Dear Readers

Friday 18 January 2013

BAB 21 hadirnya cintamu yang terindah




  “ma apa ni? Is tak ready nak kahwin lagi la” bantah Tengku Izham. Bagi dia ini memang rancangan gila. Dah la dia tak kenal perempuan yang nak dikahwinkan dengan dia tu

 “apa apa pulak. Mama cakap mama nak kahwinkan kamu kan. Oo tak ready lagi. Kalau nak ikut kan bila kamu dah bersedia memang mama dengan papa tak tengok la kamu naik pelamin.” Ujar Puan Sri Zahra.

“ma nanti Is bawak la calon menantu untuk mama tapi yang penting biarlah Is yang pilih sendiri bukan mama. Lagipun Is dah ada pilihan sendiri” bantah Tengku Izham lagi. Pening dia memikirkan masalah ni. ingat mama nak bincang pasal apa la tadi. Dia tak sangka mama boleh buat keputusan sedrastik ini. Dia mengeluh. Salah aku jugak. Kalau la aku bawak calon isteri kat mama dah tak adanya jadi macam ni.

“Hah sekarang baru mengaku ada pilihan sendiri. Ye la tu macam la sebelum ni kamu tak pernah mengaku macam tu .  Dulu masa mama suruh bawak jumpa mama kata tak ada berkenan di hati lagi. Mama tak kira mama dah berkenan sangat dengan pilihan hati mama ni. tak ada sesiapa pun boleh bangkang keputusan mama!” tegas Puan Sri Zahra.

"ma dengar la cakap Is dulu” pujuk Tengku Izham lagi tapi Puan Sri Zahra tidak lagi mengendahkan pujuk rayu anaknya itu. Dia bangkit daripada sofa dan terus menuju ke biliknya.

Tengku Izham hanya memandang langkah mamanya. Nampaknya mama dah nekad. Arghh geram aku! Kalau mama dah buat keputusan tu memang susah nak bantah. Siapa perempuan yang dapat memikat hati mama aku. Argh malas aku nak ambil tahu. Desis hatinya.

Dia mencapai telefon yang berada di poketnya dan terus menelefon Tengku Rayyan.

“Bro jumpa aku tempat biasa. Lepak-lepak. Amacam?” tanya tengku Izham. Usai je bercakap Tengku Izham terus mencapai kunci kereta dan pergi ke tempat yang di janjikan.
 Restoran di Bangsar menjadi tempat rasmi mereka apabila ada masalah. Jiwa lelaki la katakan. Tengku Izham termenung.macam mana aku nak kahwin kalau bakal isteri aku pun tak kenal. Tak pasal-pasal nanti aku dikatakan menyeksa anak dara orang pulak.

“woi bro apasal muka kau macam orang hilang isteri ni” sergah Tengku Rayyan. Tengku Izham sedikit terkejut. Habis melayang lamunan dia. Hai nampaknya dia pun dah berjangkit dengan Asy la gamaknya. Penyakit termenung Asy tu dah menular dalam diri dia. Dia tersenyum, rindu pulak nak mengusik Hanan atau dengan kata lain buli si Hanan tuh tapi siapa lelaki yang hantarkan Hanan kat pejabat semalam. Rapat semacam je.

“Is aku tanya kau ni sempat lagi kau berangan ya. Teringatkan sapa pulak ni hah? Tina?” soal tengku Rayyan.

“kau ni nak cakap dengan aku boleh tapi jangan kau gatal-gatal mulut nak sebut nama perempuan tak guna tu” nada Tengku Izham sudah berubah. Pantang dengar nama gadis yang dah mencemar duli dia.

“Relax bro. Jangan  la cepat angin macam ni. aku gurau je.” Tengku Rayyan menepuk bahu tengku Izham. Nak menenangkan sahabat nya lah tu. “tapi apa yang buat kau sampai nak jumpa aku malam ni?” tanya Tengku Rayyan sambil menyedut fresh orangenya. Matanya sempat lagi melirik melihat perempuan-perempuan yang cantik yang masuk ke restoran. Hish kalau Balqis tahu ni tak nya patah-patahkan tulang rusuk aku ni. gerun betul. Omel tengku Rayyan.

“entahlah aku pun tak tahu la macam mana nak cakap dengan kau tapi masalah ni cukup besar bagi aku” luah Tengku Izham.

“masalah sangat nampak patutla sampai sanggup ganggu aku nak beradu dengan Balqis malam ni” gurau Tengku Rayyan. Tak lama selepas itu mereka gelak.

“Kau ni memang dasar tak reti nak malu. Benda dalam kelambu pun nak cakap dengan aku. Piirah kau”

“hai aku cakap dengan kau kan bukannya dengan orang lain pun kan. Kalau kau nak merasa pergi kahwin cepat-cepat. Nanti tak adala nak jelaous dengan aku je kerjanya. Hah yang kau terdesak sangat nak jumpa aku ni sebenarnya kenapa? Kenapa tak tunggu minggu depan je. Aku kan tengah bercuti lagi ni. esok aku nak pergi honeymoon pulak” beritahu Tengku Rayyan.

“kau tahu tak apa yang mama aku dah buat kat aku.” Beritahu Tengku Izham geram.

“kau tak cakap mana la aku tahu” jawab tengku Rayyan yang masih meneruskan suapan nasi goreng USA ke dalam mulutnya
“kau ni kan dengar la apa aku nak cakap dulu. Ini tak belum sempat aku sambung kau dah mula menyampuknya. Aku karate karang baru kau tahu” marah tengku Izham.

“hah cepatla bagi tahu aku apa bendanya” pinta Tengku Rayyan

“mama aku nak kahwinkan aku la bro” usai je Tengku Izham berkata terus Tengku Rayyan bantai gelak. Bulat mata Tengku Izham memandang Tengku Rayyan. Bedebah punya sepupu. Bukannya nak cakap sabar ke apa tapi siap gelak lagi kat aku.
“serius mama kau nak kahwinkan kau. Dengan siapa? Hai malang betul perempuan tu yang dapat suami stone macam kau” Tengku Rayyan masih dalam sisa ketawanya.

“Kau ni memang nak makan penumbuk aku la nampaknya” tengku Izham bernada tinggi marahkan sepupu bedebahnya itu. Geram aku!.

“okay okay. Aku dah tak gelak dah tapi nampak benar mama kau nakkan menantu tu bro. So senagng-senang kau setuju je la. Kau dapat bini. Mana tahu muka cantik cun melecun macam orang afrika” Tengku Rayyan ketawa lagi. Tengku Izham dan bengang dah.
“kau kalau mengata mengalahkan perempuan. Ambik nih” tengku Izham terus menendang kaki Tengku Rayyan. Hah ambik kau.padan dengan muka.

“aww sakitnya. Bro agak-agak la nak tendang kaki aku pun. Buat la esok-esok ke lusa ke” ujar Tengku Rayyan dengan loyar buruknya. Tengku Izham mendengus geram. Mamat ni orang serius dia main-main pulak dah.

“Is you kan ni. I dah agak dah you mesti ada kat sini punya” suara perempuan kedengaran di antara mereka. Tengku Izham melihat siapa perempuan tersebut. Terus muka dia berubah seratus peratus macam udang kena bakar pun ada riak mukanya sekarang. Nak telan orang pun ada jugak. Apa perempuan ni buat kat sini? Tengku Rayyan juga turut terkejut melihat perempuan yang cukup dikenalinya itu. Tina ! confirm kejap lagi meletus perang dunia ketiga. Ni tak ada angin tak ada ribut terus bala si Tina ni datang. Apa kes dia datang kat sini takkan daripada suka makan kat restoran mewah terus tukar angin nak makan kat resntoran biasa macam ni. detik hati Tengku Rayyan.

“Hai Is, Rayyan takkan dah tak kenal I dah kot? Ujar Tina dengan gediknya.

“macam mana I boleh tak kenal dengan you, Tina Dato’Rashid satu Kl kenal siapa you” jawab Tengku Rayyan dalam masa yang sama suaranya macam nak menyindir Tina. Tengku Izham diam tidak bersuara. Tengku Rayyan melihat penampilan Tina, nauzubillah dengan skirt yang mendedahkan sebahagian besar pahanya dan baju yang tidak berlengan. What? Pakai baju macam kain kat kedai tu dah habis dijual selamatla aku dapat bini lengkap bertudung macam Balqis. Kalau dapat bini macam dia berat dosa aku tiap-tiap hari.

“nampak sangat you kenal sangat dengan I. Hai Is kenapa senyap je ni. dah tak sudi berbual dengan I” soal Tina kepada Tengku Izham.

“Buang masa je kalau aku bercakap dengan kau. Kau ni memang perempuan tak tahu malu kan. Lepas apa yang kau dah buat kat aku ada hati lagi kau nak tunjukkan muka kau depan kita orang. Apa kau ni jenis muka banyak lapis ke apa?” marah Tengku Izham kasar. Tengku Rayyan dah telan air liur melihat situasi itu. Si Tina ni memang kacau daun betulla.

“Ala sayang you masih marahkan I ke? yang dulu tu I mintak maaf la” dengan manja+gedik Tina memujuk tengku Izham. Hai nampaknya Tina nak jinakkan singa yang dah lama ada kat hutan. Silap besar la kau Tina. Tengku Izham bangkit daripada kerusinya itu. Jatuh kerusi itu atas lantai. Kuat bunyinya. Semua pelanggan dah pandang-pandang nak tengok sketsa arahan Tina ni.

“senang je kau cakap kan. Sampai mati pun aku takkan lupa la apa yang dah kau buat. Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila” tegas Tengku Izham. “dah Rayyan jom balik” ajak tengku Izham. Tengku Rayyan hanya menurut. Nak mati kalau membantah time macam ni.

“Is perkara tu dah lama dah berlaku takkan you tak boleh maafkan I lagi” belum sempat Tengku Izham melangkah Tina memegang lengan tengku Izham. Tengku Izham merentap tangannya dengan kasar.

“aku memang takkan maafkan kau la perempuan. Perempuan muraham macam kau ni tak layak untuk aku. Dan satu lagi tak payah panggil aku sayang. Jijik aku mendengarnya” tengking Tengku Izham. Lepas tu dia terus menonong keluar daripada restoran tersebut. Pelangan-pelanggan lain mula berbisik sesama mereka.

Tak guna punya jantan kau ingat aku akan mengalah macam tu sahaja. Aku akan pastikan kau kembali kat aku walau macam mana sekaliupun. Desis Tina. Ya memang dia takkan mengalah dan sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia mahu termasuk membunuh. Tidak lama selepas itu Tina turut beredar keluar daripada restoran tersebut..
                                 ***
“abang janji nak keluar dengan Asy kan hari ni. sekarang abang kat mana hah? Batang hidung pun tak nampak” marahku di talian. Ei bengang betul cakap sanggup temankan aku la nak beli barang kahwin aku tapi sampai sekarang batang hidung pun tak nampak.

“ala tunggu la kejap. Kejap lagi abang sampai. Sekarang abang ada 
kerja ni” jelas uncle.

“amboi kerja apa. Mengorat perempuan takpun tengah keluar date tu. Abang kalau ibu tanya Asy beli belum barang-barang kahwin Asy cakap je abang tak teman. Biar kena marah dengan ibu”

“ala Asy ni sikit-sikit nak mengadu. Abang nak usha-usha perempuan cun pun tak sedapla macam ni” dengus uncle Am.

“pergila dengan bakal suami Asy” pintanya lagi.

“jangan nak banyak cakap. Kalau abang tak sampai je dalam masa 20 minit Asy adu kat ibu. Biar abang kena marah. Padan muka !” aku terus memutuskan panggilan. Geram betul pandai janji je bila nak tunaikan mulalah nak cari alasan. Dengan auty Zahra pun aku pelik sekarang ni. kenapa la dia tak nak beritahu Is lagi. Nak buat kejutan untuk Is la apala. Jangan masa nikah nanti terkejut lepas tu terus kong sudah la. Tak pasal-pasal masuk paper ‘kahwin lima minit dah jadi janda’. Aku menepis lamunan itu tak baik aku fikir macam tu apa-apa pun dia bakal suami aku. Mesti ada sebab kenapa aunty buat macam tu.

selepas sejam menunggu akhirnya kami sampai Alamanda untuk shopping. Lelah menunggu kasanova terulung gemilang ni. sibuk dengan awek je memanjang.
“Asy tak  sudah-sudah lagi ke pilihnya? Kaki abang dah lenguh ni. skru pun dah longgar ni” adu uncle. Aku melemparkan jelingan ke arahnya. Bising betullan.

“abang ikut je la. Jangan nak banyak cakap pulak.” Marahku.

“ini hari penting Asy tau. Macam mana pun kena pilih barang yang berkualiti dan terbaik. Sekali je ni tau seumur hidup” sambungku lagi. Ya ke sekali? Jangan nanti Tengku Izham ceraikan aku sudahla. Sekarang aku merasa lebih tenang selepas membuat solat istikharah dan mendapat petunjuk dari Allah. insyaAllah hubungan aku dengan dia akan berkenalan. Doaku.

“Ya abang tahu tapi kaki abang ni dah lenguh sangat ni. dari tadi lagi Asy duk pilih-pilih belinya baru sikit. Kan banyak lagi barang nak beli. Ha baju macam mana baju?” soal uncle.

“baju tu abang jangan risau. Asy akan keluar dengan bakal mentua Asy untuk pilihkan baju tu nanti” jawabku. Kalau ikutkan hati malas nak buat semua ni. meletihkan aku je tapi bila teringatkan bebelan dan amarah ibu terus jadi terbantut semua tu.

“Asy abang nak tanya sikit boleh?” pintanya.

“Hai bila masa pulak ni mintak izin dulu bila nak tanya ni biasanya main redah je” bidasku sambil tangan masih ligat memilih kasut yang hendak dibuat hantaran.

“Asy ikhlas terima semua ni maksud abang dengan perkahwinan ni. Asy dah betul-betul boleh lupakan Haikal?” soal uncle Am. Aku terdiam. Sungguh lagi benar aku tiada jawapan untuk itu.

“Abang keputusan ayah dan ibu adalah keputusan yang terbaik untuk Asy lagipun ibu dengan ayah mesti nak tengok anak dia bahagia kan macam tu lah juga dengan Asy. Asy kalau boleh sentiasa nak bahagiakan mereka kalau dengan cara ni boleh buat dia orang bahagia Asy sanggup lakukannya abang” ujarku. Uncle tersenyum dan terus menggosok kepalaku.

“macam ni lah anak buah abang. Bijak, pandai jaga diri, rajin walaupun suka bangun lewat dah sesuai sangat dah tu nak kahwin” tutur uncle .

“amboi part bangun lewat tu macam nak sindir Asy je” uncle ketawa.

“sebab abang dah letih jom kita pergi makan dulu jap lagi nak sambung balik ni tapi abang kena belanja” ujarku.

“Yes boss. Patik hanya menurut perintah” kata uncle sambil buat gaya tabik spring. Kita orang gelak.

“Asy bukan ke lelaki tu yang abang jumpa time abang jemput Asy dulukan?” tanya uncle dan terus menunjukkan lelaki tersebut. Aku terkedu. Apa si Tengku Izham buat kat sini. Belum sempat untuk aku sembunyikan muka Alisya dah nampak kami berdua. Alamak apa lagi ni. malas la aku nak jumpa.

“Kak Asy” laung Lisya yang berada di sebelah Tengku Izham. Tengku Izham mula terpandangkan ku lepas tu terus air muak dia berubah. Alisya menarik tangan abangnya dan berjalan ke arah kami. Nampaknya aku memang dah tak boleh lari dah.

“Kak Asy buat apa kat sini” soal Lisya

“kak Asy beli barang sikit” jawabku dan mengerling ke arah Tengku Izham. Gulp ! kami berpandangan. Terus badan aku macam kena renjatan eletrik. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan

“Hai cik..”

“Lisya”

“oww hai cik Lisya” tegur uncle. Aku terus memandangnya. Hai jangan nak menggatal boleh tak Lisya ni budak baik okay.
“Lisya dari mana ni?” tanyaku supaya suasana antara kami tidak sepi.

“Lisya jalan-jalan dengan abang je. Lagipun abang dah janji dengan Lisya nak belikan hadiah untuk Lisya” ujar Lisya manja. “ betul tak abang” sambungnya lagi dan mengajukan soalan kepada abangnya.

“a..aah” jawab Tengku Izham teragak-agak. Kenapa pulak dengan dia ni gelisah je aku tengok. Si uncle aku pulak ni tak lepas-lepas pandang si Lisya ni. no abang, Lisya tak boleh jadi mangsa abang si kasanova terulung ni. Asy takkan benarkan. Dia budak baik. Desisku sendirian.

“by the way kita orang nak pergi makan ni kalau tak keberatan jom join kita orang” ajak uncle. Nak terbeliak mata aku ni mendengarnya. Amboi yang terlebih ramah tu kenapa. Gatal sangat nak keluar duit ke apa.

“interesting. Abang jomla” ajak si Lisya pulak.

“Lisya kan Lisya tak beli hadiah lagi. Kita kena cepat ni tau. Abang sibuk” tolaknya.

“Lisya ni siapa ni?” tanpa segan silu uncle bertanya. Ei dia ni kan tak malu betulla.

“ni abang saya ni. yang abang handsome ni pulak boyfriend kat Asy ke?” amboi budak ni tak sayang mulut betulla

“hish tak la. Asy ni anak buah saya. Mana boleh saya jadi boyfriend dia pulak” jawab uncle ku jujur. Hai depan perempuan manis la kau. Air muka tengku Izham dah berubah..

“ya ke nampak sebaya je ni?” tanya Lisya lagi.

“ye la. Memang kita orang sama umur tapi she my niece” beritahunya lagi. Tengku Izham terus memandangku.

“abang cakap nak makan kan. Jom la” ajakku sengaja untuk lari daripada pandangan yang memang sukar diertikan daripada Tengku 
Izham.

“guys come on la join kita orang” ajaknya sekali lagi. Jangan la setuju. Aku yakin tengku Izham takkan setuju punya ka. Berani kerat jari punyala. Lagipun aku yakin marah dia yang tak tentu pasal kat aku tu tak hilang lagi.

“abang jom la. Lagipun Asy dah lama dah tak borak dengan Kak Asy” pujuk si Lisya lagi.

“ikut suka hatilah. Abang ikut je” jantung aku mana? Jantung aku mana? Dah tergolek kat lantai dah. Ni apa kes setuju pulak ni. tadi kata sibuk. Monologku.

“okay kalau macam tu jom” ajak uncle.

“Korang saya nak ke toilet kejap” pinta uncle dan terus berlalu.

tak lama selepas itu Lisya bersuara.

“alamak abang kak Asy Lisya nak pergi ladies sekejap. Perut ni tiba-tiba je memulas” pintanya dan terus berlalu. Hai macam berjanji pulak dia orang ni. sengaja ke nak tinggalkan aku dengan mamat ni.

“Ehem” tengku Izham berdehem. Aku buat tak tahu je. Hati aku panas lagi dengan perangainya beberapa hari lepas.

“so dia uncle awak la ya walaupun sama umur?” cehh apa punya soalan la. Takkan dah pekak kot tak dengar apa yang uncle aku yang tercinta beritahu tadi

“hmmm” jawabku malas-malas.

 “Hanan sorry sangat-sangat pasal apa yang saya dah buat kat awak” beritahunya.

“apa yang Tengku suruh saya buat” tanyaku selamba. Biarlah aku sendiri dah faham tapi aku sengaja buat-buat tak tahu.padan muka dia.

“Hanan janganla buat saya macam ni for that day saya betul-betul minta maaf” pintanya lagi.

“saya tak faham la Tengku cakap apa ni” ujarku. Dia terdiam. Malas aku nak layan kau.

“Hanan saya tahu awak tahu tapi sengaja buat tak tahu kan. Saya betul-betul minta maaf. Ya saya mengaku saya dah suruh awak buat kerja tak sepatutnya dan cakap kasar dengan awak”

“lepas Tengku buat senang-senang je Tengku nak minta maaf. Tak faham la saya dengan orang yang perangai macam Tengku ni” balasku sedikit bengang.

“tolong maafkan saya lagipun saya ada masalah yang cukup besar sekarang ni” beritahunya. Aku melihat keadaannya. Nampak cukup tertekan.. hai bos macam dia pun ada masalah jugak ke.

“habis Tengku nak saya buat apa?” tanyaku sambil melihat keadaan sekeliling dia orang ni pergi tandas ke pergi buat tandas.

“maafkan saya” pintanya lagi. Malas untuk memanjangkan isu ini lambat-lambat aku mengangguk.

“Terima kasih Hanan sudi maafkan saya” ujarnya. Ek eleh mamat ni apasal jiwang karat pulak ni.

“Tengku ni ada masalah apa sebenarnya?” tanyaku. Ops tersasul. Ingat nak pendamkan aje soalan tu tak nak menyibuk tapi terkeluar jugak. Busybody betul mulut pun.

“Mama saya suruh saya kahwin dan saya tak boleh bantah semua tu” gulp! Pahit aku rasa air liut aku sekarang. Pedih nya hati macam kena tikam. Kenapa aku rasa macam ni pulak? Nampaknya dia tak setuju dengan perkahwinan ni.

“ooo habis tu kalau dah tak setuju kenapa Tengku tak berkeras bantah jugak. Tak pun bawak balik calon isteri kat aunty” beritahunya. Agak-agaknya kalau dia tahu aku ni akan jadi isteri dia. Dia akan bantah lagi tak?

“Awak tak kenal mama Hanan kalau hitam dia cakap maka hitamlah jadinya lagipun saya tak kenal siapa bakal isteri saya tu” dah macam budak lima tahun dah dia mengadu. Nak tergelak pun ada sekarang. Kesian aku tengok tapi aku dah janji dengan aunty yang aku takkan bagi tahu kat Tengku yang aku lah bakal isterinya itu. Ini semua permintaan daripada aunty sendiri.

“sabar je la Tengku mesti ada hikmah lah semua tu. Lagipun mama Tengku mesti dah fikirkan yang terbaik buat Tengku. Setiap ibu nak anaknya memiliki kebahagian dan saya rasa perkara ini lah yang mama tengku cuba buat” ujarku lagi. Wah mantop lakonan kau Asy boleh menang award lagi. Dalam hati ni  ketawa berdekah-dekah dah.

“Asy kita kena balik sekarang abang kena singgah office kejap. Ada problem sikit” uncle terus muncul dah suruh aku balik. Si Lisya pulak tak siap-siap lagi membuat pelaburan.

“oh okay. Tengku saya pergi dulu ya” selepas aku dan uncle meminta diri uncle terus menghantarku dan langsung ke pejabatnya.. untuk pengetahuan korang uncle aku sorang ni dah tak balik Qatar dah. Dia uruskan syarikatnya kat sini. Memang aku kagum dengan dia dalam usia yang muda dah boleh berjaya sampai tahap macam ni.
 Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah telefon ku berbunyi tanda ada mesej yang menjengah di inbox, aku terus membukanya.

 Langit itu indah tapi tak seindah wajahmu.
Bintang itu cantik tapi tak secantik wajahmu
Aku melihat si penhantarnya. Daripada mamat sambal belacan. What? 

p/s komen anda sangatlah dialukan..:)

No comments:

Post a Comment