Dear Readers

Wednesday 7 December 2011

hadirnya cintamu yang terindah (BAB 9)



Aku termenung di luar tingkap. Fikirannku menerawang jauh ke kampungku. 'ibu ayah Asy rndu kat ibu dan ayah'. Tak sabar rasanya nak balik kampung jumpa ibu dengan ayah aku. Masa bergerak macam lambat aje. Aku dah tak sabar nak balik kampung. Minggu lepas dah siap planning nak balik hujung minggu ni tapi last-last si Balqis ada kerja. Urgent katanya. Klien dia buat meeting mengejut. Dah la klien penting kata Balqis. Dah aku nak buat macam mana terpaksa la cancel. Hasrat nak makan asam pedas ibu dengan mee sup makcik Bedah pun terbantut. Kempunan beb nak makan ! Sedih tahap tak boleh blah. Yela nak marah Balqis pun tak guna. Bukan dia yang mintak semua tu. Jadi aku redha je lah walaupun dalam hati bagai nak rak dah menangis. Pagi tadi aku pergi hantar Balqis kat tempat dia meeting. Katanya aku boleh guna kereta dia nak pergi jalan-jalan. Takut aku mati boring kot kalau aku duk kat rumah seharian. Lagipun jangan harap si Balqis benarkan aku guna public transport. Mati hidup balik pun tak boleh. Dia kata bahaya naik public transpot. Ish risau bebenor minah tu kat aku. Apa pun aku suka. He he.

Lepas hantar Balqis terus tak ada mood nak sambung tidur. Mata ni dah tak boleh nak pejam. Puas berguling atas katil cari kedudukan yang selesa tapi mata masih tak boleh pejam. Lepas itu jadi la macm ni. Termenung tepi tingkat tak tahu nak buat apa. Nak tengok televisyen pun malas. Asyik siaran sama je yang diulangnya. Aku teringat pergaduhan dengan si mamat belacan tempoh hari. Hurm apa la nasib aku ni. Dah la nak dapat kerja pun susah bila dapat pulak begini jadinya. Hish tak aman betul. Tapikan dah beberapa hari aku tak tengok muka mamat tu datang office. Pontengla tu al maklumlah anak CEO. Dasar curi tulang betul. Tapi tak ada dia aman sikit hidup aku nak buat kerja. Ye la kalau dia ada kat office pagi pagi lagi dia akan lalu depan meja aku. Tengok muka dia cemberut semacam pagi pagi buta boleh buat aku hilang mood nak kerja dengan jelingan mata dia yang tajam. Fuh geram aku. Blacberry ku yang berwarna putih berdering lagu percaya padaku. Aku menjeling. Malas nya nak angkat phone. Ini mesti mamat dispatch yang call. Hish tak habis-habis nak ganggu aku. Siapa yang bagi nombor phone aku kat dia tak tahu. Kalau aku tahu siapa yang bagi siapla. Bengang betulla. Setiap malam ganggu aku. Nak tidur lena sikit pun tak boleh. Semalam dia call lagi waktu aku sedang tidur. Dah la time tu mimpi best.
Dengan malas aku mengangkat call tersebut dengan mata yang terpejam. Dengan suara tersekat-sekat si pemanggil di sana bagi salam. “Assalamualaikum”

“ Hah waalaikummussalam. Kau nak apa lagi. Buat apa telefon aku pagi-pagi  ni. Tak boleh tengok orang senang sikit mula la nak menganggu. Ke kau tak reti nak tengok jam pukul berapa sebelum buat calling hah. Dah buta agaknya” aku menyembur si pemanggil. Itu lah padah kalau menganggu orang tidur. Hah ambik kau siapa yang suruh ganggu aku tidur. Lepas aku sembur terus talian dimatikan. Hurm baru kau tahu. Siap la kau. Nanti kat office aku sembur kau puas puas. Hish memang nak kena ni.

Berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku
ku kan menjemputmu
hingga akhir waktu

Telefon blackberry curve putihku berdering minta diangkat. Aku melihat si pemanggil. Aku tersenyum. Dengan pantas aku menjawab panggilan tersebut. “ Assalamualaikum Cik Fiqa ku yang tersayang”

“ Waalaikummussalam Wah semangat you angkat call I kan. You memang tengah tunggu panggilan dari I ke ?” Fiqa ketawa kecil.

“ Tak la I excited aje you call I. Ye la mana tahu kot kot ada orang nak belanja I makan hari ni. Hai langkah kaki kanan la gamaknya. He he” aku cover line memang excited pun Fiqa call aku. Kan tengah boring ni. Jadi kalau cakap dengan mamat ni memang best la. Tak sedar pun masa berjalan. Boleh la buat hilang boring aku ni daripada aku duduk layan perasaan rindu kat ayah dan ibu.

“ Tak payah cover line. I tahu kau tengah boring kat rumah tu” hah tengok kantoi dengan Fiqa ni.

“ Hah macam mana you boleh tahu. you ada sixth sense ke apa ? Jangan-jangan you guna magik tak ?” soalku. Hish aneh bina ajaib ni tepat tekaan Fiqa.

“ Hish you ni. I ada kuasa psikik tahu. Itu yang I boleh tahu you tengah buat apa tu.” Fiqa gelak. Aku tahu dia sengaja mengusikku. Aku diam “You ni I gurau je lah jangan la merajuk nanti cepat tua pulak. Yang sebenarnya Balqis yang bagi tahu kat I. Tadi I singgah kat office kejap ambik barang I yang tertinggal then terserempak dengan Balqis dengan Sue. Dia bagi tahu kat I kalau nak keluar pergi mana mana ajak la you sekali. Lagipun you sorang aje kat rumah.” oo patutla si Fiqa ni tahu rupa-rupanya Balqis dah bagi tahu. Aku ingat dia ada sixth sense ke apa ke. He he. Jauh melencong betul apa yang aku fikir .

“ Oo ya ke ? So you call ni nak ajak I keluar ke apa ?” aku menyoal excited la jadinya kalau ada kawan nak teman aku time time macam ni. Tak la duduk sorang sorang .

“ Ye la nak ajak you keluar la ni. You nak ikut I tak ?” soalnya

“ Nak la. You nak ajak I pergi mana ?” jawabku. Suka betulla ni. Hish gedik. Kalau orang ajak keluar mula la tersengih sampai ke telinga. Aku menuju ke almari baju. Memilih baju untuk ku pakai keluar dengan Fiqa. Akhirnya aku berjaya memilih baju yang hendak dipakai.

“ Ada la. I nak bagi suprise untuk you tapi you kena pakai baju kurung tahu. Jangan nak pakai seluar pulak ya.”

“ Hah pakai baju kurung ? You nak bawak I pergi mana sebenarnya ni ? Suprise apa ke bendanya. Birthday I lambat lagi la kalau you nak buat suprise nak bagi hadiah kat I pun. Lagipun kalau nak pergi shooping tak sesuai nak pakai baju kurung” peliknya buat apa nak pakai baju kurung. Takkanlah nak pergi shopping pakai baju kurung kot. Tak selesa la aku. Lagipun aku memang tak suka pakai baju kurung kecuali kalau ada event yang memerlukan aku pakai baju kurung aja selain pergi kerja. Itu pun kadang-kadang je aku pakai time kerja yang semuanya berseluar atau berskirt labuh.

“ Minah Asy oi bila masa I ajak you pergi shopping. Kalau ajak you pergi shopping botak la kepala I . Sudah, you pergi bersiap . Setengah jam lagi I pergi ambik you tahu. Cepat bersiap. Kang karang I pulak yang kena tunggu you. Okay lah assalamualaikum.” Fiqa meletakkan telefonnya selepas habis berkata-kata. Tidak sempat aku nak membalasnya. Hish minah ni nak bawak aku ke mana sebenarnya. Ke nak bawak aku kahwin lari kat siam. Astarfirullahhalazim Asy cuba kau fikir positif sikit. Takkan la kau tak kenal Fiqa macam mana. Aku cuba menenangkan diri ku. Hish cepat gelabah sangat. Relax Asy relax. Lantak lah dia nak bawak aku ke mana pun aku ikut aje. Aku terpandang baju kurung moden berwarna biru dalam almariku. Aku mengambilnya. Cantik jugak. Baju ni baru siap dijahit sebenarnya. Ibu yang hantar dari kampung. Ibu biasa la tiap tiap bulan hantar baju kurung kat aku tapi aku buat perhiasan aja dalam almari pakai pun kadang-kadang. Aku bersiap ala kadar aja. Dengan tudung ekspres yang sama warna dengan baju ku aku tampil anggun. Hish perasan betul !

Pon ! Pon !
“ Mak kau meletup. Ya Allah Fiqa ni tak sabar sabar betul. Terkejut aku.” aku menggosok dada ku. Tindakan refleks sebab terkejut. “Ya kejap I datang la ni” aku melaung dari dalam rumah. Entah dengar ke tidak Fiqa tu. Ah lantak lah. Aku pun bergerak ke tingkat bawah. Nak ajak Fiqa masuk dalam rumah pun tak manis. Ye la dia kan lelaki yang jadi perempuan. Kalau pencegah maksiat mari kena tangkap basah jugak. Tak ke naya beb ! Tapikan aku tertanya tanya betul ke Fiqa ni lembut sejak kecil lagi. Aku rasa macam tak aje. Tak apa nanti aku korek rahsia. He he.

“ Woi Asy yang you tercegat macam tiang tu kenapa. Bukak la pagar tu and cepat masuk dalam kereta. Kita dah lewat ni” Fiqa menyergahku. “ Hish you ni kan kuat berangan la. Nak kata ada boyfriend bila I tanya you kata tak ada. Hish musykil la I macam ni” Fiqa memulakan bicara selepas aku menaiki keretanya.

“ Apa ke hal nya yang you nak musykil ? Tak ada maknanya nak musykil. I memang tak ada pakwe la. Malas la I. Buat menyesakkan kepala otak aje.” aku memandangnya. Apa kes ni tak percaya aku single ni.

“ Betul ke you ni ?” soalnya lagi tak puas hati.

“ Betulla. Habis you ingat I tipu you ke ?” hish geram betulla kalau apa yang aku cakap orang tak nak percaya. Bengang betul.

“ Tak la cuma I pelik je. Orang cantik macam you tak ada boyfriend. Jangan-jangan you minat sejenis tak ?” aku terkejut. Terus aku menumbuk perut Fiqa. Fiqa brek mengejut keretanya. Kami terdorong ke depan. Kereta terbabas ke bahu jalan. Aku dan Fiqa sama-sama terkejut. “ Hoi Asy apa yang kau buat ni. Selamat la kita tak kemalangan kau tahu. Gila ke apa !

“ Gila you cakap kat I . Siapa yang suruh you kata I sejenis. I normal tahu. Normal! Kromosom I 46. Tak ada yang lebih tak ada yang kurang you tahu.” bengang. Dengan suara yang kuat aku beritahu Fiqa.

“ Wah kuat nya suara you. Boleh pecah gegendang telinga I ni. Ala I gurau aja la tadi. You ni selamat kita tak mati tahu. Sudah lah I mintak maaf. You jangan lah marah sangat,I gurau aje tadi nya. Lain kali I tak gurau macam tu dah . Mintak maaf erk ?” dengan muka kesian Fiqa minta maaf dari ku. Hish ngada-ngada betul mamat sorang ni.

“ Ye la. Lain kali jangan tahu. Lebih teruk pada tadi I kerjakan. Dah gerak sekarang.” aku memandang ke depan. Aih tak gerak lagi.

“ Asy” panggil Fiqa.

“ Hah apa lagi?” soalku sedikit bengang.

“Perut I sakit. Boleh tak you pulak yang drive. I dah tak larat ni.”pinta Fiqa

“ You ni lembik la. Sikit aje I tumbuk tadi. Hish kalau macam ni besok pun belum tentu kita sampai. Dah you keluar sekarang. Biar I yang drive.” aku menukar tempat duduk. Aku mengambil bahagian pemandu. Dengan panduan dari Fiqa aku meneruskan perjalanan ke tempat yang ingin Fiqa bawak aku.

*****

“Jemput masuk” kata penyambut tetamu kat villa Orkid itu. Rupa-rupanya Fiqa membawa aku ke rumah CEO. Ada majlis tahlil sikit katanya. Tahli arwahl ibunya Tan Sri Tengku Taufiq. Terkejut aku apabila sampai di depan rumah besar ni. Apabila dijelaskan oleh Fiqa rumah siapa yang dia bawa aku . Aku menelan air liur. Memang cari nahas. Kalau jumpa dengan mamat sambal belacan tu macam mana ? Memang nak kena lah tu. Aku sudah berniat nak patah balik. Tapi dihalang oleh Fiqa. Lagipun Puan Sri Zahra a.k.a ibu kepada mamat sambal belacan tu sudah nampak kami. Aku tidak tahu menahu bahawa Fiqa dengan Puan Sri Zahra saling mengenali. Bukan setakat kenalan biasa tapi nampaknya rapat sangat. Hish nak tahu ni. Balik nanti aku nak tanya habis habis kat Fiqa.
Aku menjeling Fiqa kat tepi aku yang tersengih-sengih berbual dengan Puan Sri Zahra. Korang nak tahu tak apa kelainan yang aku nampak kat Fiqa a.k.a Rafique hari ni. Dia dah tak bawa kipas nyonya kat tangan dia. Hari ni dah tak nampak ayunya. Nampak segak ada la. Dengan baju melayu yang berwarna hijau pucuk pisang dan seluar jean. Dia nampak segak ! Inilah yang semakin aku musykil . Betul ke dia ni jenis lembut sejak azali.

Aku tersentak apabila terasa bahuku dicuit seseorang. Rupanya Fiqa yang mencuit ku. “ Asy jawabla Aunty Zahra tanya tu” dengan suara yang seakan-akan berbisik Fiqa memberitahu ku.

“Apa Puan Sri tanya ? Maaf saya kurang dengar sikit tadi ?” Fiqa menjelingku. Fiqa tahu sangat la aku sudah berangan entah ke mana tadi. Aku tersengih.

“ Hish kamu ni Asy tak payah lah panggil Puan Sri, panggil Aunty Zahra aje. Ni aunty tanya tadi. Asy dah kerja berapa lama kat Delta Holdings tu ?” aku melemparkan senyuman ke aunty Zahra. Tak sangka ibunya mamat sambal belacan ni low profile je. Hurm anaknya langsung tak ada ciri-ciri ibunya.
“ Saya baru kerja dua bulan lebih aunty. Nak masuk tiga bulan dah.” aku menjawab. Entah kenapa aku rasa senang bercakap dengan aunty Zahra. Mungkin dia tak sombong kot. Ye la biasa orang kaya kan sombong.

“ Oo baru lagi la. Pergi lah makan dulu. Kejap lagi kita borak lagi.” aku dan Fiqa mengganguk. Aunty Zahra bergerak menuju ke arah tetamu lain. Aku memandang Fiqa. Boleh Fiqa buat muka selamba badak aja.

“ You jangan nak marah I. I bawak you ni you patut bersyukur. Tak la you boring kat rumah tu. And walaupun tak dijemput you jangan risau sebab aunty Zahra tu suka kalau orang datang villa dia. Memang pintu sentiasa terbuka. Dia bukan macam Puan Sri lain you tahu. Dia baik. Lagipun kalau I bagi tahu you awal-awal you mesti tak nak datang kan. Itu yang I tak nak bagi tahu you.” belum sempat aku bertanya apa-apa. Fiqa sudah menjelaskan segala-galnya. Hurm nak buat macam mana. Nak marah pun tak guna. Kan dah sampai ni. Siap makanan ada depan mata dah ni.
“ Fiqa tadi kan you kata ada majlis tahlil. I tengok tak ada orang dah ni .” aku memandang perkarangan rumah. Tetamu sudah berkurangan.

“ Memang la sebabnya kita dah lewat ni. Amacam cantik tak rumah ni ?”soal Fiqa

“ Gila you tak cantik. Cantik la. Dah la besar. Konfim berjuta ni kan. Ni first masuk kat rumah mewah sebegini. Halaman dia pun dah cantik and mewah, kat dalam rumah I tak tahu la macam mana. Mesti lagi cantik ni. Halaman nya memang cantikkan dengan hiasan yang ekslusif dan mewah. Pandai perekanya buat.” kataku dengan kagum. Ya memang cantik.

“ Hish you ni. Mana ada aunty yang upah pereka. Tak la. Ni semua aunty Zahra yang buat sendiri.”

“ Hah ? Ya ke ? Wah kreatif betul .” aku meluahkan rasa kagum. Pandai betul aunty Zahra ni. Dah la peramah, baik, cantik walaupun sudah berumur dan kreatif pulak tu.

“ Asy you tunggu sekejap I nak pergi ambik dessert. You nak jugak tak ?”

“Boleh jugak” jawabku. Selepas Fiqa pergi mengambil dessert aku menghabiskan makanan yang masih berbaki dalam pingganku. Aku memandang ke depan. Gulp ! Tengku Izham di hadapanku. Betul-betul di meja depan aku dan kedudukannya bertentangan denganku. Dia merenung tajam ke arahku. Tak jadi tentu arah aku jadinya. Mungkin aku tak nampak sebabnya Fiqa yang berhadapan denganku oleh kerana badannya jadi aku tidak nampak Tengku Izham yang duduk kat meja satu lagi.

“ Hai cantik” tegur Tengku Rayyan. Hish kenapa banyak sangat orang yang suka buat aku terkejut ni. Memang cepat la aku dapat penyakit jantung kalau macam ni. Geram betul aku.

“ Assalamualaikum” aku memberi salam. Air muka Tengku Rayyan berubah. Aku buat selamba je. Kita kan ada adab. Bagi la salam. Yang berhai hai buat apa. Hah ikut sangat la budaya barat tuh. Kita kan orang melayu. Ikutla cara melayu. Hish apa nak jadi la.

“ Ops sorry waalaikummussalam. Eh saya tak tahu pun awak hadir juga kat majlis ni.” Tanpa pamitan Tengku Rayyan duduk di hadapanku. Fuh selamat beb ! Terlindung aku dari mamat sambal belacan tu. Entah kena sampuk dengan hantu raya mana tak tahu. Mamat sambal belacan tu asyik pandang aku je. Tak senang aku dibuatnya. Kot kot mana tahu kat muka aku ada apa-apa entah entah mamat tu ketawa kan aku senyap senyap. Hish tak boleh jadi ni.

“Hello Asy awak dah sampai mana tu ? Hello ?” Tengku Rayyan melambaikan tangannya ke arah ku. Aku tersentak

“Erk... Sorry Tengku saya mengelamun sikit tadi.” aku menjawab dengan sedikit teragak-agak. Aku melihat sekeliling mencari Fiqa. Hish mana pulak minah ni pergi. Kata tadi nak ambik dessert. Ni dah bukan ambik dessert dah tapi buat dessert. Ni mesti berborak dengan Aleesya anak Puan Sri Zahra.

“ Kuat awak mengelamun ya. Macam Is.” kata Tengku Rayyan diiringi ketawa kecil.

“ Hah ? Is ? Siapa tu Tengku ?” tanyaku ingin tahu.

“ Awak ni dah berapa kali saya cakap jangan panggil saya Tengku. Please panggil saya Rayyan. Kalau awak panggil saya Tengku lagi saya cium mulut awak” aku menekup mulutku. Ya Allah gila ke apa tengku Rayyan ni. Dia ketawa melihat reaksi ku. “ Ala awak ni saya gurau je la. Tapi jangan panggil saya tengku lagi okay.” aku mengangguk. Tengku Rayyan tersenyum. “ Hah macam ni la baru kawan saya”

“ Tengku ni err maksud saya Rayyan awak ni macam-macam la. Ada aje modal nak kenakan saya ya.” aku menyuap makanan ke mulutku. Dalam hati terus berdoa agar Fiqa cepat kembali ke mejaku dan kami akan pulang ke rumah.

“ Ha kan sedap dengar kalau panggil nama saya. Anyway where your friend hah ?” Tengku Rayyan menyoalku. Aku berfikir sejenak. Mesti Balqis ni. “ Biasanya di mana ada awak di situ ada balqis kan ?”

Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Memang betul apa yang dikatakan oleh Tengku Rayyan. Aku dengan Balqis macam belangkas. “ Dia tak ada la Rayyan. Dia busy sikit hari ni. Jumpa klien. Katanya penting.” gelas yang berisi air oren di hadapanku ku ambil dan teguk perlahan.

“ Oo ya ke. Ni mesti klien dari Jepun yang bekalkan bahan kepada syarikat kita. Hurm kesian dia weekend pun kena kerja lagi. Kalau saya ada kat sana boleh saya temankan dia.” kata Tengku Rayyan perlahan.

“ Apa Rayyan cakap tadi. Saya kurang dengar la” sungguh aku tidak mendengar kata-katanya yang terakhir. Perlahan sangat. Abaikan je la.bukan penting pun.

“ Asy boleh tak saya nak mintak tolong awak sikit?” aku memandang Tengku Rayyan. Mintak tolong. Mintak tolong apa ek agaknya.

“ Mintak tolong apa ya Rayyan. InsyaAllah selagi saya mampu saya akan tolong” kataku dengan ikhlas. Tengku Rayyan mendekatkan dirinya ke arahku. Janganla dia mintak macam-macam. Kang tak pasal-pasal dapat flying kick aku kan.

“ Errr sebenarnya saya nak....”

“ Nak apa ya Rayyan ?” soalku tak sabar. Dalam hati dah berdoa janganla dia minta aku bukan-bukan. Aku ni masih suci. Ada mak ayah aku kena jaga maruahku sebaik mungkin. Tak nak conteng arang kat muka mereka.

“ Sebenarnya saya nak nombor phone Balqis !” Aku melihat Tengku Rayyan mengeluh. Macam terlepas beban besar aje lagaknya. Kalau aku tak silap dengar tadi Tengku Rayyan minta nombor Balqis. Hah nombor Balqis. Aku ingat apa la tadi. Hish jauh aku melencong. Nombor Balqis rupanya. Tapi Tegku Rayyan nak buat apa dengan nombor phone Balqis. Musykil ni ! “ Asy boleh tak?” Tengku Rayyan masih meminta dariku. Macam budak tadika pun ada cara dia mintak. Kesian aku menengoknya.

“ Boleh Rayyan. Nombor telefon je kan, apa la sangat.” kataku. Tengku Rayyan menghulurkan telefonnya kepadaku. Aku faham niatnya. Lalu mengambilnya dan memasukkan nombor Balqis. Padahal balqis dah warning awal-awal kat aku kalau ada orang mintak nombor phone dia jangan bagi. Tapi aku kesian tengok tengku Rayyan mintak tadi. Nak benar nampaknya. Biarlah kot kot ada urusan kerja yang nak dibincangkan.

“ Anyway thanks ya. Saya nak masuk dalam dulu. Adik saya dah panggil tu” tunjuknya dengan memuncungkan mulutnya ke arah dalam rumah. Aku menoleh. Adik Tengku Rayyan memang cantik macam abangnya yang handsome ni. “ Lain kali kita borak lagi ya”

Aku mengangguk. “ Baiklah Rayyan.” Tengku Rayyan berlalu pergi. Tengku Izham masih merenungku. Apa la mamat ni tak puas hati lagi dengan aku sebenarnya. Aku tak berani nak membalas pandangan nya kali ni. Entahlah aku pun tak tahu. Macam tak mampu aje nak berlawan pandangan mata dengan dia. Aku melihat sekeliling. Berharap agar Fiqa muncul. Fuh lega akhirnya Fiqa muncul juga. Aku terus mengajaknya pulang ke rumah. Sudah tidak betah aku nak duduk kat situ lama lama. Selepas meminta diri dari Aunty Zahra kami terus blah. Aku menoleh ke arah Tengku Izham semasa hendak melangkah keluar. Gulp! Kami berpandangan. Aku cepat cepat mengalihkan pandangan dan menyentuh dada. Kenapa la jantung ni berdegup laju sangat ?

Friday 2 December 2011

hadirnya cintamu yang terindah (BAB 8)

BAB 8

“ Kenapa awak tak layan klien saya elok-elok. Awak ingat awak kenal baik punya dengan Tengku Rayyan awak boleh buat sesuka hati awak hah ? Hei dengar sini perempuan kau ingat dengan kau pakai tudung ni semua dapat menunjukkan kan kau ni baik la alim macam tu” Tengku Izham memarahi aku dengan tiba-tiba. Apa lagi aku terkejut badak la. Dah la suara dia tu mengalahkan petir waktu hujan. Aku tak boleh menjawab segala semburannya. Lidah ku terasa kelu semacam. Menggeletar satu tubuh badan. Semua staff yang ada melihat sketsa aku kena marah dengan big boss ! Malu tahap tak boleh blah ! Cis kurang asam. Kalau ya pun aku ada buat salah tegurlah betul-betul ini tak. Dia ni ingat aku tak ada perasaan ke apa. Tahu la dia tu anak CEO tapi agak-agak la sikit kalau nak marah pun lagipun aku sendiri tak tahu apa kesalahan yang aku buat. Dengan mengumpul sebanyak tenaga aku berusaha untuk bertanya apa salah ku. Sebenarnya untuk memandang mukanya pun aku tak berani. Singa kat hutan pun kalah kalau nak di bandingkan dengan muka dia sekarang . Memang garang macam nak makan aku dah ni. Lagipun awak dan saya telah bertukar aku dan kau. Marah benar nampaknya.

“Tengku kenapa Tengku marah saya ni ? Saya dah ada buat salah ke ?” soalku sedikit teragak-agak tanpa memandang ke wajahnya. Mukaku sekarang dah berinci-inci tebalnya. Bayangkan semua staff yang ada tengok drama percuma yang berlaku. Malu gila dah ni.

“ Oo dah buat salah pun tak nak mengaku lagi. Macam ni lah kalau orang buat salah kan nak pandang muka kita pun dah tak berani. Dasar pengecut.” bentak Tengku Izham. Aku bengang. Darahku menyerbu sampai kepala. Memang marah tahap kritikal dah ni.

“Tengku saya tak tahu pun saya buat salah apa. Tengku datang marah-marah saya. Kan senang kalau Tengku explain kat saya apa yang saya dah buat.” aku terkejut kerana berani aku menuturkan perkataan sebegitu . Biasa la kalau dah marah kat seseorang memang macam ni la jadinya. Ini pun mujur boleh sabar lagi. Kalau tak memang aku ajar cukup-cukup la mamat kat depan aku ni. Tak professional langsung !

“ kau nak tahu apa kau dah buat salah hari ni. Mai aku bagi tahu kalau kau tak tahu sangat agak-agaknya kau ni dah tua dah tu yang cepat tak ingat. Memang nyanyuk !”bidas Tengku Izham. Tengok tadi kata nak beritahu apa salah aku tapi sempat lagi menyelit arah lain. Eii memang sengal betulla. Selamat la waktu pejabat kalau tak memang aku ganyang sampai lumat.
“ Apa salah saya Tengku ?” aku sudah tidak sabar. Pantang keturunan aku dimarahi tanpa sebab yang munasabah and tak tahu apa sebabnya. Mana boleh main sembur je. Jatuh maruah aku wei !

“ Memang perempuan macam kau ni gatal kan. Nampak aje alim pakai tudung tapi tak boleh tengok lelaki banyak duit sikit mula la nak menggatal.” Tengku Izham tajam merenung ke arah ku. Aku masih tidak dapat menangkap maksud Tengku Izham. Aik pelik bin ajaib ni. Bila masa pulak aku menggatal ? Dengan siapa pulak aku menggatalnya. Hish ni dah maksud bab menuduh dah ni.

“ Jangan nak hina saya ok. Saya bukan jenis perempuan macam yang Tengku cakapkan. Dengan lelaki mana pulak ni saya menggatal nya. Tengku jangan nak tuduh saya ” aku masih lagi cuba bersabar. Cuba mengingatkan diriku di mana ku berada.

“ Wow masih bela diri ya. Kau menggatal dengan klien aku lepas tu tak nak mengaku pulak. Hei dia klien syarikat Delta Holdings tempat kau bekerja ni. Kalau nak daddy sugar pun agak-agak la jangan nak jalankan aktiviti yak senonoh kau tu kat sini.” Tengku Izham masih lagi merenung ke arah aku. Kali ini aku tidak menunduk lagi. Aku sudah berani bertentang mata dengannya. Apa dia ingat aku perempuan murahan ke apa. Aku bukan macam yang dia sangkakan. Kurang ajar punya Tengku ! Geram aku wei.

“ Wait wait Tengku. Saya jalankan aktiviti menggatal kat office ni ? Bila masa pulak saya buat macam tu. Tengku sekali lagi saya tegaskan jangan tuduh saya macam-macam.”

“ Huh ?! Aku tuduh kau ? Datuk Hisham beritahu aku yang kau menggatal dengan dia masa dia sampai nak jumpa aku tadi dan sekarang kau nak beri dalih lagi. Siap cakap kat aku jangan tuduh kau macam-macam. Perempuan sama aja. Nampak lelaki kaya sikit, ada pangkat mula la nak jadi pisau cukur!” Tengku Izham melemparkan senyuman sinis ke arah ku. Lagilah darah ku mendidih .

“Apa saya menggatal dengan Datuk Hisham ?” soalku agak terkejut. Bila masa pulak aku menggatal dengan orang tua kerepot tu. Setahu aku dia yang menggatal dengan aku tapi yang si mamat belacan ni beritahu terbalik pulak. Hish tak boleh jadi ni !

“ Huh ! Pura-pura terkejut pulak kau kan. Ala kau mengaku je la kau ni kaki kikis” bidas Tengku Izham.

“ What Tengku kata saya kaki kikis. Watch your mouth Tengku. Tengku dah melampau sekarang. For your information tengku saya tak menggatal pun dengan Datuk Hashim. Dia yang menempel dengan saya. Saya tak tahu pulak dia pergi report dengan Tengku kata saya yang menggatal. Agak-agak dia rasa tercabar sebab saya tak layan dia. Last last dia pergi beritahu Tengku saya pulak yang menggatal. Memang orang tua sedar diri !” aku sudah hilang sabar. Berubah terus air muka Tengku Izham. Mungkin terkejut dengan kata-kataku. Boleh si tua kerepot tu cakap aku menggatal dengan dia. Ini sudah lebih. Memang ada dia datang ke tempat aku tadi cuba test saham dia kat aku. Tapi sorry la aku tak layan orang yang sebaya dengan ayah aku. Kalau Henry Golding mari mengurat aku mahu juga aku melayan tapi kalau si tua kerepot tu sorry la boleh jalan ma..

“ Banyak la kau auta kan. Perempuan tak boleh nampak jantan kaya sikit mula la nak menggatal. Huh perempuan semua sama je.” Tengku Izham terus menuduh ku tanpa mempercayai sedikitpun kata-kataku.

“Tengku ni kenapa macam nak cari pasal dengan saya. Kan saya dah cakap orang tua tu yang menggatal saya dah bagi tahu dia elok-elok tapi dia buat derk je macam mana saya tak naik angin. Lagipun saya banyak kerja yang nak dilakukan lagi. Tak kepingin nya saya dengan orang yang lebih kurang sebaya dengan ayah saya” suaraku sudah mula meninggi. Geram betul aku dengan dia. Kalau nak marah aku pun agak-agak la. Jangan nak main redah je. Ini tak semua cakap klien terus nak percaya bulat-bulat. Aku tahu la 'customer always right' tapi siasat la dulu.

“ Cik Hanan Asyikin kau ingat sikit kau tengah bercakap dengan siapa ni. I'm your boss ok so respect me as your boss. Kalau dah nama gatal tu gatalla jugak.” Tengku Izham masih tidak berhenti menyakitkan hatiku. “ Kau ingat ya dia klien penting aku. Kalau dia berubah fikiran then cancelkan projek dia dengan aku siap la kau aku kerjakan. Kau akan menyesal sebab tak hormatkan klien aku.”

“ What ? Kenapa dengan Tengku ni kan saya dah jelaskan kat Tengku bukan saya yang menggatal dengan orang tua tu. Kalau dia nak batalkan projek dengan Tengku pun itu tak ada kena mengena dengan saya okay ataupun proposal yang Tengku sediakan tidak bagus untuk mendapat projek dengan orang tua tu” lantak lah nak jadi apa pun aku malas ambik kira yang penting aku tengah marah kat Tengku Izham ni. Selagi aku tak lepaskan kemarahan selagi itulah aku tak puas hati. Ikutlah dia siapa aku benar-benar tak kisah. Si orang tua gatal tu lagilah aku marah sekarang ni. Ada ke patut dia cakap macam tu. Nanti la kau orang tua. Nanti aku ajar kau cukup-cukup.
“ Kau jangan nak melampau kat aku. Nanti aku buang kau kerja padan muka kau”

“ I don't care” dengan cepat aku menjawab. Mencerlung mata Tengku Izham memandang ke arah ku. Aku buat selamba badak je sambil melawan renungan matanya. Akhirnya dia kalah dan aku menang. Yeah ! Tanpa menunggu sedikitpun dia terus beredar dari tempat kerjaku. Aku hanya memandang Tengku Izham dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Hah ambik kau ni Hanan Asyikin la. Aku tak takut dengan siapa yang cari gaduh dengan aku. Padan muka kau. Aku memang bengang dengan kau. Kalau kena buang kerja pun apa aku heran. Ingat aku nak sangat ke kerja ni. Amboi Asy perasan nya kau. Kau lupa ke macam mana kau boleh kerja dekat sini sebabnya permohonan kau untuk bekerja dengan kalayakan kau tak dapat ! sekarang perasan nak mampus pulak. Sebenarnya dulu aku ada terima tawaran bekerja kat Regalia Holdings tapi aku reject. Korang jangan salah faham tahu aku ada alasan yang kukuh kenapa aku tak kerja kat situ tau. Tawaran kerja kat situ pun aku tak bagi tahu kat ibu dan ayah kalau bagitahu konfim kena paksa kerja kat situ. Aku masih ingat lagi kata-kata ayah yang 'kerja dulu timba pengalaman sebanyak mungkin. Ikut lah kerja kat mana asalkan halal and tak payah fikirkan orang lain.'. Kalau ibu dan ayah tahu konfim aku dipaksa terima tawaran kerja kat situ tapi sampai hari ni rahsia ini tetap kukuh disimpan olehku dan Balqis. Tapi aku tak boleh hilang pekerjaan ni nanti aku menyusahkan Balqis lagi sementara nak dapatkan pekerjaan lain. Tapi mengingatkan kata-kata mamat sambal belacan tu bingung aku jadinya. Hish lantak lah nak jadi apa pun. Ada aku kisah ?!

Dengan sibuk aku asyik mengelamun tiba-tiba ada suara yang menyergah ku. “ Woit Asy apa yang you menungkan tu hah? Ala udah-udah la. Tak payah ambik hati dengan Tengku Izham tu. Dia memang suka marah kat staff dia. Dah nak buat macam mana kita ni orang suruhan dia aja. You ignore je lah. Dia tu kalau you nak tahu memang dia bapak segala singa kat hutan” Fiqa a.k.a Rafique memberitahu ku dengan penuh bersungguh-sungguh and tidak ketinggalan gaya lembutnya itu. Geli hati aku melihat gelagatnya

Terkejut aku dibuatnya. Rasa marah kat si Tengku pun tak habis lagi ni ada orang pulak sergah aku ni. Hai memang nak kena flying kick la nampaknya. Tapi apabila melihat Fiqa yang tersengih depanku terbantut niatku itu. Aku tajam merenungnya. “ You ni tak reti bagi salam ke apa ? Mulut awak tu ada gam ke apa sampai nak bagi salam kat I pun susah hah ?” aku menayangkan muka marahku kepadanya. Hish geram. Yang sebenarnya geram kat Fiqa ni tak ada lah sangat. Tapi geram kat mamat sambal belacan itu yang lebihnya.

“Assalamualaikum Cik Asy.” Fiqa berkata sambil tersengih-sengih. Hah ! Sebijik macam kerang busuk dah aku tengok . “ You ni jangan lah marah-marah nanti seri cantik kat muka you tu terus hilang. Kang tak pasal-pasal lelaki yang syok kat you terus bertukar syok kat I pulak. Tak ke naya tuh” Fiqa ketawa besar dengan katanya sendiri. Aku memberi jelingan maut. Bengang dah ni.

“Waalaikummussalam. Hurm banyak la awak ni kan. Dia orang tengok awak pun tak kepingin tahu tak” hah ambik kau padan muka.

“ Amboi Cik Asy kasarnya bahasa. I tahu la I tak cantik macam you tapi I ada yang special tahu . Jangan sesekali pandang rendah kat I. Nanti kalau I muncul dengan diri I sebenar semua terpegun tau”Fiqa menepuk bahuku sambil ketawa kecil

“ Whateverlah Cik Fiqa oi. Saya tak kisah pun tau. Tapi kan tadi awak kata yang Tengku Izham tu mengalahkan semua spesies singa kat hutan. What do you mean actually ?” soalku dengan muka yang teramat sangat la nak tahu. Panas !

“ Hish you ni. Orang dah heboh satu office bolehnya you tak tahu. Memang katak bawah tempayan la you ni” Fiqa gelak lagi dengan kata-katanya. Hish apa mamat ni tak habis-habis gelak kat aku.
“ Woi Fiqa bukan katak bawah tempayan la tapi katak bawah tempurung la. Pe da you ni..” aku memperbetulkan peribahasanya yang tunggang langgang ni

“ Eh ya ke ?” soalnya. Selepas itu ketawa kami berdua meletus kuat. “Ala you ni I dah tahu sebenarnya cuma saja je I cakap macam tu sebab nak tengok you ni ketawa. Ha kan cantik kalau ketawa macam ni dari muka you marah marah macam Incredible Hulk. Takut I nak menengoknya. He he”. Tengok gelak lagi !

“ Apa yang hebohnya Fiqa?” soalku lagi ingin tahu.

Fiqa menoleh kiri dan kanan. Lagaknya macam nak jual dadah je. Hai nak beritahu aku pun sampai macam ni sekali. Hal besar ni. Ei tak sabarnya aku nak tahu. “Betul ke you tak tahu lagi ni ?”soal Fiqa kepada ku.

“ Astarfirullahhalazim budak ni. Kalau saya tahu saya tak tanya awak pulak la wei.” jawabku. Ei geram aku bila la dapat tahu ni.Fiqa menayangkan muka suspen kepadaku.

“ Sebenarnya Tengku Izham memang macam tu. Kalau you nak tahu start dia kerja kat sini semua pekerja kat bawah dia kena maki hamun dengan dia tau. Bukannya sekali dua tapi tiap-tiap hari. Kalau I la memang dah resign awal-awal. Please la tak rela aku.” dengan tangan yang terangkat angkat menunjukkan Fiqa tak suka dan sememang orang lain pun tak suka jugak.

“ Lagi?” soalku kembali.excited dah jadi ni. Memang aku nak tahu apa yang jadi sebenarnya.

“ Excitednya you nampak. Kenapa? Best ke kena marah dengan dia ?”

“ Ish tak la. Best kepala otak . Tak ada maknanya tau ! Awak cerita la lagi saya just nak tahu la ni” geram la aku dengan Fiqa ni. Cerita je la pe yang susahnya.

“ Ya I nak cerita la ni. You nak tahu masa dia mula-mula kerja ramai pekerja yang kena buang. Ada sikit punya salah terus kena marah. Sekarang ni I dengar maki kuat amukannya. Ramai dah yang mohon permohonan bertukar ke bahagian lain tapi direject. Nasib punya badan. Kesian diorang semua.” Fiqa memberitahu ku dengan suaranya yang diminimakan serendah mungkin. Maybe tak nak tuan punya badan dengar kot ataupun orang kanan nya dengar terus pergi lapor kat mamat sambal belacan tu.

“ Teruknya laki macam tu. Hish selfish betul. Ikut suka dia je kan nak marah orang. Kalau ada silap salah tegur la baik-baik ni tak. Hish dasar mamat sambal belacan betulla.” kataku dengan marah seolah-olah aku yang dimarahinya tiap-tiap hari.

“ Hei Asy apa you sebut tadi mamat sambal belacan? Wow baik punya gelaran” kata Fiqa sambil menepuk tangan dan ketawa. Alamak dah telepas cakap la pulak. Gelaran tu hanya aku dan Balqis aja tau.

“ tak la bukan. Saya tak kata macam tu la.” bidasku.

“ Woi you ingat I pekak ke apa tak dengar apa yang you cakap hah. I belum pekak lagi tahu. You ni. I dengar la you sebut mamat sambal belacan tadi. Hah tu gelaran you kat dia erk ?” Fiqa menjongket keningnya kepadaku

“ Syyyy... awak ni cakap tu perlahan la sikit nanti orang dengar naya saya tahu tak. Awak jangan bagi tahu kat sape sape tahu”

“ Ala rilex la. Ni kan Fiqa. Fiqa ni orangnya jujur dan amanah. Tak bagi tahu kat orang lain la. You jangan la risau. Ni rahsia antara kita bertiga . I janji” Fiqa sudah mengangkat tangannya persis macam orang yang sedang berikrar.

“ Ye la saya percaya kat awak.” kataku kepada Fiqa. Akhirnya aku tersenyum. Takut juga aku kalau Fiqa terlepas cakap kat orang lain lebih lebih lagi kat tuan punya badan..

“ Asy kau dengan Balqis kawan baik kan kenapa kau tak ikut je dia pergi belajar kat oversea ? Hah lagi satu kau belajar kat universiti mana dulu ?” soal Fiqa. Nak tahu benar lagaknya . Sungguh tiada seorang pun tahu aku lulusan luar negara sama dengan Balqis. Malas la aku nak cakap bukan penting sangat pun. Lain la kalau ada yang offer aku kerja. Aku tak tahu nak jawab apa. Soalan ni yang malas aku nak jawab ni.

“ Cik Fiqa oo cik Fiqa kat sini rupanya kau berbual ya.” panggil Maya. Fuhh selamat aku. Tak kena la jawab soalan cepumas si Fiqa ni.

“ Hah Maya kenapa dengan kau panggil panggil aku ni. Dah buang tebiat ke apa.” Fiqa nampaknya tidak suka perbualannya dengan ku diganggu.

“ Buang tebiat kau cakap eh. Kau nak tahu tak bos kesayangan kau kat atas sana nuh sedang cari kau. Ni dia yang kerah aku cari kau tahu tak. Baik kau naik cepat nanti tak pasal pasal bergegar satu bangunan ni kau kena panggil dengan dia. Cepat naik !” arah Maya kepada Fiqa “ Apa yang kau tercegat macam tiang lampu tu cepatla. Orang kerja susah payah kat atas tapi kau senang-senang bergossip kat sini ya.”

“ Alamak mampus I Asy kena dengan nenek tebuan tu tadi dia suruh I jumpa you untuk ambik phone dia aje tapi I tak sedar masa bergerak. Hish naya I kali ni.” dengan kelam kabut Fiqa menuju ke lif untuk naik ke tingkat atas. Lucu aku menengoknya. Semua yang ada kat situ menggeleng kepala dan ada juga yang ketawa melihat gelagat Fiqa yang berlari ala-ala perempuan melayu terakhir gitu.

“ Fiqa phone bos awak ni tak nak ke ?” laungkusambil menyindir. sindir orang je la kerja ku. Fiqa menoleh ke arah ku dan dengan cepat mengambil phone Balqis.

“ Sorry I lupa pulak. Anyway thanks ya. Nanti I belanja you lunch. Okay dear see you later. Da ..”
tanpa menunggu aku membalas kata-katanya dia terus blah. Mujur tak langgar tiang je mamat Fiqa ni. Aku meneruskan kerja-kerja ku tapi apabila teringatkan pergaduhan dengan mamat sambal belacan tadi terus mood aku melayang. Hai apa la nasib aku nanti. Jangan-jangan dia buang aku kerja tak. Ya Allah kau permudahkan lah rezeki ku. Jangan lah aku dibuang kerja. Doaku di dalam hati.

hero and heroin HADIRNYA CINTAMU YANG TERINDAH


so korang nie hero and heroin atnkl...tnggu next n3 ep..dah separuh dah taip..
nanti siap saya n3 kan ep !

Wednesday 30 November 2011

hadirnya cintamu yang terindah (BAB 7)

Aku mengurut dada perlahan-lahan. Lega kerana berjaya melesapkan diri daripada Tengku Izham. Aku benar-benar risau apabila bertembung dengan dia kat pintu lif tadi. Hajat nya nak pergi serahkan phone Balqis yang tertinggal dengan aku ni tapi semasa menunggu lif tadi aku tengok Tengku Izham berjalan ke arah ku. Eh bukanla maksud aku ke arah lif tu lah. Hee. Aku apa lagi terus cabut. Tak rela tahu kalu terserempak dengan Tengku Izham nanti tak pasal-pasal kena sembur ke ada kuali ke melayang kat dahi aku ni. Aik kuali melayang ? Apa kes ? Ingatkan kata- kata dia tempoh hari buat aku kecut perut je. Kena bayar ? Bayar apa ke jadah nya. Aku bukan buat salah sampai kena saman. Hurm tak logik langsung tahu tak. Seboleh-bolehnya aku tak nak terserempak dengan dia lagi. Ya! Macam mana pun aku akan elakkan diri aku daripada terjumpa dengan dia lagi. Kalau terjumpa lagi dengan dia memang kita orang akan 'berperang' !

“ Assalamualaikum Cik Asy you termenung apa tu. Teringat kat boyfriend ke ? Ish kuat betul you ni berangan kan.” tegur Rafique a.k.a Fiqa pekerja bahagian kewangan. Haa ni staff bawah Balqis lah ni.

“Waalaikummussalam. Rafique saya ingat siapa la tadi. Ish mana ada. Saya ni kan budak baik so mana ada fikirkan pasal boyfriend-boyfriend ni buang masa saya aja.” kataku cuba membela diri. Nak buat macam mana dah terkantoi berangan dengan staff lain. Hee pandai-pandai la nak kelentong.

“ Ee you ni kan. Kan I dah kata panggil I Fiqa jangan la panggil I Rafique. Tak manja gitu” Rafique menjeling ke arah ku tanda protes.

“ Sorry saya tersilap ya Cik Fiqa. Cik Fiqa jangan marah ya.” Hurm memang bumi ni nak terbalik dah. Tengok yang lelaki nak jadi perempuan yang perempuan nak jadi lelaki. Hish macam-macam.

“ Apa you kata tadi buang masa nak fikir pasal boyfriend ? Banyak la you kan. Nanti kalau you bercinta baru lah you tahu macam mana rasanya. You akan rasa dunia ni macam you all je yang punya” dengan penuh gaya Rafique a.k.a Fiqa menuturkannya. Orang yang lalu-lalang hanya menggeleng kepala apabila melihat perbuatan Rafique. Dah nak buat macam mana memang dia dah lembut sejak azali lagi. Takkan aku nak marah kat dia pulak. Manusia memang macam tu. Asyik ada aja yang tak kena. Dah lumrah alam dah. “ Oi Asy kau dah tahu tak pasal event company kita? Ala pasal nak celebrate bithday Tengku Taufiq tu.”

“ Hah aku ada dengar jugak pasal hal ni dari Balqis tapi aku buat derk aje. Ala malas la aku nak pergi. Tidur ka rumah lagi baik.”

“ hish you ni orang punya la excited tapi dia boleh buat derk je. Hei you tahu tak event apa-apa pun kat company kita semua staff wajib pergi tahu termasuklah makcik makcik cleaner kat company kita kerja ni”

“ Ya ke. Ala ponteng sekali sekala tak ada hal punya. Saya malas la.lagipun saya tak ada baju cantik-cantik” hah tengok dah mula nak bohong lah tu. Ala bukan apa korang aku cuma malas nak pergi je lah majlis macam tu. Malas nak bergaul dengan orang-orang hebat kat atas mesti dia orang pandang aku low class. Ye la kerja bahagian receptionist je. Lain la Balqis. Woi Asy banyak cekadak la kau kan. Kau jangan la merendah diri sangat. Receptionist kau pun lulusan luar negara tau. Cuma belum rezeki kau je nak dapat kerja dengan kelulusan kau tu. Lantak la dia orang nak kata apa pun. Lagipun dia orang bukan tahu kau lulusan overseas kalau dia orang tahu semua baru terbeliak biji mata karang.

“ Hello Asy I bercakap dengan you ni. You ingat kan apa tu. Ee you ni kan memang sah la kena angau sekarang. Kuat sangat berangannya. You tau tak apa pun event yang company ni buat semua wajib hadir tau. Dah memang prinsip company ni nak buat macam mana”

“ la ya ke ? Saya tak tahu pun.”

“ Hah selamat I beritahu you kan. Lagipun you ni kan staff baru. I dah tak sabar nak nak pergi event tu tau. Nak tengok siapa perempuan yang paling cantik. Hurm jangan-jangan you tak ?”

“ Awak ni Rafique eh maksud saya Fiqa mana ada saya biasa-biasa je. Mesti ramai lagi yang cantik-cantik malam tu. Saya ni nak masuk pencalonan pun tak layak.”kataku merendah diri ye la kan takkan nak perasan pulak.

“ You nie merendah diri sangat. I yakin la you akan menang malam tu. So pakai cantik-cantik ya. Ala kalau tak ada baju sangat I boleh belikan untuk you” Rafique ketawa dengan lembutnya sambil menepuk bahuku.

“ Banyak la you kan. Hai you nak masuk lewat ke macam mana hari ni. Dah nak mula kerja ni.” kataku memperingatkan Rafique.

“ Alamak lupa pulak I. Okay la Asy I pergi dulu ya nanti mengamuk pulak ibu tebuan kat atas nanti” dengan tergesa-gesa Rafiqus bergerak menuju ke tingkat atas meninggalkan aku yang ketawa sendirian. Ibu singa yang Rafique maksudkan ialah Balqis. Sakit perut aku ketawa. Balqis memang garang dengan staffnya. Ibu tebuan gelaran yang sesuai sekali dengan sikapnya yang satu itu. Memang Balqis garang dalam hal kerja tapi sebenarnya dia seorang yang baik dan tidak segarang seperti yang disangkakan oleh staffnya.

“ Asy you jangan cakap kat Balqis tau.” laung Rafique. Terkejut beruk aku dibuatnya. Selamatlah tak ada orang lalu lalang kat kawasan kerja aku time tu. Kalau tak buat malu je. Aku mengangkat tangan tanda ok kepada Rafique. Aku meneruskan kerja ku sambil memikirkan annual dinner yang berlangsung nanti. Apa la aku nak pakai nanti agak nya ya ?

****

Seorang perempuan yang bertubuh langsing berada di balkoni kondominiumnya sambil merenung kota metropolitan yang terbentang di hadapan matanya. Apabila dia rindukan seseorang beginilah keadaanya. Sudah lama perempuan ini tidak merasai perasaan sebegini. Sesungguhnya dia begitu benci akan perasaan yang melanda dirinya sekarang. Tapi dia tidak boleh menghalang perasaannya. Sudah setahun dia cuba melupakan perasaan kepada lelaki tersebut tetapi dia hanyalah insan yang lemah kerana sehingga hari ini dia tidak mampu untuk melupakan segalanya.
“Kenapa susah I nak lupakan you hah ? Setahun I cuba tapi I still tak boleh. I masih cintakan you sampai sekarang.” sambil menangis wanita itu menjerit bagaikan melepaskan semua perasaan nya yang terbuku di dalam hati. “ I tahu dulu I silap tapi sekarang I perlu mengaku I masih cintakan you. Dan macam mana caranya I perlu dapatkan you kembali semula ke pangkuan I? I harap you sudah maafkan I Is. I love you so much !” perempuan itu mengogoi kesedihan. Sungguh dia tidak boleh menipu perasaannya lagi. Perjumpaan semasa waktu kerja tadi telah memutikkan kembali cinta lama. Tapi lelaki itu bertindak seolah-olah tidak mengenalinya sama sekalu. Hancur luluh perasaannya akibat diperlakukan begitu. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada pemanggil.

“ Hello beb. Jom lepak tempat biasa.” si pemanggil terus menyatakan tujuannya. “Hello beb kau dengar tak apa aku cakap ni?”

“ ya aku dengar Sheila. Sorry la aku tak boleh nak join. Aku tak sihat sikit malam ni.” jawab perempan tersebut.

“ Kenapa dengan suara kau ni. Kau menangis ke ? Siapa yang buat kau menangis ? Ataupun kau sakit ? Kau gastrik erk ? Kau dah makan ubat ke belum ? Kau dah makan tak malam ni ?” bertalu-talu soalan dilemparkan kepada perempuan tersebut. Namun soalan yang ditanyakan hanya dibiarkan sepi sahaja. Hanya tangisan kedengaran. Sheila sudah panik apabila dia mendengar kawannya menangis. “Tina kau cakap la dengan aku kenapa ni. Aku risaukan kau la. Kau kat mana sekarang ni ? Kat rumah kan. Okay aku datang sekarang kau tunggu aku ya. Dengan segera Sheila beredar dari kelab malam tempat yang dihabiskan setiap malam untuk menuju ke rumah kawannya.

Apabila Sheila sampai di rumah kawannya itu dia terus mencari kelibat kawannya. Jenuh cari satu rumah. Dia mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. Akhirnya dia terlihat susuk tubuh yang duduk di balkoni kondominium tersebut.“ Beb apa dah jadi ni. Kenapa kau macam ni ? Siapa yang buat kau macam ni ? Kau sakit ke ?”

“ Aku jumpa dengan dia balik Sheila. Petang tadi aku jumpa dengan dia. Tapi kau tahu apa dia buat kat aku. Dia berpura-pura tak kenal aku. Aku sedih sangat. Aku tak boleh lupakan dia lagi. Aku masih cintakan dia.!” dengan teresak-esak Tina cuba memberitahu apa yang terjadi.

“ Siapa yang kau jumpa sampai kau jadi macam ni hah.” soal Sheila sedikit kasar kerana bengang melihat kawannya menangis begini. Tapi ada seseorang yang terlintas di kepalanya sekarang. Ya ! Hanya dia yang boleh menyebabkan Tina jadi macam ni. “ Oh my God ! Kau jangan cakap kat aku petang tadi kau jumpa dengan Is” soal Sheila teragak-agak

“ Ya ! Petang tadi aku jumpa dengan dia. Dia buat-buat tak kenal pun aku. Aku sedih sangat. Hati aku ni macam kena tikam bila dia buat macam tu. Aku tak tahu kenapa sampai aku boleh jadi macam ni.”
“ What ? Jadi betulla. Bila di balik? bukan ke dia kat UK ke?”

“ Aku tak tahu Sheila, aku tak tahu. Sah-sah tadi dia yang muncul depan aku. Aku berani kerat jari yang tadi tu dia. Tapi...”

“Syyy.. kau tak boleh macam ni. Kau kena kuat. Kau kan anak Dato' Rashid. Kau tak boleh lemah macam ni dengan kehadiran dia. Kalau betul kau cintakan dia lagi and still tak boleh lupakan dia. Kau kena dapatkan dia kembali. Hei come on. This is not you right ? Kalau dia tengok keadaan kau macam ni mesti dia gelakkan kau kan.”

“ Apa maksud kau?” soal Tina

“ Hurm.. kalau kau masih cintakan dia mestilah kena dapatkan dia kembali. Hei kau kan selalu berusaha asalkan benda yang kau nak tu jatuh ke tangan kau. Mana Tina yang aku kenal hah? Takkan sebab Is kau terus lemah macam ni.”

“ Jadi maksud kau. Aku dengan Is macam dulu ?”

“yeah. Kenapa dengan kau ni lembap sangat hah. Hai cik Amanda Qistina takkan macam ni sekali jadinya akibat penangan cinta si Iskandar tu hah.”

“ Ya ,memang penangan cinta aku untuk dia kuat. Bahkan terlalu kuat kau tahu tak. Aku akan buatkan dia kembali kepada aku. Macam mana cara pun aku akan buat dia kembali pada aku. Kalau aku tak boleh memiliki dia maknanya tiada sesiapa pun boleh!” dengan penuh nekad Tina menuturkannya.

“ Hah macam ni la baru kawan aku.”

***


“ So macam mana ?” soal Tengku Rayyan

“ Macam mana apa ke bendanya hah? Kau ni dah la masuk bilik aku tak ketuk dulu lepas tu terus tanya aku so macam mana.” jawab Tengku Izham sambil meniru cara percakapan kawan baiknya sendiri, Tengku Rayyan

“ Ala kau ni macam tak biasa dengan aku pulak kan. Kau tak faham maksud aku lagi. Ak sangka cousin aku yang sorang ni bengap.”

“ Wo wo memandai je kau kata kat aku kan. Dah aku tak tahu maksud soalan kau macam mana. Kau ni kan kalau bercakap lebih banyak auta dari fakta tau. Ye la kan kasanova !” perli Tengku Izham. Dia sememangnya tahu sepupunya sorang ni bukannya betul sangat kalau dah mula bercakap hai satu kerja pun tak jadi tahu.

“ Lu bikin gua panas wo. Kena mengena apa perangai kasanova aku dengan soalan aku yang satu tu. Tak ada kena mengena tahu. Memandai je kau kan” Tengku Rayyan tersengih, dah macam kerang busuk dah aku tengok tapi dia kan handsome buat macam mana pun still handsome!

“ Oo ya ke? Kalau macam tu apa?”

“ Saja je aku tanya nak tanya kat kau pasal Asy” Tengku Izham sudah dapat mengagak apa yang berada di dalm fikiran Tengku Rayyan.

“ Minah tu. Yang kita jumpa kat Time Square tu kan. Kenapa ? Apa kena mengena dia dengan aku sampai kau tanya soalan macam ni kat aku?” soal Tengku Izham agak dingin. Dia bengang. Kalau ingatkan perempuan itu aje dia rasa macam nak meletup je. Memang bikin panas betulla. Ish geram aku bila teringatkan kat dia.

“ Tak saja aje. Aku just nak tahu pendapat kau. Amacam cantik tak dia?” lagi satu soalan yang ditanya oleh Tengku Rayyan tapi dia buat macam angin lalu je. Malas dia nak fikirkan gadis yang sudah cari pasal dengan dia. Bagaimanapun dia sudah menyusun rancangan untuk gadis tu, tunggu masa untuk dilaksanakan aja. So wait and see ! “Woi kau dengar tak apa yang aku tanya ni. Hai aku tanya je terus berangan. Jangan-jangan kau dah jatuh hati tak kat dia . Wo jangan bro. Dia aku dah tempah awal-awal” terkejut dengan sergahan Tengku Rayyan, Tengku Izham berdehem dan termenung buat seketika . “perempuan macam itu kau cakap cantik. Tak ada maknanya. Bukan taste aku langsung kau tahu. Kalau dengan kau padanla tapi sorry bukan dengan aku okay”

“ Uwek berlagaknya kau kan” Tengku Rayyan membuat aksi termuntahnya. Ei memang perasan betul la mamat ni. “ Hah berlagak la berlagak nanti dah jatuh cinta padan dengan muka kau tahu. Bukan taste kau konon. Habis yang macam mana taste kau nya hah? Tu la kau memilih sangat tengok hari ini tak ada sorang pun lekat dengan kau. Lain la macam aku ni kan.” dah mula dah. Masuk lif tekan sendiri la nampaknya.

“ Kau memang. Asal cantik sikit,seksi semua kau rembat ya. Tapi time mama kau suruh bawak balik kau kelam kabut bagi alasan tak ready lagi la, belum jumpa yang sesuai la. Macam-macam alasan kau bagi. Ish dasar kasanova betul la kau ni. Time mama kau nak jumpa bakal menantu tu kau cekup je la mana-mana koleksi kau. Hah lepas tu buat balik jumpa dengan mama kau. Kan senang. Ni tak aku jugak yang dicarinya habis kau ingat aku boleh jadi girlfriend kau ke hah. Silap-silap naya kita kena lari sebab kena kejar dengan mama kau dengan batang penyapu.” bidas Tengku Izham. Dia tahu sepupunya yang sorang ni kerap bertukar pasangan. Macam tukar baju aja. Ish pening dia memikirkan semua ni. Jadi dia mengambil keputusan untuk tidak campur tangan. Tapi bila sepupu dia ni ada masalah dengan mama dia pasal calon menantu hah mula la dia susah payah nak cari aku. Nasib baik la papa dan mama aku tak paksa aku dalam soal jodoh ni kalau tidak hai naya aku jadinya.

“ Woi bro kau dah sampai New York ke?” Tengku Rayyan melaung betul-betul di tepi telinga Tengku Izham akibat terkejut Tengku Izham melompat dari kerusi yang didudukinya. Tindakan drastik ! Ish bila masa pulak mamat ni ada kat sebelah aku ni. Aku tak perasan pun.

“ Bagus sangat la time aku cakap dengan kau. Kau dah sampai entah ke mana. Aku jugak yang cakap sorang-sorang sampai aku jalan kat depan mata kau pun kau tak perasan ya.” sindir Tengku Rayyan. Tengku Izham mencebik. “ Sudah lah. Dah malas aku nak layan kau tahu. Dah aku blah dulu”

“ Baguslah kalau kau nak blah dah pun. Pergi buat kerja tu. Ni tak mengganggu orang je kerjanya” Tengku Izham berkata sambil matanya tidak beralih sedikitpun dari lap-top begitu tekun dia melaksanakan tugasnya walaupun syarikat tersebut milik papanya dan akan menjadi miliknya suatu hari nanti. Lagipun kata-kata dia kepada Tengku Rayyan pun main-main je. Dia tahu di sebalik sikap kasanova sepupunya itu tapi apabila melaksanakan tugas yang diberikan dia berani tabik dada la. Tengku Rayyan kalau dah buat kerja memang cekap dan hasilnya perfect. Ahli lembaga pengarah yang lain juga turut kagum dan memberi harapan yang sepenuhnya kepada Tengku Rayyan.

Monday 28 November 2011

hadirnya cintamu yang terindah (BAB 6)

“ Asy kau tak nak bangun lagi ke ? Aku tahu la kau nak qada' tidur time kau bangun pagi nak pergi kerja tapi aku rasa dah nak patah tangan kemas rumah hari ni. Kau tak nak tolong aku ke hah ?” laung Balqis dari luar sambil mengetuk pintu bilik Asy. Ish budak nie dah letih aku mengetuk dari luar tapi dia tak nak bangun-bangun lagi. Kalau aku kejutkan perlahan-lahan dia mula la pijak kepala. Nak tidurla , mengantukla , letihla kan hari minggu ni tidur la puas-puas. Hah itu la jawapan dia kalau hari minggu terperap dalam bilik buat tahik mata. His jenuh aku nak kejutkan dia. Kalah anak aunty Aishah sebelah rumah. Dah la anak dia lelaki bujang lagi tapi pukul lapan pagi tadi aku tengok dia membasuh kereta nya. Hah tengok kau Asy anak teruna pun bangun awal lagi dari kau tapi kau hmm.. tak tahu lah aku nak cakap apa. Tahap tidur tak boleh blah. Lantak kau lah asalkan kau bahagia. “ Woi Asy bangunlah dah lewat ni. Kalau tak bangun lagi aku habiskan semua makanan kat bawah . Hai nampaknya langkah kaki kiri lah kau hari ni kalau bangun lewat ya. Padan muka kau” Balqis berkata sambil turun ke tingkat bawah untuk meneruskan kerjanya mengemas rumah yang tergendala semat-mata untuk mengejutkan minah senget tu daripada bangun tidur. Ish senget-senget pun kawan aku juga. Mampus aku kena cubit kalau Asy tahu aku mengata dia minah senget. Hee..

“ Ei bising betulla si Balqis ni. Aku nak tidur pun tak senang tahu tak.” ngee. Aku berkata sambil menarik selimut untuk menutupi pagi ku. Kedinginan penghawa dingin memang pergh sejuk gila. Nak off malas nak bangun . Ish apa la aku ni nak bangun sekejap pun malas. Apabila ingatkan kata-kata Balqis aku terus bangun sambil menyandar di katil. Ish tak boleh jadi ni. Nanti si Balqis lahap semua makanan aku juga yang putih mata tak boleh makan apa-apa. Tak boleh jadi ni. Baik aku bangun. Dengan cepat aku masuk ke dalam tandas untuk mandi

“ Woi Balqis rajin kau kan kemas rumah” sergah aku kepada Balqis. Sejak aku turun lagi Balqis tak perasan kehadiran aku . Ye la kan orang dah khusyuk mengemas.

“ Mak aihh masuk longkang.” latah Balqis. Kus semangat aku. Gila punya kawan. “ Woi kau kenapa hah. Selamat aku tak ada darah tinggi kau tau. Kalau tak dah lama aku kiok. Apa punya member la kau ni” sindir Balqis.

“ Eh ada orang sindir aku la.” kataku sambil ketawa. Tapi apabila melihat muka Balqis yang macam hantu mak limah terus ketawaku mati. “ Ala bucuk-bucuk kau janganla marah. Akuu gurau je. Rajin kan kau dah boleh buat hantu dah ni.”

“ Amboi sedapnya kau mengata aku kan. Hei aku ni kalau bakal mentua tengok terus terima tahu tak. Siap boleh jadi menantu mithali lagi. Lain la kau asyik terbongkang je atas katil.” ha kan dah kena fire dengan Balqis di pagi yang indah permai ni.

“ Em ikut suka kau la nak cakap apa pun aku tak kisah dah. Dah lali kau tahu tak. Aku pun tak tahu kenapa. Kalau aku dah tidur liat sangat nak bangun. Kalau aku tinggal kat kampung selalu dah aku dengar ibu yang membebel.” agak-agaknya aku ikut perangai siapala yang kuat tidur. Entah aku pun tak tahu. Liat nak bangun tidur ini sejak masa aku kecil lagi. Aisemen macam mana dah tak boleh nak ubah.

“ hah kau tak payah la cakap ibu kau membebel pagi-pagi. Suara ibu kau punya la tinggi sampai ibu kau membebel kat kau pun rumah aku boleh dengar tahu. Aku dah masak dah.” memang tiap-tiap hari time cuti sekolah Balqis akan dengar ibu Asy membebel pasal anak dia tak bangun tidur lagi walaupun matahari dah terpacak kat atas kepala. Walau bagaimanapun Asy tetap dengan perangai dia. Tiap-tiap hari macam itu. Aku tak boleh imagine nanti dia kahwin. Mesti letih suami dia nak kejutkan dia. Hee. “ Dah dah baik kau pergi isi perut kau tu lepas tu tolong aku lap cermin. Dah nak patah tulang-tulang aku buat kerja ni sorang-sorang ni kau tahu.”

“ Yela kejap lagi aku tolong la kau. Tapi janji aku makan dulu ya dear” Aku terus berlalu ke dapur untuk makan sarapan pagi la katakan walaupun waktu dah nak masuk pukul sebelas. Ala pagi lagi la ni. Selepas mengemas rumah dengan Balqis, aku dan Balqis duduk kat kerusi. Fuh letih gila ! Gaya duduk pun dah hilang terus ciri-ciri gadis melayu terakhir. Ye la kan letih semua main bedal je. Kalau ibu kita orang kat kampung tengok cara kita orang duduk memang mengucap panjang la dia orang. Hee tapi tak apa kat dalam rumah ni tak ada sapa-sapa pun nampak.

“ Balqis apa kata minggu depan kita balik kampung nak ? Dah lama sangat kita tak balik kampung . Aku rindu gila kat parents aku.”

“ Wow nak la. Mana boleh tak nak. Mestilah aku nak nanti kita apply cuti. Fuh beb best nya balik kampung pekena masakan asam pedas mak aku pergh meleleh liur beb. Lepas tu 'ngap' mee sup kat kedai makcik Bedah. Ala ingatkan makanan rasa terus aje nak balik kampung”

“ Tak senonoh betul la kau ni. Kita balik nak jumpa mak ayah kita tapi kau asyik ingat makan je. Patutla badan kau aku tengok makin gemuk kuat makan sangat.” sindirku padahal badan Balqis memang langsing saja aku nak mengenakannya. Dia memang fobia kalau sebut pasal gemuk-gemuk ni. Terus timbang berat ataupun mengadap je depan cermin tengok diri dia betul ke gemuk.

“ Hah apa kau kata aku nampak gemuk. Patutla si Tasha budak office tu pun kata aku nampak macam berisi je. Ish tak boleh jadi ni. Aku kena jogging banyak-banyak ni. Kena kurang kan makan. Kena tambahkan lagi bersenam kat gim and bla bla bla..” padahal Balqis sememangnya mempunyai bentuk badan yang cantik. Yang menggiurkan lelaki lelaki kat luar sana. Ish apa aku mengarut ni. Nanti kalau Balqis tahu apa yang aku fikirkan ni tak pasal-pasal kena lepuk kang ! Balqis dah mula dengan rancangannya sementara aku dah mengelamun ingatkan peristiwa lepas yang berlaku kat office. Peristiwa yang memalukan ! Aku tak tahu nak buat apa. Time tu aku dah blur. Sampai-sampai rumah aku terus beritahu Balqis pasal kejadian yang berlaku apa lagi Balqis terkejut beruk la.

“ What?? Habis dia itu siapa? Kenapa susah sangat nak dengar cakap kau? Kalau orang suruh tunggu tu tunggu je la bukannya lama pun. Ala besar sangat ke kedudukan dia. Dah la langgar tak minta maaf. Alih-alih kurang ajar lagi. Ish jantan keparat apa lah tu” Balqis menyoal ku bertalu-bertalu sambil mengata dengan dasyat sekali kepada lelaki tersebut. Aku pun tak tahu siapa lelaki itu. Perbualan dia dengan kak Yati pun aku tak dengar dengan jelas. Tapi yang aku yakin dia orang besar dalam syarikat dan aku sudah pun memaklumkan kepada Balqis hal ini. Dan Balqis akan menyiasat siapakah lelaki itu.

“ Woi Asy kau dengar tak apa aku cakap ni hah ? Kau termenungkan apa tu ? Jangan-jangan kau ingatkan Tengku Rayyan erk ?” Balqis ni kalau bercakap tangkap muat je kan.

“ Woi mana ada. Apa ke hal nya aku nak ingatkan dia. Tak ada faedah langsung tahu tak. Ish bosan la kalau ingatkan lelaki. Buang masa aja.”

“Banyak la kau buang masa. Hah kata lah macam-macam sekarang nanti kau bercinta baru lah kau tahu macam mana rasanya. Makan tak kenyang mandi tak basah. Masa tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.”erk tengok dah kena fire lagi dengan Balqis.

“ Balqis apa kata kita pergi shopping sikit lepas tu terus malam ni kita makan kat luar. Aku malas la nak masak.” kataku sambil mengjoketkan kening kepada Balqis ala-ala Ziana Zain tapi aku lebih cantik pada dia. Alamat terlebih sudah ! Lagipun dah lama aku dengan Balqis tak keluar shopping-mopping ni. Hee. Lagipun time kat kampung sebulan sekali aku dengan Balqis merayap kat bandar semata-mata nak shopping tapi tak melencong kat tempat lain tau semua. Memang shopaholic la kita orang ni. hee

“ Boleh jugak. Lepas waktu asar nanti kita keluar.”


***

jaya jusco menjadi pilihan kami ! Aku dengan Balqis kalau nampak baju or apa-apa yang berkaitan dengan pemakaian wanita fuhh rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. Aaron Aziz kat depan pun dah tak perasan. Memang suka tahap dah tak boleh blah kalau tengok baju-baju or tudung yang cantik. Kalau korang semua nak tahu rumah kat kampung mahupun rumah kat kl confirm penuh punya. Kalau kat kampung almari aku sorang ada tiga ,Balqis lagila dia sorang punya empat almari tau. Penuh semuanya. Ala biasa la kan perempuan nak yang buat macam mana. Kalau rumah kat kl ni. Satu almari tu pun dah penuh siap ada spare lagi kat luar dalam bakul-bakul yang khas dibeli untuk menyimpan baju. Nak beli almari walawei tak cukup duit. Tapi shopping tak ingat dunia ada duit pula. Hee . Aku dengan Balqis memang sekepala tapi pakaian yang kami belikan ok semuanya ya. Tak ada yang tak cukup kain tau. Lagipun aku dengan Balqis bertudung so kami harus menjaga pemakaian kami sebagai seorang muslim. Walaupun aku sudah bekerja, ayah still masukkan lagi duit dalam akaun aku sebab ayah ingat aku tak dapat kerja lagi. Ala biasa la aku kan anak kesayangan ayah. Apa yang aku nak confirm ayah akan bagi punya.

“ Asy kat sana banyak pakaian cantik la. Jom kita pergi tengok. Wow cantiknya baju ni” Balqis kalau dah tengok pakaian yang cantik berapa pun harga dia tak kisah. Lebih-lebih lagi sekarang dah kerja, dah ada duit sendiri.

“ wah memang la beb. Aku nak beli la satu. Tapi yang ni pun cantik juga.” kataku sambil menayangkan baju tersebut depan Balqis.

“ Erm betulla warna dia pun menarik. Kau beli yang tu aku beli yang ni. Amacam ?”soal Balqis

“ Boleh jugak.” Aku dan Balqis round habis satu Time Square. Habis kedai kita orang masuk. Apa lagi yang berkenan terus disambar. Memang tak ada ciri berjimat cermat langsung. Yang kita orang tahu shopping and shopping.

“ Asy dah banyak sangat kita beli ni. Penuh dah tangan aku ni. Perut pun dah main lagu rock kapak dah ni. Jom blah. Kita makan kat kampung baru nak?”

“ Aku ikut kau je. Aku pun dah letih ni. Tapi yang penting kau belanja” hee balqis dah menayangkan muka geram tapi aku buat selamba badak je.

“ Hi, you all buat apa kat sini?” tiba-tiba ada suara yang menegur kita orang dari belakang. Terkejut monyet kita orang dibuatnya. Orang itu ialah Tengku Rayyan and yang lebih mengejutkan kita orang ialah ada seseorang yang bersamanya dan orang itu ialah mamat yang langgar aku kat Pavilion! Ish cari nahas betul. Dasar mamat sambal belacan

“ Owh hai Tengku.” jawab Balqis.

“ Korang buat apa kat sini ?” soal Tengku Rayyan

“ Kita orang basuh kereta kat sini” jawab aku. Padahal dalam hati dah menyumpah berbakul-bakul. Apa kes tanya-tanya lagi. Sah-sah la aku dan Balqis datang sini shopping takkan nak cari gaduh kut. Ish apa punya soalan la Tengku sorang ni.

“ Wah pandai ya Asy buat lawak. Em banyak nya barang korang beli ya.” tegur Tengku Rayyan. 'memang banyak pun' cuma kata-kata itu tidak terluah dengan kata-kata.

“ Ehem” mamat sambal belacan berdehem.

“ Oh lupa saya nak kenalkan. Ini Te..” belum sempat lagi Tengku Rayyan menghabiskan kata-katanya mamat sambal belacan dah menyampuk dah.

“ Saya Tengku Izham Iskandar. Korang boleh panggil saya Tengku Izham” dengan penuh bangga mamat sambal belacan a.k.a Tengku Izham nie berkata. Berlagak! Aku dan Balqis bepandangan memberi isyarat mata. Meluat, menyampah, nak termuntah semua ada.

“Is kenalkan ini Asy and ini Balqis.” Tengku Rayyan memperkenalkan kita orang. “Dia orang ni staff kat office kita.” Aku and Balqis bersalaman dengan Tengku Izham Iskandar. Semasa aku bersalaman dengan dia lama kita orang bertentang mata macam melepaskan kemarahan antara satu sama lain. Kita orang dah lancarkan perang dunia ketiga. Aik bukan dah lama ke aku lancarkan perang dengan mamat ni.Ngee bengang! Tapi kita orang pandai berlakon. Seolah-olah sebelum ni tak pernah berjumpa tapi kenyataannya lebih pada itu. Siap bergaduh lagi!

“ Dah lama kan kita tak jumpa walaupun satu office kan Tengku” Balqis memecah kesunyian antara kami.

“ Haah betul kan. Lagipun saya baru balik dari UK. Sebulan saya kat sana atas urusan kerja. So sekarang dah balik dah ni. Korang nak pergi mana lepas ni. Apa kata saya belanja korang makan nak ?” soal Tengku Rayyan. Tengku Izham nampaknya tak suka dengan cadangan Tengku Rayyan. Melalui reaksinya mukanya aku tahu yang dia memang tak suka kami ada. Lebih-lebih lagi aku !

“Maaf la Tengku Rayyan, kita orang dah plan nak makan kat luar la. Lagipun mengganggu korang je kan.” Balqis menolak pelawaan Tengku Rayyan secara halus. Dalam hati aku sudah bersyukur sangat Balqis menolak. Biasanya dia kalau sebut pasal makan semua orang ajak dia tak tolak tapi mungkin kali ini dia tak suka dengan kehadiran Tengku Izham. Makanan nak masuk esofagus pun tak boleh. Alih-alih karang tersembur kat muka dia pulak.

“Balqis, Asy jomla. Lagipun saya dah offer nak belanja ni. Lagipun mama saya selalu kata rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Jomla.” Tengku Rayyan memujuk kami lagi.

“ Tak payah la kau susah-susah nak pujuk dia orang ni makan dengan kau. Dah orang tak nak tak payah la paksa-paksa. Betul tak Balqis?” aku dan Balqis tahu Tengku Izham menyindir kami. Tengku Izham melemparkan senyuman sinis kepada kami. Dasar perempuan kalau orang dah pelawa tak payah la jual mahal sangat. Ish tak boleh kalau aku makan sekali dengan perempuan ni kang karang makanan yang melayang atas muka aku. Nampaknya perempuan ni tak puas hati je dengan aku. Hei perempuan kau ingat aku takut. Aku tak heran langsung tau !

“ Baiklah Tengku Rayyan kita orang terima pelawaan Tengku. Tengku nak belanja kita orang makan kat mana ?” nampaknya Balqis dah setuju. Ish gila aku nak mengadap mamat tak sedar diri ni. Argh ! Bengangnya aku. Balqis ni buat aku sentap tau. Tau la dia ni pantang dicabar sikit terus melenting tapi janganla time-time macam ni. Kalau makan pun macam la kenyang sangat. Aku dah nak makan nasi kukus kat Kampung Baru ni. Hurm kempunan la hajat aku yang satu itu. Kita orang sudah sampai di restoran yang Tengku Rayyan ingin belanja. Aku duduk bersebelahan dengan Balqis tapi yang menyedihkan aku kedudukan aku bertentangan dengan Tengku Izham. Dianiaya betul la aku ni. Ibu tolong Asy! Oleh kerana hari ini hari minggu semua restoran penuh dan Tengku Rayyan mengambil keputusan untuk belanja makan kita orang kat restoran Mc' Donald.

“ Korang tunggu kat sini dulu ya. Saya nak pergi beli makanan dulu.” Tengku Rayyan berlalu selepas menanyakan apa yang kita orang mahukan. Aku memandang pemergian Tengku Rayyan hingga dia hilang dalam kesesakan orang ramai yang berada di restoran tersebut.

“ Tak sangka kita jumpa lagi kan. Tak silap saya nama awak Asy kan and yang ni Balqis.” kata Tengku Rayyan bersama dengan senyuman sinis.

“Erk ya Tengku” Balqis mengiakan. Aku sudah memandang empat lain. Tak sanggup nak menatap wajah Tengku Izham. Ngee. Bengang.

“Hurm nampaknya awak ada kawan yang bisu la kan. Dari tadi lagi senyap. Dah la langgar saya dulu.” perli Tengku Izham. Aku berasa darah aku sudah naik kat kepala. Boleh meletup bila-bila masa je ni.

“ Correction ya Tengku saya tak langgar Tengku Izham tapi Tengku yang langgar saya. Tengku jangan suka-suka je tuduh saya ya.” aku sudah mula panas hati. Ei kalau aku marah aku dah tak kira dia siapa tengku ke anak datuk ke cucu datuk ke apa. Argh lantak dia lah.

“ Saya ingatkan tadi awak dah bisu tak boleh nak bercakap. Senyap aje dari tadi” perli Tengku Izham

“ Kenapa dengan Tengku ni hah? Ikut sedap mulut saya la nak bercakap ke tidak. Nak bisu ke nak pekak ke apa semua. Itu semua bukan urusan Tengku Izham.” suaraku sudah mula meninggi. Kesabaran ku sudah mula berkurang.

“ Hai saya kata sikit je takkan dah sentap kut.” benci betul aku dengan minah ni. Berani dia tinggikan suara dengan aku. Okay kau nak main-main dengan aku ya. Kita tengok siapa yang lebih hebat. “ Awak ni memang macam ni kan. Dah la kurang ajar kat office dulu. Sekarang awak cakap macam ni pula kat saya. Awak tak hormat bos langsung!” nampaknya Tengku Izham juga dah mula bengang.

“ What? saya Tengku kata kurang ajar. Memang salah. Yang kurang ajar nya Tengku bukan saya. Dahla tuduh saya langgar Tengku lepas tu bila saya suruh Tengku sekejap kat lobi tengku tak nak dengar then sekarang Tengku kata saya yang kurang ajar ?” ibu ayah aku punya la hantar aku sekolah supaya aku jadi budak baik boleh dia kata aku kurang ajar. Melampau betul ! Balqis diam tak berkutip tengok pertengkaran aku dengan Tengku Izham. Dia tahu kalau larang aku sekalipun aku takkan dengar punya la. Dah memang kaki suka cari gaduh. Kalau tak suka cari gaduh buat apa aku ada tali pinggang hitam dalam tekwando. Ish kau ni Asy orang belajar tekwando bukan nak cari gaduh dengan orang. Lantak aku lah nak buat apa pun.

“ Awak ni memang melampau kan. Saya tak kira awak yang salah bukan saya. Awak kena bayar semua yang awak lakukan.” tanpa perasaan Tengku Izham menuturkannya. Ish dasar sambal belacan betulla.

“what?” aku dan Balqis serentak berkata. Gila apa ! Aku tak salah. Balqis pun terkejut apabila mendengar kata Tengku Izham aku lagila terkejut tapi dia boleh buat muka selamba badak je ! Perbualan kami yang hot itu berhenti apabila Tengku Rayyan datang semula.

“ Wah rancak berbual nampak. Kongsi sekali saya pun nak tahu juga apa yang korang bualkan.” nampaknya terbantut lah niatku untuk meneruskan pergaduhan dengan Tengku Izham.

“ Hurm kita orang berbual pasal cerita kartun Tom and Jerry aje Tengku Rayyan. Best cerita tu Tengku Rayyan tak tengok ke?” yak ! Balqis memerli ku dengan Tengku Izham. Hah ambik kau. Bergaduh macam kanak-kanak ribena.

“ Hah? Tom and Jerry. Kan cerita budak-budak tu. Apa kes bawak masuk sampai sini. Tak matang langsung la korang ni. Hai Is takkan kau join sekali kot pasal cerita Tom and Jerry ni. Apa kes?” memang Tengku Rayyan tak tahu langsung pasal inciden yang berlaku antara aku dan Tengku Izham.Blur gila aku tengok muka Tengku Rayyan. Boleh dia percaya bulat-bulat kata Balqis. Cerita Tom and Jerry borak dengan Tengku Izham apa kes ? Tak ada kena mengena langsung tahu. “korang dah tahu plan office yang nak celebrate bithday Tengku Taufiq nanti.” beritahu tengku Rayyan

“ Oo ya ke. Bila Tengku” soalku.

“ Hari jumaat minggu depan. Semua staff di jemput. Korang tak payah la panggil Tengku dengan saya panggil Rayyan je la”

“ Hurm saya pun ada juga terdengar pasal ni. Tapi tak berminat sangat nak ambik tahu. Ala Tengku kekok la. Panggil macam ni je la” kata Balqis padahal masa mula-mula dia tahu punyala excited macam orang masuk merisik lagaknya. Terus lepas tahu plan macam-macam nak pakai apala. Nak make up setebal mana la. Hurm macam-macam. Sepanjang pertemuan antara aku dengan Tengku Rayyan and Tengku Izham. Tengku Izham tidak berkelip merenungku. Dup dap dup dap jantungku. Apasal pulak aku nervous ni dia tengok aku. Come on Asy buat bodoh je and selamba. Ish lain benar pandangan Tengku Izham macam nak makan aku je. Kalau pandangan cinta tak apala jugak tapi ni macam nak telan aku hidup-hidup je. Tak selesa tahu. Habis benda dah ke dia nak pandang. Orang tengokla tiang ke dinding ke apa ke. Asalkan jangan tengok aku sudah. Sengal !

Thursday 3 November 2011

hadirnya cintamu yang terindah (BAB 5)

Hari ni aku datang office dengan muka hampa. Ye la nak buat macam mana kan aku dah cari phone aku tempat aku kena langgar tu kan tapi still tak jumpa, confirm dah kena kebas. Hai nampaknya kena beli yang baru lah. Kalau ingatkan kejadian yang aku kena langgar semalam memang aku nak marah orang yang rempuh aku tu. Tapi kalau diingatkan siapa dia kat office aku terbantut terus niat aku. Mamat semalam pakai mata ke apa time jalan. Ish lain kali aku kena bagi nasihat sikit kat dia kalau jumpa lagi supaya jalan pakai mata jangan pakai lutut. Aku tak boleh bayang macam mane seorang pekerja bawahan beri nasihat kat bos dia. Gerenti kena pecat ! He he he. Masa cari phone tadi aku dan Balqis sempat bergaduh. Bergaduh manja la katakan !

“ Balqis mana phone aku ni. Dari tadi lagi aku cari tapi tak jumpa pun.” kata ku dengan marah

“Yang kau susah-susah cari nak buat apa. Dah konfim dah kalau jatuh tempat macam ni konfim dah ada orang kebas. Ala senang-senang kau beli aje yang baru. Kan senang.”

“ amboi kau kalau bercakap semua benda senang je kan. Cuba kau tolong cari jugak. Ini tak tolong tengok ada la. Ish apa punya kawan la kau ni.” sindir ku pada Balqis.

“ Hah banyak la kau kan. Kau tahu tak kenapa kau cari phone tak jumpa-jumpa”

“ hah kenapa ?” tanyaku dengan hairan

“ Sebabnya kau dah menderhaka tahu tak”

“Hah ! Menderhaka??? bila masa pula aku derhaka dengan ayah dan ibu aku nie.. setahu aku, aku ni anak yang baik.” hahaha.. masuk lif tekan sendiri la pulak ha ha ha

“ aku ada cakap kau menderhaka dengan ibu and ayah kau. Tak ada kan. Itu la kau semalam kau sound bos sangat kan dah dapat akibat nie. Ambik kau !”

“ Sampai hati kau ! Dahla tak tolong cari phone aku pun mengata aku ada la. Aku malas nak kawan dengan kau lagi.” aku pura-pura merajuk

“ ala kau ni. Dah lah nanti aku belanja kau beli phone baru ek. Ala bucuk-bucuk jangan la macam ni. Hahaha” balqis ketawa sambil galak menyakatku lagi.

Argh geramnya. Tapi akhirnya aku tersenyum juga. Memang best la ada kawan macm ni.

“Amboi dengar orang nak belanja terus senyum ya. ha kan bagus senyum macam nie. Bertambah cantik kalau kau senyum macam ni macam mak jenab kat kampung kita. Hahaha”

“ apa kau kata ?! Sebelum sempat aku nak cubit balqis dia dah cabut dah. Ish ada ke samakan aku dengan mak jenab. Mak jenab tu penduduk kat kampung aku umur dia dah nak dekat 100 tahun dah. Ciap la kau Balqis !

“ Hai Cik Hanan Asyikin”

Aku terkejut dengan sapaan itu. Ye la kan aku kan sibuk mengelamun. . Tapi yang lebih terkejut lagi orang yang sapa aku tengku err alamak aku tak ingat nama dia apa padahal Balqis dah bagi tahu aku semalam. Hah jangan-jangan dia nak marah aku tak pasal semalam then terus buang aku kerja. Ibu tolong! Aku menjerit dalam hati.

“ Cik Hanan, are you here ?

“ Hah iya Tengku. Tengku saya minta maaf marah kat Tengku semalam saya tak tahu yang Tengku orang besar kat sini. Kalau dari awal saya tahu Tengku ni bos saya confirm saya tak marah ,.Kalau Tengku nak marah saya marah la. Saya terima Tengku. Tapi Tengku tolong la jangan buang saya kerja. Sekarangkan susah nak cari kerja. Kalau Tengku buang saya, saya nak kerja kat mana lagi. Please Tengku, please...” kata ku dengan bersungguh-sungguh dan tanpa henti. Aku lihat Tengku err yang nama aku tak ingat nie tak berkelip memandangku. Serba salah aku jadinya

“ Erm okay. Saya takkan buang awak tapi dengan satu syarat awak kena lunch dengan saya hari ni and one more thing. Tak payah la panggil saya Tengku you just call me Rayyan okay” kata Tengku Rayyan

“ What ? Keluar lunch dengan Tengku ?!” gila ke apa kalau aku setuju. Keluar dengan orang handsome yang teramat sangat ni yang juga merupakan bos kat tempat aku kerja ni. Ish memang gila !

“ why ? Ada masalah ke ? Please don't call me tengku .”kata Tengku Rayyan

“ sorry la err Rayyan tak biasa la saya keluar lunch dengan bos. Saya banyak kerja ni and tak manis kalau staff lain tengok kan.” aku cuba memberi alasan supaya aku tak keluar lunch dengan dia..

“ Apa la awak ni tak payah la risau apa orang nak kata. Abaikan je. Saya kan bos. Diorang mana berani nak kata apa-apa. you've lunch with me today full stop!” Tengku Rayyan terus meninggalkan aku dengan keadaan blur.

Ish tak boleh jadi ni. Macam mana pun aku tak nak keluar dengan dia. Dah la Balqis cakap dia banyak skandal. Nanti tak pasal-pasal aku ada skandal degan dia pulak. Lepas tu staff lain cop aku perempuan yang tergilakan harta Tengku Rayyan.. eii mintak jauhla . Aku tak nak semua tu. Lagipun aku just nak husband yang biasa-biasa je. Asalkan boleh membimgbing aku ke arah kebaikan and menjadi papa yang baik untuk anak-anak aku. Haha. Alamak! Jauhnya aku mengelamun. Tak kahwin lagi dah fikir pasal anak. Ish memang parah dah aku nie ! Haha. Tapi sekarang aku kena mintak tolong Balqis . Macam mana pun aku tak nak keluar lunch dengan si Tengku Rayyan ! Dengan pantas aku menelefon Balqis. Selepas menelefon Balqis aku menjadi semakin risau. Memang gila idea Balqis dah la suruh aku keluar je dengan Tengku Rayyan tapi dengan syarat ajak dia sekali. Hampeh punya kawan . Tapi okay juga ada dia. Sekurang-kurang nya aku tak kekok keluar dengan Tengku Rayyan.

***

Aish dah waktu lunch ni. Kenapa tak nampak batang hidung si Balqis lagi ni. Alamak mesti Balqis sibuk dengan kerja la ni. Adoila ! Aku malas nak keluar berdua-duaan dengan lelaki ni. Lagipun sebelum ni mana pernah aku keluar dengan lelaki. Ibu tolongla anak mu dalam kesusahan ini. Ish apa la aku ni orang ajak keluar makan je aku aku setuju macam orang ajak pergi terjun sungai. Aku bukannya apa aku cuma tak nak ada apa-apa berita yang tak elok nanti. Lagipun kat office aku nie ada wartawan yang tak bertauliah.

“ Woi kau termenung apa hah ?”sergah Balqis

“ Banyak la kau termenung, termenung apanya aku cuma risaukan kau tak turun aje. Nak pergi menjenguk si kau malas. Ye la kan office kau aras 18. Aku aras satu je boleh patah kaki aku kalau jalan.”

“ Banyak la kau kan patah. Woi kita ni dah zaman serba canggih kau tahu tak. Setakat nak pergi office aku pakai lif je bukannya pakai tangga. Macam-macam betul la kau ni kan. Dah-dah mana Tengku Rayyan nya? Aku dah tak sabar nak keluar makan dengan dia ni.” Kata Balqis dengan girang.

“ Ish kau ni kan tak malu betulla. Dah la orang tak ajak memandai je kan.” sambil mencubit Balqis.

“ Eii biarla lagipun peluang makan dengan Tengku Rayyan yang handsome bukannya boleh tau. Nie peluang keemasan la ni. Ish mana boleh lepaskan! Tapi satu je yang aku pelik kenapa dia ajak kau hah. Memang la dia playboy or kasanova tapi dia tak pernah mengorat and ajak staff dia keluar lunch tapi dia siap ajak kau lagi. Hurm pelik bin ajaib ni ! Lagipun selama ni perempuan yang selalu bergandingan dengan dia high class. Dia tak pandang langsung pekerja bawahan dia ni.” Balqis menayangkan muka suspennya sambil mengangkat kening. “ jangan-jangan kau dah kasi ayat kat dia tak ?”

“ Woi apa la kau ni. Mana ada. Tak baik tau buat macam tu. Aku ni ada pegangan agama bukannya main redah macam tu je. Eeii kau ni kan.” aku menjelingnya

“ Ala kau ni jangan marah la aku gurau je la.” pujuk Balqis. Tu la kalau si Balqis ni bercakap main redah je. Dah tak hirau dah perasaan orang kat sekeliling dia

“ Tapi kan aku harap tak jadi la keluar lunch hari ni kan” sebelum sempat aku menghabiskan kata-kataku dah ada orang menyampuk

“ apa yang tak jadinya Cik Hanan?” soal Tengku Rayyan yang tiba-tiba muncul .

“ ish tak ada apa la Rayyan. Saja je ni kita orang borak-borak .”Alamak kantoi ! Balqis memandang ku dengan pandangan hairan. Ye la kan mesti pelik kan bila aku panggil Tengku Rayyan dengan nama Rayyan. Kan nampak mesra.

“ So ni mesti Balqis kan staff bahagian kewangan.Jom ikut kita orang lunch” kata Tengku Rayyan

“ ya ke? Okay jom. Ya Tengku. Wow tak sangka Tengku ingat ya nama saya.” terpacul kata-kata itu daripada mulut Balqis.

“ Mana boleh saya lupa nama orang cantik macam awak ni. Nama pun cantik tuan punya badan pun lagi cantik.” puji Tengku Rayyan kat si Balqis. Balqis pun apa lagi dah orang puji bos lagi tu macam mana tak kembang hidung. Aku tengok dah macam hidung gajah jadinya. . Kita orang lunch dekat restoran area office je. Senang and dekat dengan office. Nanti tak payah kelam kabut nak naik kereta pergi and balik lagipun masa yang ada ni pun terhad dah nak keluar lama-lama.

“ So Hanan sorry ya saya lewat tadi. Ingatkan meeting habis awal rupanya terbawak sampai waktu lunch.”

“ Hurm tak apa. Saya tak kisah pun” kata Aku padahal dalam hati dari tadi lagi mintak-mintak tak jadi lunch hari ini.

Time keluar dengan Tengku Rayyan Balqis yang banyak berbual dengan Tengku Rayyan. Aku kadang- kadang je menyampuk. Si Balqis habis nya benda pergi cerita kat Tengku Rayyan. Nama panggilan aku pun dia pergi beritahu juga. Time balik tadi Tengku Rayyan dah tak panggil aku Hanan dah. Dia panggil aku Asy pulak. Ayoyo nie semua gara-gara Balqis. Balqis memang saja nak kenakan aku. Tapi yang bestnya Tengku Rayyan tak sombong. Walaupun dia playboy seperti yang dikatakaan Balqis tetapi perangainya yang peramah buat kita orang tak kekok bercakap dengan dia. Lagipun tadi dia mintak maaf dengan aku sebab langgar aku. Aduh terharu pulak aku jadinya.

***

“ Encik buat kat sini hah? Encik tak boleh masuk tahu tak. Kat sini staff je yang boleh masuk.” ish mamat ni memang menyusahkan orang betul la. Dah la langgar aku kat mall lepas tu gaduh dengan aku pulak and sekarang dia main redah nak masuk bangunan ni. Eii memang aku geram dengan mamat ni. Tadi aku dah cakap baik-baik dengan dia tapi dia buat aku macam tak wujud je depan dia. Eii geram betul aku. Memang dasar menyusahkan orang la mamat nie. Sebal ! Kalau diingat kan bukan time kerja ni aku dah maki hamun kat dia tahu tak. Marah dulu pun masih bersisa lagi ni. Nak kata dia pekerja bangunan ni dia aku tak pernah nampak dia. Dah sebulan aku kerja kat sini tapi aku yakin dua bukan pekerja kat sini. Dan bukan kakitangan syarikat memang tidak dibenarkan masuk sesuka hati !

“ Aku ada hal kat dalam dan please jangan menyibuk boleh?!” kata mamat muka macam sambal belacan itu.

“ Tak boleh. Ini kerja saya dan saya kena menyibuk. Kalau encik ada urusan dengan kakitangan sekalipun sila tunggu kat lobi saya boleh uruskan untuk Encik ya.” dengan penuh lembut aku bercakap. Aku geram sangat nak bagi flying kick tapi tak boleh ni kan waktu kerja tak pasal-pasal pulak aku dikenakan tindakan tatatertib.

“ Tak payah! Aku malas nak menunggu. Kau tak payah sibuk. Ni pejabat bapa aku yang punya suka hati aku la nak masuk bila-bila masa” tengking mamat sambal belacan kepadaku

“ kau ni kan memang dah melampau. Aku dah cakap baik-baik tapi kau kurang ajar sangat kan. Siap mengaku ni pejabat bapa kau yang punya. Woi kau tak payah perasan la! Boleh blah. Sekarang aku tak kira baik kau tunggu dulu dan bagitahu aku kau nak jumpa dengan siapa nanti aku akan uruskan. Pergi duduk dulu kalau kau lawan lagi aku panggil security guard.” kataku dengan tegas. Ei geram aku. Memang kepala batu betullah. Tak nak dengar arahan orang. Belum sempat aku nak pergi ke meja ku aku terdengar suara yang menegurku.

“ Apa khabar tengku?”aku melihat geranganya rupa-rupanya setiausaha Tengku Taufiq a.k.a ceo syarikat ini. Tapi yang peliknya bila masa nama aku ada tengku kat depan. Setahu aku nama aku tak ada tengku! Jangan-jangan..

“ saya nak jumpa papa sekarang.” kata mamat sambal belacan

“ baik tengku. Tengku taufiq ada kat biliknya, Tengku memang tunggu kehadiran tengku. Kedatangan tengku amat dialu- alukan” kata kak Yati merangka PA ceo company. Mereka segera berlalu meninggalkan aku yang terping-pinga. Aku amat terkejut. Siapa mamat sambal belacan tu. Ya Allah ish memang suka cari masalahla aku ni.


“Assalamualaikum pa” kata Tengku Izham Iskandar

“ Waalaikummussalam. Tak sangka akhirnya anak papa nak datang juga kerja kat syarikat papa ni. Terima kasih Is kerana tak hampakan papa.” ujar tengku taufiq dengan gembira

“ No hal lah pa. Is dah fikir masak-masak dah and akan bantu papa dalam menguruskan syarikat. Lagipun is kesian kat papa Rayyan kan tak ada nak bantu papa. Sorang-sorang nak handle company ni.”

“ baguslah Is nanti rayyan balik dari UK nanti kamu boleh bekerjasama dengan dia untuk memajukan lagi syarikat kita. Besar tanggungjawab yang kamu akan pegang nie. Dan papa percaya kamu boleh lakukannya.” tengku taufiq menaruh harapan besar kepada anaknya,

“ InsyaAllah pa Is akan lakukan yang terbaik. Pa bila Rayyan nak balik Malaysia ? Tak silap Is sebulan dia kat sana kan ?” soal Tengku Izham Iskandar.

“ Yeah. Minggu depan dia balik sini.” jawab tengku taufiq.

“ hurm ok lah pa. Is keluar dulu ya.”

“ Is jangan lupa ya esok kita akan adakan majlis suai kenal Is dengan semuaa staff kat pejabat ni”
tengku taufiq mengingatkan anaknya

“ Ok lah pa. InsyaAllah is tak lupa” Is segera berlalu untuk ke biliknya. Eii geram betul aku dengan girl yang jadi penyambut tetamu tu. Siap kau ya. Nanti aku ajar kau cukup-cukup! Tengokla apa akan jadi nanti. Pandai- pandai je kau marah kat aku ya.

Thursday 29 September 2011

hadirnya cintamu yang terindah(BAB 4)

BAB 4.......

Tok tok tok...

“Masuk”arak Tengku Izham Iskandar.

“Is, Tengku Taufiq nak jumpa kat bawah”Kata Mak Mah yang sudah menjadi pembantu selama berpuluh tahun di villa orkid.

“Sekejap lagi saya turun” jawab Tengku Izham Iskandar

Tengku Izham Iskandar menuju ke arah ruang tamu villa mewah tersebut.

“Hah kamu Is.Duduklah papa ada hal sikit nak bincang dengan kamu”kata Tan Sri Tengku Taufiq

“Apa dia pa? Kalau pasal kerja Is tak ready lagi la pa.” Tengku Izham Iskandar sudah dapat
meneka hal yang papa hendak bincangkan.

“Is tak kesiankan kat papa ke?Sorang-sorang papa uruskan bisnes keluarga kita kat sini.Nak harapkan abang-abang kamu alamatnya bankrap syarikat papa tu.Angah kamu pulak bila lah nak ikut langkah kamu balik ke Malaysia.” Tengku Taufiq cuba memujuk anaknya.

“Tapi pa kan Is baru balik Malaysia.I'm not ready yet.”jawabnya

“Is tolong lah papa.Ini semua untuk kebaikan kita bersama kan.Nanti kalau papa tak ada siapa yang nak uruskan Delta Holdings kalau tak kamu.Kalau nak tunggu si Alisya pun lambat lagi.Papa betul-betul dah tak larat nak uruskan company kita tu sorang-sorang.Tapi terpulang dengan kamu lah nak setuju ke tidak.” Kata Tan Sri Tengku Taufiq besearta keluhan.

“Tengoklah macam mana.Bagi Is masa nak fikirkan perkara ini.”Tengku Izham Iskandar jadi buntu untuk memikirkan permintaan ayahnya.Permintaan itu terlalu berat baginya.

“Papa harap kamu takkan kecewakan papa.”kata Tan Sri Tengku Taufiq dengan harapan yang menggunung.

Tengku Izham Iskandar memandang sepi langkah ayahnya yang menuju ke bilik bacaan.Satu keluhan dilepaskan.Sememangnya dia tidak bersedia lagi untuk memasuki Delta Holdings.Tetapi demi ayahnya dia akan memasuki syarikat tersebut.Biarlah dia melakukan pengorbanan kali ini demi ayahnya.Lagipun dia sudah memiliki pengalaman bekerja selama setahun di luar negara so sekarang dia akan gunakan ilmu pengetahuan yang dia miliki untuk syarikat papa nya pula.Tapi satu aje harapannya ialah tidak berjumpa dengan orang yang paling dibencinya!

Deringan telefon bimbit Tengku Izham Iskandar mematikan lamunannya.Dengan tergesa-gesa dia menyeluk poket seluarnya untuk menjawab panggilan telefon tersebut.Dia tersenyum apabila melihat si pemanggilnya

“Hello bro”Kata si pemanggil

“Assalamualaikum”Sindir Tengku Izham Iskandar

“Ala kau ni tak payah la sindir aku ye.”jawab si pemanggil iaitu Tengku Rayyan Haikal yang merupakan kawan baik Tengku Izham Iskandar serta merangkap sepupunya yang paling poyo.ha ha
“Sekurang-kurangnya kau jawab la salam aku tu dulu.Ni tak hello je kau tau.hah?kenapa kau call aku ni?”

“Ala kau ni aku dah jawab la dalam hati tadi.Aik sejak bila pulak aku tak boleh call kau hah?”

“Bukan tak boleh cuma aku tanya je sebab apa kau call aku ni.”

“Hah ni bila kau nak masuk office?Aku ni dah tak sabar tau nak bersaing dengan kau tau.”

“Kalau kau bukan nya nak bersaing dalam bisnes tapi nak tengok saham siapa antara kita yang tinggi kan.Ala aku dah hafal dengan perangai kau yang satu tu.”Perli Tengku Izham Iskandar.

“ha ha ha.pandailah kau kan.So bro aku akan tunggu kehadiran kau kat office.Hal yang lepas tu tak payah la kau nak ingat balik.Just ignore je.Bro ada awek datangla nanti aku call kau balik okay”Tengku Rayyan Haikal cepat-cepat menamatkan perbualan.

“ok..”tut.....

“Amboi mamat ni tak menyempat langsung kalau dah nampak perempuan.Ish macam-macam betul la kawan aku sorang ni.”Tengku Izham Iskandar menggelengkan kepala mengenangkan perangai sepupunya itu.Jus ignore je perkara yang lepas?senagnya mamat ni cakap ingat memori kat kepala aku ni boleh format balik ke apa.Hurm....



“Hanan Asyikin!”Bergegar satu rumah kerana tempikan Balqis mengejutkan Asy.

“Hah?Apa dah berlaku? Rumah terbakar ke?Siapa yang mati?Kita selamat tak?”soal Asy akibat terkejut bangun daripada tidur.

“Hoi kau ni kenapa hah?dari tadi lagi aku kejutkan kau tau tak.Amboi bangun-bangun rumah siapa tebakar.siapa yang mati dah panggil bomba ke belum.kalau rumah kita terbakar dah lama aku cabut tau tak!Ish apa la kau ni.Mana ada rumah ke apa ke yang terbakar.Dari tadi lagi aku kejutkan kau tau tak.Dah nak habis dah suara aku ni.Kenapa dengan kau ni hah kau lupa ke yang hari kau start kerja?sindir Balqis.

“Ha'ah la.Aku start kerja kan hari ini.Astargfirullahhalazim macam mana la aku boleh lupa ni?Ya Allah!”dengan pantas Aku melihat jam loceng di tepi katil.

“Hah sekarang baru kau nak tengok jam pukul berapa?!.Sekarang ni dah pukul 7.45 kau tahu tak.Dah la traffic jam,Confirm masuk lewat.Pergi bers.....”

Tanpa sempat Balqis nak meneruskan syarahan dia pagi yang indah ni aku dah cabut masuk dalam bilik air nak bersiap nak pergi kerja!

“Hah ni baru mandi nak tunggu kau bersiap lambat lagi lah kita masuk office hari ni.Ish budak ni kan geram aku dibuatnya.Nak sarapan lagi.”Kata Balqis dengan marah dan tidak puas hati

“Woi aku dengar kau cakap tu.Kejap lagi aku siap la.Kau sabar la dulu pergila tengok tv ke apa ke”Aku membalas kata-kata Balqis.Dengan malas Balqis keluar dari bilik untuk sarapan.

“Apalah Asy ni.Telinga lintah betul.Aku cakap punya la perlahan tapi dia boleh dengar lagi.”kata Balqis sambil mengunyah roti.

“Hoi!”sergahku

“Hah!Kucing kau tercabut ekor..”latah Balqis.

“Aek bila masa ada kucing tercabut ekor kat rumah kita ni ye.”perliku

“Banyak la kau.Dah la hari ini hari pertama kau bekerja lewat pulak tu.Tak baguslah kalau macam ni tiap-tiap hari”kata Balqis.

“Ala relaxla.Lagipun bukan sengaja.Aku tak tersedar je.Kau janganlah marah aku.Lain kali aku tak buat lagi .”Aku bersungguh-sungguh mengatakannya sambil mengangkat tangan untuk bersumpah.

“Macam la aku tak kenal.Dah-dah la.Lain kali jangan macam ni lah nanti apa pulak pandangan staf lain kat kau.Jom kita bertolah dak lewat nie” Ajak Balqis.

Selesai mengemas ala kadar pinggan yang kami gunakan kami terus bertolak ke pejabat.Erm kalau ibu tahu aku kerja sebagai penyambut tetamu mampus la aku.Ibu kan dah warning awal-awal lagi.Tapi nak buat macam mana pandai-pandai la aku nak menjawab nanti tapi yang penting aku tak terlepas cakap hal ni kat ibu biar pecah di perut jangan pecah di mulut, cewah!!berpantun pulak aku ha ha.Minggu lepas aku dah menghadiri banyak temuduga tapi semuanya belum dapat diketahui keputusannya.Sementara menunggu keputusan aku telah menerima tawaran Balqis bekerja sebagai penyambut tetamu kat syarikat tempat dia kerja.Dah dekat sebulan aku tinggal di sini tapi asyik terperap kat rumah je.dah naik kematu dah punggung aku ni.So aku buat keputusan untuk bekerja sementara kat sini.Harap-harap keputusan yang aku buat ni ada kebaikan untuk aku!

…................................................................

Selepas sesi suai kenal dengan semua staf kat Delta Holdings , pejabat baru aku ni aku terus menuju ke bahagian tempat duduk yang telah disediakan untukku.Semasa sesi suai kenal tadi aku memperkenalkan diri ku dan melemparkan senyumanku yang paling manis and cantik pada mereka alamak terlebih perasan sudah!siap pinjam trademark stacy lagi.ha ha ha.

“Hah kau termenung apa?”sergah Balqis.

“Ish kau ni tak ada termenung apa pun.Saje je tengok-tengok and perhati keadaan sekeliling.Hah?kau ni kenapa datang tempat aku ni tak ada kerja ke asyik kacau aku je”

“Cik Hanan Asyikin sayangku Intan payung.Sekarang dah waktu lunch aku datang sini sebab nak ajak kau lunch la.Kau nak keluar lunch ke nak perhati keadaan sekeliling lagi?”Balqis menyindirku

“Eh dah waktu lunch ke.ala aku tak perasan pun la.Okay jom pergi makan”

“hai aku ingat kot-kot kau kenyang la hirup udara kat dalam office nie”

“Dah-dah kau tak payah nak sindir-sindir aku lagi.Aku mengelamun sikit je kau mula la nak kenakan aku kan.”Dengan pantas aku mencari lengan Balqis untuk menjadikan tempat cubitan ketamku mendarat.

“Aduh!Kau ni kan..”belum sempat Balqis menyambung kata-katanya

“Aduh,argh!”Aku mengerang kesakitan akibat jatuh sebab dilanggar seseorang!

“Cik tak apa-apa ke?Soal orang yang melanggar ku

“Tak apa-apa kau tanya.Eh kau buta ke hah?tak nampak ke orang tengah jalan yang kau langgar aku tu apasal?dah sempit sangat ke jalan ni kau nak lalu.”marah aku.

Balqis telan air liur melihat perbuatan Hanan Asyikin.Gila kau Asy berani kau tengking pegawai atasan.Dia nak beritahu kepada Asy siapa lelaki itu tapi suaranya tidak terkeluar.Mampus la kali ni!

“Maaf ya cik saya tak ada niat pun nak langgar cik tadi lagipun saya nak cepat ni”kata si lelaki yang melanggarnya.

“Kalau nak cepat pun tengok la orang dulu....”belum sempat aku menghabiskan kata-kataku Balqis sudah menyampuk

“er.. er... Tengku Rayyan kita orang mintak diri dulu lah ya.”Cepat-cepat Balqis meminta diri dan menarik lengan aku untuk beredar.

“Kau ni memang gila betulla.Kau tau tak dengan siapa hah yang kau cakap tadi?”soal balqis marah

Aku sudah tak senang duduk.Mula-mula memang marah dengan lelaki tu tapi bila Balqis memanggilnya dengan panggilan tengku aku mula tak sedap hati.Jangan-jangan mamat tu orang besar dalam syarikat aku kot .Mampus aku!Hari pertama kerja dah mula buat hal.Uaaa malunya aku.

“Er..er siapa mamat tadi tu?”soalku teragak-agak

“Sekarang baru kau rasa takut kan.Tadi bukan main kau sound dia.Ni muka kau pun dah pucat ambik kau!Untuk pengetahuan kau Cik Hanan Asyikin mamat yang langgar kau tadi tu ialah pengurus Delta Holdings merangkap juga anak saudara kepada Ceo kita.Kau faham sekarang?”

“Apa k...a..u ka...ta pen..gu...rus?Mampus mampus aku beb!yang kau tak cakap dengan aku tu kenapa hah?tak guna punya kawan”

“Sekarang aku pulak kau nak marah?Bila aku nampak kau sound dia je aku dah tak tahu nak cakap apa dah.suara aku pun dah tak terkeluar.Aku tengok tadi dia pun terkejut kau marah dia.Ye la selama ni mana pernah orang marah kat di.Dia marah kat orang ada la.Kau ni pun satu agak-agak la nak marah pun.”nasihat Balqis.

“Habis tu sekarang aku nak buat macam mana beb.Aku takut gila dah ni.Jangan-jangan nanti aku kena buang kerja.Belum sampai sehari aku kerja dah kena buang.Mana aku nak letak muka ni.Malu wei.”

Sekarang perasaan ku risau yang teramat sangat.Aku dah tak tahu nak buat apa.Hai kenapa la nasib aku ni kena langgar je hah.Apa ke malang punya nasib.

“Aku pun tak tahu nak cakap apa.Kita tengok je la apa yang akan berlaku nanti.aAku harap Tengku Rayyan profesional takkan campur masalah peribadi dengan kerja.Dah lah jom kita order.Perut aku dah lapar gila ni.”

….................................................................

Selepas habis waktu kerja aku dengan Balqis pulang ke rumah.Adoi baru sehari kerja tapi letihnya sudah ku rasa.Aku mencari telefon bimbit ku untuk telefon ibuku di kampung.Tetapi telefon bimbitku tiada!Aku mencari seluruh bahagian dalam handbag ku dan dalam handbag Balqis.Hampeh semuanya tak ada.

“Eh kau ni macam kucing hilang anak kenapa?”soal Balqis.

“Kau ada nampak phone aku tak?”soalku.Adoi jangan-jangan kena curi kot telefon kesayangan aku tu.

“Tak ada pun kenapa?”

“Aku dah cari dalam handbag aku tapi tak ada pun.Jangan-jangan ada orang curi tak.”tekaku

“Kau ni janganla fikir negatif cepat sangat.Kau dah cari ke belum dalam handbag aku?”

“Dah tapi tak ada jugak”

“Jangan-jangan jatuh time kau kena langgar tadi tak”teka Balqis.

“Ye tak ya jugak kan.Adoi mesti dah ada orang yang ambil phone aku tu kan.erm melayang la telefon kesayangan aku tu.”

Aku memang sedih dengan kehilangan telefon aku itu.Telefon itu adalah hadiah daripada ayah.Aish minta-minta tiada siapa yang curi.Esok aku pergi cari kat tempat kena langgar tadi.Tapi yang nasib baiknya mamat yang merangkap pengurus aku tu tak ambil apa-apa tindakan pun untuk aku.Aku gembira gila.Aku tak nak kena buang kerja.