Dear Readers

Thursday 10 January 2013

BAB 14 Hadirnya Cintamu Yang Terindah





Aku mendongak untuk melihat bangunan pencakar langit yang tinggi tersebut. Untuk pengetahuan semua bangunan yang kat depan mata aku ni merupakan K Residence condominium yang juga merupakan terdapat rumah mamat sambal belacan tu. Aku melepaskan keluhan. Patut ke aku masuk. Mamat sambal belacan tu kan memang suka mengacau aku. Patutnya hari ni hari cuti tapi dia suruh aku mengemas rumah dia pulak dah. Bengang aku dibuatnya. Selepas bersoal jawab dengan bodyguard yang mengalahkan askar pencen tu aku bergerak masuk ke dalam kawasan K Residence tersebut. Mata aku terpegun . Memang mewah tempat ni. Ye lah harga seunit pun mencecah jutaan ringgit. Aku menunggu di ruang yang disediakan di tempat tersebut.


“ Cik Hanan Cik Hanan awak tahu tak pukul berapa sekarang ni?” suara mamat tu tetiba kedengaran. Aku melihat ke arah tuan empunya suara.

“pukul  10 Tengku”dengan selamba aku menjawab. Aku memang tak ada mood. Mamat sambal belacan ni dah ganggu masa tidur aku tau ! geram betulla

“ sepatutnya awak datang pukul lapan kan ? kenapa lewat ? “ dia menyoalku sambil bercekak pinggang. Aku hanya menoleh sekali imbas. Malas aku nak melayan tapi disebabkan rasa hormat aku gagahkan jua.

“Tengku last minute Tengku telefon mintak saya datang. Saya ada kat sini pun dah baik sangat ni. Lagipun saya sesat la nak cari tempat ni. Tengku ingat senang ke ? nak cari parking lagi semua” ujarku dengan bengang. Dah la telefon aku last minute lepas tu siap arah itu ini lagi.  Kenapa lah aku perlu kenal dengan mamat yang ada perangai macam jin afrit ni? Sebal hidup aku jadinya.

“awak nak sesat ke apa ke suka hati awak la yang penting jangan lewat faham !” dia menjelingku.
aku diam. Tak ada gunanya aku nak bertekak dengan dia . sama-sama tak nak mengalah. Memang hati  batu betulla dia ni.

“ikut saya “ Tengku Izham memberi arahan. Tanpa banyak cakap aku mengikutinya.

Sampai sahaja di pintu milik rumah Tengku Izham ni a.k.a mamat sambal belacan aku berhenti. Perasaan berbelah bahagi mula datang menjengah. Aku mula memikirkan ibu dengan ayah aku. Kalau dia orang tahu apa aku sedang buat sekarang apa perasaan dia orang agaknya.

“hah kenapa tak masuk lagi. Sorry ya Cik Hanan rumah saya ni tak sediakan carpet merah untuk orang macam awak ni. Low class” sinis mamat sambal belacan kata kepadaku. Aku hanya mengigit bibir. Entah mengapa aku kehilangan mood untuk bertengkar hari ni. Dengan berat aku melangkah juga. Sebaik sahaja aku terpandangkan perabot dan decoration dalam rumah tu memang aku boleh kata cukup kagum dan wow amazing. Cantik sangat. Kan bagus kalau aku boleh tinggal kat sini. Mesti seronok.

“Ehem. Kenapa terpegun tengok rumah saya yang cukup cantik ni ke ?” soalnya.

“ Saya rasa kalau sesiapa pun tengok mesti terpegun memang cantik. Nampak sangat elegan dan cantik “ gumamku. Tanpa sedar aku sudah bergerak menuju ke ruang tamu. Aku sangat terpukau dengan semua ni. Dan satu lagi tempat ni bersih pandai mamat ni jaga. Wait bersih ? habis tu apa aku buat kat sini. Kalau dah bersih tak payah la kemas. Dia ni saja ke nak mainkan aku.

“ Tengku saya tengok semua ni dah bersih apa lagi yang saya perlu kemas nya?” soalku ingin tahu. Tengok pada tahap kebersihannya memang aku tahu bukan Tengku Izham yang mengemasnya. Aku memandang mamat sambal belacan untuk meminta kepastian.

“nope. Ini baru ruang tamu. Ikut saya “ aku turut lagi. Dah macam minah turut dah aku ni.

“what apa ni tengku “ terkejut beruk  aku tengok keadaan dapur yang macam kapal pecah. Mamat ni memasak ke bergusti kat dapur ni. Dengan keadaan sinki nya yang penuh dengan pinggan mangkuk yang tak dibasuh, meja yang penuh dengan peralatan membuat kek dan lantai yang penuh dengan tepung. Ya Allah nak pengsan aku dibuatnya. Hampa! Frust ! kecewa! Semua ada. Aku ingat condo ni dah bersih dan aku boleh blah rupanya aku tengok keadaan dapur ni macam langit dengan bumi dengan keadaan kat ruang tamu.

Aku memandang mamat sambal belacan. Muka dia fulamak serius gila. Aku diam dan hanya menuruti langkahnya. Apa lagi yang aku kena kemas jap lagi. Aku masuk ke ruang bacaan. Sekali mata aku terbuntang luas. Astargfirullahhalazim. Ni baca buku ke bertumbuk dengan buku ni ? haih apa ni . Tengku ni memang nak kenakan aku la. seterusnya aku melihat keadaan biliknya yang cukup-cukup berselerak. Dengan semua keadaan yang aku lihat ni memang lama aku kena jadi maid hari ni.

“so sikit je kan awak kena bersihkan ? jangan risau saya akan bayar semuanya. Saya ni bukannya kejam sangat” ujarnya seraya memandangku.

“ sikit Tengku kata ?” soalku dengan terkejut.

“ kenapa ? awak nak lagi ke ? “ soalnya sinis

“tak Tengku, tak. Maksud saya padan apa yang Tengku suruh saya buat ni  “berkerut-kerut dahi aku semasa menuturkan ayat tersebut. Tengok hati kata lain mulut kata lain. ei hati dengan mulut ni memang tak pernah sebulu.

Tengku Izham memandangku.

“ Betul Tengku saya tak tipu. Lagipun tak baik menipu kan.” kataku.padahal dalam hati dah sebakul menyumpah seranah kat mamat ni. Eii hati batu betul. Tak kesian betul kat aku ni tahu. Tak apa Asy kau boleh buat semua ni. Sikit je ni kan. ha banyak la kau punya sikit. Condo  ni dahlah besar. Patah jari kau nak mengemasnya.

“okaylah kalau macam tu awak boleh mula buat kerja” kata Tengku Izham. Ambik kau perempuan. Padan muka. Siapa suruh kau berlagak sangat dengan aku. Tengok kan sekarang dah kena. Mamat sambal belacan tu bergerak meninggalkan aku sorang-sorang di dapur sambil menyanyi kecil. Amboi happy ye kau dapat buli aku. Rasa nak ganyang je kau ni. Aku menjelir kepadanya. Ei bengang! Aku mula mengemas. Ya Allah apa sebenarnya yang nak dibuat oleh mamat ni sebenarnya. Jahanam dapur dia yang mewah ni. Kalau dah tahu tak pandai masak beli je lah kat kedai. Keluh ku.
aku mula mengemas. Fighting !sedang khusyuk aku mengemas tiba-tiba prrang.. terkejut aku dibuatnya. Ya Allah apa dah aku buat ni. Aku takut untuk berpaling. Aku tahu aku dah langgar sesuatu dan benda tu jatuh. Jangan pecah sudah. Dengan teragak-agak aku berpaling.

“Hanan Asyikin !” bergema satu condominium tu dengan jerkahan dari mamat sambal belacan tu. Jantung aku pun laju gila berdegup ni. Kau memang cari nahas la Asy. Balik ni nak mengadu kat Balqis. Aku melihat ke arah benda yang jatuh tuh. Pasu bunga ! apa kes pasu bunga ada kat dapur ni. Aku menelan liur.

“Apa yang awak dah buat ni hah? Sengaja nak merosakkan barang saya ke apa “ sergah Tengku Izham. Kejam tahu. Aku bukannya sengaja. Aku mula nak menangis tapi terpaksa ditahan sebab aku tak nak nampak lemah di hadapan mamat ni.

“Awak buat kerja ke apa ? mata kat mana sampai tak boleh nak tengok sekeliling. Awak tahu tak betapa beharga nya pasu bunga ni bagi saya hah ?!” soalnya. Dia menjerkah aku lagi. Fuhh suara kalah gorilla. Huh ! ada aku kisah tapi? Tengok time macam ni pun kau nak sombong lagi Asy. Perasaan bersalah dan takut mula menjengah. Aku menunduk.

“maaf Tengku. Saya tak sengaja” jawabku dengan sedikit teragak-agak.

“ tak sengaja kau cakap. Perempuan kampong macam kau ni memang. Dasar tak malu. Apa kau ingat ni harta mak bapak kau suka-suka je nak rosakkan?”

aku terkejut. Ni gua panas ni “ Tengku kan saya dah cakap yang saya tak sengaja. Lagipun buat apa letak pasu bunga kat dapur. saya tak perasan dan memang salah saya. Tengku jangan pulak suka hati je kaitkan nama mak bapak saya!” aku mula meninggikan suara. Nak salah ke hina ke cakap je pada aku dan jangan sesekali berani kaitkan orang yang aku sayang. Memang boleh buat aku dilanda taufan.

“Tengok kalau saya cakap sikit mula la satu bakul awak menjawabnya. Sumpah saya tak pernah lagi jumpa orang gila macam awak ni “ ujarnya geram. “awak tahu tak pasu bunga ni sangat berharga buat saya” tuturnya perlahan. Putting beliung dia dah kurang nampaknya. Huh ! ada aku kisah ke mamat sambal belacan oi ?

“ saya tahu awak tak kisah but please i want you to know” ujarnya perlahan tapi masih sempat untuk aku mendengarnya. Mamat ni ada magik ke boleh tahu apa yang kau fikirkan. Ei gerun aku dibuatnya. Penting ke untuk aku tahu. Soalan itu terlintas di fikiranku tapi aku diamkan sahaja.

“Okaylah awak teruskan kerja awak tuh. saya naik dulu” aku hanya memndang sepi langkah mamat sambal belacan tu. Aku mengetuk kepalaku. Kau ni kan Asy memang careless. Buat kerja langsung tak berhati-hati. Bebel ku. Aku termenung. Mesti pasu bunga tu berharga sangat bagi dia. ‘Bian Tengku’. Aku meneruskan kerja dengan membersih tandas. Wow. Dalam tandas aku dapat tengok full klcc melalui cermin kaca ni. Memang cukup menarik. K Residence memang terbaik. Patut la boleh jadi kondo paling mewah kat Kuala Lumpur ni. Setahu aku kat sini ada 180 dupleks, tripleks dan penthouse. Memang cukup mewah dan menarik. Kemudahan-kemudahan lain pun ada.kedudukan pun strategic siap dekat dengan KLCC dan Avenue K lagi. Kan best kalau aku boleh tinggal kat sini. Aku tahu aku mampu tapi biarlah rahsia semuanya. Lagipun aku tak sanggup nak guna semua duit-duit tu lagi. Biarlah masa yang tentukan semuanya.





“sampai bila nak siap kerja ni kalau kerja awak asyik mengelamun aja.” Ujar Tengku Izham. Suaranya sangat hampir pada gegendang telinga ku. Aku tahu kalau aku berpaling kepadanya mesti ada sesuatu yang tidak diingini akan  berlaku. Aku hanya membatu.

“mana ada mengelamun saya Cuma tengok bangunan KLCC tu aja.” Kataku cuba menafikannya. Perasaan pelik datang semual dalam situasi ni. Kerja yang aku buat mula tak kena. Dengan cepat aku ingin menyudahkan kerja tersebut. Tengku Izham masih lagi berdir memerhatikanku. Nampak sangat tak percaya kat aku ni. Aku tak akan rosakkan barang kat rumah dia lagi la. tadi pun dah cukup. Pergila tengok tv ke  apa ke jangan perhatikan aku buat kerja boleh tak. Rimasla.

“Kenapa Tengku kat sini?” soalku. Opps terkeluar jugak soalan tu.

“ Saja nak tengok awak buat kerja. Mana la tahu kalau awak rosakkan barang saya lagi” ujarnya sinis. Macam gunung berapi nak meletup pun ada perasaan aku sekarang ni. Ya Allah geramnya aku. Buat silap sikit mula la dia nak kondem aku.

“Tengku yang tadi pun saya dah menyesal sangat-sangat takkan saya nak buat la..” belum sempat aku berkata-kata.

prannng. Aku menelan liur. Apa pulak kau buat ni Hanan Asyikin oi.

“ Tengok. Careless la awak ni. Selamat tak ada barang yang pecah. Kalau ada yang pecah lagi saya potong gaji awak” ugutnya kepadaku. Aku memungut barang-barang yang jatuh. Tak berani nak bersuara dah.

“kesian kan bakal suami awak nanti dapat isteri macam awak ni. Tak serius langsung buat kerja” sindirnya pedas. Berdesing telinga aku mendengarnya.

“ Tak  apa tengku . InsyaAllah saya akan cari suami yang dapat terima saya seadanya.” Jawabku .Tengku Izham memandangku tajam. Aku menunduk. Macam pesalah yang baru lepas bunuh orang pun ada. Sedih tahu dilayan macam ni . pada masa yang sama nak marah pun ada jugak sedap-sedap je kata macam tu kat aku.

“Awak dah ada boyfriend Cik Hanan?” Tengku Izham menyoalku dengan bernada serius. Dengan perlahan aku menggeleng. Tiba-tiba meletus kuat ketawa dari Tengku Izham.

“hahaha. Perangai garang, careless macam ni memang la tak ada boyfriend. Senang-senang awak kahwin je la dengan saya” ujarnya seraya mengenyitkan mata kepadaku.  Dia berlalu pergi. Jantung aku berdebar-debar. Gila punya Tengku. Cakap pasal kahwin macam mainan. Bengang  !


No comments:

Post a Comment