Aku termenung di beranda kondominium
mewah itu. Fikiran ku menerawang jauh. Aku masih teringat lagi muka yang ku
lihat di restoran sewaktu makan tengahari bersama dengan Tengku Izham. Aku
memang pasti dia lah orangnya. Kenapa aku perlu kembali berjumpa dengan dia.
Adakah dia kembali untuk menuntut apa yang berlaku tiga tahun dulu yang
sememangnya bukan salah ku tapi baginya kematian arwah Haikal semuanya berpunca
daripada aku. Baginya kerana aku lah Haikal meninggal. Aku sedih atas kenyataan
itu. Peristiwa tiga tahun lalu sangat merobek hatiku. Aku jatuh aku sedih
dengan semua yang berlaku tapi mujur lah ada insan seperti Balqis dan uncle
yang sudi menolongku untuk terus kembali menghadapi dunia yang penuh pancaroba.
“
Kau memang perempuan tak guna tahu tak. Pasal kau anak aku mati. Kalau kau tak
buat perangai jijik kau dia takkan tinggalkan aku. Dia kemalangan selepas
tengok kau buat maksiat dengan jantan lain. Dan sekarang berani kau tunjukkan
muka kau kat depan aku. Perempuan sial berambus kau dari sini!” bergema satu
rumah dengan tempikan kuat daripada Tuan Rizuan. Air mataku merembes tanpa
henti. Setiap kata-kata seolah-olah menikam pedih ke jantungku. Kenyataan itu
sama sekali tak betul. Aku bukan perempuan macam tu. Aku dianiaya!
“Tak uncle Asy bukan macam tu. Asy tak
buat semua tu uncle. Asy dapat beza apa yang halal dan haram” sangkal ku. Aku
menangis teresak-esak. Berada dalam
situasi sekarang sungguh maruah aku tersa seperti diperkotak katikkan tapi demi
arwah aku sanggup merayu macam ni.
“uncle tolong lah benarkan Asy tengok
jenazah buat kali terakhir. Asy sayangkan dia uncle. Asy sayangkan dia. Semua
ni tak betul uncle. Asy diperangkap dan dalam masa yang sama Haikal datang
tengok semua tu. Percaya lah ini semua dirancang” lirihku. Aku masih berdiri
lemah di belakang Tuan Rizuan di rumahnya di Kuala Terengganu ini.
“arghh kau tipu. Kau perempuan penipu.”
Herdiknya kuat. Sejurus itu di pipiku hinggap tamparan yang cukup kuat. Aku
jatuh terjelepok. Aku nampak uncle dan Balqis cuba untuk menolongku tapi mereka
dihalang oleh orang suruhan Tuan Rizuan. pijar mukaku akibat tamparan itu.
Bibirku berdarah. Tapi sakit di bibir sekarang sama sekali tidak sama dengan
apa yang aku rasa di hati. Hati lebih parah dengan apa yang aku dapat sekarang
lebih-lebih lagi kalau aku tidak dapat manatap wajahnya untuk kali terakhir.
“Uncle sanggup uncle tuduh Asy macam tu.
Asy tak buat semua tu. Asy dianiayai. Tolong lah uncle. Tolong benarkan Asy jumpa arwah buat kali terakhir” pintaku
sambil cuba untuk mengagahkan badan untuk berdiri. Sebelum arwah dikebumikan
aku ingin melihat jenazahnya buat kali terakhir supaya aku takkan menyesal pada
masa hadapan sebab tak dapat menatap wajahnya. Ya Allah aku amat sayang kan
dia.
“kau berambus sekarang dari rumah aku.
Kau jangan berani tunjukkan muka jijik kau kat muka aku lagi. Kalau tak nahas
kau aku kerjakan.” Herdiknya garang.
“Aunty tolong Asy aunty. Tolong benarkan
Asy tengok arwah aunty. Auty tolongla, tolong buat semua ni untuk Asy. Aunty
tahukan macam mana Asy sayangkan Haikal”
rayuku sambil memegang lengannya. Semua pujuk rayuan ku tidak dihiraukan langsung
oleh Puan Alia. Aku mengongoi kesedihan. Inikah layanan yang perlu aku dapat
atas semua kesalahan yang tak pernah aku lakukan.
“kau jangan pegang aku.” Tengkingnnya
sambil menepis kuat tanganku. Aku tidak dapat mencapai keseimbangan badan dan
tubuhku terjelepok di atas lantai. Perit, pedih semuanya menjadi satu. Aku tak
boeh terima kalau aku tak dapat menatap wajah nya buat kali terakhir. Ya Allah
kau izinkanlah aku.
“sampai hati kau buat macam ni Asy. Kau
tahu tak Haikal sayang kan kau sangat-sangat tapi kau kau sanggup khianat dia.
Selama ni aku percaya kat kau, aku sayang kau sebab Haikal sayang kan kau
separuh nyawa dia. Kau memang perempuan tak malu tak sedar diri perempuan
murah!” jerkahnya kuat. Aku terkesima. Sampai macam tu sekali aku kena herdik.
Selama ini Pn Alia tak pernah meninggikan suaranya kepadaku malah melayan aku
dengan baik sekali tapi hari ni semua itu sudah hilang direntap masa dengan apa
yang telah berlaku.
“Asy dah Asy. Kita balik sekarang. Abang
dah tak sanggup Asy diherdik dihina sampai macam ni sekali. Abang tak sanggup
nak dengar semuanya Asy. Jom Asy” pujuk uncle sambil membantu ku untuk bangun.
“tidak bang. Asy takkan sekali keluar
daripada rumah ni sebelum melihat arwah. Takkan bang” aku nekad dan tiada siapa
yang boleh halang semua ni. benarkan aku, izinkan aku.
“Hei betina kau berambus sekarang,
berambus daripada rumah aku!” laung Tuan Rizuan.
“uncle tolong la. Benarkan saya” pintaku
buat kesekian kalinya sambil melutut dan memegang kaki Tuan Rizuan. dia menepis
dan sekali lagi aku terjelepok di atas lantai.
“hei kau” tunjukknya kepada uncle Am
“kau bawak perempuan ni berambus. Jangan
sesekali kasi dia tunjuk muka jijik dia kat depan aku. Aku haram kan dia ada
mengena lagi dengan keluarga ni. aku takkan sesekali maafkan kau.” Bergema lagi
rumah itu dengan suaranya yang tinggi itu.
Aku terdiam dan menghalang uncle yang
ingin bertindak.
“kau dengar sini aku benci kau dan aku
takkan maafkan kau sampai mati. Berambus, berambus kau dari sini. Pembunuh!”
ujarnya sambil menolak keluar aku Balqis dan uncle Am. Kita orang dihalau macam
pengemis. Macam orang yang tidak ada maruah.
“aku takkan benarkan kau hidup senang
lenang. Kau tak boleh bahagia. dasar pembunuh” ulangnya lagi. Terketar-ketar
badanku apabila mendengar kata-kata itu. Macam ada batu berat yang menghempap
kepala ku. Dengan sisa kekuatan yang masih berbaki aku cuba untuk melawannya
tapi sebelum sempat aku merasakan pandangan aku mula berputar-putar dan aku
melihat semua gelap sebelum badan aku rebah ke bumi.
Aku memejamkan mata. Menitis air mataku.
Pedih, perit, sedih, kecewa dengan semua yang berlaku tiga tahun lepas. Angin
sepoi-sepoi bahasa datang menyinggah ke pipiku. Dengan iman aku dan bantuan
daripada Balqis dan Uncle aku berupaya meneruskan hidup sampai sekarang.
Perkara ini sudah lama tidak berbangkit dan Balqis dengan Uncle sendiri tidak
pernah mengutarakan hal ini sejak lama dulu tetapi hal ini kembali menjengah
perasaan dan fikiranku sejak berjumpa puan Alia di rumah mama dulu.
Aku memandang bintang-bintang di langit dan
panorama Kuala Lumpur pada waktu malam. Indah sekali. ‘carl tiga tahun awak
tinggalkan saya banyak yang dah berlaku. Pada pandangan awak saya perempuan tak
guna kan. Saya tak buat semua tu carl. Sekarang saya dah berkahwin carl. Saya
khianat cinta kita. Saya mungkir janji dengan awak yang saya akan setia dengan
awak sampai hujung nyawa. Maafkan saya ye Carl’ rintih hatiku.
“sayang menungkan apa tu” aku tersentak.
Tengku Izham memelukku daripada belakang. Kemas pelukannya membuatkan aku terbuai-buai
seperti di awan biru lebih-lebih lagi dengan wangian mandian dia. Aku terasa
ingin dibelai tapi fikiranku menghalang. Dihalang dengan janji yang telah
dibuat dengan Haikal. Mungkin nanti aku akan jatuh cinta kepada suamiku sendiri
dan aku mintak sangat Haikal merestui semua ini.
“hmm sayang.. are you okay?” soalnya
lagi. Dekat di telingaku. Desah nafasnya menampar lembut di leherku dengan
kedudukan kepalanya yang menongkat di bahu aku. Jiwa ku bergetar hebat.
“saya okay je.” Jawabku hambar. Sungguh
aku selesa berada dalam keadaan begini dengan dia. Aku berasa dilindungi dan
disayangi dengan sepenuh hati. Bila hati aku ni nak sayang kan dia dengan
sepenuh hati tanpa ragu-ragu lagi dengan perasaan aku begini. Aku ingin menyayangi
seperti aku menyanyangi Haikal dulu. Izinkan aku Ya Allah.
“hmm ya ke ni?” dia memalingkan badan ku
supaya menghadap dia. Aku hanya menurut.
“sayang menangis ya?” lembut dia
menyoalku. Aku tersenyum dan aku yakin sekali senyuman ku pasti nampak hambar
di matanya.
“tak lah. Mana ada saya menangis” nafiku
sambil memandang ke arah lain. Aku tak sanggup memandang nya. Mesti dia akan
perasan semuanya. dia memegang pipiku.
“sayang kalau ada masalah jangan
segan-segan share dengan abang ya. Abang akan selalu ada untuk sayang di masa
susah dan masa senang” ujarnya. Tengku Izham memandang wajah cantik dan mulus
isterinya. Perasaannya bergetar hebat. Naluri kelakiannya mula melonjak
lebih-lebih lagi dengan cuaca yang sejuk malam ini. Dia memandang Asy.
Asy mula perasan lirikan suaminya yang nampak
lain pada pandangan matanya. Dia menelan liur. Alamak ni yang dia tak suka ni.
“erk abang .. jangan risau ya. Kalau ada
apa-apa in syaa Allah saya akan kongsi dengan abang tapi buat masa ni tak ada
apa-apa yang perlu saya kongsikan” jawabku. Nak alih topik la kononya.
Sebenarnya aku berasa gerun dengan pandangannya kepadaku. Sungguh aku tidak
bersedia untuk menjalankan tugak aku sebagai isteri yang sebenar. Aku tak
bersedia lgi untuk sejauh itu.
Perlahan-lahan tangan Tengku Izham
merayap di muka Asy. Di hidung dan kemudian jatuh ke bibir. Tengku Izham mula
berada dalam dunianya sendiri. Perasaan nya yang satu itu sudah tidak dapat
dihalang. Dia hanyalah lelaki normal perasaannya sama seperti lelaki-lelaki di
luar sana. Lebih-lebih lagi berhadapan dengan perempuan cantik seperti Asy ini.
Asy mula rasa tidak sedap hati. Dia
menjangkakan perkara buruk akan berlaku nanti. Sebelum semua itu berlaku dia
ingin menamatkan semuanya. dia tidak bersedia lagi untuk semua ini. Apabila
sahaja dia berasakan bibir Tengku Izham mula mendarat kat pipinya mulalah dia
kelam kabut untuk mecari idea untuk meloloskan badannya dari semua ini.
“abang nak minum air Asy boleh buatkan”
kuat aku bertanya. Macam menjerit pun ada. Saja ingin menyedarkannya dari
dunianya. Kalau cakap perlahan lagi hanyutla dia. Tengku Izham tersentak dan
terus sedar daripada semua itu. Aku menarik nafas lega. Selamat untuk kali ni
lain kali apa la yan perlu aku buat lagi. Ee tak sanggup nak membayang kan
semuanya.
“sayang ni kacaula. Abang tengah syok tadi
pun ganggu” tuturnya dengan sengihan nakal. Muka ku merah dah macam kena bakar
dah ni.
“ee abang ni kan kalau nak menggatal
pergi la menggatal dengan bear ke apa ke tapi bukan dengan Asy lah. Dah Asy nak
pergi buat air ni nak tak?” kataku sambil cuba melawak. Nampaknya lawakku tak
kelakar langsung.
“hmmm” jawabnya hambar. Pendek kata
kecewa. Maafkan Asy ya abang. Asy tak sedia lgi.
“okay lah kalau macam tu Asy masuk dapur
dulu” kelam kabut untuk aku beredar nanti kang tak pasal-pasal pulak dia buat
aksi 18 sx macam tadi. Tak rela aku tau!
“nanti jap” tanganku dipegang olehnya
supaya aku tidak pergi. Erk ni apa pulak ni. ee jangan la buat macam-macam.
“apa lagi?” soalku sedikit
tergagap-gagap. Jantung ni berentak tak macam biasa dah. Sekejap laju sekejap
perlahan. Aku pulak tak tahu nak pandang mana last-last lantai juga yang aku
pandangnya.
“boleh tak jangan biasakan diri Hanan
Asy dengan abang. Tak special bunyinya” beritahunya. aku mendongak
mendengarnya. Kenapa pulak. Elok sahaja aku dengar. Lagipun semua orang panggil
aku macam tu takkan la nak panggil mek jenab, minah ke apa ke?
“ kenapa pulak? Abang nak cakap nama Asy
tak cantik ke apa ni?” sentap tahu kalau betul-betul dia cakap tak cantik. Aku
merajuk 14 hari.
“hish sayang ni suka fikir bukan-bukan.
Dengar la apa yang abang nak cakap dulu ni tak abang belum cakap apa-apa dia
dah sampuk dah. Hmmm boleh tak kalau bercakap dengan abang biasakan diri sayang
dengan nama Hanan. Abang suka la dengar nama Hanan ni. cantik je bunyinya.
Sedap telinga abang ni dengar tahu tak. Bolek tak sayang?” tanyanya.
Hanan? Tu panggilan aku dengan ibu dengan ayah
time merajuk je. Special sangat tu.
“boleh tak sayang?” soalnya lagi.
Aku tersenyum lalu mengangguk. Lagipun
dia suami aku kan tak salah kalau special untuk dia ye la kalau tak special
untuk dia nak special untuk siapa lagi.
“macam ni lah isteri abang. Dia
mendekatkan dirinya kepadaku. Bulat mata ku melihatnya. Ha dia dah mula dah.
“ okay lah kalau macam tu Asy ops Hanan
ke dapur dulula ya” kelam kabut aku berkata. Baik blah sebelum singa terkam
mangsa dia.
Tengku Izham tersenyum melihat gelagat
isteri nya. Sungguh dia terhibur melihat keletah Asy yang serba indah di
matanya. Gertak sikit mulalah kelam kabutnya. Dia bersyukur dia mendapat isteri
secantik dan sebijak Asy dalam menjaga diri dia. Nampak sangat Asy tidak selesa
dan kelam kabut apabila diri dia disentuh olehnya. Maknanya sebelum ni Asy tak
biasa dengan semua tu dan dialah orang pertama. Dia tersenyum dan dalam hati
dipanjatkan syukur ke hadrat illahi sebab dengan izinnya dia dapat menjadi
suami kepada Hanan Asyikin.
***
“sayang sorry sangat sebab hari ni tak
sempat abang nak luch dengan sayang. Abang ada meeting hari ni lepas tu kena
turun cyberjaya sebab nak meeting pulak dengan Dato’ Nasir. Abang minta maaf
sangat ya. Abang janji selepas projek ni selesai kita pergi honeymoon ya. Abang
akan bawak sayang travel ke mana je sayang nak pergi” tuturnya tergesa-gesa
sambil tangannya lincah mencapai barang-barang yang ingin dimasukkan ke dalam
briefcasenya.
“Hanan okay je bang. Lagipun abang sibuk
sekarang ni. hanan faham. Abang jangan risau ek” kataku sambil bergerak menuju ke kotnya yang
di sangkut di penjuru bilik.
“sepatutnya kita ni pengantin baru pergi
bercuti ini tak abang pulak yang sibuk kerja sampai tak sempat nak buat yang
terbaik untuk isteri abang ni” tengku Izham rasa bersalah kepada isterinya. Ye
la pengantin baru kan mereka tapi dia sibuk je memanjang. Sekejap meeting sana
sekejap meeting sini. Kalau boleh dia nak cepat-cepat siapkan kerja nya dan
pergi honeymoon. Boleh lah dia melapangkan fikirannya bersama isteri tercinta
dia ni.
“nak buat macam mana. Abang kena buat
jugak kan. Lagipun kalau biar papa
handle semua ni tak cukup tangan pulak papa. Lagipun papa dah tua kan. Tak
larat sangat nak kerja banyak-banyak” kataku cuba untuk mengusir perasaan
bersalah yang ada dalam dirinya. Aku nak dia buat kerja ni yang terbaik dan
fokus sepanjang dia kerja. bukannya memikirkan hal nak bawak aku pergi
honeymonn. Lagipun tu semua boleh buat bila-bila masa je. Kerja nya di sini
lebih memerlukan dia.
Selepas menyarungkan kot ke tubuhnya aku
menyalami tangannya dah sebuah kucupan hinggap di dahiku. Setiap kali dia
menyentuhku setiap kali itulah ada getaran hebat yang datang bertamu di hati.
“okay lah sayang abang pergi dulu. Jaga
diri baik-baik ya. Jangan nakal-nakal” beritahunya sambil mencuit hidungku.
Nakal-nakal? Lambat lagi aku kalau nak macam tu.
“hmm yela. Pergi la bang karang lewat
pulakkan”
“hmm sedihla lama-lama tak menatap muka
isteri abang ni. nanti rindu pulak” dia membuat muka sedih
“hai tadi dah cepat semacam sekarang ni
tak nak pergi pulak dah. Mengada-ngada betulla abang ni. sudah pergi sekarang.
Melayan abang sampai esok pun tak habis”
“yela nak pergi la ni. assalamualakum
sayang”
“waalaikummussalam abang”
Aku tersenyum melihat gelagatnya. Macam-macam
budak-budak.
Telefon ku berdering.
“Hello Asy” suara Balqis kedengaran di
hujung talian.
“hah kenapa call aku ni. bukan kau kata
kau sibuk ke?” soalku
“ya tapi sekarang dah tak dah. Aku dah
siap dah semuanya kerja aku” ujarnya. Entah mengapa aku merasakan suara dia
makin hampir denganku.
“hoi beb” sergah Balqis dari belakang.
“mak kau masuk longkang” latahku.
“woi kau ni kenapa hah. Semput aku
dibuatnya” kataku sambil menggosok dadaku. Sergah je dia pandai.
“teruknya latah kau. Dah jadi bini orang
pun kau kuat melatah lagi ya” sindir Balqis.
“amboi kau tak sayang mulutnya. Aku
tenyeh dengan cili baru kau tahu. Ni kenapa ni sergah kau. Kau dah lupa nak bagi
salam ke apa?”
“alah kau ni gurau sikit takkan dah
sentap kot. Jangan lah macam ni. chill okay.” Pujuknya sambil menggosok
lenganku. Aku pura-pura merajuk.
“ngada-ndaga betul la kau ni. dah la
merajuk tu buruk sangat muka kau aku tengok”
Aku tersengih. Tak boleh merajuk
lama-lama betul dengan Balqis ni.
“aku nak cakap sikit dengan kau ni”
Balqis memberitahuku sambil tangannya menggosok perutnya yang sudah berisi itu.
“apa dia?” soalku sambil membelek surat
khabar. Hish sekarang ni banyak betul kes penceraian. Tak kira la dari golongan
artis ke golongan mana tapi nampaknya semua orang mengambil jalan mudah dengan
bercerai untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Padahal itu semua bukan jalan
yang terbaik.
“tadi aku jumpa dengan Fariz” beritahu
Balqis pendek. Serta-merta tangankku yang lincah membelek suratkhabar berhenti.
Mendengar nama itu sudah mebuatkan mood aku hilang dibawa angin lalu.
“kau ni tak cakap pasal dia tak boleh
ke? cakap la pasal kau ke cleaner ke apa ke? tapi bukan dia okay”
“kalau ikutkan hati aku yang panas membara
ni memang aku tak nak cakap pun kat kau tapi aku risau la beb kalau dia akan
buat sesuatu nanti” luah Balqis.
“apa lagi yang dia nak buatnya. Sekarang
ni aku dah jadi isteri orang dah. Tak guna la kalau dia nak ganggu aku lagi
pun. Dah la cakap pasal dia. Aku malas pun nak dengar nama tu”
“ya aku tahu tapi wajib bagi tahu kau
pasal ni” beritahu Balqis lagi. Aku menutup surat khabar itu dan menyandarkan
badan ku di kerusi manakala kaki ku pula disilangkan. Huh dengar nama mamat tu
hilang habis mood baik aku yang adanya mood berangin nak makan orang.
“hmm apa dia nya?” soalku malas.
“tadi aku jumpa dengan dia masa meeting.
Tak sangka pulak dia CFO FS holdings so aku kenala meeting dengan dia dan dalam
masa yang sama aku kena mneghadap muka dia yang poyo tuh” luah Balqis geram.
“so kena mengenanya dengan aku?” soal
aku lagi. Sungguh aku malas nak mendengarnya. Pendek kata semua yang berkaitan
dengan mamat bedebah tu aku tak nak ambik tahu. Pendek kata dari dia keluar
masa bayi sampai dia mati pun aku tak nak ambik tahu la. Lantak dia lah.
“dia cakap dengan aku macam mana keadaan
sekalipun kau akan bersama dengan dia. Kau akan jadi milik dia. Dia la yang
cakap bukan aku tau. Ee kau tau tak aku rasa nak lempang je mamat tu tadi tau.
Tak hormat langsung status kau yang dah berkahwin. Dia pulak cakap ikut sedap
mulut je” luah Balqis geram. Tangannya sudah menggepal penumbuk.
Aku tersentak. Mendengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Balqis membuatkan aku panas semacam je. Apa lelaki yang jantan tu nak hah? Tak puas lagi musnahkan hidup aku.
“habis kau cakap apa?”
“aku cakap kau tu dah bini orang jadi
jangan mimpi nak ganggu kau lagi. Ha macam tu la yang aku jawab tapi yang buat
aku nak naik anginnya boleh dia cakap yang orang bertunang boleh putus dan
orang yang berkahwing boleh bercerai dan dia sanggup lakukan apa saja untuk
itu”
Tersentak aku mendengarnya. Sejauh itu
ke yang akan dia buat?
“beb aku rasa kau kena berhati-hatilah.
Kau tahu kan Fariz tu macam mana. Selagi dia tak dapat selagi tu lah dia akan
usahakan. Aku harap sangat kau berhati-hati ya. Kita tak tahu apa yang mungkin
terjadi nanti.” Balqis mengeluh. Balqis sekarang berkongsi rasa dengan ku.
Memikirkan dengan apa yang dah buat kat aku dulu tak mustahil dia akan buat
perkara yang sama tidakpun yang setaraf dengan apa yang dilakukannya olehnya
dulu.
Aku termenung jauh memikirkan kemungkinan yang
akan berlaku. Nampaknya masalah dah datang dan aku kena peka dengan apa yang
terjadi dan ada si sekeliling aku supaya sejarah tidak akan berulang lagi.
No comments:
Post a Comment