Fariz memerhati perempuan di sebelahnya.
Dengan cahaya yang tidak jelas sesekali matanya galak memerhati wanita itu dari
hujung rambut sampai hujung kaki. Telan air liur dibuatnya. Suara muzik yang
begitu kuat tidak dihiraukan lagi apatah lagi dengan perempuan yang melayannya
di tepi. Sungguh di berasa tertarik dengan perempuan yang rakus meneguk air haram
itu. Entah mengapa seperti ada tarikan pada hatinya untuk mengenali perempuan
itu. Ajakan daripada perempuan yang di langgannya di kelab itu untuk menari sudah
tidak dihiraukan sama sekali yang pasti matanya tidak lepas memandang perempuan
seksi dan jelita itu.
Dia melihat wanita itu mula bercakap dan
tersenyum sendiri. Dengan sengihan melebar fariz pasti yang perempuan itu mabuk
sekarang. Dengan tiba-tiba perempuan yang tidak dikenalinya itu menghempaskan
gelas yang diminum dengan kuat di atas meja tapi bunyi muzik yang dipasang
menenggelamkan bunyi hempasan itu. Nampaknya perempuan itu bertindak garang dan
marah pulak sekarang ini dan ini semua membuatkan dia semakin tertarik.
Fariz meleraikan pelukan wanita yang
mendampingi sejak dari tadi lagi. Dia tidak berminat kat mana-mana pelayan kat
kelab ni sekarang sebab segalanya tertumpu kepada wanita di hadapannya. Otaknya
hanya ingin mengenali wanita tersebut.
“Hai” Tegur Fariz sambil mendekatkan tubuh dia
dengan wanita jelita itu. Teguran Fariz itu sama sekali tidak dihiraukan oleh
wanita tersebut. Dengan penuh rakus dia meneguk lagi air kencing syaitan itu.
Tanpa mengira halal haram dia minum tanpa rasa malu dan sekarang keadaannya mula mabuk
tanpa sedar. Bagi Fariz pula situasi beginilah yang perlu digunakannya olehnya
untuk mendekati perempuan tersebut. Dia mula memikirkan idea jahat.
“Hai I’m Fariz” tegurnya lagi. Wanita
itu segera berpaling menghadap Fariz dan tersenyum.
“hai I’m Tina” balasnya dan beberapa
saat selepas itu dia masih lagi minum air haram itu. Fariz tersenyum. Jerat
sudah mengena so dia akan teruskan lagi dengan permainan yang dia ciptakan
sekarang ni.
“you alone?” tanya Fariz tanpa segan
silu. Sebenarnya dia risau kalau wanita cantik ini sudah berteman nanti tak
pasal-pasal dia merasa tendangan dari pemilik wanita ini macam yang dia kena
dulu.sekali kena membuatkan diri dia leboh berhati-hati.
“yeah. I memang bersendirian sejak dulu
lagi sejak Is tinggalkan I” beritahu wanita itu antara sedar dan tidak.
Fariz berkerut mendengar nama itu. Is?
Desisnya.
“takkanla wanita secantik Cik Tina ni
tak berteman. I tak percayalah.” Tokoknya lagi.
“suka hati you lah nak percaya ke tak.
Tapi you nak tahu tak dia dah tinggalkan I dan kahwin dengan perempuan kampung
tu. You tahu tak betapa sakitnya hati I sekarang ni tengok dia bergembira
dengan perempuan kolot tu dan I pulak menderita” suaranya mula meninggi dan
tanpa Tina sedar dia sudah menarik kasar baju Fariz. Fariz memandang Tina yang sudah naik minyak itu. semakin marah semakin nampak cantik wanita itu di matanya.
“Tina calm down. Don’t worry you cantik orangnya
sekali you petik je jari you je berdusun yang datang tau” ujar Fariz sambil
mengusap lembut pipi Tina. Dia tersenyum nampaknya malam ini wanita ini akan
jatuh ke tangannya.
“well if you don’t mind I boleh temankan
you malam ni” sambungnya lagi.
Tina ketawa.
“I tak nak siapapun temankan I, termasuk
you. I hanya nak Is je dalam hidup I. I cintakan dia sangat”
lirih suaranya berkata. Matanya mula berkaca-kaca.
“tapi sekrarang dia dah tak hiraukan I.
Asyik sibuk memanjang je dengan perempuan bodoh tu” marah Tina. Riak mukanya
sudah berubah daripada yang sedih kepada yang garang. Tina menguak rambutnya ke belakang dan
mencapai gelas lalu terus diteguknya. Baginya hanya dengan cara ini sahaja
boleh menghilangkan masalah yang membendung dirinya ini sejak Tengku Izham
balik ke Malaysia. Perasaan dia pedih sangat apabila pujaan hatinya sama sekali
tidak menghiraukannya. Apabila mendengar tengku Izham akan berkahwin macam
orang yang diserang histeria lagaknya. Sumapah dia cintakan Tengku Izham!
“hey girl come on. Banyak lagi lelaki
yang nakkan you. Jangan la macam ni. I pasti sangat lelaki tu sangat lah bodoh
sebab sanggup tinggalkan perempuan secantik you. Kalau I la I dah takkan
lepaskan you tau” Fariz sudah mengeluarkan ayat manisnya untuk memikat gadis.
Dia pasti sangat yang Tina akan tergoda dengan ayatnya.
“lelaki di mulut je manis tapi semuanya
hampeh. Tak boleh diharap langsung” bidas Tina. Fariz sedikit terkejut
mendengar ayat yang meluncur keluar daripada mulut Tina. Tapi tidak lama kemudian
dia tersenyum lagi. Nampaknya Tina ini bukanlah wanita yang mudah untuk jatuh
ke tangannya. Hmm menarik!
“well I harap you tak akan anggap I
macam tu. I ni gentlemen” ujarnya dengan angkuh. Fariz merangkul pinggang Tina.
Bau wangian daripada tubuh Tina sudah menggetarkan naluri kelakiannya. Dia
nekad malam ini bersaksikan bulan dan bintang Tina akan menjadi miliknya sama
ada rela atau terpaksa. Dia tahu dia kejam dan akan selalu macam tu.
“hey lepaslah” ujar Tina sambil menolak
kasar tubuh Fariz yang mencumbuinya. Tapi kudratnya tidak kuat lebih-lebih lagi
dalam keadaan mabuk macam tu.
“oh i’m sorry” pinta Fariz. “by the way
boleh I tahu apa masalah you sampai macam ni sekali you kecewa. Jangan risau I ni akan jaga rahsia you” Fariz merenung Tina sambil mengahdiahkan senyuman paling
menggoda sekali.
Tina tersenyum sambil tangannya mula
menjalar di dada bidang Fariz. Sekejap
sahaja dan kemudian dia bersandar lemah di sofa yang didudukinya.
“hey tell me. Mana tahu kalau I boleh
tolong you kan” entah kenapa fariz ingin
mengetahui masalah yang dihadapi oleh Tina. Ini semua sebab nama yang disebut
oleh wanita ini tadi. Mana tahu kalau betul apa yang diteka olehnya sekarang.
“I cintakan dia sangat tapi sanggup dia
kahwin dengan orang lain dan berlakon macam tak kenal I. Hati I ni sakit sangat
dilayan macam tu. Dalam masa yang sama I rasa nak bunuh je perempuan yang
merampas Is dari I. Biar dia hilang terus dari muka bumi ni. sumpah I benci
dia” luah Tina. Beberapa saat selepas itu dia ketawa kuat.
“bodoh punya jantan perempuan kampung
macam tu yang dipandangnya. Belajar entah lulus ke tidak spm ada hati nak
rampas Is yang berkedudukan tinggi macam tu. Tak sedar diri. Nanti kau perempuan
aku akan buat sesuatu sampai kau sendiri yang nak bercerai dengan suami kau tu”
ujarnya geram.
Fariz hanya mendengar luahan hati Tina.
Menarik cerita cinta Tina baginya.
“it sounds great. Macam mana perempuan
kampung tu boleh kalahkan you yang jelita ni. dia cantik ke?” soal Fariz ingin
tahu.
“siapa? Perempuan bodoh tu?” Tina melemparkan
balik soalan kepada Fariz. Fariz hanya mengangguk.
“huh! Cantik apa kebendanya macam tu.
Kalau nak dibandingkan dengan I memang macam langit dengan bumila. Tersangatlah
kolot dengan bertudung dan bertutup satu badan macam tu. Benci I tengok semua
tu. Berpura je lebih” tuduhnya tanpa sedar dia telah membuat fitnah kepada
isteri lelaki yang dicintainya dan memfitnah satu dosa besar!
“wow benci sangat nampaknya you kat
perempuan tu. Well kalau boleh I nak tahu la kan siapa la perempuan dan lelaki
yang you maksudkan tu. Tu pun kalau you tak keberatan la kan. Mana tahu kot I
boleh tolong you selesaikan masalah you ni”
Tina ketawa lagi dan dengan sekelip mata
ke riak mukanya berubah menjadi marah.
“lelaki tu Iskandar, Tengku Izham
Iskandar dan perempuan tu pulak hish entah I malas nak ambik tahu nama dia apa”
ujar Tina sedikit berang.
“Hanan Asyikin” beritahu Fariz. Dan
serentak itu Tina memandang Fariz dengan mengecilkan matanya.
“exactly. Tak silap I memang tu nama
dia. Perempuan bangsat!” herdik Tina lalu rebah di sisi Fariz. Fariz tersenyum
kemenangan. Nampaknya nasib menyebelahi dia sekarang ni. dia akan pastikan Asy
akan jadi milik dia dan Tina akan menjadi pelengkap cerita yang direka olehnya
sendiri. Fariz melihat yang Tina yang sudah jatuh ke ribanya. Baginya tak baik
tolak rezeki dan malam ini akan menjadi malam yang indah buatnya dengan adanya
Tina untuk menemaninya. Senyuman jahat mula terukir di bibirnya.
***
Asy termenung di beranda rumahnya.
Kepalanya masih buntu memikirkan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Selepas
balik daripada Genting Highland tadi inilah kerjanya. Termenung dan berfikir.
Memang kalau tak silap dia apa yang dilihat oleh matanya tadi sama sekali tidak
menipunya tapi semua itu mustahil berlaku. Asy menggelengkan kepalanya. Dia
sudah keletihan tapi untuk melelapkan mata sama sekali susah baginya untuk dia
lakukan. Kepalanya tengah berserabut sekarang ni. kalau ada benda yang boleh
scan kepala dia sekarang mesti saraf kat kepala dia ni berbelit je gamaknya.
“kalau lah betul apa yang aku lihat tadi.
Hish” aku menggelengkan kepala lagi lalu menepuk dahiku. Tak logik dan tak
masuk akal langsung. Mungkin pelanduk dua serupa je kot apa yang aku lihat
tadi. Tak mungkin! Tak mungkin! Aku mengeluh. Ee kusut betul fikiran aku
sekarang ni . nak kata Haikal ada adik beradik lain takkanla pulak. Dia kan
anak tunggal. Habis tadi siapa yang aku nampak tadi? Ya Allah apa yang kau nak
tunjukkan lagi kepadaku ni Ya Allah. Rintihku hati ku.
“Balqis” panggilku lembut apabila Balqis
mula menjawab panggilanku.
“ya Asy. Kenapa kau call aku ni tak
sibuk beradu dengan suami kau ke?” jawab Balqis. Ee minah ni kan aku telefon
nak cakap baik-baik dia pulak yang nak sindir-sindir aku kan. Geram betul.
“ Mulut kau ni kan memang macam longkang
tahu. Mana ada aku sibuk beradu tau. Kau ni kan kalau cakap tak bertapis langsung”
bebelku kepadanya. Kedengaran suara dia yang bergelak ketawa sekarang ni.
“okay aku mintak maaf Asy. Kau ni jangan
membebel kuat sangat boleh tak” beritahu Balqis.
“kenapa kau phone aku ni sebenarnya?” sambung Balqis.
“amboi amboi kau ni takkan la aku nak
call kawan baik aku sendiri pun tak boleh.
Aku sentap baru kau tahu.”
“hish jangan Asy nanti cepat tua tau.
Aku okay je kau nak call aku pun lagipun aku baru plan nak call kau alih-alih
kau yang telefon aku dulu. Chemistry kuat betul kita ni kan” ujar Balqis riang.
“banyak la kau chemistry. Chemistry aku
dengan suami aku je tau. Dengan kau tak layan okay” jawabku sengaja ingin
mengenakannya.
“amboi kau kemain sekarang ya. Ye la orang dah bersuami kan. Hah kalau
memang chemistry korang kuatla sangat kan kasila keluar sorang anak. baru boleh
buktikan chemistry kau tu tahap mana” ujarnya. Aku nak kenakan dia tapi
nampaknya sekarang dia yang kenakan aku balik ni . Hish tak boleh jadi
ni. kalau dah kat depan aku ni memang aku dah ganyang dah mulut dia tu.
“kau corner kot lain ya. Sebelum aku
kasi kau, kau beranak dulu. Biar aku main puas-puas dengan anak kau dulu ya.
Apa orang kata belajar la dulukan sebelum ada anak sendiri” balasku.
“kau ni kan macam-macam betul. Beb cepat
la ada anak. Anak dapat eratkan hubungan kita dengan suami tau” ujar Balqis.
Aku tertelan liur. Minah ni memang suka buat aku sesak nafas tau.
“hish kau ni kau sorang beranak
sudahlah. Aku tak bersedia lagi dan belum ada rezeki lagi. Kalau ada aku terima
je. Kau kan tahu aku ni macam mana penakutnya. tengok darah orang saja dengan aku sekali yang dah
yang nak pengsan ” aku berkata sambil membayangkan situasi aku masa
melahirkan anak. Gerun aku dibuatnya membayangkan betapa sakitnya semasa melahirkan anak. Kalau aku
diberi peluang untuk ada benih di dalam rahimku sebenarnya aku akan terima
dengan terbuka. Sebab tu semua bukti cinta aku dengan tengku Izham.
“suka hati kau lah. Hey Asy aku nak
mintak maaf sebenarnya ni. kan pasal aku ajak korang datang dinner rumah aku
kan tapi last-last aku yang kena cancel jugak tu semua. Sorry sangat. Tetiba je
mak mertua aku suruh pulang makan malan kat rumah dia. Kau tahulah kan macam mana
mak mertua aku kalau dia dah keluarkan arahan mana ada anak dia boleh
membantahnya” luah Balqis. Aku mencebik.
“ala sebenarnya kau pun suka kan kalau pergi
rumah family mentua kau. Macam la aku tak tahu dia orang layan kau macam puteri
kan. Kau kan menantu kesayangan” aku meleret apabila mengucapkan kesayangan
itu.
“kau ni perli aku ke apa sekarang ni?”
soal Balqis.
“eh kau terasa ke?” balas ku balik.
Akhirnya kami ketawa. Sudah lama aku dan Balqis tidak bergurau macam ni. kalau
boleh pun sekejap je. Tu pun dulu masa aku pergi kat office. Nak harapkan
Balqis keluar jangan harapla. Tengku Rayyan tak akan dikasinya Balqis keluar
kalau tak bersama dengannya. Risau benar terhadap isterinya yang tengah
mengandung tu.
“Asy..” panggil Balqis lembut.
“kenapa cik Balqis” soalku.
“kau happy sekarang ni?” tanya Balqis.
Aku tersenyum mendengarnya.
“aku happy sangat Balqis. Kau tahu aku
cintakan Is sangat-sangat” ujarku dengan luhur dan penuh ikhlas dari
hatiku.
“alhamdulillah. Aku tumpang gembira
untuk kau beb. Beb malam ni datang rumah aku tau. Makan malam kat sini” ajak
Balqis. Balqis sentiasa berdoa untuk kebahagiaan kawannya itu. Dia tahu kisah
sebenarnya macam mana Asy boleh berkahwin dengan Tengku Izham dan dalam masa
yang sama dia sentiasa mendoakan kebahagiaan sahabatnya. Dia tahu walaupun
perkahwinan yang dipersetujui oleh kawannya pada mulanya tanpa rasa cinta akan
menjadi perkahwinan yang terindah dalam hidupnya. Syukur sangat sekarang
kawannya mula menerimai lelaki lain dan Balqis berharap yang Asy akan melupakan
kenangan lama.
Selepas menamatkan panggilan dengan Balqis Asy
bergerak menuju ke biliknya. Dia tersenyum memandang tengku Izham yang begitu
lena tidur di atas katil. Dia mendekati suaminya lagi. Buat kali ini dia
merenung suaminya lagi. Matanya begitu asyik menatap seraut wajah suaminya yang
begitu kacak sekali. Dari mata turun ke hidung. Dia tersenyum geli hati memang
macam ni lah rutinnya apabila mendapat peluang untuk merenung wajah suaminya.
Sama sekali dia takkan lepaskan peluang tersebut. Kalau lah tengku Izham tahu
apa yang dia buat sekarang pasti teruk dia kena usik dan sebab itulah dia suka
pandang wajah Tengku Izham curi-curi.
“abang bangun bang. dah nak dekat magrib ni. kang lewat pulak. abang
bangunla nanti nak pergi rumah Balqis lagi.” Aku masih tidak berputus asa
mengejutkannya. Penat sangat ni sampai lena benar dia tidur.
“abang” aku menggoncang bahunya. Kali ni
sedikit kuat.
“hmmm” jawabnya.
“apa hmm hmm. Abang ni bangunla. Balqis
ajak pergi makan malam rumah dia. Cepat la bang bangun”
“sayang.. rindula” ujarnya. Berkerut
dahiku mendengar kata-katanya. Tak boleh nak berenggang langsung mula la nak
rindu je kerjanya.
“ngada-ngada betulla. Dah cepat bangun”
aku menepuk bahunya. Tengku Izham membuka matanya sambil memerhatikan ku. Aku
tersenyum lalu bangun untuk menyediakan pakaian tengku Izham. Tapi belum sempat
aku melangkah tanganku diheret lembut oleh Tengku Izham dan bila aku berpaling.
Gulp! Bulat mataku
dengan perbuatannya.
“sayang ni dah pandai dah sekarang kan.
Dah pandai bagi respon yang baik. good” ujarnya apabila melepaskan pautan
bibirnya di bibirku.
Aku menepuk di dada bidangnya sambil
tertunduk malu. Sumpah malu apabila dia cakap macam tu.
“abang baik pergi mandi sekarang jangan
main-main boleh tak”
“kalau tak main-main dengan isteri abang
nak main dengan siapa lagi kan. Well sayang jom”
Aku pelik. Nak ajak aku ke mana pulak ni?
“nak pergi mana pulak? Kan kita nak
pergi rumah Balqis ni abang oi” kataku sambil memandangnya sedikit pelik.
Macam-macam betul. Tak dilayan karang merajuk pulak.
“jom kita pergi mandi sekali.” Ajaknya.
Terbuntang luas mataku mendengar permintaannya itu. Ee tak malu betul. Dengan kudrat
yang ada aku menolak badannya dan dia jatuh terbaring di atas katil sambil
ketawa. Aku mengetap bibir melihat reaksinya. Sajalah tu nak kenakan aku. Ee
geram betul.
Tengku Izham memandang langkah isterinya
yang keluar daripada bilik. Dia akui yang Asy pemalu orangnya, tengok lah dah acah sikit merona merah terus
wajah jelita isterinya. Dia bersyukur sekarang sebab isterinya mula menerimanya
dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sebenar.
“abang mandi” jerit Asy sedikit kuat. Tersentak
Tengku Izham dengan jeritan itu lalu dengan kadar segera dia terus mencapai
tuala dan meloloskan badan ke dalam tandas. Takut jugak dengan isteri dia. Kang
tak pasal-pasal kena membebel pulak nanti kan.
No comments:
Post a Comment