Selepas sarapan pagi dan menghantar
suaminya ke muka pintu untuk pergi kerja Asy termenung di balkoni rumah mereka.
Rutin harian ini wajib. Termenung pagi-pagi lagi dan melihat pemandangan
bangunan-bangunan pencakar langit di hadapannya. Dia menyandarkan badannya di
kerusi yang tersedia balkoni rumah mereka lalu tangannya terus mencapai novel
Kalau Memang Harus Begitu karya Acik Lana. Dia tersenyum membaca novel itu.
Sungguh novel yang dilhamkan oleh penulis ini boleh membuatkan pembaca begitu
dekat dengan watak-watak dalam novel
tersebut. Dari satu muka surat ke satu muka surat di bacanya.
Ting tong ting tong
Asy tersentak apabila terdengar bunyi loceng
rumahnya. Dia memandang jam. Awal lagi ni tapi siapa pulak yang datang ni?
desisnya. Sebaik sahaja pintunya dibuka terbuntang luas matanya melihat insan
yang amat disayangi berada di hadapan matanya.
“ibu, ayah” jerit Asy sambil
melompat-lompat. Tidak lama selepas itu dia terus meraih tubuh ibunya ke dalam
pelukannya. lama mereka berpelukan antara satu sama lain selepas itu tubuh
ayahnya yang diraih pulak.
“ibu ayah bila sampai ni? kenapa tak
cakap nak datang?” soalnya girang. Ibu dan ayah Asy hanya tersenyum melihat
gelagat anaknya.
“Kamu ni Asy tak nak jemput kami masuk
dulu ke? lenguh kami berdiri ni” ujar ayah sambil memandang ke wajah anak nya
itu. Dia rindukan anaknya. Sebaik sahaja mendapat panggilan telefon daripada
menantunya, Tengku Izham mengajaknya datang kemari. Dia bersetuju sahaja
lebih-lebih lagi menantunya itu sudah menyediakan tiket kapal tebang untuknya
dan isteri. Beruntung dia ada menantu yang baik begitu
“opss sorry Asy lupa. Ye la excited
sangat nampak ayah dan ibu kat depan mata. Jemput lah masuk ayah, ibu.” Kataku
sambil menyambut beg yang berada di tangan ayah. Apabila terpandangkan insan di
belakang ayah senyuman ku terus melebar ke telinga. Tidak menunggu masa yang
lama aku terus memeluknya.
“terima kasih abang sebab bawakan ibu
dan ayah datang sini” ujarku
“mana Hanan tahu ni abang yang bawak ibu
dan ayah kemari hmm?” soal Tengku Izham sambil memandang isterinya. Sebenarnya
sekarang ini dia segan dengan mentuanya yang memandang ke arah mereka berdua. Asy ni
pulak dah tak ada rasa malu pulak dah sekarang dah berani peluk dia di depan
orang lain.
“ala kalau bukan abang siapa lagi nak
bagi suprise macam ni” jawab Asy manja sambil tangannya bermain-main di tali
leher suaminya.
Tengku Izham tersenyum memandang
isterinya.
“ibu ayah buat lah macam rumah sendiri
ya. Is kena pergi office balik ni nak sambung kerja dulu.” Pinta Tengku Izham
sambil bersalam dengan ayah dan ibu.
“kami ni susahkan kamu je Is. Kalau tahu
kamu banyak kerja kami patutnya ambik teksi je tadi” beritahu ayah.
“tak apa ayah. Tak menyusahkan pun. Dah
memang tanggungjawab Is pun” jawab Tengku Izham dan ayah tersenyum
mendengarnya. Is memang menantu yang baik. Desisnya.
“kalau macam tu Is pergi dulu la ya.
Sayang abang pergi dulu” ujarnya sambil menghulurkan tangannya kepada
isterinya. Dengan kadar segera Asy bersalam dan mencium tangan suaminya. Semua
itu di balas dengan ciuman di dahi Asy.
“assalamualaikum” ujar Tengku Izham.
“waalaikummussalam” serentak mereka
menjawab salam. Asy melihat wajah ibu dan ayahnya yang berada di sofa ruang
tamu rumah mereka.
“ayah tengok kamu dengan suami kamu ni
bahagia sangat. Bersyukur ayah dengan kebahagiaan yang kamu miliki sekarang ni”
ujar ayah sambil matanya meliar melihat rumah anak menantunya itu. Cukup besar
dan mewah.
“ibu pun Asy. Hati ibu ni bahagia
sangat. Ibu nak kamu tahu yang ibu ni selalu doakan kan kebahagiaan kamu suami
isteri ya nak” celah ibu pula. Aku mendekatkan diri ke arah ibu dan memeluknya.
Ibu membelai rambutku dan aku merebahkan kepala ke atas riba ibu. Sungguh sudah
lama aku tidak merasa semua ini. Apabila datang ke Kuala Lumpur untuk bekerja
serta merta membuatkan kemanjaan aku berkurang. Ye la kat KL ni nak bermanja
dengan siapa. Ibu dan ayah jauh. Bila balik kampung masa tu lah aku akan
gunakan masa sepenuhnya untuk berkepit dengan ayah dan ibu.
“tengoklah bu anak ibu tu. Tak padan
dengan jadi isteri orang tapi sikap manja dia dengan kamu ni tak pernah nak
hilang” ujar ayah.
“ala ayah tu sebenarnya jealous kan bu
tengok Asy manja dengan ibu je. Padahal ayah nak Asy manja dengan ayah jugak kan.
Cakap je lah ayah yang ayah rindukan Asy sebenarnya” usikku. Ayah hanya
menjeling ke arahku. Ibu pula hanya ketawa mendengar apa yang ku katakan. Aku
mula beralih ke ayah dan menyendeng di bahunya. Ayah menggosok kepalaku.
“Asy. Is layan kamu dengan baik tak?”
soal ibu tiba-tiba. Aku mengangkat kepala dan memandang ibu. Ayah juga turut
memandangku dengan penuh tanda tanya. Risau sangat kalau aku ni tak dilayan
dengan baik oleh Tengku Izham.
“ibu ayah jangan risau. Asy rasa Asy lah
isteri yang paling beruntung tau dapat suami macam Is tu. Asy gembira sangat
bu. Dia layan Asy baik sangat. Dia pun cintakan Asy banyak tau bu” ujarku
dengan ikhlas dan semua kata-kata itu keluar spontan daripada mulutku ini
“baguslah kalau Is layan anak manja ayah
ni macam ni. ayah dengan ibu ni memang akan gembira kalau anak ayah gembira”
ujar ayah sambil menggosok kepalaku.
“betul tu Asy. Ibu harap hubungan kamu
dengan Is akan kekal sampai akhir hayat ya nak. Tu doa ibu siang malam”
Aku mengangguk. Aku gembira sebab ibu dan ayah
sangat menyayangi aku.
“ibu dan ayah datang naik apa sebenarnya?
Pandai ya berpakat dengan abang Is nak bagi suprise kat Asy”
“datang naik kapal terbang la. Semua
suami kamu yang tanggung. Pada mulanya kami keberatan nak terima tapi selepas
dia pujuk barulah kami bersetuju. Bagus suami kamu tu ya Asy. Tak menyesal
kami pilih dia sebagai suami kamu” ujar ibu.
Aku tersenyum mendengar kata-kata ibu. aku juga
memang tidak rasa menyesal dengan perkahwinan ini. Perkahwinan yang mulanya atas
dasar terpaksa akhirnya menjadi perkahwinan yang terindah dalam hidupku. Sememangnya
aku bahagia!
“Asy kamu mari sini kejap, duk sini” ajak ibu
sambil menepuk-nepuk sofa suapaya aku duduk di sebelahnya. Tanpa banyak soal
aku bergerak ke arah ibu.
“kenapa bu” soalku. Cuak sikit
sebenarnya apabila terpandangkan muka ibu yang serius itu.
Ibu menyentuh perutku. Bulat mataku melihat
reaksi ibu itu. Hanya satu yang bermain di kepalaku sekarang.. aaa ibu
janganlah tanya perkara yang satu itu lagi.
“Asy tak ada apa-apa lagi ke kat sini?”
soal ibu. Gulp! Perit air liurku untuk ditelan.
Aku menarik lengan ibu dan mengosoknya
sedikit.
“ibu Asy tak ada apa-apa lagi” ujarku
perlahan. Aku dapat menangkap reaksi muka ibu yang kecewa sekarang ni tapi apa
yang boleh aku lakukan rezeki untuk aku memiliki anak belum kesampaian dan
begitu jugalah keinginan ibu dan ayah untuk memiliki cucu tidak kesampaian
“kamu ni Jah sabarla dulu. Budak ni kan
baru kahwin nanti dapat la kita merasa ada cucu nanti” celah ayah apabila
melihat wajah ibu yang ketara sedih. Aku mengeluh perlahan. Nampaknya ibu
berharap benar aku mengandung dalam masa terdekat ni. aku memandang muka ibu.
Maaf bu belum ada rezeki lagi nampaknya.
“ibu bukan apa ibu takut ibu tak sempat
nak merasa kalau kamu ada anak nanti. Ibu takut kalau ibu dah ma..”
“ibu apa ibu cakap ni” celahku sebelum
ibu sempat menghabiskan kata-katanya, sedih aku mendengarnya.
“ibu jangan la cakap macam ni. Asy
sayang ibu. In syaa Allah kalau ada rezeki untuk Asy mengandung terus Asy bagi
tahu pada ibu dengan ayah. Ibu janganla cakap bukan-bukan” kataku sebak sambil
memeluk ibuku. Aku mula mencebik untuk menangis. Sedih apabila ibu mula cakap
begitu.
“ibu bukan cakap yang bukan-bukan. Mati
itukan pasti Asy. Kalau boleh sebelum ibu tutup mata ni hah ibu nak jugak
merasa ada cucu. Tak gitu bang?” soal ibu kepada ayah pula. Ayah hanya
tersenyum dan mengangguk. Aku pula terdiam mendengar kata-kata ibu. Kalau
inilah yang ibu inginkan aku akan bagi. aku sangat sayangkan ibu dan ayah sampai sanggup buat apa saja untuk ayah dan ibu.Ya Allah izinkan lah ada benih dalam
rahimku ini ya Allah. doaku dalam hati.
***
“sampai bila kita nak hidup macam ni abang?
Lia terseksa tahu tak abang layan Lia macam ni” luah Puan Alia sambil menuruti
langkah suaminya yang menuju ke pintu. Sebak dan pedih hatinya dilayan begini
suaminya. Dilayan bukan macam seorang isteri. Rumah yang dahulunya penuh dengan
rasa cinta dan kasih sayang antara mereka semuanya kian pudar ditelan dek masa. Puan Alia memejamkan mata. semua ini bermula sebaik sahaja Haikal
meninggalkan mereka.
“Abang, abang dengar tak apa saya cakap
ni?” tanya Puan Alia sedikit meninggi kepada Tuan Rizuan. sungguh dia sudah
cukup lama menahan sabar. Rumah mereka yang besar ini ibarat hotel bagi
suaminya. walaupun saban hari dia menunggu kepulangan suaminya tapi semua itu
ibarat pungguk rindukan bulan. Sudah naik jemu Puan Alia membuat perkara yang
sama tiap hari. Hari ni dia nekad dia ingin luahkan apa yang dia rasa sejak
sekian lama. Hatinya sudah tidak boleh bertahan. Ya! Dia mengaku dia ada
segalanya. Kemewahan yang diimpikan oleh semua orang tapi baginya sekarang ini
semua itu dah tak penting baginya. Dia ingin disayangi oleh suaminya sendiri
bukannya diabaikan macam ni.
“abang” panggil Puan Alia lagi dengan
nada suara yang sedikit meninggi.
“awak nak apa lagi hah? Tak cukup ke
dengan apa yang saya dah bagi kat awak selama ni. rumah besar, kereta mewah,
duit yang banyak. Semuanya saya dah taburkan kepada awak. Apa awak nak lagi?”
jerit Tuan Rizuan sedikit kuat. Selepas itu dia terus mencapai kasut dan
memakainya.
Puan Alia sedikit tercengang dengan kata-kata
suaminya. Perlahan air matanya menitis. Air mata seorang isteri yang menuntut
hak nya untuk disayangi oleh suaminya sendiri!
“abang” panggilnya lirih.
“saya tak nak semua itu abang. Apa yang
saya nak sekarang ni abang sayang saya, layan saya macam dulu bang. tak guna
kalau saya ada semua ni tapi dalam hati saya ni kosong bang.” lirih Puan Alia
berkata sambil teresak-esak. Hati dia memang kosong sekarang ini. Gelap gelita
hatinya apabila orang yang amat disayangi mula mengabaikannya. Sememangnya hati
Puan Alia kosong sejak tiga tahun lepas lagi apabila buah hati pengarang
jantungnya mula meninggalkannya untuk selama-lamanya tapi lebih parah lagi apabila suaminya sendiri melayannya macam ni.
“sudahlah Lia. Awak tak payah nak cakap
banyak sangat boleh tak. Tak ada guna semuanya tu. Sekarang saya sibuk tak ada
masala nak layan ragam awak tu. Dah lah saya nak pergi kerja sekarang ni” balas
Tuan Rizuan. dia tidak memandang isterinya langsung. Esakan yang didengar dari
isterinya itu langsung tidak menyentuh hatinya. Dia sudah lali mendengar
tangisan isterinya. Dia mendengus kuat.
“abang” Puan Alia memegang lengan
suaminya.
“jangan tinggalkan saya abang.”
Pintanya. Pak amat yang sudah dua puluh tahun menjadi driver keluarga Tuan
Rizuan hanya memandang sepi Puan Alia yang sedang menangis. Hatinya turut sedih
melihat nasib yang dihadapi oleh Puan Alia. Dia tahu kisah pedih yang berlaku
dalam keluarga ini. Dia turut bersimpati tapi dalam masa yang sama dia geram
dengan sikap Tuan Rizuan yang tidak mengambil berat langsung akan isterinya
itu. Dia menjeling dan menunggu arahan daripada Tuan Rizuan untuk bertolak ke
tempat kerjanya. Pak Amat mengeluh kecil setiap kali Tuan Rizuan balik ke rumah
dia nampak muka isteri majikan nya yang
berseri-seri tapi itu semua hanyalah sementara sebab selepas itu Puan Alia akan
ditinggalkan lagi. Alasan nya cukup mudah sama ada sibuk dengan kerja atau
meeting dengan klien. Kalau tidak pun outstation.
“awak ni kenapa Lia. Saya ada meeting
penting tau tak hari ni. awak jangan sengaja cari pasal ya dengan saya” jerit
Tuan Rizuan.
“meeting, meeting, meeting. Tak habis
habis dengan meeting abang tu. Saya kat rumah ni sorang-sorang tau tak bang.
abang tak kesian ke kat saya” Puan Alia sudah tidak boleh bersabar. Apa yang
dia pendam selama ini membuak-buak ingin keluar.
“awak ni kenapa sebenarnya? Nak apa dari
saya sebenarnya hah? Cakap dengan saya apa awak nak?” tanya Tuan Rizuan berang.
Dia memandang tajam isterinya.
“saya nak abang yang dulu. Seorang suami
yang begitu kasihkan isterinya. Bukannya hanya sibuk dengan kerja semata-mata”
beritahu Puan Alia.
“hei dah namanya saya ni bussinessman
takkan la saya nak duduk kat rumah goyang kaki macam awak kot. Habis siapa yang
nak bayar semua ni. awak?” soalnya sinis. Puan Alia hanya menunduk.
“dah lah daripada saya melayan awak
buang masa saya je” ujar Tuan Rizuan lalu berlalu ke keretanya.
“layan saya memang buang masakan bagi
abang tapi bila abang layan perempuan-perempuan muda kat luar sana tak ada
pulak nak buang masa kan?” jerit Puan Alia. Kesabarannya sudah berada di tahap
kritikal sekarang ini.
Tuan Rizuan memberhentikan langkahnya dan memandang isterinya tajam.
Kata-kata itu menaikkan amarahnya. Dia berjalan mendekati isterinya itu. Pak
Amat yang memerhati drama itu mula gelisah. Dia tahu akan berlaku sesuatu kejap
lagi apabila memandangkan Tuan Rizuan
yang macam singa lapar itu.
“ulang sekali lagi apa awak cakap tadi?”
ujar Tuan Rizuan sambil mengecilkan matanya memandang isterinya.
“kenapa sekarang abang dah pekak tak
boleh nak dengar apa yang saya cakap.” Ujar Puan Alia dengan berani. Padahal
dia sudah kecut perut sebenarnya memandang muka suaminya tapi entah dari mana
munculnya keberanian untuk bersemuka dengan suaminya hari ini.
“awak jangan kurang ajar ya. Jangan nak percaya sangat apa yang orang
cakap. Saya ni suami awak. Awak kena lebih percayakan saya. Kawan awak yang
mana satu pulak ni yang mengadu kat awak ni pasal saya”
Puan
Alia menarik nafas.
“ Tiada pun kawan Lia yang beritahu.
Abang tak payah la nak berpura-pura Lia tahu sangat apa yang abang buat dekat
belakang Lia. Sampai hati abang kan buat Lia macam ni” ujar Puan Alia sambil
menyeka air matanya. Baginya sudah tidak guna dia menangis. Cinta nya sudah
dikhianati.
“apa yang awak merepek ni hah? Awak
menuduh saya dah ni. kawan mana yang lapor pada awak ni hah. Kalau saya tahu
siapa saya ajar dia cukup-cukup biar sampai tak reti nak bercakap” Tuan Rizuan
mundar-mandir di porch rumahnya. Bangsat mana pulak yang pergi beritahu kat
isteri perbuatan dia ni. kalau dapat kat aku siap la. Desisnya.
Puan Alia tersenyum sinis memerhati
suaminya.
“mata Lia tak pernah menipu Lia. Tak ada
sesiapa pun yang bagi tahu kat Lia tapi Lia yang nampak semuanya sendiri.
Berkepit dengan perempuan entah dari mana. Siap bawak masuk dari hotel lagi.
Suami apa abang ni hah?” jerit puan Alia.
Pangg
Puan Alia rebah apabila menerima tamparan itu.
Pak Amat diam terkaku memandang drama di hadapannya. Nak menolong nanti
dimarahi pulak oleh Tuan Rizuan. tak tolong kesian pula dengan Puan Alia.
Akhirnya dia tersepit dan terdiam di situ. Tidak berani untuk masuk campur
dalam masalah rumah tangga majikannya.
“tamparla saya lagi. Tamparlah. Ini yang
hanya abang tahu buatkan. Saya mula bersuara sikit mulala abang nak tampar saya
kan” Puan Alia memandang suaminya. Perasaan sedih, geram, marah semuanya
bercampur aduk. Sakit hatinya dilayan begini. dengan kudrat yang masih bersisa
dia bangun berdiri. Berhadapan dengan suaminya.
“kenapa abang senyap hah? Diam sebab
betulkan semua tu. Belakang Lia abang main dengan perempuan lain. Abang bagi
abang ni tak cukup ke Lia ni isteri abang. Apa kurangnya Lia bang? kalau betul
Lia ni banyak kekurangan abang jangan la sampai buat maksiat bang. lia malu
bang. malu kepada Allah, malu kat orang”
“hei Lia kau tak payah lah nak berdrama
sangat. Kau tu pun bukannya bagus sangat. Mulai hari ni kau jangan masuk
campur dalam urusan aku. Apa yang aku buat itu semua urusan aku dan kau tak
berhak nak masuk campur. Jangan kasi sampai tangan aku ni naik kat muka kau
lagi” herdik Tuan Rizuan.
“memang Lia malas nak masuk campur dalam
hal abang. Tapi Lia ni isteri abang Lia kena ingatkan abang jugak. Kita ni
manusia bang, dah tua. Bila-bila masa je nyawa kita Allah tarik balik. Jangan
sampai masa abang buat maksiat Allah ambik nyawa abang”
Pangg.
Sekali lagi tamparan hinggap di muka Puan
Alia. Kali ni dia sudah tidak berdaya untuk bangun. Apalah sangat kudratnya
dalam keadaan dirinya yang sudah tua sekarang ini.
“kau dengar sini baik-baik. Urusan aku
biar aku yang buat dan tanggung semuanya. kau jangan sesekali masuk campur.
Berani kau masuk campur kau tanggung lah akibatnya dan kau tahu kan apa yang
aku boleh buat. Aku nak kau masuk dalam rumah duduk senyap-senyap. Jangan nak
menyibuk! Kau tahu tak kalau diikutkan hati aku ni aku malas pun nak balik
rumah mengadap muka kau buat sebal hati aku je. Tengok lah ni aku balik kau
mula lah buat masalah.”
Puan Alia hanya diam mendengar apa yang
dikatakan suaminya. Dia memandang badan
suaminya yang sudah meloloskan badan ke dalam kereta. Esakan semakin kuat.
Rumahnya ini ibarat hotel kepada suaminya. Hanya balik sekejap-sekejap sahaja.
Dan dia pulak kesunyian seorang diri.
“Puan, jom kita masuk ya. Tak elok Puan
kat sini. Saya bawakan puan ke bilik ya” pujuk Surti, pembantu rumah Puan Alia.
Puan Alia hanya mengangguk dan selepas itu badannya dipapah oleh Surti. Sebelum
melangkah masuk ke dalam rumah Puan Alia memalingkan mukanya ke luar rumah.
Naluri hatinya merasakan ada seseorang yang sedang memerhatinya. Apabila sudah
pasti tiada apa-apa di luar pagar rumahnya
dia melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan hati yang walang.
Seorang lelaki memandang sepi tubuh Puan Alia
yang yang hilang di balik pintu besar itu. Hatinya berasa sangat marah sekarang ini apabila melihat Puan Alia dilayan begitu sekali. tanpa sedar dan ikutkan perasaan marah dia menumbuk dengan kuat dashboard keretanya. Dia memejamkan mata. Tidak dia
sangka begini besar perubahan keluarga Tuan Rizuan. dia termenung panjang dan
matanya masih melekat lagi ke rumah besar itu. Cermin keretanya yang gelap
menyukarkan orang luar untuk melihat apa yang dia lakukan dalam keretanya.
Sungguh beginilah rutinnya sejak kebelakangan ini datang ke rumah besar ini
hanya semata-mata untuk memerhatikan Puan Alia, hatinya sebak lebih-lebih lagi
apabila memandang wajah Puan Alia yang penuh dengan kesedihan. ‘apabila tiba
masanya aku akan munculkan diri aku. Masa hanyalah penentu dan aku akan tunggu
saat yang sesuai” desis lelaki itu dan tidak lama selepas itu dia menekan pedal
minyak keretanya dan bergerak meninggalkan kawasan itu.
No comments:
Post a Comment