Tengku Izham memandang isterinya dengan
sebaris senyuman mekar di mukanya. Sungguh hari ini dia sangat sibuk dalam menyiapkan
kerjanya dan tidak sekalipun mengurangkan
rindu terhadap isterinya malahan sekarang perasaan rindu semakin membuak-buak.
Melihat wajah cantik dan jelita isterinya yang baru sahaja selesai mandi
mendamaikan wajahnya. Seolah-olah keletihan yang melanda dirinya dengan kerja
melayang begitu sahaja apabila melihat wajah isterinya.
“lewatnya abang balik hari ni” ujarku
sambil membuang butang baju kemeja yang dipakai oleh suamiku. Sebagai isteri
bagiku wajib untuk melepaskan semua masalah dan keletihan yang melanda suami,
itulah tugas seorang isteri dan wajib baginya untuk melakukannya semuanya. aku
menghadiahkan senyuman yang
paling manis buatnya.
Aku ingat lagi dengan hadis yang pernah aku
baca dulu. Seorang isteri perlulah sentiasa menghadiahkan senyuman terbaik
untuk suaminya. Jangan tunjukkan muka sedih apabila di hadapannya bahkan kalau
seorang isteri itu sedih sekalipun dan suami berada dalam situasi kegembiraan
isteri perlulah tidak menunjukkan kesedihan tersebut supaya tidak menganggu
kegembiraan suami. Ini menunjukkan betapa besarnya tugas seorang isteri yang
ssentiasa kena dahulukan suami dalam setiap perkara.
“banyak kerja sayang kat office macam
biasala sayang. Kalau boleh abang nak siapkan semua nya cepat-cepat lepas tu
terus bawa sayang pergi honeymoon. Hmm tak sabar abang” ujarnya sambil
membelai-belai rambutku. Terbuai aku seketika. Apabila aku merasakan Tengku
Izham semakin nakal dan berada dalam dunia kami yang dia ciptakan aku
cepat-cepat menyedarkannya.
“abang please stop. Mandi and solat dulu
okay. lepas tu dinner dulu okay. bau abang ni semacam dah ni. abang tukar
perfume ke?” soal Asy bersama kerutan di dahinya. Dia berasa tidak senang
dengan bau wangian daripada badan suaminya. Dulu biasanya okay je tapi sekarang
entah kenapa dia rasa bau busuk. Pelik baginya.
“tak adala sayang. Abang tak tukar pun.
Sayang kan suka bau abang macam ni.” jawab Tengku Izham sambil memandang
isterinya dengan hairan sekali. Dia sedikit pelik dengan reaksi isterinya.
“dah pergi mandi sekarang. Hanan dah tak
tahan sangat ni” aku menolak-nolak badannya supaya masuk ke dalam tandas .
“cepat ya tak payah nak buat air dalam
tandas tu. Ibu dan ayah dah tunggu kita nak makan ni” laungku sedikit kuat
untuk mengingatkannya.
“wah ibu banyaknya ibu masak hari ni.
siap ada masak udang cili padi lagi” ujar Tengku Izham sebaik sahaja terpandang
makanan yang tehidang di meja makan yang cukup besar dan gah itu. Telan air
liur dibuatnya. Semuanya nampak sedap baginya.
“Is kenal ya masakan ni. ingatkan Is ni
tak kenal masakan melayu macam ni. ye la Is tu lelaki bekerjaya mana ada masa nak masuk dapur” sampuk ibu
yang datang daripada dapur sambil membawa dulang yang berisi air.
“mana boleh tak kenal bu. Is ni suka sangat makan masakan melayu. Masa dia kat oversea dulu selalu pergi kat Malaysian Hall cari masakan melayu” jawab aku sambil tersenyum memandangnya.
“mana tahu ni?” tanya Tengku Izham
pelik.
“adalah rahsia” jawabku . Sebenarnya aku
tahu semua ni daripada mama. Mama yang menceritakan semuanya kepadaku. Tanpa
pengetahuan Tengku Izham semasa dia keluar bekerja aku dan mama memang bercakap
panjang di telefon mengenainya. Apabila berjumpa dengan mertuaku memang la lagi
aku korek habis mengenai suami ku ini
“la ya ke kamu ni Is minat masakan
melayu. Ibu ingat suka yang barat je. Kalau macam tu untungla kamu berdua ni
dah lah jodoh minat masakan melayu pun sama. Si Asy ni sama la dengan kamu”
beritahu ibu kepada Tengku Izham. Ya! Memang aku suka sangat masakan melayu tak
kira lah masakan daripada Kelantan, Johor,Terengganu ke asalkan melayu punya
masakan memang aku minat habis. Pendek kata aku ni memang anak Malaysia
sejatilah.
Dulu pun aku selalu jugak pergi kat Malaysian
Hall tapi tak ada pulak terserempak dengan Tengku Izham. Entahlah tak ada jodoh kot.
“betul tu. Masa Asy belajar kat
Manchester dulu dia selalu telefon tanyakan resepi kat ibu kamu ni. dalam
seminggu tu mesti dia call tanya resepi. Perut melayu la katakan” sampuk ayah
pula yang sejak dari tadi hanya menjadi pendengar setia sahaja.
“manchester?” ulang Tengku Izham agak
terkejut.
“ye la universiti manchester. Takkan
kamu tak tahu yang Asy belajar kat situ dulu. Jawab ayah kepada Tengku Izham
Usai je ayah berkata terus wajah Tengku Izham
berpaling ke arahku. Aku hanya menunduk. Alamak aku baru ingat yang aku tak
beritahunya di mana aku belajar dulu. Pandangannya seolah-olah meminta
penjelasan daripadaku. Abang Asy minta maaf. Asy bukan sengaja nak sembunyikan
semua ni daripada abang.
Ibu yang mula perasankan wajah Tengku Izham
yang berubah terus sahaja bersuara.
“Asy memang macam tu Is. Dia tak suka
cakap yang dia belajar kat mana dulu. Dia tak nak riak la katakan” beritahu
ibu. Fuhh nasib baik ibu ada. Thanks ibu sebab sanggup cover line untuk Asy.
Love you so much. Laungku tetapi dalam hati je. Nak mampus kalau cakap kat
depan macam ni.
Aku kedengaran suamiku mengeluh. Aku
mengenggam erat tangannya. Tidak lama kemudian dia membalaskan genggaman ku dan
mengemaskannya. Di kala itu perasaan ku berasa sedikit lega dengan reaksinya.
“bila nak makan ni. perut ayah dah lapar
ni. cacing dalam perut dah nyanyi lagu rock kapak dah ni”
Tercetus ketawa daripada aku,ibu dan Tengku
Izham. Tengku Izham menadahkan tangannya untuk membacai doa. Inilah rutin yang
ibu dan ayah ajar sejak kecil lagi. Kata ibu kalau kita tak berdoa sebelum
makan syaitan akan tumpang makan sekali dengan kita dan ajaran ibu dan ayah aku
praktikkan sampai sekarang. Alhamdulillah.
“bila pulak sayang ni makan udang?” tegur
Tengku Izham apabila tengok keadaanku yang kerap menyedok udang yang berada di
dalam pinggan. Siap hirup kuah lagi.
“hah Asy bila masa pulak kamu suka makan
udang masak lemak cili padi ni. biasanya kamu tak makan udang bagai” kata ayah
pula. Aku hanya tersenyum sumbang dan meneruskan suapan ku. Nikmat rasanya
dapat makan udang malam ni. hasratku untuk makan akhirnya tercapai jugak.
Tengku Izham mula mengesyaki sesuatu tapi dia
diam sahaja.
Sepanjang makan malam itu Tengku Izham hanya melihat tingkah laku
isterinya. Dia hanya menjadi pemerhati untuk memastikan betul atau tidak
telahannya. Kalaulah telahannya betul dia pasti sekali dia akan menjadi orang
yang paling gembira sekali. Dia hanya mampu berharap dan dia juga berdoa agar
semuanya adalah realiti.
Tengku Izham mengelus lembut pipi
isterinya yang sedang tidur dan apabila isterinya mula bergerak tidak selesa
dia hanya mampu ketawa tetapi ketawa yang hanya boleh didengari olehnya sahaja.
Tengku Izham berasa sangat lucu apabila melihat tangannya yang ingin ditampar
olehnya tidak mengena dan manganggu lena isterinya.
Tengku Izham merasakan wajah isterinya
semakin lama semakin
cantik.
“sayang hanya untuk abang dan abang akan
jaga sayang sebaik mungkin. Sayang.. you’re my love, my heart and my soul.
Abang
janji akan jaga sayang dan anak-anak kita dengan baik sekali.
janji akan jaga sayang dan anak-anak kita dengan baik sekali.
You’ll be
the first and last to me. I love you for thrillion more. Kalau lah sayang tahu sejak bila lagi abang
mula suka dengan sayang mesti sayang terkejutkan” omel Tengku Izham sendirian. dia
memerhati wajah isterinya untuk kali kesekian kalinya. akhirnya dia turut
terlena dengan kepala Asy terletak elok di dada bidangnya.
“sayang bangun sayang” Tengku Izham mengejutkan isterinya yang sedang
tidur. Lena sekali isterinya melayan tidur. Selepas subuh tadi Asy terus
menyambung tidur dan sekarang masa sudah menginjak ke pukul sepuluh pagi. Dia
sudah berjanji dengan ibu dan ayah Asy untuk membawa mereka keluar jalan-jalan.
Nak tak nak isterinya harus dikejutkan.
Tengku Izham perasan yang sejak kebelakangan
ini Asy suka tidur. Pantang letak kepala mula la dia dalam dunia tidurnya. Dia
masih belum pasti tentang telahan dia terhadap isterinya. Baginya buat masa
sekarang eloklah dia berdiam diri dahulu dan apabila masanya dia sendiri akan
memberitahu Asy. Barangkali Asy sendiri tidak perasan akan perubahan diri dia.
“abang ngantukla” akhirnya Asy bersuara
dan memecahkan lamunan Tengku Izham. Bergetar hebat perasaan Tengku Izham
mendengar suara isterinya yang baru sahaja bangun daripada tidur. Naluri
kelakiaannya bergetar hebat tapi dia terpaksa mengawalnya. Janji yang dibuat
kepada kedua orang tua mereka harus ditunaikan.
“sayang. Bangunla. Kan kita dah janji
nak bawak ibu dan ayah keluar jalan-jalan hari ni. sayang pun boleh shopping
sekali” ujarnya dengan niat untuk memancing isterinya agar bangkit daripada
tidur
“shopping?” ulang Asy dan terus matanya
bulat serta-merta dan
memandang Tengku Izham sambil tersengih.
“ya sayang” jawab Tengku Izham meleret.
Isterinya ini pantang dengar perkataan shopping yang tidur pun boleh segar
terus. Alahai isteriku sayang. Detik hatinya.
“betul ke ni bang? Asy tak silap dengar ke?
nak shopping banyak-banyak boleh?” tanya Asy teruja. Dia sudah terduduk di atas
katilnya sambil memandang wajah tampan
suaminya. Tangannya lincah sahaja membetulkan kedudukan rambutnya.
“sayang ni pantang ya dengar shopping.
Hai botakla kepala abang hari ni”
“abang ni cakap macam Asy ni nak pergi beli
satu mall je. Ala duit abang kan banyak. Kasi je la Asy shopping banyak-banyak.
Kalau tak boleh tak apa lah” rajukku.
Cakap macam aku ni melampau je bila shopping kan. Tapi kalau difikirkan
balik memang pun! Nasib la siapa yang jadi suami aku. Memang botak la aku
kerjakan.
“ala sayang jangan la merajuk. Abang
gurau je. Ala bucuk-bucuk” Tengku Izham mencuit hidung Asy. Asy mengelak. Hmm
merajuklah konon.
“malas kawan dengan abang. Dah la orang
nak pergi siap” ujarku.
‘ Hai merajuklah pulak bini aku ni’
desis Tengku Izham sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“hish bini kamu ni Is kalau bersiap mengalahkan artis. Lama sangat” ujar ayah manakala ibu pula setia membaca majalah wanita sedari tadi.
“saya dah biasa yah. Kalau nak
kemana-mana memang kena beritahu dia sejam awallah.” Jawab tengku Izham.
“Assalamualaikum. Jom la kita gerak”
tiba-tiba Asy muncul di ruang tamu itu.
“kamu ni Asy memang tak menyempat ya
kalau nak jalan-jalan” kata ibu. Aku hanya tersenyum memandang mereka.
Aku sekarang ni memang tak sabar sebab dalam kepada ni dah terbayang Prada Tote handbag yang mencecah sampai lima ribu ringgit. Memang aku teringin sangat nak memiliki handbag itu. Selamat la aku dapat suami kaya tak kedekut lagi tu. Kalau dapat yang biasa-biasa je memang botak kepala dikerjakan oleh aku. Memang kejam kan. Tapi ada aku kisah?he he he
Aku sekarang ni memang tak sabar sebab dalam kepada ni dah terbayang Prada Tote handbag yang mencecah sampai lima ribu ringgit. Memang aku teringin sangat nak memiliki handbag itu. Selamat la aku dapat suami kaya tak kedekut lagi tu. Kalau dapat yang biasa-biasa je memang botak kepala dikerjakan oleh aku. Memang kejam kan. Tapi ada aku kisah?he he he
Tengku Izham hanya tersenyum dan mula
melihat penampilan isterinya. Sentiasa cantik di matanya. Dengan mengenakan
dress warna biru gelap dan digabungkan dengan cardigan yang berwarna merah
jambu serta lilitan pashmina di kepala ala-ala Diana Amir. Memang cantik habis
isterinya. Telan liur dibuatnya. Dalam keadaan isterinya sebegitu pun dia sudah
tergoda. Bahaya betul penangan isterinya.
“sayang merajuk lagi ke dengan abang?”
soal tengku Izham yang mula berjalan seiringan dengan isterinya. Tangan
isterinya digenggam erat. Membara hatinya apabila terpandangkan lelaki lain
yang sibuk menjeling terhadap isterinya tapi dia cepat-cepat berfikiran
rasional dan cuba mengawal sebaik mungkin perasaanya.
Asy hanya terdiam mendengar soalan suaminya
itu. Dia masih lagi merajuk. Padahal dia sebenarnya buat-buat merajuk sahaja.
Sengaja ingin menjual mahal kepada suaminya. Ye la dia tahu lelaki macam
suaminya ini sukakan cabaran. Kalau terus cair lain kali dia akan buat perkara
yang sama pulak. Asy tersenyum pabila terkenangkan sikapnya. Padahal Tengku
Izham bukan buat salah besar pun terhadapnya. Saja je dia yang nak mengada.
Isteri manja la katakan.
“Sayang... please jangan marahkan abang”
pujuk Tengku Izham lagi dan mencium lembut belakang tapak tangan suaminya
selepas itu dia menggosok lembut tangan Asy. Memang romantik habis. Dah separuh
dah aku nak cair dah ni tapi sabar Asy kita tengok setakat mana dia nak pujuk
kau. Walaupun Tengku Izham memujuknya begitu sekali dia hanya buat tak endah
sahaja. Sebenarnya Asy malu dilayan
begitu sekali di khalayak ramai. Layanan suaminya yang terlebih romantik itu
mendapat perhatian daripada wanita-wanita kat mall ini. Hmm mesti dah tergoda
dengan suami aku lah tu tapi kesian he’s mine. Detik hati kecilku.
“sayang cakap je nak beli apa. Abang
belanja. Anything for you sayang” pujuknya lagi dan meletakkan tangannya ke
atas kedua belah bahuku. Langkahku mati dan kami berdua berdiri di tengah
laluan orang kat mall ni. malunya aku rasa. Suami aku ni kalau nak tunjuk sikap
romantik dia tu memang tak kenal tempat betulla.
Aku masih lagi menayangkan kepala batu ku tapi
mataku sudah menjeling kepada kedai Prada yang berada tidak jauh daripada
kedudukan kami. Sabar Asy!
Aku terkejut bila tiba-tiba sahaja tengku
Izham melutut ala-ala gentlemen kat depan aku sekarang. Mata-mata pengunjung
mula melekat ke arah drama yang kami ciptakan dan ada pulak yang berhenti
berjalan dan melihat kami berdua. Alamak apa pulak suami aku nak buat ni.
“sayang can you forgive me?” tanya
Tengku Izham dan menyuakan sekuntum bunga ros bewarna merah kepadaku. Aku
terpaku dengan perbuatannya. Bila masa pulak dia beli bunga ni? Sekarang rasa bersalah mula menjengah ke ruang
hati aku. Sebab perangai mengada-ngada aku tengku Izham perlu buat semua ini.
Aku berasa bersalah dan dalam masa yang sama aku rasa sangat terharu dengan
perbuatannya. Abang Asy sayang sangat kat abang. Laungku sekuat habis di dalam
hati.
Air mata terharu ku mula menitik dan aku
meyambut huluran bunganya kepadaku. Dia bangun dan terus memelukku. Aku
membalas pelukannya. tidak lama selepas itu tedengar tepukan gemuruh. Aku mengangkat
mukaku yang terbenam di dada bidang tengku Izham. Aku melihat ramai orang yang
sedang mengelilingi kami. Semuanya tersenyum dan ada jugak yang mengambil
gambar. Macam artis pulak aku rasa. Huh perasan! Di hujung sana aku dapat
melihat senyuman mekar dari ibu dan ayah. Mesti tak sangaka kan yang menantu
dia ni romantik sangat dan sayang sangat kat anak dia orang kan.
“tengok semua orang happy tengok kita
macam ni. sayang nak merajuk lagi ke?” soalnya kepadaku apabila melihat semua
orang yang melihat adegan cinta kami mula bersurai.
“tak nak merajuk dah dengan abang. Abang
terharu sangat Hanan sekarang ni tau. I love you so much” ujarku dengan penuh rasa cinta dan tanpa sedar aku sudah menghadiahkan ciuman di pipinya.
“amboi Is, Asy memang tak menyempat kan.
Tunggula balik dulu ni tak menyempat langsung”
Ayah memandang kami berdua dan mengelengkan
kepalanya. Ibu pulak asyik tersengih je dari tadi. Suka la tu tengok anak dia
bahagia kan bu?
“anak ayah ni la kuat sangat merajuknya.
Terpaksa lah saya pujuk cara macam tu yah. Kalau biasa-biasa saja mana dia nak
layan”
Aku menyiku perut Tengku Izham. Ee dia
ni kan nak aku merajuk sekali lagi la tu.
“sudah lah. Melayan korang berdua ni
sampai besok pun tak habis. Is ni kut ya pun nak romantik dengan isteri kamu ni
cuba la kamu bawak dia pergi honeymoon. Pergi honeymoon puas-puas kat sana.
Lepas tu bagi cucu kat ibu pulak” ibu memberikan cadangan. Aku hanya mendengar
dan dalam hati seratus peratus setuju. Aku sangatlah jealous dengan Balqis yang
pergi honeymoon sampai ke Switzerland sana dan also pergi London okay. I’m so
jealous tapi aku pendamkan sahaja sebab aku tahu Tengku Izham sibuk dengan
kerjanya. Sebagai isteri yang baik aku sangat memahami suami aku. Memang bajet
isteri mithali kan? Kan? Kan?
“sayang jom” ajak Tengku Izham. Tengku
Izham juga turut mengheret tangan ibu. Kami memasuki kedai Prada. Memang tip
top lah suami aku ni. macam tahu je apa yang aku nak kan. Sayang abang! Ayah
menuruti langkah kami.
“kamu ni Is nak suruh ibu kamu licinkan
wallet ayah ke apa sebenarnya?” tanya ayah dalam nada gurauan. Nampaknya ibu
sudah mula rambang mata melihat handbag di situ. Nasibla ayah. Mataku mula
terpandang beg jenama Prada yang aku lihat kat internet. Cantik sangat. nak??? Laungku
tapi macam biasa dalam hati je okay.
“abang ni saya nak berbelanja mahal
sekali sekala takkan la tak boleh kot” sampuk ibu.
“ye la anje oi. Beli je apa yang kamu
berkenan. Saya bayarkan ya anje” ujar ayah dan ibu terus mengheret tangan ayah
supaya mengikuti langkahnya. Tinggallah aku dan Tengku Izham. Kami ketawa
melihat gelagat ibu dengan ayah. Bagiku walaupun perkahwinan mereka sudah lama
tapi perasaan kasih dan sayang masih sebati di dalam jiwa mereka. Saling
menghormati antara satu sama lain. Hubungan mereka boleh aku jadikan teladan
nampaknya dalam rumah tangga aku ni.
“sayang ni asyik tengok ibu dan ayah je
ni? tak nak beli apa-apa ke kat sini?” soal Tengku Izham. Nak terbeliak mata
aku mendengar soalannya. Mana boleh tak nak beli apa-apa.
“mesti beli okay” usai je aku berkata
tercetus ketawa kecil dari mulut Tengku Izham.
“sayang yang ni cantik?” sebuah handbag
ditunjukkan kepadaku. Sekali tengok terus aku jatuh cinta but tu bukan yang aku
nak beli sebenarnya tapi sekarang dah fall in love dah ni. alamak mana aku nak
pilih ni? handbag pilihanku dan pilihan Tengku Izham aku pandang silih
berganti. Dua-dua cantik dan berjaya pikat hati aku ni. akhirnya aku memilih
pilihan Tengku Izham. Handbag yang berwarna kuning cair. Sangat cantik dan
marvellous bagiku.
Sebelum kaki ku melangkah keluar aku
terpandangkan semula handbag yang asalnya aku nak beli tapi bila terpandangkan
yang lain hati aku terus berubah tiga ratus enam puluh darjah . Sekarang rasa nak yang tu balik.
Aku meneruskan suapan ke dalam mulut. Lepas penat round satu mall ni
kami mengisi perut pulak. Aku terpandangkan barang-barang yang aku beli.
Daripada Prada ada, butik Zara pun ada and high heel jenama Jimmy Choo pun ada.
Semuanya di belanja oleh suami aku. Tidak lupa juga kat ibu dan ayah.
Macam-macam yang suami aku belanjakan kepada mereka. Tak kedekut betul Tengku
Izham ni. ayah pula membelikan ibu sebuah handbag Prada yang mencecah harga
tujuh ribu ringgit. Kalah aku kan? Tapi ayah cakap tu hadiah ayah kasi kat ibu.
Sweet kan? Ibu apa lagi tersengih je dari tadi. Happy sangat la katakan
“sayang, abang nak pergi restroom jap.
Ayah ibu makan la dulu ya. Kalau nak apa-apa tambah je. Don’t worry is belanja”
beritahu Tengku Izham. Selepas mengucup dahiku dia segera beredar. Tersipu-sipu
malu aku di hadapan ibu dan ayah. Memang bikin aku malu je la suami aku hari
ni. hmm.
“kalau macam ni kan bang tak lama lagi
dapat la kita merasa gelaran datuk dan nenek kan bang.”
Ibu dan ayah memandang aku. Aku hanya
tertunduk malu dan meneruskan suapan ku. Walawei malu tau tak.
***
Di hujung sana Qalif memerhatikan wanita yang
sedang makan bersama kedua dua ibu bapanya barang kali. Tebak Qalif. Sejak dia
masuk ke dalam restoran ini sebentar tadi matanya terus terpaku terhadap wanita
yang memakai pashmina ala-ala Diana Amir. Cantik desisnya. Baginya wanita itu
cukup cantik dengan mengenakan make up yang sederhana sahaja. Qalif cuba
mengingati balik di mana dia pernah melihat wanita itu tapi dia gagal
mengingatinya. Qalif yakin yang dia pernah melihat wanita itu. Selepas mendapat
panggilan daripada setiausahanya dia terus beredar dari restoran mewah itu.
Yang pasti otaknya masih lagi ligat berfikir di mana dia pernah melihat wanita
itu.
***
“lamanya abang pergi restroom ke pergi
buat restroom tu. Dah jenuh dah kami menunggu ni. ke pergi mengorat ni?” tanya
ku sebaik sahaja Tengku Izham melabuhkan punggung di sisiku.
“tak ada la sayang abang pergi restroom
je. Mana ada pergi mengorat sayang oii” jawab Tengku Izham sambil menghirup jus
applenya.
“kita tak nak balik lagi ke ni?” tanya
ayah kepada Tengku Izham.
“tak lagi ayah. Ada satu tempat lagi Is
nak bawak kali ni nak bagi hadiah kat ibu dan Hanan” jawab Tengku Izham. Aku
pandang ibu dan ibu pandang aku. Aku jongketkan bahu tanda tidak tahu kepada
ibu.
“hadiah apa pulak bang. kan dah banyak
duit abang ni habis nak kasi hadiah apa lagi?” tanyaku.
“Adala. Kenapa kesian kat abang ke macam
mana? Kalau nak abang boleh hantar balik semua ni . boleh masuk balik duit
abang” ujarnya.
“oh no no no. Dah kasi mana boleh ambik
balik okay!” Tengku
Izham ketawa melihat aksi gelisahku.
“Sayang abang gurau je la”
Fuhh lega sangat aku rasa sekarang ni. nak
main-main nampak. Aku ibu dan ayah hanya
menuruti langkah Tengku Izham. Tiffany & co adalah tempat yang kami jejaki.
Bulat mata ku melihat perhiasan emas di depan mata. Tengku Izham ni memang tak
sayang duit kan lagaknya sampai bawak
kami ke tempat macam ni. memang melayang la duit dia kalau aku dah mula berkenan.
“abang ni tak sayang duit ke apa sampai
sanggup bawak Hanan datang sini? Kalau Hanan dah berkenan masak abang tau”
ujarku sekadar memperingatinya.
“sayang isteri abang kan?” ujarnya dan
aku hanya mengangguk.
“so duit yang abang cari selama ni dan
kembangkan hanya untuk permata hati abang sorang ni. sayang nak beli
banyak-banyak pun abang tak kisah sebab tugas abang hanya mencari dan sayang
sebagai isteri kena menghabiskan . tapi janganla sampai abang licin” Ujarnya.
Aku melt sekarang ni dengan suamiku sendiri. Aku merangkul erat pinggangnya.
“thanks a lot abang”
“now pilih yang mana sayang nak tapi
setahu abang sayang tak berminat sangat kan emas so apa kata sayang pilih
platinum je?” dia mula melihat perhiasan daripada platinum di depannya. Ibu pula
sudah memilih perhiasannya sendiri dan ditemani oleh ayah tapi yang penting
Tengku Izham la yang belanja. Kalau ayah nak beli emas kat sini memang pokai la
ayah dibuatnya.
“mana abang tahu yang sayang tak minat
emas?” soalku.
“sebab abang tak pernah tengok pun
sayang pakai emas. Kalau pakai pun yang platinum ni ha dan necklace sayang pun
platinum jugak kan” jawabnya dan memegang gelang tangan yang berada di
tanganku. Gelang platinum ni daripada ayah semasa hari lahir ku yang ke lapan
belas tu yang aku selalu pakai dan aku memang seorang yang tak sukakan
perhiasan daripada emas dan rantai pula daripada arwah Haikal. Nampaknya Tengku
Izham memang mengambil berat semuanya yang berkaitan denganku. Oh terharunya
aku!
“abang rantai ni cantik” tunjukku ke
dalam rantai yang terletak elok di sebalik cermin kaca itu. Selepas siap
membeli semuanya kami bertolak balik ke rumah. Letih memang letih.
Aku menyentuh rantai yang berada di leher ku
ini. Terkejut gila aku melihat harganya tadi. Mahal habis. Memang Tengku Izham
sayangkan aku sangat sampaikan sanggup belanjakan aku sampai macam ni sekali.
Sekarang aku berada di dalam bilik kami dan di hadapan cermin. Rantai yang
pemberian Haikal yang sering aku pakai akhirnya aku simpan ke dalam kotak dan
mula berganti dengan rantai platinum yang berbentuk hati diperbuat daripada
berlian yang dibeli oleh suamiku. Bagiku
Haikal adalah masa silamku dan Tengku Izham adalah imamku di masa kini dan masa
hadapan. Aku bersyukur sangat sebab Allah mengurniakan dia sebagai suami.
Pintu bilikku terkuak dan terjengul muka
Tengku Izham di muka pintu. Dia datang ke arahku dan mula memelukku dari
belakang. Mata kami saling berpandangan melalui cermin solekku. Aku melemparkan
senyuman paling manis buatnya. Tangan Tengku Izham yang berada di perutku ku
usap perlahan.
“abang..” panggilku lembut.
“hmm” jawabnya. Aku melihat wajahnya
yang sedang menongkat kat bahuku sambil memejamkan mata. Wajahnya memang
membuatkan aku tergoda lebih-lebih lagi dengan layanannya yang cukup baik
sekali dan membelai jiwa wanita ku.
“terima kasih untuk segala-galanya”
Tengku Izham membuka matanya dan memandangku.
Dahinya mula berkerut.
“terima kasih untuk apa sayang hmm?”
tanyanya lembut.
“untuk hari ni. untuk hari yang indah
dan terima kasih jugak sebab layan ibu dan ayah baik sangat. i’m proud of you
sweetheart.” Ujarku ikhlas.
“syy sayang ini memang tugas abang untuk
layan sayang, ibu dan ayah sebaik mungkin kan. Sayang kan bini abang, permata
hati serta makmun abang dunia dan akhirat. Lagipun ayah dan ibu sayang ayah dan
ibu abang jugak kan so sebagai anak kenala layan mereka dengan baik sekali”
jawabnya. Aku sebak dan berasa cukup terharu. Thank you darling! Aku
memusingkan badan arahnya. Ciuman lembut
ku hadiahkan di pipinya sebagai tanda terima kasih.
“abang memang diciptakan untuk menjadi
imam terbaik Hanan” ujarku.
“dan sayang pulak diciptakan untuk jadi
makmun dunia dan akhirat abang” sambungnya pula.
“sayang..” panggilnya lagi.
“yes sweetheart” jawabku sambil mendongakkan
sedikit kepala untuk melihatnya. Al-maklumlah dia sedikit tinggi padaku.
“kenapa sayang tak bagi tahu abang yang
sayang sebenarnya study kat Manchester dulu?” soalnya tiba-tiba. Aku sedikit
terkejut dengan soalannya tapi tidak lama selepas itu aku tersenyum.
“abang.. tu kan benda yang dah lepas.
Nak ingat buat apa lagi. Yes dulu Hanan belajar kat Manchester University and
ada master dalam business antarabangsa. Now abang tahu kan so apa lagi yang
Tengku Izham Iskandar nak tanya?”
“hmm abang weird je kenapa sayang tak
bagi tahu abang dan if you’ve master then why you worked as a receptionist
before. Can you explain to me my dear baby?”
Tengku Izham membelai-belai rambutku. Aku
pulak kehabisan idea untuk mencari jawapan. Tak kan aku nak cakap hal sebenar
pulak kan. Relaks Asy.
“ooo sebabnya Hanan saja je nak mula
daripada bawah. Saja nak cari pengalaman dulu. Beritahu ku biarpun bagiku semua
tu kedengaran tidak logik sama sekali. Takkan la tak ada mana-mana syarikat
yang tak nak terima aku but itulah yang terjadi dan hanya aku seorang yang tahu
sebabnya.
“sayang ni takkan la sanggup nak kerja
macam tu. Tak logik langsung sayang kan ada master dalam bussiness pulak tu
kenapa la sayang tak apply kerja yang sesuai” ujar Tengku Izham lagi. Nampaknya
dia tidak berpuas hati lagi. Aku terdiam.
“ala abang kan Hanan dah cakap tadi.
Abang Hanan mengantukla”
kataku sambil menguap.
“hmmm sayang mengantuk ya tapi wait
abang ada satu benda nak kasi kat sayang”
Aku memandangnya. Ada benda nak kasi
aku. Tadi dah banyak sangat yang dibelinya untuk aku dan malam ni ada lagi?
“apa dia bang?” soalku.
“nah ambik ni lepas tu sayang tengok apa
bendanya” katanya sambil menghulurkan paper bag kepadaku. Terbuntang luas
mataku melihat handbag yang aku inginkan tadi. Nampaknya aku dapat kedua-duanya.
“abang thank you sangat” jeritku dan
terus memeluk Tengku Izham. Memang aku seronok sangat. dalam sehari aku dapat
dua handbag mewah pulak tu. Oo gembiranya hati rasa nak lompat sampai bintang
pun ada ni. yahoo.. thanks abang!
“suka?” soalnya.
“gila abang tak suka. Suka sangat ni.
tak tahu dah macam mana nak cakap. I really love it. Thanks sweetheart. Tapi bila
masa abang beli ni?”
“ Abang beli time abang cakap nak pergi
restroom tadi. Sebenarnya abang pergi beli ni ha . pleasure my princess so
sayang dah dapatkan apa yang sayang nak and now bagi hadiah kat abang pulak”
“hadiah? Mana ada hadiah Hanan nak kasi
kat abang ni. tak ready pun” jawabku hampa.
“hmmm kenapa pulak tak boleh bagi. Ala
hadiah abang nak tak kena beli kat kedaila sayang” Tengku Izham tersenyum
nakal.
“sayang come closer” ujarnya romantis.
Berderau darahku. Mengerti dengan apa yang dia inginkan aku hanya menuruti
sahaja. Sekali lagi bersaksikan bulan dan bintang. Love, heart an soul Asy bersatu
dengan Tengku Izham suaminya dunia dan akhirat. Amin.
p/s: macam mana sayang2 ku semua? bess x?..:))..romantik x T.Izham?
p/s: macam mana sayang2 ku semua? bess x?..:))..romantik x T.Izham?
No comments:
Post a Comment