“Abang nak minum” soalku sambil terjenguk-jenguk di muka pintu bilik
bacaannya. Tadi tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba ajak aku balik dari rumah
mama. Hmm tak jaga hati orang tua langsung. Asyik layan angin dia je. Pendek
kata apa yang dia nak semua kena tunaikan. Hish kesian kat aku dapat suami
macam ni. aku mengeluh. Hish Asy tak baik kau menyesal macam ni. berdosa! Kau
kena redha Asy.
Dia diam. Ha ni yang buat aku nak naik angin
ni. dah lah perut aku lapar ni masak pun belum kalau la kita orang belum balik
rumah lagi mesti sekarang cacing-cacing kat perut aku tengah menghadap makanan
sedap-sedap. Aku mengeluh dan ingin bersuara tapi belum sempat lagi aku membuka
mulut dia dah mula dah.
“Yang terjenguk tu kenapa dah tak reti
nak masuk ke apa. Tak payah nak malula awakkan isteri saya” bunyinya bernada
sedikit tegas. Hah saya? Awak? Tadi elok-elok je sayang abang ni. apa kes ni
pulak ni.
Aku melangkah masuk ke dalam bilik
bacaan itu. Bila aku berdiri di hadapannya aku tak tahu nak cakap apa. Ya rasa
kekok masih menguasai diri aku ni.
“abang nak minum air tak?” ulangku
sekali lagi. Dia memandangku dan tidak lama kemudian dia memandang bukunya
kembali. Hish ingat aku tunggu kayu ke apa buat tak tahu macam tu je.
“tak nak” jawabnya. Orang buat baik pun
tak nak dilayannya lagi. Hmm lantaklah malas dah aku nak tanya.
“Hanan wait” katanya sebelum aku sempat
melangkah keluar daripada bilik bacaan ini.
“ya kenapa” tanyaku dan menghadap dia
kembali.
“duduk lah” arahnya memuncungkan
mulutnya supaya aku duduk di kerusi tersebut. Tanpa banyak soal aku duduk dan hanya memandang perbuatannya.
“Kenapa awak setuju kahwin dengan saya?”
Bang!
Macam peluru berpandu je bila dia
bertanyakan soalannya kepadaku. Perit rasanya untuk menelan liur, dalam hati
tak payah nak cakap la. Hish soalan luar alam macam tu macam mana la aku nak
jawab.
“kenapa tanya macam tu?” tanyaku serba
salah. Ya la takkan aku nak cakap yang aku kahwin dengan dia sebab permintaan
daripada mama. Tak ke huru hara macam tu. Nanti di marahnya mama pulak.
“memang patut saya tanya pun kan. Pelik.
Takkan la awak boleh senang-senang setuju nak kahwin dengan saya. Cakap dengan
saya terus terang apa sebab awak kahwin dengan saya? Sebab harta?” soalnya
lagi. Nak terbeliak mataku mendengar soalannya. Ya Allah ingat aku hadap sangat
ke harta dia tuh.
“Apa ni tuduh saya macam tu pulak. Ingat
saya lapar sangat ke harta awak?” bidasku. Perit hati aku dituduh sebegini
rupa. Masa perkahwinan okay je tadi kat rumah mama pun okay. Ni kenapa cakap
macam tu pulak kat aku. Muka aku ni nampak macam pisau cukur ke apa. Aku buat
baik sebab nak tengok mama dia bahagia, boleh dia tuduh aku macam ni pulak.
“cakap Hanan apa yang awak nak. Kalau
awak dah lapar sangat harta saya? Cakap berapa awak nak saya boleh bagi”
ujarnya sedikit tegas. Sungguh Tengku Izham rasa badannya berangin sekarang ni.
selepas je menerima sms dari nombor yang tidak dikenalinya yang mengatakan
Hanan kahwin dengan dia semata-mata sebab harta terus dia angin satu badan.
Entah dia pun tak tahu patut ke tidak dia percaya dengan semua tu tapi baginya
untuk mendapatkan kepastian sendiri dia perlu bertanyakan hal itu kepada Hanan.
Bagi Asy pulak soalan ni memang dah buat
darah dia menyirap naik sampai kepala. Boleh dia tuduh aku macam tu sekali.
Kejam sangat bunyi dia.
“Tengku” ujar ku sambil menarik nafas
sepanjang yang boleh. Kalau dia hilang sabar karang memang jadi beruang panda
la mamat ni esok. “saya mengaku saya perempuan daripada kampung.” Beritahu ku.
“saya bukan sama taraf dengan Tengku tapi saya ada maruah dan harga diri dan
saya sama sekali takkan buat kerja bodoh dengan semata-mata saya gadaikan
seluruh hidup saya untuk berkahwin dengan Tengku sebab harta. Saya tak sebodoh
tu lagi lah Tengku” bagi tahu ku. Amarah ku makin memuncak. Nampaknya perbualan
kami semakin hangat. Nak lawan aku ya. Okay tak pe nanti kalah jangan pulak kau
ternganga ya sebab aku ni juara debat kat sekolah menengah dulu ya.
Tengku Izham tersenyum sinis mendengarnya. “ya
ke? sekarang semua orang kalau dah buat salah takkan nak mengaku pulak kan. Dah
buat tahi memang takkan mengaku sebab malu nak mengaku” herdiknya kuat. Bulat
mata aku mendengarnya. Eardrum aku ni pun dah macam nak pecah tunggu waktu nak
meletup je lagi. Ini dah lebih dah ni.
“Tengku dengar ya apa saya nak cakap ni.
saya cakap sekali ni je dan takkan ulang lagi sebab saya bukan Astro. Saya
kahwin dengan Tengku ikhlas bukan sebab harta Tengku yang melimpah ruah harta
tengku sikit pun saya tak pandang . Jadi Tengku jangan sesuka hati je tuduh
saya bukan-bukan” kataku seraya berdiri. Nafasku sudah turun naik. Eii mamat ni
kan aku cekik-cekik buang ke laut baru tahu.
Tengku Izham mula rasa bersalah. Ini sebab
mulutnya yang lancang la hubungan yang baru hendak dibaikkan dengan Asy dah
jadi kacau-bilau macam ni. dia memandang Asy ingin memujuk tapi perasaannya masih dipengaruhi dengan
mesej yang diterimanya masa di rumah mama. Hatinya sakit. Sepatutnya dia
menyiasat dulu perkara tu dan bukan main redah tak tentu pasal je.
“Hanan saya...saya” ucapnya sedikit tergagap-gagap. Bila masa dia jadi gagap ni. biase nya confident je bila bercakap.
“Hanan saya...saya” ucapnya sedikit tergagap-gagap. Bila masa dia jadi gagap ni. biase nya confident je bila bercakap.
“okay saya tahu saya dah tuduh awak
bukan-bukan tapi tak ke semua nampak pelik sebab awak terima saya sebagai suami
awak” beritahunya kepadaku. Aku menahan geram. Apa maksud dia ni hah?!
“ jadi Tengku masih ragu-ragu la dengan
sebab saya kahwin dengan Tengku” aku tersenyum sinis.
“nampaknya pandangan Tengku pada saya
selama ni macam ni lah ya. Bagi Tengku saya
ni perempuan kaki kikis kan. Saya ingatkan macam mana so sekarang saya
dah tahu dan terima kasih sebab bagi tahu saya dengan ‘baik’ sekali” kataku
sambil menekan perkataan baik itu. Biar dia terasa. Biarlah. Aku terus keluar
daripada bilik bacaan itu. Walaupun dalam air cond tapi tak boleh mendinginkan
perasaan amarah aku ni. kan tak pasal-pasal meletup jadi gunung berapi pulak
habis lava dalam bilik mewah dia pulakkan!
Tengku Izham hanya memandang isterinya
yang keluar daripada bilik bacaannya. Shit! Apa yang dia dah cakap ni. ni semua
sebab penghantar sms yang tidak dikenalinya itu. Arghh geramnya! Marahnya
sambil menolak barang-barang yang berada di atas meja. Ada yang terpelanting ke
bawah dan berselerak keadaannya tidak sama sekali seperti tadi, kemas.
“boleh dia kata aku macam tu. Apa dia ingat
aku hadap sangat ke harta dia?” bentak aAsy geram. Matanya melilar ke serata
bilik untuk mencari beg pakaiannya. Dia menepuk dahi alamak beg pakaian dia kat
bilik mamat tu la. Bilik suami dia. Yang dia pulak sudah melempang jauh duduk
kat bilik tetamu kat condominium mewah ini. Tak sangka dia akan jejakkan kaki
ke sini lagi. Ingatkan sekali tu je rupanya sekarang dia kan tinggal di sini
baut masa yang lama,. Sampai bila pun dia tidak tahu. Dia sendiri tiada jawapan
untuk itu.
Aku keluar daripada bilik untuk pergi
mengambil beg pakaianku untuk memindahkan ke bilik tetamu ni. malas aku nak
duduk sebilik dengan dia. Lagipun dia yang beria ria memunggahkan beg pakaian
ku dan meletakannya di sana.
“nak angkut beg pergi mana ni?” soal Tengku
Izham daripada
belakang
“opocot mak kau tergoleh” latahku.
Alamak malunya! Tak pasal-pasal keluar latah yang bukan main lagi cantik gaya
bahasanya
“saya nak bawak beg ni ke bilik tetamu saya nak tidur kat sana” ujarku selamba. Hati aku masih bengkak lagi ni dia bunyi sikit je aku lepuk beg ni kat kepala dia. Biar pengsan terus kat sini. Bebelku diam-diam.
“saya nak bawak beg ni ke bilik tetamu saya nak tidur kat sana” ujarku selamba. Hati aku masih bengkak lagi ni dia bunyi sikit je aku lepuk beg ni kat kepala dia. Biar pengsan terus kat sini. Bebelku diam-diam.
“siapa kasi awak guna bilik tetamu?”
soalnya sedikit tegas. Aku terdiam. Malas mahu menjawab pertanyaannya. Aku
terus menarik beg pakaianku yang beroda itu tapi badannya menjadi penghalang
di
muka pintu. Tepi boleh tak? Jangan buat tembok pulak kat situ.
“dah saya nak guna bilik mana lagi?
bilik kat rumah awak ni semua dah penuh tahu tak yang tu bilik pakaian yang tu
pulak beli jemur pakaian yang satu lagi tu pulak bilik bacaan so kasi saya
tinggal kat bilik tu ya” ujarku “tepi sikit boleh?” pintaku.
“awak
tahu kan macam mana hubungan kita sekarang ni?”? tanyanya kepadaku. Aku tidak
mengendahkannya.
“so?” soalku sedikit bengang.
“seorang isteri wajib berada di samping
suaminya so kalau ni bilik saya maknanya ni bilik awak jugak kan” beritahunya.
Ni yang aku malas nak dengar ni. tadi dah tuduh aku macam-macam sekarang nak
cakap macam ni pulak dah.
“tak boleh ke saya tinggal kat bilik
tetamu tu je?” tanyaku lagi. Masih berharap walaupun tahu tu semua mustahil.
“no. Awak isteri saya so tidur je kat
sini tak payah nak bantah” tegasnya. Aku mendengus kasar dan meletakkan beg
pakaianku di tepi almari gergasi biliknya. Malas dah aku nak bertekak. Baik aku
ke dapur isi tekak aku yang dah kering ni. kalau bertekak pun tak ada guna
sebab dia yang akan menang
“Tepi sikit boleh tak”ujarku. Dia masih
lagi menjadi tembok. Geram betulla.
“nak pergi mana?” soalnya kepadaku.
“nak pergi dapur. Kenapa tak boleh? Ke
saya kena angkut dapur tu kat bilik pulak” sindirku pedas. Sememangnya hati aku
tengah bengkak yang amat sekarang ni. dia tersenyum. Hai orang sindir pun boleh
senyum lagi.
Selepas dia memberi ku laluan untuk ku
terus aku blah dari situ. Sakit hati je menengok mukanya yang tiada perasaan
macam tu. Tuduh aku macam-macam lepas tu boleh datang sini cakap macam tak ada
apa-apa berlaku pulak dah.
Aku membancuh air di dapur. Milo ais menjadi
pilihanku.
“Hmm sedapnya” ujarku apabila air milo
itu masuk ke dalam mulutku. Nikmat minum air sesedap ni.
“nak jugak” tengku Izham tiba-tiba muncul dan
dengan selambanya mengambil gelas dan meminum air aku. Ya Allah sabarlah wahai
hati.
“Best nya rasa air sayang buat ni. nak
lagi?” pintanya sambil menghulurkan gelas kepadaku. Macam budak sekolah rendah
pun ada lagaknya itu.
“awak ni kan memang..arghh” kataku
geram. Ei benci betul. Aku membancuh air dan terus menghulurkan kepadanya.
Aku ke ruang tamu dan on kan televisyen.
Sekarang aku nak layan cerita setia hujung nyawa. Jangan harap siapa pun boleh
kacau. Si mamat tu pulak entah buat apa kat dapur tuh. Lantak dia lah. Aku
malas nak masak. Boikot! Sebab tuduh aku macam tu sangat tadi
Tak lama aku layan cerita tu. Malaun dah
datang dah nak ganggu ketenteraman beta yang sedang enak beradu.
“sayang” rengeknya. Meluat aku
mendengarnya,.
“nak apa?” tanyaku malas-malas. Tak
jawab nantikan berdosa pulak
“sorry pasal tadi” pintanya lembut.
Alahai hati aku yang panas mengalahkan lava gunung berapi tu terus sejuk macam
ais kat kutub utara. Lembut suaranya menampar gegendang telingaku.
“apa?” soalku lagi. Sengaja buat-buat
tak dengar. Biar padan muka dia.
“sorry” ujarnya lagi perlahan dari tadi.
Aku tersenyum tapi dalam hati je. Kat luar control okay!
“apa? Boleh cakap kuat sikit tak saya
tak dengar ni kataku sambil mendekatkan telinga ku kepadanya. Mataku masih
melekat kat skrin tv lagi, hish mana boleh lepaskan satu saat pun tengok cerita
ni nanti terlepas maklumat pulak karang siapa pulak yang nak cerita. Tengku
Izham. Hmm hampeh. Kalau dia nak bagi tahu pun aku tak nak dengar. Hai berlagak
sangat kau Asy.
Aku terasa badanku diraih seseorang. Ni bukan
dah rasa dah memang real dah ni. terkejut beruk aku dibuatnya. Sekarang aku
berada di dalam pelukan Tengku Izham pulak dah. Ala kalau zain kan best.
Anganku. Hish sempat lagi aku melalut.
“sayang.. sorry” habis cair bila aku
mendengarnya. Suaranya yang halus berbisik ke telingaku dengan intonasi
jantungku yang tidak sekata lagi ni. ei dia ni kan memang suka menganggu
ketenteraman betulla.
“aa ya..ya” ujarku sambil cuba untuk
melepaskan diri daripada pelukannya. Lemas!
“sayang dah maafkan abang?” tanya nya
sebaik sahaja melepaskan pelukannya. aku mengangguk perlahan biarpun dalam hati
tak ikhlas.
“abang tahu sayang tak ikhlas maafkan
abang kan tapi abang betul-betul mintak maaf ya. Tadi abang tak mampu nak kawal
perasaan abang sampai sanggup tuduh isteri abang macam tu sekali. Hmm,...
sayang maafkan abang ya?abang tak patut tuduh isteri abang macam tu kan”
ujarnya lembut. Aku ni sudah terbuai-buai mendengar suaranya.
“saya ikhlas maafkan Ten...maksud saya
abang” balasku. Aik senangnya. Dengar je suara dia tu kau terus boleh maafkan,
dah parah ku Asy.
“terima kasih sayang” beritahunya manja.
Aku meneruskan melayan drama di
televisyen. Tak boleh layan sangat mamat ni nantikan melalut ke lain aku jugak
yang kena melayannya.
“esok saya start kerja” beritahunya
“hmmm”jawabku dengar tak dengar sahaja.
Bila satu perkara terlintas kat kepalaku terus aku jadi excited. Kerja esok?
Maknanya aku kena kerja jugak la. Waaah bestnya. Lama dah tak jumpa borak-borak
dengan Sara, Kak Fara dan yang lebih tak sabarnya nak jumpa dengan Balqis!
“wait abang cakap pasal kerja kan ni?”
soalku excited.
“ya sayang. Kenapa?” walawei kenapa la
dia suka sangat guna tone suara dia yang lemak berkrim double triple tu. Boleh
buat aku pitam je ni. dia merenungku. Hai kenyang macam ni la aku malam ni.
mengahadap muka dia yang penuh handsome tu je dah boleh kenyang dah.
“kalau macam tu saya nak start kerja
esok jugak la. Patutnya saya masuk kerja lusa” ujarku dengan penuh semangat.
Semuanya sebab nak jumpa kawan-kawan ang dah tak jumapa hampir seminggu sebab
bercuti.
“sayang nak kerja ke?” soalnya lagi kepadaku.
Apa punya soalan daa.. confirm la aku kerja lagipun tu memang kerja aku kan.
Tengku Izham gelisah.
“sayang...sebenarnya kerja sayang tu
abang dah suruh bahagian HR carikan pekerja baru” beritahunya selamba. Bulat
mata ku mendengarnya. Apa? Siapa suruh dia buat macam tu hah?! Bentakku geram
“kenapa pulak bagi arahan macam tu kan saya
tak resign lagi” soalku sedikit tinggi. Mentang-mentang la dia bos
senang-senang je arah orang macam tu. Aku ni kerja cari makan okay !
“sampai hati abangkan tu kan kerja saya.
Saya belum berhenti lagikan. Kenapa abang suruh dia orang buat macam tu?”
ujarku sebak. “lagipun duit gaji yang saya terima semuanya untuk perbelanjaan
bulanan saya” ya walaupun sedikit duit itu boleh mengisi perutku tahu
“abang fikirkan kita ni dah kahwin so
sayang tak payah lah susah-susah nak kerja. Gaji abang dah terlebih cukup dah nak
sara sayang” bagi Tengku Izham dah tak patut dah Asy kerja. lagipun dia tak nak
orang cuba mengorat isteri dia yang cantik ni. macam la dia tak tahu bila ada je klien penting yang datang pejabat
mula bertanyakan perihal isterinya. Dia sakit hati kalau hal itu berlaku lagi.
Malas dia hendak memikirkan so semalam dia dah bincang hal ni dengan papa.
Berjuta alasan yang dia cipta supaya Asy tak kerja sebagai penyambut tetamu tu
lagi.
“senang je abang fikirkan? Saya tak kira
saya nak kerja jugak” bentakku dan terus berlalu ke bilik.
“hish degil betul Hanan ni. cakap sikit
mula la nak tunjuk perangai degil dia tu”omelnya sendirian Tak diikut hatinya
pula rasa tak tenteram bila mengenangkan wajah mulus dan cantik Asy itu.Tengku
Izham mengukir senyuman. Dia ada idea untuk meyelesaikan masalah ni.
No comments:
Post a Comment