Aku termenung di balkoni rumah. Kata-kata papa
semalam masih lagi terngiang-ngiang di telingaku. Meeting dengan Tuan Rizuan.
dia nak bekerjasama dengan Delta
Holdings? Aku mengeluh.
Jangan lah dia ada muslihat lain pulak dengan semua
yang di buat ni. aku tahu bahkan aku masih lagi ingat kata-katanya tiga tahun
lepas yang aku tak boleh bahagia dalam kehidupan. Sebak memikirkan semua itu.
Aku diperangkap tapi mereka tak nak percaya dengan kata-kata dan penjelesan tu.
Aku memejamkan mata sambil menghirup udara segar. Oleh sebab keadaan ku yang
demam Tengku Izham tak benarkan aku menurutinya ke pejabat. Pelbagai alasan dah
aku cipta tapi dia masih berkeras tak izinkan aku. Duduk kat rumah bukannya
boleh buat apa pun. Duk goyang kaki je. Boleh naik kematu tahu punggung aku ni.
Aku menyentuh rantai yang berada di leherku.
Rantai yang berbentuk love ku usap sambil memejamkan mata. Sungguhnya rantai
ini memberikan aku seribu satu kenangan, kenangan bersama-sama dengan arwah Haikal.
Aku tidak pernah melepaskan rantai ni walau di mana aku berada dan apa yang aku
buat. Rantai ini sentiasa menemani diriku. Aku masih ingat lagi sewaktu aku
terima rantai ini daripada arwah di oversea dulu.
“Carl kenapa nak tak menyempat sangat nak
jumpa hari ni? esok Asy ada test tau. Banyak yang kena study lagi.” Beritahuku
tak puas hati apabila melihat dia melabuhkan punggung di sebelahku..
“Carl mintak maaf sangat sebab curi masa Asy
hari ni tapi hal ni boleh dikatakan penting jugak la sebab tu yang nak jumpa
dengan Asy sangat-sangat. Lagipun rindu la sayang” ujarnya sambil menguak
rambutnya. Kacak sungguh dia. Perempuan-perempuan pelbagai bangsa yang lalu
lalang di depan kami asyik menjelingnya dan ada yang tidak segan silu
merenungnya dan melemparkan senyuman. Agaknya aku kat tepi Haikal ni
minah-minah tu dah tak nampak kot. Kalau diikutkan hati ni nak je tutup muka
Haikal dengan topeng doraemon ke shin chan ke kalau boleh nak lukis kat muka
dia sampaikan orang lain tak nak pandang langsung. Hish siapa suruh handsome
sangat. Tergugat aku ni. desisku sendirian.
“Asy... Hello”ujarnya sambil tangannya
dipetik-petik ke arahku.
Aku tersentak lalu terus melemparkan senyuman ke
arahnya.
“hmm ke mana dah buah hati saya ni dah sampai
ha? Abu Dhabi?. Islamabad? Tak pun ke Paris dah” dia menyindirku. Tahu sangat dengan perangaiku
yang suka berangan tak kira tempat tuh.
“dah lah sindir Asy. Macam la tak kenal Asy ni
macam mana. Hah apa nak cakap yang sampai tak menyempat sangat nak jumpa ni?”
“rindu kat Asy la” ujarnya bersama
sengihan nakal.
“ngada-ngada” aku memandang ke depan.
Seronok melihat pelajar universiti yang berada di atas padang tak kiralah dengan kawan ke
girlfriend boyfriend dia orang ke dan tak ketinggalan jugak yang buat
discussion.
“mana ada Carl ngada-ngada. Takkan la
nak rindukan buah hati sendiri pun tak boleh”
“dah jangan mengada-ngada lagi kalau tak
saya balik sekarang” aku cuba berdiri padahal bukan lah nak balik sungguh pun.
Saja aku nak gertak dia.
“sayang wait. Janganla nak balik cepat
sangat. Tak lari la rumah sayang tu. Okay now pejam mata” dia mengangkatkan
kening ke arahku.
“kenapa pulak nak pejam mata bagai. Carl
awak ni macam-macam betulla” kataku sambil menguis kaki ku sesama sendiri.
“nak balik cepat kan. So ikut je. Pejam
mata awak sekarang” dia tak nak mengalah lagi. Masih suruh aku pejam mata buat
kesekian kalinya.
“ye lah” akhirnya aku mengalah dengan
permintaannya. Aku merasa ada pergerakan di selendang yang aku pakai tapi bila
aku mendengar arahannya supaya suruh aku pejamkan mata dulu aku hanya menurut
sahaja.
“okay dah siap. Sekarang Asy dah boleh
bukak mata”
Aku membuka mataku perlahan-lahan. Air mataku
mula mengalir perlahan. Kalau tiga tahun dulu aku bukak mata masa tu hanya dia
lah yang aku nampak tapi sekarang tidak lagi yang ada hanyalah bangunan pencakar
langit di hadapanku. Aku mengusap rantai pemberiannya lagi. Perasaan rinduku
semakin membuak-buak. Kalau lah dia masih hidup lagi semestinya kami sudah
berkahwin sebab dia merancang untuk menikahi ku pada umur ku masuk 25 tahun.
Semuanya yang dirancang oleh kami bersama, sangat indah sekali tapi kami hanya
merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya.
Aku pasrah. Rupanya perjumpaan kami di petang
itu adalah perjumpaan kami sebagai pasangan bahagia buat kali terakhir. Selepas
itu peritiwa hitam berlaku dan dia beberapa hari bertarung dengan maut dia meninggalkan
aku untuk selama-lamanya. Aku berasa sangat marah dan sedih apabila mengetahui
apa yang berlaku kepada diriku dan perasaanku remuk redam apabila mengetahui
Haikal kemalangan dan bertambah parah lagi bila Fariz datang dan mengaku
semuanya selepas Haikal meninggal. Sedih tak terhingga rasanya penanggungan
aku.
Kalaulah negara tak ada undang-undang sudah
lama aku bunuh Fariz tapi akal membataskan perbuatanku. Aku masih lagi dapat
berfikir dengan waras dalam bertindak. Aku masih ingat lagi dengan keadaannya
semasa berada di hospital. Dia tak ingin berjumpa denganku apabila dia sedar
dari koma. Perasaanku aku memang hancur apabila mendapat tahu yang dia tak sudi
lagi bertemu denganku padahal di waktu itulah aku ingin bersama dengan dia
ingin berkongsi rasa sakit yang dialaminya. Semua itu sememangnya mustahil
apabila orang suruhan Tuan Rizuan sentiasa memantau pergerakan keluar masuk
pelawat untuk melawat Haikal. Aku hanya boleh memerhati dari jauh.
Walaupun sudah puas aku melutut dan merayu
tapi Tuan Rizuan dan Puan Alia sedikitpun tidak mengendahkan aku. Mereka sama
sekali tidak membenarkan aku berjumpa dengan arwah sampai ke nafas terakhirnya.
“ya Allah kau ampunkanlah dosa Haikal ya Allah
kurangkan seksaan dia dan tempatkan dia dalam kalangan orang yang soleh” aku
mendoakan kesejahteraan dia buat kesekian kalinya. Doaku padanya tidak pernah
putus. Walaupun dia dah lama meninggalkan ku tapi aku tak boleh nak melupakan
dia lagi seolah-olah perasaan cintaku terhadapnya terkambus bersamanya. Aku
mengeluh buat kesekian kalinya. Asyik mengeluh je kerjaku. Sepatutnya aku
bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Chaiyok Asy!
***
Dalam bilik pejabat Tengku Izham tekun
menyemak fail-fail dan kertas yang perlu ditandatangan olehnya. Dia melihat jam
di pergelangan tangannya. Dia perlu cepat. Sekejap lagi dia ada meeting dengan
Tuan Rizuan. dia masih lagi meneliti kertas kerjanya. Sibuk benar dia dengan
projek yang dia handle sekarang ni. tak cukup tangan rasanya. Dia juga turut
khuatir memikirkan keadaan Asy di rumah. Berkeras isterinya ingin mengikut nya
ke pejabat tapi dia membantah. Degil betul isterinya kalau dia membantah mula
la ada seribu alasan nak sangkal balik.
Dia tersenyum dalam keadaan sibuk macam ni dia boleh fikirkan isteri dia
lagi. Memang hebat penangan cinta Asy. Kalau dulu jangan harap la perempuan
yang cantik dan seksi ada depan mata nya tidak akan tergugat kalau dia sibuk bekerja.
Sebab itulah dia digelar hati batu oleh Tengku Rayyan
T
ok tok tok.
“masuk” arahnya sambil matanya tak lepas
memandang kertas kerjanya.
“Assalamualaikum” Tengku Rayyan memberi
salam.
“waalaikummussalam” jawab Tengku Izham
sambil mengerling sekilas memandang sepupunya itu dan dalam beberapa saat dia
kembali menyambung kerjanya.
Tengku Rayyan mengeluh dan keluhan nya
didengari oleh Tengku Izham.
“hah kau ni kenapa pulak masuk bilik aku
lepas tu mengeluh pulak. Kenapa kau
gaduh dengan Balqis ke?” tanya Tengku Izham. Tengku Rayyan melabuhkan duduk di
kerusi berhadapan dengan meja Tengku Izham.
“hish kau ni mana aku gaduh dengan
isteri aku. Kita orang tak gaduh tau. Tak suka gaduh-gaduh ni nanti tak pasal
aku kena tendang tidur kat luar pulak kalau gaduh dengan dia. Kau ni suka
serkap jarang” bidas Tengku Rayyan.
“hah habis tu kenapa kau masuk bilik aku
ni kalau bukan aku ni kena mendengar masalah kau or jadi penasihat tak rasmi kalau kau dilanda masalah. Siap mengeluh lagi ni”
“aku mengeluh bukan sebab aku la bro
tapi aku kesian kat kau ni hah”
“kenapa pulak?” tanya Tengku Izham
sedikit pelik. Terus tangannya berhenti daripada membuat kerjanya yang banyak
itu.
“ye la kau kan baru je kahwin tak
menyempat nak pergi honeymoon dah kena kerah kerja teruk macam ni. aku kesian
la kat kau” luah Tengku Rayyan.
Tengku Izham tersenyum memandang kawan
yang merangakap sepupunya itu.
“aku dah biasa bro” jawabnya
“ye aku tahu tapi agak-agak la papa kau
nak bagi kerja kat kau pun kau kan pengantin baru. Kalau aku jadi kau Balqis tu
dah sentap kat rumah tau tak”
“tu bini kau tapi Asy ni tak macam tu
malah dia yang beria-ria pujuk aku mintak tolong papa. Dia cakap honeymoon tu
bila-bila masa boleh pergi. Aku memang la mula-mula tu tak setuju tapi bila dah
dengar suara dia terus aku melting bro. Surrender awal-awal lagi” ketawa
meletus di ruang bilik itu.
“bro untung kau dapat bini memahami
macam tu. Kelakar betul la kau ni kan. Dengar Asy cakap sikit pun kau dah cair.
Dah parah la kau ni. dulu perempuan pun jarang kau nak pandang tapi sekarang
kemain lagi kau dengan Asy ya.”
“ye lah sebab dia dah curi hati jantung
aku ni. semuanya untuk dia dah tak ada ruang untuk orang lain bertapa dah”
jawabnya selamba.
“fulamak kau siap jiwang la pulak
sekarang ni. aku impressed dengan Asy boleh buat kau sampai berubah macam ni”
gelak Tengku Rayyan.
“banyak la kau. Wei okaylah aku ada
meeting ni. catch you later okay” ujarnya sambil tergesa-gesa mengemas
barang-barangnya. Oleh sebab berbual dengan Tengku Rayyan dia tidak perasan masa
yang berlalu.
“okay lah tapi bro kau jangan lupa tahu
datang umah aku malam jumaat ni. Balqis jemput korang dinner sekali kat rumah
kami nanti” jerit Tengku Rayyan. Tengku Izham hanya mengangkat tangan sebagai
tanda isyarat dan terus keluar daripada biliknya. Tengku Rayyan menggeleng
kepalanya. ‘Is dah banyak berubah daripada dulu yang hanya tahu kerja, kerja
dan kerja sekarang dia dah mula bukak mata untuk menitik beratkan perkara yang
berlaku di sekitarnya. Hatinya yang
telah dilukai suatu ketika dahulu mula terubat. Dan dia pasti ubat dan penawar
adalah Asy’ omelnya sendirian.
****
“sila duduk” jemput Tuan Rizuan kepada
Tengku Izham. Tengku Izham hanya tersenyum dan mengangguk. Kalau boleh dia
ingin melayan tuan Rizuan sehabis baik kerana dia amat bersyukur sebab Tuan
Rizuan sudi menghulurkan tangan persahabatan setelah sekian lama menjadi musuh
tradisi dalam dunia perniagaan melalui kerjasama yang akan dijalinkan oleh syarikat
mereka masing-masing..
“so saya dengar kamu dah kahwin?” ujar Tuan
Rizuan selepas perbincangantentang kerja mereka selesai
Tengku Izham tersenyum mendengar soalan
itu.
“ya Tuan saya dah berkahwin. Kalau tak
silap saya tuan dijemputkan?” tanya Tengku Izham.
“ya memang tapi masa tu saya outsation
ke Jepun so tak boleh nak attend your wedding. Saya mintak maaf lah bagi pihak
saya dan isteri” ujarnya. Padahal dia ada di Malaysia tapi dia sengaja malas
untuk menghadiri perkahwinan itu. Lebih-lebih lagi hubungan mereka belum lagi
baik jadi Tuan Rizuan ambil langkah untuk diamkan diri sahaja.
“oh kalau macam tu nak buat macam mana
kan Tuan Rizuan. bukan rezeki tuan nak attend majlis perkahwinan saya.”
“yeah betul tu. Okaylah kalau macam tu
Izham selamat bekerjasama dengan KAMI holdings.” Tuan Rizuan berdiri untuk bersalam dan Tengku
Izham juga turut bangun.
“saya harap kita akan adakan majlis
rasmi or press conference untuk umumkan hubungan baik kita ni” ujar Tuan
Rizuan. Tengku Izham mengangguk tanda setuju.
“Tuan jangan risau pasal tu pihak kami
akan uruskan dan saya harap pihak tuan pulak akan memberikan kerjasama yang
sewajarnya”
“itu sudah semestinya” jawab Tuan
Rizuan. tuan Rizuan merenung anak muda di hadapannya. Dia tersenyum dan bangga
dengan pencapaian anak muda di hadapannya ini. Dalam usia yang muda dapat
mencipta nama yang cukup gah dalam bidang perniagaan. Kalau lah anak dia masih
hidup mesti anak dia akan turut mencipta nama seperti Tengku Izham. Desisnya
tapi dia tahu semua itu mustahil sebab anaknya sudah tiada. Ini semua sebab
budak perempuan tak guna tu. Bentaknya di dalam hati. Dia tersentak apabila
tangan nya yang bersalam dengan Tengku Izham dilepaskan.
“oo saya lupa nak bagi tahu yang nanti syarikat saya akan adakan sambutan ulang tahun syarikat so saya jemput Tengku dan keluarga untuk attend majlis tu. Lagipun saya juga boleh berkenalan kan dengan perempuan yang dapat menambat hati kamu sampai kamu ambil keputusan untuk berkahwin dengan dia. Bertuah isteri kamu dapat suami yang hebat macam Tengku.”
Tengku Izham tergelak kecil mendengarnya.
Baginya tinggi sangat pujian yang dia dapat daripada Tuan Rizuan.
“saya biasa saja orangnya Tuan” ujarnya
merendah diri.
“merendah diri sangat kamu ni Izham.
Jangan lupa datang tau.”:
“sure” balas Tengku Izham “kalau macam
tu Tuan saya mintak diri dulu ya” Tengku Izham meminta diri. Tuan Rizuan pula
hanya menghantar langkah Tengku Izham dengan pandangan matanya. Sungguh anak muda
ini mengingatkannya kembali kepada arwah anaknya. Kalau lah anak dia masih ada
mesti sekarang dia dikenali ramai dalam dunia perniagaan. Dia mengeluh dan
meneguk nescafe di hadapannya.
***
Asy membuka kabinet di dapurnya. Selepas
satu satu dia buka untuk mencari makanan segera. Nampaknya semua stok yang
terletak elok dalam almari ni dah habis. Aku pun tak perasan barang semua dah
habis. Biasanya makanan di rumah dia masak dan dia sangat mengelakkan makan
makanan segera. Tak baik untuk kesihatan kan. Oleh sebab lauk untuk dimasak sudah
habis dia terpaksa mengisi perutnya dengan makanan segera. Proses pencarian
makanannya masih berterusan lagi. Dia masih tidak berputus asa untuk mencari.
Perutnya mula berlagu balada, pop, rock kapak dan macam-macam lah. Dari pagi
lagi dia tidak menjamah apa-apa. Tapi semuanya hampa apabila tiada satu pun
makanan segera yang dia jumpa. Harap dapur je cantik dan esklusif tapi makanan
tak ada. Hampeh !
“hish kalau nak tunggu Is aku balik
alamatnya mati kelaparan la aku. Tak boleh jadi ni aku nak makan jugak.” Asy
berfikir sejenak dan selepas tu sengihan lebar melekat kat wajahnya. Lalu dia
terus menuju ke bilik mengambil handbag dan handphone. Dia nekad dia mahu
keluar ke mana-mana kedai untuk makan. Lapar tahap tak boleh blah dah ni.
langkahnya diayun laju menuju ke lift.
Asy menjamu makanan yang terhidang di depan
matanya. Nikmat sekali rasanya. Dia menelan nasi goreng USA dengan penuh rasa
nikmat. Sesekali matanya mengerling keadaan di sekeliling. Hari ni sedikit
lengang keadaan di restoran. Ye lah hari ni kan waktu kerja waktu lunch pun dah
lepas. Selepas dia mendapat idea tadi
dia terus menelefon pakcik teksi dan datang ke restoran yang dia biasa makan
dengan Balqis kat Bangi ni. sudah lama tidak merasa makanan ini jadi dia terus
datang ke sini apabila Tengku Izham memberi keizinan. Dia tersenyum dan
tangannya lincah membuka sms daripada Tengku Izham buat kali kedua.
Okay
lah kalau sayang nak keluar. Abang bagi. Hati-hati ya sayang. Abang mintak maaf
sangat sebab tak perasan yang makanan kat dapur tu dah habis. Lain kali kita
keluar beli erk. Sayang hati-hati tau. Jangan nakal-nakal tau. Love u so much.
aku
tersenyum membaca sms itu. Kalau dia tak kasi aku keluar makan memang aku dah
lepuk-lepuk dah dia tapi selepas aku pujuk bagai nak rak barulah sms berbalas
macam ni. Aku lucu memikirkan
keadaannya yang berbalas sms masa dalam meeting, mesti dia tak fokus. Alahai risau
bebenor kat aku ni. macam la ada orang nak culik kalau aku keluar rumah. Orang tak
pandang pun aku ni. tak laku tau!
Aku meneruskan suapan lagi. Sedap betul makanan kat sini.
“Hai Asy”
Terkejut aku mendengar teguran itu.
Serta-merta kepalaku mendongak. Nasi dalam mulutku macam nak tersembur
keluar melihat mamat di depan mataku.
Fariz! Apa dia buat kat sini? Tak boleh tengok aku senang betul. Aku mendengus
geram. Seleraku tiba-tiba mati. Memang Fariz ni dasar hantu puakala. Di muncul depan aku terus mood baik aku hilang pergi lari ke laut.
“Asy dah tak nak cakap dengan abang ke?”
soal Fariz apabila aku terus membisu.
“kalau dah tahu kenapa tanya. En Fariz
boleh pergi tak? Leave me alone. Tengok
muka Encik mati selera saya nak makan” ujarku sedikit kasar
“why? Abang kan kawan Asy and maybe one
day I’ll be your husband so mana boleh cakap kasar macam tu dengan abang” dia
tersenyum dan tanpa mendapat izin dariku dengan selambanya punggungnya berlabuh
di kerusi yang berada di hadapanku. Bulat mata ku memandangnya. Riak di muka ku
dah berubah tapi dia buat selamba je. Muka tak bersalah langsung.
“Asy kenapa pandang abang macam tu? Dah
rindu ke lama tak jumpa dengan abang ni?” dia membalas pandanganku. Tanpa
berlengah aku terus memalingkan mukaku ke arah lain. Aku mendengus kuat. Memang
manusia yang tak jenis faham bahasa la dia ni.
“Encik Fariz jangan mengada-ngada ya.
Rindu? Saya nak rindukan Encik? Mati hidup balik pun saya takkan la buat benda
bodoh dengan rindukan orang macam Encik. Tak guna, buang masa saya saja”
suaraku sudah mula meninggi. Aku benci melihat mukanya. Melihat dia, memandang
dia peristiwa tiga tahun lalu terus berputar ke dalam kotak fikiranku.
Fariz hanya tersengih mendengar kata-kataku.
Tanpa segan silu dia meneguk air fresh orange milikku. Lagilah terbuntang luas
mataku melihat perbuatannya yang agak kurang ajar tu.
“hai takkan la abang nak kongsi air
dengan Asy pun dah terkejut macam tu. Asy nak tahu tak orang kata kalau kita
kongsi makanan atau minuman bersama perasaan sayang tu akan bertambah kuat tau.
Kan elok kalau Asy sayang kan abang banyak-banyak.”
Aku gelak tapi gelak sinis dan menyampah.
“sayang? Siapa sayang siapa hah? Saya
nak sayang Encik? Pleasela. Semua takkan terjadi dan takkan pernah terjadi.”
Aku mengetap bibir.
“wait and see Asy. Jangan bercakap
terlalu sombong nanti makan diri sendiri. Lagipun abang yakin yang Asy akan
jadi milik abang mungkin bukan sekarang tapi future, who knows” selamba badak
je perkataan tu keluar daripada mulut dia. Sekarang darahku dah berlumba-lumba
menyirap ke kepala. Sungguh kurang ajar kata-katanya. Sedarkah dia dengan siapa
dia bercakap sekarang ni. aku ni isteri orang bukannya anak patung yang
senang-senang je dia nak ambik jadikan aku ni milik dia.
“huh! Bercakap macam orang gila. Saya ni
isteri orang la. tak faham bahasa ke apa” suaraku mula kedengaran tinggi. Beberapa orang yang berada di
restoran itu mula memandang kami. Memang aku sekarang ni cukup popular kalau
keluar makan asyik bergaduh je kat restoran. Baru ni sekali dan hari ni pulak
dah. drama betul!
“Asy,Asy sekarang ni zaman dah maju tau.
Kapal terbang kat awan biru pun orang boleh rampas ni pulak isteri orang kat
daratan je. Senang je Asy nak buat semua tu dan Asy jangan risau abang janji
dengan cara macam mana sekalipun Asy tetap akan jadi milik abang. Milik abang
sorang sahaja. lagipun tak ada guna la apa yang abang buat dulu sampaikan Haikal meninggal tapi abang masih tak dapatkan Asy” selesai je dia berkata terus aku berdiri dan sebaik itu jugak
kedengaran kerusi jatuh. Kali ni semua orang dah mula memandang kami. Aku pula
tidak menghiraukan semua itu. Amarah aku sekarang melampaui semuanya..
“kau ni memang kurang ajar, tak reti nak
hormat aku macam mana aku hormat kau dulu. Kau dengar sini ya. Hanan Asyikin
yang berdiri kat depan kau ni bukan perempuan lemah macam tiga tahun lepas.
Seorang yang mudah ditipu oleh penyangak dan pengkhiananat macam kau ni. aku bukan bodoh lah
Fariz. Kali ni aku akan pertahankan hubungan aku dan kau” jariku betul-betul
berada di hadapan mukanya. Nafasku memang tidak setabil sekarang ni.
“takkan sesekali boleh musnahkan”:
marahku sambil mencapai handbag.
“kalau dulu abang boleh buat takkan la
sekarang tak bolehkan. Memang masa dah berubah tapi abang tak pernah berubah.”
Tuturnya lagi. Aku memandangnya tajam. Dia ni kan memang melampau. Usai je dia
berkata aku menghentak handbag ku dengan kuat di atas meja. Kuat bunyinya. Dia
jugak turut terkejut dengan reaksi spontan ku itu.
"aku dah cukup bencikan kau sekarang kau jangan buat aku bertambah benci dengan kau." Selepas itu aku segera
keluar daripada restoran. Lebih panas gegendang telingaku ini apabila dapat
menangkap suara sumbang yang cakap kalau ada masalah bincangla kat rumah, suami
isteri tak elok gaduh macam ni. what?muka aku ni nampak macam isteri dia ke apa.
Kalau ikutkan hati aku memang aku nak tenyeh je mulut siapa yang cakap macam
tu. Memang buat darah aku naik je la.
Fariz mendengus geram. dia perlu sabar untuk mendapatkan Asy balik.
"tak apa Asy. hari ni mungkin Asy boleh bahagia lagi dan Asy akan lebih bahagia bersama dengan abang. abang janji dan pasti Asy akan jadi milik abang. kalau abang tak dapat orang lain pun tak boleh memiliki Asy. muktamad!" omel Fariz . hatinya berasa sedikit geram dengan tindakan Asy yang memalukan dia di khalayak ramai. tidak betah berada di situ itu akhirnya dia pun turut meninggalkan restoran tersebut. baginya Asy perlu membayar semua ini! noktah.
Seelok sahaja teksi berhenti di hadapanku aku
terus meloloskan badanku ke dalam perut teksi. Perasaan marahku masih tidak
hilang lagi. Geram sungguh aku dengan perbuatan dan kata-kata kurang ajar dia.
Tiga tahun dan perangai dia masih perangai macam syaitan. Memang bagus tindakan
aku yang tidak memaafkannya dengan mudah pada tiga tahun lepas. Memang dia tak
berubah langsung. Penuh dengan hati busuk!
Aku melangkah masuk ke dalam bangunan K
Residence.
Langkahku laju sahaja diayun menuju ke lift. Sementara menunggu
pintu lift terbuka mataku meliar di kawasan lobi itu.
Ting
Pintu lift di sebelah terbuka. Dengan
cepat aku melangkah tapi langkahku mati sebaik sahaja menangkap kelibat manusia
yang aku kenali. Cepat-cepat aku bersembunyi sebelum dia perasan akan
kehadiranku. Dalam dia aku memerhati gerak gerinya.
Tuan Rizuan! aku mengerlipkan mataku
beberapa kali supaya mataku tak tersalah melihat orangnya. Aku mencubit sedikit
pipiku. Sakit. Sah memang aku tak bermimpi di siang hari ni. itu memang Tuan
Rizuan yang baru keluar dari lift. Siap ada perempuan muda lagi kat sebelah
yang pakai baju macam tak cukup kain dah kat kedai. Dah tu mengendeng manja
pulak kat bahu Tuan Rizuan sambil berjalan. Terkejut aku melihat situasi di
depan mataku. Hatiku tutur tercalar memikirkan keadaan Puan Alia apabila dia
mendapat tahu apa yang suaminya buat di belakangnya.
Selepas kaki ku melangkah masuk ke rumah. Aku
masih lagi memikirkan apa yang aku lihat kat lobi tadi. Tak sangka sejauh tu
perangai Tuan Rizuan. walaupun dah tua tapi masih miang. Kalaulah Haikal masih
ada dan tengok semua benda ni aku tak tahu la apa akan jadi. Aku amat pasti dia
bersedih di sana. Aku melepaskan lelah lalu melabuhkan punggung di ruang tamu.
Otak ku masih lagi berfikir.
“ Katakanlah tadi tu hanya rakan
bussiness Tuan Rizuan dan” Asy mengeleng laju.
“kalau rakan bussiness buat apa jalan
macam tu sekali. Berkepit je lepas tu buat apa bincang sampai sini. Takkan la
bincang pasal bisnes pun sampai ke dalam rumah. Jangan-jangan” kata-kata Asy
tergantung di situ. Dia tak mahu memikirkannya. Geli, menyampah dan dia jatuh
kesian dengan Tuan Rizuan. agaknya orang tua itu dah tak kenal dosa pahala kot.
“mama” lirih hatinya menyebut nama
panggilan isteri Tuan Rizuan. sebak dia memikirkan apa akan jadi akan nasib
Puan Alia kalau dia tahu perangai sebenar suaminya. Dahlah anak pun tak ada
untuk berkongsi kasih. Kalau lah Puan Alia masih ada seorang lagi anak mestilah
dia boleh untuk berkongsi kasih dan bermanja dengan anaknya sendiri. Aku
mengeluh. Walaupun ini bukan masalah dia dan dia tak patut untuk masuk campur
tapi entah kenapa hatinya memikirkan mama Haikal waktu ini. Jatuh kesian dia
dengan wanita itu.
“sayang kenapa tidur kat sini ni hmm?” dengan
lembut Tengku Izham menggoncang tubuh isterinya. Terpisat-pisat Asy yang baru
tersedar dari tidur. Selepas sembahyang asar tadi dia terus terlena di atas
sejadah.letih sangat. Yela letih kuat berfkir masalah orang lain. Selepas
pergaduhannya dengan Fariz hari ni perangai Tuan Rizuan yang miang pulak yang
dilihatnya. Pening kepalanya memikirkan semua itu. selepas satu satu yang berlaku.
“teridur bang. letih sangat agaknya”
ujarku perlahan sambil membuka anak telekung dan melipatnya.
“ini semua salah abang” Tengku Izham
memandang isterinya sayu. Isterinya masih tak sihat dan dia pulak tak boleh nak
sediakan makanan untuk isterinya bahkan nak teman Asy makan kat luar pun tidak
sempat. Projek yang diuruskan oleh syarikat nya sekarang ni memang betul-betul
membuatkan dia sibuk.
“hei kenapa cakap macam tu pulak. Bukan
salah abang la. Hanan penat sikit je ni. jangan risau okay” tuturku sambil
memandangnya.
“memang salah abang” lirih suaranya.
“
sepatutnya abang kena jaga Asy yang masih tak sihat. Jaga makan minum Asy tapi
abang sibuk sangat sampai pengarang jantung abang ni tak boleh nak makan. Tak
guna betul abang ni dalam keadaan Asy sakit macam ni pun abang tak boleh nak
teman Asy keluar makan. Maafkan abang ya” dia mengusap lembut pipiku. Aku
memegang tangannya.
“tak ada sesiapa pun yang nak
disalahkan. Abang tak salah la. Hanan dah sihat dah. So abang tak payah la nak
risau lagipun Hanan dah besar kan tahula Hanan nak jaga diri bila keluar”
“tak abang memang salah. Entahlah abang
pun tak tahu la bila projek ni nak habis. Macam-macam masalah pulak timbul
sekarang ni. bahan-bahan tak cukup la, pekerja tak cukup la. Pening abang
fikirkan semua itu. Kalau boleh nak lari je daripada semua ni. nak lari dengan
Hanan je. Kita pergi travel kan best. Benda dalam kepala otak abang ni mesti
hilang dah” dia duduk bersila di hadapanku. Mukanya berserabut. Aku dapat lihat
semua tu
“abang setiap masalah ada penyelesaian
dia kan. Abang kan pekerja papa yang paling hebat so Hanan yakin abang boleh settlekan
masalah ni. “aku memberinya semangat
“lagipun abang kena la percaya dengan
pekerja-pekerja abang tu. Ni tak kalau boleh semua benda abang nak buat sendiri
kan. Cuba abang bagi kepercayaan banyak sikit kat pekerja abang. Ni jangan la abang yang buat kerja sorang-sorang. Lepas tu
semua masalah abang je yang nak settle dan fikirkan.” Bebelku tanpa sedar.
Meluncur laju je keluar daripada mulutku.
“bukan tak nak percaya kat dia orang
tapi abang tak yakin la nanti ada je yang tak kena kalau dia orang buat. Tak
sudah dengan abang jugak” jawabnya.
“tengok la abang. Mana boleh macam tu.
Dengan pekerja abang kena yakin tau. Tak boleh macam ni.” bebelku lagi.
“hmmm” jawabnya acuh tak acuh sahaja.
Bukannya aku tak tahu perangai dia yang tidak yakin dengan pekerja bawahan dia.
Kalau boleh semua benda dia nak buat sendiri. Tak serabut macam mana. Aku tahu
semua ni pun daripada Fiqa eh maksud aku Rafique.
“dahlah pergi mandi nuh. Badan abang dah
berbau ni.”
“ye la sayang.jom ikut abang sekali”
ujanrnya sambil senyuman nakal. Ha tengok dah mula dah perangai nakal dia tu.
Terus cubitan ketam mendarat di tangannya.
“tak payah nak ngada-ngada. Dah pergi
mandi lepas maghrib nanti kita keluar pergi beli barang dapur tau”
“orait bos” katanya sambil membuat tabik
spring kepadaku. Aku tersenyum. Nampaknya aku sudah jatuh cinta kepada dia. Dan
aku harap perasaan cinta ini bertambah untuk dia dari hari ke hari. Bila, macam
mana dan bagaimana aku jatuh cinta denganh dia pun aku tak tahu. Yang nyata dia
telah mengisi ruang kosong di hatiku dan mengantikan tempat Haikal.
p/s:macam mana bab ni bg anda?
p/s:macam mana bab ni bg anda?
No comments:
Post a Comment