Dear Readers

Thursday 31 January 2013

BAB 30 hadirnya cintamu yang terindah



  
 Aku memilih pelbagai jenis makanan. Selepas satu-satu ku belek. Semuanya kena check tau manalah tahu dah expired dah ke apa ke. aku memang sedikit cerewet kalau dalam bab memilih makanan.

“sayang tak siap lagi ke pilih tu. Takkan lah nak pilih susu tin pun macam tu sekali. Ambik je then letak je dalam troli ni” Tengku Izham mula bersuara. Dah letih lah tu ikut aku ke hulur ke hilir beli barang-barang ni.

“mana boleh” bidasku.

“abang kalau kita nak beli semua ni kita kena bandingkan harga lepas tu check expired date dia pendek kata semualah kena tengok dan pastikan baik-baik dulu. Barulah boleh beli ya abang” aku mengerlingnya sekilas. Banyak songeh betul. Tadi cakap sanggup ikut aku walaupun lama. Tak sampai sejam dah bunyi. Macam ni la anak orang kaya. Mana biasa buat semua ni yang tahu bibik,bibik dan bibik.

“ye la abang tahu la sayang tapi sejak tadi lagi sayang duk pilih tapi troli ni masih tak penuh-penuh lagi. Lenguh dah kaki abang ni sayang” rengeknya dah macam budak kecil. Ee bosan betul la macam ni. kalau tahu akan jadi macam ni la memang aku tinggalkan dia kat rumah. Habis cerita tapi dia berkeras jungak nak ikut. Bahaya malam la apala. Ee menyampah!

“abang ni kan” aku mengetap bibir dan memandang wajahnya.

“tak kira, tadi abang nak ikut sangat kan. Sekarang tunggu sampai Hanan siap  beli semuanya. pendek kata dapur abang yang gah sia-sia tu saya akan penuhkan dengan barang-barang yang saya beli ni.” bebelku panjang.

“sayang..” rengeknya lagi.

“sudah. Jangan duk buat perangai kat sini.” Ujarku sambil tanganku mencapai beberapa tin susu. 

“bak sini list tu. Kasi abang pilih je lah. Kalau sayang pilih tak balik la kita malam ni” dia mengambil senarai barang yang hendak dibeli di tanganku. Dia menolak troli ke lorong seterusnya. Bulat mataku melihat tangannya mencapai keperluan dapur. Selepas satu, satu yang diambilnya. Lepas tu barang yang tak ada dalam senarai dia ambik jugak. Hish membazir betul. Aku hanya menurutnya sahaja. Dengan hanya berseluar pendek separas lutut, t-shirt lengan panjang yang disinsing membuatkan Tengku Izham nampak begitu segak di hadapanku. Aku tersenyum. Pendek kata apa yang suami aku buat dan pakai semuanya nampak indah.
 Agak-agaknya kalau terserempak dengan staff kat pejabat dia orang terkejut tak tengok bos dia orang yang mengalahkan singa kat pejabat sedang tolak troli sambil beli barang dapur. Mesti dia orang bantai gelak habis.

“okay sayang dah siap” aku tersentak daripada lamunan dan memandang troli. Terkejut aku dibuatnya. Penuh satu troli. Entah apa la yang dibelinya aku pun tak tahu. Dasyat betul tak sampai setengah jam dah siap.

“banyaknya abang taruk dalam troli ni. siapa nak makan semua ni” kataku sambil menunjuk ke arah makanan segera yang terdiri daripada snek, gula-gula,coklat dan macam-macam lagi

“abang dengan sayang la.” Jawabnya selamba. Aku hanya menggeleng melihat perbuatannya.

“membazir betul. Tak elok la makan semua ni. abang ni kan” ujarku geram.
“sayang abang beli semua ni bukannya nak makan dalam sehari je tau. Biarlah beli banyak simpan. Nak makan ambik la. Nanti sayang duk kat rumah boring bolehlah makan benda ni semua”

“suka hati abang la. Malas nak berdebat dengan abang. Abang nak menang jugak kan.” Aku berlalu melintasinya.

“Is” kedengaran suara seorang perempuan memanggil nama suamiku. Serta merta ayunan langkahku berhenti dan berpaling ke arah suara tersebut. Tengku Izham juga turut sama berpaling. Berkerut-kerut dahiku memikirkan perempuan seksi di hadapan ku ini.  Setahu aku  tak pernah kenal perempuan ni.

“dia panggil abangkan” ujarku sambil mataku tak lepas memandang kepada wanita yang berjalan ke arah kami.

“sape tu bang?” soalku.
“entah abang tak kenal la. Jom sayang kita pergi bayar semua ni.” dia mengheret tanganku untuk pergi. Hatiku mula rasa lain macam. Siapa perempuan tu. Macam pernah aku lihat je. Kenapa riak muka Tengku Izham berubah kalau betul-betul tak kenal perempuan tu. Lepas tu tarik aku laju semacam pulak. Nak lari daripada perempuan tu pulak ke?

“Is wait” jeritnya lagi dan sebaik sahaja berdekatan dengan kami perempuan tersebut merentap pergelangan tangan Tengku Izham dan terus memeluk suamiku. Terbuntang luas mataku melihat drama di hadapan mataku. Siapa pulak perempuan ni? jantungku mula berentak laju. Darah sudah berlumba-lumba naik ke kepala.  Terasa seperti tak cukup oksigen untuk bernafas. Jantungku seperti direntap melihat apa yang berlaku di depan mata aku sekarang. Suami aku dipeluk oleh seorang perempuan yang tak tahu datang dari lubuk mana. Panas hati aku.

“hei lepaslah” Tengku Izham terus menolak tubuh perempuan itu

“kau nak apa hah?” tanyanya sedikit kasar. Aku hanya menjadi pemerhati okay! Tak berani nak menyampuk lebih-lebih lagi tengok muka dia yang menyinga tu. Marah benar nampaknya tapi siapa pulak perempuan ni.

“I nak you Is” ujarnya selamba tanpa ada sedikit pun rasa malu. Ikutkan hati aku ni nak lempang sahaja minah senget kat depan ni. tak hormat langsung aku yang terpacak kat sebelah ni. kenapa aku berperasan begini pun aku tak tahu tapi yang pasti aku sangatlah tak suka Tengku Izham diperlakukan sebegitu rupa di hadapan ku. Sakit hati tau tak.

“apa yang kau merepek ni hah” ujar Tengku Izham berang. Dia menguap rambutnya ke belakang.
“Dah sayang jom balik” dia mengajakku lagi untuk pulang. Aku hanya berdiam diri dan terkaku di situ. Jauh di dalam lubuk hati aku aku tak nak pergi selagi aku tak tahu siapa perempuan kat depan aku ni.

“Hai, I Tina. Girlfriend Is” tuturnya dengan bongkak. Is dia panggil. Mesra benar bunyinya.
“ex-girlfriend. antara kita dah tak ada apa-apa okay!” ujar suamiku tegas. Tersentap jantungku  mendengar tutur katanya itu. 

"you tak pernah pun declare kita putus Is" ujar Tina

“Kau jangan cakap mengarut ya.  sayang tak payah nak dengar cakap orang gila macam dia. Dah jom balik”

“you siapa?” tanya Tina kepadaku. Matanya mencerlung ke arahku. Nampak sangat tak puas hati dengan aku. Aku mendengus.

“I isteri Tengku Izham. Kenapa ya?” soalku. Aku cuba berlagak selamba di hadapannya biarpun hati aku ni tengah panas membara melihat perbuatan dia tadi. Sekarang rasa nak makan orang  pun ada sekali ni.

“wow tak sangka I akan jumpa you kat sini. So you lah perempuan kampung yang Is pilih tu ya. tak menepati cita rasa langsung. sangatlah ketinggalan zaman.” dia memandangku ke atas bawah dan tersenyum sinis.

 Aku terdiam mendengar kata-katanya. Sedikit sebanyak aku terasa lebih-lebih tahu yang perempuan yang bernama Tina ni pernah menjadi kekasih Is.

“Is  betul ke ni isteri you. Hei apa kena dengan test you ni. ketinggalan betul perempuan ni. pakai tudung bagai. Sangatlah kolot.” Terkejut aku mendengar nya. Satu badanku mengigil. Aku ingin bersuara tapi 
Tengku Izham pantas bersuara daripada ku.

“you cakap isteri aku kolot, kekampungan?” dia gelak menyampah.

“sekurang-kurangnya sikap kekampungan dan kolot dia tu dapat kurangkan dosa yang aku tanggung. Dia tutup apa yang sepatutnya bukannya macam you pakai baju macam tak cukup kain kan. Agaknya dah habis harta mak bapak kau sebab tu lah kau tak boleh nak beli kain nak tutup badan kau kan.” Bidas Tengku Izham. Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Bersyukur aku mendapat suami macam dia.

“ kenapa dengan you ni hah Is. Apa kurang I dan apa yang lebihnya perempuan kampung ni? dia sama sekali tak layak nak bergandingan dengan you tahu tak” suaranya dah naik volume yang lebih tinggi.

“you nak tahu kenapa kan. dengar sini. sebabnya dia ni pandai jaga maruah diri dia, pandai jaga tingkah laku dia dan dia jauh lebih baik pada kau yang” Tengku Izham memandang Tina dan

“kau  cermin diri kau sendiri dan perangai kau . Kalau kau nak tahu aku bersyukur sebab tak kahwin dengan kau tau tak” ujar Tengku Izham marah.

“sayang jom balik sekarang. Aku hanya mengangguk dan menurutinya yang menuju ke kaunter. Otak aku penuh dengan seribu satu persoalan walaupun perempuan senget yang pakai baju tak cukup kain tu dah perkenalkan diri dia. Hati aku belum puas lagi kalau tak mengetahui cerita sebenarnya. Macam mana dia orang boleh berpisah kalau dia orang ni pasangan bercinta? 

"Is you hanya boleh jadi milik I, bukan orang lain" laung Tina. sudah gila agaknya perempuan tu. dah tak ada lelaki lain gamaknya. ee menyampah betul.

 Sepanjang perjalanan suasana sunyi dan sepi dalam kereta. Hanya kedengaran suara dj radio yang rancak menjalankan tugasanya. Aku tidak berani bersuara walaupun perasaan aku ingin tahu membuak-buak perkara yang sebenarnya. Perutku bertambah kecut apabila kereta mewah yang dipandunya begitu laju membelah jalan raya. Semput nafas aku. Mujurla kereta mewah kalau kereta biasa alamatnya dah tersadai dah tepi jalan.

  Aku membawa segelas air milo panas ke ruang tamu untuk suamiku. Sebaik sahaja sampai di ruang tamu rumah mewah itu aku melihat dia sedang duduk bersandar sambil memejamkan matanya. Mungkin perasaan geram dan marah dia tu masih berbaki lagi kot dengan perempuan tadi. Bila teringatkan je Tina tu hati aku serta merta sakit. Aku tak pernah okay peluk suami sendiri dekat tempat awam macam tu tapi dia selamba badak je buat macam tu. Geram betul aku!

“abang Hanan buatkan air untuk abang ni. minum bang”ujarku sambil mengambil tempat di sebelahnya.

“abang dah lah macam tu. Tak payah fikirkan hal dah berlaku. Perempuan gila macam tu tak payah nak diingatkan bang” pujukku sambil menggosok lengannya. Dia membuka mata dan melemparkan senyuman ke arahku. Dah hilang dah muka garang dia tu. Aku juga turut tersenyum memandangnya.

“abang mintak maaf” ujarnya. Sekali lagi perkataan maaf tercetus daripada mulutnya.

“kenapa pulak ni mintak maaf pulak. Bukan salah abang kan. Hanan faham abang pun tak suka dia buat macam tu tapi nak buat macam mana benda dah terjadi kan”

“sayang tak sakit hati?” soalnya kepadaku. Tengku Izham merenung isterinya dia memang pantang kalau orang mengutuk isterinya. Hati dia turut berasa sakit dengan perkataan yang dilemparkan oleh Tina tadi.

 Aku tersenyum hambar.

“kalau Hanan cakap tak nampak sangat tipukan tapi biarlah. Dia dah tak ganggu kita kan sekarang. Biarlah dia nak cakap apa pun. Bukan luak pun” jawabku.

Tengku Izham mengeluh.

“dah lah tu bang” pujukku lagi.

“kita lupakan pasal dia okay. Yang penting Hanan ada kat abang sekarang kan. Biarlah, dia kan ada mulut nak cakap macam tu. Jangan fikirkan dia lagi” sambungku lagi.

“hmm abang bersyukur sangat dapat isteri macam sayang. Faham sangat jiwa abang. Thanks sayang” 
Tengku Izham memandang buat kesekian kalinya wajah mulus isterinya. Bergetar naluri kelakiannya setiap kali memandang wajah cantik itu.

“hei tengok la siapa orangnya. Hanan kan” jawabku selamba. Saja ingin mewujudkan mood ceria antara kami. Dia tergelak mendengar tutur kataku.

“sayang. I love you so much” ujarnya. ucapan cinta itu sekali lagi membuatkan aku terasa seperti duniaku berhenti berpusing. Jantungku berdegup laju. Ucapan itu sangat bermakna buatku. Tengku Izham meraih badanku dalam pelukannya. tanpa sedar aku membalas pelukannya dengan kemas sekali. Apabila aku berasa bibir milik Tengku Izham mula mendarat di leherku terus aku mencari jalan untuk lepaskan diri. Aku mula berpeluh. Perasaanku berdebar-debar.

“abang minum la air milo tu. Penat tau Hanan buat” celahku tiba-tiba untuk mematikan lamunannya.
Dia melepaskan pelukannya dan menghentikan perbuatannya. Lega sangat rasanya.

“cukup sayang. Kali ni sayang dah tak boleh nak halangkan abang. Izinkan abang ya sayang. Izinkan abang 
jalankan tanggungjawab abang sepenuhnya” katanya sambil merenungku

 Gulp! Perit rasanya untukku menelan liur buat masa ini. Jantung aku ni macam nak tergolek jatuh dah. Nak pitam boleh tak sekarang ni? atau aku buat-buat pitam je.

“abang Hanan nak pergi da...”

“sayang please” pintanya lagi. Sebelum ni dia tak pernah memaksa aku dan malam ni dia menuntut hak dia yang sepatutnya dan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Sungguh aku betul-betul buntu sekarang ni. aku ingat lagi pesan uztazah aku kat sekolah bahawa malaikat akan melaknat seorang isteri sampai pagi kalau tidak melayan permintaan suaminya. Aku tersepit sekarang dengan perasaan yang masih kurang yakin dan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Aku mula gelisah. Aku tersentak sebaik sahaja aku berasakan tubuhku dicempung oleh tak lain dan tidak bukan suamiku sendiri. Wajah aku dan dia hanya beberapa inci sahaja. Dia mencempungku sampai ke bilik dan meletakkan tubuhku dengan lembut di atas katil dalam bilik kami.

 Entah mengapa setiap sentuhannya aku berasakan begitu indah sekali dan mendamaikan. Aku terleka. Akhirnya kami dihanyut badai asmara yang kian menggila. Aku berdoa agar Tuhan memeliharakan hubungan kami hingga akhir hayat.  aku redha dengan semua yang terjadi. bersaksikan bulan dan bintang akhirnya dua hati sudah menjadi satu.

 “sayang bangun sayang, bangun solat subuh” sayu-sayu aku mendengar suara Tengku Izham menggerakku dari tidur. Memang kebiasaannya dia mengejutkan aku setiap pagi sebab aku ni kalau dah tidur susah nak bangun. Lebih-lebih lagi kalau aku dalam keletihan.

“kasi lima minit lagi. Ngantuk la” ujarku dalam keadaan separuh sedar.

“bangun la sayang nanti lewat pulak kan solat nak mandi apa lagi” beritahunya sambil tangannya bermain di wajahku.
“malas la nak mandi. Kejap lagi saya bangun la”

“mana boleh. hari ni sayang kena mandi tau tak boleh macam biasa basuh muka je. Cepat la bangun sayang” dia masih tidak mengalah mengejutkan aku.

“ke sayang nak perkara macam semalam berulang lagi ni” soalnya.

 Berkerut-kerut dahiku cuba mencerna kata-katanya. Dalam keadaan masih mamai otakku sedikit lembap untuk berfikir. Semalam? Apa dah berlaku semalam? Soalku kepada diri sendiri. Aku masih lagi cuba mengingati apa yang berlaku semalam dan apabila mengingati semuanya serta merta mataku terbuka luas. Sebaik sahaja mataku terbuka wajahnya begitu hampir denganku. Wangian kat badan dia pun aku boleh bau dan kehangatan nafasnya menampar lembut pipiku .Terkejut beruk aku di buatnya serta merta badanku bangkit daripada tidur manakala tanganku pulak tidak lepas daripada memegang comforter yang menyelimuti badanku.

“kenapa sayang?” bisik Tengku Izham lembut. Jantungku berdegup laju mengalahkan kuasa kuda. Kenapa 
aku bodoh sangat hah benda yang berlaku semalam pun boleh tak ingat lembap betulla.

“sayang..”panggilnya manja dan menghampiri lebih dekat kepadaku. Dengan cepat aku berdiri dan masuk ke dalam bilik air. Ee malunya.

 Tengku Izham gelak melihat gelagat isterinya yang kelam kabut dan muka yang cuba menahan malu itu. Blushing sangat muka isteri dia. Dia tahu isterinya malu dengan apa yang berlaku semalam. Dia tersenyum apabila mengingatkan sentuhan Asy yang membalas dengan lembut. Dia pasti semua yang berlaku dengan rela. Mintak-mintak dengan semua ini Asy akan lebih mencintainya. Itu doanya.

 Aku menjenguk di sebalik pintu tandas. Line clear! Tengku Izham tiada dalam bilik ini. Dia terus menyusup keluar untuk mengambil pakaiannya. aku memerhatikan diriku di cermin. Selepas puas hati dengan penampilan ku aku terus keluar daripada bilik. Entah kenapa hari ni aku nak Tengku Izham nampak aku cantik di depan matanya. Hanya aku seorang bukannya orang lain.

“sayang breakfast dah siap. Jom makan” ajaknya. Aku memerhatikan sarapan yang siap terhidang di atas meja. Kekok dan malu sangat dengan situasi sekarang ni. aku hanya berdiri. Kalau boleh aku nak delete habis memori kat kepala otak aku ni pasal semalam biar aku tak ingat satu pun. Baru la aku tak malu nak mengadap muka dia ni.

“sayang.. duduk la. Kenapa tercegat je kat situ?” aku menunduk memandang makanan yang terhidang di atas meja. Sumpah aku malu untuk bertentang mata dengan dia. Lambat-lambat aku duduk. Mulutku yang sering becok mengalahkan mulut murai hari ni diam seribu bahasa.  Nampaknya aku memang malu dengan semua yang berlaku. Alahai tak sangka aku sudah menjalankan tanggungjawab aku sebetulnya.

 Tengku Izham menyapu jem di roti dan meletakkan di dalam pingganku. Dia juga turut menuangkan air untukku. Aku memang rasa macam dilayan bagai tuan puteri sekarang ni. alahai kenapa la macam ni dia layan aku hari ni. biasanya aku yang buat semua ni.

“sayang menungkan apa tu hmm. Makan la tak payah nak malu-malu. Abangkan suami sayang kan” ujarnya perlahan tapi aku tidak berani lagi untuk mengangkat muka memandangnya. Dia pulak macam tahu-tahu pulak apa yang sedang aku fikirkan sekarang ni.

 Dengan penuh ayu aku meneguk air milo di hadapanku. Bulat mataku sebaik sahaja air itu masuk ke dalam mulutku. Akhirnya air itu tersembur dan tepat kena pada kemeja Tengku Izham. Terbatuk-batuk aku jadinya. ee air apa ni? masin semacam, taruk gula ke garam sebenarnya ni

“sayang are you okay?” tanyanya cemas.

“sayang jangan la gelojoh sangat minum tu. Tengok apa dah jadi ni” ujarnya sambil menanggalkan kemeja dari tubuhnya.

“bukan Hanan minum gelojoh tapi air ni”  tunjukku.

“kenapa pulak?” tanyanya. Selepas itu dia mencapai cawannya yang berisi air dan meminumnya dan selepas itu habis tersembur tapi kali ni elok tersembur kat mukaku. kami memandang sesama sendiri  akhirnya tercetus ketawa daripada kami. Aku minum sembur kat baju dia, dia pulak sembur kat muka aku. Kosong kosong kan. Kami ketawa memikirkan gaya masing-masing.

“abang taruk apa dalam air tu?” soalku dalam sisa ketawa yang masih berbaki.

“abang taruk gula la sayang. Tak tahu pulak boleh jadi macam ni” dia memandang sayu gelas yang masih berbaki air milo.

“cuba abang cakap gula mana satu yang abang ambik ni?” tanyaku ingin tahu,
“abang ambik yang dalam bekas kaca kat dapur  tu la” jawabnya. Sesaat selepas itu aku bantai gelak habis. Tengku Izham memang kelakar.

“abang tu bukan gula tau tu garam la” beritahu ku.

“oo ya ke?” tanyanya blur. Dia tersenyum hambar. Wajahnya berubah sayu. Serta-merta aku terdiam memandang wajahnya.

“abang ingat pagi ni abang dapat sediakan breakfast untuk sayang. Cuba buat yang terbaik tapi garam dengan gula pun abang tak kenal. Bodoh betul abang ni” aku memandangnya. Nampaknya dia ikhlas menyediakan semua ni untukku. Aku betul-betul terharu.

“abang jangan la macam ni. lain kali Hanan ajar abang ya. Dah la tak mau sedih-sedih macam ni. kejap lagi nak pergi kerja kan dah tak handsome dah kalau macam ni” pujukku.

 Dia tersenyum lantas dia menarikku untuk duduk di atas ribanya.

“okay janji dengan abang nanti ajar abang tau. Nanti kalau sayang letih boleh lah abang tolong sediakan semua ni pulakkan” ujarnya bersama sengihan nakal. Pantas tanganku mendarat di atas lengannya.

“gatal” ujarku. Dia menggosok lengannya yang menjadi mangsa encik ketamku. Aku merenungnya sambil tanganku berada di bahunya. Sekarang aku yakin sangat bahawa aku sudah mencintainya dan aku berharap sangat hubungan kami akan kekal dan aku dapat menjadi isteri yang terbaik dan solehah buatnya. Itu harapan dan doaku.

No comments:

Post a Comment