*Haikal
Puan Alia duduk di kerusi di ruang tamu rumahnya. Matanya memandang sayu
ke luar. Dia tak boleh nak menipu dirinya sendiri. Dia sangat rindukan anaknya, Haikal.
Perasaan seorang ibu membentak untuk memiliki anaknya dan seorang anak yang
akan mendoakan apabila dia meninggalkan dunia ni untuk selamanya. Hati
wanitanya sebak.di tangannya ada frame gambar anaknya.
‘sayang kenapa cepat sangat tinggalkan
mama nak. Mama perlukan Haikal sayang. Sekarang papa asyik sibuk je dengan
kerja. mama keseorangan sayang. Keluarga kita dah tak macam dahulu lagi selepas
Haikal pergi. Haikal mama sayang dan rindu sangat kat Haikal.’ Semua itu hanya
bergema di dalam hatinya. Perasaan ini lebih kuat hadir apabila dia berjumpa
dengan Asy di rumah Puan Sri Zahra. Wajah Asy terus mengingatkan dia kepada
Haikal.
Dia ingat lagi dulu sewaktu Haikal
memperkenalkan Asy dengan dia dan suaminya. Muka Haikal sangat berseri-seri
malah suaminya turut tumpang bahagia walaupun pada mulanya suaminya, tuan
Rizuan menolak dengan pasangan yang dipilih oleh orang berada. Alasan Tuan
Rizuan sebab Asy tak setaraf dengan keluarga mereka tapi apabila Haikal membawa
Asy ke rumah hati mereka berdua sejuk dan gembira dengan kehadiran Asy. Bagi
mereka sebagai ibu bapa kepada Haikal mereka tumpang gembira.
Tak sangka kebahagiaan yang dimiliki oleh anaknya
dan dirinya sendiri hanya bertahan selama dua tahun. Semuanya berlaku cukup
pantas sekali. Yang dia tahu daripada Fariz yang Asy perempuan yang tidak ada
maruah. Bahkan dia dan suami melihat video yang ditunjukkan oleh Fariz. Sanggup
berasmaradana di depan mata Haikal dan disebabkan kejadian itu Haikal
kemalangan jalan raya.
Sebagai ibu perkara begitu sangat meluluhkan hatinya.
Tidak di sangka perempuan yang dia sayang sanggup buat perkara terkutuk macam
tu. Dia tidak boleh terima semua itu. Sama juga dengan suaminya tapi apabila
masa semakin berlalu akalnya mula berfikir.
Mungkin betul kalau Asy sememangnya
diperangkap. Oleh itu dalam diam dia mengupah orang untuk menyiasat tentang
perkara itu. Sebetulnya Asy memang diperangkap. Selepas kematian anaknya barulah
hatinya terdetik untuk menyiasat perkara ini. Dan kebenaran yang terbongkar
menjerut hati dan perasaannya kerana rasa bersalah dalam menghukum Asy tanpa
bukti.
Puan Alia sering ingin menjelaskan kepada suaminya tetapi ada sahaja
halangan atau suaminya sendiri tak nak dengar semua kisah lama.
Lamunannya yang jauh itu hilang apabila
kelibat suaminya muncul di ruang tamu itu. Dia melihat suaminya. Macam orang
bermasalah sahaja. Dia terus menyalam tangan suaminya.
“abang ni kenapa. Dari tadi lagi saya
tengok tak kena je. Abang tak sihat ke?” soalnya sedikit risau melihat
suaminya. Biasanya suami sentiasa cool je.
“ saya sihat la. Awak jangan la risau
sangat” jawabnya sambil mendengus geram. Kepalanya sedang berserabut sekarang.
Dia melonggarkan tali lehernya dan menyandarkan badannya di kerusi.
“hari ni kenapa pulak abang balik awal.
Biasanya sibuk memanjang je dengan meeting kalau belum pukul 10 jangan harap la
nak tengok muka abang kat rumah ni” luah Puan Alia geram. Dia terasa dengan
perangai suaminya yang tidak menghiraukannya selama ini. Entah mengapa hari ni
mulutnya ingin melepaskan apa yang ada di hatinya.
“awak ni kan saya balik lambat awak
sibuk bertanya kenapa saya balik lambat kalau saya balik awal pulak macam ni la
pulak. Habis awak tak nak saya balik terus kat rumah ni ke apa? Duduk memanjang
dengan awak. Ikut perangai awak yang asyik goyang kaki je la rumah ni” ujar
Tuan Rizuan sedikit berang.
Sebak Puan Alia mendengar kata-kata yang
dikeluarkan oleh suaminya. Inikah
layanan yang patut dia dapat selepas banyak yang dia berkorban untuk rumah
tangga mereka. Walaupun selama ini dia hanya pekakkan telinga mendengar
kata-kata daripada kawan-kawannya yang mengatakan suaminya ini menggatal dengan
perempuan lain tapi dia tidak cepat melenting. Dia tidak mahu menuduh suaminya
yang bukan-bukan.
Tapi semakin hari dia bersabar semakin sakit hati dan
jiwanya. Sifat-sifat suaminya yang dulu yang baik melayannya sudah hilang ke
mana. Malahan dia juga jarang melihat suaminya sembahyang. Pedih hati wanitanya
tapi selagi mana dia boleh bertahan dia akan
bertahan.
“abang..”panggilnya perlahan. Kalau boleh dia
ingin menjernihkan kembali hubungannya dengan suaminya.
“hmm apa awak nak?” hambar sekali cara suaminya bercakap.
“Saya nak cakap sesuatu dengan abang ni pasal Asy?” beritahunya teragak-agak. Macam mana pun kalau boleh hari ni dia akan berusaha untuk meberitahu cerita sebenar.
“ alih-alih nama budak tu juga yang awak sebut. Sekali lagi awak sebut nama dia jangan salahkan saya kalau saya berkasar dengan awak. Dah banyak kali saya pesan jangan sebut nama budak tak guna tu depan saya. Hati saya ni sakit bila teringatkan perbuatan dia tahu tak” jerkahnya kuat. Puan Alia sedikit pun tidak terkejut dengan tengkingan suaminya. Dia sudah lali dengan tempikan sebegitu. Bila dia sebut atau bukak cerita je dia akan mendapat hadiah laungan sebegitu daripada suaminya.
“dah abang. macam mana pun abang tak nak
dengar saya nak beritahu jugak kat abang. Asy tak bersalah..” sebelum sempat
dia menghabiskan kata-katanya tangan suaminya sudah hinggap di pipinya.
Terpanar dia seketika. Tak sangka suaminya sanggup naikkan tangan kepadanya.
“aku dah cakap kan jangan sebut nama budak tu.
Sakit telinga aku dengar. Kau jangan buat-buat lupa yang dia lah punca anak
kita mati. Dia pembunuh. Sepatutnya dia
yang mati bukannya Haikal” jerit Tuan Rizuan. berdesing telinga Puan Alia
mendengarnya. Dia tertunduk memandang lantai. Hilang habis semangatnya untuk
memberitahu hal sebena kepada suaminya. Hatinya sebak.
Pranng.
Pasu kesayangan Puan Alia habis jatuh
dan pecah akibat amukan Tuan Rizuan. puan Alia memejamkan mata melihat semua
itu. Suaminya masih belum melupakan
kejadian itu dan meletakkan semua kesalahan itu atas bahu Asy. Budak tu tak bersalah bang. Ini
semua qada’ dan qadar Allah. Jeritan itu hanya bergema di dalam hatinya
sendiri.
Dia menghantar langkah suaminya melalui pandangan matanya sahaja. Kala
petang itu di rumah yang tersergam indah dia menangis teresak-esak mengenangkan
nasib keluarganya dan nasib dirinya sendiri.
***
Asy cuba untuk membuka matanya yang terasa
berat. Kepalanya yang sakit sudah sedikit hilang. Dia cuba mengingati apa yang
berlaku kepada dirinya tadi. Dia mengeluh apabila dia ingat yang dia berasa
pening kat dapur dan seterusnya pandangan dia gelap. Dalam samar-samar cahaya
dia membetulkan sedikit posisi tubuhnya agar lebih selesa. dia merasakan ada
sesuatu dia bahagian kanan tempat tidurnya. Lantas dia berpaling untuk melihat.
Dia terkejut pada mulanya akhirnya dia menguntum senyuman apabila melihat
Tengku Izham tertidur sambil terduduk. Ini pasti akibat menjaganya yang tidak
sihat. Dia juga turut melihat besen kecil yang mengandungi air dan tuala kecil.
Mesti suaminya penat sampai tertidur untuk menjaganya dan menuam kepalanya.
Dia terharu dengan keprihatinan Tengku Izham
terhadapnya. Dia rasa beruntung dapat suami macam ni biarlah pada mulanya dia
menerima perkahwinan ini atas dasar terpaksa. Dengan termakan pujuk rayu mama
akhirnya dia bergelar isteri kepada Tengku Izham. Yang pelik baginya selepas
dia berkahwin dia tidak pernah pula tengok mama dia sakit yang dia tengok wajah
tua itu semakin berseri-seri dan bahagia. bukanlah dia mendoakan mama sakit tapi dia sedikit pelik. Betul ke mama Tengku Izham ni sakit.
Dia sedikit bingung dengan kesimpulan yang dibuatnya sendiri.
Aku memerhatikan wajah Tengku Izham yang tertidur dengan mukanya ke
arahku. Cantik dan sempurna ciptaan Tuhan. Dengan hidung dan mata yang elok dan
bentuk muka yang sempurna menjadikan suaminya begitu tampan di pandangan matanya.
Tanpa sedar tangannya menyentuh hidung dan menggosok kening Tengku Izham. Dia
tersenyum. Sekarang tangannya masih menari-menari di muka suaminya. Semakin
lama semakin seronok pula untuk mengusik suaminya yang sedang terlena.
Tengku Izham tersedar tapi tidak menunjukkan reaksinya di hadapan
isterinya. Sebenarnya sudah lama dia tersedar dan buat-buat tidur untuk melayan
perangai Asy yang sedang mengacaunya. Oo nak kenakan abang ya. Desis hatinya.
Dia hanya mengikut rentak Asy. Dalam hati dah berbunga riang. Seronok isterinya
membuatnya begini. Dia menggerakkan sediki badannya untuk menunjukkan ketidak
selesaannya.
Asy sedikit terkejut bila melihat
suaminya tergerak sana sini. Dia mula cemas.sebelum Tengku Izham sedar daripada
lena dia ingin berpura-pura tidur supaya Tengku Izham tidak mengesyakinya
apa-apa.
Tengku Izham tersedar daripada lenanya dan
memandang Asy. Dia tersenyum. Pura-pura tidur la pulak. Okay tak apa. Dia
tersenyum tapi kali ni senyuman nakal okay.
Tangannya mula merayap ke muka Asy. Dari dahi
ke hidung dan kemudiannya ke bibir mongel Asy. Dia tersenyum. Hmm tak nak
bangun lagi nampaknya. Dia masih lagi dengan senyuman nakalnya manakala Asy
pulak dah gelabah dan cemas semacam. Hish apa pulak mamat ni nak buat. Kan aku
tengah tak sihat ni. janganla nak main-main pulak. Desis hatiku.
Aku merasa tangannya semakin gatal merayap dan
dia mula naik ke katil dan berada di sisiku. Nafasku mula turun naik memikirkan
kemungkinan yang akan berlaku. Oksigen! Ya sekarang dia rasa macam tak cukup
nafas pulak dah. Ee dia nikan suka buat aku rasa macam ni. aku tersedar dan
segera bangkit. Oleh kerana badan Tengku Izham yang tidak seimbang di atas
katil dan terkejut dengan tindakanku.
Bedebuk!
“aduh” jeritnya kecil. Aku menekup mulut
menahan tawa melihat reaksinya. Padan muka. Siapa suruh menggatal tak kena
tempat. Kan merasa jatuh katil kan.
“sayang kenapa buat macam tu” tegurnya.
Aku masih lagi menahan tawa dan akhirnya tawa aku meletus jugak.
“ketawakan abang. Oh my sampai hati” ujarnya dengan suara yang dibuat-buat merajuk.
“padan muka siapa suruh kacau Hanan
tidur kan dah merasa jatuh katil.” Ujarku bersama sisa ketawa.
“ala kacau sikit pun tak boleh. Kedekut betul” dia bangun sambil menggosok pinggulnya. Padan muka!
“kacau sikit ke banyak ke tak boleh tau
kalau orang tengah tidur. Berdosa” lancang mulutku memberitahunya. Tidak lama
selepas itu Tengku Izham gelak mendengar kata-kata isterinya.
“berdosa ya kacau orang tidur. Hmm
setahu abang sayang yang kacau abang tidur dulu tadi. Haa tengok sekarang ni
salah siapa pulak?” soalnya. Aku terdiam.
"eh bila masa pulak Hanan kacau abang.
Tak ada maknanya nak kacau abang kan saya baru bangun ni” dalihku. aku menunduk
dan tanganku mula menguis hujung selimut. Tengku Izham gelak. Aku pulak
bengang!
“kenapa gelak pulak?” soalku geram.
“hmm dia kacau kita dulu sekarang dia
pulak yang tak nak mengaku” beritahu tengku Izham sambil mengambil posisi di
sebelah isterinya. Dia membelai rambut isterinya tapi aku cuba menepis. Rimas
okay!
“jangan cakap berbelit boleh tak? Dah
buat tu mengaku jelah. Dia yang kacau tuduh kita pulak dah”
“abang tuduh sayang? Habis jari siapa ya
agaknya yang menari-menari di atas muka abang masa abang tidur tadi ya?
Agak-agak sape ek?” soal Tengku Izham kepada Asy. Dia sengaja berkata begitu. Untuk menyindir isterinya
sebenar. Dalam diam dia berasa seronok mengacau isterinya.
Gulp! Aku pulak dah rasa wajahku membahang
menahan malu. Bukan ke aku ke yang buat kat dia macam tu tadi. Bongak la kau
Asy! Dia sindir kau lah tu.
“ya ke? alamak siapa ya bang. Jangan-jangan
hantu kak limah tak” jawabku sengaja ingin bermain angin dengannya.
“abang pun rasa macam tu jugak la tapi hantu kak limah yang ganggu abang
ni cantik tau macam muka Hanan” dia mencuit hidungku. Alamak jangan
sentuh-sentuh boleh tak? Boleh kasi aku pitam la macam ni.
“ okay lah abang Hanan nak sambung tidur
la, letih” ujarku untuk mengubah topik
perbualan kami. Aku malu sebenarnya. Nampaknya perbuatan aku sebentar tadi
disedari olehnya. Aa malu betul!.
“nak tidur dah. Cepatnya.. sayang tak nak
tahu ke hantu kak limah mana yang ganggu abang tadi” soalnya sambil
menjongketkan kening ke arah aku.
“ tak nak. Okay lah saya nak tidur. Bye”
pantas aku berkata dan menarik selimut untuk menutup seluruh tubuhku. Malu,
malu malu!
“okaylah kalau tak nak tahu tak apa tapi
kan sayang lain kali kalau hantu kak limah ganggu abang lagi abang terus je
terkam dia kali ni. biar tak boleh lari dah.” Ujar Tengku Izham.
“sayang abang nak pergi mandi dulu ni”
sambungnya lagi. Selepas suasana aku rasa sunyi aku pun menarik sedikit selimut
dan alangkah terkejutnya dia masih lagi berada di sisiku sambil buat muka cute.
Terkejut aku.
“tadi cakap nak pergi mandi ni kenapa
tak pergi lagi ni?” soalku sengaja ingin menutup rasa gugupku.
“sayang ni lupa betulla tadikan abang dah
mandi.”
“habis tadi kenapa cakap nak mandi”
tanyaku pelik.
“saja” jawabnya selamba sambil gelak.
“sayang abang lupa nak bagi tahu yang kejap
lagi mama, papa dan Lisya nak datang jenguk sayang. Tadi masa sayang pengsan
abang ada jugak call dia orang bagi tahu keadaan sayang. Tu yang dia orang
sibuk nak datang melawat sayang. Sayang rehat la dulu ya” dia menggosok kepala
Tengku Izham menjemput mama, papa dan Alisya
masuk ke rumahnya.
“kamu ni Is macam mana jaga isteri hah
sampai boleh jatuh demam macam ni sekali” itulah ayat pertama yang keluar
daripada mulut Puan Sri Zahra.
Tengku Izham menyalami tangan papanya dan
mengerling ke arah adik perempuannya yang berada di tepi mamanya. Asyik sibuk
je dengan telefon bersms ke whatsapp ke. hmm budak-budak zaman sekarang
macam-macam betul.
“ Is macam mana la kamu jaga bini kamu
ni sampai boleh jatuh demam ni? mama tanya bukannya nak jawab buat macam mama
ni bercakap dengan dinding pulak” bebel Puan Sri Zahra. Tengku Izham menggaru
kepalanya yang tidak gatal.
“hish kamu ni Zah. Kita baru je sampai
ni kan janganla terus serbu budak Is ni dengan soalan-soalan dan bebelan awak
tu. Kalau tak pun nak menanya dudukla dulu” celah Tan Sri Tengku Taufiq. Tengku
Izham mengangkat tangan tanda bagus kepada papanya. Nasib baik papa ada kalau
tidak banyak la yang dia kena tembak dengan soalan mama dan menadah telinga
mendengar bebelan mama.
“macam mana keadaan isteri kamu tu?”
sebaik sahaja duduk terus sahaja dia melemparkan soalan kepada anaknya. Hati
tuanya begitu runsing mendengar khabar tentang diri Asy yang pengsan. Runsing
benar dengan keadaan menantunya itu.
“Hanan demam ma tapi dah baik sikit
selepas kena suntik and Is pun ada tuam sikit kepala dia” jelas Tengku Izham.
“mama janganlah risau in syaa Allah esok lusa baiklah tu” sambungnya lagi.
“macam mana mama tak risau Is kamu call
beritahu yang Asy pengsan. Terkejut tau mama.” Ujar Puan Sri Zahra.
“ni Is mama nak tanya kamu tak perasan
ke yang Asy tu tak sihat? Takkan la kamu tak perasan kamu kan suami dia”
kedengaran suara mama bertanya lagi. Kali ini nadanya sidikit tegas. Bukan
macam tadi risau je.
“ bukan tak perasan ma tapi Is sibuk la
dua tiga hari ni sampai Hanan pun Is tak beri lebih perhatian tu lah boleh
sampai jadi macam ni” luahnya.
“ hish kamu ni Is sibuk-sibuk jugak tapi
jangan lah sampaikan abaikan isteri kamu macam tu sekali. Kena tanya jugak dia
sihat ke tak. Kalau dia tak cakap pun takkan kamu tak boleh rasa badan dia
panas ke apa ke? kamu kan suami dia
sentuh dia selalu. Tu pun tak perasan? Mama kena ajar jugak.” Bebel Puan
Sri Zahra.
“bukan tak perasan ma tapi tak
sempat” Tengku Izham makin rasa
bersalah. Semua ni sebab dia yang mengabaikan isteri dia. Dia janji selepas ni
dia akan menjaga isterinya dengan baik sekali.
“ sempat ke tidak , sibuk ke apa ke
keselamatan, kesihatan isteri tak boleh diabaikan Is.ingat Is kamu kena jaga
Asy baik-baik. Mama yang masuk merisik dia, so jangan malukan mama dengan keluarga dia.” Bebelnya
lagi. Stress tengku Izham mendengarnya. Dia makin berasa bersalah. Remuk redam
hatinya melihat keadaan isterinya berbaring tidak sedarkan diri. Sekarang
barulah dia boleh menarik nafas lega bila melihat keadaan isterinya yang
sedikit segar walaupun belum sepenuhnya.
“ ma., sudah-sudah lah tu awak membebel.
Kesian kat Is ni” celah Tan Sri Tengku Taufiq.
“ha ni sebab abang la sampai Is abaikan
Asy. Bagi kerja kat anak abang ni banyak sangat. Kan abang tahu anak abang
sorang ni workaholic macam abang. Kalau ada kerja dia akan siapkan jugak. Kalau
tak siapkan kat pejabat diangkutnya buat balik ke rumah” kali ni bebelan Puan
Sri Zahra mula beralih ke suaminya pulak.
“aik papa pulak yang kena? Hmm
macam-macam la mama ni” bidas papa.
“ye la ye la papa tahu papa bagi banyak
kerja kat Is. Sekarang papa akan kurangkan tapi Is kena la settlekan dulu
projek indera mahligai dengan FS holdings tu selepas tu Is boleh pergi bercuti
sekali dengan honeymoon. Kali ni biar papa sponsor” sambung papanya.
“papa nak belanja? thanks pa. Kalau
macam tu cepat-cepat la Is nak settlekan projek ni. sekali sekala boleh jugak
pau papa.” Tengku Izham gelak dengan kata-katanya sendiri.
“mana aci pa nak sponsor abang Is. Dia
kan dah banyak duit. Baik papa sponsor trip untuk Lisya tau” tutut Lisya manja.
“tak malu. Dah papa kan cakap nak sponsor
abang takkan nak sponsor Lisya pulak” Tengku Izham menyekeh kepala adiknya.
“mama tengok abang ni. sakit kepala
Lisya” adunya. Manja sangat. Bukan kuat sangat dia sekeh. Sajala tu nak mengadu
macam budak-budak.
“ mama, papa, lisya bila sampai ni?”
soalku yang berjalan ke arah mereka.
“Asy apa jalan kemari ni. sepatutnya Asy
berehat kat bilik bukannya datang kat kita orang ni” ujar mama sambil bangun ke
arahku dan memimpin tanganku untuk duduk di kerusi.
“ma Asy dah sihat la. Tengok ni dah
boleh jalan kan” tunjukku. Aku perasan mata Tengku Izham begitu galak
memerhatiku. Aku hanya ikut sahaja rentak mama yang menarik ku duduk di
sebelahnya.
“akak ni kuat betulla. Kalau Lisya demam
sampai pengsan memang tak bangun dah la. Terus terbongkang atas katil. Nanti
dapat layanan macam tuan puteri. Best tau akak” ujar Lisya sambil tangannya
masih lagi tekun menekan keypad blackberrynya itu.
“Lisya memang macam tu nak orang layan
macam tuan puteri je kerja dia” celah papa. Lisya menarik muncung. Merajuk la
kononnya.
“pa sampai hati cakap macam tu tau”
Lisya menyendeng di bahu papa. Anak manja betulla.
“sayang ni betul-betul dah sihat ke?
tadi kata nak tidur sekarang elok-elok pulak jalan ni kenapa?” soal Tengku
Izham lembut. Alahai romantik la pulak aku rasa. Aku malu-malu apabila melihat
mama dan papa serta tidak ketinggalan jugak Lisya yang tersenyum melihat ke
arah kami.
“dah okay dah sikit ni. malas lah nak
manjakan diri sangat. Kalau jalan-jalan macam ni cepatla sikt sihatnya”
beritahu ku jujur.
“betul ke Asy dah sihat ni? kalau ada
sakit kat mana-mana beritahu je mama. Kita terus pergi hospital” ujar mama. aku tersenyum. keluarga Tengku Izham memang baik. aku sememangnya disayangi oleh mereka.
“tak lah ma. Asy dah okay dah ni. mama
papa jangan la risau.” Beritahuku. Tanganku digosok lembut oleh mama. Terubat
rindu kat ibu di kampung.
“
baguslah kalau kak Asy dah okay. Lisya
tak sabar dah nak ajak akak teman Lisya pergi shopping. Biar botak kepala abang
Is bila akak shopping”
“wow shopping bestnya. Bila ? dah lama
akak tak shopping Lisya” ujarku riang. Dah lama rasanya tak shopping padahal
dulu itu hobiku dengan Balqis.
“kalau nak shopping pun tunggu kakak
kamu ni sihat dulu lepas tu baru mama bagi izin nak keluar shopping”pesan mama.
Aku dan Lisya hanya mengangguk.
“alamak botak la kepala abang macam ni”
celah Tengku Izham. Meledak ketawa kami semua.
“ha Is kamu jangan lupa pulak yang esok
kamu ada meeting dengan Tuan Rizuan dari KAMI holdings tu."
“baik pa. Is takkan lupa. Lagipun dia
kan klien penting syarikat kita”
" betul cakap kamu. syarikat kita dah lama bersaing dengan syarikat dia. kali ni bila dia nak bekerjasama kita kenala terima dengan tangan terbuka. ingat Is jaga nama baik syarikat kita ya" nasihat papa
Tuan Rizuan? KAMI holdings? Aku menelan liur.
Perit rasanya. Macam mana kalau Tuan Rizuan tahu Tengku Izham ni suami aku. Dia
akan bekerjasama lagi ke dengan syarikat Delta holdings?macam mana pulak kalau
Tengku Izham tahu apa kena mengena aku dengan KAMI holdings ? apa reaksi
dia?Aku berasa kepala ku yang sedikit ringan kembali berat. Aku takut untuk
memikirkan kalau Tuan Rizuan tahu aku ada hubungan yang cukup besar dengan
keluarga Tan Sri Tengku Taufiq. Aku tahu apa yang Tuan Rizuan sanggup buat
untuk tidak tengok aku bahagia. Aku memejamkan mata dan dalam hati aku berdoa
agar semuanya berjalan lancar. Aku merenung wajah Tengku Izham. Rasa indah
hadir lagi buat kesekian kalinya. Mungkinkah aku sudah jatuh sayang kepadanya?
No comments:
Post a Comment