Dear Readers

Wednesday 30 November 2011

hadirnya cintamu yang terindah (BAB 7)

Aku mengurut dada perlahan-lahan. Lega kerana berjaya melesapkan diri daripada Tengku Izham. Aku benar-benar risau apabila bertembung dengan dia kat pintu lif tadi. Hajat nya nak pergi serahkan phone Balqis yang tertinggal dengan aku ni tapi semasa menunggu lif tadi aku tengok Tengku Izham berjalan ke arah ku. Eh bukanla maksud aku ke arah lif tu lah. Hee. Aku apa lagi terus cabut. Tak rela tahu kalu terserempak dengan Tengku Izham nanti tak pasal-pasal kena sembur ke ada kuali ke melayang kat dahi aku ni. Aik kuali melayang ? Apa kes ? Ingatkan kata- kata dia tempoh hari buat aku kecut perut je. Kena bayar ? Bayar apa ke jadah nya. Aku bukan buat salah sampai kena saman. Hurm tak logik langsung tahu tak. Seboleh-bolehnya aku tak nak terserempak dengan dia lagi. Ya! Macam mana pun aku akan elakkan diri aku daripada terjumpa dengan dia lagi. Kalau terjumpa lagi dengan dia memang kita orang akan 'berperang' !

“ Assalamualaikum Cik Asy you termenung apa tu. Teringat kat boyfriend ke ? Ish kuat betul you ni berangan kan.” tegur Rafique a.k.a Fiqa pekerja bahagian kewangan. Haa ni staff bawah Balqis lah ni.

“Waalaikummussalam. Rafique saya ingat siapa la tadi. Ish mana ada. Saya ni kan budak baik so mana ada fikirkan pasal boyfriend-boyfriend ni buang masa saya aja.” kataku cuba membela diri. Nak buat macam mana dah terkantoi berangan dengan staff lain. Hee pandai-pandai la nak kelentong.

“ Ee you ni kan. Kan I dah kata panggil I Fiqa jangan la panggil I Rafique. Tak manja gitu” Rafique menjeling ke arah ku tanda protes.

“ Sorry saya tersilap ya Cik Fiqa. Cik Fiqa jangan marah ya.” Hurm memang bumi ni nak terbalik dah. Tengok yang lelaki nak jadi perempuan yang perempuan nak jadi lelaki. Hish macam-macam.

“ Apa you kata tadi buang masa nak fikir pasal boyfriend ? Banyak la you kan. Nanti kalau you bercinta baru lah you tahu macam mana rasanya. You akan rasa dunia ni macam you all je yang punya” dengan penuh gaya Rafique a.k.a Fiqa menuturkannya. Orang yang lalu-lalang hanya menggeleng kepala apabila melihat perbuatan Rafique. Dah nak buat macam mana memang dia dah lembut sejak azali lagi. Takkan aku nak marah kat dia pulak. Manusia memang macam tu. Asyik ada aja yang tak kena. Dah lumrah alam dah. “ Oi Asy kau dah tahu tak pasal event company kita? Ala pasal nak celebrate bithday Tengku Taufiq tu.”

“ Hah aku ada dengar jugak pasal hal ni dari Balqis tapi aku buat derk aje. Ala malas la aku nak pergi. Tidur ka rumah lagi baik.”

“ hish you ni orang punya la excited tapi dia boleh buat derk je. Hei you tahu tak event apa-apa pun kat company kita semua staff wajib pergi tahu termasuklah makcik makcik cleaner kat company kita kerja ni”

“ Ya ke. Ala ponteng sekali sekala tak ada hal punya. Saya malas la.lagipun saya tak ada baju cantik-cantik” hah tengok dah mula nak bohong lah tu. Ala bukan apa korang aku cuma malas nak pergi je lah majlis macam tu. Malas nak bergaul dengan orang-orang hebat kat atas mesti dia orang pandang aku low class. Ye la kerja bahagian receptionist je. Lain la Balqis. Woi Asy banyak cekadak la kau kan. Kau jangan la merendah diri sangat. Receptionist kau pun lulusan luar negara tau. Cuma belum rezeki kau je nak dapat kerja dengan kelulusan kau tu. Lantak la dia orang nak kata apa pun. Lagipun dia orang bukan tahu kau lulusan overseas kalau dia orang tahu semua baru terbeliak biji mata karang.

“ Hello Asy I bercakap dengan you ni. You ingat kan apa tu. Ee you ni kan memang sah la kena angau sekarang. Kuat sangat berangannya. You tau tak apa pun event yang company ni buat semua wajib hadir tau. Dah memang prinsip company ni nak buat macam mana”

“ la ya ke ? Saya tak tahu pun.”

“ Hah selamat I beritahu you kan. Lagipun you ni kan staff baru. I dah tak sabar nak nak pergi event tu tau. Nak tengok siapa perempuan yang paling cantik. Hurm jangan-jangan you tak ?”

“ Awak ni Rafique eh maksud saya Fiqa mana ada saya biasa-biasa je. Mesti ramai lagi yang cantik-cantik malam tu. Saya ni nak masuk pencalonan pun tak layak.”kataku merendah diri ye la kan takkan nak perasan pulak.

“ You nie merendah diri sangat. I yakin la you akan menang malam tu. So pakai cantik-cantik ya. Ala kalau tak ada baju sangat I boleh belikan untuk you” Rafique ketawa dengan lembutnya sambil menepuk bahuku.

“ Banyak la you kan. Hai you nak masuk lewat ke macam mana hari ni. Dah nak mula kerja ni.” kataku memperingatkan Rafique.

“ Alamak lupa pulak I. Okay la Asy I pergi dulu ya nanti mengamuk pulak ibu tebuan kat atas nanti” dengan tergesa-gesa Rafiqus bergerak menuju ke tingkat atas meninggalkan aku yang ketawa sendirian. Ibu singa yang Rafique maksudkan ialah Balqis. Sakit perut aku ketawa. Balqis memang garang dengan staffnya. Ibu tebuan gelaran yang sesuai sekali dengan sikapnya yang satu itu. Memang Balqis garang dalam hal kerja tapi sebenarnya dia seorang yang baik dan tidak segarang seperti yang disangkakan oleh staffnya.

“ Asy you jangan cakap kat Balqis tau.” laung Rafique. Terkejut beruk aku dibuatnya. Selamatlah tak ada orang lalu lalang kat kawasan kerja aku time tu. Kalau tak buat malu je. Aku mengangkat tangan tanda ok kepada Rafique. Aku meneruskan kerja ku sambil memikirkan annual dinner yang berlangsung nanti. Apa la aku nak pakai nanti agak nya ya ?

****

Seorang perempuan yang bertubuh langsing berada di balkoni kondominiumnya sambil merenung kota metropolitan yang terbentang di hadapan matanya. Apabila dia rindukan seseorang beginilah keadaanya. Sudah lama perempuan ini tidak merasai perasaan sebegini. Sesungguhnya dia begitu benci akan perasaan yang melanda dirinya sekarang. Tapi dia tidak boleh menghalang perasaannya. Sudah setahun dia cuba melupakan perasaan kepada lelaki tersebut tetapi dia hanyalah insan yang lemah kerana sehingga hari ini dia tidak mampu untuk melupakan segalanya.
“Kenapa susah I nak lupakan you hah ? Setahun I cuba tapi I still tak boleh. I masih cintakan you sampai sekarang.” sambil menangis wanita itu menjerit bagaikan melepaskan semua perasaan nya yang terbuku di dalam hati. “ I tahu dulu I silap tapi sekarang I perlu mengaku I masih cintakan you. Dan macam mana caranya I perlu dapatkan you kembali semula ke pangkuan I? I harap you sudah maafkan I Is. I love you so much !” perempuan itu mengogoi kesedihan. Sungguh dia tidak boleh menipu perasaannya lagi. Perjumpaan semasa waktu kerja tadi telah memutikkan kembali cinta lama. Tapi lelaki itu bertindak seolah-olah tidak mengenalinya sama sekalu. Hancur luluh perasaannya akibat diperlakukan begitu. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada pemanggil.

“ Hello beb. Jom lepak tempat biasa.” si pemanggil terus menyatakan tujuannya. “Hello beb kau dengar tak apa aku cakap ni?”

“ ya aku dengar Sheila. Sorry la aku tak boleh nak join. Aku tak sihat sikit malam ni.” jawab perempan tersebut.

“ Kenapa dengan suara kau ni. Kau menangis ke ? Siapa yang buat kau menangis ? Ataupun kau sakit ? Kau gastrik erk ? Kau dah makan ubat ke belum ? Kau dah makan tak malam ni ?” bertalu-talu soalan dilemparkan kepada perempuan tersebut. Namun soalan yang ditanyakan hanya dibiarkan sepi sahaja. Hanya tangisan kedengaran. Sheila sudah panik apabila dia mendengar kawannya menangis. “Tina kau cakap la dengan aku kenapa ni. Aku risaukan kau la. Kau kat mana sekarang ni ? Kat rumah kan. Okay aku datang sekarang kau tunggu aku ya. Dengan segera Sheila beredar dari kelab malam tempat yang dihabiskan setiap malam untuk menuju ke rumah kawannya.

Apabila Sheila sampai di rumah kawannya itu dia terus mencari kelibat kawannya. Jenuh cari satu rumah. Dia mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. Akhirnya dia terlihat susuk tubuh yang duduk di balkoni kondominium tersebut.“ Beb apa dah jadi ni. Kenapa kau macam ni ? Siapa yang buat kau macam ni ? Kau sakit ke ?”

“ Aku jumpa dengan dia balik Sheila. Petang tadi aku jumpa dengan dia. Tapi kau tahu apa dia buat kat aku. Dia berpura-pura tak kenal aku. Aku sedih sangat. Aku tak boleh lupakan dia lagi. Aku masih cintakan dia.!” dengan teresak-esak Tina cuba memberitahu apa yang terjadi.

“ Siapa yang kau jumpa sampai kau jadi macam ni hah.” soal Sheila sedikit kasar kerana bengang melihat kawannya menangis begini. Tapi ada seseorang yang terlintas di kepalanya sekarang. Ya ! Hanya dia yang boleh menyebabkan Tina jadi macam ni. “ Oh my God ! Kau jangan cakap kat aku petang tadi kau jumpa dengan Is” soal Sheila teragak-agak

“ Ya ! Petang tadi aku jumpa dengan dia. Dia buat-buat tak kenal pun aku. Aku sedih sangat. Hati aku ni macam kena tikam bila dia buat macam tu. Aku tak tahu kenapa sampai aku boleh jadi macam ni.”
“ What ? Jadi betulla. Bila di balik? bukan ke dia kat UK ke?”

“ Aku tak tahu Sheila, aku tak tahu. Sah-sah tadi dia yang muncul depan aku. Aku berani kerat jari yang tadi tu dia. Tapi...”

“Syyy.. kau tak boleh macam ni. Kau kena kuat. Kau kan anak Dato' Rashid. Kau tak boleh lemah macam ni dengan kehadiran dia. Kalau betul kau cintakan dia lagi and still tak boleh lupakan dia. Kau kena dapatkan dia kembali. Hei come on. This is not you right ? Kalau dia tengok keadaan kau macam ni mesti dia gelakkan kau kan.”

“ Apa maksud kau?” soal Tina

“ Hurm.. kalau kau masih cintakan dia mestilah kena dapatkan dia kembali. Hei kau kan selalu berusaha asalkan benda yang kau nak tu jatuh ke tangan kau. Mana Tina yang aku kenal hah? Takkan sebab Is kau terus lemah macam ni.”

“ Jadi maksud kau. Aku dengan Is macam dulu ?”

“yeah. Kenapa dengan kau ni lembap sangat hah. Hai cik Amanda Qistina takkan macam ni sekali jadinya akibat penangan cinta si Iskandar tu hah.”

“ Ya ,memang penangan cinta aku untuk dia kuat. Bahkan terlalu kuat kau tahu tak. Aku akan buatkan dia kembali kepada aku. Macam mana cara pun aku akan buat dia kembali pada aku. Kalau aku tak boleh memiliki dia maknanya tiada sesiapa pun boleh!” dengan penuh nekad Tina menuturkannya.

“ Hah macam ni la baru kawan aku.”

***


“ So macam mana ?” soal Tengku Rayyan

“ Macam mana apa ke bendanya hah? Kau ni dah la masuk bilik aku tak ketuk dulu lepas tu terus tanya aku so macam mana.” jawab Tengku Izham sambil meniru cara percakapan kawan baiknya sendiri, Tengku Rayyan

“ Ala kau ni macam tak biasa dengan aku pulak kan. Kau tak faham maksud aku lagi. Ak sangka cousin aku yang sorang ni bengap.”

“ Wo wo memandai je kau kata kat aku kan. Dah aku tak tahu maksud soalan kau macam mana. Kau ni kan kalau bercakap lebih banyak auta dari fakta tau. Ye la kan kasanova !” perli Tengku Izham. Dia sememangnya tahu sepupunya sorang ni bukannya betul sangat kalau dah mula bercakap hai satu kerja pun tak jadi tahu.

“ Lu bikin gua panas wo. Kena mengena apa perangai kasanova aku dengan soalan aku yang satu tu. Tak ada kena mengena tahu. Memandai je kau kan” Tengku Rayyan tersengih, dah macam kerang busuk dah aku tengok tapi dia kan handsome buat macam mana pun still handsome!

“ Oo ya ke? Kalau macam tu apa?”

“ Saja je aku tanya nak tanya kat kau pasal Asy” Tengku Izham sudah dapat mengagak apa yang berada di dalm fikiran Tengku Rayyan.

“ Minah tu. Yang kita jumpa kat Time Square tu kan. Kenapa ? Apa kena mengena dia dengan aku sampai kau tanya soalan macam ni kat aku?” soal Tengku Izham agak dingin. Dia bengang. Kalau ingatkan perempuan itu aje dia rasa macam nak meletup je. Memang bikin panas betulla. Ish geram aku bila teringatkan kat dia.

“ Tak saja aje. Aku just nak tahu pendapat kau. Amacam cantik tak dia?” lagi satu soalan yang ditanya oleh Tengku Rayyan tapi dia buat macam angin lalu je. Malas dia nak fikirkan gadis yang sudah cari pasal dengan dia. Bagaimanapun dia sudah menyusun rancangan untuk gadis tu, tunggu masa untuk dilaksanakan aja. So wait and see ! “Woi kau dengar tak apa yang aku tanya ni. Hai aku tanya je terus berangan. Jangan-jangan kau dah jatuh hati tak kat dia . Wo jangan bro. Dia aku dah tempah awal-awal” terkejut dengan sergahan Tengku Rayyan, Tengku Izham berdehem dan termenung buat seketika . “perempuan macam itu kau cakap cantik. Tak ada maknanya. Bukan taste aku langsung kau tahu. Kalau dengan kau padanla tapi sorry bukan dengan aku okay”

“ Uwek berlagaknya kau kan” Tengku Rayyan membuat aksi termuntahnya. Ei memang perasan betul la mamat ni. “ Hah berlagak la berlagak nanti dah jatuh cinta padan dengan muka kau tahu. Bukan taste kau konon. Habis yang macam mana taste kau nya hah? Tu la kau memilih sangat tengok hari ini tak ada sorang pun lekat dengan kau. Lain la macam aku ni kan.” dah mula dah. Masuk lif tekan sendiri la nampaknya.

“ Kau memang. Asal cantik sikit,seksi semua kau rembat ya. Tapi time mama kau suruh bawak balik kau kelam kabut bagi alasan tak ready lagi la, belum jumpa yang sesuai la. Macam-macam alasan kau bagi. Ish dasar kasanova betul la kau ni. Time mama kau nak jumpa bakal menantu tu kau cekup je la mana-mana koleksi kau. Hah lepas tu buat balik jumpa dengan mama kau. Kan senang. Ni tak aku jugak yang dicarinya habis kau ingat aku boleh jadi girlfriend kau ke hah. Silap-silap naya kita kena lari sebab kena kejar dengan mama kau dengan batang penyapu.” bidas Tengku Izham. Dia tahu sepupunya yang sorang ni kerap bertukar pasangan. Macam tukar baju aja. Ish pening dia memikirkan semua ni. Jadi dia mengambil keputusan untuk tidak campur tangan. Tapi bila sepupu dia ni ada masalah dengan mama dia pasal calon menantu hah mula la dia susah payah nak cari aku. Nasib baik la papa dan mama aku tak paksa aku dalam soal jodoh ni kalau tidak hai naya aku jadinya.

“ Woi bro kau dah sampai New York ke?” Tengku Rayyan melaung betul-betul di tepi telinga Tengku Izham akibat terkejut Tengku Izham melompat dari kerusi yang didudukinya. Tindakan drastik ! Ish bila masa pulak mamat ni ada kat sebelah aku ni. Aku tak perasan pun.

“ Bagus sangat la time aku cakap dengan kau. Kau dah sampai entah ke mana. Aku jugak yang cakap sorang-sorang sampai aku jalan kat depan mata kau pun kau tak perasan ya.” sindir Tengku Rayyan. Tengku Izham mencebik. “ Sudah lah. Dah malas aku nak layan kau tahu. Dah aku blah dulu”

“ Baguslah kalau kau nak blah dah pun. Pergi buat kerja tu. Ni tak mengganggu orang je kerjanya” Tengku Izham berkata sambil matanya tidak beralih sedikitpun dari lap-top begitu tekun dia melaksanakan tugasnya walaupun syarikat tersebut milik papanya dan akan menjadi miliknya suatu hari nanti. Lagipun kata-kata dia kepada Tengku Rayyan pun main-main je. Dia tahu di sebalik sikap kasanova sepupunya itu tapi apabila melaksanakan tugas yang diberikan dia berani tabik dada la. Tengku Rayyan kalau dah buat kerja memang cekap dan hasilnya perfect. Ahli lembaga pengarah yang lain juga turut kagum dan memberi harapan yang sepenuhnya kepada Tengku Rayyan.

No comments:

Post a Comment