Dear Readers

Thursday 22 September 2011

hadirnya cintamu yang terindah(BAB 3)

 
wah bestnya jalan-jalan sambil cuci mata ni kan Balqis?Em selalu aku dengar aje pasal tempat ni tapi akhirnya aku dapat juga sampai sini.Terima kasih ya Balqis sebab sanggup bawa aku ke sini malam ni.”aku berterima kasih kepada Balqis walaupun separuh hari dia sudah bekerja dan letih tetapi sanggup membawa aku keluar malam ini round-round Pavillion.

Ala kau ni kita kan datang nak enjoy yang kau buat muka sedih and berterima kasih dengan aku tu apesal?macam la kau tak pernah menyusahkan aku tau.”kata Balqis.

Erm ye la aku bukan apa kau kan sudah kerja hari ni mesti kau letih then aku ajak pulak kau keluar.sory banyak-banyak ya”kataku dengan muka yang dibuat-buat sedih.

Erm banyak la sory kau.sory naik lori la.no hal la.aku tak berkira langsung dengan kau tahu tak.Woi yang kau nak jiwang ni kenapa?amboi ke nak suruh aku belanja kau makan pulak.kan tadi kau dah makan kat rumah tadi.Ish, takkan perut kau ada space lagi tak?ei makan banyak sungguh la kau ni.nanti jadi bulat baru kau tahu.”balqis tahu walaupun kawannya makan banyak tetapi badan Asy tidak gemuk-gemuk sehingga ada orang bertanya tip menjaga badan daripada Asy di sekolah mahupun di universiti.Asy bukan nya tahu sangat dia main hentam aje bagi tip kat orang lain.Kadang-kadang apabila mengingati perangai Asy yang satu tu Balqis boleh ketawa sendirian.kelakar betul kawan aku si Asy ni!

Ala kau nie tahu-tahu je la aku kan makan...gedebuk!aduh!”tiba-tiba Asy jatuh rebah menyembah lantai.Orang awam yang berada di tempat tersebut ada yang ketawakannya dah ada yang memberi muka simpati.malu gila beb!Dengan perasaan geram bercampur marah Asy cuba melihat siapa manusia jahanam yang melanggarnya.

Woi kau ni buta ke hah?tak nampak ke aku ni sampai kau boleh redah macam tu aje”marah Hanan Asyikin kepada insan yang melanggarnya.Dia cuba melihat siapakah gerangan manusia tersebut tetapi topi dan kaca mata hitam yang dipakai oleh si dia menyukarkan Hanan Asyikin untuk melihatnya.Tapi yang pasti si dia adalah lelaki!

Kau la yang buta!sedap-sedap je kau tuduh aku kan.Dah la jalan sambil berbual dah tak ingat keadaan kat sekeliling.Ei perempuan memang macam ni”Bidas lelaki tersebut.

Apa kau cakap aku yang buta.hoi! kau la, aku yang besar macam ni pun kau boleh rempuh lagi.Bodohla kau ni patutnya kau dah nampak aku sibuk berbual 'hal negara' dengan kawan aku yang kau tak elak apesal?!”suhu kemarahan Hanan Asyikin dah mula naik.Boleh jantan jahanam kata aku yang buta padahal dia yang rempuh aku dulu sampai jatuh.malu wei.jatuh air muka aku kat shopping complex ni.Dengan perasaan yang geram barcampur marah juga lelaki tadi membuka topi dan kaca mata nya.Balqis yang berada di sisi ku dah terpegun tengok wajah lelaki itu tetapi aku sebaliknya.tidak tergugat lansung!
Nak berbual bukan kat sini kau tahu!kat sini tempat orang shopping”kurang ajar betul minah ni dah lah volume suara dia kuat lepas tu dia berani pulak marah aku kat public place macam ni. Sebelum ni mana ada satu orang pun yang berani tengking aku.Berani sungguh minah ni dia belum tahu aku siapa!

Sudah-sudah Asy malu la kat orang ramai.Maaf ya encik kawan saya macam ni”ikutkan hati Balqis dia pun tak ingin minta maaf dengan lelaki tak guna ni.Dahlah langgar orang tapi tak minta maaf pun.ni dah terbalik pulak.Dia menyampuk pun sebab dua-dua tak nak mengalah so terpaksalah dia masuk campur.

Ah baguslah ajar kawan awak ni sikit macam mana nak minta maaf dengan orang lain”kata si lelaki dengan angkuh.
Berasap telinga Hanan Asyikin mendengarnya.Dia sudah menyelak lengan bajunya untuk 'berperang' dengan lelaki itu tapi sebelum dia sempat memulakan niatnya itu Balqis sudah mengheretnya dengan tergesa-tergesa untuk beredar dari tempat itu.Argh panas hati dia.Dia tidak suka orang menghalangnya dari berbuat sesuatu.lagipun dia anak tunggal bila bergaduh aje dengan orang lain dia selalu nak menang.itulah Hanan Asyikin!

Yang kau mintak maaf dengan mamat tak guna tadi kenapa?”marahku

Ala kau jangan la marah aku pulak.Aku bukannya apa aku tengok kau dengan mamat handsome tadi dua-dua tak nak mengalah.Itu yang aku masuk campur.Ramai beb orang tengok tadi.Malu aku!Yang mamat handsome tadi pun memang kurang ajar ada ke dia langgar kau tapi dia kata kau yang buta.Menggelegak telinga aku dengar kau tau tak!”Kata Balqis dengan marah yang teramat sangat.

Apa kau panggil dia??mamat handsome.Banyak la kau handsome muka macam sambal belacan pun kau boleh kata handsome.Dah la perangai kurang ajar.Ish sumpah aku benci dia tujuh keturunan!”Hanan Asyikin memang sebal dengan mamat tadi.eii kalau aku jumpa dia sekali je lagi aku maki dia habis-habis sampai dia tak nak tengok muka aku.

kau jangan, nanti kau tersangkut dengan dia baru kau tahu.Kot-kot ada jodoh mana tau kan.Lagipun mamat tadi boleh tahan jugak,sejuk mata aku memandang.kalau dia dapat jadi pakwe aku confirm aku takkan lepas punya!”Balqis berkata dengan nada mengusik

Eii mintak jauhla.simpang malaikat 44!!Sudah-sudah.Jangan cakap pasal dia lagi aku dah tak nak dengar dah.Sekarang jom balik dah melayang mood aku nak round-round kat sini”

Aku dan Baqis bergerak menuju tempat parking kereta untuk pulang ke rumah.

Tok tok tok!

Woi cepat la Asy buka pintu ni.Kaki aku dah nak patah berdiri kat luar ni!”

Balqis menjerit di luar rumah.Ish minah ni tak reti nak sabar langsung.

Ye aku datang la ni”cepat-cepat aku menuju ke arah pintu.

Assalamualaikum.Tak baik tau kalau kau tak jawab salam.Nanti Tuhan marah”Balqis menyindirku

waalaikummussalam tuan puteri.Yang tuan puteri tak bawa kunci rumah tu apesal?”kata ku dengan nada yang konon-kononnya geram

Ala kau ni aku lupa la tadi.Ni hah sebenarnya aku ada hal sikit nak cakap dengan kau.Pasal kerja”kata Balqis.

Hah pasal kerja?ya ke?kerja apa?kat mana?”Aku menyoal Balqis dengan soalan yang bertubi-tubi.

Ish kau ni bawak la bersabar sikit nanti la aku bagi tahu kau.Ni hah kat office aku tak ada penyambut tetamu so untuk job ni ada la kosong.Apabila staf aku beritahu pasal ni aku terus teringat kat kau.kau kan kata kerja apa pun tak apa asalkan gaji halal so buat sementara waktu ni kau kerja la kat office aku tu.Lepas tu kau cari la kerja yang sesuai dengan kelayakan kau hah.Amacam nak tak?”em harap-harap si Asy ni setuju dengan cadangan aku.

Ooo ya ke?kalau macam tu baguslah.Aku on je yang penting halal”erm belajar tinggi-tinggi tapi penyambut tetamu je kerja aku.hai apala punya nasib.Erm tapi tak apa.Sementara aje ni.

ok kalau macam tu esok kau ikut aku pergi office.Dahla aku nak mandi and solat dulu ni.Tak sempat nak solat kat office tadi.Kau dah solat belum tak baik tau lengahkan waktu solat.”nasihat Balqis kepadaku.

aku dah solat tadi.Kau pergi la solat dulu.Jap lg kita story-story pasal hal kau kat pejabat”kataku dengan sengihan.

Setelah Balqis berlalu pergi aku segera mencapai telefon bimbit ku untuk menelefon kepada ayah dan ibuku.Sudah lama aku tidak berbual dengan ibu dan ayah.Mesti aku telefon sekarang ni kena dengar ibu membebel.he he he.Lantaklah yang penting aku pandai tackle ibu.

Assalamualaikum ibu” Dengan sopan aku memberi salam.

Hah kamu Asy ingatkan dah tak pandai nak telefon ibu kat kampung ni”bebel ibu

ibu ku yang tersayang tak baik tau tak jawab salam nanti tuhan marah.”kataku

Ibu dah jawab la.Jawab dalam hati.Yang kamu tak telefon ibu dan ayah ni kenapa?dah lupa kita orang ek.Sampai hati kamu Asy.Ibu sedih tau dah la berpisah dengan Asy jauh.” Tangisan ibu kedengaran.

Hai ni bab yang aku lemah ni.

Ibu jangan sedih ya ibu.Lagipun Hanan kan baru telefon je ibu.So sebab tu lah Hanan tak telefon ibu.Ibu Hanan minta maaf ya” Macam ni lah aku time ibu menangis or marahkan aku.Aku akan membahasakan diri aku Hanan dan bersuara manja untuk menyejukkan hati ibu.Aku tak boleh lihat ibu menangis nanti aku juga akan turut menangis sama dengan ibu.

Ye lah tu.Kamu bukannya boleh percaya sangat nanti buat lagi.Lain kali kalau kamu tak telefon ibu lagi ibu malas kawan dengan kamu lagi.”kata ibu dengan nada merajuk

Ye la ibu lain kali Hanan selalu telefon ibu ya.Ibu sihat tak?Ayah pulak macam mana sekarang?”soalku

Alhamdulillah sayah dan ibu sihat je.Ayah tu macam biasa la sibuk dengan kebun dia.Sekarang ni pun dia tak ada kat rumah sibuk dengan kebun dia la.Asy macam mana dah jumpa kerja yang sesuai ke?”tanya ibu kepadaku

tak lagi bu.Asy ingat nanti Asy nak pergi temuduga la ibu dengan kelayakan Asy”jawabku.

Baguslah.Kamu jangan cari kerja yang tak sesuai dengan kamu pulak.Bukannya Asy ni boleh diharap sangat nanti jadi budak cleaner pulak.Jangan tau Asy ibu tak suka.”pesan ibu dengan nada yang tegas.

Ala ibu ni budak cleaner kerja juga yang penting halal kan bu”pujukku

Kamu jangan nak mengada-ngada.Belajar tinggi-tinggi tapi kerjanya tak sesuai.Ingat pesan ibu.Ibu tak suka Asy kerja main hentam je tau”Pesan ibu.

Okay boss!Asy akan ingat.Okay lah ibu.Lain kali kita cakap pulak.kirim salam kat ayah ya ibu.Assalamualaikum.”Aku menamatkan perbualan.

Hurm aku nekad untuk mencari kerja.pasal kerja kat office Balqis tu kira cancel la.Time darurat baru aku kerja kat situ!itupun kalau ada lagi job tu.Lagipun kalau ibu tahu aku kerja sebagai penyambut tetamu mampus!

Woi kau mengelamun apa tu?”sergah balqis.Takkan

Ish kau ni berapa kali la aku nak pesan kat kau hah?Jangan sergah aku macam tu.Lemah semangat aku tau.”kataku dengan marah

Ala bucuk-bucuk.kau janganla marah aku gurau je.Kalau marah nanti muka cepat tua tau.ha ha ha.Amacam setuju 100% ke nak kerja kat office aku?” soalnya

Hurm tadi aku call ibu aku.Dia dah bagi warning awal-awal jangan cari kerja yang tak sesuai dengan kelayakan aku.So aku kira cancel la dulu.Aku nak pergi cari kerja la esok.”kataku dengan semangat yang berkobar-kobar.

okaylah aku ikut kau je.Kalau macam itu esok kau pergi hantar aku kerja lepas tu kau guna lah kereta aku.tak payah guna kenderaan awam lah.Sekarang ni kan bahaya macam-macam boleh jadi tambah pulak kau yang cantik keluar sorang-sorang bahaya kau tahu nanti jadi apa-apa aku jugak la kena menjawab dengan ayah dan ibu kau.Ingat tau pesan aku tu.jangan merayau tau.lepas interview terus bal....” nasihat Balqis.Takkan

Stop!kau ni kan mula-mula bagi nasihat lepas tu masuk la part membebel.Ye la aku tau la.Sayang juga kau kat aku ya tapi kan......”kataku dengan meleret

hah tapi apa?”Balqis menepuk pahaku

Aduh kau ni sabarla.tapikan kalau kau kahwin nanti mesti husband kau dengar kau membebel tiap-tiap hari kan,hai cair la tahi telinga dia nanti lepas tu husband kau cari lain betul tak”kataku saja untuk mengenakan Balqis.Takkan

Hanan Asyikin!!!”jerit Balqis.

Aku pun tanpa melengahkan masa buka langkah untuk lari dari 'dikerjakan oleh Balqis.berlakulah aksi kejar mengejar.Petang itu apartmen yang kami duduki riuh rendah dengan ketawa ku dan Balqis.Sesungguhnya kami bahagia!

No comments:

Post a Comment