Aku melepaskan lelah dengan terbaring atas katil di bilik mewah hotel
ini. Ini kali pertama aku menginap di bilik mewah sebegini. Tak sangka majlis
resepsi sebelah pihak pengantin lelaki di buat di hotel tempat Mawi dan
Ekin kahwin dulu. Tak pernah terlintas
kat fikiran aku ni tapi ye la dapat suami kaya memang macam ni la. Setiap kali
aku berfikir yang aku ni dah kahwin entah perasaan aku ni lain macam
lebih-lebih lagi bila teringatkan pandangan Tengku Izham kepadaku. Rasa ni lain
macam je bila dipandang macam tu.
“tapi siapa si perempuan seksi dan cantik tadi
ya?” omel Asy sendirian. dia agak
perasan tadi perempuan cantik dan seksi tadi tu macam nak tarik perhatian
Tengku Izham dan mama je. Menyampah pun ada. Menggedik sana menggedik sini.
Berbulu mata aku ni. hai Asy takkan kau cemburu kot. Aku menggeleng kepala.
Tidak! Aku tak cemburu dan takkan cemburu. Desisnya.
“Sayang takkan nak tidur tak nak mandi
dulu kot. Ya pun kalau dah letih sangat bersihkan lah badan dulu” ujar satu
suara. Secara automatiknya aku berpaling mencari empunya suara. Aik bila masa
mamat ni masuk bilik ni? aku tak perasan pun. Dengan serta merta aku bangkit
dari pembaringan. Ei tak selesalah.
“a...ah me..mang saya plan nak mandi
dulu pun” ujar ku tergagap-gagap. Amboi terus nampak Tengku Izham a.k.a suami
aku ni terus tergagap ya engkau Asy.
“so pergilah mandi dulu ke sayang nak mandi sama-sama dengan abang” soalnya berserta senyuman nakal.
“so pergilah mandi dulu ke sayang nak mandi sama-sama dengan abang” soalnya berserta senyuman nakal.
“tak...tak ... nak..saya boleh mandi
sendiri” sekali lagi aku tergagap-gagap. Hish mamat ni kalau nak bukak baju tu jangan bukak kat depan mata aku
boleh tak? Kalau nak buat freeshow pun janganlah dibuat depan aku.
“kenapa malu tengok abang macam ni?”
soalnya kepadaku. Aku tersentak. Macam mana la dia boleh tanya soalan luar alam
macam tu. Confirm la aku malu. Sebelum ni mana pernah aku tengok benda-benda
macam ni
“oo tak pun” jawabku buat-buat selamba.
Padahal dalam hati ni macam dah nak meletup.
“ya ke?” tanyanya sambil menjongketkan
kening kepadaku. Hai mamat ni kan kenapa sebenarnya? Nak goda aku ke macam
mana. Kalau dia nak goda pun tak salah kan Asy dia tu pun bukannnya orang lain
suami kau jugak kan!
Bila aku dah terpandangkan wajah dia yang
macam nak telan aku dah terus aku blah ke bilik air tapi belum sempat kaki aku
melangkah pergi lengan ku sudah dipegang oleh Tengku Izham. Jantung nie mula la
gelabah tak tentu pasal. Wahai cik jantung sila la sabar engkau ya. Tenangku
pada diri sendiri.
“kenapa Tengku?” soalku sedikit gelabah. Hai mamat ni. ada peluang je terus masuk ya. Pantang betul!
“kenapa Tengku?” soalku sedikit gelabah. Hai mamat ni. ada peluang je terus masuk ya. Pantang betul!
“Tengku?” ulangnya dengan dahi
berkerut-kerut. Alahai dalam keadaan macam ni pun dia nampak handsome la.
Hari-hari macam ni boleh kena serangan jantung aku ni sebab degupan jantung
yang tak terkawal.
“abang rasa panggilan Tengku tak sesuai
la and please don’t call me Tengku anymore” beritahunya.
“hah kalau saya tak panggil Tengku habis
saya nak panggil apa?” soalku sedikit blur.
“abang” ringkas sahaja jawapannya tapi
amat berat bagiku untuk memanggilnya begitu sekali.
“saya mana biasa” jawabku cepat. “lagipun
saya dah biasa panggil Tengku” sambungku lagi.
“mana boleh. Dulu sayang boleh la
panggil macam tu tapi sekarang dah tak boleh sebab sayangkan isteri abang.
Seorang isteri kena panggil suaminya dengan panggilan yang terbaik.”
Beritahunya lembut sambil menunjukkan sedikit wajahnya untuk melihat wajahku.
Aik tak payah la sampai kena macam tu sekali.
“tak nak la saya” sangkalku.
“hmmm tak nak ya. Kalau tak nak tak pe
tapi setiap kali sayang panggil abang Tengku abang terus kiss sayang . tak nak
lepas dah” usai je dia berkata. Terus aku menutup mulutku. Ei jangan la. Bibir
aku ni tak pernah dinodai tahu tak sebelum ni. jangan la pulak dia yang menjadi
peragutnya. Tak rela aku.
Tengku Izham tersenyum. Dah gertak sikit
mula lah nak tunjuk gelabah dia
“so nak panggil abang macam tu lagi”
soalnya lagi. Aku terdiam sambil tanganku masih lagi melekat di bibirku. Sumpah
aku tak tahu nak jawab apa.
“bukan apa kalau mama dan papa dengar
sayang panggil macam tu kan tak manis nanti dia orang yang pulak marahkan Asy”
beritahunya lembut. Suaranya macam terbuai-buai je di telingaku. Cepat-cepat
aku menepis. Jangan tergoda Asy!
Tanpa sedar aku sudah berada di dalam
pelukannya. Terkejut beruk aku dibuatnya. Tu la mengelamun lagi kerja kau
tengok sekarang apa dah jadi. Pantang dapat peluang betul.
“Tengku lepas la saya nak pergi mandi
ni” ujarku. Dan sepantas dengan itu juga bibirku yang mongel dipagut lembut.
Terkejut terkedu dan segala terr lagi lah. Jantung aku kali ni memang dah
terbang melayang dah dan bukannya jatuh tergolek-golek lagi. Aih parah. Seminit
dua minit tiga minit aku tersedar dan terus menolak badan sasa itu. Aku terus
berlari ke tandas. Malunya!
****
“wah abang pengantin baru kita ni
berseri-seri nampak wajahnya kan bang” ujar mama sebaik sahaja kita orang
sampai di Villa Orkid itu.
“penganti baru ma mestilah” jawab papa
pulak. Aku pulak tersipu-sipu malunya. Jangan la dia orang fikir bukan-bukan.
Kita orang tak ada buat apa-apa okay. Aku menapak ke arah mama dan papa selepas
bersalam aku mengambil tempat duduk bersama-sama mereka. Nak jadi menantu
mithali la katakan.
“ni kamu dari rumah ke baru baik dari
hotel?” tanya mama.
“dari hotel ma kita orang belum balik
rumah abang Is lagi” beritahu ku. Erk abang Is. Pandai-pandai je kau Asy kan.
Tengku Izham yang kat sebelah dah senyum meleret. Sejuk hatinya mendengar Asy
memangillnya sebegitu. Daripada semalam lagi dia hendak mendengarnya tapi susah
sangat. Barang kali ada jongkong emas kot yang akan terkeluar daripada mulut
isterinya kalau memanggil dia dengan panggilan abang
“hah yang kamu ni Is yang
tersenyum-senyum tu kenapa?” soal mama. Semua turut memandang suami aku ni. aku
pun turut memandang.
“tak ada apa lah ma takkan la nak senyum
pun tak boleh dah sekarang ni” jawabnya sambil matanya masih melekat pada
wajahku. Aku membuang pandang. Tak kuasa nak melayan pandangan dia yang
mengancam ke dalam hati aku tuh.
“abang Is, kak Asy” laung Alisya dari
balkoni rumah agam itu. Selepas tu dia terus berlari-lari anak ke arah kami.
Hai macam la semalam tak jumpa. Budak ni mengada betul tapi aku terasa mahu
gelak tengok si Alisya yang sedikit kelam kabut tu. Macam dah lama tak jumpa
kita orang dah.
“ma lisya tu dah berpunya ke sekarang?”
soal Tengku Izham sambil menghirup air necafenya. Aku hanya menjadi pendengar
sahaja. Tak berani nak menyampuk urusan anak beranak mereka
“tak tahu la pulak mama. Kenapa Is nak
kenalkan Lisya dengan sape sape ke?” soal mama balik.
“ kenapa Lisya macam dengar ada orang
sebut nama Lisya ya” soal Lisya yang baru muncul di antara kami semua.
“eh eh dia ni perasan kita sebut nama
dia pulak kan. Mana ada. Ramai tahu orang nama Lisya. Kawan abang Is pun ada
nama Lisya” sangkal Tengku Izham. Lisya mencebik dan aku menyampah. Amboi cakap
macam nak tunjuk dia ada ramai kawan je
“hah abang ni kenapa sekarang baru bawa
kak Asy balik rumah kita ni? kenapa jalan balik rumah kita dah
tak ingat ke
lepas kahwin ni ?” soalnya dalam nada bergurau. “ ke abang ada buat apa-apa
dengan kak Asy?” tanyanya lantang. Bulat mata aku mendengar soalannya. Amboi
budak ni tak sayang mulut betulla.
Aku lepuk sampai bisu baru tahu nak
cakap macam mana
“Lisya bercakap tu jaga sikit” tegur
mama. Lisya hanya gelak. Tengok budak ni orang larang pun dia boleh gelak macam
tu lagi. Geram betul aku.
“Is,Asy papa ada benda sikit nak bagi
tahu ni” celah papa tiba-tiba. Aku hanya memandang papa dan berdoa janganla
diminta nak cucu. Tak ke naya aku dibuatnya.
“macam serius je bunyinya. Apa dia pa?”
tanya Tengku Izham.
“macam ni papa sebenarnya bukan nak
ganggu hubungan kamu yang baru berkahwin ni Cuma papa nak bagi tahu kalau dalam
masa terdekat ni Is akan sibuk sebab syarikat kita baru dapat tender baru. So
Is kena beri perhatian yang lebih la kat projek ni” beritahu papa. Aik apa kena
nya pulak dengan aku ni. kalau dia orang dapat tender baik punya baguslah.
“jadi boleh Asy nak tahu apa kena
mengena nya hubungan kami dengan tender tu pa. Asy tengok okay je. Takkan la
sebab sibuk Asy nak marah abang” beritahu ku jujur. Sah Asy kau memang blur.
“Pa Is kan baru kahwin takkan la dah
kena masuk kerja” bangkang Tengku Izham. “lagipun kita orang nak pergi
honeymoon lagi” sambunng nya. Hah? Honeymoon” bila ? kat mana? Siapa cakap aku
nak pergi tapi semua tu hanya berperang di kepala otakku sahaja.
“ya papa tahu tapi terpaksa Is. Papa dah
tak ada orang lain dah yang nak bantu papa dalam hal ni. nak minta tolong Lisya
dia baru lagi dan tak ada pengalamanlagipun dia tengah belajar lagi. Boleh ya
Is” pinta papa. Jatuh simpati pulak aku melihat orang tua itu.
“ala bang honeymoon tu bila-bila masa je
boleh. Kat rumah pun boleh kan?” tuturku. Gulp! Apa aku dah cakap sebenarnya
ni. lancang mulut. Ini semua sebab tengok muka papa yang dah merayu bagai.
Tengku izham dan memandangku sambil tersengih. Buruknya perangai. Suami siapa
ni? “tolonglah la papa dulu. Lepas tu
abang nak pergi mana je Asy ikut punya.” Mulut ni kan apasal gatal sangat nak
cakap macam ni. nak cover malu la ni.
“ye lah pa Is ikut je. Macam yang Asy
cakap tadi honeymoon bila-bila masa je boleh” usai je dia berkata Lisya dah
bantai gelak. “ei abang ni gatal ya sejak kahwin ni” Alisya menyampuk. Mama
pulak menggeleng-geleng dah tengok perangai anak lelaki dia tu.
“ kalau macam tu tak lama lagi merasa la
mama dapat pegang cucu ya” ujar mama bersama senyuman. Muka aku sekarang ni dah
merah tak usahlah nak cakap. Keadaan aku pulak tak selesa dengan tangan suami
aku ni yang asyik melingkar kat pinggang. Ei mama dengan papa kat depan ni! aku
tembak karang dengan shotgun. Biar kasi putus tangan tu baru tahu.
“kak Asy jom masuk lisya nak tanya benda sikit la kat akak” panggil Lisya.
Aku tersenyum. Yes! Akhirnya dapat juga peluang nak lari daripada kena belit
dengan ular gergasi kat sebelah aku ni.
“okay” jawabku dan terus berlalu tanpa
menghiraukan sedikit pandangan suamiku. Malas aku nak melayannya. Kalau boleh
24 jam aku kena duduk menghadap muka dia.
“hah Asy nak tanya akak apa sebenarnya”
soalku. Lisya tersengih-sengih memandangku. Babi hutan senyum pun cantik lagi
pada dia ni.
“ hah ni kenapa pulak tersengih macam
kerang busuk ni? ada apa-apa ke?” soalku sambil melihat keadaan bilik si Lisya
ni. cukup simple dan cantik!
“macam mana perasaan jadi pengantin
seronok tak” hai seluar luar alam betul tanya aku ni. “hah semalam best tak?”
tanyanya sambil tersengih nakal. Aku terus mencubit lengannya.
“amboi budak ni tanya soalan luar alam
betulla. Ni kenapa ni tanya soalan menjangkau usia dan benua nih
hah?”
“ala akak ni tanya sikit pun tak boleh”
rajuknya sambil menyapu lengannya yang menjadi mangsa ketam
mudaku. Manja betul
budaknya.
“nak tahu kahwinla” jawabku. Sebenarnya
aku tak tahu apa nak dijawab. Ye la tak jadi apa pun kan takkan la aku nak bagi
tahu pulak tapi bibir aku ni. aku menyentuh bibirku dan memejamkan mata. Indah perasaannya saat
itu. Tak perasan perilaku aku di perhatikan oleh si Lisya ni.
“wow abang Is kiss akak eh?” jeritnya.
Aku terkejut. Habis melayang perasaan aku yang terbuai-buai ni dah jadi
terbatuk-batuk pulak dah. Ei budak ni. aku mejelingnya geram.
“mana ada” sangkal ku laju.
“tipu tadi akak sentuh bibir dan siap
pejam mata lagi. Ni tak lain tak bukan la ni mesti..”
“mesti apa?” sampukku sambil tangan
,menggeletek badan Lisya yang kecil molek ni. kami bergulingan di atas katil.
Dah macam cerita hindustan dah. Dengan suara ketawa bagai. Lisya punya ketawa
mak-mak datin dengar terus reject buat
menantu.
“Chop akak. Lisya surrender. Tak tahan
la kena geletek dengan akak ni”: nak pecah perut ketawa” adunya. Aku hanya
gelak melihat keadaan nya yang serabai itu.
“Akak..akak” rengek Lisya. Hah apa pulak
ni. kalau ditanya soalan merentasi alam dan benua memang kena lempang dengan
aku.
“apa pulak soalan Lisya kali ni?”
“Abang Am dah ada girlfriend?” soal
Lisya malu-malu.
“abang Am mana pulak nih?” soalku
sedikit blur.
“uncle handsome kakak tu” beritahu Lisya
lagi. Uncle terchenta aku ke maksud Lisya. Aku memandang Lisya suspen. Kenapa
pulak ni?
“kenapa pulak tanya macam tu” soalku
sengaja ingin menyerkap jarang. Manala tahu kalau ada apa-apa yang aku tak tahu
“ala takkan la nak tanya pun tak boleh.
Akak bagi tahula” rengek Lisya manja
“nak tahu sangat ya” tuturku
lambat-lambat. Sengaja ingin menyakat si Lisya ni. dia menunggu dengan muka
penuh excited. Macam nak dapat emas pun ada.
“hmmm untuk pengetahuan cik Lisya ku
yang tersayang uncle akak tu memang ramai makwenya. Bukan satu tapi adala dalam sekotak. Tiap-tiap
minggu dia tukar. Hish memang kasanova terulung gemilang betul la dia”
“ya ke akak ni? Lisya tengok dia
baik-baik je” beritahu Lisya lagi. Aku tersenyum mendengarnya. Dah biasa dah
dengar perempuan cakap macam tu. Ayat yang uncle aku pakai tu untuk mengayat
perempuan memang cukup manis mengalahkan gula kat dapur hah!
“memang la dia baik. Setakat ni belum
lagi dia bunuh orang” jawabku bergurau.
“ala akak ni Lisya serius ni”
“ye betul la apa akak cakap. Dia memang
macam tu la Lisya” sambungku tapi aku mengeluh kecil. Takkan la lisya ada hati
dengan uncle kot. Uncle pun apasal cari bunga kat taman macam si Lisya ni.
biasanya yang seksi-seksi sahaja yang dipandangnya dan bukannya yang bertutup
likup macam si Lisya ni
Wajah Lisya berubah hampa.
“biasala Lisya kalau dah handsome,
banyak duit, kerjaya pun dah mantop semuanya orang berkenan tapi bukan satu pun
melekat kat hati dia. Dia susah sikit Lisya” entah mengapa senang untuk aku
berkongsi cerita dengan si Lisya ni pulak. Biasanya tak pula aku rajin bukak
cerita pasal uncle ni.
“Lisya orang kalau dah handsome
bekerjaya tu memang la tinggi ego dia kan tapi tak salah kalau kita cuba
memenanginya kan. Belum cuba belum tahu” tuturku untuk memberi semangat pada
Lisya. “mana tahu kalau dia kenal Lisya nanti dia akan berubah” aku memberi
perangsang lagi. Dah terbalik dah aku ni dulu mati-mati aku tak nak si Lisya ni
berkenalan dengan uncle sekarang aku pulak yang cakap macam ni. pulak dah!
“akak Lisya nak tanya satu soalan je
lagi?” budak ni banyak soalan betul la. Dah lah soalan dia tu pelik je
semuanya.
“dah akak malas nak dengar apa-apa
soalan dah” kataku sambil mengangkat tangan. Mujurlah Tengku Izham ada adik
sorang ni je kalau ada sepuluh jenuh aku nak menjawab soalan mereka saja.
“tak boleh ini akak kena tahu”
“hah apa dia pulak?” tanyaku sambil
tanganku ligat membelek album zaman sekolah Lisya ni
“akak kenal Fariz anak Datuk Hisham?”
soalnya. Serta merta tanganku terhenti daripada membelek album. Soalan yang
tanpa ku duga aku menutup album dan memandang ke arahnya.
“kenapa Lisya tanya macam tu?” soalku
sedikit pelik.
“sebenarnya macam ni. ingat tak masa
majlis wedding akak dengan abang Is kat hotel? dia pun ada datang sebab papa
yang invite dia”
“so?” kataku dengan kurang berminat
untuk mendengar nama tersebut
“lisya bagi nombor phone akak kat dia”
beritahu Lisya.
“apa?” jerit ku
“akak janganla macam ni” sedikit panik
Lisya berkata.
“Lisya tahukan yang nombor telefon tu
privacy tak boleh nak bagi kat orang sesuka hati je” beritahi ku agak tegas.
“akak dengar dulu apa lisya nak cakap
ni. lisya bagi sebab dia cakap akak ni bekas kawan dia kat sekolah lama.
Lagipun dia ada cakap yang dia dah lama tak jumpa akak dan rindu dengan akak.
Lisya kesian tu yang Lisya bagi” pedih hati aku mendengarnya. Apa lagi yang dia
nak?!
“dia jugak cakap yang dia sayangkan akak
lepas Lisya bagi number phone akak kat dia. Lisya terkejut bila dengar semua tu.
gilala mamat tu macam la dia tak tahu yang akak tu dah sah jadi isteri orang
tapi berani lagi cakap macam tu. Lagipun beritahu Lisya lagi adik abang Is. Berani
betul!” bertahu Lisya tak puas hati. Berani jantan tu cakap macam tu. Ya dia
memang gila!
“Asy kita balik sekarang!” tegas tengku
Izham yang tiba-tiba muncul di bilik Lisya. Tak ada angin tak ada ribut kenapa
macam ni pulak.
“tapi kita kan..” belum sempat aku
menghabiskan kata-kataku dia dah keluar daripada bilik. Ni apa kes pulak ?
No comments:
Post a Comment