Hari ni aku membuat keputusan untuk
mengemaskan rumah. Dah berhabuk sangat aku nampak ni. aku menjeling kepada
Tengku Izham yang berada di ruang tamu sambil melayan cerita kat televisyen.
Hari minggu la katakan so kerjanya mengadap je la depan televisyen. Tak lain
tak bukan tengok channel kegemarannya, sport. Aku mengelap meja yang terletak
televisyen di atasnya. Dengan cermat aku mengelap setiap bahagian di situ. Aku
perasan ada mata yang memerhati ku daripada tadi. Tak lain tak bukan suami aku
la tetapi aku tidak menghiraukan semua itu. Selepas siap aku berpaling ke
arahnya. Matanya masih melekat kepadaku.
Aku menjongketkan sedikit kening sebagai
isyarat kepadanya.
“sayang ni sengaja nak goda abang ke
kenapa?” soalnya kepadaku sambil sengihan nakal melekat di wajahnya.
“kenapa pulak?” jawabku. Berkerut-kerut dahiku
kerana tidak dapat menangkap maksud kata-katanya.
Dia gelak perlahan. “ yela dengan pakai
seluar pendek lepas tu t-shirt tak berlengan ni kenapa? Saja nak goda abang ke
hmm sayang?” soalnya lagi.
Aku memandang pakaian yang melekat di tubuhku
seluar pendek separas lutut dan baju tidak berlengan. Biasanya aku memang pakai
macam ni pun kalau kat rumah. Ni kenapa cakap nak goda dia pulak.
“dia ni kan suka mengarut. Macam tak
biasa” jawabku sambil tanganku lincah mengemas meja kopi di hadapannya.
Majalah-majalah yang berada di atas meja aku ambil dan simpan di rak yang
bersebelahan dengan sofa.
Dia tersenyum nakal lagi.
“sayang...” panggilnya manja. Aku masih
meneruskan kerjaku. Kalau melayannya sampai besok pun tak habis. Baik aku buat
semua ni.
“sayang..” panggilnya lagi.
“apa dia abang ku sayang?” ee mengada.
Jangan la dia mintak bukan-bukan sudah. Jenuh aku nak melayannya.
“sayang ni dah habis makan semua
antibiotic yang doktor kasi?”
Gulp! Liurku terasa perit untuk ditelan.
Aiseymen ni yang aku lemah ni. bab makan ubatla aku malas sangat. Tak sedap tau
ubat tu. Pahit okay! Lagipun aku ni memang dari kecil lagi susah kalau bab
makan ubat ni. kalau tak kena paksa dan bersuap jangan harap la aku makan.
“abang tanya ni kenapa tak jawab?”
ujarnya sambil tidak lepas memandangku. Kepala otak aku ni pulak sibuk mencari
seribu satu alasan nak bagi tahu dia. Aku mula memandang lantai dan meramas
jari.
“oo.. ubat tu ya... Dah makan dah.”
jawabku sambil cuba untuk tidak memandangnya. Sebab nanti kantoi pulak aku tipu
dia karang. Lagipun dah sihat kan ni kenapa pulak susah-susah nak makan ubat.
“ ya ke ni ? jangan tipu abang ya”
“erk tak tipu pun. Hish abang ni kenapa
cakap macam tu pulak. Mana ada saya tipu. Dah lah saya nak pergi memasak kat
dapur nanti tak makan pulak kang tengahari nanti” ujarku dengan niat untuk
mengubah topik perbualan kami. Aku bangun untuk menuju ke dapur tanpa sempat
aku melangkah lagi tanganku disambar oleh Tengku Izham dan oleh sebab badanku
yang tidak stabil lalu aku terduduk di atas ribanya.
“abang kenapa ni. kan Hanan dah cakap
dah makan kan. Takkan la tak percaya lagi.” Dia merenungku sambil mengeleng
geleng kepalanya.
“betul dah makan” beritahuku untuk
meyakinkan dia lagi.
“habis kalau tak tipu kenapa asyik ramas
je jari sayang tu. Lepas tu tak pandang abang pun bila cakap. Macam la abang
tak tahu macam mana perangai sayang kalau menipu. Tak pandai langsung nak cover
muka dan perbuatan sayang tu” Tengku Izham mengetahui tabiat isterinya itu
apabila menipu melalui ayah mertuanya. Banyak yang dia korek dengan ayah Asy
masa dia merelakan diri untuk menghantar barang kepada Balqis sebelum
perkahwinan dia dan Tengku Rayyan dulu. Sebenarnya mummy Tengku Rayyan suruh
orang lain yang hantar tapi dia dengan sukarelanya menawarkan diri. Ye la kan
sambil menyelam dapat minum air jugak kan. Lagipun masa tu dia sedang
menanggung rindu dekat Asy. Apa pun sanggup dia lakukan sampai-sampai belut
dengan ular pun boleh dia tak kenal. Kelakar bila mengingatkan peristiwa itu .
“ni kenapa abang sengih sorang-sorang
ni? tengah ingatkan sape hah? Tina tu ke? abang jangan tau. Jangan nak fikirkan
perempuan lain” ujarku dengan nada merajuk manakala tanganku mula mencari port
yang sesuai untuk mendarat cubitan ketamku ini.
“aduh, sayang janganla. Sakit tau tak.”
Ujarnya sambil laju menggosok lengannya.
“sayang mana abang ada fikirkan
perempuan lain. Amboi sayang sekarang dah pandai cemburu-cemburu ya. Bagus
abang suka” ujarnya.
“mana ada Hanan cemburu” bidasku.
“ye la tu. Macam la kita tak tahu.
Sayang ni dah makan ubat ke tak hah? Cuba cakap betul-betul dengan abang? Abang
tengok ubat tu macam tak bergerak je. Maintain je jumlah dia” beritahunya. aduh
tak puas hati lagi nampaknya dengan ubat antibiotic tu. Aku mengeluh.
“ala abang ni macam ibu tau tak. Suka
paksa makan ubat. Dah sihat kan ni nak makan ubat buat apa kebendanya. Tengok
ni dah sihat dah” aku menepuk dadaku sebagai tanda aku ni memang sihat
sekarang.
“ha nampak sangat tak makan kan. Tipu
abang dosa tau” Tengku Izham sudah menggelengkan kepala dengan perangai
isterinya itu. Susah betul kalau nak kasi makan ubat. Mengalahkan budak umur
lima tahun.
“abang ni kan Hanan dah cakap tadi dah
sihat dah ni. tak payah nak makan ubat bagai lagi” kataku masih tak nak
mengalah lagi.
“sayang antibiotic tu memang kena
habiskan walaupun sayang ni dah sihat daripada demam. Ubat tu penting tau.
Sayang tunggu sini kejap. Jangan gerak mana-mana” arahnya kepadaku. Dia bangkit
dan menuju ke dapur. Aku hanya memandang langkahnya. Tak sampai lima minit dia
dah tercegat balik di hadapanku. Yang tak bestnya di tangan dia ada ubat dan
segelas air suam. Terbeliak mataku. Tak suka tau. Kang lari masuk bilik baru
tau.
“abang tak kira. Sekarang sayang kena
makan jugak ubat ni. jangan degil okay.” Arahnya. Mengangguk pun tidak menggeleng pun tidak.
Aku hanya menyambut ubat yang dikasinya. Pahit apabila ubat itu masuk ke dalam
mulut. Dengan tergesa-gesa aku meneguk air. Ubat memang pahit! Asy kau ni kan
ingat ubat tu best macam tomyam ke chicken chop ke apa. Hish kau ni
macam-macam. Bebelnya sendiri.
“kan bagus makan ubat. macam ni la isteri
abang. Dengar kata. Patuh arahan doktor makan ubat” ujarnya selamba. Aku
menjelingnya. Memaksa betul!
“hish sayang ni kenapa pulak jeling kat
abang. Tak baik tau. Kalau mata sayang dah macam ni baru tahu” dia membeliakkan
matanya. Oleh sebab kelakar melihat wajahnya meletus ketawa daripada mulutku.
Macam-macam betul..
“lain kali jangan lupa makan ubat ni
sampai habis. Jangan lupa pesan abang ni”
“makan sampai habis” terjerit kecil ku
dibuatnya. Ye la aku tahu memang ubat ni kena makan sampai habis tapi kalau
demam dulu masa zaman duk bawak ketiak ibu dan ayah lagi aku curi-curi je buang
ubat kat jendela. Dengan dia ni boleh ke buat macam tu erk? Fikirku.
“ye la. Makan sampai habis. Dah jangan
nak membantas. Bak sini gelas.” Pintanya . aku menghulurkan gelas kepadanya.
Ting tong.
Loceng rumah berbunyi. Aku melihat jam
di dinding yang menunjukkan pukul 11.30 pagi. Siapa yang datang pagi lagi ni. biasanya
tak pernah pun. Aku melangkah untuk membuka pintu.
“sayang wait” Tengku Izham sedikit
menjerit apabila melihat langkah isterinya.
“abang ni kenapa. Nampak hantu ke apa?
Semput saya tahu tak.” Kataku sambil meletakkan tangan di dada. Cuba menenangkan
perasaan sendiri.
“sayang jangan nak memandai bukak pintu
ya. Kalau nak bukak pun pergi tukar baju dengan seluar dulu” ujarnya. Aku
menepuk dahi. Alamak lupa la pulak. Seksi sikit kat rumah ni aku pulak main
terjah nak bukak pintu macam tu pulak. Mujur la dia sempat mengingatkan aku.
“hee terlupa.” Aku tersengih-sengih
memandangnya. Dah macam kerang busuk dah. Dengan kadar segera aku berlalu ke
bilik.
“sayang.. dah siap tukar baju. Jom
keluar tengok siapa tetamu kita” tuturnya sambil menjongketkan kening.
“siapa bang” tanyaku sedikit pelik.
“cuba sayang tengok sendiri and abang
pun rasa sayang akan terkejut.” Beritahunya sambil badannya bersandar pada
pintu bilik. Aku mengecilkan mataku. Aik
siapa pulak ni. dia ni pulak nak berahsia pulak dah. Cakap terang-terang kan
senang tak buat aku tertanya-tanya.
Aku berjalan keluar menuju ke ruang tamu
daripada belakang aku dapat melihat satu kepala hitam dan satu lagi perempuan
kot sebab dia bertudung. Hish kau ni Asy memang la kalau yang bertudung tu
perempuan kecuali yang tak normal.
“Abang Am, Lisya” terjerit kecil aku apabila
melihat dua insan yang berada di depan mataku ini.
“kak Asy ni ada ke sambut kita orang
dengan muka terkejut macam tengok hantu macam tu. Sedih tau” ujar Alisya sambil
buat mimik muka merajuk. Sensitip betul Lisya ni.
“macam mana tak terkejut. Alih-alih
pagi-pagi lagi tengok korang datang sini. Sekali pulak tu. Hah abang ni bukan
ke kalau hari minggu macam ni kerjanya cuma terbongkang atas katil je. Tak
pukul satu jangan harap la nak bangun” bebelku kepada Uncle Am pulak. Aku
melabuhkan punggung di atas sofa
tersebut. Tengku Izham pulak tersenyum melihat reaksiku.
“sayang biarla dia orang nak datang
rumah kita pun lagipun bukan rumah orang lain pun kan.” Celah Tengku Izham.
“bukan maksud Hanan macam tu bang. Cuma
pelik sikit je dengan dia orang ni. ni datang sekali ke asing-asing ni” soalku
lagi. Lagak macam polis pencen pulak.
“asing-asing” serentak mereka menjawab.
Pandangan ku mula beralih ke arah uncle kesayanganku. Memang pelik uncle aku
ni. dia orang ni ada apa-apa ke?
“hmmm ada apa-apa ke ni?” soalku sedikit
terus terang.
“hish akak ni mana ada.” Sangkal Lisya.
Tetapi aku dapat menangkap wajahnya yang
sedikit malu-malu
“Asy ni abang datang tak nak sedia air
ke?” Celah uncle. Nampak sangat nak ubah
topik kan. Aku mengecilkan mata memandangnya
“ye la nanti Asy buatkan. Tapi betul ke
datang asing-asing ni? korang ni ada apa-apa ke?” soalku sekali lagi.
Perasaanku membuak-buak ingin tahu pasal dia orang ini.
“Asy ni tak menyempat langsung. Tengok
muka dia orang semua ni. dah malu-malu dah. Kesian kan dia orang.” Tutur Tengku
Izham. Aku bergerak menuju ke dapur
“korang daripada mana sebenarnya?” tanya
Tengku Izham apabila kelibat Asy hilang daripada pandangan dia.
“Lisya daripada rumahlah” jawab Lisya
sambil membelek majalah Glam.
“kau pulak?” tanya Tengku Izham kepada
uncle.
“daripada rumahlah. Dah lama tak tengok
Asy so aku decide nak datang sini la. Mana tahu boleh keluar jalan-jalan dengan
korang hari ni. boleh isikan masa lapang aku” beritahu uncle Am. Padahal
dalam hati berdoa sangat yang Tengku
Izham tak syak apa-apa. Dia bermain mata dengan Lisya.
“hah korang ni apasal pulak main isyarat
mata bagai. Cuba cakap nak apa?” sergah Asy daripada dapur sambil menulang
beberapa gelas yang berisi air.
“oo mana ada kita orang main isyarat
mata bagai. Hish Asy salah tengok tu” bidas Uncle Am. Tengku Izham dan aku
hanya memandang mereka berdua. Malas untuk masuk campur akhirnya aku mendiamkan
diri sahaja.
“Asy, Is apa kata kita keluar nak hari
ni?” tiba-tiba uncle bersuara. Aku dah agak dah dari tadi lagi dia cuba untuk
cakap sesuatu tapi dia teragak-agak.
“nak keluar pergi mana Am?” soal
suamiku. Aku hanya mengerling kepada Lisya yang sedang tadi lagi asyik membaca
majalah kat tangannya. Biasalah perempuan pantang tengok majalah tu mulalah
melekat. Pasal fesyen kan ada semua dalam tu. Lagilah aku dengan Lisya ni
minat. Lagipun aku tengok Lisya pun sangat stail orangnya. Cantik dan berjaya
menarik banyak mata. Dengan selendang yang terletak di kepalanya style Hana
Tajima dan warna yang lembut sesuai dengan warna kulitnya. Budak ni memang
cantik walaupun hanya mengenakan mekap yang nipis.
“hah abang nak ajak kita orang pergi
mana pulak ni?” soalku pulak.
“apa kata kalau kita pergi Genting Highlands
nak. Lagipun dah lama la tak jejakkan kaki kat sana.”
“memang la lama sebab abang suka
pergi main tu semua kat oversea. Benda
yang ada di negara sendiri bukannya nak di jelajahnya” bebelku. Uncle Am ni
macamla aku tak tahu perangai dia yang suka travel tu dengan kawan-kawan dia.
Biasanya kat oversea la sampaikan tempat-tempat menarik kat dalam negara dia
tak tahu.
“sayang ni kuat betul la membebel ikut
perangai siapa la ni.” kata Tengku Izham sambil mencuit hidungku. Merah muka ku macam
udang kena bakar bila diperlakukan sebegitu rupa di depan dua orang bujang kat
depan ni. sangatlah contoh tak baik.
“hai kak Asy dengan abang ni so so
romantic. Bestnya” kata Alisya. Tangannya sudah diletakkan di pipinya. Untuk
pengetahuan Lisya abang awak ni memang terlebih romantik dah. Kata-kataku itu
hanya bergema di dalam hati sahaja.
“kalau nak macam abang awak, awak kenala
kahwin” beritahu uncle tiba-tiba.
“hish tak nak la saya kahwin lagi. Saya
muda lagi tau” ujarnya manja.
“tak elok tau kahwin lewat. Hubungan
yang ada elok dipercepatkan. Kalau awak kahwin lewat alamaknya tua la awak ni.”
tutur uncle. Aku dan suamiku mula berpandangan pelik. Budak berdua ni memang nampak lain macam kan .
Lisya menampar lengan uncle ku.
“aduh sayang sakitla” adu uncle.
“sayang?” serentak aku dan suami bersuara.
Ini dah lebih dah ni. mereka nampaknya terkejut dengan apa yang terpacul
daripada mulut kami. Lepas tu uncle pulak dah menekup mulut dia. Hmm rahsia dan
bukan nama rahsia lagi dah.
“abang Am ikut Asy sekarang” arahku
sambil menarik lengannya supaya mengikutku manakala Tengku Izham hanya diam dan
merenung adiknya sahaja. Meminta penjelasan mungkin. Tekaku.
“Asy apa ni, lepaslah” uncle cuba
melepaskan tangannya daripada ku.
“jelaskan kepada Asy semuanya abang.
Jangan ada satu pun yang tinggal” pintaku sambil bercekak pinggang. Ini dah
lebih dah ni. dia bercinta tak bagi tahu aku ya. Tak apa. Merajuk 40 hari!
“nak jelaskan apa pulak. Tak ada apa la
nak dijelaskan Asy oi”
“abang tak payah nak selindung dengan
Asy la. Asy tahu abang ada something kan dengan Lisya. Abang
kenapa dengan
abang ni biasa nya taste abang bukan macam tu. Abangkan suka yang seksi, solid
kan. Abang jangan tau, jangan mainkan perasan Lisya. Dia bukan macam perempuan
yang abang kenal kat luar sana” aku mengeluh. Uncle aku ni teruk betulla. Kalau
nak buat koleksi pun jangan la heret adik ipar aku sekali masuk dalam list dia.
Kesian kat dia tau. Macam la aku tak tahu perangai uncle aku yang suka tukar
perempuan macam tukar baju ni. bila ditanya kata semuanya kawan, kawan dan kawan.
Tak lebih daripada itu. Poyolah semua ni.
“apa yang Asy merepek ni. abang tak ada
apa-apa la dengan Lisya” nafinya lagi. Aku menggeleng kepala tanda tidak
percaya.
“abang ingat Asy tak tahu perangai
abang. Kalau abang dah panggil sayang tu maknanya ada makna la tu semua. Abang
janganla mainkan perasaan Lisya. Tolong la dia buka macam perempuan yang abang
pernah kenal semua.” Pintaku lagi. Uncle menguak rambutnya kebelakang serabut
benar nampaknya. Serabut sebab apa? Lisya mungkin.
“entah lah Asy abang pun tak tahu kenapa
jadi dengan abang kebelakangan ni.” dia mengeluh. Aku hanya memerhati dan sedia
untuk mendengar masalahnya. Sebelum ni uncle tak pernah pun macam ni kalau aku
cakap jangan mainkan perasaan perempuan. Main seronok adala dia menjawab yang
hidup ni kena enjoy la apa la. Muka dia kat depan aku ni sangat berbeza dengan
reaksi dia dulu. Mesti ada something special ni. okay Asy kau memang kena korek
semuanya sekarang ni!
“kalau macam tu cuba cerita pada Asy apa
sebenarnya yang terjadi. Jangan tinggal sikit pun.” Aku memeluk tubuh dan
menyendeng di meja yang berada di dapur.
“sebenarnya macam ni. ingat tak yang
abang jumpa dengan Lisya first time dulu ala masa kita jumpa kat shopping
complex tu” beritahunya.. aku mengangguk tanda ingat hal itu.
“Asy tahu tak selepas kita balik abang
asyik teringatkan dia je memanjang. Abang sakit tau, sakit kat sini” dia
menyentuh dadanya dan menarik nafas. Nampaknya panjang sangat cerita dia kali
ni.
“then?” soalku ingin tahu lagi.
“abang tak tahula macam mana abang boleh
jadi macam tu. Masa mula-mula abang pandang dia hati abang ni Ya Allah tak
payah nak cakap lah macam nak tergolek keluar pun ada. Berdebar semacam tengok
dia. Dah tu abang pulak mandi tak basah makan tak kenyang. 24 jam abang
ingatkan dia. Pelik kan? Tak pernah pulak abang rasa macam ni dulu dengan
perempuan yang abang kenal abang pandang dia orang biasa saja tak de pulak rasa
semacam walaupun dia orang pakai baju tak cukup kain” sambungnya lgi sambil
berjalan mundar-mandir di hadapanku. Mataku sekejap ke kiri dan ke kanan
mengikut geraknya.
“hish abang ni duk diam boleh tak.
Peninglah Asy tengok abang macam ni. so apa jadi lepas tu?”
“lepas abang fikir betul-betul abang
pasti sangat yang abang sudah jatuh cinta kat Lisya. Cinta pandang pertama maybe.
Asy nak tahu tak hari abang ni gelap tahu kalau tak tengok dia tapi kalau dia
ada depan mata abang rasa indah sangat. Tak lengkap hidup abang tanpa dia tau
tak”
“fuyoo abang jatuh cinta? Dengan Lisya?
Amazing! tak sangka Lisya boleh buat abang angau macam ni. abang confirm ke
abang ni betul-betul sayangkan dia bukan nya niat nak mainkan dia” soalku
inginkan kepastian sekali lagi.
“gila apa nak mainkan dia. Tak pernah
pun kat fikiran abang ni nak buat macam tu. Perasaan abang ni ikhlas. lagipun
abang dah stop perangai lama abang tu.” Beritahunya.
“eh perangai abang yang mana satu.
Kasanova terulung gemilang dan terbilang tu ke?” soalku blur. Uncle menyekeh
kepalaku.
“hai bila masa pulak naik pangkat ni
siap ada terbilang lagi biasanya stop kan gemilang je kan? Hish Asy ni
macam-macam”
Aku gelak. “terbilang sebabnya abang dah
jatuh cinta kat Lisya. Tahu tak susah sebenarnya untuk Asy terima semua ni but
Asy percaya kat abang lagipun Lisya muda lagi. Baru umur 21 tahun” kataku
sambil menggosok lengannya. Bagi semangat la katakan.
Dia tersenyum. “umur bukan penghalang
sayang oi"
“tak sangka Asy Lisya lah orangnya kan
bang. so dia macam mana? Maksud Asy respon dia terhadap abang?” soalku lagi
“alhamdulillah dia terima abang. Abang
bersyukur sangat Asy. Doakan hubungan kita orang ya” pintanya. Aku mengangguk.
Ya itu sudah semestinya. Aku akan mendoakan hubungan mereka baik dan berjalan
dengan lancar. Tanpa mereka sedari ada sepasang telinga mendengar perbualan
mereka.
No comments:
Post a Comment