Dear Readers

Wednesday 16 January 2013

BAB 19 hadirnya cintamu yang terindah






 Gembira. Memang itu apa yang ku rasakan sekarang. Tengok kawan aku si Balqis yang sudah dihias cantik oleh mak andam dan muka bahagia dia tu buat aku ni sekali tumpang bahagia. Nak kahwin sekarang jugak boleh tak ? erk mengada sangat kau Asy.

“Beb serius kau cantik” aku memberitahu Balqis. Minah tu apa lagi terus jadi kakak gajah.

“Ala aku dah tahu la” jawabnya. Saja lah tu nak bermain angin dengan aku.

“beb kau kahwin ni lepas tu cepat-cepat buat baby ek. Aku dah tak sabar nak jadi makcik popular ni” usai je berkata Balqis terus menghadiahkan kepadaku cubitan ketam..

“Aduh” aku terjerit kecil dan terus bantai gelak. Makcik makcik dan sedara Balqis yang ada dalam bilik tu mula terpandangkan kita orang. Dia orang turut tersenyum melihat gelagatku dan Balqis. Kita orang memang macam ni kalau dah berbual lupa keadaan sekeliling.

“hah ambik kau sebijik! Gatal sangat mulut nak cakap macam tu” tak sudah dengan cubitan kat tangan dia tenyeh bibir mongel aku yang cute miut ni.

“Ala kau ni jangan ambil kesempatan dalam kesempitan boleh tak. Aku tahu la kau bakal pengantin hari ni. mentang-mentang aku tak boleh nak buli muka kau sedap-sedap je kau buli muka aku ya. Tak apa-apa ada tayar lori ada tayar bas ada hari nanti aku balas” ujarku beserta sengihan.

“mulalah kau nak melalut tu. Bila lagi aku nak bergurau dengan kau macam ni. nanti lepas aku kahwin jarang-jarang aku boleh ketemu sama kamu tau nggak” sudah dah keluar bahasa indonesia tak jadi dia tu.

“amboih kau ni cakap macam lepas kahwin nanti kau nak pindah pergi planet pluto. Macam la kita takkan jumpa pulak. Eii mengada kau ni. saja la tu nak jiwang dengan aku. Pirahh” aku menyakatnya lagi. Balqis dah memuncung tanda protes.

“Beb kau sayang aku kan?” tanyanya.

“apasal kau nak ni sejak nak jadi bini orang kejap lagi dah jadi jiwang dah kau simpanla jiwang kau dengan suami kau malam ni” Balqis membulatkan matanya kepadaku. Ada air bertakung dah kat mata dia. Ei dia ni kan sensitip terlebih pulak dah hari ni. “okay okay i’m sorry kau jangan la jiwang sangat boleh tak . mestilah aku sayang kau, sayang sangat tak ada siapa  yang boleh tandingkan kasih sayang aku kat kau selain ibu bapa aku hah!” kataku jujur.

“Erk beb tak melampau sangat ke tu. Macam tak normal pulak kau cakap macam tu. Kau straight kan?” soalnya. Aku ternganga. Tak guna punya kawan boleh dia tanya aku soalan macam tu.  Pang... aku menampar bahunya.

“kau ni tadi aku tak jawab soalan kau, kau sedih bagai sekarang aku dah jawab kau cakap pulak macam tu. Sampai hati kau aku ni normal tau. Tak ada bengkang bengkok nya.” Jelasku. Terasa tau. Erk mengada betul aku Asy.

“hehe.. ala beb aku gurau je takkan dah patah riuk kot hati kau yang gagah tu” guraunya. Aku buat muka selamba badak.

“okay beb kali ni aku betul-betul mintak maaf dengan kau. Jangan la buat muka macam tu dah macam siput babi dah aku tengok muka kau tu” aku terdiam. Tidak lama selepas tu kami bantai gelak.

“waduh waduh Balqis . awak jangan gelak kuat sangat tau nanti dah tak cantik dah. Hish apa la korang berdua ni sama naik je” ujar mak andam yang terlebih lembut pada perempuan tu. Batang keladi pun aku rasa lebih keras pada dia. Hai dunia memang dah nak terbalik yang lelaki nak jadi perempuan dan begitulah sebaliknya.

“Gelak sikit je tak boleh. Mengada betul kau ni” kataku kepadanya. Kat kampung ni dia memang mak andam tersohor la. Ya aku mengaku sentuhan tangan dia kat muka Balqis buat Balqis macam princess hari ni tapi tu la dia tak lurus bengkok je memanjang. Terlebih gedik aku tengok mak andam top bila bercakap.
“Balqis pengantin lelaki dah sampai kejap lagi mula lah tu lafaz akad nya” beritahu makcik limah kepada kami. Balqis dah mula dengan terkejutnya aku gelisah, kelam kabut bagai nak rak. Aik siapa yang nak kahwin sebenarnya?

“Beb berdebarnya aku.” Balqis mengadu kat aku.

“aku pun beb. Jantung dah macam nak keluar dah ni. walaupun kau pengantin aku rasa macam nak jadi penganti sekali.”aduku.

“beb kau jangan kat luar tu bakal suami aku ya. Kalau kau gatal nah kahwin kau pergi cari kat lorong jalan TAR tak pun kau intai-intai la kat lorong Chow Kit ha kalau tidak pun..”

“chop! apa yang kau merepek ni. amboi sedap kemain kau cakap ya. Dah sekarang kau pegang tangan aku. Aku nak alirkan kuasa aku kat kau ni biar kurang sikit perasaan berdebar kau tu.” Pintaku. Dah pucat tak berdarah dah muka minah ni. kalau toreh pun belum tentu darah keluar. Hai macam ni sekali penangan waktu akad nikah. Dasyat gila. Agak-agak nanti aku kawin macam mana la agaknya?

 “Asy bawak Balqis keluar” makcik Esah memberitahu kepadaku. Aku hanya menurut. Kami melangkah keluar. Aku mengiringi Balqis dan membawanya ke bahagian ruang tamu yang dihias cantik untuk si pengantin. Balqis dengan baju kurung moden bewarna putih begitu cantik tersarung di tubuhnya manakala aku pula berbaju kurung bewarna biru lembut dan dililit dengan shawl yang agak kurang cantik. Jangan orang tertukar pengantin sudahla. Sempat lagi kau Asy nak melalut.

 sepanjang perjalanan aku mengiringi Balqis aku perasan macam ada dua tiga orang yang aku kenal daripada pihak lelaki. Siapa sebenarnya bakal suami Balqis? Sampai sekarang aku tak tahu kerana kedudukan pengantin lelaki dan ahli-ahlinya yang lain membelakangkan kami. ‘macam kenal je dua orang tu. Siapa ya?’ desisku. Balqis dah ayu habis duk kat tepi aku ni. aku pun ayu la sekali mana tahu kot-kot ada orang berkenan nak buat menantu. Erk ada ke? hantu adala.

“Aku nikahkan dikau Tengku Rayyan Haikal bin Tan Sri Khalid dengan Nur Balqis Bt Razali dengan mas kahwin sebanyak RM 22 222 tunai”

“aku terima nikahnya Nur Balqis Razali dengan mas kahwin RM 22 222 tunai”

“sah?”

“sah sah” semua tetamu dan si Balqis senget kat tepi aku ni menadah tangan tapi aku masih dengan terkejut beruknya. Sewel punya kawan memang pandai dia cari laki nak buat suami. Memang gila beb. Jantung aku ni memang dah nak keluar. Memang suprise sampai petala ketujuh la kau kasi aku ni. tabik spring aku dengan kau. “Asy tadah tangan orang dah doa dah” beritahu Balqis.kus semangat. Tebang melayan semua lamunan aku. Maknanya sekarang Balqis dah jadi isteri orang. Aku pun turut menadah tangan.

aku memandang Balqis. Berendam air mata nampaknya kawan aku ni. selesai je akad nikah Balqis memeluk ibunya dan seterusnya aku.

“jahanam punya kawan memang suprise tahap tak boleh blah la kau kasi aku ni” sempat lagi aku berbisik kepadanya.

“sorry beb” tuturnya.

“well not bad suprise ni. memang pandai kau cari husband. Tahniah. Aku doakan kau bahagia sampai anak cucu cicit ciciat sekali”

“Balqis kejap lagi pembatalan air sembahyang ready ya. Tak mau nangis-nangis nanti tak cantik gambar yang abang Mus snap hari ni” ujar abang Mus yang merupakan photographer rasmi hari ni.

Tengku Rayyan menghampiri Balqis. So sweet. Memang Balqis jadi cinderella hari ni dan Tengku Rayyan pulak jadi prince charming yang sangat handsome hari ni. nampaknya buaya darat dah insaf jadi buaya air la gamaknya. Selesai je acara pembatalan air sembahyang aku terpandangkan seorang makhluk Allah yang cukup aku kenal. Mamat sambal belacan! Sangat kacak dengan memakai baju melayu bewarna biru lembut dan bersongkok. Aik janji ke apa kita orang ni. pakai baju sama warna. Kalau si Alisya minah becok tu tengok dah sah-sah dia orang kata kita orang ada something. Grrrr.Selepas bergambar Balqis dah lesap ikut suami dia entah ke mana. Jumpa tetamu lah tu kot
.

“ Hai cantik” sayup-sayup suara mamat sambal belacan kedengaran.

“Tengku ni nak cop angin saya ke apa?” tanyaku sambil berpeluk tubuh. Keadaan ruang tamu pada masa tu agak sedikit lengang sebab para tetamu dah pergi menjamu selera di khemah yang disediakan di luar rumah.
“Takkan la saya nak puji girlfriend saya sendiri tak boleh” ujarnya lagi.

“grr cakap dengan Tengku memang tak guna. Asyik melalut je kerjanya” aku membuang pandang ke arah lain tak sanggup nak berbalas pandang dengan mamat sambal belacan ni. lain benar pandang aku. Apa dah terjatuh hati kat aku yang cun melecun ni ke apa?
“Best kan tengok orang kahwin rasa macam nak kahwin je”  Tengku Izham bersuara lagi. Aku memandangnya dengan sedikit pelik.
“ Hai Tengku takkan la dah gatal nak kahwin kot. Siapa perempuan malang yang kena kahwin dengan Tengku tu? Kesian la perempuan-perempuan seksi kat Kl tu bila dengar Tengku dah nak kahwin mesti semua kecewa” sindirku. Dia tersenyum sinis. Hai ada hati lagi nak senyum sinis kat aku.

“well hati-hati kalau bercakap cik Hanan. Nak tahu sangat ke siapa perempuan malang yang bakal jadi wife saya tu? Siapa lagi kalau bukan awak” ujarnya. Aku terkedu dan terus menjengilkan mataku kepadanya.

“pirahhh tak ingin pun saya” kataku. Belum sempat aku ingin melangkah keluar dah dengar suara memanggil namaku. Hmm famous aku hari ni. semua orang nak panggil nama aku.

“wah dua orang ni borak apa secocok sangat abang Mus tengok” beritahu photographer rasmi tuh. Aku mencebik.

“tak payah nak melalut la abang Mus kan ada yang merasa siku ni kan” ujarku sambil menayangkan sikuku kepadanya.

“takutnya... takutnya.” Naik menyampah aku tengok. Perli aku lah tu. Karang bukan merasa siku aku yang cantik molek ni tapi merasa kawah gulai. Eii memang nak kenala. “By the way korang nampak sangat secocok. Baju pun sedondon. Jangan-jangan korang ada something tak?” sambungnya lagi.

“dah lah Abang Mus. Malas Asy nak melayan dah pergi main jauh-jauh” pintaku. Dia buat bodoh adala. Aku rasa macam nak blah dah ni. dengan pandangan mengancam sampai ke tangkai jantung hati aku si mamat sambal belacan ni pandang memang buat aku tak selesa.

“ye lah ye lah tapi sebelum tu biar abang snap picture korang dulu. Yang ni tak boleh bantah. Cepat pose!” arahnya. Aku menjengilkan matanya. Aku memang suka bergambar tapi bukan dengan mamat ni.

“okay bang” jawab Tengku Izham. Aku hanya memandang lantai. Malu wei. Kita orang ready untuk snap picture. Keadaan aku dengan dia memang rapat. Perfume dia pun boleh bau dah. Selepas bermacam pose akhirnya sesi pergambaraan tak rasmi kita orang dah siap. Macam aku dan Tengku Izham pulak pengantinnya hari ni. baju sedondon bagai. Orang dah mula terpandang-pandang. Hai buat malu je.

“selamat penganti baru Balqis Tengku Rayyan..”

“daripada kami berdua” belum sempat aku menghabiskan kata-kata Tengku Izham dah mencelah. Hai tiba-tiba je muncul. Tak boleh tengok orang senang langsung.

“Korang ni sweet nya. Sama cantik sama padan. baju sedondon lagi tu ya kan bang?” beritahu Balqis. Aku mencebik. Menyampah.

“a’ah la. Is,Asy korang ada apa-apa hubungan ke ke?” tanya Tengku Rayyan

“tak ada”

“ada” jawab kami serentak.

“Hai yang mana satu ni sorang kata ada sorang kata tak ada. Kenapa dengan korang ni. Ala Asy dengan saya takkan malu nak cakap pulak” omel Tengku Rayyan.

“Tengku betulla saya tak....” belum sempat aku menghabiskan kata-kata. Mamat sambal belacan dah mencelah.

“Asy memang malu nak cakap pasal hubungan kami ni bro. Perempuan biasala. Malu-malu tapi mahu la katakan” beritahunya. Gulp! Sumpah mamat ni memang biul hari ni. agaknya dalam perjalanan datang sini memang kena sampuk agaknya.

Tengku Rayyan tersenyum. Balqis dah pandang semacam kat aku. Mesti dia nak tanya. Beb betul ke? bila masa kau naik pangkat bercinta dengan mamat ni? kau tak cakap kat aku pun? Aku menggeleng kepala.

“mamat tu dah biul hari ni. kau jangan percaya apa dia nak cakap. Dia memang sewel agaknya dengan aku sekali dah nak sewel hari ni.” separuh berbisik aku memberitahu Balqis. Balqis terangguk tanda mengerti.

“Hai sayang nampaknya merasa nasi minyak pula la kita kan nanti” beritahu Tengku Rayyan kepada Balqis.

aku tersedak. What? Mimpi sampai ke bintang pun belum tentu jadi macam tu!

“InsyaAllah kalau ada rezeki dan orang sebelah ni setuju.” Tutur Tengku Izham. Malaun betul mamat ni.

“kenapa saya nak kahwin dengan awak pulak?” soalku sedikit lantang kepada Tengku Izham. Memang buat darah aku naik la mamat ni.

“woo bro nampaknya kau kena bekerja keras la nampaknya” tengku Rayyan memberitahu Tengku Izham. Tawa meletus antara kami kecuali aku je buat selamba badak. Malas nak melayan semua. Balqis pun dah join dia orang nampaknya. Tiga lawan satu. Mana aci!

“Korang ni pandai ya sembunyikan semua ni daripada aku. Patutla semacam je aku tengok korang dulu” aku megubah topik sumpah dah tak sanggup nak dengar Tengku Izham melalut sampai gunung everest.

“well see the leg la Asy. Lagipun kita orang sengaja nak bagi suprise kat awak” belum sempat Balqis berkata Tengku Rayyan dah menyampuk.

“hmm pandaila semua. Saya sorang la tak tahu semua ni?” tanyaku.

“ye sayang awak sorang je sebab awak ni memang pending pada orang lain”celah tengku Izham. Sayang? Uwekkk nak muntah hijau aku mendengarnya. Agak-agak satu botol ubat ditelannya. Semput aku rasa sekarang ni

“awak” tunjukku “shut up” aku berkata geram.
“Ala Asy kau rilekla sikit. Jangan cepat melenting” pujuk Balqis. “nanti korang kahwin takkan la nak asyik bertekak je memanjang” usai je Balqis berkata aku menghadiahkan jelingan maut kepadanya. Ei kenapa dengan semua orang ni hah asyik nak memandankan aku dengan mamat ni. arrgh benci !

“dah dah malas dah aq nak melayan korang yang otak gila-gila ni. sakit telinga aku mendengarnya. Dah aku nak balik”
“kalau sakit telinga biar patik ubatkan dengan ayat-ayat cinta” fulamak nak jiwang tak kena tempat la mamat ni.
“okaylah Balqis Tengku saya balik dulu ya. Esok aku jumpa masa majlis bersanding kau” aku memeluk Balqis. Sebelum aku melangkah pergi aku menendang kaki mamat sambal belacan. Hah ambik kau.
“aduh” dia terjerit kecil. Balqis dan tengku Rayyan dah gelak tengok kita orang. Tanpa mengendahkannya aku terus pulang ke rumah.
 Tengku Izham tersenyum melihat gelagat Balqis. Sungguh hatinya yang sudah lama tertutup rapat mula terbuka luas untuk Hanan Asyikin.  dia rasa bahagia sekarang. Satu hari tak menatap muka Hanan mula la dia tak sedap duduk. Dia yakin dengan perasaannya yang mula sukakan Hanan. Hanan I love you. Jerit hatinya.

                        ***
“Ibu ayah belum tidur lagi?” tanyaku sebaik sahaja melihat mereka di ruang tamu. Serius sahaja wajah mereka. Wajah keletihan pun ada. Ye la hari ni satu hari sibuk dengan majlis nikah Balqis. Ayah dan ibu pula merupakan orang kuat yang menolong ibu bapa Balqis.

“belum lagi. Asy duduk sayang ayah dan ibu ada benda sikit nak bincang” beritahu ayah.

“apa ayah penting je bunyinya sampai tak menyempat besok?” tanyaku lagi.

ayah memberi isyarat kepada ibu. Ibu menggeleng. Ibu menyuruh ayah dan ayah menyuruh ibu. Semuanya isyarat dan aku menjadi pemerhati.

“ibu ayah dah lewat ni dan Asy mengantuk. Kenapa dengan ibu dengan ayah ni. ada apa-apa ke nak bagi tahu Asy” tanyaku lagi.

“okaylah macam ni” jawab ayah “sebenarnya tadi ayah dengan ibu sempat berbual dengan Zahra mama Tengku Izham Asy kenal kan makcik tu?” sambung ayah. Gulp. Aku terasa air liur yang ingin aku telan tersekat di kerongkong. Perasaan ku lain macam.

“kenal.. tapi apa yang ibu dan ayah bualkan. Penting ke untuk Asy tahu?” tanyaku inginkan kepastian. Sungguh perasaan ku kurang enak. Ayah memandang ibu.

“Asy dah ada orang yang Asy sayang maksud ibu boyfriend? Asy dah ada ke?” soal ibu kepadaku. Aku pelik. Sebelum  ni tak pernah tanya pun.

“ibu apa yang sebenarnya ibu nak bagi tahu Asy ni. semacm je Asy rasa.” Jawabku perlahan.

“macam ni lah Asy tadi kami sebagai orang tua berbual dengan makcik Zahra kamu dan dia meminta untuk merisik kamu dia jugak bagi tahu kami yang Asy dah tahu semua ni Cuma Asy tak bagi keputusan je lagi” beritahu ayah. Oksigen! Aku perlukan oksigen sekarang. Tak sangka aunty Zahra sanggup ambil langakah sejauh ni.

“betul ke Asy?” tanya ayah lagi. Lambat-lambat aku mengangguk.

“kalau macam tu ayah dan ibu sebenarnya...sebenarnya....” teragak-agak ayah nak memberitahu kepadaku

“sebenarnya apa ayah?” soalku sedikit takut.

“ayah terima lamaran dia untuk mengambil Asy isteri kepada  anak dia si Is tu dan ayah harap Asy takkan membantah” beritahu ayah.

“apa?!” jeritku. Parah parah parah dah kali ni! apa aku nak buat ni. ya Allah sampai hati ibu dengan ayah buat keputusan tak tanya aku dulu. Aku sangat berasa jauh hati dengan mereka.


No comments:

Post a Comment