Aku termenung di dalam bilik mewah Tengku Izham. Tengku Izham masih
sibuk meneliti fail-fail yang banyak di atas mejanya. Sekejap-sekejap matanya
beralih ke skrin laktop kesayangannya dan beralih pulak ke kertas dan fail-fail.
Hai sibuk benar gayanya. Aku pun pening memikirkan dengan kerja baru yang dia
bagi kat aku ni. aku ingat lagi semalam macam mana dia memujukku.
“sayang jangan la merajuk” ujarnya
dengan suara sehabis lembut dan menghampiriku yang berada di hujung katil. Aku
memandang ke lantai. Huh lebih baik pandai lantai daripada pandai muka dia tak
pasal-pasal mudah aku jadi cairnya.
“sayang..” panggilnya lagi. Sengaja
suara dimanjakan. Pirahh aku ni bukannya jenis yang makan saman dengan pujukan
bagai.
“apa?” soalku tegas.
“jangan marah ya kat abang” pujuknya
lagi. Marah? Macam mana aku tak marah kerja aku yang selama ni aku sayang boleh
dia boleh suruh bahagian HR carikan orang lain dan semua ini maknanya aku dah
dibuang kerja atau diberhentikan kerja. arghh aku pun tak tahu sebab aku tak
buat kerja gila semua ni tapi dia. Bentakku geram. Mentang-mentang la dia boss
senang-senang je arah orang. Sebal!
“habis abang nak saya buat apa?
Menjerit, melompat atau terjun bangunan ni untuk tunjuk perasaan?” bentakku
geram.
“Hish sayang ni takkan la abang buat
macam ni sampai nak bunuh diri” tuturnya bergurau. Hah ingat aku main-main ke
apa ni. aku serius ni. aku menjelingnya.
“sayang ni kan dalam keadaan marah macam
ni pun nampak cantik” pujinya. Sungguh bagi Tengku Izham wajah isterinya
sempurna. Tiada cacat celanya tanpa jerawat atau jeragat. Dia bersyukur tapi
aset yang dimiliki oleh isterinya itu bukanlah dipandangnya sangat tapi hatinya
yang penting sebab dah melekat dengan si Asy ni. dia jatuh cinta sebab Asy ni
mencabar ego dia. Sebelum ni mana ada perempuan pernah menolak dia okay tapi
dengan Asy dia rasa betul-betul tercabar. Asy langsung tak pandang apa yang dia miliki. Dan
itu membuatkan dia jatuh cinta sejak dari dulu lagi dengan Asy yang jelita ini.
“abang ingat dengan abang puji saya
sampai marikh tu saya akan sejuk? No. Saya nak kerja tu.nak jugak nak jugak”
kataku sambil menghentakkan kaki ke lantai. Aduh dah nampak macam budak tadika
dah kau Asy. Tengku Izham menyembunyikan senyumnya dengan keletah Asy yang
sering mencuit hati dan jiwanya.
“betul nak kerja ni? tak nak duduk kat
rumah jadi mem besar?” tanyanya. Aku menggeleng laju. Tak nak okay. Nanti naik
lemak kat badan aku ni.
“buat apa jadi mem besar? Tak best la.
Baik kerja boleh jugak isi masa saya yang boring daripada duk rumah ni
sorang-sorang” jawabku lemah.
“boleh tak saya nak kerja ni” pintaku
lagi. Kali ini aku bersuara manja. Kasi dia cair sikit.
“hmmm nak kerja ya?” kata Tengku Izham
sambil jarinya bermain di dagunya. Cehh fikir macam nak buat keputusan sampai company bapak dia
bankrup pulak dah.
“ya..” jawabku lagi. Hish dah tanya lagi
mau tanya ya, geram aku.
“kalau nak kerja tu boleh” tuturnya.
“yeay” sorakku riang. Aduh buat malu
depan Tengku Izham je kau ni Asy.
“hmmm tapi..”
“Tapi apa?” soalku yang masih lagi dalam
keadaan seronok.
“abang cakap je saya akan buat” ujarku
lagi.
“tak ada apa la. Esok sayang akan tahu
la.” Beritahunya. Aku tidak menghiraukan semua tu yang penting aku boleh kerja
dah.
“sayang dah mengelamun sampai ke mana tu?
Mengelamun kita ada anak ke?” tegurnya. Habis melayang ingatan tu perbualan aku
dengan dia semalam. Ingatkan datang kerja macam biasa tapi bila kaki ku
melangkah masuk je dalam pejabat tadi mata aku melihat ada perempuan muda
menggantikan tempat aku. Rupanya budak perempuan itu adalah pekerja baru
sebagai penyambut tetamu. Aku pulak nak marah nak telan orang hidup-hidup pun
ada. Kata nak kasi aku kerja. ni apa ke jadahnya pulak!
“sayang” panggilnya lagi. Lembut.
“hmmm” jawabku nak tak nak je. Malas nak
melayan buat sakit hati je.
“sayang tak suka ke dengan kerja baru
sayang ni” tanyanya lagi. Huh kura-kura dalam perahu sudah tahu bertanya lagi.
Jahanam peribahasa boleh kat kau Asy.
“kerja apanya ni? daripada tadi lagi
saya duk melangut kat bilik awak ni. nak bergerak ke mana-mana pun awak tak
kasi. Kerja ke
macam ni?” aku menyindirnya. Biarlah. Biarlah dia terasa.
“sayang ni semalam abang tak kasi kerja
cakap nak kerja sekarang dah dapat tak puas hati pulak. Kerja la ni kerja
tolong tengokkan abang” jawabnya. Ya Allah mamat ni kan main-main betulla. Dah
la hati aku tengah panas ni bolehnya buat-buat bergurau.
“Tengku Izham Iskandar ini bukannya
namanya kerja tapi datang office melangut tanpa buat apa-apa!” ujarku geram.
“Hish mana ada tak buat apa-apa. Kan
tadi sayang buatkan abang air lepas tu sayang duk pandang-pandang abang je dari
tadi. Ingat abang tak nampak ke? tu la kerja sayang. Look senang kan
bulan-bulan gaji masuk ” beritahunya. Dia ni kan arghh geram! Sebal! Bengang!
Dah bercampur jadi air batu campur dah perasaan aku ni. secukup rasa.
“abang ni kan” aku menarik nafas. Ee
boleh semput aku kalau hari-hari duk bertekak dengan dia. Dia pulak buat derk
je kan.
“okay okay abang tahu sayang marah but
buat masa ni kerja dengan abang macam ni dulu. Nanti abang fikirkan yang sayang
nak kerja sangat tu tapi ni dah kira kerja don’t worry tiap-tiap bulan sayang
dapat gaji triple dengan gaji yang dulu punya” aku diam. Wow kerja punya senang
menghadap muka dia saja gaji pun mahal! Wah menarik. Come on Asy takkan kau nak
kerja macam ni, ini bukan namanya kerja. detik hatiku. Belum sempat aku
membantah aku melihat dia bangun dari kerusinya.
“sayang abang lupa kejap lagi abang ada
meeting dengan FS holdings” ujarnya dengan tergesa-gesa. Lupa lah tu. Dia
melangkah keluar. Sekarang tinggal aku yang termenung keseorangan dalam bilik
tu.
“sayang..”panggilnya. aik tadi kata ada
meeting ni kenapa pulak terjengul muka kat pintu ni.
“tunggu abang tau kita lunch sama-sama
nanti” bertahunya dan membuat flying kiss kepadaku. Aku tersentak. Ingatkan dah
sibuk sangat sampai tak ada masa nak lunch sekali dengan aku.
Perilakunya tadi
membuatkan aku berasa diberi perhatian yang lebih, disayangi olehnya. Aku
tersenyum melayan perasaan indah. Hai indahnya dunia. Hish tak boleh jadi jadi
ni. aku bergerak ke pantry. Mesti boleh jumpa dengan kak Nur ni. kak Nur tu
pulak tea lady dekat syarikat gergasi ni. daripada aku duk melangut dan
termenung entah ke mana baik aku pergi borak-borak dengan Kak Nur. Wah Asy mem
besar la ya kau sekarang siap jalan-jalan lagi. Terbatal niatku yang satu
apabila teringatkan Balqis. Jumpa Balqis lah best boleh borak-borak banyak
sikit.
“woi beb” sergahku kepada Balqis.
“Astargfirullahhalazim kau Asy. Tak reti
bagi salam ke apa. Dulu selalu marah aku kalau aku tak bagi salam. Sekarang dia
pulak dah” sindir Balqis. Aku melemparkan sengihan.
“beb cantik jugak bilik kau ya” beritahu
sambil melihat bilik Balqis. Elegan dan sesuai dengan jiwa perempuan. Bestnya
kalau aku boleh ada bilik and kerja
macam ni jugak. Aku kagum dengan Balqis. Untung dia. Dan sekarang baru aku ada
peluang untuk menjenguknya di bilik kerjanya dulu tak pernah okay. Malas nak
naik aras 18. Patah kaki den nanti, amboi kau Asy macam la naik pakai tangga.
Sekarang orang guna lift la bengap.
“bilik aku mestilah.” Jawabnya dengan
tangan yang masih sibuk menilik kertas yang mengandungi angka-angka. Pening aku
melihatnya. Biarlah aku malas nak ambil tahu. Lagipun tu bukan kerja aku. So
tak nak masuk campur.
“perasan kau. Bilik ni cantik sebab
pandai mak cik mak cik cleaner jaga. Bersih je memanjang” ujarku.
“eh eh apa pulak. Aku owner bilik ni so
aku la yang jaga tu yang nampak cantik” bidasnya. Aku mencebik. Chewah perasan
pulak kau ni.
“apa mencebik macam tu? Sindir aku lah
tu”
“tak pun. Kenapa? Kau terasa?” sindirku.
Bestnya lama dah tak berguaru macam ni dengan Balqis. Sejak kahwin dengan
Tengku Rayyan dah lupa dah nak bergurau dengan aku. Biasala hidup berumah dan
tangga ni susah. Banyak komitmen.
“suka hati kau lah. Layan kau sampai
besok pun tak habis. Ni yang kau senang lenang je jalan-jalan kat sini kenapa?
Dah jadi mem besar sekarang dah pandai curi tulang waktu kerja macam ni” sindir
aku balik nampak
“amboi sindir aku nampak” tuturku sambil
menjengilkan mata kepadanya.
“hah buat la macam tu nanti aku cucuk
biji mata kau biar buta”
“ kejamnya bunyi” tututku perlahan.
“kau ni kenapa? Biasanya tak pernah
melencong sampai kesini?” soal Balqis.
“ala kau ni banyak bunyila. Jalan-jalan
sikit pun tak boleh”
“aku bukan apa. Kita ni tengah bekerja.
Nanti pulak siapa yang nak sambut tetamu” beritahunya. Sah minah ni tak sedar
lagi dengan situasi sekarang.
“kau ni kan pending betulla” marahku
“hah kenapa pulak cakap aku macam tu?
Aku tak pending okay sekarang ni kan maklumat kat hujung jari je. Nak pending
apa ke bendanya? Ni hah kat hujung jari ni” tunjuk Balqis sambil tanganya
disuakan ke arahku. Aku menepis.
“ee kau ni kan. Maksud aku aku dah tak
kerja dah sebagai penyambut tetamu tu. Kau ni kan sejak bila pulak rabun takan
tak nampak ada orang dah gantikan tempat aku tadi. Hish rabun betul kau tapi
tak nak pakai spec.perasan mata bagus”
“hah? Biar betul kau ni. aku tak perasan
pulak.” Balqis menepuk dahi
“aku lupa aku jarang masuk office
sekarang ni sebab ada urusan kat luar. Kalau masuk pun
tergesa-gesa. Mana nak perasan semua tu.” Sambung Balqis.
“hah tahu pun” balasku
“but beb kalau kau tak kerja kau buat
apa pulak datang office? Tak boleh nak berpisah dengan hubby kau ke apa?” soal
Balqis. Amboi amboi salah orang ni tanya soalan bukan aku patut ditanyanya tapi
suami aku tu hah.
“hish kau ni aku nak kerjala kalau datang sini alih-alih dapat kerja
baik punya lah, kerja melangut je dalam office dia” luahku geram.
“hai macam orang merajuk dah suara ni.”
“memang la beb aku nak kerja okay tapi
bukan kerja entah apa-apa ni. bosan aku tau tak” aduku lagi kepada Balqis.
“beb aku ada satu benda nak cakap dengan
kau ni”
“hah cakap la biasakan kau main redah
je. Tak payah la nak control depan aku” ujarku saja nak menyakat Balqis. Balqis
melemparkan gumpalan kertas ke arahku tapi aku dapat mengelak okay.
“Asy kau ni memang bengap kalau dalam bab
bercinta kan kalau dalam bab study kau cepat la tangkap pada orang lain”
beritahunya. Mencerlung mata aku memandangnya. Minah senget ni kan memang tak
sayang mulut tau. Ada ke cakap aku macam tu. Kasi pang kang baru tahu.
“kenapa pulak kau cakap macam tu” laju
je mulut ni bertanya.
“ye la kau takkan tak nampak yang Tengku
Izham tu sayang sangat-sangat kat kau. Dia tak kasi kau kerja berat-berat la
tu. Tu lah sebab dia nak kau duk goyanng kaki je faham!” beritahu Balqis. Aku
sedikit ternganga.
“sayang apa kejadahnya sampai nak
membabitkan dengan kerja bagai. Aku nak kerja bukannya nak lari dengan mat
bangla.” Ujarku geram. Lebih geram bila Balqis pula mula memihak ke arah
suamiku. Ni kawan siapa sebenarnya ni.
“aku kata bengap kau marah. Maih sini
aku kasi tau kat kau ya. Dia tak nak kasi kau kerja sebabnya kau tu saham
tinggi. Nanti tak pasal-pasal orang yang dia sayang tu kena mengorat dengan
orang lain. Ala dia tak nak cemburu la dalam erti kata lain” beritahu
Balqis.tergelak aku mendengarnya. Hish tak logik langsung apa yang Balqis bagi
tahu ni.
“kau ni kan kalau cakap langsung tak
logik. Aku ni isteri dia okay takkan la aku nak berpaling tadah pulak”
beritahuku.
“ha yang tu aku tak ada jawapan. Kau ni
kan apa susah pergi la tanya dia sendiri macam la aku tahu semuanya.” Beritahu
Balqis dan menatap lagi kertas dan fail-fail di atas mejanya. Menganggu benar
nampaknya aku ni.
“beb kau ni memang nak simpan sijil master kau
tu dalam almari sampai bila? Tak nak mintak kerja ke? aku pelik la dengan dia
orang yang reject graduate terbaik macam kau ni. ada ke patut. Tak faham
betulla aku.”
Aku tersentak. Bila berkait ke pasal
kerja dengan kelulusan aku yang sebenar aku mula tak sedap duduk.
“entah aku pun tak tahu. Malas la nak
ambik tahu. Tak ada rezeki la tu” jawabku hambar.
“sayang..puas abang cari kat sini
rupanya” suara Tengku Izham kedengaran. Aku memandangnya Balqis pun sama.
“Hai Is Asy hilang sikit dah tak senang
duduk dah. Ambik lah dia ni bawak pergi jauh-jauh” ujar Balqis. Aku menjeling
geram dan Balqis hanya membuat peace sahaja. Bedebah punya kawan. Menghalau aku
nampaknya.
“ye la boring tau duk dalam bilik abang
tu” ujarku. “dah habis meeting?” soalku lagi. Balqis sibuk meneliti kerjanya.
“dah” jawabnya pendek. Tengku Izham
rindu kan Asy. Walaupun sekejap je tak berjumpa sekejap je tak melihat wajah
cantik isterinya ni tak senang duduk dia. Semua kerja tak menjadi dibuatnya. Ya dia sedang angau sekarang ni.
angau dengan isteri sendiri.
“sekejapnya meeting”
“sekejap apa nya sayang. Lama dah.
Sekarang dah nak masuk waktu lunch dah ni. jom sayang lunch. Balqis jom la join
kita orang” ajak Tengku Izham.
“tak nak la saya. Lagipun saya dah janji
dengan Rayyan nak lucnh sekali dengan dia. Korang pergi la makan saya tak
ganggu” ujar Balqis.
“alhamdulillah awak tak nak join kita
orang. Boleh lah saya lunch date dengan isteri saya hari ni” Balqis tergelak
mendengarnya. Aku menampar lembut lengan Tengku Izham. Ada ke bergurau macam
tu. Kesian Balqis tau.
“dah lah korang pergi la lunch date
dulu. Ada kerja sikit yang aku nak siapkan dulu ni” ujar Balqis kepadaku. Aku
mengangguk dan melangkah keluar. Tengku Izham menuruti ku.
“abang Asy nak pergi ambik handbag dulu ya.
Abang tunggu la kat lif dulu. Sekejap je lima minit” pintaku.
“ni” tengku Izham menunjukkan handbag
ku. Dia dah ambik beg tangan aku. Ni macam mana boleh tak perasan ni. maknanya
dari tadi dia jalan datang cari aku ni duk bawak beg ni la. Alahai mesti sweet
kan boss garang duk bawak beg tangan aku ni. aku tersenyum.
“ni kenapa senyum-senyum pulak ni.
terharu abang ambik handbag ni?” soalnya kepadaku.
“tak la. Cuma Asy tak boleh bayangkan abang yang macho ni bawak handbag
ni. mesti terserlah keayuan kan”” usikku. Dia mencuit hidungku.
“amboi dah pandai usik abang ya
sekarang.” Dia menarik tanganku dan mengenggam erat tanganku. Jari jemari kami
bertaut kemas.
“dah jom sayang kita kena gerak dah ni
nanti lambat pulak masuk office”
Sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk
ke restoran Enak KL di KLCC ini mataku seratus peratus terpukau. Mewahnya
restoran macam restoran kat hotel yang bertaraf lima bintang pun ada. Jarang
sangat aku jejakkan kaki ke restorang mewah macam ni. terima kasih abang sebab
sanggup bawak Asy lunch ke tempat macam ni tapi semua tu hanya luahan dalam
hatiku sahaja.
“sayang kat sini glamour dengan masakan
melayu so sesuai la dengan citarasa sayang yang sangat sangat la suka dengan
masakan melayukan” beritahunya. Aku berhenti memandang keadaan sekeliling dan
memandang ke wajahnya.
“aik mana abang tahu ni?” soalku. Setahu
aku aku tak pernah bagi tahu dia aku suka sangat dengan masakan melayu ni.
“adala. Pasal sayang mesti abang tahu
punya la” jawabnya dengan penuh yakin. Aku terharu mendengarnya. Nampak sangat
dia sangatlah mengambil berat perihal aku. Pandangan kami berlaga.
Ada rasa
yang menjengah di hati. Dua- dua sama memandang antara satu sama lain dan macam
di restoran ini kami berdua je yang ada. Indah perasaannya.
Pelayan datang untuk mengambil pesanan
kami. Kami tersentak. Aku menunduk malu dan hanya dia yang melayan pelayan itu.
Aku dah tak berani angkat muka. Entah kenapa malu rasanya nak hadap muka dia.
Jantung aku ni berdebar tak sekata. Pandangan dia seolah-olah masuk ke hati aku.
Bahagia! Ya memang aku rasa semua itu.
“sayang..” panggilnya dan tangannya
menyentuh lembut tanganku yang berada di atas meja.
Aku menunduk. Tak berani nak angkat
muka. Entah lah hari ni rasa malu semacam pulak. Ee ngada-ngada je aku ni hari
ni. gatal semacam pulak dah!
“sayang, abang nak sayang tahu yang
abang sayangkan sayang sepenuh hati dan jiwa abang” tuturnya. Oksigen! Aku nak
oksigen sekarang. Hai kan pitam aku kat sini pulak kan sebab dengar ayat jiwang
karat dia tu.
“sayang..look at me” pintanya.
Untuk tidak mengecewakannya aku
memandang wajahnya. Sungguh pandangannya mencairkan ku. Jiwaku terasa melayang.
Terbuai-buai macam kat awan biru.
“i love you so much” ucapnya perlahan
dan ikhlas, ya aku nampak semua itu daripada matanya dan mata tak menipu okay.
Badanku berpeluh-peluh mendengarnya. Biapun air cond tapi aku gelisah apabila
mendengar perkataan keramat tu sebab sangat indah bagiku. Terlampau indah.
Sekian lama aku menunggu seseorang mengucapkan selepas kematian arwah. Aku
menunduk. Muka dah merah sangat dah ni. kang tak pasal-pasal aku pitam betulbetul
kat sini. Alahai terlebih romantik ni kenapa pulak.
“abang mohon sayang jangan tinggalkan
abang ya. Hidup abang hanya untuk sayang. Jiwa raga abang untuk sayang. Hati
ni” dia menyentuh dadanya. Aku hanya mendengar. “hanya untuk perempuan yang
bernama Hanan Asyikin dah tak ada ruang untuk orang lain dah. Hanan Asyikin
cinta terakhir abang” beritahunya.
Mendengar kata-katanya jantung aku yang
jatuh tergolek tadi aku ambil dan meletakkan balik semula ke posisinya. Indah
betul. Aku sebak. ‘Ya Allah kalau dia lah adam yang kau ciptakan untukku aku
terima dengan sepenuh hati. Aku akan cuba untuk mencintainya.’ Desisku.
Bagi Tengku Izham pula dia rasa beban yang dia
tanggung selama ni seolah-olah terlepas daripada bahunya selepas meluahkan
segala-segalanya pada Asy. Dia cintakan Asy sangat-sangat. Inilah cintanya di
dunia dan In syaa Allah cintanya di jannah kelak.
Lima minit selepas itu hidangan mereka tiba.
Telan liur Asy memandangnya. Semuanya masakan melayu yang sedap-sedap memang
membuka seleranya.
“Banyaknya siapa yang nak habiskan semua
ni” soal Asy.
“ untuk sayang la semua ni abang tak nak
isteri abang kelaparan pulak nanti” beritahunya. pendek kata apa je yang
dicakapkan oleh Tengku Izham sekarang ni memang kedengaran molek je di
telingaku. Sudah tidak ada tengkingan, suara sinis, jelingan maut dan
sebagainya yang ada hanyalah pandangan romantik, bahasa yang sangat lembut
sampaikan dia terbuai-buai dan sentuhan yang lembut. Aku suka semua tu.
Asy tersentak bila sudu yang berisi
makanan diasuakan ke hadapannya. Dia memandang sekeliling segan orang tengok
la.
“abang apa ni. seganla orang tengok”
beritahuku.
“ nak segan apanya sayang. Biarlah orang
lain. Dia orang kan ada mata mestila tengok takkan nak pejam pulakkan. Aaa”
suanya sambil membuat lagak macam aku ni baby pulak. Lambat-lambat aku menerima
suapan nya. Makanan yang sememangnya sedap lagi-lagi la bertambah sedap bila
dimakan bersuap macam ni. memang mengada perhatian betul aku hari ni.
Lunch aku dengan dia hari ni bukan seperti
dulu lagi. Sepanjang waktu makan ada sahaja yang diboraknya. Dia ketawa.
Terpukau aku melihatnya. Sekarang aku rasa perasaan aku sudah mula belajar
untuk mencintainya. Sungguh aku bahagia. Agak-agak nak hari-hari ni macam ni
boleh. Mengada! Orang bagi betis nak paha pulak dah.
Aku terpandangkan orang yang aku pernah kenal
yang sedang memerhatikan kamu berdua di meja yang lebih kurang lima selang
daripada kami. Gulp! Air liurku terasa perit untuk ditelan. Nafasku terasa
semput. Dunia aku yang bahagia sebentar tadi seolah-olah diragut pergi hanya
kembali kenangan silam yang mula mengintai semula perasaan dan fikiranku. Macam
mana boleh terserempak pulak kat sini? Ya Allah jangan lah uji aku sebegini
berat lagi.
No comments:
Post a Comment