Dear Readers

Thursday 29 September 2011

hadirnya cintamu yang terindah(BAB 4)

BAB 4.......

Tok tok tok...

“Masuk”arak Tengku Izham Iskandar.

“Is, Tengku Taufiq nak jumpa kat bawah”Kata Mak Mah yang sudah menjadi pembantu selama berpuluh tahun di villa orkid.

“Sekejap lagi saya turun” jawab Tengku Izham Iskandar

Tengku Izham Iskandar menuju ke arah ruang tamu villa mewah tersebut.

“Hah kamu Is.Duduklah papa ada hal sikit nak bincang dengan kamu”kata Tan Sri Tengku Taufiq

“Apa dia pa? Kalau pasal kerja Is tak ready lagi la pa.” Tengku Izham Iskandar sudah dapat
meneka hal yang papa hendak bincangkan.

“Is tak kesiankan kat papa ke?Sorang-sorang papa uruskan bisnes keluarga kita kat sini.Nak harapkan abang-abang kamu alamatnya bankrap syarikat papa tu.Angah kamu pulak bila lah nak ikut langkah kamu balik ke Malaysia.” Tengku Taufiq cuba memujuk anaknya.

“Tapi pa kan Is baru balik Malaysia.I'm not ready yet.”jawabnya

“Is tolong lah papa.Ini semua untuk kebaikan kita bersama kan.Nanti kalau papa tak ada siapa yang nak uruskan Delta Holdings kalau tak kamu.Kalau nak tunggu si Alisya pun lambat lagi.Papa betul-betul dah tak larat nak uruskan company kita tu sorang-sorang.Tapi terpulang dengan kamu lah nak setuju ke tidak.” Kata Tan Sri Tengku Taufiq besearta keluhan.

“Tengoklah macam mana.Bagi Is masa nak fikirkan perkara ini.”Tengku Izham Iskandar jadi buntu untuk memikirkan permintaan ayahnya.Permintaan itu terlalu berat baginya.

“Papa harap kamu takkan kecewakan papa.”kata Tan Sri Tengku Taufiq dengan harapan yang menggunung.

Tengku Izham Iskandar memandang sepi langkah ayahnya yang menuju ke bilik bacaan.Satu keluhan dilepaskan.Sememangnya dia tidak bersedia lagi untuk memasuki Delta Holdings.Tetapi demi ayahnya dia akan memasuki syarikat tersebut.Biarlah dia melakukan pengorbanan kali ini demi ayahnya.Lagipun dia sudah memiliki pengalaman bekerja selama setahun di luar negara so sekarang dia akan gunakan ilmu pengetahuan yang dia miliki untuk syarikat papa nya pula.Tapi satu aje harapannya ialah tidak berjumpa dengan orang yang paling dibencinya!

Deringan telefon bimbit Tengku Izham Iskandar mematikan lamunannya.Dengan tergesa-gesa dia menyeluk poket seluarnya untuk menjawab panggilan telefon tersebut.Dia tersenyum apabila melihat si pemanggilnya

“Hello bro”Kata si pemanggil

“Assalamualaikum”Sindir Tengku Izham Iskandar

“Ala kau ni tak payah la sindir aku ye.”jawab si pemanggil iaitu Tengku Rayyan Haikal yang merupakan kawan baik Tengku Izham Iskandar serta merangkap sepupunya yang paling poyo.ha ha
“Sekurang-kurangnya kau jawab la salam aku tu dulu.Ni tak hello je kau tau.hah?kenapa kau call aku ni?”

“Ala kau ni aku dah jawab la dalam hati tadi.Aik sejak bila pulak aku tak boleh call kau hah?”

“Bukan tak boleh cuma aku tanya je sebab apa kau call aku ni.”

“Hah ni bila kau nak masuk office?Aku ni dah tak sabar tau nak bersaing dengan kau tau.”

“Kalau kau bukan nya nak bersaing dalam bisnes tapi nak tengok saham siapa antara kita yang tinggi kan.Ala aku dah hafal dengan perangai kau yang satu tu.”Perli Tengku Izham Iskandar.

“ha ha ha.pandailah kau kan.So bro aku akan tunggu kehadiran kau kat office.Hal yang lepas tu tak payah la kau nak ingat balik.Just ignore je.Bro ada awek datangla nanti aku call kau balik okay”Tengku Rayyan Haikal cepat-cepat menamatkan perbualan.

“ok..”tut.....

“Amboi mamat ni tak menyempat langsung kalau dah nampak perempuan.Ish macam-macam betul la kawan aku sorang ni.”Tengku Izham Iskandar menggelengkan kepala mengenangkan perangai sepupunya itu.Jus ignore je perkara yang lepas?senagnya mamat ni cakap ingat memori kat kepala aku ni boleh format balik ke apa.Hurm....



“Hanan Asyikin!”Bergegar satu rumah kerana tempikan Balqis mengejutkan Asy.

“Hah?Apa dah berlaku? Rumah terbakar ke?Siapa yang mati?Kita selamat tak?”soal Asy akibat terkejut bangun daripada tidur.

“Hoi kau ni kenapa hah?dari tadi lagi aku kejutkan kau tau tak.Amboi bangun-bangun rumah siapa tebakar.siapa yang mati dah panggil bomba ke belum.kalau rumah kita terbakar dah lama aku cabut tau tak!Ish apa la kau ni.Mana ada rumah ke apa ke yang terbakar.Dari tadi lagi aku kejutkan kau tau tak.Dah nak habis dah suara aku ni.Kenapa dengan kau ni hah kau lupa ke yang hari kau start kerja?sindir Balqis.

“Ha'ah la.Aku start kerja kan hari ini.Astargfirullahhalazim macam mana la aku boleh lupa ni?Ya Allah!”dengan pantas Aku melihat jam loceng di tepi katil.

“Hah sekarang baru kau nak tengok jam pukul berapa?!.Sekarang ni dah pukul 7.45 kau tahu tak.Dah la traffic jam,Confirm masuk lewat.Pergi bers.....”

Tanpa sempat Balqis nak meneruskan syarahan dia pagi yang indah ni aku dah cabut masuk dalam bilik air nak bersiap nak pergi kerja!

“Hah ni baru mandi nak tunggu kau bersiap lambat lagi lah kita masuk office hari ni.Ish budak ni kan geram aku dibuatnya.Nak sarapan lagi.”Kata Balqis dengan marah dan tidak puas hati

“Woi aku dengar kau cakap tu.Kejap lagi aku siap la.Kau sabar la dulu pergila tengok tv ke apa ke”Aku membalas kata-kata Balqis.Dengan malas Balqis keluar dari bilik untuk sarapan.

“Apalah Asy ni.Telinga lintah betul.Aku cakap punya la perlahan tapi dia boleh dengar lagi.”kata Balqis sambil mengunyah roti.

“Hoi!”sergahku

“Hah!Kucing kau tercabut ekor..”latah Balqis.

“Aek bila masa ada kucing tercabut ekor kat rumah kita ni ye.”perliku

“Banyak la kau.Dah la hari ini hari pertama kau bekerja lewat pulak tu.Tak baguslah kalau macam ni tiap-tiap hari”kata Balqis.

“Ala relaxla.Lagipun bukan sengaja.Aku tak tersedar je.Kau janganlah marah aku.Lain kali aku tak buat lagi .”Aku bersungguh-sungguh mengatakannya sambil mengangkat tangan untuk bersumpah.

“Macam la aku tak kenal.Dah-dah la.Lain kali jangan macam ni lah nanti apa pulak pandangan staf lain kat kau.Jom kita bertolah dak lewat nie” Ajak Balqis.

Selesai mengemas ala kadar pinggan yang kami gunakan kami terus bertolak ke pejabat.Erm kalau ibu tahu aku kerja sebagai penyambut tetamu mampus la aku.Ibu kan dah warning awal-awal lagi.Tapi nak buat macam mana pandai-pandai la aku nak menjawab nanti tapi yang penting aku tak terlepas cakap hal ni kat ibu biar pecah di perut jangan pecah di mulut, cewah!!berpantun pulak aku ha ha.Minggu lepas aku dah menghadiri banyak temuduga tapi semuanya belum dapat diketahui keputusannya.Sementara menunggu keputusan aku telah menerima tawaran Balqis bekerja sebagai penyambut tetamu kat syarikat tempat dia kerja.Dah dekat sebulan aku tinggal di sini tapi asyik terperap kat rumah je.dah naik kematu dah punggung aku ni.So aku buat keputusan untuk bekerja sementara kat sini.Harap-harap keputusan yang aku buat ni ada kebaikan untuk aku!

…................................................................

Selepas sesi suai kenal dengan semua staf kat Delta Holdings , pejabat baru aku ni aku terus menuju ke bahagian tempat duduk yang telah disediakan untukku.Semasa sesi suai kenal tadi aku memperkenalkan diri ku dan melemparkan senyumanku yang paling manis and cantik pada mereka alamak terlebih perasan sudah!siap pinjam trademark stacy lagi.ha ha ha.

“Hah kau termenung apa?”sergah Balqis.

“Ish kau ni tak ada termenung apa pun.Saje je tengok-tengok and perhati keadaan sekeliling.Hah?kau ni kenapa datang tempat aku ni tak ada kerja ke asyik kacau aku je”

“Cik Hanan Asyikin sayangku Intan payung.Sekarang dah waktu lunch aku datang sini sebab nak ajak kau lunch la.Kau nak keluar lunch ke nak perhati keadaan sekeliling lagi?”Balqis menyindirku

“Eh dah waktu lunch ke.ala aku tak perasan pun la.Okay jom pergi makan”

“hai aku ingat kot-kot kau kenyang la hirup udara kat dalam office nie”

“Dah-dah kau tak payah nak sindir-sindir aku lagi.Aku mengelamun sikit je kau mula la nak kenakan aku kan.”Dengan pantas aku mencari lengan Balqis untuk menjadikan tempat cubitan ketamku mendarat.

“Aduh!Kau ni kan..”belum sempat Balqis menyambung kata-katanya

“Aduh,argh!”Aku mengerang kesakitan akibat jatuh sebab dilanggar seseorang!

“Cik tak apa-apa ke?Soal orang yang melanggar ku

“Tak apa-apa kau tanya.Eh kau buta ke hah?tak nampak ke orang tengah jalan yang kau langgar aku tu apasal?dah sempit sangat ke jalan ni kau nak lalu.”marah aku.

Balqis telan air liur melihat perbuatan Hanan Asyikin.Gila kau Asy berani kau tengking pegawai atasan.Dia nak beritahu kepada Asy siapa lelaki itu tapi suaranya tidak terkeluar.Mampus la kali ni!

“Maaf ya cik saya tak ada niat pun nak langgar cik tadi lagipun saya nak cepat ni”kata si lelaki yang melanggarnya.

“Kalau nak cepat pun tengok la orang dulu....”belum sempat aku menghabiskan kata-kataku Balqis sudah menyampuk

“er.. er... Tengku Rayyan kita orang mintak diri dulu lah ya.”Cepat-cepat Balqis meminta diri dan menarik lengan aku untuk beredar.

“Kau ni memang gila betulla.Kau tau tak dengan siapa hah yang kau cakap tadi?”soal balqis marah

Aku sudah tak senang duduk.Mula-mula memang marah dengan lelaki tu tapi bila Balqis memanggilnya dengan panggilan tengku aku mula tak sedap hati.Jangan-jangan mamat tu orang besar dalam syarikat aku kot .Mampus aku!Hari pertama kerja dah mula buat hal.Uaaa malunya aku.

“Er..er siapa mamat tadi tu?”soalku teragak-agak

“Sekarang baru kau rasa takut kan.Tadi bukan main kau sound dia.Ni muka kau pun dah pucat ambik kau!Untuk pengetahuan kau Cik Hanan Asyikin mamat yang langgar kau tadi tu ialah pengurus Delta Holdings merangkap juga anak saudara kepada Ceo kita.Kau faham sekarang?”

“Apa k...a..u ka...ta pen..gu...rus?Mampus mampus aku beb!yang kau tak cakap dengan aku tu kenapa hah?tak guna punya kawan”

“Sekarang aku pulak kau nak marah?Bila aku nampak kau sound dia je aku dah tak tahu nak cakap apa dah.suara aku pun dah tak terkeluar.Aku tengok tadi dia pun terkejut kau marah dia.Ye la selama ni mana pernah orang marah kat di.Dia marah kat orang ada la.Kau ni pun satu agak-agak la nak marah pun.”nasihat Balqis.

“Habis tu sekarang aku nak buat macam mana beb.Aku takut gila dah ni.Jangan-jangan nanti aku kena buang kerja.Belum sampai sehari aku kerja dah kena buang.Mana aku nak letak muka ni.Malu wei.”

Sekarang perasaan ku risau yang teramat sangat.Aku dah tak tahu nak buat apa.Hai kenapa la nasib aku ni kena langgar je hah.Apa ke malang punya nasib.

“Aku pun tak tahu nak cakap apa.Kita tengok je la apa yang akan berlaku nanti.aAku harap Tengku Rayyan profesional takkan campur masalah peribadi dengan kerja.Dah lah jom kita order.Perut aku dah lapar gila ni.”

….................................................................

Selepas habis waktu kerja aku dengan Balqis pulang ke rumah.Adoi baru sehari kerja tapi letihnya sudah ku rasa.Aku mencari telefon bimbit ku untuk telefon ibuku di kampung.Tetapi telefon bimbitku tiada!Aku mencari seluruh bahagian dalam handbag ku dan dalam handbag Balqis.Hampeh semuanya tak ada.

“Eh kau ni macam kucing hilang anak kenapa?”soal Balqis.

“Kau ada nampak phone aku tak?”soalku.Adoi jangan-jangan kena curi kot telefon kesayangan aku tu.

“Tak ada pun kenapa?”

“Aku dah cari dalam handbag aku tapi tak ada pun.Jangan-jangan ada orang curi tak.”tekaku

“Kau ni janganla fikir negatif cepat sangat.Kau dah cari ke belum dalam handbag aku?”

“Dah tapi tak ada jugak”

“Jangan-jangan jatuh time kau kena langgar tadi tak”teka Balqis.

“Ye tak ya jugak kan.Adoi mesti dah ada orang yang ambil phone aku tu kan.erm melayang la telefon kesayangan aku tu.”

Aku memang sedih dengan kehilangan telefon aku itu.Telefon itu adalah hadiah daripada ayah.Aish minta-minta tiada siapa yang curi.Esok aku pergi cari kat tempat kena langgar tadi.Tapi yang nasib baiknya mamat yang merangkap pengurus aku tu tak ambil apa-apa tindakan pun untuk aku.Aku gembira gila.Aku tak nak kena buang kerja.

2 comments: