Di sini memang sejuk. Walaupun aku sudah pakai
baju dua lapis kesejukan masih terasa. Aku memandang langit dan yang ada
hanyalah pemandangan berkabus. Mataku pula turut meliar ke kawasan theme park
itu ramai sungguh orang. Hujung minggu la katakan jadi semua orang tak akan
lepaskan peluang untuk beriadah bersama keluarga, kawan dan sebagainya. Mataku
jugak menyorot kepada permainana yang ada space shot memang buat aku macam nak
tercabut jantung. Dengan melihat pun rasa macam ni apatah lagi kalau aku yang naik.
Memang boleh tergolek la jantung aku ni.
“sayang jom” ajakan daripada tengku
Izham menyentakkan lamunan aku. Aku segera berpaling kepadanya. Dia tersenyum.
Hai kacaknya dia. Desisku sendiri.
“sayang ni takkan la sekejap tak tengok
abang dah rindu kot” usiknya sambil menarik tangan Asy dan meletakkan di
lengannya.
“ya betul tu. Tak tengok abang sekejap
je dah rindu sangat rasa ni” ujarku tapi muka aku tak payah nak cakaplah dah merah macam udang kena rebus!
“wow dah berani cakap macam tu ya
sayang. Bagus. Abang suka” dia mencuit hidungku.
“amboi pasangan merpati dua sejoli ni
nak romantik pun kat rumah tau bukan kat sini” celah uncle Am. Aku dan Tengku Izham
serentak berpaling ke arah suara itu. Alamak lupa la pulak yang aku dan Tengku
Izham bukan berdua sekarang ni tapi berempat.
“ala cakap je abang Am jealous kan. Kahwin cepat tak jealous la dengan kita orang
ni” bidasku. Aku menyendeng kepala ke bahu Tengku Izham sambil buat muka
mencebik kepada Uncle. Dia menjengilkan mata kepadaku.
“hah betul tu Am cakap Hanan. Kau kahwin
la cepat tak la nak jealous tengok kita orang ni. lepas kahwin baru la tahu
apa nikmat kahwin tau. Best” Tengku Izham memandang Lisya yang sudah
menundukkan kepalanya apabila topik kahwin dibangkitkan. Malu lah tu.
“Kak Asy, abang Is ni saja ya nak
kenakan Lisya. Dah lah jom kita pergi main Space shot tu” ajak Lisya. Aku tahu nak lari daripada topik lah tu dia.
Budak bertuah sungguh.
“nak main benda alah tu ke?” terkejut
aku mendengar ajakannya.
“ye la sayang. Kenapa sayang tak berani
ke?” soal Tengku Izham. Gulp! Alamak memang aku tak berani tapi malu wei nak
mengaku.
“eh siapa yang cakap Hanan takut. Tak
okay. Setakat space shot ala kacang je la” ujarku sambil menelan liur. Argh
bedebah punya mulut. Cakap tak serupa bikin betul.
“betul ke Asy. Bukan Asy takut ke dengan
semua tu? Asy jangan main-main kang karang turun nanti tak pasal-pasal pengsan
pulak kan” uncle berkata dengan sedikit risau. Aku menjengilkan mata ke
arahnya. Ee dia ni kan aku lempang sekali baru tahu. Jangan malukan aku boleh
tak uncle.
“uncle tersayang semua orang boleh
berubah okay. Dulu memang la tapi sekarang Hanan Asyikin ni dah berani okay”
beritahuku sambil mataku melihat space shot yang tinggi melangit di depan mata.
Bukan semuanya yang aku boleh tengok sebab ketinggian benda alah tu dah
diliputi oleh kabus yang ada kat sini.
“sayang kalau sayang takut. Tak apa.kita
tak payah naik abang boleh temankan sayang” aku memandang suamiku. Aduh
terharunya dia buat macam ni.
“tak payah kan Hanan dah cakap okay kan.perasaan takut
tu semua dulu. Sekarang dah tak ada dah” kataku sambil menggosok lengannya.
Merengek la pulak aku ni. korang perasan tak sekarang aku ni memang nak
bermanja selalu je dengan suami aku. Ye la tak bermanja dengan dia nak bermanja
dengan siapa lagi kan.
“abang ni kak Asy kan dah kata okay kan.
Dah la jomlah.” Lisya mengajak abang dia tapi yang ditarik tangannya uncle.
Budak ni macam-macam betulla.
“hmm sayang betul nak naik space shot
ni?” tanya Tengku Izham sekali lagi. Risau juga dia dengan keadaan isterinya
nanti. Jangan dikata okay di mulut tapi dalam hati macam nak terlompat keluar
je organ-organ dalam badan sudahlah.
“abang ni kan betulla Hanan cakap. Ala
ni tak suka ni” aku merajuk siap memuncung mulut lagi. Mengada betul!
“okay kalau jadi apa-apa abang dah tak kasi
tau sayang naik apa-apa lagi kat sini. Kalau naik ni sayang muntah or what this
will be the first and last okay” tuturnya. Aku hanya menjongketkan bahu dan
berjalan menuruti uncle dan Lisya yang maju ke hadapan. Excited benar dia orang
nak naik benda alah ni nampaknya.
Aku hanya menuruti mereka. Entah mengapa aku
tidak berasa takut untuk main Space shot ni tapi kalau duk atas sana tu aku tak
tahulah apa perasaan aku. Aku tersenyum dan buat selamba tapi dalam hati dah
berdoa bagai nak rak sebenarnya biar semuanya elok-elok sahaja.
Tengku Izham hanya menuruti langkah isterinya.
Dia sedikit cuak dengan lagak Asy tapi apabila melihat gelagat Asy untuk sertai
Am dengan Lisya dia mengorak langkah jua.
“sayang are you okay?” soalan pertama
yang keluar daripada mulut Tengku Izham apabila kami selesai daripada main
benda alah tersebut. Aku memegang kepalaku yang berasa sedikit pening. Sumpah
aku tak nak naik lagi benda tu semua. Memang seluruh organ kat badan aku macam
nak tercabut. Jantung ni pulak macam nak tertanggal je bila benda alah tu
tiba-tiba turun dengan laju sekali.
“Hanan okay je” jawabku manakala
tanganku tidak lepas daripada memegang kepalaku. Aku tidak kisah apa yang jadi
dengan tudungku sekarang yang aku kisah makanan dalam perut aku ni macam nak lompat keluar.
Aku cuba menahannya.
“what okay Asy cakap? Abang tengok macam
orang tak betul dah ni. dahlah jalan pegang kepala siap terhuyung hayang lagi”
ujar uncle tak puas hati. Aku hanya menjeling kepadanya. Sempat lagi nak kutuk
aku ya. Kasi lempang sebijik baru tahu.
“ye la kak. Betul ke akak okay ni. kita
duduk dulu ya” Lisya pula mula bersuara. Risau dia melihat keadaan kakak ipar
kesayangan itu. Cuak jugak dia apabila dia main space shot tu. Tapi rasa teruja
dia melebihi segalanya. Lagipun dia suka benda yang mencabar macam tu.
“sayang kita duduk dulu okay. Tolong
jangan degil. Am, Lisya tengok Hanan kejap. Abang nak pergi beli air” usai je
berkata Tengku Izham bergerak untuk membeli air mineral. Dia berasa sedikit
geram dengan perangai Asy .Tadi punya la berani tapi sekarang muka isterinya
pucat sangat. Kalau ditoreh pun belum tentu berdarah.
Uncle dan Lisya berpandangan sesama mereka dan
selepas itu mata mereka memandang semula ke arah Asy.
“akak” jerit kecil Lisya apabila melihat
keadaan Asy yang ingin rebah. Dengan cepat uncle memimpin Asy dan duduk di
bangku yang berdekatan. Dah parah sangat Asy ni. tadi punya la berani sangat.
Poyo betul la anak buah dia ni.
“sayang are you okay? Ya Allah tadi masa
orang larang dia tak dengar sekarang tengok apa dah jadi ni. dah minum air ni?”
Tengku Izham menghulurkan air mineral. Sungguh perasaannya begitu khuatir
dengan keadaan isterinya. Rasa macam nak dipindahkan je rasa takut isterinya
itu kepada dia tapi apakan daya.
Mata aku mula berair. Sedih rasanya apabila
ditegur macam tu. Entah lah kenapa sensitif benar perasaannya. Ditegur sikit
mula la nak sentap. Apabila Tengku Izham perasan perubahan isterinya. Dia mula
diburu rasa bersalah.
“sayang abang mintak maaf abang bukan
maksudkan nak marah sayang tapi abang risau la tengok keadaan sayang macam ni.”
pujuk Tengku Izham.
“ tadi berlagak kemain nak main sekarang
jadi macam ni pulak. Abang dah agak rasa takut Asy tu tak pernah hilang” celah
uncle. Aku mula mencebik. Kolam mataku mula penuh dengan air mata tunggu nak
turun macam air terjun je ni.
“okay okay abang teman sayang kat sini
ya...Am,Lisya kamu..” belum sempat Tengku Izham menghabiskan kata-katanya aku
sudah memuntahkan segala isi perut ku di jaketnya. Bulat mata uncle dan Lisya.
Aku juga turut terkejut. Alamak apa aku dah buat ni.
“abang mintak maaf” pintaku perlahan.
Kali ni air mata mula merembes keluar.
“sayang its okay. Baju ni boleh
tukarkan. Sayang berkumur dulu.” Tengku Izham tersenyum memandang ke isterinya.
Dia menyapu air mata Asy. Jatuh kasihan pulak dia melihat. Mesti habis
terkeluar makanan yang isterinya makan tadi.
Uncle dan Lisya pulak dah kematian
kata-katanya. Mereka hanya memandang sayu melihat keadaan Asy yang pucat dan
nampak keletihan.
“ sayang dah tak larat nampaknya ni.
kita balik ya” hanya itu yang difikirkan oleh Tengku Izham sekarang. Membawanya
isterinya pulang ke rumah.
“ala abang ni jangan la spoil mood abang
Am dengan Lisya yang nak datang sini. Kita kan baru sampai je kan. Lepas makan
Hanan janji Hanan akan okay. Abang Hanan tak nak balik lagi” rengekku dan terus
memeluk Tengku Izham apabila dia menanggalkan jaket yang terkena muntahan ku.
“sayang jangan degilla. Sayang dah tak
sihat ni. kita balik sekarang ya.”
“tak nak la. Kan kita janji nak bermalam
kat sini kan. Mana boleh nak balik sekarang. Kesia kat Lisya yang nak
jalan-jalan kat sini” pujukku lagi sambil mengemaskan lagi pelukan ku
kepadanya.
“Am dengan Lisya pergi la enjoy dulu.”
“tapi Kak Asy” celah Lisya.
“jangan risau abang ada. Korang pergi la
main dulu. Lagipun rugi kalau datang tak cuba semuakan. Asy abang jaga dia.
Jangan risau ya Am, Lisya”
“Betul tu abang Am,Lisya. Kejap lagi
okay la. Lagipun kan abang Am, Asy kan pernah dah jadi macam ni dengan abang
dulu tapi sekejap je kan lepas tu terus elok.” Kataku kepada uncle. Aku tahu
dia berat untuk melepaskan kepadaku dan pergi berseronok tapi aku akan rasa
bersalah kalau aku menjadi pengahalang kepada aktivtiti dia orang.
“kalau macam tu abang bawak Hanan pergi
hotel la. Kita orang duk kat sana. Korang pergi la enjoy puas-puas.
“hmm kalau macam tu baiklah. Abang Am
yakin yang Is boleh jaga Asy baik-baik. Korang take care ya.” Pesan uncle
sambil menggosok kepalaku.
“kita orang pergi dulu” aku dan Tengku
Izham hanya mengangguk.
Tengku Izham memimpin ku melangkah masuk ke
dalam bilik hotel kami. Walaupun banyak kali aku menegahnya untuk memimpinku
tapi dia masih berdegil. Akhirnya aku mengalah juga.
“sayang nak makan tak. Abang orderkan
nak?” tanyanya sebaik sahaja aku merebahkan badan di atas katil.
“boleh jugak. Lagipun Hanan dah lapar la
abang” jawabku. Aku hanya memandang tingkahnya yang membuat panggilan telefon.
Akhirnya aku merasakan mataku semakin berat dan selepas itu aku tidak sedar
lagi.
“abang” panggilku dengan suara yang
serak. Aku cuba mencarinya kelibatnya.
“sayang abang ada kat sini. Kat belakang
sayang” beritahunya. aku memalingkan badanku ke arahnya. Aku tersenyum. Dulu
apabila berada dekat dengan dia aku sudah berasa resah dan tak tentu arah tapi
sekarang perasaan disayangi, dilindungi dan indah itu hadir. Sesungguhnya aku
bahagia.
“terima kasih abang” ujarku.
“untuk apa sayang?” tanyanya sambil
jarinya mengelus lembut rambutku.
“sebab jaga Hanan. Patutnya abang
berseronok kan tapi tak pasal-pasal kena berkurung kat bilik pulak kan.”
“syhh sayang jangan cakap macam tu.
Sayang dengar sini sayang ni tulang rusuk abang yang hilang dan anugerah yang
Allah bagi kat abang jadi abang kena jaga sayang walau macam mana sekalipun.
Sayang tanggungjawab abang. Nyawa sayang nyawa abang jugakkan. lagipun sayangkan soul mate
abang. You are my everything to me” Bisiknya lembut di telingaku. Aku terharu.
Air mataku mula mengalir perlahan.
“hey sayang kenapa menangis ni. syhh
jangan menangis” pujuknya. Dia menundukkan sedikit kepalanya untuk melihat
wajahku.
“i love you abang” ujarku dengan ikhlas.
Sungguh kata-kataku lahir daripada hatiku.
Tengku Izham sedikit tercengang mendengar kata
isterinya. Akhirnya perkataan cintanya terbalas jugak. Dia tersenyum bahagia.
Sungguh hari ni hari indah baginya. Tanpa disangka isterinya sanggup mencintai
nya sebagaimana dia mencintai isterinya. Tengku Izham lalu mengucup ubun-ubun
isterinya.
“thanks sayang sebab cintakan abang. You
know i love you so much sayang. You are my love for the last. Abang cintakan
sayang sangat” ujar Tengku Izham. Pelukan mereka semakin kuat. Sungguh semakin
hari semakin kuat rasa cintanya terhadap isterinya. Dia cintai isterinya
sedalam yang mungkin bahkan perasaan cinta masa dia bercinta dengan Tina pun
tidak sekuat ini. In syaa Allah Hanan Asyikin akan menjadi cinta terakhirnya.
“abang hari ni last day kan kita kat sini. Jom
kita pergi jalan-jalan. Hanan nak beli la apa-apa yang ada kat sini tapi sikit
je” ujarku sambil tersengih-sengih.
“ya ke sikit? Tak percaya la abang.” Ujar
Tengku Izham sambil mengemas barang-barang yang kami bawa.
“abang ni kalau Hanan beli banyak kan
baru tahu. Biar botak kepala abang tu” ujarku geram. Aku membuang pandang ke arah lain. Pura-pura
merajuk la konon.
“bila masa sayang kalau shopping beli
sikit.. je. Tak pernah pun selagi tak penuh satu kereta tu jangan harap sayang
nak berhenti beli semua.”
“okay kalau tak nak kasi tak apa. Kita terus
balik” ujarku hampa. Sentap tau dengar dia cakap macam tua
Tengku Izham gelak melihat reaksiku. Aku
mengetap bibr. Geramnya tengok dia
gelak. Aku sakit hati sekarang dia boleh pulak bantai gelak.
“sayang ni cakap sikit dah sentap. Okaylah
ikut sayangla nak buat apa abang ikut je. Anything for you sayang” katanya
terus sengihan ku melebar hingga ke telinga. Sukanya!
“Lisya, abang Am mana?” tanyaku kepada
Lisya apabila bertemu mata di lobi dengannya. Aku melihat penampilan adik
iparku hari ini. Wow makin hari makin cantik ya. Dia melabuhkan punggungnya di
sofa di hadapan kami.
“entah. Kat bilik lagi kot. Tadi Lisya
ketuk pintu bilik dia tak jawab pun. Lepas tu Lisya call tadi baru dia jawab. Naik
kematu tangan Lisya ni duk ketuk pintu bilik abang Am. Hish liat betul nak
bangun. Geram la
Lisya kak Asy” Lisya membebel kepadaku. Aku hanya tersenyum
mendengar. Dah agak dah. Macam tu lah perangai uncle yang sebenarnya. Memang sekapal
dengan perangaiku yang suka bangun tidur lewat tapi lepas kahwin aku dah tak
layan dah bangun tidur sampai lewat macam tu sekali. Yang susahnya uncle aku tu
dia liat sikit nak bangun tidur.
“Hai apa yang dibualkan ya dari jauh
abang dengar nama abang disebut tadi. Kenapa ya” celah uncle yang baru muncul
di antara kami. Serentak kami bertiga memandangnya.
“sudah tahu bertanya pulak” jawab Lisya.
“kenapa pulak ni?” soal uncle sedikit
blur. Ye la orang dah tidur mati apa yang dia tahu sangat.
“kenapa awak tanya. Lantak awak lah”
ujar Lisya dan segera berlalu pergi. Aku dan Tengku Izham hanya menggeleng
kepala melihat gelagat dia orang. Macam-macam sungguh. Aku berharap sangat
hubungan dia orang akan berkekalan sampai ke jinjang pelamin. Dia orang
sangatlah secocok nampaknya.
“sayang jom kita gerak. Nanti lewat pulak
nak balik kan.” Ajak Tengku Izham. Aku mengangguk. Aku mencapai handbag dan
bangun dan dengan serentak itu jugaklah anak mataku terpandangkan seseorang. Aku
mengecilkan mata untuk melihat gerangannya. Macam kenal. Desisku. Serta merta
jantungku berdegup dengan laju sekali. Aku terkaku di situ. Aku melihat
orangnya yang sedang berjalan menuju ke lift tanpa menyedari sepasang mata
milikku galak melihatnya. Walaupun mengenakan topi bersudu dan cermin mata
hitam tapi semua itu bukan penghalang untuk aku mengenali siapa gerangannya. Ya
Allah apa semua ni? aku menampar pipiku untuk menyedarkan jika aku bermimpi
tapi susuk tubuh itu mula hilang apabila masuk ke perut lift. Tak mungkin! Tak mungkin
orang yang dah mati boleh hidup semula!
No comments:
Post a Comment