terima sayang” ujarnya. Aku rasa masa seakan berhenti berputar. Apa lagi cubaan kali ni?


                                                                  ***

“Hanan kita dah sampai ni” ujar mamat sambal belacan sebaik sahaja kita orang sampai di rumah sewaku.
“Hanan, kenapa awak senyap je ni? Ada masalah ke?” tanyanya. Aku menggeleng.

“Hanan kalau awak ada masalah jangan segan nak berkongsi dengan saya. InsyaAllah saya akan berada bersama awak time susah dan senang” beritahunya. Ayat tu buat aku teringatkan seseorang. Apa yang aku perlu buat sekarang? Sungguh aku buntu. Permintaan tu terlalu berat untukku terima.

“saya okay je Tengku. Jangan risaukan saya. tengku terima kasih hantarkan saya ya” ujarku.

“sama-sama Hanan. Lagipun sehala dengan rumah saya kan. tak menyusahkan pun” kata Tengku Izham

“kalau awak nak saya hantar awak ambik awak pergi kerja hari-hari pun saya sanggup” sambungnya lagi.

“buat la kalau Tengku sanggup nak melayan karenah saya yang macam budak-budak ni” kataku dengan niat bergurau. Selepas Tengku Izham pulang aku melangkah masuk ke dalam rumah. Mana Balqis pergi ni. Takkan tak balik kerja lagi kot. Agak-agaknya pergi beli barang nak kahwin dia lah tu. Lagipun tarikh bahagia dia dah nak dekat. Hai tak sabarnya nak balik kampong tapi bila memikirkan permintaan tadi hatiku jadi tak keruan. Ya Allah apa yang perlu aku buat ni ?
    Selesai sahaja aku menunaikan solat. Aku teringatkan kembali perbualan aku dengan aunty Zahra.

“Asy demi aunty Asy terima ya” pinta aunty Zahra. Aku bingung.

“kenapa saya aunty. Saya ni bukan sesiapa pun kalau nak bergandingan dengan Is” kataku cuba untuk menerangkan keadaan sebenar. “lagipun kami ni bukan nya pasangan bercinta” sambungku lagi. Aunty Zahra memegang tanganku.
“Cinta boleh dipupuk Asy. Aunty dengan uncle pun bukan berkahwin atas dasar cinta. Malah kita orang tak kenal pun sebelum berkahwin. Demi keluarga kami berkahwin dan Alhamdulillah kami bahagia” ujarnya. Aku menunduk dia. Benda ni terlalu drastic bagiku. Aku bukan robot yang boleh dipergunakan.

“Aunty Asy bukannya nak menolak tapi Asy tak sesuai aunty” terangku lagi

“Asy masa aunty tengok Asy kat rumah aunty time majlis tahlil lagi ahti aunty ni dah berkenan kat Asy. Naluri ibu Asy, pandai menilai.” Aku tersenyum mendengarnya. Masalahnya sekarang yang patut berkenankan aku Tengku Izham bukannya aunty sorang je.
“tapi aunty macam mana kalau Tengku Izham dah ada orang yang dia sayang” dalih ku lagi. Sungguh aku tak bersedia untuk berdepan dengan semua ni.

“Asy umur aunty dah tak panjang Asy, kalau boleh sebelum mata aunty tertutup aunty teringin sangat nak tengok Is naik pelamin.”

“apa yang aunty cakap ni. Ajal maut semua kat tangan Tuhan aunty” beritahuku. Apa sebenarnya yang aunty ni nak bagi tahu aku. Bercakap macam orang ada penyakit kronik.

“nak menunggu Is bawak calon isteri jumpa aunty alahai lambat lagi la. Asy hidup aunty dah tak lama. Aunty menghidap breast cancer Asy” beritahunya. Aku terkejut dengan berita tersebut. Ya Allah beratnya yang aunty Zahra tanggung.

“what ? aunty jangan bergurau dengan saya aunty” pintaku.

“orang macam aunty ni dah tak ada masa nak bergurau Asy. Asy terima ya. Hidup aunty dah tak lama. Aunty ada masa enam bulan je lagi” tutrnya. Air matanya mula mengalir. Aku turut sama menangis.
“Aunty bagi masa kat saya fikirkan ya” ujarku sebak. Aku mengaku walaupun aku baru mengenali aunty Zahra tapi aku sudah mula jatuh sayang kepadanya.

“jangan ambil masa yang lama ya. Nanti tak sempat aunty nak menengoknya” pintanya lagi. Aku terus memeluknya.

“Asy kau ada kat dalam ke ? kau marah aku lagi ke? Maafkan aku Asy. Aku janji lain kali aku dah tak buat dah”  laung Balqis dari luar bilik. Aku tersentak daripada lamunan. Cepat-cepat aku mengelap air mata yang berjuraian di pipi.

“Ya aku ada” kataku seraya membuka pintu bilik. Kat Balqis memang aku tak pandai nak marah lama-lama
“Asy kau masih marahkan aku?” tanya Balqis. Aku membuat muka garang dan memandang nya. Tidak lama selepas itu aku ketawa.

“sehari aku tak bercakap dengan kau boleh naik kematu ni kepala aku tahu”aku memeluk Balqis

“kau pergi mana balik lewat ni? Shopping barang kahwin ek ?” sambungku lagi

“ ye la. lagipun tarikh dah dekat ni” ceria bunyi suara Balqis. Bakal pengantin la katakan.
“mana kad jemputannya. Kau tak nak kasi kat aku ke ? tanyaku.

“tak nak. Aku tak nak bagi kat kau. Nanti kau tahu pulak siapa calon suami aku” Balqis menjelirkan lidahnya kepadaku.

“amboi kau ni. Macam la kalau aku tahu aku akan bawak lari bakal husband kau. “ aku merajuk. Sampai hati Balqis. Aku ni kawan dia takkan aku nak rampas suami dia pulak.

“ala busuk janganla merajuk. Nanti kau tengok time akad nikah la. ni suprise aku nak bagi kat kau ni” ujarnya sambil cuba memelukku. Aku menepis tanda protes.

“ suka hati kau la. aku malas nak ambil tahu”

“ hmmm kan bagus macam tu. Beb esok kau ambik cuti ya. Lusa kita balik kampong. Minggu depan aku dah nak kahwin. Hoorey” jerit Balqis. Bengkak telinga aku tau

“Ya aku tahu la kau nak kahwin tapi jangan jerit boleh tak? Suara kau tu sampai satu taman boleh dengar tahu!” beritahuku.

Kring kring kring.. telefon aku berbunyi. Dengan pantas Balqis mencapai telefon ku.

“Beb Tengku Izham call kau la. walawei kau ada apa-apa ke dengan dia? Kau nak tahu malam dia nyanyi tu sampai aku pun nak tercair tau” ujar Balqis sengaja hendak menyakatku.
“kau jangan nak melalut. Bak sini phone aku”

aku membiarkan panggilan tersebuat. Kali ketiga baru aku menjawab.
 “ Assalamualaikum cinta” Tengku Izham bersuara di hujung talian.

“waalaikummussakam rindu” jawabku. Saja nak bermain angin dengan mamat sambal belacan tu.
“Nakal awak ni” katanya

“hai tengku yang mula dulu cakap saya pulak dah. Apa ma..” Balqis sudah tersengih-sengih memandangku. Dia siap buat symbol love lagi dengan tangan. Aku mecapai bantal kusyen dan terus membaling kepadanya. Belum sempat dia membalas aku terus blah menuju beranda rumah.

“Tengku nak apa telefon saya malam-malam ni” tanyaku terus.
“Hai takkan la nak telefon pun tak boleh macam la saya nak telefon anak raja cik Hanan oi” ujarnya.

aku tersenyum mendengar suaranya. Asy teruk dah kau ni. Tersengih-sengih macam baru menang loteri.
“Hanan cuba awak tengok  bulan dan bintang?”pintanya.
“ya kenapa dengan bulan dan bintang?”soalku ingin tahu
“saya macam bulan dan bintang yang sentiasa akan cuba menerangi dan menyinari hidup awak” aku terdiam. Fuh jiwang nya ayat. Bukan setakat cair dah aku ni. Lebur terus!
“Hanan esok awak kena kemaskan bilik saya ya. Dah berhabuk. “ Tengku Izham mengubah topic. Nada suaranya dah bertukar. Dah tak ada dah romantic macam tadi
“hah dah berhabuk? Kan baru je kemas.” Kataku protes. Hai elok-elok je aku cuci takkan dah kotor balik kot.

“entah. Saya tengok berhabuk balik. Ni mesti awak tak cuci dengan elok ni”

“saya tak cuci dengan elok Tengku cakap?” soalku sedikit meninggi. Hai dah hilang ayu kau Asy. Tadi punya la control.

“Tengku jangan tau. Saya dah cuci elok-elok dah. Lagipun esok saya sibuk” kataku geram

“amboi Cik Hanan awak sibuk mengalahkan saya nampaknya” usiknya kepadaku.

“saya tak tipula esok memang saya sibuk sebab lusa saya dah start nak bercuti seminggu.” Kataku girang. Macam kanak-kanak yang dapat cuti sekolah je lagakku.
“siapa yang benarkan awak ambik cuti hah ?” tanyanya sedikit terkejut.

“bahagian HR la. lagipun Balqis nak kahwin so saya mestila kena ada bersama dengan dia” tambahku. Tengku Izham terdiam.

“okaylah kalau macam tu. Bye” belum sempat aku berkata talian sudah diputuskan. Hai angin kus kus dia dah datang dah.pelik betul la. sekejap je mood dia boleh berubah. Tiba-tiba teringatkan permintaan mama Asy membuatkan aku berasa  gerun.

No comments:

Post a Comment