Dear Readers

Wednesday 30 November 2011

hadirnya cintamu yang terindah (BAB 7)

Aku mengurut dada perlahan-lahan. Lega kerana berjaya melesapkan diri daripada Tengku Izham. Aku benar-benar risau apabila bertembung dengan dia kat pintu lif tadi. Hajat nya nak pergi serahkan phone Balqis yang tertinggal dengan aku ni tapi semasa menunggu lif tadi aku tengok Tengku Izham berjalan ke arah ku. Eh bukanla maksud aku ke arah lif tu lah. Hee. Aku apa lagi terus cabut. Tak rela tahu kalu terserempak dengan Tengku Izham nanti tak pasal-pasal kena sembur ke ada kuali ke melayang kat dahi aku ni. Aik kuali melayang ? Apa kes ? Ingatkan kata- kata dia tempoh hari buat aku kecut perut je. Kena bayar ? Bayar apa ke jadah nya. Aku bukan buat salah sampai kena saman. Hurm tak logik langsung tahu tak. Seboleh-bolehnya aku tak nak terserempak dengan dia lagi. Ya! Macam mana pun aku akan elakkan diri aku daripada terjumpa dengan dia lagi. Kalau terjumpa lagi dengan dia memang kita orang akan 'berperang' !

“ Assalamualaikum Cik Asy you termenung apa tu. Teringat kat boyfriend ke ? Ish kuat betul you ni berangan kan.” tegur Rafique a.k.a Fiqa pekerja bahagian kewangan. Haa ni staff bawah Balqis lah ni.

“Waalaikummussalam. Rafique saya ingat siapa la tadi. Ish mana ada. Saya ni kan budak baik so mana ada fikirkan pasal boyfriend-boyfriend ni buang masa saya aja.” kataku cuba membela diri. Nak buat macam mana dah terkantoi berangan dengan staff lain. Hee pandai-pandai la nak kelentong.

“ Ee you ni kan. Kan I dah kata panggil I Fiqa jangan la panggil I Rafique. Tak manja gitu” Rafique menjeling ke arah ku tanda protes.

“ Sorry saya tersilap ya Cik Fiqa. Cik Fiqa jangan marah ya.” Hurm memang bumi ni nak terbalik dah. Tengok yang lelaki nak jadi perempuan yang perempuan nak jadi lelaki. Hish macam-macam.

“ Apa you kata tadi buang masa nak fikir pasal boyfriend ? Banyak la you kan. Nanti kalau you bercinta baru lah you tahu macam mana rasanya. You akan rasa dunia ni macam you all je yang punya” dengan penuh gaya Rafique a.k.a Fiqa menuturkannya. Orang yang lalu-lalang hanya menggeleng kepala apabila melihat perbuatan Rafique. Dah nak buat macam mana memang dia dah lembut sejak azali lagi. Takkan aku nak marah kat dia pulak. Manusia memang macam tu. Asyik ada aja yang tak kena. Dah lumrah alam dah. “ Oi Asy kau dah tahu tak pasal event company kita? Ala pasal nak celebrate bithday Tengku Taufiq tu.”

“ Hah aku ada dengar jugak pasal hal ni dari Balqis tapi aku buat derk aje. Ala malas la aku nak pergi. Tidur ka rumah lagi baik.”

“ hish you ni orang punya la excited tapi dia boleh buat derk je. Hei you tahu tak event apa-apa pun kat company kita semua staff wajib pergi tahu termasuklah makcik makcik cleaner kat company kita kerja ni”

“ Ya ke. Ala ponteng sekali sekala tak ada hal punya. Saya malas la.lagipun saya tak ada baju cantik-cantik” hah tengok dah mula nak bohong lah tu. Ala bukan apa korang aku cuma malas nak pergi je lah majlis macam tu. Malas nak bergaul dengan orang-orang hebat kat atas mesti dia orang pandang aku low class. Ye la kerja bahagian receptionist je. Lain la Balqis. Woi Asy banyak cekadak la kau kan. Kau jangan la merendah diri sangat. Receptionist kau pun lulusan luar negara tau. Cuma belum rezeki kau je nak dapat kerja dengan kelulusan kau tu. Lantak la dia orang nak kata apa pun. Lagipun dia orang bukan tahu kau lulusan overseas kalau dia orang tahu semua baru terbeliak biji mata karang.

“ Hello Asy I bercakap dengan you ni. You ingat kan apa tu. Ee you ni kan memang sah la kena angau sekarang. Kuat sangat berangannya. You tau tak apa pun event yang company ni buat semua wajib hadir tau. Dah memang prinsip company ni nak buat macam mana”

“ la ya ke ? Saya tak tahu pun.”

“ Hah selamat I beritahu you kan. Lagipun you ni kan staff baru. I dah tak sabar nak nak pergi event tu tau. Nak tengok siapa perempuan yang paling cantik. Hurm jangan-jangan you tak ?”

“ Awak ni Rafique eh maksud saya Fiqa mana ada saya biasa-biasa je. Mesti ramai lagi yang cantik-cantik malam tu. Saya ni nak masuk pencalonan pun tak layak.”kataku merendah diri ye la kan takkan nak perasan pulak.

“ You nie merendah diri sangat. I yakin la you akan menang malam tu. So pakai cantik-cantik ya. Ala kalau tak ada baju sangat I boleh belikan untuk you” Rafique ketawa dengan lembutnya sambil menepuk bahuku.

“ Banyak la you kan. Hai you nak masuk lewat ke macam mana hari ni. Dah nak mula kerja ni.” kataku memperingatkan Rafique.

“ Alamak lupa pulak I. Okay la Asy I pergi dulu ya nanti mengamuk pulak ibu tebuan kat atas nanti” dengan tergesa-gesa Rafiqus bergerak menuju ke tingkat atas meninggalkan aku yang ketawa sendirian. Ibu singa yang Rafique maksudkan ialah Balqis. Sakit perut aku ketawa. Balqis memang garang dengan staffnya. Ibu tebuan gelaran yang sesuai sekali dengan sikapnya yang satu itu. Memang Balqis garang dalam hal kerja tapi sebenarnya dia seorang yang baik dan tidak segarang seperti yang disangkakan oleh staffnya.

“ Asy you jangan cakap kat Balqis tau.” laung Rafique. Terkejut beruk aku dibuatnya. Selamatlah tak ada orang lalu lalang kat kawasan kerja aku time tu. Kalau tak buat malu je. Aku mengangkat tangan tanda ok kepada Rafique. Aku meneruskan kerja ku sambil memikirkan annual dinner yang berlangsung nanti. Apa la aku nak pakai nanti agak nya ya ?

****

Seorang perempuan yang bertubuh langsing berada di balkoni kondominiumnya sambil merenung kota metropolitan yang terbentang di hadapan matanya. Apabila dia rindukan seseorang beginilah keadaanya. Sudah lama perempuan ini tidak merasai perasaan sebegini. Sesungguhnya dia begitu benci akan perasaan yang melanda dirinya sekarang. Tapi dia tidak boleh menghalang perasaannya. Sudah setahun dia cuba melupakan perasaan kepada lelaki tersebut tetapi dia hanyalah insan yang lemah kerana sehingga hari ini dia tidak mampu untuk melupakan segalanya.
“Kenapa susah I nak lupakan you hah ? Setahun I cuba tapi I still tak boleh. I masih cintakan you sampai sekarang.” sambil menangis wanita itu menjerit bagaikan melepaskan semua perasaan nya yang terbuku di dalam hati. “ I tahu dulu I silap tapi sekarang I perlu mengaku I masih cintakan you. Dan macam mana caranya I perlu dapatkan you kembali semula ke pangkuan I? I harap you sudah maafkan I Is. I love you so much !” perempuan itu mengogoi kesedihan. Sungguh dia tidak boleh menipu perasaannya lagi. Perjumpaan semasa waktu kerja tadi telah memutikkan kembali cinta lama. Tapi lelaki itu bertindak seolah-olah tidak mengenalinya sama sekalu. Hancur luluh perasaannya akibat diperlakukan begitu. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada pemanggil.

“ Hello beb. Jom lepak tempat biasa.” si pemanggil terus menyatakan tujuannya. “Hello beb kau dengar tak apa aku cakap ni?”

“ ya aku dengar Sheila. Sorry la aku tak boleh nak join. Aku tak sihat sikit malam ni.” jawab perempan tersebut.

“ Kenapa dengan suara kau ni. Kau menangis ke ? Siapa yang buat kau menangis ? Ataupun kau sakit ? Kau gastrik erk ? Kau dah makan ubat ke belum ? Kau dah makan tak malam ni ?” bertalu-talu soalan dilemparkan kepada perempuan tersebut. Namun soalan yang ditanyakan hanya dibiarkan sepi sahaja. Hanya tangisan kedengaran. Sheila sudah panik apabila dia mendengar kawannya menangis. “Tina kau cakap la dengan aku kenapa ni. Aku risaukan kau la. Kau kat mana sekarang ni ? Kat rumah kan. Okay aku datang sekarang kau tunggu aku ya. Dengan segera Sheila beredar dari kelab malam tempat yang dihabiskan setiap malam untuk menuju ke rumah kawannya.

Apabila Sheila sampai di rumah kawannya itu dia terus mencari kelibat kawannya. Jenuh cari satu rumah. Dia mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. Akhirnya dia terlihat susuk tubuh yang duduk di balkoni kondominium tersebut.“ Beb apa dah jadi ni. Kenapa kau macam ni ? Siapa yang buat kau macam ni ? Kau sakit ke ?”

“ Aku jumpa dengan dia balik Sheila. Petang tadi aku jumpa dengan dia. Tapi kau tahu apa dia buat kat aku. Dia berpura-pura tak kenal aku. Aku sedih sangat. Aku tak boleh lupakan dia lagi. Aku masih cintakan dia.!” dengan teresak-esak Tina cuba memberitahu apa yang terjadi.

“ Siapa yang kau jumpa sampai kau jadi macam ni hah.” soal Sheila sedikit kasar kerana bengang melihat kawannya menangis begini. Tapi ada seseorang yang terlintas di kepalanya sekarang. Ya ! Hanya dia yang boleh menyebabkan Tina jadi macam ni. “ Oh my God ! Kau jangan cakap kat aku petang tadi kau jumpa dengan Is” soal Sheila teragak-agak

“ Ya ! Petang tadi aku jumpa dengan dia. Dia buat-buat tak kenal pun aku. Aku sedih sangat. Hati aku ni macam kena tikam bila dia buat macam tu. Aku tak tahu kenapa sampai aku boleh jadi macam ni.”
“ What ? Jadi betulla. Bila di balik? bukan ke dia kat UK ke?”

“ Aku tak tahu Sheila, aku tak tahu. Sah-sah tadi dia yang muncul depan aku. Aku berani kerat jari yang tadi tu dia. Tapi...”

“Syyy.. kau tak boleh macam ni. Kau kena kuat. Kau kan anak Dato' Rashid. Kau tak boleh lemah macam ni dengan kehadiran dia. Kalau betul kau cintakan dia lagi and still tak boleh lupakan dia. Kau kena dapatkan dia kembali. Hei come on. This is not you right ? Kalau dia tengok keadaan kau macam ni mesti dia gelakkan kau kan.”

“ Apa maksud kau?” soal Tina

“ Hurm.. kalau kau masih cintakan dia mestilah kena dapatkan dia kembali. Hei kau kan selalu berusaha asalkan benda yang kau nak tu jatuh ke tangan kau. Mana Tina yang aku kenal hah? Takkan sebab Is kau terus lemah macam ni.”

“ Jadi maksud kau. Aku dengan Is macam dulu ?”

“yeah. Kenapa dengan kau ni lembap sangat hah. Hai cik Amanda Qistina takkan macam ni sekali jadinya akibat penangan cinta si Iskandar tu hah.”

“ Ya ,memang penangan cinta aku untuk dia kuat. Bahkan terlalu kuat kau tahu tak. Aku akan buatkan dia kembali kepada aku. Macam mana cara pun aku akan buat dia kembali pada aku. Kalau aku tak boleh memiliki dia maknanya tiada sesiapa pun boleh!” dengan penuh nekad Tina menuturkannya.

“ Hah macam ni la baru kawan aku.”

***


“ So macam mana ?” soal Tengku Rayyan

“ Macam mana apa ke bendanya hah? Kau ni dah la masuk bilik aku tak ketuk dulu lepas tu terus tanya aku so macam mana.” jawab Tengku Izham sambil meniru cara percakapan kawan baiknya sendiri, Tengku Rayyan

“ Ala kau ni macam tak biasa dengan aku pulak kan. Kau tak faham maksud aku lagi. Ak sangka cousin aku yang sorang ni bengap.”

“ Wo wo memandai je kau kata kat aku kan. Dah aku tak tahu maksud soalan kau macam mana. Kau ni kan kalau bercakap lebih banyak auta dari fakta tau. Ye la kan kasanova !” perli Tengku Izham. Dia sememangnya tahu sepupunya sorang ni bukannya betul sangat kalau dah mula bercakap hai satu kerja pun tak jadi tahu.

“ Lu bikin gua panas wo. Kena mengena apa perangai kasanova aku dengan soalan aku yang satu tu. Tak ada kena mengena tahu. Memandai je kau kan” Tengku Rayyan tersengih, dah macam kerang busuk dah aku tengok tapi dia kan handsome buat macam mana pun still handsome!

“ Oo ya ke? Kalau macam tu apa?”

“ Saja je aku tanya nak tanya kat kau pasal Asy” Tengku Izham sudah dapat mengagak apa yang berada di dalm fikiran Tengku Rayyan.

“ Minah tu. Yang kita jumpa kat Time Square tu kan. Kenapa ? Apa kena mengena dia dengan aku sampai kau tanya soalan macam ni kat aku?” soal Tengku Izham agak dingin. Dia bengang. Kalau ingatkan perempuan itu aje dia rasa macam nak meletup je. Memang bikin panas betulla. Ish geram aku bila teringatkan kat dia.

“ Tak saja aje. Aku just nak tahu pendapat kau. Amacam cantik tak dia?” lagi satu soalan yang ditanya oleh Tengku Rayyan tapi dia buat macam angin lalu je. Malas dia nak fikirkan gadis yang sudah cari pasal dengan dia. Bagaimanapun dia sudah menyusun rancangan untuk gadis tu, tunggu masa untuk dilaksanakan aja. So wait and see ! “Woi kau dengar tak apa yang aku tanya ni. Hai aku tanya je terus berangan. Jangan-jangan kau dah jatuh hati tak kat dia . Wo jangan bro. Dia aku dah tempah awal-awal” terkejut dengan sergahan Tengku Rayyan, Tengku Izham berdehem dan termenung buat seketika . “perempuan macam itu kau cakap cantik. Tak ada maknanya. Bukan taste aku langsung kau tahu. Kalau dengan kau padanla tapi sorry bukan dengan aku okay”

“ Uwek berlagaknya kau kan” Tengku Rayyan membuat aksi termuntahnya. Ei memang perasan betul la mamat ni. “ Hah berlagak la berlagak nanti dah jatuh cinta padan dengan muka kau tahu. Bukan taste kau konon. Habis yang macam mana taste kau nya hah? Tu la kau memilih sangat tengok hari ini tak ada sorang pun lekat dengan kau. Lain la macam aku ni kan.” dah mula dah. Masuk lif tekan sendiri la nampaknya.

“ Kau memang. Asal cantik sikit,seksi semua kau rembat ya. Tapi time mama kau suruh bawak balik kau kelam kabut bagi alasan tak ready lagi la, belum jumpa yang sesuai la. Macam-macam alasan kau bagi. Ish dasar kasanova betul la kau ni. Time mama kau nak jumpa bakal menantu tu kau cekup je la mana-mana koleksi kau. Hah lepas tu buat balik jumpa dengan mama kau. Kan senang. Ni tak aku jugak yang dicarinya habis kau ingat aku boleh jadi girlfriend kau ke hah. Silap-silap naya kita kena lari sebab kena kejar dengan mama kau dengan batang penyapu.” bidas Tengku Izham. Dia tahu sepupunya yang sorang ni kerap bertukar pasangan. Macam tukar baju aja. Ish pening dia memikirkan semua ni. Jadi dia mengambil keputusan untuk tidak campur tangan. Tapi bila sepupu dia ni ada masalah dengan mama dia pasal calon menantu hah mula la dia susah payah nak cari aku. Nasib baik la papa dan mama aku tak paksa aku dalam soal jodoh ni kalau tidak hai naya aku jadinya.

“ Woi bro kau dah sampai New York ke?” Tengku Rayyan melaung betul-betul di tepi telinga Tengku Izham akibat terkejut Tengku Izham melompat dari kerusi yang didudukinya. Tindakan drastik ! Ish bila masa pulak mamat ni ada kat sebelah aku ni. Aku tak perasan pun.

“ Bagus sangat la time aku cakap dengan kau. Kau dah sampai entah ke mana. Aku jugak yang cakap sorang-sorang sampai aku jalan kat depan mata kau pun kau tak perasan ya.” sindir Tengku Rayyan. Tengku Izham mencebik. “ Sudah lah. Dah malas aku nak layan kau tahu. Dah aku blah dulu”

“ Baguslah kalau kau nak blah dah pun. Pergi buat kerja tu. Ni tak mengganggu orang je kerjanya” Tengku Izham berkata sambil matanya tidak beralih sedikitpun dari lap-top begitu tekun dia melaksanakan tugasnya walaupun syarikat tersebut milik papanya dan akan menjadi miliknya suatu hari nanti. Lagipun kata-kata dia kepada Tengku Rayyan pun main-main je. Dia tahu di sebalik sikap kasanova sepupunya itu tapi apabila melaksanakan tugas yang diberikan dia berani tabik dada la. Tengku Rayyan kalau dah buat kerja memang cekap dan hasilnya perfect. Ahli lembaga pengarah yang lain juga turut kagum dan memberi harapan yang sepenuhnya kepada Tengku Rayyan.

Monday 28 November 2011

hadirnya cintamu yang terindah (BAB 6)

“ Asy kau tak nak bangun lagi ke ? Aku tahu la kau nak qada' tidur time kau bangun pagi nak pergi kerja tapi aku rasa dah nak patah tangan kemas rumah hari ni. Kau tak nak tolong aku ke hah ?” laung Balqis dari luar sambil mengetuk pintu bilik Asy. Ish budak nie dah letih aku mengetuk dari luar tapi dia tak nak bangun-bangun lagi. Kalau aku kejutkan perlahan-lahan dia mula la pijak kepala. Nak tidurla , mengantukla , letihla kan hari minggu ni tidur la puas-puas. Hah itu la jawapan dia kalau hari minggu terperap dalam bilik buat tahik mata. His jenuh aku nak kejutkan dia. Kalah anak aunty Aishah sebelah rumah. Dah la anak dia lelaki bujang lagi tapi pukul lapan pagi tadi aku tengok dia membasuh kereta nya. Hah tengok kau Asy anak teruna pun bangun awal lagi dari kau tapi kau hmm.. tak tahu lah aku nak cakap apa. Tahap tidur tak boleh blah. Lantak kau lah asalkan kau bahagia. “ Woi Asy bangunlah dah lewat ni. Kalau tak bangun lagi aku habiskan semua makanan kat bawah . Hai nampaknya langkah kaki kiri lah kau hari ni kalau bangun lewat ya. Padan muka kau” Balqis berkata sambil turun ke tingkat bawah untuk meneruskan kerjanya mengemas rumah yang tergendala semat-mata untuk mengejutkan minah senget tu daripada bangun tidur. Ish senget-senget pun kawan aku juga. Mampus aku kena cubit kalau Asy tahu aku mengata dia minah senget. Hee..

“ Ei bising betulla si Balqis ni. Aku nak tidur pun tak senang tahu tak.” ngee. Aku berkata sambil menarik selimut untuk menutupi pagi ku. Kedinginan penghawa dingin memang pergh sejuk gila. Nak off malas nak bangun . Ish apa la aku ni nak bangun sekejap pun malas. Apabila ingatkan kata-kata Balqis aku terus bangun sambil menyandar di katil. Ish tak boleh jadi ni. Nanti si Balqis lahap semua makanan aku juga yang putih mata tak boleh makan apa-apa. Tak boleh jadi ni. Baik aku bangun. Dengan cepat aku masuk ke dalam tandas untuk mandi

“ Woi Balqis rajin kau kan kemas rumah” sergah aku kepada Balqis. Sejak aku turun lagi Balqis tak perasan kehadiran aku . Ye la kan orang dah khusyuk mengemas.

“ Mak aihh masuk longkang.” latah Balqis. Kus semangat aku. Gila punya kawan. “ Woi kau kenapa hah. Selamat aku tak ada darah tinggi kau tau. Kalau tak dah lama aku kiok. Apa punya member la kau ni” sindir Balqis.

“ Eh ada orang sindir aku la.” kataku sambil ketawa. Tapi apabila melihat muka Balqis yang macam hantu mak limah terus ketawaku mati. “ Ala bucuk-bucuk kau janganla marah. Akuu gurau je. Rajin kan kau dah boleh buat hantu dah ni.”

“ Amboi sedapnya kau mengata aku kan. Hei aku ni kalau bakal mentua tengok terus terima tahu tak. Siap boleh jadi menantu mithali lagi. Lain la kau asyik terbongkang je atas katil.” ha kan dah kena fire dengan Balqis di pagi yang indah permai ni.

“ Em ikut suka kau la nak cakap apa pun aku tak kisah dah. Dah lali kau tahu tak. Aku pun tak tahu kenapa. Kalau aku dah tidur liat sangat nak bangun. Kalau aku tinggal kat kampung selalu dah aku dengar ibu yang membebel.” agak-agaknya aku ikut perangai siapala yang kuat tidur. Entah aku pun tak tahu. Liat nak bangun tidur ini sejak masa aku kecil lagi. Aisemen macam mana dah tak boleh nak ubah.

“ hah kau tak payah la cakap ibu kau membebel pagi-pagi. Suara ibu kau punya la tinggi sampai ibu kau membebel kat kau pun rumah aku boleh dengar tahu. Aku dah masak dah.” memang tiap-tiap hari time cuti sekolah Balqis akan dengar ibu Asy membebel pasal anak dia tak bangun tidur lagi walaupun matahari dah terpacak kat atas kepala. Walau bagaimanapun Asy tetap dengan perangai dia. Tiap-tiap hari macam itu. Aku tak boleh imagine nanti dia kahwin. Mesti letih suami dia nak kejutkan dia. Hee. “ Dah dah baik kau pergi isi perut kau tu lepas tu tolong aku lap cermin. Dah nak patah tulang-tulang aku buat kerja ni sorang-sorang ni kau tahu.”

“ Yela kejap lagi aku tolong la kau. Tapi janji aku makan dulu ya dear” Aku terus berlalu ke dapur untuk makan sarapan pagi la katakan walaupun waktu dah nak masuk pukul sebelas. Ala pagi lagi la ni. Selepas mengemas rumah dengan Balqis, aku dan Balqis duduk kat kerusi. Fuh letih gila ! Gaya duduk pun dah hilang terus ciri-ciri gadis melayu terakhir. Ye la kan letih semua main bedal je. Kalau ibu kita orang kat kampung tengok cara kita orang duduk memang mengucap panjang la dia orang. Hee tapi tak apa kat dalam rumah ni tak ada sapa-sapa pun nampak.

“ Balqis apa kata minggu depan kita balik kampung nak ? Dah lama sangat kita tak balik kampung . Aku rindu gila kat parents aku.”

“ Wow nak la. Mana boleh tak nak. Mestilah aku nak nanti kita apply cuti. Fuh beb best nya balik kampung pekena masakan asam pedas mak aku pergh meleleh liur beb. Lepas tu 'ngap' mee sup kat kedai makcik Bedah. Ala ingatkan makanan rasa terus aje nak balik kampung”

“ Tak senonoh betul la kau ni. Kita balik nak jumpa mak ayah kita tapi kau asyik ingat makan je. Patutla badan kau aku tengok makin gemuk kuat makan sangat.” sindirku padahal badan Balqis memang langsing saja aku nak mengenakannya. Dia memang fobia kalau sebut pasal gemuk-gemuk ni. Terus timbang berat ataupun mengadap je depan cermin tengok diri dia betul ke gemuk.

“ Hah apa kau kata aku nampak gemuk. Patutla si Tasha budak office tu pun kata aku nampak macam berisi je. Ish tak boleh jadi ni. Aku kena jogging banyak-banyak ni. Kena kurang kan makan. Kena tambahkan lagi bersenam kat gim and bla bla bla..” padahal Balqis sememangnya mempunyai bentuk badan yang cantik. Yang menggiurkan lelaki lelaki kat luar sana. Ish apa aku mengarut ni. Nanti kalau Balqis tahu apa yang aku fikirkan ni tak pasal-pasal kena lepuk kang ! Balqis dah mula dengan rancangannya sementara aku dah mengelamun ingatkan peristiwa lepas yang berlaku kat office. Peristiwa yang memalukan ! Aku tak tahu nak buat apa. Time tu aku dah blur. Sampai-sampai rumah aku terus beritahu Balqis pasal kejadian yang berlaku apa lagi Balqis terkejut beruk la.

“ What?? Habis dia itu siapa? Kenapa susah sangat nak dengar cakap kau? Kalau orang suruh tunggu tu tunggu je la bukannya lama pun. Ala besar sangat ke kedudukan dia. Dah la langgar tak minta maaf. Alih-alih kurang ajar lagi. Ish jantan keparat apa lah tu” Balqis menyoal ku bertalu-bertalu sambil mengata dengan dasyat sekali kepada lelaki tersebut. Aku pun tak tahu siapa lelaki itu. Perbualan dia dengan kak Yati pun aku tak dengar dengan jelas. Tapi yang aku yakin dia orang besar dalam syarikat dan aku sudah pun memaklumkan kepada Balqis hal ini. Dan Balqis akan menyiasat siapakah lelaki itu.

“ Woi Asy kau dengar tak apa aku cakap ni hah ? Kau termenungkan apa tu ? Jangan-jangan kau ingatkan Tengku Rayyan erk ?” Balqis ni kalau bercakap tangkap muat je kan.

“ Woi mana ada. Apa ke hal nya aku nak ingatkan dia. Tak ada faedah langsung tahu tak. Ish bosan la kalau ingatkan lelaki. Buang masa aja.”

“Banyak la kau buang masa. Hah kata lah macam-macam sekarang nanti kau bercinta baru lah kau tahu macam mana rasanya. Makan tak kenyang mandi tak basah. Masa tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.”erk tengok dah kena fire lagi dengan Balqis.

“ Balqis apa kata kita pergi shopping sikit lepas tu terus malam ni kita makan kat luar. Aku malas la nak masak.” kataku sambil mengjoketkan kening kepada Balqis ala-ala Ziana Zain tapi aku lebih cantik pada dia. Alamat terlebih sudah ! Lagipun dah lama aku dengan Balqis tak keluar shopping-mopping ni. Hee. Lagipun time kat kampung sebulan sekali aku dengan Balqis merayap kat bandar semata-mata nak shopping tapi tak melencong kat tempat lain tau semua. Memang shopaholic la kita orang ni. hee

“ Boleh jugak. Lepas waktu asar nanti kita keluar.”


***

jaya jusco menjadi pilihan kami ! Aku dengan Balqis kalau nampak baju or apa-apa yang berkaitan dengan pemakaian wanita fuhh rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. Aaron Aziz kat depan pun dah tak perasan. Memang suka tahap dah tak boleh blah kalau tengok baju-baju or tudung yang cantik. Kalau korang semua nak tahu rumah kat kampung mahupun rumah kat kl confirm penuh punya. Kalau kat kampung almari aku sorang ada tiga ,Balqis lagila dia sorang punya empat almari tau. Penuh semuanya. Ala biasa la kan perempuan nak yang buat macam mana. Kalau rumah kat kl ni. Satu almari tu pun dah penuh siap ada spare lagi kat luar dalam bakul-bakul yang khas dibeli untuk menyimpan baju. Nak beli almari walawei tak cukup duit. Tapi shopping tak ingat dunia ada duit pula. Hee . Aku dengan Balqis memang sekepala tapi pakaian yang kami belikan ok semuanya ya. Tak ada yang tak cukup kain tau. Lagipun aku dengan Balqis bertudung so kami harus menjaga pemakaian kami sebagai seorang muslim. Walaupun aku sudah bekerja, ayah still masukkan lagi duit dalam akaun aku sebab ayah ingat aku tak dapat kerja lagi. Ala biasa la aku kan anak kesayangan ayah. Apa yang aku nak confirm ayah akan bagi punya.

“ Asy kat sana banyak pakaian cantik la. Jom kita pergi tengok. Wow cantiknya baju ni” Balqis kalau dah tengok pakaian yang cantik berapa pun harga dia tak kisah. Lebih-lebih lagi sekarang dah kerja, dah ada duit sendiri.

“ wah memang la beb. Aku nak beli la satu. Tapi yang ni pun cantik juga.” kataku sambil menayangkan baju tersebut depan Balqis.

“ Erm betulla warna dia pun menarik. Kau beli yang tu aku beli yang ni. Amacam ?”soal Balqis

“ Boleh jugak.” Aku dan Balqis round habis satu Time Square. Habis kedai kita orang masuk. Apa lagi yang berkenan terus disambar. Memang tak ada ciri berjimat cermat langsung. Yang kita orang tahu shopping and shopping.

“ Asy dah banyak sangat kita beli ni. Penuh dah tangan aku ni. Perut pun dah main lagu rock kapak dah ni. Jom blah. Kita makan kat kampung baru nak?”

“ Aku ikut kau je. Aku pun dah letih ni. Tapi yang penting kau belanja” hee balqis dah menayangkan muka geram tapi aku buat selamba badak je.

“ Hi, you all buat apa kat sini?” tiba-tiba ada suara yang menegur kita orang dari belakang. Terkejut monyet kita orang dibuatnya. Orang itu ialah Tengku Rayyan and yang lebih mengejutkan kita orang ialah ada seseorang yang bersamanya dan orang itu ialah mamat yang langgar aku kat Pavilion! Ish cari nahas betul. Dasar mamat sambal belacan

“ Owh hai Tengku.” jawab Balqis.

“ Korang buat apa kat sini ?” soal Tengku Rayyan

“ Kita orang basuh kereta kat sini” jawab aku. Padahal dalam hati dah menyumpah berbakul-bakul. Apa kes tanya-tanya lagi. Sah-sah la aku dan Balqis datang sini shopping takkan nak cari gaduh kut. Ish apa punya soalan la Tengku sorang ni.

“ Wah pandai ya Asy buat lawak. Em banyak nya barang korang beli ya.” tegur Tengku Rayyan. 'memang banyak pun' cuma kata-kata itu tidak terluah dengan kata-kata.

“ Ehem” mamat sambal belacan berdehem.

“ Oh lupa saya nak kenalkan. Ini Te..” belum sempat lagi Tengku Rayyan menghabiskan kata-katanya mamat sambal belacan dah menyampuk dah.

“ Saya Tengku Izham Iskandar. Korang boleh panggil saya Tengku Izham” dengan penuh bangga mamat sambal belacan a.k.a Tengku Izham nie berkata. Berlagak! Aku dan Balqis bepandangan memberi isyarat mata. Meluat, menyampah, nak termuntah semua ada.

“Is kenalkan ini Asy and ini Balqis.” Tengku Rayyan memperkenalkan kita orang. “Dia orang ni staff kat office kita.” Aku and Balqis bersalaman dengan Tengku Izham Iskandar. Semasa aku bersalaman dengan dia lama kita orang bertentang mata macam melepaskan kemarahan antara satu sama lain. Kita orang dah lancarkan perang dunia ketiga. Aik bukan dah lama ke aku lancarkan perang dengan mamat ni.Ngee bengang! Tapi kita orang pandai berlakon. Seolah-olah sebelum ni tak pernah berjumpa tapi kenyataannya lebih pada itu. Siap bergaduh lagi!

“ Dah lama kan kita tak jumpa walaupun satu office kan Tengku” Balqis memecah kesunyian antara kami.

“ Haah betul kan. Lagipun saya baru balik dari UK. Sebulan saya kat sana atas urusan kerja. So sekarang dah balik dah ni. Korang nak pergi mana lepas ni. Apa kata saya belanja korang makan nak ?” soal Tengku Rayyan. Tengku Izham nampaknya tak suka dengan cadangan Tengku Rayyan. Melalui reaksinya mukanya aku tahu yang dia memang tak suka kami ada. Lebih-lebih lagi aku !

“Maaf la Tengku Rayyan, kita orang dah plan nak makan kat luar la. Lagipun mengganggu korang je kan.” Balqis menolak pelawaan Tengku Rayyan secara halus. Dalam hati aku sudah bersyukur sangat Balqis menolak. Biasanya dia kalau sebut pasal makan semua orang ajak dia tak tolak tapi mungkin kali ini dia tak suka dengan kehadiran Tengku Izham. Makanan nak masuk esofagus pun tak boleh. Alih-alih karang tersembur kat muka dia pulak.

“Balqis, Asy jomla. Lagipun saya dah offer nak belanja ni. Lagipun mama saya selalu kata rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Jomla.” Tengku Rayyan memujuk kami lagi.

“ Tak payah la kau susah-susah nak pujuk dia orang ni makan dengan kau. Dah orang tak nak tak payah la paksa-paksa. Betul tak Balqis?” aku dan Balqis tahu Tengku Izham menyindir kami. Tengku Izham melemparkan senyuman sinis kepada kami. Dasar perempuan kalau orang dah pelawa tak payah la jual mahal sangat. Ish tak boleh kalau aku makan sekali dengan perempuan ni kang karang makanan yang melayang atas muka aku. Nampaknya perempuan ni tak puas hati je dengan aku. Hei perempuan kau ingat aku takut. Aku tak heran langsung tau !

“ Baiklah Tengku Rayyan kita orang terima pelawaan Tengku. Tengku nak belanja kita orang makan kat mana ?” nampaknya Balqis dah setuju. Ish gila aku nak mengadap mamat tak sedar diri ni. Argh ! Bengangnya aku. Balqis ni buat aku sentap tau. Tau la dia ni pantang dicabar sikit terus melenting tapi janganla time-time macam ni. Kalau makan pun macam la kenyang sangat. Aku dah nak makan nasi kukus kat Kampung Baru ni. Hurm kempunan la hajat aku yang satu itu. Kita orang sudah sampai di restoran yang Tengku Rayyan ingin belanja. Aku duduk bersebelahan dengan Balqis tapi yang menyedihkan aku kedudukan aku bertentangan dengan Tengku Izham. Dianiaya betul la aku ni. Ibu tolong Asy! Oleh kerana hari ini hari minggu semua restoran penuh dan Tengku Rayyan mengambil keputusan untuk belanja makan kita orang kat restoran Mc' Donald.

“ Korang tunggu kat sini dulu ya. Saya nak pergi beli makanan dulu.” Tengku Rayyan berlalu selepas menanyakan apa yang kita orang mahukan. Aku memandang pemergian Tengku Rayyan hingga dia hilang dalam kesesakan orang ramai yang berada di restoran tersebut.

“ Tak sangka kita jumpa lagi kan. Tak silap saya nama awak Asy kan and yang ni Balqis.” kata Tengku Rayyan bersama dengan senyuman sinis.

“Erk ya Tengku” Balqis mengiakan. Aku sudah memandang empat lain. Tak sanggup nak menatap wajah Tengku Izham. Ngee. Bengang.

“Hurm nampaknya awak ada kawan yang bisu la kan. Dari tadi lagi senyap. Dah la langgar saya dulu.” perli Tengku Izham. Aku berasa darah aku sudah naik kat kepala. Boleh meletup bila-bila masa je ni.

“ Correction ya Tengku saya tak langgar Tengku Izham tapi Tengku yang langgar saya. Tengku jangan suka-suka je tuduh saya ya.” aku sudah mula panas hati. Ei kalau aku marah aku dah tak kira dia siapa tengku ke anak datuk ke cucu datuk ke apa. Argh lantak dia lah.

“ Saya ingatkan tadi awak dah bisu tak boleh nak bercakap. Senyap aje dari tadi” perli Tengku Izham

“ Kenapa dengan Tengku ni hah? Ikut sedap mulut saya la nak bercakap ke tidak. Nak bisu ke nak pekak ke apa semua. Itu semua bukan urusan Tengku Izham.” suaraku sudah mula meninggi. Kesabaran ku sudah mula berkurang.

“ Hai saya kata sikit je takkan dah sentap kut.” benci betul aku dengan minah ni. Berani dia tinggikan suara dengan aku. Okay kau nak main-main dengan aku ya. Kita tengok siapa yang lebih hebat. “ Awak ni memang macam ni kan. Dah la kurang ajar kat office dulu. Sekarang awak cakap macam ni pula kat saya. Awak tak hormat bos langsung!” nampaknya Tengku Izham juga dah mula bengang.

“ What? saya Tengku kata kurang ajar. Memang salah. Yang kurang ajar nya Tengku bukan saya. Dahla tuduh saya langgar Tengku lepas tu bila saya suruh Tengku sekejap kat lobi tengku tak nak dengar then sekarang Tengku kata saya yang kurang ajar ?” ibu ayah aku punya la hantar aku sekolah supaya aku jadi budak baik boleh dia kata aku kurang ajar. Melampau betul ! Balqis diam tak berkutip tengok pertengkaran aku dengan Tengku Izham. Dia tahu kalau larang aku sekalipun aku takkan dengar punya la. Dah memang kaki suka cari gaduh. Kalau tak suka cari gaduh buat apa aku ada tali pinggang hitam dalam tekwando. Ish kau ni Asy orang belajar tekwando bukan nak cari gaduh dengan orang. Lantak aku lah nak buat apa pun.

“ Awak ni memang melampau kan. Saya tak kira awak yang salah bukan saya. Awak kena bayar semua yang awak lakukan.” tanpa perasaan Tengku Izham menuturkannya. Ish dasar sambal belacan betulla.

“what?” aku dan Balqis serentak berkata. Gila apa ! Aku tak salah. Balqis pun terkejut apabila mendengar kata Tengku Izham aku lagila terkejut tapi dia boleh buat muka selamba badak je ! Perbualan kami yang hot itu berhenti apabila Tengku Rayyan datang semula.

“ Wah rancak berbual nampak. Kongsi sekali saya pun nak tahu juga apa yang korang bualkan.” nampaknya terbantut lah niatku untuk meneruskan pergaduhan dengan Tengku Izham.

“ Hurm kita orang berbual pasal cerita kartun Tom and Jerry aje Tengku Rayyan. Best cerita tu Tengku Rayyan tak tengok ke?” yak ! Balqis memerli ku dengan Tengku Izham. Hah ambik kau. Bergaduh macam kanak-kanak ribena.

“ Hah? Tom and Jerry. Kan cerita budak-budak tu. Apa kes bawak masuk sampai sini. Tak matang langsung la korang ni. Hai Is takkan kau join sekali kot pasal cerita Tom and Jerry ni. Apa kes?” memang Tengku Rayyan tak tahu langsung pasal inciden yang berlaku antara aku dan Tengku Izham.Blur gila aku tengok muka Tengku Rayyan. Boleh dia percaya bulat-bulat kata Balqis. Cerita Tom and Jerry borak dengan Tengku Izham apa kes ? Tak ada kena mengena langsung tahu. “korang dah tahu plan office yang nak celebrate bithday Tengku Taufiq nanti.” beritahu tengku Rayyan

“ Oo ya ke. Bila Tengku” soalku.

“ Hari jumaat minggu depan. Semua staff di jemput. Korang tak payah la panggil Tengku dengan saya panggil Rayyan je la”

“ Hurm saya pun ada juga terdengar pasal ni. Tapi tak berminat sangat nak ambik tahu. Ala Tengku kekok la. Panggil macam ni je la” kata Balqis padahal masa mula-mula dia tahu punyala excited macam orang masuk merisik lagaknya. Terus lepas tahu plan macam-macam nak pakai apala. Nak make up setebal mana la. Hurm macam-macam. Sepanjang pertemuan antara aku dengan Tengku Rayyan and Tengku Izham. Tengku Izham tidak berkelip merenungku. Dup dap dup dap jantungku. Apasal pulak aku nervous ni dia tengok aku. Come on Asy buat bodoh je and selamba. Ish lain benar pandangan Tengku Izham macam nak makan aku je. Kalau pandangan cinta tak apala jugak tapi ni macam nak telan aku hidup-hidup je. Tak selesa tahu. Habis benda dah ke dia nak pandang. Orang tengokla tiang ke dinding ke apa ke. Asalkan jangan tengok aku sudah. Sengal !

Thursday 3 November 2011

hadirnya cintamu yang terindah (BAB 5)

Hari ni aku datang office dengan muka hampa. Ye la nak buat macam mana kan aku dah cari phone aku tempat aku kena langgar tu kan tapi still tak jumpa, confirm dah kena kebas. Hai nampaknya kena beli yang baru lah. Kalau ingatkan kejadian yang aku kena langgar semalam memang aku nak marah orang yang rempuh aku tu. Tapi kalau diingatkan siapa dia kat office aku terbantut terus niat aku. Mamat semalam pakai mata ke apa time jalan. Ish lain kali aku kena bagi nasihat sikit kat dia kalau jumpa lagi supaya jalan pakai mata jangan pakai lutut. Aku tak boleh bayang macam mane seorang pekerja bawahan beri nasihat kat bos dia. Gerenti kena pecat ! He he he. Masa cari phone tadi aku dan Balqis sempat bergaduh. Bergaduh manja la katakan !

“ Balqis mana phone aku ni. Dari tadi lagi aku cari tapi tak jumpa pun.” kata ku dengan marah

“Yang kau susah-susah cari nak buat apa. Dah konfim dah kalau jatuh tempat macam ni konfim dah ada orang kebas. Ala senang-senang kau beli aje yang baru. Kan senang.”

“ amboi kau kalau bercakap semua benda senang je kan. Cuba kau tolong cari jugak. Ini tak tolong tengok ada la. Ish apa punya kawan la kau ni.” sindir ku pada Balqis.

“ Hah banyak la kau kan. Kau tahu tak kenapa kau cari phone tak jumpa-jumpa”

“ hah kenapa ?” tanyaku dengan hairan

“ Sebabnya kau dah menderhaka tahu tak”

“Hah ! Menderhaka??? bila masa pula aku derhaka dengan ayah dan ibu aku nie.. setahu aku, aku ni anak yang baik.” hahaha.. masuk lif tekan sendiri la pulak ha ha ha

“ aku ada cakap kau menderhaka dengan ibu and ayah kau. Tak ada kan. Itu la kau semalam kau sound bos sangat kan dah dapat akibat nie. Ambik kau !”

“ Sampai hati kau ! Dahla tak tolong cari phone aku pun mengata aku ada la. Aku malas nak kawan dengan kau lagi.” aku pura-pura merajuk

“ ala kau ni. Dah lah nanti aku belanja kau beli phone baru ek. Ala bucuk-bucuk jangan la macam ni. Hahaha” balqis ketawa sambil galak menyakatku lagi.

Argh geramnya. Tapi akhirnya aku tersenyum juga. Memang best la ada kawan macm ni.

“Amboi dengar orang nak belanja terus senyum ya. ha kan bagus senyum macam nie. Bertambah cantik kalau kau senyum macam ni macam mak jenab kat kampung kita. Hahaha”

“ apa kau kata ?! Sebelum sempat aku nak cubit balqis dia dah cabut dah. Ish ada ke samakan aku dengan mak jenab. Mak jenab tu penduduk kat kampung aku umur dia dah nak dekat 100 tahun dah. Ciap la kau Balqis !

“ Hai Cik Hanan Asyikin”

Aku terkejut dengan sapaan itu. Ye la kan aku kan sibuk mengelamun. . Tapi yang lebih terkejut lagi orang yang sapa aku tengku err alamak aku tak ingat nama dia apa padahal Balqis dah bagi tahu aku semalam. Hah jangan-jangan dia nak marah aku tak pasal semalam then terus buang aku kerja. Ibu tolong! Aku menjerit dalam hati.

“ Cik Hanan, are you here ?

“ Hah iya Tengku. Tengku saya minta maaf marah kat Tengku semalam saya tak tahu yang Tengku orang besar kat sini. Kalau dari awal saya tahu Tengku ni bos saya confirm saya tak marah ,.Kalau Tengku nak marah saya marah la. Saya terima Tengku. Tapi Tengku tolong la jangan buang saya kerja. Sekarangkan susah nak cari kerja. Kalau Tengku buang saya, saya nak kerja kat mana lagi. Please Tengku, please...” kata ku dengan bersungguh-sungguh dan tanpa henti. Aku lihat Tengku err yang nama aku tak ingat nie tak berkelip memandangku. Serba salah aku jadinya

“ Erm okay. Saya takkan buang awak tapi dengan satu syarat awak kena lunch dengan saya hari ni and one more thing. Tak payah la panggil saya Tengku you just call me Rayyan okay” kata Tengku Rayyan

“ What ? Keluar lunch dengan Tengku ?!” gila ke apa kalau aku setuju. Keluar dengan orang handsome yang teramat sangat ni yang juga merupakan bos kat tempat aku kerja ni. Ish memang gila !

“ why ? Ada masalah ke ? Please don't call me tengku .”kata Tengku Rayyan

“ sorry la err Rayyan tak biasa la saya keluar lunch dengan bos. Saya banyak kerja ni and tak manis kalau staff lain tengok kan.” aku cuba memberi alasan supaya aku tak keluar lunch dengan dia..

“ Apa la awak ni tak payah la risau apa orang nak kata. Abaikan je. Saya kan bos. Diorang mana berani nak kata apa-apa. you've lunch with me today full stop!” Tengku Rayyan terus meninggalkan aku dengan keadaan blur.

Ish tak boleh jadi ni. Macam mana pun aku tak nak keluar dengan dia. Dah la Balqis cakap dia banyak skandal. Nanti tak pasal-pasal aku ada skandal degan dia pulak. Lepas tu staff lain cop aku perempuan yang tergilakan harta Tengku Rayyan.. eii mintak jauhla . Aku tak nak semua tu. Lagipun aku just nak husband yang biasa-biasa je. Asalkan boleh membimgbing aku ke arah kebaikan and menjadi papa yang baik untuk anak-anak aku. Haha. Alamak! Jauhnya aku mengelamun. Tak kahwin lagi dah fikir pasal anak. Ish memang parah dah aku nie ! Haha. Tapi sekarang aku kena mintak tolong Balqis . Macam mana pun aku tak nak keluar lunch dengan si Tengku Rayyan ! Dengan pantas aku menelefon Balqis. Selepas menelefon Balqis aku menjadi semakin risau. Memang gila idea Balqis dah la suruh aku keluar je dengan Tengku Rayyan tapi dengan syarat ajak dia sekali. Hampeh punya kawan . Tapi okay juga ada dia. Sekurang-kurang nya aku tak kekok keluar dengan Tengku Rayyan.

***

Aish dah waktu lunch ni. Kenapa tak nampak batang hidung si Balqis lagi ni. Alamak mesti Balqis sibuk dengan kerja la ni. Adoila ! Aku malas nak keluar berdua-duaan dengan lelaki ni. Lagipun sebelum ni mana pernah aku keluar dengan lelaki. Ibu tolongla anak mu dalam kesusahan ini. Ish apa la aku ni orang ajak keluar makan je aku aku setuju macam orang ajak pergi terjun sungai. Aku bukannya apa aku cuma tak nak ada apa-apa berita yang tak elok nanti. Lagipun kat office aku nie ada wartawan yang tak bertauliah.

“ Woi kau termenung apa hah ?”sergah Balqis

“ Banyak la kau termenung, termenung apanya aku cuma risaukan kau tak turun aje. Nak pergi menjenguk si kau malas. Ye la kan office kau aras 18. Aku aras satu je boleh patah kaki aku kalau jalan.”

“ Banyak la kau kan patah. Woi kita ni dah zaman serba canggih kau tahu tak. Setakat nak pergi office aku pakai lif je bukannya pakai tangga. Macam-macam betul la kau ni kan. Dah-dah mana Tengku Rayyan nya? Aku dah tak sabar nak keluar makan dengan dia ni.” Kata Balqis dengan girang.

“ Ish kau ni kan tak malu betulla. Dah la orang tak ajak memandai je kan.” sambil mencubit Balqis.

“ Eii biarla lagipun peluang makan dengan Tengku Rayyan yang handsome bukannya boleh tau. Nie peluang keemasan la ni. Ish mana boleh lepaskan! Tapi satu je yang aku pelik kenapa dia ajak kau hah. Memang la dia playboy or kasanova tapi dia tak pernah mengorat and ajak staff dia keluar lunch tapi dia siap ajak kau lagi. Hurm pelik bin ajaib ni ! Lagipun selama ni perempuan yang selalu bergandingan dengan dia high class. Dia tak pandang langsung pekerja bawahan dia ni.” Balqis menayangkan muka suspennya sambil mengangkat kening. “ jangan-jangan kau dah kasi ayat kat dia tak ?”

“ Woi apa la kau ni. Mana ada. Tak baik tau buat macam tu. Aku ni ada pegangan agama bukannya main redah macam tu je. Eeii kau ni kan.” aku menjelingnya

“ Ala kau ni jangan marah la aku gurau je la.” pujuk Balqis. Tu la kalau si Balqis ni bercakap main redah je. Dah tak hirau dah perasaan orang kat sekeliling dia

“ Tapi kan aku harap tak jadi la keluar lunch hari ni kan” sebelum sempat aku menghabiskan kata-kataku dah ada orang menyampuk

“ apa yang tak jadinya Cik Hanan?” soal Tengku Rayyan yang tiba-tiba muncul .

“ ish tak ada apa la Rayyan. Saja je ni kita orang borak-borak .”Alamak kantoi ! Balqis memandang ku dengan pandangan hairan. Ye la kan mesti pelik kan bila aku panggil Tengku Rayyan dengan nama Rayyan. Kan nampak mesra.

“ So ni mesti Balqis kan staff bahagian kewangan.Jom ikut kita orang lunch” kata Tengku Rayyan

“ ya ke? Okay jom. Ya Tengku. Wow tak sangka Tengku ingat ya nama saya.” terpacul kata-kata itu daripada mulut Balqis.

“ Mana boleh saya lupa nama orang cantik macam awak ni. Nama pun cantik tuan punya badan pun lagi cantik.” puji Tengku Rayyan kat si Balqis. Balqis pun apa lagi dah orang puji bos lagi tu macam mana tak kembang hidung. Aku tengok dah macam hidung gajah jadinya. . Kita orang lunch dekat restoran area office je. Senang and dekat dengan office. Nanti tak payah kelam kabut nak naik kereta pergi and balik lagipun masa yang ada ni pun terhad dah nak keluar lama-lama.

“ So Hanan sorry ya saya lewat tadi. Ingatkan meeting habis awal rupanya terbawak sampai waktu lunch.”

“ Hurm tak apa. Saya tak kisah pun” kata Aku padahal dalam hati dari tadi lagi mintak-mintak tak jadi lunch hari ini.

Time keluar dengan Tengku Rayyan Balqis yang banyak berbual dengan Tengku Rayyan. Aku kadang- kadang je menyampuk. Si Balqis habis nya benda pergi cerita kat Tengku Rayyan. Nama panggilan aku pun dia pergi beritahu juga. Time balik tadi Tengku Rayyan dah tak panggil aku Hanan dah. Dia panggil aku Asy pulak. Ayoyo nie semua gara-gara Balqis. Balqis memang saja nak kenakan aku. Tapi yang bestnya Tengku Rayyan tak sombong. Walaupun dia playboy seperti yang dikatakaan Balqis tetapi perangainya yang peramah buat kita orang tak kekok bercakap dengan dia. Lagipun tadi dia mintak maaf dengan aku sebab langgar aku. Aduh terharu pulak aku jadinya.

***

“ Encik buat kat sini hah? Encik tak boleh masuk tahu tak. Kat sini staff je yang boleh masuk.” ish mamat ni memang menyusahkan orang betul la. Dah la langgar aku kat mall lepas tu gaduh dengan aku pulak and sekarang dia main redah nak masuk bangunan ni. Eii memang aku geram dengan mamat ni. Tadi aku dah cakap baik-baik dengan dia tapi dia buat aku macam tak wujud je depan dia. Eii geram betul aku. Memang dasar menyusahkan orang la mamat nie. Sebal ! Kalau diingat kan bukan time kerja ni aku dah maki hamun kat dia tahu tak. Marah dulu pun masih bersisa lagi ni. Nak kata dia pekerja bangunan ni dia aku tak pernah nampak dia. Dah sebulan aku kerja kat sini tapi aku yakin dua bukan pekerja kat sini. Dan bukan kakitangan syarikat memang tidak dibenarkan masuk sesuka hati !

“ Aku ada hal kat dalam dan please jangan menyibuk boleh?!” kata mamat muka macam sambal belacan itu.

“ Tak boleh. Ini kerja saya dan saya kena menyibuk. Kalau encik ada urusan dengan kakitangan sekalipun sila tunggu kat lobi saya boleh uruskan untuk Encik ya.” dengan penuh lembut aku bercakap. Aku geram sangat nak bagi flying kick tapi tak boleh ni kan waktu kerja tak pasal-pasal pulak aku dikenakan tindakan tatatertib.

“ Tak payah! Aku malas nak menunggu. Kau tak payah sibuk. Ni pejabat bapa aku yang punya suka hati aku la nak masuk bila-bila masa” tengking mamat sambal belacan kepadaku

“ kau ni kan memang dah melampau. Aku dah cakap baik-baik tapi kau kurang ajar sangat kan. Siap mengaku ni pejabat bapa kau yang punya. Woi kau tak payah perasan la! Boleh blah. Sekarang aku tak kira baik kau tunggu dulu dan bagitahu aku kau nak jumpa dengan siapa nanti aku akan uruskan. Pergi duduk dulu kalau kau lawan lagi aku panggil security guard.” kataku dengan tegas. Ei geram aku. Memang kepala batu betullah. Tak nak dengar arahan orang. Belum sempat aku nak pergi ke meja ku aku terdengar suara yang menegurku.

“ Apa khabar tengku?”aku melihat geranganya rupa-rupanya setiausaha Tengku Taufiq a.k.a ceo syarikat ini. Tapi yang peliknya bila masa nama aku ada tengku kat depan. Setahu aku nama aku tak ada tengku! Jangan-jangan..

“ saya nak jumpa papa sekarang.” kata mamat sambal belacan

“ baik tengku. Tengku taufiq ada kat biliknya, Tengku memang tunggu kehadiran tengku. Kedatangan tengku amat dialu- alukan” kata kak Yati merangka PA ceo company. Mereka segera berlalu meninggalkan aku yang terping-pinga. Aku amat terkejut. Siapa mamat sambal belacan tu. Ya Allah ish memang suka cari masalahla aku ni.


“Assalamualaikum pa” kata Tengku Izham Iskandar

“ Waalaikummussalam. Tak sangka akhirnya anak papa nak datang juga kerja kat syarikat papa ni. Terima kasih Is kerana tak hampakan papa.” ujar tengku taufiq dengan gembira

“ No hal lah pa. Is dah fikir masak-masak dah and akan bantu papa dalam menguruskan syarikat. Lagipun is kesian kat papa Rayyan kan tak ada nak bantu papa. Sorang-sorang nak handle company ni.”

“ baguslah Is nanti rayyan balik dari UK nanti kamu boleh bekerjasama dengan dia untuk memajukan lagi syarikat kita. Besar tanggungjawab yang kamu akan pegang nie. Dan papa percaya kamu boleh lakukannya.” tengku taufiq menaruh harapan besar kepada anaknya,

“ InsyaAllah pa Is akan lakukan yang terbaik. Pa bila Rayyan nak balik Malaysia ? Tak silap Is sebulan dia kat sana kan ?” soal Tengku Izham Iskandar.

“ Yeah. Minggu depan dia balik sini.” jawab tengku taufiq.

“ hurm ok lah pa. Is keluar dulu ya.”

“ Is jangan lupa ya esok kita akan adakan majlis suai kenal Is dengan semuaa staff kat pejabat ni”
tengku taufiq mengingatkan anaknya

“ Ok lah pa. InsyaAllah is tak lupa” Is segera berlalu untuk ke biliknya. Eii geram betul aku dengan girl yang jadi penyambut tetamu tu. Siap kau ya. Nanti aku ajar kau cukup-cukup! Tengokla apa akan jadi nanti. Pandai- pandai je kau marah kat aku ya.