Dear Readers

Saturday 12 January 2013

BAB 15..Hadirnya Cintamu Yang Terindah



 “Asy kau pergi mana hah ? masa ni baru kau balik. Aku call kau phone kau off. Kau pergi mana sebenarnya hah ? kata nak keluar kejap je . Risau aku dibuatnya”  sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah Balqis sudah mula menyoalku. Lagaknya dah macam seorang polis menyoal penjenayah pun ada.  Aku mengeluh.
“ panjang ceritanya Balqis. Aku letih ni. Malam karang aku cerita kat kau ya. Kau jangan risau aku okay je. Ha lagi satu call kau bukan aku tak nak angkat tapi telefon aku bateri habis” selesai berkata-kata aku bergerak menuju ke bilik. Langkah ku tak bermaya. Letih tau kemas rumah mewah lagi besar tu. Mamat sambal belacan tu memang kejam tau.  Tak kesian langsung kat aku teruk nya buli aku adala. Aku mencapai tuala dan bergerak menuju ke bilik mandi. Biarlah aku bersihkan diri dulu biar semua benda yang aku fikirkan hilang.

Dalam perjalanan aku balik tadi aku terserempak dengan seorang makhluk Allah ni. Kenapa aku kena jumpa dengan dia.  Sumpah aku benci kat dia. Apa lagi dia nak daripada aku sebenarnya. Sudah sudah lah ganggu hidup aku. Dasar lelaki tak guna.

“ Asy tunggu abang ada benda sikit nak cakap dengan Asy ni” ujar Fariz. Kawan aku yang merangkap senior  semasa belajar kat UK dulu tapi sekarang dah bergelar bekas kawan. Seorang kawan dia bahagia tengok kebahagiaan kawan dia bukannya menghancurkan. Luluh hati aku semasa tahu perkara sebenar. Macam mana lah boleh terserempak dengan dia kat sini. Kau dah lupa satu benda Asy dia kan kaya padan lah kalau dia tinggal kat sini. Dalam diam aku mengukir senyuman sinis.

“Apa lagi yang encik Fariz nak cakap. Tak ada apa lagi yang perlu saya dengar. Semua tu dah lama berlalu tak ada apa yang perlu saya dengar lagi Encik Fariz.” Aku bergerak untuk meninggalkan dia. “hmm one more thing Encik Fariz saya tak pernah ada abang so tak payah susah susah bahasakan diri Encik abang. Saya pergi dulu “

“Wait Asy. Dengarlah apa yang abang nak jelaskan dulu. Jangan hukum abang macam ni. Dah puas abang cari Asy sekarang Asy dah ada kat depan mata abang dan Asy nak abang biar macam tu aja. No abang kena bincang dengan Asy. Tolonglah dengar cakap abang dulu please “ pintanya kepadaku. Aku hanya memandang kenderaan yang lalu lalang di depan mata aku. Sumpah aku tak ingin pun nak pandang muka dia. Ya aku mengaku dia memang handsome tapi semua tu dah kabur kat depan mata aku dengan perangai buruk dia sendiri.

“Oo sekarang baru Encik Fariz nak jelaskan kepada saya. kenapa tak dari dulu lagi? Semasa arwah ada lagi. Sekarang kalau saya tahu apa pun semua dah tak guna. Nasi dah jadi bubur. Banyak orang kecewa. Hati ni sakit bila tahu orang yang saya hormat selama ni rupanya musuh dalam selimut dan tak boleh tengok saya bahagia” ujar ku geram. Sekarang baru kau nak cakap kau tu bersalah. Eii tolong lah aku takkan maafkan kau sampai aku mati. Kau dah buat hati aku merana Fariz. Sampai mati pun aku takkan maafkan kau.

“Asy semua yang berlaku ada penjelasannya. Ya memang abang tak boleh tengok Asy bahagia dengan arwah. Hati abang ni sakit tahu tak. Sakit sangat. Kenapa semua Haikal yang kena dapat dan bukannya abang” ujarnya dengan berang.

Aku tersenyum sinis. “ Abang nak tahu kenapa. Okay saya akan bagi tahu kat abang. Sebabnya arwah Haikal dia baik, berhati mulia, ikhlas dalam buat sesuatu sanggup korbankan diri dia untuk kebahagiaan orang lain dan bukannya musnahkan kebahagiaan yang dikecapi oleh orang lain. semua perkara tu tak ada sedikit langsung kat diri Encik Fariz. Encik hanya tahu untuk cemburu dan tak cuba untuk buat sesuatu yang lebih baik” usai aku berkata aku bergerak meninggalkannya. Hati aku cukup pedih bila mengenangkan peristiwa tu. Sampai mati aku hanya perempuan buruk dan tak ada harga diri di depan mata Haikal.. Aku mengeluh. Sungguh aku tak ingin lagi ingin ingat peristiwa itu.

“Asy abang tahu abang berdosa dengan Asy. Tapi tolong maafkan abang” dari jauh suara Fariz kedengaran tapi aku tidak sedikit pun berpaling. Aku bergerak meninggalkan tempat tersebut. Tanpa disedari ada sepasang mata yang sedang menyaksikan sketsa pergaduhan dua sahabat lama tersebut.

“Asy kau buat apa lama sangat dalam bilik tu. Keluar la kita makan sama-sama. Aku dah masak makanan kesukaan kau ni “ jerit Balqis. Aku tersedar dari lamunan.

“Ya kejap lagi aku keluar. Dah siap ni. Kau tunggu kejap” laungku. Sebelum ibu tebuan tu jerit kuat lagi baik aku cepat-cepat keluar pergi makan nanti aku gastrik tiga hari tiga malam dia membebel kat aku. Dalam saat-saat macam ni aku mula teringat kat ibu dan ayah.

“ apa kau masak ni?” soalku sambil mebuka tudung saji.
“ Wah sedapnya beb . Kau masak ikan tiga rasa ya.” Dengan cepat aku mencuba makanan tersebut.
“emm sedapnya beb. Tak rugi aku tak makan kat luar kat rumah ni dah ada chef yang boleh mengalahkan chef wan dah “ ujarku seraya ketawa. Kan best mengusik si Balqis ni

“Kau tak payah nak banyak cakap dengan aku. Aku dah masak sikit mula la nak mengutuk aku, aku tahu la aku tak ada skill memasak macam chef wan tuh. Kau jangan nak sindir-sindir aku pulak. Kang karang ada orang yang merasa kuali kat dapur” Balqis dah mengeluarkan ayat amaran dia. Huh ! ingat aku takut.

“ kau ni kan garang la. aku gurau sikit je tak boleh. Orang puji kata sindir pulak. Patutla kat office orang panggil kau ibu tebuan. Memang kau garang” ujarku. Balqis mencerlungkan matanya ke arahku. Aku mengangkat tangan tanda mengalah.
“ Ei kau ni kan suka buat darah aku naik tau. Benci, malas kawan “ protes Balqis. Aku hanya tersenyum kecil melihat gelagat kawan ku itu.

“Haha kau ni. Dah makan cepat kejap lagi kau nak dengar cerita aku tak. Kalau kau lambat makan aku malas. Tapikan beb aku pelik tengok kau makan. Agak-agaknya kau kira kot nasi yang kau telan tu patut la lambat sangat kau makan” usikku lagi kepada Balqis.

“Asy ! ei geram betul la aku dengan kau ni. Okay aku makan cepat. Kejap lagi kau kena cerita kat aku dari a sampai z. Cerita sekarang tak boleh ke ?” tanya Balqis

“Tak boleh nanti kau tercekik nasi tak pasal kong kat sini. Menyusahkan aku pulak nanti.” Ujarku lagi sengaja hendak menyakat Balqis. Balqis memuncung. Aku terus menyambung suapanku. Boleh tahan jugak ya masakan Balqis ni. Memang sedap. Dalam diam aku memuji masakan air tangan si Balqis ni.

Selepas siap mengemas aku memberitahu Balqis apa yang berlaku tadi.
“What kau jumpa Fariz? Apa lagi yang dia nak daripada kau hah? Tak habis-habis lagi menyusahkan hidup kau ke ? kalau aku dapat dia siapla aku kerjakan.” Ujar balqis geram. Aku faham perasaan Balqis. Aku turut mengalami perasaan yang sama.

“tapi beb kau jumpa dia kat mana sebenarnya ?” soal Balqis. Tanpa berfikir panjang aku menjawab.

“K Residence” jawabku.

“ K Residence? Bukan ke tempat tu kondominium mewah ? kau buat apa pulak kat situ ? Balqis menyoalku lagi. Dia mengecilkan matanya kepadaku. Alamak apa aku dah cakap. Dah tersasul nampaknya. Ei aku menepuk mulut ku.

“ta....k..tak... sebenarnya.. hmmmm...” tergagap-gagap aku nal menjawabnya. Alamak macam mana aku nak elak ni. Nanti rahsia yang selama ni aku simpan akan Balqis ketahui jua. “aku...aku....aku” aku tak boleh berselindung Balqis Nampak gayanya malam ni balqis akan mengetahui perkara sebenar

“kenapa kau tergagap-gagap ni ? apa yang kau buat kat sana hah ? kau jangan cuba buat yang bukan bukan Asy, aku lepuk kau kang. Cepat bagi tahu aku apa yang kau dah buat kat sana?” soalnya lagi. Selagi aku tak bagi tahu selagi tu lah dia duk b bertanya. Aku megeluh. Lambat-lambat aku memberitahu jugak kepada Balqis apa tujuan yang aku buat kat sana dan aku jugak terpaksa bagi tahu syarat gila tu.

“ Apa ??” bergegar satu apartmen dengan tepikan suara Balqis.

“Kau ni jangan terkejut sangat boleh tak. Takut aku dengar suara kau yang mengalahkan suara kuntilanak tu” aku menjeling geram

“macam mana aku tak terkejut. Syarat gila apa tu. Tengku Izham ingat kau ni budak-budak ke nak buat syarat yang entah apa-apa tu” ujar Balqis berang. Ya la sapa tak terkejut dengar idea yang cukup gila bagi orang yang berpelajaran macam kita orang semua ni.

“Jadi kau keluar tadi kau pergi jadi maid sementara rumah dia la ?” Balqis berdiri dan menyoalku. Sumpah macam penyiasat. Dengan tangan di dagu. Kau nak jadi detektif ke apa Balqis?

“ya.” Jawabku lemah

“Asy yang kau setuju dengan syarat-syarat gila tu kenapa ? kau ni kenapa tak fikir pakai otak hah ? ni tak, pakai kepala lutut kalau berfikir. Geram betul aku dengan kau. Kau pernah fikir apa akan terjadi kat kau kalau kau dengan dia berdua-duan dengan dia kat dalam rumah tu. Kau kena ingat kau tu perempuan dan Tengku Izham tu lelaki. Kalau lelaki mesti la ada naluri lelaki. Lagipun berdosa tau berdua-duaan bukan muhrim.Kau ni kan arghhh”  usai sahaja Balqis menyampaikan ceramah dia aku hanya memandang lantai tak berani nak angkat muka. Nak tengok muka Balqis pun aku takut macam harimau dalam zoo. Gerun aku.

“ya aku tahu aku buat keputusan terburu-buru tapi dia cabar aku beb. Dia kata aku lembik setakat nak buat kerja macam tu pun tak boleh apa lagi beb berasap la telinga aku dengar semua tu terus aku sign kertas tu dan sekarang jadi macam ni. Kalau tahu awal-awal lagi aku akan terserempak dengan si bengap Fariz tu memang aku takkan setuju dengan semua ni” ujarku sedih. Ya aku menyesal sekarang tapi penyesalan aku sekarang memang tak berguna.

“sudah la. nak undur balik pun dah tak boleh dah. Kau buat je la kerja tu lagipun kau dibayar kan. yang penting purse kau tebal tiap-tiap bulan beb tapi kau tak boleh pergi rumah dia sorang-sorang lagi. Lain kali biar aku teman kan okay?” aku senyap. Lambat-lambat aku mengangguk jugak.

“Dah kau tak payah nak sedih-sedih. Buruk muka kau tu aku menengoknya” aku ketawa. Balqis ni ada sahaja yang nak dibuatnya supaya aku gelak.

“Beb kau ingat tak pasal company yang nak buat annual dinner tu? Majlis tu akan dibuat sekali dengan birthday Tengku Taufiq yang tak jadi dulu ”beritahu Balqis. Aku mengangguk dan mencapai buah yang tersusun cantik di dalam pinggan.

“tapi setahu aku tak jadi kan sebab Tengku Taufiq tak sihat kan ?”

“yup. Tapi majlis tu akan diteruskan lagi dan semua tu akan berlaku malam esok sebab Tengku Taufiq dah sihat. Temanya tetap sama Cuma tarikh je yang berganjak” beritahu Balqis.

“Apa kau cakap? Malam esok? Apa aku nak buat ni. Baju tak ada lagi dan aku tak ada partner pun “ aku mempamerkan reaksi cemas ku kepada Baqis. Tapi dia boleh buat rilek je. Sungguh aku tak faham la dengan sikap balqis yang satu ni. Orang panik dia boleh buat rilek. Aku mengeluh. Baju apa yang aku nak pakai ni dan partner pun tak ada.

“ kau jangan risau okay mana tahu nanti ada putera dari kayangan datang jadi partner kita malam esok” dengan yakin Balqis berkata-kata. aku pelik.

“Cik Balqis kita bukan dalam drama ataupun dalam cerita dongeng okay. So tak payah nak berangan ada putera raja datang jemput.” Selesai je aku berkata-kata. aku teringat akan sesuatu aku terus menarik tangan Balqis ke dalam bilik. Dengan kelam kabut balqis menurutku. Aku berhenti di hadapan almari milikku. Aku mencapai satu pasang baju kurung moden plain. Cantik sangat. Hadiah hari jadi aku daripada ibu yang ke 25 tahun. Aku menayang kat depan Balqis baju tersebut.

“wow beb serius cantik. Kau tak pernah pakai pun baju ni.” Tanya balqis.

“ya. Aku sayang and baju ni aku rasa sangat bernilai” jawabku dengan sengihan di bibir. Nampaknya satu masalah dah selesai.

                             ***

 


Dengan tergesa-gesa aku bersiap untuk ke function yang dianjurkan oleh syarikat kami. Balqis sejak tadi lagi membebel macam mak nenek kepadaku. Balqis bersiap fulamak lama gila. Sejak tadi lagi dia bersiap lebih kurang tiga jam sebelum ni. Aku setengah jam nak pergi baru nak bersiap. Sungguh aku tak tertarik langsung dengan majlis ni.Entah apa yang menarik sangat pasal majlis tu bagi Balqis. Buat malu je kalau kita orang pergi berdua padahal semua orang ada teman tapi aku dan Balqis single. Jangan orang ingat aku dan Balqis sejenis sudah.

“Asy cepat la. majlis dah nak start dah nanti kita terlewat pulak” laung Balqis sambil mengetuk pintu bilikku. Aku mengetap bibir.

“Ala kau ni sabar la kejap lagi aku siap. Yang kau nak cepat ni kenapa lagipun ada setengah jam lagi sebelum majlis bermula. Kalau aku tak cantik siap kau “ aku menjerit kepadanya. Ei jangan desak aku boleh tak. Aku mudah kelam kabut kalau orang desak macam tu. Selepas puas menilik pakaianku di cermin aku puas.

“tu la kau. Dari tadi lagi aku suruh kau bersiap tapi kau tak dengar. Duk layan jugak cerita korea kat tv. Sekarang aku minta cepat sikit mula lah kau nak bis...” aku menguak pintu bilik.

“Dah puas membebel Cik Balqis. Dah, aku dah siap ni. Jom gerak” ajakku.

“Yang kau terhendap-hendap ni kenapa? Kau tengok apa tu ?” soalku. Oleh itu aku pun turut sama la terhendap-hendap tengok kat luar melalui cermin rumah kami.

“Eh tak la. aku tengok cuaca je kat luar” beritahu balqis. Aku pelik selama ni tak pernah pun keluar nak tengok cuaca. Lagiun cuaca elok je

“ apa la kau ni. Kita bukan naik moto. Kita naik kereta so kalau hujan pun bukannya kita basah kan?” aku memandang Balqis. Aku melihat Balqis resah.

“Balqis kau ni kenapa sebenarnya hah ? aku tengok kau dari tadi lagi macam kucing hilang anak je. Kau kenapa sebenarnya ? “ tanyaku

“eh tak ada apa-apa la. aku saja je sebenarnya “ aku pelik. ‘alamak aku nak cakap macam mana hah kat Asy. Kalau dia tahu agak-agak dia marah tak kat aku. Konfim dia marah la Balqis” desis hati Balqis.

“Asy kau memang super cantik malam ni. Memang baju ni masuk dengan kulit kau yang putih melepak tu” dalih Balqis.
“ya aku tahu tak payah puji lebih-lebih” aku tersengih. Mula la nak perasan.

“Kau pun cantik Balqis. Pendek kata semua orang pandang kau confirm terpaku punya “ usikku pada Balqis. Balqis apa lagi hidung dia sekarang mengalahkan hidung gajah maaa..

Pon  Pon!

“Hah dia orang dah sampai” suara Balqis tiba-tiba kuat kedengaran.

“Siapa yang sampai. Bukan ke kita nak pergi sendiri ke kat hotel tu. Ke kau nak kita tumpang Fiqa tak ? “ tanya ku pada Balqis. Hmm musykil ni.

Kau ikut je la aku. Balqis menarik tanganku. Selepas kita orang keluar daripada rumah aku terkejut takkan la betul-betul putera dari kayangan datang jemput kot. Dengan dua buah kereta mewah berada di depan mata ku ni buat aku bertambah pelik. Apa yang Balqis rancang sebenar ni. Mataku meliar mencari susuk bada Balqis. Oleh kerana cermin kereta mewah yang tidak tinted so aku Nampak balqis yang berada di dalam kereta tersebut. Siap berhai hai and bye bye lagi kat aku ni yang lebih mengejutkan aku orang yang berada di sebelah dia Tengku Rayyan ? aku memandang pelik tapi Balqis dengan muka tak bersalah dia la.
.
“Asy nanti aku explain kat kau ya. Jangan marah” aku sedikit tersentak dengan laungan daripada Balqis. Kereta yang dinaiki mula meninggalkan aku. Aku masih terkejut dan terkaku dengan perkara yang baru berlaku.

 





“Cik Hanan kalau awak membatu macam ni pun sampai tahun depan tak guna. Cepat ikut saya kita kena gerak dah ni. Majlis dah nak mula” tu macam suara mamat sambal belacan tu. Dengan lambat-lambat aku berpaling. Dia tersenyum memandangku. Memang lelaki dari syurga ni. Handsome gila. Dengan tuxedo yang bewarna hitam. Lelaki di hadapanku berjaya memukau pandangan mataku. Ya Allah sungguh indah ciptaanNya. Tengku Izham memegang tanganku dan menarik ku supaya masuk ke dalam kereta. Semua ni berlaku cukup pantas sampai otak aku tak boleh nak tafsir apa yang berlaku. Aku hanya menurutinya tanpa sedikit pun bersuara.

“Cik Hanan janganla terkejut sangat. Lagipun tak salah kan saya jadi partner awak malam ni. Awak single dan saya pun single jadi tak ada siapa pun yang nak marah so fikir positif ya. Saya hanya menjalankan apa yang Tengku Rayyan meminta saya buat. “ ujar Tengku Rayya. Aku memandangnya.

“Tengku Rayyan suruh Tengku buat apa?” dengan lambat-lambat aku bertanya.

“Dia minta saya jadi teman awak malam ni. So untuk dia saya lakukan juga” “ cantiknya Hanan malam ni’ desis hati Tengku Izham. Entah mengapa sebaik sahaja aku mendengar alasan yang dikemukan oleh Tengku Izham aku menjadi sedih. Jadi dia tak ikhlas la buat semua ni. Rintih hatiku. Sepanjang perjalanan aku hanya diam. 




 Akhirnya kita orang sampai juga kat The Royale Bintang Hotel kat Damansara ni. Mamat sambal belacan memang sangat la gentlemen sebab dia bukakan pintu untukku. Agak-agak kalau semua staff tengok aku yang berteman dengan tengku Izham malam ni macam mana ya. Kecoh satu pejabat ni. Dalam diam aku mengeluh kecil

“Kenapa mengeluh ?” soal Tengku Izham. Aku menggeleng. “ jangan-jangan awak risau pasal staff-staff kat pejabat kot, awak takut nanti dia orang mengata dan menjauhi awak?” soal Tengku Izham lagi. Dia ni kan memang. Ada ilmu apa entah. Memang dapat agak apa yang bermain dalam kepala otak aku ni.

lambat-lambat aku mengangguk jua. Dia menguatkan lagi genggaman di tanganku. Aku menunduk. Macam mana kalau kawan kat pejabat Nampak ni. Jangan-jangan besok dia orang tarik rambut aku lepas tu aku kena simbah dengan air longkang satu baldi. Eii gerun aku memikirkannya. Sebelum kita orang masuk ke dalam dewan aku cuba untuk melepaskan tanganku daripada genggamannya tapi tak berjaya. Ei nak menangis pun ada. Sebelum ni tangan aku suci tak pernah dipegang oleh sesiapa tahu. Arwah pun tak pernah. Pintu besar dewan terbuka dan kami berdua melangkah masuk. Memang jadi tumpuan ramai sebabnya kita orang sampai lewat dan lebih-lebih lagi Tengku Izham merupakan anak kepada CEO syarikat kami. Aduhai malunya aku!.
Sepanjang perjalanan sebelum sampai di meja VVIP aku terdengar macam-macam suara sumbang. Ada juga yang gembira ada juga yang menolak. Dia orang ingat aku dengan Tengku Izham ni pasangan bercinta ke apa. Dengan mamat ni pleasela.

“ Tengku lambat lagi ke kita nak sampai kat meja ni ?” aku berbisik kepada Tengku Izham.

“Kejap lagi kita sampai. Don’t worry. Saya ada kan. “ ujarnya. Aku memandangnya. Oh my God boleh cair hati aku malam ni. Mamat ni sengaja nak buat aku jatuh cinta dengan dia ke apa?

“ Mama papa kenalkan ni Hanan kawan Is” kata Tengku Izham kepada kedua ibu bapanya. Aku hanya menunduk sebagai tanda hormat. Walawei malunya. Seraya aku duduk aku terpandang makhluk Allah yang tersengih memandangku. Aku menjengilkan mata kepadanya. Minah ni kan memang nak kena dengan aku. Aku mengangkat kening tanda bertanya kau buat apa kat meja VVIP ni. Balqis menunjukkan ke arah Tengku Rayyan yang sedang rancak berbual. Aku memandang pelik. Apa sebenarnya ni ? soalan ni masih berlegar-legar di kotak pemikirinku.

“Hanan you nak makan apa? Is tolong ambilkan “ aku tersentak.

“tak apa. Saya boleh ambil sendiri” hello jangan buat aksi terlebih romantik boleh tak. Mama dan papa mamat sambal belacan dah pandang kita orang semacam dah.

“jangan malu-malu, Is ambilkan ya” belum sempat aku melarang Tengku Izham sudah mula meletakkan hidangan di pingganku. Aku hanya memandang sepi perbuatannya. Wait korang perasan sesuatu tak. Dia panggil aku Hanan la dah tak ada Cik kat depan dan juga membahasakan diri dia Is. Pelik . aku menjamah makanan di pinggangku. Tiba-tiba pandangan aku dan Tengku Izham berlaga. Dia mengeyitkan mata kepadaku. Aku tersedak. Dia segera mencapai gelas yang berisi air dan memberikan kepadaku.

“Are you okay Hanan?” soal aunty Zahra kepadaku yang merangakap mamanya mamat sambal belacan.
“saya Okay je aunty. “ jawabku.

“Bukan ke Hanan ni pernah datang rumah aunty dengan Fiqa kan ? “soalnya lagi kepadaku inginkan kepastian.

“Ye aunty. Itu memang saya” beritahuku.

“padan la aunty rasa macam pernah jumpa je. Cantik sangat Asy malam ni sampai aunty pun tak perasan” sejuk telinga ku mendengarnya. Mama mamat ni memang peramah. Oleh kerana kedudukan aku yang berada di tepinya senangla dia berbual denganku.

“tak la aunty biasa-biasa je “ aku merendah diri. Lagipun tak elok membangga dirikan.

aku memandang tetamu yang berada di meja yang sama denganku. Semuanya aku tak kenal kecuali Tengku Rayyan dan Balqis.

“Hanan kejap lagi ada persembahan daripada staff bahagian kewangan. Bahagian saya tu tahu. Kalau nak tepuk,tepuk kuat sikit.” Beritahunya. Aku rasa nak termuntah. Perasannya. Lagipun bukan dia yang membuat persembahan.
“kenapa pulak lagipun bukan Tengku yang buat persembahan so jangan perasan” ujarku.
 Persembahan diteruskan dengan pelbagai sketsa yang membuatkan semua tetamu bergelak ketawa. Memang cukup-cukup lucu. Tanpa sedar aku menampar bahu Tengku Izham. Memang kelakar. Dia orang buat persembahan ombak rindu. Dua duanya lelaki tapi yang tu lah jadi Izzah and Hariz. Kelakar gila.

Tengku Izham memalingkan wajahnya memandangku. Aku sedikit pun tak hairan. Persembahan kat depan lagi best daripada tengok muka dia. Sehingga akhir persembahan dia masih memandangku. Aku mula tak selesa.

“Para hadirin sekalian. Hari ni kita ada special request” suara pengacara majlis kedengaran. Semua tetamu senyap untuk mengetahui apa special request tersebut.

“sekarang saya ingin menjemput Tengku Izham Iskandar untuk membuat persembahan.” Satu dewan bingit dengan tepukan yang meriah. Jeritan semangat kedengaran. Memang popular sungguh Tengku Izham ni. Parah siapa yang jadi bini dia. Ye la asyik makan hati je. Aku melihat Tengku Izham yang bergerak ke bahagian stage. Memang lelaki pujaan ramai. Wake up Asy kau jangan pulak macam orang angau. Tengku Izham duduk di atas kerusi bersama sebuah gitar di tangan. Semua penonton diam. Aku memang excited untuk mendengar suara Tengku Izham. Entah mengapa malam ni dia cukup kacak di mataku. Aku memandang ke arah seorang lelaki yang berada di meja yang tidak kurang jauh dari mejaku. Macam Fiqa. Ye la memang dia. Wow kacaknya dia. Kejutan apa lagi ni ?
“Hai semua. Hmm i don’t know why i’m here actually but saya nak menyampaikan lagu untuk orang yang saya sayang sepenuh jiwa raga saya”ujarnya. Dengan serta merta lampu dihalakan ke arahku. Aku terkaku. Lambat-lambat aku tesenyum jugak untuk menjaga hatu semua orang. Alamak apa jadi ni. Semua jangan salah faham. Maybe Tengku Izham nak tujukan kat mak dia, bukan aku, bukan akula. Semua itu hanya tersekat di kerongkong. Muzik kedengaran dan Tengku Izham start bernyanyi.
Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku
Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku.

Aku terpaku mendengar nyanyian tersebut. Suaranya seperti menerombos ke dalam hati aku. Sedapnya suara. Dewan begitu gamat dengan tepukan dan sorakan. Jantungku berdetak laju.

“Macam mana suara saya sedap tak ?” sebaik sahaja sampai di tempat duduk dia menyoalku.
perasan !.

“ boleh la” jawabku. Sebenarnya aku malu. Mama dan papa Tengku Izham dah tersenyum-senyum memandangku. Dalam hati dah berperang untuk menuturkan kata. ‘bukan saya orang yang dia sayang, bukan saya’ jeritku tapi aku seorang yang boleh mendengarnya

“Hai Zahra,Taufiq tak lama lagi dapat merasa nasi minyak la kitakan. Lepas orang tu orang ni pulak” ujar Tan Sri Tengku Khalid yang merangkap ayah Tengku Rayyan. Aku diam tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Aku harap sangat Tengku Izham dapat menjawab semuanya. Jelaskan kepada mereka yang kita tak ada apa-apa hubungan.

“InsyaAllah uncle” jawabnya. Terbuntang mataku mendengar jawapannya. Gila ! aku mencari wajah Balqis.’ Beb tolong aku !!’ tapi Balqis hanya menjongketkan bahunya sahaja. Tak guna punya kawan. Sebal tahu.

selesai semua majlis. Aku ingin balik dengan segera. Aku bersalam dan berpeluk cium dengan aunty Zahra. Kepala aku dah pening dengan permainan tengku Izham ataupun si Is tu.
“Hanan wait. Kenapa jalan laju sangat ni. Ya pun nak balik tunggula. Biar Is yang hantar” pintanya kepadaku.


“apa lagi yang Tengku nak ni hah ? sudah sudah la Tengku. Saya tak nak menyusahkan tengku lagi” aku segera berlalu tapi Tengku Izham masih mengejarku.

“Hanan awak tak menyusahkan saya pun. Jom saya hantar awak balik. Please jangan keras kepala sangat” pintanya lagi kepadaku

“permainan apa yang Tengku cuba mainkan sekarang ni ?” soalku sedikit berani. Sungguh aku tak suka berada dalam situasi macam ni.

“Apa maksud awak ni. Permainan apa ? jangan mengarut boleh tak ? dah jom saya hantar awak balik” ajaknya tapi aku membatu. “ kalau awak tak nak gerak lagi saya dukung awak kat sini.” Dengan cepat aku berjalan ke depan tapi ada seseorang yang mengahalang perjalananku. Fariz! Apa dia buat kat sini ?

“Asy, abang sangka abang salah tengok orang tadi, tapi rupanya betu Asy kan. ada jodohlah kita nampaknya selalu terserempak kebetulan macam ni .” ujarnya.

aku tersenyum sinis. Jodoh kepala otak kau !

“you very beautiful tonight, i impressed” ujarnya lagi.

Ya Allah kenapa aku kena jumpa dengan dia lagi. Menyakitkan hati betul.


“so tak ada apa-apa yang nak dicakapkan lagi kan. saya pergi dulu” sebelum sempat aku melangkah Fariz memegang pergelangan tanganku. Dasar kurang ajar. Belum sempat aku hendak menepisnya Tengku Izham dah mula menepisnya. Reaksi Fariz sungguh terkejut. Aku lagi-lagi la.

“kau jangan kurang ajar ya dengan perempuan” ujar Tengku Izham. Muka dia merah menahan marah. Entah kenapa pulak dia yang lebih-lebih nak marah. Sepatutnya aku.
“Hey Is you siapa nak halang I?” soal Fariz geram

“Asy siapa lelaki ni. Suka-suka dia je masuk campur hal kita?” bengkak telinga aku mendengarnya.

“Hal kita. Setahu saya kita tak pernah ada hal apa-apa” Fariz terkejut.

“Asy please, we need to talk. Abang boleh explain kan semuanya kat Asy. Asy tolong la dengar dulu. Jangan marah abang macam ni. Abang terseksa Asy”

aku diam tanpa reaksi. “macam yang saya cakap sebelum ni tak ada apa yang nak dibincangkan hal tu dah lama  Encik Fariz and saya nak kenalkan ni bakal suami saya” entah mengapa aku tersasul cakap macam tu. Ikutkan mulut badan binasa Asy oii. Tengku Izham tersentak mendengar ayat yang meluncur laju keluar dari mulutku. Fariz terdiam. Aku gunakan peluang tu untuk lari daripadanya. Aku menarik tangan Tengku Izham untuk segera menghantarku pulang.


No comments:

Post a Comment