“Asy lelaki semalam ada buat masalah dengan
Asy ke?” soal uncle.
“lelaki mana pulak ni?” soalku.
Berkerut-berkerut dahi memikirkan lelaki yang dimaksudkan oleh uncle.
“abang Alisya tu tak silap abang nama
dia Tengku Izhamkan?” beritahu uncle. Aku terdiam. Otak aku sedikit lambat
untuk mencerna apa yang diberitahu oleh uncle.
“oo yang tu erk. A’ah betulla tu nama
dia. Tak ada masalah pun bang. Kenapa?”
“tak la abang bukan apa. Nak tahu je
sebab kalau tak silap abang dia kan yang abang jumpa time pergi ambik Asy kat
office dulu. Abang Cuma risau kalau dia dah buat apa-apa kat Asy” duga uncle.
Aku terdiam.
“hish tak adala bang dia baik la” werk.
Baik ke asyik buli aku je kerja nya. Aku tak boleh bayangkan hidup aku lepas
kahwin dengan dia. Macam mana la hidup jangan rumah kita orang terbalik sudah
la. Jangan bumbung rumah cium tanah
sudahla.
“oo ya ke okay la macam tu. Asy abang
nak tanya sikit ni?” ek eleh sok baik kamu ya mau nanya sama aku tapi minta
izin dulu. Aduh dah keluar loghat indonesia yang berapa tak jadi tu.
“Abang ni kan arghh geram la bila masa jadi budak baik ni hah. Nak tanya je mintak izin dulu. Mengangguu ketenteraman betulla” marah ku. Mataku masih lagi merenung kepekatan malam yang berada di hadapan mataku ini. Damai rasanya bila berada di kampung. Jauh semua daripada masalah. Dapat kumpul bersama dengan ayah dan ibu lagi.
“Asy dah ready nak kahwin? Susahla abang nak percaya kat Asy ni. kalau ada masalah bukannya nak kongsi dengan orang. Asyik pendam dalam hati je.” Ujar uncle tak puas hati. Aku tersenyum. Runsing benar nampaknya dia dengan aku. Sejak tahu aku nak kahwin macam-macam yang dia tanya aku. Lebih-lebih lagi bagaimana lagi perasaan aku kat arwah Haikal. Dia lagi la runsing sebab dia tak kenal dan tak pernah kenal lagi siapa bakal suami aku itu. Uncle aku ni runsing mengalahkan dia pulak yang nak kahwin. Kalau dia kahwin nanti entah la macam mana. Huru-hara jadinya. ada ke dia cakap mana la tahu kalau-kalau bakal suami aku tu pembunuh bersiri ke tak pun perogol bersiri ke hah kalau tidak pun dia cakap pengintip bersiri la bla bla bla. Semua bersiri la pendek kata macam drama melayu bersiri kat televisyen dah aku mendengarnya.
“Ye la abang oi. Apa jenis soalan daa.. Asy dah ready la ni tu yang ada kat kampung ni lagipun hari sabtu dah nak nikah kan. Kalau Asy tak bersedia dah lama Asy cabut lari dengan bangla yang kerja kat tapak pembinaan tu” jawabku. Campur tolak darab bahagi hari perkahwinan aku tinggal empat hari je lagi. Hai cepat betul masa berlalu
“Abang ni kan arghh geram la bila masa jadi budak baik ni hah. Nak tanya je mintak izin dulu. Mengangguu ketenteraman betulla” marah ku. Mataku masih lagi merenung kepekatan malam yang berada di hadapan mataku ini. Damai rasanya bila berada di kampung. Jauh semua daripada masalah. Dapat kumpul bersama dengan ayah dan ibu lagi.
“Asy dah ready nak kahwin? Susahla abang nak percaya kat Asy ni. kalau ada masalah bukannya nak kongsi dengan orang. Asyik pendam dalam hati je.” Ujar uncle tak puas hati. Aku tersenyum. Runsing benar nampaknya dia dengan aku. Sejak tahu aku nak kahwin macam-macam yang dia tanya aku. Lebih-lebih lagi bagaimana lagi perasaan aku kat arwah Haikal. Dia lagi la runsing sebab dia tak kenal dan tak pernah kenal lagi siapa bakal suami aku itu. Uncle aku ni runsing mengalahkan dia pulak yang nak kahwin. Kalau dia kahwin nanti entah la macam mana. Huru-hara jadinya. ada ke dia cakap mana la tahu kalau-kalau bakal suami aku tu pembunuh bersiri ke tak pun perogol bersiri ke hah kalau tidak pun dia cakap pengintip bersiri la bla bla bla. Semua bersiri la pendek kata macam drama melayu bersiri kat televisyen dah aku mendengarnya.
“Ye la abang oi. Apa jenis soalan daa.. Asy dah ready la ni tu yang ada kat kampung ni lagipun hari sabtu dah nak nikah kan. Kalau Asy tak bersedia dah lama Asy cabut lari dengan bangla yang kerja kat tapak pembinaan tu” jawabku. Campur tolak darab bahagi hari perkahwinan aku tinggal empat hari je lagi. Hai cepat betul masa berlalu
“amboi budak ni kalau cakap tak fikir
baik buruk nya. Suka-suka dia je nak cakap apa. sampai kan mat bangla nak
jadikan mangsa pelarian bangla. Sewel betul Asy ni” sindir uncle. Aku hanya
gelak mendengarnya. “kalau Asy dah cakap macam tu abang dah tak boleh nak cakap
apa lagi dah. Yang penting Asy kena kuat dan bijak dalam menguruskan rumah
tangga nanti. Jangan cepat melatah ya apa-apa siasat dulu dan jangan sesekali
jadi lemah. Ada masalah terus je beritahu kat abang in Sya Allah abang sudi
mendengarnya. Hah satu lagi bila jadi isteri tu kenalah jadi isteri solehah
jangan sesekali lupa tanggungjawab. Makan pakai suami tu jangan lupa kena
titikberatkan tu. Layan je apa yang suami nak asalkan tidak bercanggah dengan
hukum syarak. Kalau suami Asy layan Asy bukan-bukan cakap kat abang biar abang
pergi bom terus rumah dia” syarah uncle.
“ayoyo abang ni kalau abang pergi bom
rumah dia dengan Asy sekali kong tahu tak. Rumah dia kan rumah Asy jugak. Ya
abang Asy dengar nasihat abang tu. Ni sejak bila kasanova terulung gemilang ni
pandai bersyarah mengalahkan ustaz kat sekolah menengah Asy ni?” soalku sambil
menjongketkan kening.
“abang yang handsome macam ni boleh kata
macam ustaz kat sekolah menengah dia je. Hei abang ni sama hebat dengan ustaz
Azhar Idrus tau. Jangan pandang rendah kat abang ni” ujar uncle dengan loyar
buruk dia yang ke laut tu. Aku tersenyum.
“banyak la loyar buruk abang tu. Abang
Asy nak mintak tolong dengan abang sikit boleh tak?” pintaku sambil membuat
muka duckface ku.
“buruknya muka kau Asy dah macam itik
belakang rumah dah.” Dia gelak kan aku. Hish muka yang cun macam ni boleh
dikatakan sama dengan muka itik. Ei dia ni kan besar kecik besar kecik je aku
nampak. “hah apa dia?” sambung nya lagi
“Nanti kita pergi Terengganu ya esok.
Asy nak melawat kubur arwah Haikal bang” beritahuku. Ya aku dah lama tak
menjengak kubur arwah. Arwah dikuburkan di Terengganu sebab di sanalah kampung
ayahnya, Tuan Rizuan.
“Untuk puteri abang sorang ni abang
sanggup. Okaylah Asy abang dah ngantuk ni. abang masuk tidur dulu ya. Esok pagi-pagi
lagi kita bertolak. Nanti kalau kita balik lewat entah apa ibu Asy membebel
nanti jangan dituduhnya abang sengaja bawak anak dia lari sudah.”
“ye lah. Pergilah menyemak je kalau ada kat sini pun.” Halauku bergurau. Aku merenung bintang di langit. Cantik. Fikiran aku sekarang mula teringatkan Tengku Izham. Agak-agak apa yang dia tengah buat sekarang ni ya. Jangan lari dari rumah sudah. Nanti tak pasal-pasal jantung aku tergolek kat tanah sebab pengantin lelaki lari. Hish malu kat orang. Kau ni Asy suka melalut kan. Aku harap keputusan yang aku buat ni yang terbaik. Haikal maafkan Asy. Desisnya
“ye lah. Pergilah menyemak je kalau ada kat sini pun.” Halauku bergurau. Aku merenung bintang di langit. Cantik. Fikiran aku sekarang mula teringatkan Tengku Izham. Agak-agak apa yang dia tengah buat sekarang ni ya. Jangan lari dari rumah sudah. Nanti tak pasal-pasal jantung aku tergolek kat tanah sebab pengantin lelaki lari. Hish malu kat orang. Kau ni Asy suka melalut kan. Aku harap keputusan yang aku buat ni yang terbaik. Haikal maafkan Asy. Desisnya
Sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk ke
tanah perkuburan hati aku terus jadi sebak. Perasaan bersalah mula menular
sebab dah mengkhianati janji yang dibuat suatu masa dahulu. Uncle menggosok
bahuku. Alirkan kekuatan la tu. Aku terus melangkah menghampiri kuburnya.
Apabila siap uncle membentangkan tikar
aku terus duduk bersimpuh. Aww ayu gitu. Asy sempat lagi kau kan! Aku membaca
yasin untuknya. Batu-batu yang ku bawa ku taburkan di atas pusara nya. Biarlah
batu-batu ini bertasbih untuknya.
Aku memejamkan mata. Mengingati semula
saat-saat dia meninggalkan aku. Semasa kami belajar di UK telah berlaku
perselisihan faham antara aku dengan Haikal. Ada orang buat fitnah yang aku
dan seorang lelaki di UK telah bersama.
Aku ni perempuan jalang yang tidak mementingkan maruah. Pedih hati bila
mengingati peristiwa tersebut. Semua itu berlaku dengan dirancang. Aku
diperangkap oleh Fariz. Aku ulang aku telah diperangkap oleh Fariz lelaki
bedebah tu. Dalam masa yang sama dia memberitahu Haikal untuk datang ke rumah
sewaku dan Haikal terkejut apabila melihat keadaan aku dan lelaki yang tidak
kukenali berada di atas katil. Aku sangat terkejut masa tu. Sumpah aku tak buat
benda terkutuk tu. Aku diperangkap! Dalam perjalanan dia balik ke rumah sewa
dia di sana dia terlibat dalam kemalangan dan dan meninggal di hospital. Aku
sempat berada di saat-saat akhirnya sebelum dia kembali ke maha pencipta kita.
“carl Asy tak pernah buat benda terkutuk tu.
Asy tak pernah. Sumpah!” kataku bersama linangan air mata.
“ Asy takkan sesekali mengkhianati cinta
kita Carl. Kenapa Asy tak boleh jelaskan kepada Carl pasal semua ni. kenapa
cepat Carl tinggalkan Asy” kataku dengan teresak-esak sekali.
“Asy tak baik macam tu. Nanti terseksa
arwah kat sana. Asy kena kuat ya. Tak boleh lemah macam ni.” pujuk uncle. Lagi
bertambah kuat tangisanku.
“kenapa ni yang kena berlaku abang. Hati
Asy ni sakit. Haikal tinggalkan Asy sewaktu Asy perlukan dia sangat-sangat” aku
terngongoi kesedihan. Kalau masa diputarkan sekali aku takkan terima pelawaan
Fariz untuk berjumpa dengan dia malam tu. Fariz memang kejam .
“syhhhh.. Asy tak boleh macam ni. arwah
dah tak ada. Sabar ya Asy” pujuk uncle. Akhirnya aku sedikit bertenang tapi air
mataku masih mengalir laju.
“Carl Asy datang sini nak bagi tahu yang
Asy akan kahwin. Asy mintak maaf dengan
Carl sebab langgar janji kita. Carl jangan marah Asy ya. Doakan Asy bahagia dan
sentiasa ada bersama dengan Asy ya” ujarku lagak macam Haikal ada di depan
mataku.
“Asy tak pernah lupakan abang. Abang
sentiasa di hati Asy” kataku sambil memegang rapat dadaku.
“Asy sudah-sudah la tu ya. Jom kita
balik. Lagi lama kita kat sini lagi sedih Asy dibuatnya” celah Uncle apabila
melihat keadaanku yang macam tak reti nak balik dah tu. Aku mengangguk dan
beredar daripada tanah perkuburan. ‘sampai mati cinta Asy hanya untuk Carl’ desisku.
***
“abang Is” jerit Alisya. Satu rumah
boleh bergegar bila si Alisya ni menjerit. Tengku Izham yang mendengar suara
yang mengalahkan Siti Nurhaliza tu terus tersedar dan tergolek jatuh katil.
Bedebuk bunyinya.
“Apa ni Lisya kejut abang sampai macam
ni sekali elok-elok tak boleh ke” marah
Tengku Izham sambil menggosok buntutnya. Sakit penangan jatuh katil ni. ei
budak ni kan aku lepuk baru tahu. Desis Tengku Izham sambil menjeling adiknya.
“jeling la jeling nanti Lisya korek biji
mata tu baru tahu biar buta terus biar
nanti kak...ops. abang Lisya jerit kuat tu sebab nya Lisya kejutkan abang
elok-elok tapi abang tak sedar. Abang ni nasib baik tahu Lisya tak ambil air
panas kat dapur lepas tu siram kat muka abang baru padan muka” bidas Alisya.
“Ya Allah budak berdua ni yang bertekak
ni kenapa? Lisya kan mama mintak Lisya kejutkan abang kan kenapa boleh sampai
bertengking macam ni?” tanya Puan Sri Zahra yang tiba-tiba je muncul di bilik
rumah mewah itu.
“Abang ni ma. Lisya dah kejut elok-elok
tapi dia tak nak bangun. Lepas tu Lisya jerit dia marah Lisya pulak” adu Lisya
manja manakala Tengku Izham pula sedang meniru cara adik dia bercakap.
Mengada-ngada sungguh budak ni.
“ma tengok abang ni ejek Lisya” adu
Lisya lagi bila menyedari perbuatan abang nya itu.
“sudah sudah. Kamu semua ni buat kepala
mama pening je la. Ada-ada je karenah kamu. Dah Lisya tak payah hiraukan abang
kamu tu. Lisya dah siap pack baju semua?” tanya mama
“dah mama tapi mama tanya la anak mama
yang nak jadi pengantin tu” beritahu Lisya yang terus menjelirkan lidah kat
abang nya sepantas itu jugak dia lari
keluar daripada bilik abangnya.
“Is kamu dah ready ni?” tanya Puan Sri Zahra.
“Is kamu dah ready ni?” tanya Puan Sri Zahra.
“ready apa pulak ma?”tanya Tengku Izham
blur.
“Is kamu jangan nak naikkan darah mama.
Kita kena tolak pergi Kelantan dah ni kamu kan nak kahwin. Pergi siap cepat
nanti membebel papa kamu nanti” tegas Puan Sri Zahra.
“Tengku Izham cuak. Kahwin? Aku lupa
bukan esok pagi nanti aku kahwin ke? dengan langkah longlai Tengku Izham
melangkah masuk ke dalam tandas. Macam mana aku nak kahwin kalau hati aku ni
dah melekat untuk orang lain. Desisnya.
“Is marah mama?” soal Puan Sri Zahra
semasa berada dalam kereta. Ketika itu mereka sudah memasuki kawasan Gua
Musang. Ramai ahli keluarga yang turut hadir untuk memeriahkan lagi majlis
perkahwinan ni. walaupun jauh mereka sanggup untuk drive. Bangga sekejap Puan
Sri Zahra dengan ahli keluarganya yang ringan tulang untuk membantu walaupun
masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.
Tengku Izham diam tak terkata. Malas dia
nak jawab soalan mama nya itu. Macam la mama dia tak tahu yang dia tak setuju
dengan perkahwinan ni semua.
“Is percayala apa yang mama buat ni
semuanya untuk kebaikan Is. Bila Is tahu siapa isteri Is nanti mama harap Asy
dapat gembirakann dia sampai hujung hayat dia ya” pinta mama.
“Betul tu Is. Dengar cakap mama kamu.
Walaupun kamu tak kenal dan tak cintakan perempuan tu tapi kamu kena jaga dia
baik-baik. Cintakan boleh diputik. Is semai la bersama. In sya Allah kekal dan
bahagia hubungan kamu lebih-lebih lagi dengan restu daripada kami” celah Tan
Sri Tengku Taufiq.
Tengku Izham terdiam. Entah kenapa mulutnya
begitu berat untuk membalas setiap perkataan daripada mama dan papanya.
Seolah-olah jasadnya yang berada di sini tetapi hati dan jiwanya sudah melayang
entah ke mana.Kalau lah dia dapat kahwin dengan Asy sumpah dia akan bahagiakan
Asy tapi semua tu mustahil sekarang. Desisnya.
***
“kak ngah apasal pihak penganti lelaki
minta kita buat majlis akad nikah kat masjid Kubang Kerian ni. jauhnya.” Bebel
uncle yang tengah memandu untuk ke masjid Kubang Kerian.
“entahlah Kak ngah pun tak tahu. Mungkin
ahli keluarga di ramai kot dia nak masjid besar lah tu biar selesa. Lagipun dia
orang kan orang berada” jawab ibu. Aku tersentak. Boleh ke Tengku Izham terima
kehidupan kami yang macam langit dengan bumi ni kalau nak dibandingkan dengan
kehidupan dia. Belum-belum apa-apa keluarga dia dah mintak itu ini. Menyusahkan
pihak sebelah kami pulak. Hish apa pulak aku fikir sampai macam tu sekali tak
elok. Aunty Zahra kan baik takkan la dia nak layan kita orang tak baik
pulak.omelku sendirian.
Sebaik sahaja kaki aku melangkah di
dalam masjid perasaan ku mula berbelah bahagi. Betul tak apa yang aku lakukan
ni. nampaknya syaitan dah mula berbisik dah menghasut aku. Aku hanya menurut
langah Balqis yang memimpinku.
“wah beb kau nak kahwin dah. Seronoknya
aku. Nampak nya status kau nak sama dengan aku dah, status bakal-bakal mak
budak ni” gurau Balqis. Nak hilangkan perasaan takut aku lah tu
“hish kau ni dah melalut sejauh tu. Aku
baru lagi la. Nak honeymoon dulu” jawabku
“ala jauh apanya. Betulla lepas kahwin
mestila ada anak kan.” Ujar Balqis sambil menggosok perutnya yang mula
menghasilkan benih yang baru berusia dua minggu.
“Beb tak sangka aku kau akan kahwin
dengan tengku Izham. Memang jodoh kau la nampaknya dengan semuanya bermula
daripada excident kat Pavillion lepas tu gaduh-gaduh then kahwin. Gembira aku
untuk kau. Aku harap kau akan jadi isteri yang solehah ya beb” ujar Balqis.
“banyak la kau. Aku dah lali ibu,ayah,
uncle aku sorang tu dan ni pulak kau cakap macam ni, terharu aku tahu” balas
Asy sambil buat muka sedih.
“kau jangan menangis lagi ya nanti habis
make up kau tu. Buruk jadinya. nanti habis orang terkejut bukan pengantin dah
kalau kau nangis tapi dah bertukar jadi buruk muka kau mengalahkan The Shrek
tuh” Asy tergelak. Loyar buruk lah kau Balqis oi.
“Pengantin lelaki dah sampai Asy” beritahu Balqis. Aku terus mencari wajah tengku Izham dan ternyata wajah dia hampa sekali. Pedih hati aku tengok dia macam tu. Nampak sangat terpaksa kahwin sampai muka bakal isteri dia pun tak nak tengok. Aku mengeluh. Tengku Izham tertunduk je. Senyum pun senyum paksa okay. Aku melihat uncle yang sedang menjongketkan kening ke arahku mesti dia nak tanya ‘Asy ni bukan ke tengku Izham tu kan’ ah lantaklah. Hati aku sakit sangat ni. dia mesti tak setuju dengan semua ni. kesian kat perempuan yang ada kat dalam hati dia tu. Desisku sendiri.
Sekarang tibalah waktu untuk ijab dan kabul yang termaktub dalam rukun nikah. Perasaan ku ni dah berdebar gila.
“Pengantin lelaki dah sampai Asy” beritahu Balqis. Aku terus mencari wajah tengku Izham dan ternyata wajah dia hampa sekali. Pedih hati aku tengok dia macam tu. Nampak sangat terpaksa kahwin sampai muka bakal isteri dia pun tak nak tengok. Aku mengeluh. Tengku Izham tertunduk je. Senyum pun senyum paksa okay. Aku melihat uncle yang sedang menjongketkan kening ke arahku mesti dia nak tanya ‘Asy ni bukan ke tengku Izham tu kan’ ah lantaklah. Hati aku sakit sangat ni. dia mesti tak setuju dengan semua ni. kesian kat perempuan yang ada kat dalam hati dia tu. Desisku sendiri.
Sekarang tibalah waktu untuk ijab dan kabul yang termaktub dalam rukun nikah. Perasaan ku ni dah berdebar gila.
“Beb kau dah rasakan apa yang aku rasa
dulu” bisik Balqis. Aku mengangguk lemah. Entah kenapa mood aku dah melayang
dah tengok keadaan Tengku Izham. Akan menyesal kah aku dengan perkahwinan ni?
aku tak nak kahwin dua hari lepas tu bercerai. Hai tak nak la aku pegang status
janda cepat sangat.
“Aku nikahkan kau dengan Hanan Asyikin bt Abdul Hamid dengan..”
“Aku nikahkan kau dengan Hanan Asyikin bt Abdul Hamid dengan..”
“apa?” jerit Tengku Izham. Semua orang
tersentak. Aku lagi-lagi la. Mamat ni pun kalau nak bantah ke apa buat la
kejap-kejap lagi. Jangan sekarang boleh tak. Ei buat malu je. Para hadirin dan
keluarga masing-masing semua berbisik-bisik sesama mereka. Aku melihat tengku
Izham mula tertoleh-toleh ke arah kami. Mamat ni tak menyemapat betulla! Aku
siku kang baru tahu. Marahku. Pandangan kami berlaga. Gulp! Parah dah aku ni
setiap kali terpandangkan dia mula la rasa macam renjatan eletrik ni mengalir
je kat badan.
Tengku Izham tersenyum ke arah ku dan mengalihkan pandangan ke arah mamanya yang berada berdekatan denganku. Dia mengangguk kepada mamanya. Entah aku pun tak tahu apa yang cuba dibuat oleh dua beranak itu dengan bahasa isyarat bagai.
“Tok akad nikah sekali lagi ya. Kali ni saya dah betul-betul bersedia.” Ujar tengku Izham bersemangat. Wajahnya pun dah berubah. Macam dapat emas pun ada. Macam-macam betul. Aku terpandangkan aunty Zahra dan Lisya. Dia orang tersenyum sampai telinga. Apa kena dengan dia orang sebenar dia orang ni?
Tengku Izham tersenyum ke arah ku dan mengalihkan pandangan ke arah mamanya yang berada berdekatan denganku. Dia mengangguk kepada mamanya. Entah aku pun tak tahu apa yang cuba dibuat oleh dua beranak itu dengan bahasa isyarat bagai.
“Tok akad nikah sekali lagi ya. Kali ni saya dah betul-betul bersedia.” Ujar tengku Izham bersemangat. Wajahnya pun dah berubah. Macam dapat emas pun ada. Macam-macam betul. Aku terpandangkan aunty Zahra dan Lisya. Dia orang tersenyum sampai telinga. Apa kena dengan dia orang sebenar dia orang ni?
“Aku nikahkan dikau dengan Hanan
Asyikin Abdul Hamid dengan mas kahwin
23333 ringgit tunai”
“aku terima nikahnya Hanan Asyikin Abdul Hamid dengan mas kahwin 23333 ringgit tunai”
“aku terima nikahnya Hanan Asyikin Abdul Hamid dengan mas kahwin 23333 ringgit tunai”
Selepas mendengar ucapan sah daripada
saksi-saksi air mataku dengan murahnya mengalir tanpa dipinta. Terus aku
memeluk ibu. Kemas pelukan ku.
“Asy tahniah nak. Asy dah jadi isteri
orang sekarang ni. dengar cakap suami ya sayang” ujar ibu bersama linangan air
mata jugak. Anak nya yang sorang ni dah kahwin. Hilang sedikit risau ibunya
apabila ada orang yang sudi menjaga Asy walaupun Asy jauh di matanya
“Asy terima kasih sayang sebab sudi jadi
menantu mama ya. Mama bersyukur sangat Asy sanggup lakukan semua ni. jadi
isteri yang baik ya. In sya Allah Is akan jaga Asy dengan baik.” Ujar aunty
Zahra opss sekarang mama dah. Mama melepaskan pelukanku.
“tahniah kak. Lisya happy sangat sebab
kak Asy jadi sister-in-law Lisya. Untung abang dapat isteri macam Kak Asy” ujar
Lisya. Aku tersenyum.
“Terima kasih sayang” ujarku.
Aku memandang Balqis. Dia dah menangis
teresak-esak. Terharulah tu aku dah sama status dengan dia. Hai nak jadi mak
budak pun manja lagi. “ Beb kau tak nak peluk aku ke?” tanya ku.
“bodoh kau. Mesti la aku nak” Balqis
terus memelukku.
“tahniah beb. Aku terharu sangat status
kau dah sama dengan aku dah sekarang ni” bisiknya. Tergelak aku sekejap.
“Asy kau kena siap-siap ya kejap lagi
pandai-pandai la kau nak menjawab dengan Tengku Izham” bisik Balqis sedikit.
Aku cuak.
“Asy sekarang pembatalan air sembahyang ni sudah-sudah lah menangis tu.”
Beritahu ibu.
Aku menyalami tangan tengku Izham a.k.a bakal
suamiku sekarang. Entah macam mana perasaannya sekarang selepas mengetahui aku
isteri dia.
Aku menyalami tangannya buat pertama
kali. Ada perasaan halus yang mengalir ke dalam jiwa aku sekarang
“Hah Is cium la dahi isteri kamu tu.
Kenapa nak malu pulak dah sah dah” celah mama. Para hadirin kaum kerabat kami
semua dah ketawa mendengar kata mama.
Is mencium dahi aku. Perasaan aku bahagia sangat. Sungguh
bahagia. Selesai je dia cium kat dahi aku dia memandangku. Lama. Merah mukaaku
sebab malu. Dia ni kan apasal tenung macam tu pulak boleh tertanggal dah
jantung aku ni.
“kalau tak sabar pun tunggu la malam
karang” celah satu suara. Tengku Izham tersentak. Walawei aku malu habis.
Sekarang suasana dah gamat dengan ilai tawa. Hei siapa pulak yang gatal cakap
macam tu. Aku lepuk kang baru tahu. Suara macam familiar je takkan uncle kot.
Desisku. Selepas bersalam-salaman dengan para tetamu dan keluarga kedua-dua
belah pihak kami mula bertolak untuk ke rumahku
Kami bergambar apabila berada di luar
masjid. Ini permintaan jurugambar rasmi kita orang la. Ei ambik gambar nanti
bersanding sudah la.
“Hanan tak sangka abang kamu yang jadi
isteri abang. Pandai mama sembunyikan perkara ni” bisik Is . aku tersentak
mendengar pertama kali suaranya begitu dekat di telingaku. Abang? Kenapa sejuk
pulak telinga aku mendengarnya. Hish Asy kau jangan nak melalut. Aku hanya
tersenyum mendengar semua tu. Tak tahu nak bagi reaksi macam mana. “okay Tengku
Asy sila ready ya saya nak ambik gambar ni” beritahunya. So bermula lah
pelbagai pose yang sangat buat aku tak selesa. Tangan Tengku Izham asyik
melingkar je kat pinggangku. Tak selesa betul. Macam tak nak lepas pulak dah.
Aku tersenyum habis manis. Mana boleh dalam gambar kena nampak cantik tau. Ni
semua kenang-kenangan.
“tak sangka aku kau yang jadi suami
Asy”ujar uncle. Aku terdiam mendengarnya.
“dah jodoh Am nak buat macam mana lagi”
jawab tengku Izham sambil memeluk erat pinggangku
“betul tu cakap kau. Jodoh memang kita
tak tahu bercinta bagai nak rak dengan orang lain tapi kahwinnya dengan orang
lain kan. Aku harap kau dapat jaga Asy dengan baik. Kita orang sayang dia”
beritahu uncle lagi. Terima kasih uncle sebab sayang Asy
Selesai je habis semuanya aku melangkah
ke bilik. Badan ni tak usah nak cakap la. Letih sangat. Selepas akad nikah pada
waktu pagi diikuti pulak dengan majlis persandingan dalam pukul tiga petang.
Penat tak terkata rasanya. Aku terus melangkah masuk ke dalam tandas di bilikku
macam biasa.
Selepas siap mandi aku hanya membalut
tubuhku dengan kain tuala. Asy nampaknya kau dah lupa satu benda sekarang.
Sedang elok je aku memilih baju. Aku dengar pintu bilik terkuak. Bulat mata aku
melihat gerangan siapa yang masuk ke dalam bilik ak tapi lagi bulat mata Tengku
Izham. Alamak aku lupa yang aku dah berkahwin. Apa aku nak buat ni. Tengku
Izham menapak ke arahku perlahan-lahan. Mati beb! Bodoh lah kau ni Asy. Aku
berundur dan langkahku mati dihalang oleh dinding. Tengku Izham merenungku dan
tangannya mula bermain-main di bibirku. Jantung aku kali ni dah jatuh
tergolek-golek dah ni. memang dah kena masuk IJN dah ni. parah ! bibir dia mula
merayap ke leherku. Aku hanya memejam mata dengan situasi tersebut. Sebelum
apa-apa jadi aku terus menendang kakinya. Hah ambik kau!
“Awww” jeritnya kecil.
Aku mengambil kesempatan itu untuk lari
ke dalam bilik air. Lemah segala sendi aku macam ni.
Dalam bilik tengku Izham tersenyum
mengenangkan perangainya sebentar tadi. Sebab perangainya yang tak menyempak ni
lah dapat ‘hadiah’ percuma daripada Hanan. Dia bergerak ke katil sambil
menggosok kakinya dan melonggarkan butang bajunya.
“sayang tak nak keluar lagi ke? abang
nak mandi pulak ni. badan abang dah melekit sangat ni ke sayang nak mandikan
abang?” tanyanya dengan niat mengusik Asy. Sepantas itulah pintu bilik air
terus terbuka.
“jangan nak mengada. Pergi mandi” arah
aku tegas. Padahal nak cover malu la tadi.
“tak nak mandi sekali lagi ke?” soal
Tengku Izham dengan senyuman nakalnya. Aku menjengilkan mata ke arahnya. Nak
merasa kuali kat dapur ke apa mamat ni.
“tak payah nak melalut pergi lah mandi
tadi kata badan melekit” ujarku sambil memandang tempat lain. Tak sanggup nak
tengok keadaan Tengku Izham yang tak berbaju ni. biarpun dia suami aku tapi aku
tak biasa berkeadaan macam ni dengan dia.
“sayang” rengeknya.
“apa lagi?” soalku sedikit tegas tanpa
memandang nya. Sumpah aku malu sekarang ni.
“ambikkan abang towel boleh sayang?”
pintanya. Sayang? Abang? Panggil nama boleh tak. Geli la macam ni. omelku
sendirian. Aku terus menuju ke almari dan mencapai towel dan terus dihulurkan
kepadanya.
“terima kasih sayang” ujarnya.
“hmm” jawabku.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam
tandas aku memandang diriku di cermin. Leherku telah tergadai. Uaaa. ‘tak apa
lah Asy suami kau kan. Bukannya orang lain’ bisik satu suara. Dah mencemar duli
nampaknya leher aku ni. membayang kan apa yang terjadi tadi aku terus
menggeleng kepala dan mengambil losyen dan menyapu di bahagian leher. Selesai
saja solat Isyak aku meminta kepada Allah supaya membuatkan diri aku lebih kuat
untuk menghadapi semua ni.
Apabila ada tanda-tanda bilik air akan terbuka
je bila-bila masa saja aku terus
melangkah ke arah katil dan menyelimutkan seluruh badan. Cuaca malam ni sedikit
sejuk dan boleh lah aku nak berbungkus dalam selimut. Lebih kurang dalam lima
belas minit aku terasa kain selimut aku ni ditarik oleh seseorang. Aku apa lagi
terus buat-buat tidur. Ei membayangkan apa pasangan lain lakukan pada malam
pertama kahwin terus buat jantung aku ni macam nak luruh macam bunga musim
luruh dah.
Dia memelukku. Alamak ni yang tak nak ni
“abang tahu sayang tak tidur lagi kan. Jangan takut abang takkan buat selagi
sayang tak setuju.” Bisiknya begitu dekat di telingaku. Aku tersentuh. Dia
hormatkan aku. Tak payah lah aku susah nak cari jalan nak lari. Hehe.
“sayang bila je tahu bakal isteri abang tadi adalah sayang perasaan abang ni bahagia sangat. Pandai semua orang sembunyikan semua ni daripada abang ya. Abang bersyukur sangat sebab isteri abang ni sayang. Sayang jangan risau ya in sya Allah abang akan jaga sayang sampai hujung nyawa abang dan menjadi suami yang baik kepada sayang dan seorang bapa yang baik untuk anak-anak kita” beritahunya. Aku sebak. But wait anak? Akhirnya kami tertidur sebab perasaan letih sudah menguasai diri.
p/s rasa mencabar bila dh masuk bab kahwin.:)
“sayang bila je tahu bakal isteri abang tadi adalah sayang perasaan abang ni bahagia sangat. Pandai semua orang sembunyikan semua ni daripada abang ya. Abang bersyukur sangat sebab isteri abang ni sayang. Sayang jangan risau ya in sya Allah abang akan jaga sayang sampai hujung nyawa abang dan menjadi suami yang baik kepada sayang dan seorang bapa yang baik untuk anak-anak kita” beritahunya. Aku sebak. But wait anak? Akhirnya kami tertidur sebab perasaan letih sudah menguasai diri.
p/s rasa mencabar bila dh masuk bab kahwin.:)
No comments:
Post a Comment