Dear Readers

Tuesday 20 September 2011

hadirnya cintamu yang terindah(BAB 2)

BAB 2...

Aku tidak sangka akhirnya aku sudah sampai ke kota metropolitan yang terkenal di Malaysia iaitu Kuala Lumpur.Aku tidak menyangka yang aku akan menjejakkan kaki ke sini tanpa kedua orang tua ku..Belum sampai sehari aku berada di sini aku sudah mula rindu kepada ayah dan ibu.Tapi aku redha dengan semuanya kerana keputusan ayah dan ibuku yang menyuruhku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur dengan kawan baikku Balqis merangkap jiran kami adalah yang terbaik kerana keputusan mereka selalu tepat.Kata-kata ayah dan ibu masih ku ingat ketika ayah memberitahu hal ini kepada ku.

Asy, ayah harap Asy mengikut Balqis ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.Mulai hari ini Asy kena balajar berdikari tanpa ayah dan ibu.”

Tapi ayah, Asy tidak menerima mana-mana tawaran pun kat kl ayah.Macam mana Asy nak ikut Balqis.Takkan duduk goyang kaki je. masa-masa ayah serius macam ini pun aku bolah ketawa lagi memang sengal sungguh la aku nie.ngee..

Asy sampai bila Asy nak bergantung pada ayah dan ibu?Nanti bila kita orang meninggal siapa lagi yang hendak jaga Asy.Sekurang-kurangnya kalau ibu dan ayah meninggal sekalipun Asy dah ada pekerjaan tetap.Hurm untung apa ada ijazah dalam bisnes tapi tidak digunakan.Asy dengarlah cakap ibu ini ya nak.” ibu memberitahu dan memujukku dalam nada suara yang sedih.

Ish apa yang ibu merepek ini.Yela yela Asy akan ikut Balqis nanti ke Kuala Lumpur.Yang penting ibu jangan cakap macam itu lagi ya.Asy selalu doakan ibu dan ayah panjang umur.”aku terus memeluk ibuku sambil menangis teresak-esak.argh! Emosional pulak jadinya.

woi, kau dah berangan sampai London ke?”

Astargfirullahhallazim budak ni.susah sangat ke kau nak bagi salam kat aku.Ini tak main terjah je.Mujurla aku ni tak ada penyakit jantung kalau tak dah lama k.o kau tahu.Hei Balqis aku cakap dengan kau ni.Yang kau buat muka blur kenapa?nak merasa flying kick aku ke macam mana hah?”marah aku kepada Balqis sahabat baikku.Dia ni memang macam ni suka main terjah je.Hurm..malang betulla siapa yang jadi suami dia.he he he

Amboi minah ni.Aku saja la gurau dengan kau itupun nak marah.Erm okay la aku nak pergi solat dulu ni lain la kau A.B.C(Allah bagi cuti) kan.So sambungla angan-angan tahi ayam kau yang nak kahwin dengan anak raja tu.”kata Balqis dengan niat untuk mengusik ku.Balqis berkata sambil ketawa besar.

Nur Balqis Razali!!!”tapi belum sempat aku hendak menghadiahkan cubitan ku yang berbisa pada Balqis dia sudah pun lari untuk menunaikan solat.Minah tu part mengelat memang dia cepatla.Terba ntut niatku yang satu itu.Tapi aku suka ada kawan macam Balqis baik,jujur, dan langsung tidak berkira dengan ku.Aku datang ke Kuala Lumpur pun menumpang sewa satu rumah dengannya.Dia memang kawanku dunia akhirat.Malam ini aku berhasrat untuk tidur awal kerana badanku letih akibat seharian berada di dalam bas untuk sampai ke sini.Apa punya bas la sampai sakit badan-badan aku.


                                                                       *****

tok tok tok!!!
argh kacau orang sungguh la.Si Balqis ni pun satu kalau nak pergi kerja sekalipun pergilah jangan la kejutkan aku yang nak tidur ni.Dengan perasaan malas dan mengantuk aku menuju juga ke arah pintu.Selepas pintu terkuak aku terkejut dengan penampilan Balqis yang cantik dan elegen.Dengan baju yang berimej korporat dan warna tudung yang sama warna dengan bajunya Balqis tersenyum memandangku.Argh sudah mula perangainya yang terlebih perasan cantik itu!Hoi Balqis aku lagi cantik la.ha ha ha.masuk lif tekan sendiri la pulak!..

Kau ni nak pergi kerja ke nak pergi cari jodoh hah?”kataku

Dua-dua sekali.”ei gedik la pulak.

suka hati kau la.Janji kerja jalan.Kau tolong la tengokkan untuk aku ya kot-kot ada pekerjaan kosong ke aku terima semunya yang penting halal.”kataku kepada Balqis sambil memaparkan muka seposen.

sudah sudah.Kau tak payah la buat muka seposen kau tu.Nanti aku tolongla kau cari pekerjaan untuk kau ya”mencebik!

Bertuah kan kau selepas graduate terus dapat pekerjaan.Lain la aku ni tiada siapa nak ambik aku jadi pekerja.Ye la kalau dia orang ambik aku nanti semua staf lelaki tak buat kerja la asyik sibuk tengok aku yang cantik ni je.Tu tak ada orang nak ambik aku kot.” ha ha ha

banyak la cantik muka kau.perasan!okay lah melayan kau sampai minggu depan tak habis.aku nak pergi kerja dah ni.Jangan la bangun lewat.Kalau boleh kau kemas la rumah ni sikit-sikit ya nanti aku sambung pulak.Makanan aku dah sediakan atas meja kat dapur tu.makan elok-elok tau jangan gelojoh nanti tercekik aku pulak yang susah nak kena bayar bil hospital kau.hahaha.Assalamualaikum and satu lagi jangan merayau sorang-sorang kat kawasan ni.bahaya tau”Balqis mengingatiku satu persatu.

yes bos!”aku menjawab dengan lagak seorang pekerja sedang menerima arahan.Mujur la ada sepupu Balqis yang menyewakan rumah ini untuk kami.Lagipun abang Balqis sudah menghadiahkan Balqis sebuah kereta Myvi berwarna putih so senang la aku dengan Balqis nak merayau.Tak perlu naik pengangkutan awam. Hi hi hi .Aku harap Balqis dapat membantuku mencari kerja.Selepas Balqis pergi kerja aku terus menyambung lenaku kembali..

Telefon kesayanganku Nokia E6 sedang menjerit-jerit menyuruhku menyahut panggilan telefon tersebut.Aduh kacau daun betul la!marahku
Hello”

Hoi kau dah bangun ke belum hah?kau buat tak apa yang aku suruh tadi?jangan-jangan kau tidur lagi tak?”Balqis menyoalku bertubi-tubi tanpa sempat aku menjawab

yela aku nak bangun la ni.kau ni kan.bagi lah chance kat aku nak tidur sekejap lagipun pagi lagi ni”kataku dengan suara yang malas

hah! Pagi kau kata.Woi sekarang dah pukul 12.17 minit kau kata pagi lagi.Aish apa nak jadi lah budak ni.Aku tak kira kau bangun mandi sekarang!”Balqis di hujung talian membebel macam ibu kat kampung.Hurm masak la kalau macam ni.

yela aku bangun sekarang ya nenek kebayan ya.Okay la bye sayang kau!!!”sebelum kena sembur lagi aku cepat-cepat putuskan talian.ha ha ha.Jahatkan aku!Selepas siap mandi dan mengisi tangki perut aku ni aku memulakan aktiviti hari ini dengan mengemaskan rumah yang sudah berhabuk ni maklumlah rumah ni dah lama dibiarkan kosong sebab sepupu Balqis yang mendiami rumah ni berhijrah ke luar negara.Selepas siap mengemas rumah aku menonton televisyen di ruang tamu.Hai selamatlah rumah ni semua kelengkapan dah ada.aku dan Balqis cuma menyewanya tanpa perlu membelikan sebarang keperluan tambahan.Selamatlah ada televisyen kat rumah ni.kalau tidak kebosanan la aku kat rumah ni sorang-sorang.Menurut Balqis rumah yang kami duduki ini ialah rumah sepupunya.sepupu Balqis pergi ke luar negara sebab dapat pekerjaan di sana dan tawarannya lebih baik.Jadi rumah ini dibiarkan kosong.Macam mana la hari pertama Balqis kerja.eii tak sabar aku nak tau.Nanti dia balik ni aku nak dia ceritakan dari a sampai z macam mana perasaan dia kerja hari ini. Haha bestnya!


No comments:

Post a Comment