Dear Readers

Sunday 24 February 2013

BAB 37 hadirnya cintamu yang terindah




Qalif masih lagi memerhati rumah agam Tuan Rizuan itu. Sejak pagi tadi hinggalah pukul dua belas tengahari mata dan dirinya masih lagi setia berada tidak jauh dari rumah itu. Sejak dia berjaya memiliki kesemuanya dan bisnes yang dia miliki sudah kukuh dia jadi berkeyakinan untuk berhadapan dengan Tuan Rizuan. janji yang dia buat lima tahun yang lepas tidak pernah dilupainya. Memerhati rumah agam dan gerak geri Tuan Rizuan menyesakkan ruang dadanya menambahkan lagi rasa bencinya terhdadap orang tua itu. Sungguh dia tidak sangka sebegini banyak perubahan yang berlaku terhadap keluarga Puan Alia dan Tuan Rizuan.

 Asyik memerhati dia terpandangkan kelibat Puan Alia yang berjalan ke halaman rumahnya. Qalif bertindak untuk melihat lebih dekat Puan Alia tetapi dengan menyembunyikan dirinya supaya tidak ternampak oleh Puan Alia. Di sebalik pagar rumah mewah itu Qalif dapat melihat renungan sayu seorang ibu yang dilanda pelbagai masalah. Rindukan anaknya agaknya. Tebak Qalif.  Qalif berasa sebak apabila melihat tubuh badan Puan Alia yang sedikit kurus. Baginya mungkin Puan Alia tidak mempunyai selera untuk makan. Dalam diam dia melepaskan keluhan. Kenapa perlu jadi macam  ni sekali? Tempik batinnya. Sungguh dia tidak sanggup untuk lihat wanita yang cukup disayanginya terpaksa melalui semua ini. Padanlah dengan apa yang dia hadapi sahaja.

 Hatinya bagai disentap kuat apabila melihat air mata Puan Alia merembes laju di pipinya. Ingin sahaja dia berlari mendapatkan tubuh itu dan memeluknya dengan penuh kasih sayang biar sampai hilang kesedihan yang melanda dirinya tapi kerana janji yang telah dimerterai langkahnya menjadi mati dan kaku. Dengan perasaan yang berkecamuk Qalif turut melangkah pergi dan menghidupkan enjin keretanya lalu memecut meninggalkan kawasan perumahan itu. Tidak betah lagi dia untuk berada di situ dan hanya menjadi memerhati. Hatinya bagai disayat pedih. Sungguh hatinya disayat pedih.

 “siapa kau?” satu soalan tercetus keluar daripada bibir Qalif. Wanita yang dilihatnya beberapa hari lepas masih lagi bermain di layar matanya. Susah sekali untuk mengingati di mana dia pernah lihat wanita itu. Tapi yang pasti dia cukup kenal dengan wanita itu. Ya! Dia cukup yakin itu.
                                                    ***
“abang bosanla goyang kaki kat pejabat abang ni. tak ada hiburan langsung” komenku yang berada di sofa dan berhadapan dengan Tengku Izham. Aku membetulkan posisi badan ku dengan bersandar kerana pinggangku sudah berasa sedikit lenguh sebab dari tadi lagi duduk kat sofa ni.

“sayang sabar ya kerja abang ni sikit lagi nak habis lepas tu abang belanja sayang ya. Sayang cakap je nak beli apa. Ha apa kata kalau abang belanja sayang beli novel nak?” Tengku Izham memandang wajah isterinya penuh kasih. Dia turut kesian dengan isterinya yang berasa cukup bosan berada di officenya tapi nak buat macam mana kerja memang tak boleh nak dielakkan. Tak apa untuk kali ni sahaja selepas ni dia sudah merancang semuanya untuk berbulan madu dengan isteri tercinta itu.  Pada saat itu tiada sesiapa pun yang akan menganggu mereka dan dia akan memastikan bulan madu mereka akan menjadi perkara yang terindah dalam hidup mereka. Itu harapannya.

“abang ni kerja, kerja kerja. bila nak siap semua ni bang? Asy dah bosan la macam ni” ujar Asy tanpa disangka. Asy terus menekup mulut apabila dia menyedari yang dia sudah tersasul cakap. Dia memandang isterinya. Cuak sebenarnya dia rasa sekarang ini. Dia takut suami dia terasa dengan kata-katanya. Ya dia memang bosan lebih-lebih lagi selepas kedua ibu bapanya sudah pulang ke Kelantan kelmarin. Duk rumah pun bukannya berteman. Kalaulah dia mempunya baby alangkah indahnya hidup dan semua itu kalau sahaja. Dalam diam Asy mengeluh kecil.

“abang maaf. Asy tak bermaksud nak cakap macam tu sebenarnya” Asy cuba menerangkan dia takut suaminya terasa dan dia tak sanggup nak membayangkan dosa yang akan ditanggungnya nanti. Ye la syurga seorang isterikan di bawah tapak kaki suami. Jadi dia kena menjaga setiap tutur kata apabila berhadapan dan bercakap dengan suaminya.

 “tak apa sayang. Abang faham. Okay kerja abang dah siap. So jom” Tengku Izham bangun daripada kerusi empuknya dan melonggarkan tali leher kemejanya dan menyinsingkan lengan baju kemejanya hingga ke siku. Memang kacak habis bagi aku.

“nak pergi mana?” soalku sedikit blur. Tengku Izham menapak mendekati isterinya.

“nak belikan sayang abang ni novella. Nanti barula dia tak bosan.” Tengku Izham mencuit hidung isterinya.

“abang janganla nak buat perangai kat sini ya. Office ni tau abang. abang ni mentang-mentang la bos sedap-sedap dia nak keluar kan .Hmm betul ke ni nak belikan Hanan novel?kan waktu kerja sekarang ni.” tanyaku sekali lagi biarpun dalam hati dah melompat-lompat teruja. Oh seronoknya!

“betulla sayang. Kenapa sayang tak nak beli ke?”

“oh my abang sayang mana boleh tak nak beli nak la” jawabku penuh dengan rasa teruja.
 Aku keluar daripada kereta Audi suamiku lalu berjalan berpimpingan tangan dengannya. Sweet kan kan kan? Mata wanita yang mengerling suamiku itu sudah aku lali melihatnya. Biarlah selagi ada mata pandang la nak pandang. Ya dok?

 “sayang pilih la novel yang sayang nak beli abang nak pergi pilih buku kat sana. Jangan nakal-nakal ya” pesan Tengku Izham dan mengucup tapak tanganku. Aku hanya tersenyum. Semakin hari semakin romantik pulak suami aku ni. pandai sangat buat aku terbuai-buai. Alahai.

“akak ada abang kasi ni kat akak” seorang budak menarik hujung baju ku dan memberikan tiga kuntum bunga tulip kepadaku. Aku hanya mencapai huluran budak perempuan yang sangat comel bagi aku.

“siapa yang bagi?” tanyaku. Budak perempuan itu hanya menjongketkan bahunya dan berlalu pergi. 

Berkerut-kerut dahiku melihat bunga tulip yang berada di tanganku. Mataku mula meliar mencari bayangan manusia yang mungkin aku kenali tapi tiada satu pun  yang aku kenal kecuali suamiku yang berada di hujung sana sambil memilih buku-buku yang berkaitan dengan kerjayanya.  Aku memandang kembali bunga tulip yang berada di tanganku. Dadaku disapa debar halus. Bunga tulip. Mengingatkan aku pada si dia. Dulu arwah sering hadiahkan aku bunga tulip. Tiga  kuntum pulak sama dengan yang orang misteri ni bagi aku. Tapi siapa pulak yang bagi ni? takkan la suami aku kot. persoalan itu berlegar-legar di kepalaku.
 Aku melihat ada kad kecil yang terselit di antara tiga kuntum bunga tulip itu. Aku mencapai lalu membukanya. Dalam bersahaja yang aku tayangkan ada rasa getar dalam hati aku. Semua ni mengingatkan pada Haikal. Ya semua yang berlaku. Budak perempuan yang sampaikan bunga ni, tiga kuntum bunga tulip dan kad. Semua ni dah berlaku masa Haikal mula ingin mengenali aku dan apa yang berlaku sekarang seseolah semuanya dilakonkan kembali Cuma yang berbeza hanya tempat dan waktu sahaja. Aku membaca bait-bait tulisan yang ada di kad itu.

 Tuhan hilangkan matahari lalu hadirlah malam tapi Tuhan munculkan bulan untuk menerangi bumi di kala manusia terkapai-kapai dalam kegelapan. Dan izinkan saya jadi matahari dan bulan untuk awak.

Ikhlas from ur admire

 Tersentap kuat jantungku sekarang. Rasa macam nak terlompat jantung keluar daripada badan sekarang ni. kata-kata kat kad ni sama. Memang sama? Apa semua ni? aku memegang kepala yang mula rasa pening-pening lalat. 

“sayang are you okay?” Tengku Izham terus sahaja merapati isterinya apabila menyedari isterinya yang asyik memicit kepalanya sendiri. Naik risau dia dibuatnya.

“abang Hanan nak balik sekarang. Kepala Hanan berdenyut-denyut sekarang ni” pinta Hanan dan dituruti oleh Tengku Izham. Tengku Izham sempat menjeling bunga tulip yang berada di tangan isterinya. Serta merta dadanya bergetar hebat. Rasa cemburu mula menerjah dirinya. Tapi dia masih lagi memimpin tangan isterinya untuk ke basement dan pulang ke rumah. Dalam kepalanya masih tertanya macam mana isterinya dapat bunga dan siapa pulak yang bagi tapi dia hanya pendamkan sahaja sebab dia tengok isterinya yang sudah terlena di sisinya. Dia kena bersabar dan tanya dengan baik terhadap isterinya tapi dalam diam dia jugak cemburu dengan bunga yang masih berada di tangan isterinya itu. Masih dipegangnya walaupun dalam keadaan tertidur.
                      
  ***

 Aku terpisat-pisat bangun dan mataku mula meliar mencari bayangan suamiku di sisiku tapi dia tiada. Akhirnya mataku terpaku melihat susuk badan suamiku yang berada di atas tikar sejadah sambil berdoa.  Solat rupanya. Selepas mengaminkan doanya dia berdiri dan meletakkan sejadah di tempat yang disediakan. Aku bersandar di kepala katil dan tersenyum ke arahnya. Tapi yang aku peliknya dia langsung tak menghiraukan aku. Biasanya kalau aku baru bangun tidur dia akan menghadiahkan kata-kata yang cukup manis kepadaku dan sekarang dia boleh pula buat tak nampak aku yang berada di sini. Oh hati sabarlah kamu.

“abang kenapa tak kejutkan Hanan. Tengok sekarang Hanan dah terlepas solat asar la bang” ujarku tanda tidak puas hati.

 Tengku Izham hanya diam. Hatinya sedikit cemburu dengan apa yang berlaku tadi. Sebenarnya dia sudah pun kejutkan Asy untuk solat asar tapi isterinya itu tidur mati langsung tidak sedar dengan kejutannya.

“abang..” Asy panggil suaminya lembut apabila ,melihat suaminya langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Kenapa pulak dengan suami dia kali ni? Tengku Izham hanya membetulkan rambutnya di depan cermin dan ingin berlalu daripada biliknya untuk ke bilik bacaan. Tidak betah untuk berlama di dalam bilik itu. Mengingatkan bunga tulip itu membuatkan jiwa lelakinya tercabar. Sebelum perang dingin antara Asy dengan dirinya sendiri tercetus baik dia mengundur diri. Bukan ke sekarang ni Tengku Izham melancarkan perang dingin ke?

 Berkerut dahi Asy melihat tindak tanduk suaminya. Tadi elok je kenapa sekarang semacam tu. Asy mengingati balik apa yang berlaku tadi. Serta merta dalam kepalanya terlintas satu perkara. Bunga tulip. Ya! Bunga tulip. Jangan-jangan suaminya cemburukan pasal bunga yang dia dapat tadi tak? Telahnya sendiri. tidak lama selepas itu dia mengukir senyuman kecil. Hmm cemburu rupanya ya. Cemburu kan tandanya sayang.  Suka!

 Asy menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan. Dia sepatutnya melupakan perkara yang berlaku tadi. Mungkin itu semua hanya kebetulan sahaja. Ya dia pasti itu hanya satu kebetulan. Mana mungkin orang yang mati hidup balik dan berbuat demikina. Sangatlah nonsense!

 Dengan perlahan-lahan kakinya mencecah lantai dan bergerak ke arah bilik bacaan. Dia tahu sangat suaminya akan sibukkan diri di sana bila menghadapi sebarang masalah.

 “assalamualaikum” Asy memberi salam dan kepalanya mula terjenguk-jenguk mencari susuk badan suaminya. Dia tersenyum apabila matanya mula menangkap wajah Tengku Izham yang sedang membaca buku perniagaan antarabangsa.  Salam yang dihulur tidak berjawab. Angin ribut mana la yang melanda suaminya kini sampai begini sekali. Angin kus kus kali. Detik hati kecil Asy.

“abang tak jawab salam dosa tau” Asy cuba memancing perhatian suaminya. Tangannya menari-nari di atas meja bacaan suaminya. Reaksi sengaja ingin menggoda suaminya. Biar melting habis! Ah kau Asy memang gedik kan!

“waalaikummussalam.” Jawab Tengku Izham perlahan dan mampu lagi didengari oleh telinga Asy. Hmm reaksi positif.  Gumam Asy.

“abang nak hot chocolate?”

Diam.

“rugi tau tak nak. Kejap ya Asy pergi buatkan” tanpa menunggu reaksi suaminya Asy segera ingin berlalu ke dapur untuk membancuh hot chocolate.

“siapa yang bagi bunga tu?” langkah Asy mati. Dia tersenyum. Hmm dah agak dah. Asy segera memusingkan badan.

“bunga apa?” soal Asy bodoh. Sengaja ingin menduga suaminya sebab dia suka sangat bila memandang wajah suaminya yang cemburu. Sangat handsome ala-ala pelakon korea. Chewahh.
 Tengku Izham mengeluh. Geram terhadap Asy sebenarnya. Boleh pula dia buat tak tahu.

“explain to me everything single thing Hanan Asyikin” tegas suaranya berkata. Erk.. telan liur ku dibuatnya.

“ooo pasal bunga ke?” soalku dan tangan ku cepat sahaja naik menggaru kepala yang tidak gatal. Reaksi dalam keadaan kalut dan ingin cuba cari alasan yang sesuai. Tapi apa? Satu pun tak datang ni. Tengku Izham masih lagi diam menunggu kata-kata yang keluar daripada mulutku. Panahan matanya fulamak tajam gila!
“entah. Hanan pun tak tahula nak cakap macam mana sebenarnya. Its just happened. Girl tu yang bagi kat Hanan and she said ada orang bagi then terus pergi macam tu je. Tak sangka la Hanan pasal bunga je abang sanggup layan Asy macam ni. sampai hati abang” ujar Asy dengan nada yang mula berjauh hati.

 Tengku Izham sedikit kalut apabila melihat keruhan di wajah Asy. Salahnya juga kerana cemburu membabi buta padahal bukan salah isterinya kalau ada orang baginya bunga. Orang cantik la katakan semua yang pandang pasti berkenan.

“sorry. Abang tak berniat nak buat sayang terasa but weird je kenapa pulak kan ada orang nak bagi bunga kat sayang padahal satu Malaysia dah tahu sayang ni isteri abang” Tengku Izham mula merangkul lembut pinggang isterinya. Pipi Asy diusap penuh kasih. Sayang bini la kata orang.

“hmm abang cemburu kan. Its okay Hanan faham”

“cemburu? Eh bila masa pulak. Mana ada abang  cemburula.” Nafinya. Padahal memang dia cemburu pun kan Cuma dia sedikit malu untuk menunjuk di depan isterinya. Tak macho la nanti.

“hmm ye lah tu. Padahal cemburukan Hanan tahu” Asy tersengih bagaikan kerang busuk. Dia tahu suaminya memang cemburu. Tak nak mengaku la tu. Ego!

“sayang malam besok kita kena attend function  KAMI  holdings.” Beritahu Tengku Izham. Gulp! Serta-merta perit terasa air liur yang ditelan oleh Asy.

“malam besok bang?” soal Asy. Jantungnya bagai kan dah terlompat keluar. KAMI holdings. Syarikat yang cukup dia kenal siapa pemiliknya. Dia mula berdebar. Kalau nak tolak permintaan suaminya itu mestilah Tengku Izham merasa pelik dan menanyakan padanya pelbagai soalan. Itu tak boleh terjadi. Oh Tuhan apa akan jadi kalau dia pergi ke sana? Berdepan Tuan Rizuan yang sememangnya membencinya atau menolak pelawaan suaminya tapi bukankah tempat seorang isteri di sisi suaminya. Aaaa..pening dia dibuatnya.

“yeah. Malam besok.”

p/s:nampaknya hcyt ni akan saya tamatkan dr publish kat blog ni.kenapa.. hmm mseti korang pelikkan.. ha sbbnya saya nak rombak balik dan akan hantar ke syarikat penerbitan untuk dinilai..mintak2 ade rezki kan..but semua tu lambat lgi sbb skrip nie akan dirombak kmbali..tggu satu bab lg then stop..doakan saya:))

Thursday 21 February 2013

BAB 36 hadirnya cintamu yang terindah.



Tengku Izham memandang isterinya dengan sebaris senyuman mekar di mukanya. Sungguh hari ini dia sangat sibuk dalam menyiapkan kerjanya dan tidak sekalipun  mengurangkan rindu terhadap isterinya malahan  sekarang perasaan rindu semakin membuak-buak. Melihat wajah cantik dan jelita isterinya yang baru sahaja selesai mandi mendamaikan wajahnya. Seolah-olah keletihan yang melanda dirinya dengan kerja melayang begitu sahaja apabila melihat wajah isterinya.

“lewatnya abang balik hari ni” ujarku sambil membuang butang baju kemeja yang dipakai oleh suamiku. Sebagai isteri bagiku wajib untuk melepaskan semua masalah dan keletihan yang melanda suami, itulah tugas seorang isteri dan wajib baginya untuk melakukannya semuanya. aku menghadiahkan senyuman yang 
paling manis buatnya.

Aku ingat lagi dengan hadis yang pernah aku baca dulu. Seorang isteri perlulah sentiasa menghadiahkan senyuman terbaik untuk suaminya. Jangan tunjukkan muka sedih apabila di hadapannya bahkan kalau seorang isteri itu sedih sekalipun dan suami berada dalam situasi kegembiraan isteri perlulah tidak menunjukkan kesedihan tersebut supaya tidak menganggu kegembiraan suami. Ini menunjukkan betapa besarnya tugas seorang isteri yang ssentiasa kena dahulukan suami dalam setiap perkara.

“banyak kerja sayang kat office macam biasala sayang. Kalau boleh abang nak siapkan semua nya cepat-cepat lepas tu terus bawa sayang pergi honeymoon. Hmm tak sabar abang” ujarnya sambil membelai-belai rambutku. Terbuai aku seketika. Apabila aku merasakan Tengku Izham semakin nakal dan berada dalam dunia kami yang dia ciptakan aku cepat-cepat menyedarkannya.

“abang please stop. Mandi and solat dulu okay. lepas tu dinner dulu okay. bau abang ni semacam dah ni. abang tukar perfume ke?” soal Asy bersama kerutan di dahinya. Dia berasa tidak senang dengan bau wangian daripada badan suaminya. Dulu biasanya okay je tapi sekarang entah kenapa dia rasa bau busuk. Pelik baginya.

“tak adala sayang. Abang tak tukar pun. Sayang kan suka bau abang macam ni.” jawab Tengku Izham sambil memandang isterinya dengan hairan sekali. Dia sedikit pelik dengan reaksi isterinya.

“dah pergi mandi sekarang. Hanan dah tak tahan sangat ni” aku menolak-nolak badannya supaya masuk ke dalam tandas .

“cepat ya tak payah nak buat air dalam tandas tu. Ibu dan ayah dah tunggu kita nak makan ni” laungku sedikit kuat untuk mengingatkannya.

“wah ibu banyaknya ibu masak hari ni. siap ada masak udang cili padi lagi” ujar Tengku Izham sebaik sahaja terpandang makanan yang tehidang di meja makan yang cukup besar dan gah itu. Telan air liur dibuatnya. Semuanya nampak sedap baginya.

“Is kenal ya masakan ni. ingatkan Is ni tak kenal masakan melayu macam ni. ye la Is tu lelaki bekerjaya  mana ada masa nak masuk dapur” sampuk ibu yang datang daripada dapur sambil membawa dulang yang berisi air.

“mana boleh tak kenal bu. Is ni suka sangat makan masakan melayu. Masa dia kat oversea dulu selalu pergi kat Malaysian Hall cari masakan melayu” jawab aku sambil tersenyum memandangnya.

“mana tahu ni?” tanya Tengku Izham pelik.

“adalah rahsia” jawabku . Sebenarnya aku tahu semua ni daripada mama. Mama yang menceritakan semuanya kepadaku. Tanpa pengetahuan Tengku Izham semasa dia keluar bekerja aku dan mama memang bercakap panjang di telefon mengenainya. Apabila berjumpa dengan mertuaku memang la lagi aku korek habis mengenai suami ku ini

“la ya ke kamu ni Is minat masakan melayu. Ibu ingat suka yang barat je. Kalau macam tu untungla kamu berdua ni dah lah jodoh minat masakan melayu pun sama. Si Asy ni sama la dengan kamu” beritahu ibu kepada Tengku Izham. Ya! Memang aku suka sangat masakan melayu tak kira lah masakan daripada Kelantan, Johor,Terengganu ke asalkan melayu punya masakan memang aku minat habis. Pendek kata aku ni memang anak Malaysia sejatilah.

Dulu pun aku selalu jugak pergi kat Malaysian Hall tapi tak ada pulak terserempak dengan Tengku Izham. Entahlah  tak ada jodoh kot.

“betul tu. Masa Asy belajar kat Manchester dulu dia selalu telefon tanyakan resepi kat ibu kamu ni. dalam seminggu tu mesti dia call tanya resepi. Perut melayu la katakan” sampuk ayah pula yang sejak dari tadi hanya menjadi pendengar setia sahaja.

“manchester?” ulang Tengku Izham agak terkejut.

“ye la universiti manchester. Takkan kamu tak tahu yang Asy belajar kat situ dulu. Jawab ayah kepada Tengku Izham

Usai je ayah berkata terus wajah Tengku Izham berpaling ke arahku. Aku hanya menunduk. Alamak aku baru ingat yang aku tak beritahunya di mana aku belajar dulu. Pandangannya seolah-olah meminta penjelasan daripadaku. Abang Asy minta maaf. Asy bukan sengaja nak sembunyikan semua ni daripada abang.

 Ibu yang mula perasankan wajah Tengku Izham yang berubah terus sahaja bersuara.

“Asy memang macam tu Is. Dia tak suka cakap yang dia belajar kat mana dulu. Dia tak nak riak la katakan” beritahu ibu. Fuhh nasib baik ibu ada. Thanks ibu sebab sanggup cover line untuk Asy. Love you so much. Laungku tetapi dalam hati je. Nak mampus kalau cakap kat depan macam ni.

 Aku kedengaran suamiku mengeluh. Aku mengenggam erat tangannya. Tidak lama kemudian dia membalaskan genggaman ku dan mengemaskannya. Di kala itu perasaan ku berasa sedikit lega dengan reaksinya.

“bila nak makan ni. perut ayah dah lapar ni. cacing dalam perut dah nyanyi lagu rock kapak dah ni”

Tercetus ketawa daripada aku,ibu dan Tengku Izham. Tengku Izham menadahkan tangannya untuk membacai doa. Inilah rutin yang ibu dan ayah ajar sejak kecil lagi. Kata ibu kalau kita tak berdoa sebelum makan syaitan akan tumpang makan sekali dengan kita dan ajaran ibu dan ayah aku praktikkan sampai sekarang. Alhamdulillah.

“bila pulak sayang ni makan udang?” tegur Tengku Izham apabila tengok keadaanku yang kerap menyedok udang yang berada di dalam pinggan. Siap hirup kuah lagi.

“hah Asy bila masa pulak kamu suka makan udang masak lemak cili padi ni. biasanya kamu tak makan udang bagai” kata ayah pula. Aku hanya tersenyum sumbang dan meneruskan suapan ku. Nikmat rasanya dapat makan udang malam ni. hasratku untuk makan akhirnya tercapai jugak.

 Tengku Izham mula mengesyaki sesuatu tapi dia diam sahaja. 

Sepanjang makan malam itu Tengku Izham hanya melihat tingkah laku isterinya. Dia hanya menjadi pemerhati untuk memastikan betul atau tidak telahannya. Kalaulah telahannya betul dia pasti sekali dia akan menjadi orang yang paling gembira sekali. Dia hanya mampu berharap dan dia juga berdoa agar semuanya adalah realiti.

Tengku Izham mengelus lembut pipi isterinya yang sedang tidur dan apabila isterinya mula bergerak tidak selesa dia hanya mampu ketawa tetapi ketawa yang hanya boleh didengari olehnya sahaja. Tengku Izham berasa sangat lucu apabila melihat tangannya yang ingin ditampar olehnya tidak mengena dan manganggu lena isterinya.

Tengku Izham merasakan wajah isterinya semakin  lama semakin 
cantik.

“sayang hanya untuk abang dan abang akan jaga sayang sebaik mungkin. Sayang.. you’re my love, my heart and my soul. Abang 
janji akan jaga sayang dan anak-anak kita dengan baik sekali. 
You’ll be the first and last to me. I love you for thrillion more.  Kalau lah sayang tahu sejak bila lagi abang mula suka dengan sayang mesti sayang terkejutkan” omel Tengku Izham sendirian. dia memerhati wajah isterinya untuk kali kesekian kalinya. akhirnya dia turut terlena dengan kepala Asy terletak elok di dada bidangnya.

“sayang bangun sayang” Tengku Izham mengejutkan isterinya yang sedang tidur. Lena sekali isterinya melayan tidur. Selepas subuh tadi Asy terus menyambung tidur dan sekarang masa sudah menginjak ke pukul sepuluh pagi. Dia sudah berjanji dengan ibu dan ayah Asy untuk membawa mereka keluar jalan-jalan. Nak tak nak isterinya harus dikejutkan.

Tengku Izham perasan yang sejak kebelakangan ini Asy suka tidur. Pantang letak kepala mula la dia dalam dunia tidurnya. Dia masih belum pasti tentang telahan dia terhadap isterinya. Baginya buat masa sekarang eloklah dia berdiam diri dahulu dan apabila masanya dia sendiri akan memberitahu Asy. Barangkali Asy sendiri tidak perasan akan perubahan diri dia.

“abang ngantukla” akhirnya Asy bersuara dan memecahkan lamunan Tengku Izham. Bergetar hebat perasaan Tengku Izham mendengar suara isterinya yang baru sahaja bangun daripada tidur. Naluri kelakiaannya bergetar hebat tapi dia terpaksa mengawalnya. Janji yang dibuat kepada kedua orang tua mereka harus ditunaikan.

“sayang. Bangunla. Kan kita dah janji nak bawak ibu dan ayah keluar jalan-jalan hari ni. sayang pun boleh shopping sekali” ujarnya dengan niat untuk memancing isterinya agar bangkit daripada tidur

“shopping?” ulang Asy dan terus matanya bulat serta-merta dan 
memandang Tengku Izham sambil tersengih.

“ya sayang” jawab Tengku Izham meleret. Isterinya ini pantang dengar perkataan shopping yang tidur pun boleh segar terus. Alahai isteriku sayang. Detik hatinya.

 “betul ke ni bang? Asy tak silap dengar ke? nak shopping banyak-banyak boleh?” tanya Asy teruja. Dia sudah terduduk di atas katilnya sambil memandang wajah tampan  suaminya. Tangannya lincah sahaja membetulkan kedudukan rambutnya.

“sayang ni pantang ya dengar shopping. Hai botakla kepala abang hari ni”

“abang ni cakap macam Asy ni nak pergi beli satu mall je. Ala duit abang kan banyak. Kasi je la Asy shopping banyak-banyak. Kalau tak boleh tak apa lah” rajukku.  Cakap macam aku ni melampau je bila shopping kan. Tapi kalau difikirkan balik memang pun! Nasib la siapa yang jadi suami aku. Memang botak la aku kerjakan.

“ala sayang jangan la merajuk. Abang gurau je. Ala bucuk-bucuk” Tengku Izham mencuit hidung Asy. Asy mengelak. Hmm merajuklah konon.

“malas kawan dengan abang. Dah la orang nak pergi siap” ujarku.

‘ Hai merajuklah pulak bini aku ni’ desis Tengku Izham sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

 “hish bini kamu ni Is kalau bersiap mengalahkan artis. Lama sangat” ujar ayah manakala ibu pula setia membaca majalah wanita sedari tadi.

“saya dah biasa yah. Kalau nak kemana-mana memang kena beritahu dia sejam awallah.” Jawab tengku Izham.

“Assalamualaikum. Jom la kita gerak” tiba-tiba Asy muncul di ruang tamu itu.

“kamu ni Asy memang tak menyempat ya kalau nak jalan-jalan” kata ibu. Aku hanya tersenyum memandang mereka. 
Aku sekarang ni memang tak sabar sebab dalam kepada ni dah terbayang Prada Tote handbag yang mencecah sampai lima ribu ringgit. Memang aku teringin sangat nak memiliki handbag itu. Selamat la aku dapat suami kaya tak kedekut lagi tu. Kalau dapat yang biasa-biasa je memang botak kepala dikerjakan oleh aku. Memang kejam kan. Tapi ada aku kisah?he he he

Tengku Izham hanya tersenyum dan mula melihat penampilan isterinya. Sentiasa cantik di matanya. Dengan mengenakan dress warna biru gelap dan digabungkan dengan cardigan yang berwarna merah jambu serta lilitan pashmina di kepala ala-ala Diana Amir. Memang cantik habis isterinya. Telan liur dibuatnya. Dalam keadaan isterinya sebegitu pun dia sudah tergoda. Bahaya betul penangan isterinya.

“sayang merajuk lagi ke dengan abang?” soal tengku Izham yang mula berjalan seiringan dengan isterinya. Tangan isterinya digenggam erat. Membara hatinya apabila terpandangkan lelaki lain yang sibuk menjeling terhadap isterinya tapi dia cepat-cepat berfikiran rasional dan cuba mengawal sebaik mungkin perasaanya.

 Asy hanya terdiam mendengar soalan suaminya itu. Dia masih lagi merajuk. Padahal dia sebenarnya buat-buat merajuk sahaja. Sengaja ingin menjual mahal kepada suaminya. Ye la dia tahu lelaki macam suaminya ini sukakan cabaran. Kalau terus cair lain kali dia akan buat perkara yang sama pulak. Asy tersenyum pabila terkenangkan sikapnya. Padahal Tengku Izham bukan buat salah besar pun terhadapnya. Saja je dia yang nak mengada. Isteri manja la katakan.

“Sayang... please jangan marahkan abang” pujuk Tengku Izham lagi dan mencium lembut belakang tapak tangan suaminya selepas itu dia menggosok lembut tangan Asy. Memang romantik habis. Dah separuh dah aku nak cair dah ni tapi sabar Asy kita tengok setakat mana dia nak pujuk kau. Walaupun Tengku Izham memujuknya begitu sekali dia hanya buat tak endah sahaja.  Sebenarnya Asy malu dilayan begitu sekali di khalayak ramai. Layanan suaminya yang terlebih romantik itu mendapat perhatian daripada wanita-wanita kat mall ini. Hmm mesti dah tergoda dengan suami aku lah tu tapi kesian he’s mine. Detik hati kecilku.

“sayang cakap je nak beli apa. Abang belanja. Anything for you sayang” pujuknya lagi dan meletakkan tangannya ke atas kedua belah bahuku. Langkahku mati dan kami berdua berdiri di tengah laluan orang kat mall ni. malunya aku rasa. Suami aku ni kalau nak tunjuk sikap romantik dia tu memang tak kenal tempat betulla.

Aku masih lagi menayangkan kepala batu ku tapi mataku sudah menjeling kepada kedai Prada yang berada tidak jauh daripada kedudukan kami. Sabar Asy!

Aku terkejut bila tiba-tiba sahaja tengku Izham melutut ala-ala gentlemen kat depan aku sekarang. Mata-mata pengunjung mula melekat ke arah drama yang kami ciptakan dan ada pulak yang berhenti berjalan dan melihat kami berdua. Alamak apa pulak suami aku nak buat ni.

“sayang can you forgive me?” tanya Tengku Izham dan menyuakan sekuntum bunga ros bewarna merah kepadaku. Aku terpaku dengan perbuatannya. Bila masa pulak dia beli bunga ni?  Sekarang rasa bersalah mula menjengah ke ruang hati aku. Sebab perangai mengada-ngada aku tengku Izham perlu buat semua ini. Aku berasa bersalah dan dalam masa yang sama aku rasa sangat terharu dengan perbuatannya. Abang Asy sayang sangat kat abang. Laungku sekuat habis di dalam hati.

Air mata terharu ku mula menitik dan aku meyambut huluran bunganya kepadaku. Dia bangun dan terus memelukku. Aku membalas pelukannya. tidak lama selepas itu tedengar tepukan gemuruh. Aku mengangkat mukaku yang terbenam di dada bidang tengku Izham. Aku melihat ramai orang yang sedang mengelilingi kami. Semuanya tersenyum dan ada jugak yang mengambil gambar. Macam artis pulak aku rasa. Huh perasan! Di hujung sana aku dapat melihat senyuman mekar dari ibu dan ayah. Mesti tak sangaka kan yang menantu dia ni romantik sangat dan sayang sangat kat anak dia orang kan.

“tengok semua orang happy tengok kita macam ni. sayang nak merajuk lagi ke?” soalnya kepadaku apabila melihat semua orang yang melihat adegan cinta kami mula bersurai.

“tak nak merajuk dah dengan abang. Abang terharu sangat Hanan sekarang ni tau. I love you so much” ujarku dengan penuh rasa cinta dan tanpa sedar aku sudah menghadiahkan ciuman di pipinya.

“amboi Is, Asy memang tak menyempat kan. Tunggula balik dulu ni tak menyempat langsung”

Ayah memandang kami berdua dan mengelengkan kepalanya. Ibu pulak asyik tersengih je dari tadi. Suka la tu tengok anak dia bahagia kan bu?

“anak ayah ni la kuat sangat merajuknya. Terpaksa lah saya pujuk cara macam tu yah. Kalau biasa-biasa saja mana dia nak layan”
Aku menyiku perut Tengku Izham. Ee dia ni kan nak aku merajuk sekali lagi la tu.

“sudah lah. Melayan korang berdua ni sampai besok pun tak habis. Is ni kut ya pun nak romantik dengan isteri kamu ni cuba la kamu bawak dia pergi honeymoon. Pergi honeymoon puas-puas kat sana. Lepas tu bagi cucu kat ibu pulak” ibu memberikan cadangan. Aku hanya mendengar dan dalam hati seratus peratus setuju. Aku sangatlah jealous dengan Balqis yang pergi honeymoon sampai ke Switzerland sana dan also pergi London okay. I’m so jealous tapi aku pendamkan sahaja sebab aku tahu Tengku Izham sibuk dengan kerjanya. Sebagai isteri yang baik aku sangat memahami suami aku. Memang bajet isteri mithali kan? Kan? Kan?

“sayang jom” ajak Tengku Izham. Tengku Izham juga turut mengheret tangan ibu. Kami memasuki kedai Prada. Memang tip top lah suami aku ni. macam tahu je apa yang aku nak kan. Sayang abang! Ayah menuruti langkah kami.

“kamu ni Is nak suruh ibu kamu licinkan wallet ayah ke apa sebenarnya?” tanya ayah dalam nada gurauan. Nampaknya ibu sudah mula rambang mata melihat handbag di situ. Nasibla ayah. Mataku mula terpandang beg jenama Prada yang aku lihat kat internet. Cantik sangat. nak??? Laungku tapi macam biasa dalam hati je okay.

“abang ni saya nak berbelanja mahal sekali sekala takkan la tak boleh kot” sampuk ibu.

“ye la anje oi. Beli je apa yang kamu berkenan. Saya bayarkan ya anje” ujar ayah dan ibu terus mengheret tangan ayah supaya mengikuti langkahnya. Tinggallah aku dan Tengku Izham. Kami ketawa melihat gelagat ibu dengan ayah. Bagiku walaupun perkahwinan mereka sudah lama tapi perasaan kasih dan sayang masih sebati di dalam jiwa mereka. Saling menghormati antara satu sama lain. Hubungan mereka boleh aku jadikan teladan nampaknya dalam rumah tangga aku ni.

“sayang ni asyik tengok ibu dan ayah je ni? tak nak beli apa-apa ke kat sini?” soal Tengku Izham. Nak terbeliak mata aku mendengar soalannya. Mana boleh tak nak beli apa-apa.

“mesti beli okay” usai je aku berkata tercetus ketawa kecil dari mulut Tengku Izham.

“sayang yang ni cantik?” sebuah handbag ditunjukkan kepadaku. Sekali tengok terus aku jatuh cinta but tu bukan yang aku nak beli sebenarnya tapi sekarang dah fall in love dah ni. alamak mana aku nak pilih ni? handbag pilihanku dan pilihan Tengku Izham aku pandang silih berganti. Dua-dua cantik dan berjaya pikat hati aku ni. akhirnya aku memilih pilihan Tengku Izham. Handbag yang berwarna kuning cair. Sangat cantik dan marvellous bagiku.
 Sebelum kaki ku melangkah keluar aku terpandangkan semula handbag yang asalnya aku nak beli tapi bila terpandangkan yang lain hati aku terus berubah tiga ratus enam puluh darjah  . Sekarang rasa nak yang tu balik.

Aku meneruskan suapan ke dalam mulut. Lepas penat round satu mall ni kami mengisi perut pulak. Aku terpandangkan barang-barang yang aku beli. Daripada Prada ada, butik Zara pun ada and high heel jenama Jimmy Choo pun ada. Semuanya di belanja oleh suami aku. Tidak lupa juga kat ibu dan ayah. Macam-macam yang suami aku belanjakan kepada mereka. Tak kedekut betul Tengku Izham ni. ayah pula membelikan ibu sebuah handbag Prada yang mencecah harga tujuh ribu ringgit. Kalah aku kan? Tapi ayah cakap tu hadiah ayah kasi kat ibu. Sweet kan? Ibu apa lagi tersengih je dari tadi. Happy sangat la katakan

“sayang, abang nak pergi restroom jap. Ayah ibu makan la dulu ya. Kalau nak apa-apa tambah je. Don’t worry is belanja” beritahu Tengku Izham. Selepas mengucup dahiku dia segera beredar. Tersipu-sipu malu aku di hadapan ibu dan ayah. Memang bikin aku malu je la suami aku hari ni. hmm.

“kalau macam ni kan bang tak lama lagi dapat la kita merasa gelaran datuk dan nenek kan bang.”
Ibu dan ayah memandang aku. Aku hanya tertunduk malu dan meneruskan suapan ku. Walawei malu tau tak.
       
                                               ***

 Di hujung sana Qalif memerhatikan wanita yang sedang makan bersama kedua dua ibu bapanya barang kali. Tebak Qalif. Sejak dia masuk ke dalam restoran ini sebentar tadi matanya terus terpaku terhadap wanita yang memakai pashmina ala-ala Diana Amir. Cantik desisnya. Baginya wanita itu cukup cantik dengan mengenakan make up yang sederhana sahaja. Qalif cuba mengingati balik di mana dia pernah melihat wanita itu tapi dia gagal mengingatinya. Qalif yakin yang dia pernah melihat wanita itu. Selepas mendapat panggilan daripada setiausahanya dia terus beredar dari restoran mewah itu. Yang pasti otaknya masih lagi ligat berfikir di mana dia pernah melihat wanita itu.
                                                 
                                                     ***

“lamanya abang pergi restroom ke pergi buat restroom tu. Dah jenuh dah kami menunggu ni. ke pergi mengorat ni?” tanya ku sebaik sahaja Tengku Izham melabuhkan punggung di sisiku.

“tak ada la sayang abang pergi restroom je. Mana ada pergi mengorat sayang oii” jawab Tengku Izham sambil menghirup jus applenya.

“kita tak nak balik lagi ke ni?” tanya ayah kepada Tengku Izham.

“tak lagi ayah. Ada satu tempat lagi Is nak bawak kali ni nak bagi hadiah kat ibu dan Hanan” jawab Tengku Izham. Aku pandang ibu dan ibu pandang aku. Aku jongketkan bahu tanda tidak tahu kepada ibu.

“hadiah apa pulak bang. kan dah banyak duit abang ni habis nak kasi hadiah apa lagi?” tanyaku.

“Adala. Kenapa kesian kat abang ke macam mana? Kalau nak abang boleh hantar balik semua ni . boleh masuk balik duit abang” ujarnya.

“oh no no no. Dah kasi mana boleh ambik balik okay!” Tengku 
Izham ketawa melihat aksi gelisahku.

“Sayang abang gurau je la”

 Fuhh lega sangat aku rasa sekarang ni. nak main-main nampak.  Aku ibu dan ayah hanya menuruti langkah Tengku Izham. Tiffany & co adalah tempat yang kami jejaki. Bulat mata ku melihat perhiasan emas di depan mata. Tengku Izham ni memang tak sayang duit kan lagaknya sampai  bawak kami ke tempat macam ni. memang melayang la duit dia kalau aku dah mula berkenan.

“abang ni tak sayang duit ke apa sampai sanggup bawak Hanan datang sini? Kalau Hanan dah berkenan masak abang tau” ujarku sekadar memperingatinya.

“sayang isteri abang kan?” ujarnya dan aku hanya mengangguk.

“so duit yang abang cari selama ni dan kembangkan hanya untuk permata hati abang sorang ni. sayang nak beli banyak-banyak pun abang tak kisah sebab tugas abang hanya mencari dan sayang sebagai isteri kena menghabiskan . tapi janganla sampai abang licin” Ujarnya. Aku melt sekarang ni dengan suamiku sendiri. Aku merangkul erat pinggangnya.

“thanks a lot abang”

“now pilih yang mana sayang nak tapi setahu abang sayang tak berminat sangat kan emas so apa kata sayang pilih platinum je?” dia mula melihat perhiasan daripada platinum di depannya. Ibu pula sudah memilih perhiasannya sendiri dan ditemani oleh ayah tapi yang penting Tengku Izham la yang belanja. Kalau ayah nak beli emas kat sini memang pokai la ayah dibuatnya.

“mana abang tahu yang sayang tak minat emas?” soalku.

“sebab abang tak pernah tengok pun sayang pakai emas. Kalau pakai pun yang platinum ni ha dan necklace sayang pun platinum jugak kan” jawabnya dan memegang gelang tangan yang berada di tanganku. Gelang platinum ni daripada ayah semasa hari lahir ku yang ke lapan belas tu yang aku selalu pakai dan aku memang seorang yang tak sukakan perhiasan daripada emas dan rantai pula daripada arwah Haikal. Nampaknya Tengku Izham memang mengambil berat semuanya yang berkaitan denganku. Oh terharunya aku!

“abang rantai ni cantik” tunjukku ke dalam rantai yang terletak elok di sebalik cermin kaca itu. Selepas siap membeli semuanya kami bertolak balik ke rumah. Letih memang letih.

 Aku menyentuh rantai yang berada di leher ku ini. Terkejut gila aku melihat harganya tadi. Mahal habis. Memang Tengku Izham sayangkan aku sangat sampaikan sanggup belanjakan aku sampai macam ni sekali. Sekarang aku berada di dalam bilik kami dan di hadapan cermin. Rantai yang pemberian Haikal yang sering aku pakai akhirnya aku simpan ke dalam kotak dan mula berganti dengan rantai platinum yang berbentuk hati diperbuat daripada berlian  yang dibeli oleh suamiku. Bagiku Haikal adalah masa silamku dan Tengku Izham adalah imamku di masa kini dan masa hadapan. Aku bersyukur sangat sebab Allah mengurniakan dia sebagai suami.

 Pintu bilikku terkuak dan terjengul muka Tengku Izham di muka pintu. Dia datang ke arahku dan mula memelukku dari belakang. Mata kami saling berpandangan melalui cermin solekku. Aku melemparkan senyuman paling manis buatnya. Tangan Tengku Izham yang berada di perutku ku usap perlahan.

“abang..” panggilku lembut.

“hmm” jawabnya. Aku melihat wajahnya yang sedang menongkat kat bahuku sambil memejamkan mata. Wajahnya memang membuatkan aku tergoda lebih-lebih lagi dengan layanannya yang cukup baik sekali dan membelai jiwa wanita ku.

“terima kasih untuk segala-galanya”
 Tengku Izham membuka matanya dan memandangku. Dahinya mula berkerut.

“terima kasih untuk apa sayang hmm?” tanyanya lembut.

“untuk hari ni. untuk hari yang indah dan terima kasih jugak sebab layan ibu dan ayah baik sangat. i’m proud of you sweetheart.” Ujarku ikhlas.

“syy sayang ini memang tugas abang untuk layan sayang, ibu dan ayah sebaik mungkin kan. Sayang kan bini abang, permata hati serta makmun abang dunia dan akhirat. Lagipun ayah dan ibu sayang ayah dan ibu abang jugak kan so sebagai anak kenala layan mereka dengan baik sekali” jawabnya. Aku sebak dan berasa cukup terharu. Thank you darling! Aku memusingkan badan  arahnya. Ciuman lembut ku hadiahkan di pipinya sebagai tanda terima kasih.

“abang memang diciptakan untuk menjadi imam terbaik Hanan” ujarku.

“dan sayang pulak diciptakan untuk jadi makmun dunia dan akhirat abang” sambungnya pula.

“sayang..” panggilnya lagi.

“yes sweetheart” jawabku sambil mendongakkan sedikit kepala untuk melihatnya. Al-maklumlah dia sedikit tinggi padaku.

“kenapa sayang tak bagi tahu abang yang sayang sebenarnya study kat Manchester dulu?” soalnya tiba-tiba. Aku sedikit terkejut dengan soalannya tapi tidak lama selepas itu aku tersenyum.

“abang.. tu kan benda yang dah lepas. Nak ingat buat apa lagi. Yes dulu Hanan belajar kat Manchester University and ada master dalam business antarabangsa. Now abang tahu kan so apa lagi yang Tengku Izham Iskandar  nak tanya?”

“hmm abang weird je kenapa sayang tak bagi tahu abang dan if you’ve master then why you worked as a receptionist before. Can you explain to me my dear baby?”

 Tengku Izham membelai-belai rambutku. Aku pulak kehabisan idea untuk mencari jawapan. Tak kan aku nak cakap hal sebenar pulak kan. Relaks Asy.

“ooo sebabnya Hanan saja je nak mula daripada bawah. Saja nak cari pengalaman dulu. Beritahu ku biarpun bagiku semua tu kedengaran tidak logik sama sekali. Takkan la tak ada mana-mana syarikat yang tak nak terima aku but itulah yang terjadi dan hanya aku seorang yang tahu sebabnya.

“sayang ni takkan la sanggup nak kerja macam tu. Tak logik langsung sayang kan ada master dalam bussiness pulak tu kenapa la sayang tak apply kerja yang sesuai” ujar Tengku Izham lagi. Nampaknya dia tidak berpuas hati lagi. Aku terdiam.

“ala abang kan Hanan dah cakap tadi. Abang Hanan mengantukla” 
kataku sambil menguap.

“hmmm sayang mengantuk ya tapi wait abang ada satu benda nak kasi kat sayang”
Aku memandangnya. Ada benda nak kasi aku. Tadi dah banyak sangat yang dibelinya untuk aku dan malam ni ada lagi?

“apa dia bang?” soalku.

“nah ambik ni lepas tu sayang tengok apa bendanya” katanya sambil menghulurkan paper bag kepadaku. Terbuntang luas mataku melihat handbag yang aku inginkan tadi. Nampaknya aku dapat kedua-duanya.

“abang thank you sangat” jeritku dan terus memeluk Tengku Izham. Memang aku seronok sangat. dalam sehari aku dapat dua handbag mewah pulak tu. Oo gembiranya hati rasa nak lompat sampai bintang pun ada ni. yahoo.. thanks abang!

“suka?” soalnya.

“gila abang tak suka. Suka sangat ni. tak tahu dah macam mana nak cakap. I really love it. Thanks sweetheart. Tapi bila masa abang beli ni?”

“ Abang beli time abang cakap nak pergi restroom tadi. Sebenarnya abang pergi beli ni ha . pleasure my princess so sayang dah dapatkan apa yang sayang nak and now bagi hadiah kat abang pulak”

“hadiah? Mana ada hadiah Hanan nak kasi kat abang ni. tak ready pun” jawabku hampa.

“hmmm kenapa pulak tak boleh bagi. Ala hadiah abang nak tak kena beli kat kedaila sayang” Tengku Izham tersenyum nakal.

“sayang come closer” ujarnya romantis. Berderau darahku. Mengerti dengan apa yang dia inginkan aku hanya menuruti sahaja. Sekali lagi bersaksikan bulan dan bintang. Love, heart an soul Asy bersatu dengan Tengku Izham suaminya dunia dan akhirat. Amin.

p/s: macam mana sayang2 ku semua? bess x?..:))..romantik x T.Izham?

Friday 8 February 2013

BAB 35 hadirnya cintamu yang terindah



 Tina memejamkan matanya. Televisyen yang terpasang di hadapan matanya sudah tidak diberi perhatian olehnya lagi. Fikirannya menerawang jauh. Geram, benci dengan apa yang dah berlaku. Fariz! Nama itu bergema di dalam hatinya. Nafasnya turun naik menahan marah. Tak sangka lelaki macam Fariz sanggup mengambil kesempatan ke atas dirinya semasa dia dalam keadaan mabuk.


 Dia sudah nekad dia takkan membuat perkara terkutuk itu. Ya ! dia mengaku dia memang seorang gadis yang liar kaki minum, clubbing tapi dia sudah lama tidak bersama lelaki. Dia sudah berhenti melakukan semua itu. Lagipun ayah dia orang kenamaan jadi dia terpaksa berhenti melakukan untuk menjaga nama baik keluarganya. Tina mendengus geram. Tak guna punya lelaki. Lelaki bangsat! Tina cuba mengingati balik apa yang berlaku pada malam itu. Sebaik sahaja sedar daripada tidur dia terkejut melihat keadaannya yang tanpa seurat benang. Menitis air mata wanitanya. Apabila dia melihat lelaki yang terbaring di tepinya kepalanya mula mengingati apa yang berlaku dan siapa lelaki ini.


“bangun Fariz” jerit Tina sedikit kuat.


“jantan tak guna kau ni Fariz. Apa kau dah buat kat aku hah?” jeritnya lagi.


“hey apa yang bising pagi-pagi lagi ni? I nak tidurla mengantuk okay” jawab Fariz dalam keadaan yang separuh sedar.


“tak guna, jantan tak guna!” teriak Tina sambil teresak-esak menangis- entah mengapa dia malu dengan dirinya dan malu dengan Tuhan. Inilah kali pertama dia berasa begini. sungguh dia dalam keadaan terhina.


“hey you boleh senyap tak. I ngantuk tau.”


“aku benci kau Fariz, aku benci kau. Sampai hati kau buat macam ni. kau ambil kesempatan atas aku” jerit Tina lagi. Macam orang diserang histeria. Fariz bangkit daripada tidurnya. Dia memandang Tina dan senyuman sinis terukir di bibirnya.


“kau jangan la berlagak baik sangat. Kau tu bukannya anak dara lagi” ujar Fariz.


 Tersentap Tina mendengar semua itu. Pedih hatinya dan air matanya tanpa segan silu jatuh ke pipinya. Inikah akibat yang patut diterimanya atas dosa-dosa yang lepas.


“aku tahu aku macam mana. Tapi tu semua dulu. Sekarang aku dah tak buat semua ni lagi Fariz” ujarnya dalam keadaan teresak-esak. Sekarang dia menyesal sangat-sangat yang pergi ke kelab semalam. Sudah lama dia menghentikan aktivitinya itu tapi ikutkan hatinya semalam sekarang badannya binasa sebab dibinasakan oleh lelaki jahanam di hadapannya ini. Tina menarik selimut untuk menutupi badannya.

 Fariz gelak sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan oleh Tina.  Dia memandang wajah Tina yang mulus. Fariz menguntum senyuman apabila mengingati apa yang berlaku semalam. Memang dia ambil kesempatan atas keadaan Tina yang mabuk .baginya tiada kucing yang tolak ikan depan mata.


“well semua dah berlaku kan. You nak I buat macam mana lagi. Dah tidurlah kejap lagi I hantar you balik.” Ujarnya selamba tanpa ada sedikit pun rasa bersalah.


“aku tak nak. Kau memang kejam. Kau ambil kesempatan ke atas aku Fariz!” laungnya lagi.


“kau diam! Bingit telinga aku ni tau tak. Kau jangan buat aku hilang sabar ya. Nasib baik aku kutip kau semalam kat kelab daripada jadi mangsa daripada singa lapar kat kelab tu” balas Fariz pula.


“kalau aku jadi mangsa dia orang sekalipun apa beza dengan apa yang kau dah buat kat aku ni hah? Kau pun singa lapar jugak.!” Bidas Tina. Fariz tersentap dengan kata-kata Tina. Dia menguak rambutnya. Dia pelik dengan perasaannya. Kenapa memandang wajah Tina yang sedang menangis membuatkan hati dia turut hiba. Kenapa? Fariz buntu. Akhirnya dia bangun daripada katil dan menuju ke bilik air. Sungguh dia tak sanggup lagi nak mendengar esakan tangis Tina.


 Tina tersentap  dikejutkan dengan bunyi daripada televisyen. Dia mengeluh. Dia rasa inilah hukum baginya yang tidak pernah patuh suruhan Tuhan. Clubbing, kaki minum, suka berpoya-poya dengan lelaki tapi sikapnya yang suka menggatal dengan lelaki sudah lama dia tinggalkan selepas Tengku Izham meninggalkannya. Dia memejamkan mata memikirkan kemungkinan yang terjadi. Macam mana perhubungan yang berlaku semalam membuahkan hasil. Macam mana dia nak berdepan dengan orang di sekelilingnya lebih-lebih lagi mummy dan daddynya. Naik pening dia dibuatnya dan dia berharap sangat semua yang berlaku hanya habis sampai semalam sahaja.

                                          
                                                                                 ***


 Asy mencapai ayam dan memasukkan ke dalam plastik. Entah kenapa hari ini dia berasa teringin sangat nak makan tomyam dimasak oleh ibu. Boleh meleleh air liurnya membayangkan tomyam ibu. Dengan cepat Asy mengambil pula udang dan sotong dan menghulurkan kepada penjual dia pasar itu untuk di timbang.


  Ibu memandang Asy dengan pelik. Bila masa pulak si Asy makan udang?


“Asy nak makan ke udang tu?” soal ibu. Asy tersenyum apabila terpandangkan wajah ibunya.


“ibu ni Asy beli mestilah nak masak then nak makan pulak” beritahu Asy sambil tangannya menyambut huluran daripada lelaki yang menimbang apa yang dibelinya.


“sejak bila pulak Asy makan udang ni? bukan ke Asy tak suka makan ke  udang. Nanti resdung teruk pulak kan?” ibu mengingati Asy. Hairan dengan sikap anaknya hari ni. manja semacam dengan dia eh bagi ibu bukan hari ni je anak dia pelik. Sejak semalam lagi Asy suka sangat bermanja dengan dia dengan suami. Memang lah selalu Asy manja tapi sekarang ni pelik sangat. Ibu hanya menggeleng gelagat anaknya itu.


“ibu Asy rasa nak makan coklat la bu. Ermm sedapnya kalau boleh makan coklat banyak-banyak kan bu. Jom bu” ajak Asy sambil menyorong trolinya ke lorong yang memenuhi coklat dan makanan segera. Selepas satu satu dia mengambil coklat. Memang banyak sangat coklat yang dibelinya macam-macam bueno, kit kat, cadbury dan macam-macam lah. Ibu hanya memandang pelik dan masih memerhati tindak tanduk Asy. Ibu berfikir dan masih memerhati  perilaku anaknya tidak lama selepas itu senyuma manis mula terukir di wajahnya.


“alamak bu Asy lupa nak beli sos la bu. Keluar dengan abang pun lupa nak beli sekarang pun lupa pulak. Hish nasib baik sempat lagi. Ibu tunggu kejap ya Asy nak pergi ambik sos kejap” pinta Asy. Ibu pula mengambil tempat untuk beratur di kaunter bayaran.


“ops sorry” pintaku sebaik sahaja aku melanggar seorang wanita tanpa sengaja. Aku membantu mengutip barangnya yang jatuh. Hish apa la sangat aku mengelamun ni sampaikan tak nampak orang kat depan.


“tak apa bukan salah cik pun. Salah saya sebab guna phone masa jalan. Sorry ya” pintanya sambil mengangkat kepalanya dan memandangku. Aku berdiri dan terkejut dengan wanita yang ayu bertudung di hadapanku. Berkerut-kerut dahiku cuba mengingati siapa wanita ini. Bulat luas mata ku apabila mengingati yang wanita jelita ini adalah Tina.


“Tina” sebutku lembut. Nampaknya dia turut terkejut melihatku di sini.


“Hai” ujarnya kepadaku.


“tak sangka ya kita boleh jumpa semula kat sini. Nampaknya Allah makbulkan doa I” dia tersenyum memandangku. Aku memandang dari atas ke bawah. Dengan blouse, seluar bewarna putih dan mengenakan selendang di kepalanya membuatkan aku hampir-hampir tak kenal dengan empunya badan ini. Berbeza sungguh dengan apa yang aku lihat sebelum ni.


“you ni janganla tengok I macam tu sekali. Segan I”


“ops sorry but I tak sangka la” kataku sambil tersenyum memandangnya. Cantik orangnya.


“yeah I pun tak sangka I akan berubah sampai macam ni sekali. I bersyukur sangat sebab Allah bagi hidayah kat I. I rasa dah tiba masanya I tinggalkan apa yang I buat dulu dan berubah jadi lebih baik” Tina memberitahu kepada Asy. Entah mengapa bagi Tina senang apabila dia berdepan dengan Asy. Dia yakin Asy perempuan yang baik.


“wow, alhamdulillah. I tumpang gembira dan doakan penghijrahan you berjalan lancar” ujarku dengan ikhlas.


“kenapa pandang I macam tu?” tanyaku apabila melihat Tina memerhati ku dengan asyik sekali.


“now I tahu kenapa Is boleh  jatuh cinta dan sayang sangat dekat you. You ni baik orangnya walaupun I hina you dulu sekarang you boleh berbual baik-baik dengan I. You know, you amazing” puji Tina ikhlas. Dia suka dengan sikap Asy. Yang bukannya macam sesetengah perempuan lain yang cepat melenting tapi Asy ni lain orangnya.


“tak lah cik Tina I ni biasa saja. Macam orang lain jugak” jawab Asy merendah diri. Baginya pujian Tina itu cukup tinggi dan dia tak layak nak terima semua itu.


“well you janganlah merendah diri sangat. Beruntung Is ada isteri macam you. sebenarnya I nak mintak maaf dengan you atas apa yang dah I cakapkan. Masa tu I, ye la kan pentingkan diri sangat dan hanya fikir nak rebutkan kembali cinta Is tapi I dah sedar I tak layak dan cinta dia hanya untuk you. I’m sorry” pintanya. Asy mencapai tangan Tina.


“I faham dan maafkan you. Semua tu tak berbekas langsung di hati I. I dah lupakan dah semua itu. Don’t worry” ujar Asy.


“cik Tina I’ve to go so..” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku Tina mencelah.


“please call me Tina je” pintanya. Aku hanya tersenyum dan mengangguk.


“well  Tina I’ve to go so catch you later okay. Ibu I dah menunggu kat kaunter” selepas bersalaman dengan Tina aku bergerak untuk meninggalkannya.


“wait” jerit Tina

Aku segera berpaling dan melihatnya dia seperti ingin memanggil namaku. Aku tersenyum apabila aku mengingati yang aku belum lagi memperkenalkan nama aku.


“Asy” beritahuku.


“Asy kalau you tak keberatan can I’ve your phone number please.” Pintanya teragak-agak. Tanpa sedikit ragu-ragu aku menyambut huluran telefonnya dan memasukkan nombor aku.


“thanks” ujarnya apabila aku menghulurkan semula telefonnya kepadaku.


“pleasure. So I pergi dulu ya” pintaku dan terus berlalu.

Tina hanya memerhati langkah Asy. Dia tersenyum. Sekarang dia puas hati dengan apa yang berlaku. Dia sudah belajar untuk menerima yang Asy itu isteri Is dan dia hanyalah bekas kekasih dan tiada tempat langsung di hati Is lagi. Tina mengeluh kecil apabila terpandangkan telefon di tangannya. Sekarang hatinya berbelah bahagi untuk meminta pertolongan daripada Asy. Baginya Asy orang baik-baik dan tidak akan sesekali merendahkan orang lain. Dia yakin itu.

                                                         
                                                                  ***

 Fariz resah.  Apabila lenguh kakinya yang  mundar mandir di dalam bilik pejabatnya dia mula duduk di kerusi empuknya. Dia memejamkan mata tapi sekali lagi wajah Tina menyapa fikirannya. Sudah habis perkara yang dia buat hari ini. Sibukkan diri dengan kerja tapi wajah itu masih singgah di kepalanya. Dia menumbuk kuat mejanya. Sebelum ini dia tidak pernah merasa perasaan macam ni. dah banyak perempuan yang dia bersama tetapi tak ada seorang pun yang dapat menganggu dia terhadap kerja yang dia lakukan.


 Bagi nya perempuan ibarat baju. Bila dah pakai hari ni esok patut pakai yang lain tapi lain pula sikap dia selepas bersama dengan Tina. Kenapa wajah itu kerap singgah dalam fikirannya. Dia mendengus dan melemparkan pen di tangannya. Kepalanya tengah berserabut sangat sekarang ini.


 Pada mulanya dia ingin mempergunakan Tina tapi kenapa dia jatuh kesian dengan wanita itu. Dia ingat lagi bila dia mendengar tangisan Tina. Pedih dan perit perasaannya. Sumpah dia benci untuk berperasaan begitu. Kepalanya kusut memikirkan semua ini. Sepatutnya dia mempergunakan Tina untuk menarik perhatian Tengku Izham dan memusnahkan hubungan dengan Asy. walaupun Tina tidak bersetuju dia akan memaksa dengan penyebaran video apa yang telah mereka lakukan. Dia dah rancang semuanya tapi sekarang lain pula jadinya.


 sekarang ini hati dan akalnya membentak untuk tidak melakukan semua itu. Semuanya kusut. Tidak mampu untuk bertahan lagi dia mencapai handphonenya dan bergerak keluar dari pejabat untuk berjumpa Tina.


“Cik Tina ada tetamu yang menunggu dalam bilik Cik Tina. You know he so handsome. I boleh pitam tengok dia” ujar Eka yang merupakan setiausaha Tina.


“tapi I tak ada guest kan hari ni” ujar Tina dengan memandang ke arah Eka. Dia berasa sedikit penat selepas meeting dan sekarang dia perlu pulak berhadapan dengan tetamu yang entah dari mana.


“ya I tahu tapi sebab dia handsome sangat so I izinkan lah dia tunggu kat bilik Cik Tina. I’m sorry” pinta Eka.


“its okay. tapi lain kali you biar je tetamu tunggu I kat sini je tak perlu sampai ke bilik I. I tak suka la jumpa orang yang tak buat appoinment  macam ni.” ujar Tina dan segera berlalu ke bilik dia dan Eka hanya memerhati. Salah dia jugak sebab membenarkan tetamu yang tidak dikenalinya itu masuk ke dalam bilik bos dia tapi lelaki itu handsome sangat. Cair dia!.


“Fariz” terbuntang mata Tina melihat lelaki yang berdiri di hadapannya. Apa yang dia nak sampai ke sini? Soal Tina tapi dia tidak pula bersuara dan dia bergerak menuju ke kerusi miliknya.

 Bergetar hebat jantung Fariz apabila melihat Tina dengan penampilan yang baru. Cantik! Desisnya. Terpukau dengan apa yang dilihatnya sekarang ini. Dia rasa macam teringin nak peluk je Tina di hadapannya tapi akalnya menghalang supaya tidak bertindak gelojoh sangat. Entah hantu mana sebenarnya yang merasuk dia sampai sanggup ke mari semata-mata untuk berjumpa dengan Tina.  Gila agaknya dia sekarang ini.


“you nak apa datang ke mari?” soal Tina tanpa memandang wajah Fariz. Dia malu sebenarnya dengan apa yang dah berlaku. Tina mencapai fail berada di hadapannya lalu dibukak dan disemaknya. Sengaja menyibukkan dirinya untuk menghilangkan sedikit rasa gugupnya berhadapan dengan Fariz sekarang ini.


“you dah makan?” soalan itu pulak yang terpacul keluar daripada mulut Fariz. Entah kenapa dia kehilangan kata-kata apabila berhadapan dengan Tina. Habis terbang melayan ayat-ayat manis yang dia gunakan sebelum ini untuk memikat perempuan,. Berdepan dengan Tina menyebabkan dia berasa tidak cukup oksigen dan lebih terkejut dengan melihat penampilan Tina yang lengkap bertudung dan memakai baju kurung moden.


 Tina mengangkat muka dan memandang pelik ke arah Fariz. Datang ke pejabatnya hanya semata-mata untuk bertanyakan dia dah makan ke belum. Gila ke apa? Setahunya Fariz ni bila sekali dah bersama dengan perempuan terus dia buang macam sampah. Tina mendengus. siapa tidak kenal dengan perangai Fariz yang suka mengheret perempuan ke kamar tidur dan mempergunakan perempuan ikut suka kemahuan dia je.


“I tak ada selera” jawab Tina pendek dan menyambung kembali kerjanya.


“teman I makan” ujar Fariz sedikit tegas. Sebal apabila dilayan acuh tidak acuh sahaja oleh Tina. Sakit hatinya.


“tak nak. I banyak kerja” dalih Tina.


“kerja, kerja jugak tapi you perlu makan jugak nanti perut you masuk angin pulak kan”

 Berkerut-kerut dahi Tina mendengar apa yang keluar daripada mulut Fariz. Dia tergelak kecil.


“apa yang kelakarnya?” soal Fariz pelik.


“you tanya I? Hey Fariz apa dah jadi sebenarnya dengan diri you ni hah? Kena sampuk dengan hantu raya mana pulak ni. kalau setakat you datang sini nak ajak I makan baik you balik lah I tak ada selera nak makan lebih-lebih lagi nak mengadap muka you so please leave me alone” pintanya sambil berpeluk tubuh dan membuang pandang ke luar ke arah cermin kaca biliknya.


 Fariz mengeluh kecil. Tina masih marahkan dia lagi nampaknya. Fariz diam dan berfikir sejenak. Senyuman kecil menghiasi wajahnya yang tampan itu. Dia bangun dan berjalan mendekati Tina yang berada di kerusinya.


“ okay tak apa you tak nak temankan I tapi jangan menyesal kalau apa yang kita buat tersebar kat you tube dan you tahu kan akibat dia kan” ugut Fariz. Dia sengaja ingin menggertak Tina. Baginya Tina bukanlah wanita yang mudah patuh pada arahannya seperti wanita yang dia kenali sebelum ini jadi tiada cara lain selain menggugut Tina dengan cara ini.


“apa yang you nak buat hah? Jangan cuba nak gertak I” ujar Tina berang. Dia cuba bersabar. Fariz memang melampau. Suka menganiaya dan mengambil kesempatan ke atas dirinya yang lemah ini.


“well you tahu kan I macam mana. I tak suka cakap kosong”


“you nak i buat apa?” soal Tina berang. Geram sungguh apabila maruahnya cuba menjadi taruhan. Sedikit sebanyak dia takut sebenarnya dengan ugutan Fariz. Dia tahu Fariz cukup berpengaruh dan boleh mempengaruhi siapa sahaja. Sebagai anak Dato’ dia perlu menjaga reputasi daddynya. Itu tanggungjawab yang dia perlu lakukan sebagai anak.


“senang je temankan I makan” ujar Hariz sambil berhadapan dengan Tina. Wajah mereka begitu dekat sekarang ini dengan keadaan Fariz yang menongkat di kerusi yang diduduki oleh Tina. Gelisah Tina dibuatnya. Jantung berdegup laju dengan situasi mereka yang berada dalam keadaan sebegitu.


“okay kalay macam tu I setuju tapi sekejap je” ujar Tina dan menolak tubuh fariz untuk bangun. Tidak selesa dia berada dalam situasi sebegini. Fariz pula tersenyum kemenangan dan hanya menuruti langkah Tina yang bergerak keluar dari biliknya.

                                               ****

  
Lelaki yang berkulit putih itu berdiri di jendela rumahnya. Matanya memerhati suasana di luar rumah. Melihat keindahan ciptaan Allah dia rasa bersyukur sangat sebab nyawanya masih lagi dipanjangkan untuk menikmati semua ini. Qalif memegang frame gambar yang dihiasi dengan wajah Haikal, Puan Alia dan Tuan Rizuan. dia juga tidak ketinggalan berada bersama dalam gambar itu. Setitik air mata Qalif jatuh akhirnya. Sudah lama dia memerhati semua ini. Hatinya bagai disayat pedih melihat  wanita yang amat dicintai dan disayanginya dilayan begitu. Baginya perbuatan Tuan Rizuan sangat melampau dan tidak boleh diamaafkan. Sampai masanya dia akan menuntut semua itu. Dia mengukir senyuman sinis. Pasti Tuan Rizuan akan terkejut melihat nya nanti dan dia sangat tak sabar untuk melihat reaksi itu tapi untuk memastikan rancangannya sempurna dan berjalan lancar dia mestilah tidak boleh bertindak tergesa-gesa nanti tak ada kejutan pulak untuk Tuan Rizuan.


 Telefon yang berdering minta diangkat dijawab oleh Qalif.


“batalkan semua meeting I hari ni and Tasha boleh aturkan temujanji I dengan Tuan Rizuan. buat macam biasa tapi kali ini I sendiri yang akan berhadapan dengan dia” pesan Qalif. Tasha yang merupakan setiausahanya hanya mengiakan sahaja. Dia sudah faham sangat dengan arahan bos nya itu. Usai bercakap Fariz mencapai surat khabar lalu membaca tentang kejayaan Tuan Rizuan yang terpampang di dada akhbar itu.


“Tuan berjaya sekarang kan. Dah dapat apa yang tuan hendak selama ni dan aku tak sabar nak lihat macam mana pula kau berhadapan dengan aku nanti. Layan mama macam layan sampah kalau aku layan kau macam sampah jugak macam mana rasa kau agaknya” omelnya sendirian. membara hatinya apabila teringatkan Tuan Rizuan.  janji yang dibuat lima tahun lepas akan dikotakan olehnya dan semakin hari semakin dia tak sabar untuk Tuan Rizuan melihat kejayaannya ini.