Kita
perlu jumpa Asy. Abang nak cakap dengan Asy. Tolonglah setuju. Okay abang janji
ini kali terakhir abang mintak Asy jumpa abang.
Aku membaca mesej yang ku terima dari
Fariz. Aku mendengus geram sambil merebahkan badan di atas katil. Tak
habis-habis nak ganggu hidup aku. Apa lagi la yang dia nak. Memikirkan apa yang
dia pernah buat kat aku dulu jadi aku kena berhati-hati.
Nak
jumpa? Ke nak perangkap saya lagi. Dah la saya dah tak nak ingat semuanya
tolong jangan ganggu hidup saya.
Aku membalas sms nya. Hari ni aku keseorangan
di rumah. Entah mengapa perasaan ku membentak supaya tidak pergi ke pejabat
hari ni. jadi tinggal lah aku keseorangan di sini daripada pergi office melangut
tak tentu arah baik baik duk kat rumah layan tv. Aku ingat lagi perbualan aku
dengan Tengku Izham pagi tadi.
Memang dari sehari ke sehari perasaan sayangnya
kepadaku begitu terserlah. Aku masih lagi cuba belajar untuk mencintainya
mengenalinya dengan lebih mendalam lagi. Aku tidak nafikan setiap kali bersama
dengannya, membayangkan wajahnya ada getar yang datang dalam hatiku tapi aku
tak nak terburu-buru. Biarlah masa yang tentukan dan semuanya terungkai dengan
sendiri.
"betul ke sayang tak nak ikut abang
pergi office ni?” tanyanya entah kali ke berapa. Berat benar nak tinggalkan aku
sendirian di rumah agaknya.
“ye la. Malas la Hanan nak pergi office
asyik-asyik tengok muka abang je boring la macam ni” beritahu ku manakala
tanganku lincah membetulkan tali lehernya.
“amboi sekarang pandai cakap macam ni
ya. Tak apa kita tengok siapa yang separuh mati rindukan siapa nanti” katanya
sambil mencuit hidungku. Aku mencebik. Perasan kalau bercakap. Tak apa kita
tengok nanti. Monologku sendirian.
“tapi bahaya la sayang duk kat rumah
sorang-sorang. Nanti masuk perompak ke apa ke kan bahaya tu semua” sambungnya
lagi.aku tersengih sahaja mendengarnya. Risau terlebih la pulak mamat ni.
“abang ni kat rumah ni kan keselamatan
memang terjamin. Nak risau apa ke bendanya. Abang ni ngada-ngada je la”
jawabku.
“hish kalau orang cakap sikit menjawab.
Abang cubit mulut tu baru tahu. Macam ni lah sayang abang hantarkan sayang kat
rumah mama ya. Duduk sorang sorang kan bahaya. Abang risaula. Hati abang ni tak
tenang. Abang hantarkan sayang rumah mama ya?” pinta nya. Aku mengeluh.
Susahnya dapat suami yang terlebih caring ni.
“abang..” panggilku lembut. “ tak ada
apa yang nak dirisaunya. Percaya lah kat Hanan ni okay. Kalau ada orang nak
serang Hanan pun dia orang gerenti kalah punya. Ni Hanan la ada tali pinggang
hitam dalam taekwando tahu” kataku sambil berdiri gagah macam askar dah.
Dia menyekeh kepalaku.
“aww. Sakitla bang” aduku.
“abang buat kuat sangat ke? sorry sayang
niat abang Cuma nak bergurau je” beritahunya sambil menggosok kepalaku. Mukanya
terpamer riak cemas. Aku menyembunyikan senyum. Kena tipu sikit dah gelabah
semacam je. Dia perasan senyumanku
“tipu abang ya. Pandai betulla sayang
ni. sayang jom la abang hantarkan ke rumah mama pintanya sekali lagi. Aku
menyapu jem di roti dan menghulurkan kepadanya.
“tak nak la Hanan. Hanan okayla jangan
terlebih risau boleh tak?” aku memandangnya meraih simpati. Siap buat muka cute
lagi.
“hmm okay la kalau macam tu tapi kalau
jadi apa-apa terus call abang ya.” Pesannya sebelum bergerak ke bahagian lift
meninggalkan ku. Aku hanya mengangguk.
Aku tersentak apabila telefon ku berbunyi.
Fariz. Lambat-lambat aku mengangkat panggilan tersebut. Selesai berbual dengan
dia aku bersiap ala kadar untuk berjumpa dengannya. Aku tidak memberitahu
kepada Tengku Izham tentang semua ini. Biarlah lagipun aku keluar pun bukannya
lama sangat. Lepas jumpa terus balik ke rumah kan.
Aku melangkah kaki ke restoran yang dijanjikan
oleh kami berdua. Aku nekad perjumpaan kali ni adalah yang terakhir dan aku tak
ingin untuk melihatnya lagi selepas ini. Mataku meliar mencari kelibatnya. Jauh
di hujung sana dia mengangkatkan tangan kepadaku sebagai tanda isyarat.
“Apa hal yang En Fariz nak jumpa saya
ni?” tanyaku apabila tiba sahaja di hadapannya. Lagak dah macam samseng dah
tanya.
Fariz pulak hanya merenung perempuan yang
sangat dia rindukan itu. Sangat cantik dengan mengenakan kemeja warna biru
lembut dengan seluar jean dan dikenakan pashmina di atas kepala. Elok terlentuk
pashmina itu di kepalanya dan menjadikan perempuan yang dipuja di depannya ini
begitu indah dan sempurna sekali di mata lelakinya.
“kalau tak ada apa-apa nak cakap saya
nak balik sekarang” tegas suaraku berbunyi. Tak selesa Asy dibuatnya dengan
pandangan Fariz yang sejak tadi lagi melilar melihatnya. Dia ingin melangkah
pergi.
“wait Asy. Duduk dulu” pintanya sambil
menarik kerusi untukku. Lagak gentleman la pulak. Menyampah pulak aku.
“nak cakap apa?” soalku lagi.
“kalau ya pun sabarla dulu. Asy order la
air dulu. Jangan risau abang belanja”
Aku tersenyum sinis. “order? Kenapa nak
letak ubat tidur lagi dalam tu. Biar saya tak sedar apa yang berlaku nanti.
Tolonglah saya tak sebodoh tu” ujarku sinis.
Fariz tersentak. Perit kata-kata daripada
mulut Asy. Pedih tapi dia cuba untuk menerimanya. Memang dia bersalah dan dia
patut tanggung semua ini.
“Asy please jangan ungkitkan lagi apa
yang berlaku dulu. Ya abang tahu abang bersalah dan abang sangat bodoh masa tu
sebab tak fikir baik buruknya. Sebab rancangan bodoh abang arwah Haikal
meninggal Asy. Abang nak mintak maaf dengan Asy” lirihnya. Aku memejamkan mata.
Kenapa semuanya perlu diungkit kembali. Sudah lama aku belajar untuk melupakan
semua ini tetapi di saat aku ingin melupakannya semua dibangkitkan lagi dengan
kehadiran-kehadiran mereka.
“dah habis kalau macam tu saya balik dulu ya
En Fariz” aku cuba untuk berdiri
“Asy jangan la macam ni. asy maafkan
abang tak? Ya abang mengaku abang bersalah. Tolong Asy maafkan
abang” soalnya.
“maaf? Selepas apa yang En Fariz buat
sekarang baru datang untuk mintak maaf
sepatutnya En Fariz buat macam ni dari dulu lagi sewaktu saya dihina, maruah
saya dipijak oleh mama dan papa Haikal tapi sekarang baru En Fariz datang untuk
mejelaskan segala-galanya? Saya tak tahu la nak cakap En Fariz ni manusia jenis
apa sampai sanggup musnahkan kebahagiaan Haikal. Haikal tu kawan baik En Fariz
sendiri!” herdikku kuat. Mata orang sekeliling sudah melilau melihat sketsa
yang kami ciptakan.
“semua tu dah tak guna tahu tak” aku
berdiri dan bergerak laju untuk keluar daripada restoran ini. Sakit hati dengan
apa yang didengar. Fariz memang pengecut. Aku benci kau Fariz. Fariz mengejarku
daripada belakang. Tanpa menghiraukannya mataku melilau untuk mencari teksi.
Time macam ni la teksi tak ada. Geram betul aku.
“Asy” panggil Fariz. Dengan pantas
tanganku dipegang olehnya dan dia terus memelukku. Bulat mataku dengan
reaksinya. Nafasku turun naik membayangkan apa yang dia buat padaku sekarang
ini. Dia memang melampau! Sumpah ini kali terakhir aku tengok muka dia. Lain
kali jangan la dia munculkan diri lagi kalau tak memang aku cekik-cekik dia
buang kat sungai.
“kurang ajar” aku menolak tubuhnya tapi
segalanya tidak berhasil sebab tenaganya lebih kuat padaku.
“maafkan abang Asy, abang buat semua tu
sebab abang cintakan Asy” bisiknya kepadaku.
Darahku menderu laju naik ke kepala.
Bila-bila masa je nak meletup ni. ayat yang dikeluarkan daripada mulutnya
ibarat sampah di telingaku. Sakit, benci dan meluat mendengar semua tu, dia ni
kan memang melampau.
Dengan sepenuh kudrat yang aku ada aku
terus menolak badannya dan
Pang.
“kau memang melampau Fariz dengan segala
perbuatan kau ni memang kau kurang ajar dan buatkan aku hilang hormat kepada
kau. Kau dengar sini kau jangan berani sesekali munculkan diri kau depan aku
lagi. Aku benci kau!” jeritku kuat. Aku sudah tidak kisah dengan pandangan mata
orang. Hati aku sedang panas mengelegak sekarang ni.
“asy abang..”
“kau diam. Aku meluat dengan kau. Sampai
mati aku benci kau! Kau tak hormatkan aku langsung sebagai seorang isteri
Fariz” usai je berkata aku menahan teksi dan terus masuk ke dalam badan teksi
itu. Fariz cuba mengejarku dan aku tidak menghiraukan semuanya. bedebah betul.
Tanpa sedar air mataku mula menitis.
Aku tidak rela dipeluk oleh lelaki yang
bukan muhrim ku. Dosa aku ditanggung oleh suamiku. Kalau lah Tengku Izham tahu
apa yang berlaku silap-silap hari boleh terbalik rumah sebab marahkan aku.
Gerun aku memikirkannya. Aku melihat jam. Sudah pukul 4.30 petang.
Mintak-mintak la dia belum pulang lagi kalau tidak nahas nak bersoal jawab
dengan dia. Dah lah keluar tak mintak izin.
****
Aku berjalan menuju kondominium milik suamiku.
Langkahku lemah, badanku letih dan kepala pulak pening semacam je dari tadi
lagi. Aku gagahkan diri jua dalam hati pulak penuh berharap jangan la suami aku
balik lagi kalau tak mesti kena bersoal jawab pulak. Ikutkan hati aku sekarang
ni nak terbang je biar cepat sampai lepas tu terus landing atas katil. Fuh
bestnya kalau macam tu.
Aku meletakkan kunci rumah di atas meja
berdekatan pintu.lega sekarang sudah sampai. Aku nak rehat sepuas-puasnya dan
tenangkan fikiran. Kalaulah masa boleh diputarkan balik aku takkan keluar untuk
berjumpa dengan Fariz. Perjumpaan dengannya seolah-olah membuatkan aku semakin
dekat dengan peristiwa pedih tiga tahun yang lalu. Aku mengeluh. Dengan longlai
langkah ku dihala ke bilik.
“pergi mana tadi?” ujar satu suara dari arah ruang tamu. Langkahku yang
dihala ke bilik mati. Alamak!
Bulat mata aku apabila mendengar suara itu. Aku
amat pasti aku sangat mengenali suara milik dia. Ya, itu suara Tengku Izham.
Aku menelan liur apa aku nak jawab ni. padahal dia sudah memperingatkan aku
kalau nak keluar rumah kena bagi tahu dengan dia tapi aku pulak mengendahkan
sahaja pesanannya yang satu itu. Dengan perlahan-perlahan aku memusingkan badan
ke arah Tengku Izham. Hari ni la pulak dia nak balik awal biasanya pukul enam
baru terpacak kat rumah alih-alih hari ni pulak yang dia nak balik awal. Desis
hatiku sendiri.
“ abang tanya ni pergi mana tadi?”
soalnya lagi sedikit tegas. Aku tersentak.
“ saya..eh Hanan keluar kejap tadi jumpa
kawan” beritahuku jujur. “Hanan keluar sekejap je tu yang tak bagi tahu abang”
aku menunduk memandang lantai. Memang salah aku sebab keluar tanpa izinnya.
Sekarang memang aku takut nak pandang muka dia yang terlebih serius tu. Takkan
dah keluar rumah sikit nak riuh semacam kot.
“ oo keluar, jumpa kawan. Kenapa tak
cakap dengan abang?” sekali lagi soalannya ditanya kepadaku.
“kan Hanan dah cakap tadi kan yang Hanan
keluar kejap je dan Hanan rasa tak perlu nak cakap dengan abang” jawabku
sedikit gugup. Aku melihat wajahnya.
“tak perlu Hanan cakap? Abang ni suami
Hanan tahu tak setiap apa yang Hanan nak buat nak keluar rumah ke nak apa ke
kena cakap dengan abang dulu. Kena minta izin dengan abang dulu. Takkan tu pun
abang nak ajar” suaranya mula meninggi. Aku mula tersentap dengan nada
suaranya. Aku mengeluh kalau lah tadi aku memberitahunya mesti tak jadi sampai
macam ni. tu semua ‘kalau’ dan sekarang memang sudah terlambat.
“abang Hanan mintak maaf. Hanan tahu tu semua salah Hanan.
Maafkan Hanan ya. Lain kali hanan janji yang sebelum Hanan keluar rumah Hanan
akan minta izin dengan abang dulu tak kira
la sekejap ke lama ke dekat atau jauh. Okay” pujukku. Aku mendekatkan diri ke
arahnya. Dia membalakangi ku. Nampak sangat dia marah apabila aku aku tidak
mendengar pesanannya. Aku memejamkan mata. Cuba menyedut kekuatan yang ada di
sekelilingku. Aku memeluknya dari belakang. Moga-moga dengan apa yang aku buat
ni hati dia akan sejuk sedikit.
“i’m sorry” ujarku.
Dia menggosok tanganku aku tersenyum kalau aku
pujuk sikit dia dah okay dah. Cepat benar cairnya. Betullah kata orang kalau
suami kita jadi api isteri kenala jadi air supaya keharmonian rumah tangga
dapat dicapai dan dapat mengekalkan hubungan suami isteri ini.
Dia memusingkan badannya ke arahku. “hmm
sayang keluar dengan kawan kat mana tadi? Setahu abang kawan sayang Balqis je
yang selalu sayang suka berkepit macam belangkas.” Tengku Izham merenung
isterinya. Sentiasa cantik di pandangan mata kasarnya dan dia jugak tahu Hanan
Asyikin juga cantik di luar mahupun dalaman. Dia memang beruntung.
Aku berdebar. Apa aku nak jawab ni dengan
siapa aku nak jawab yang aku keluar.
Kalau aku terus-terang mesti banyak pulak yang akan disoalnya nanti.
“oo Hanan keluar dengan kawan lama kawan
kat sekolah dulu. Kebetulan dia ajak keluar so Hanan on je la” jawabku tanpa
memandangnya. Kalau pandang dia nanti tak pasal-pasal dia dapat hidu yang aku
ni tipu dia pulak. Aku rasa berdosa sangat sebab tipu dia. Okay, aku rasa ini
tak apa kot. Bohong sunat. Hee.
“lelaki ke perempuan?” soalnya lagi.
“hish abang ni soal macam polis pencen
pulak. Tak percaya kat Hanan ke apa?”
“bukan tak percaya. Abang nak tahu la
sayang keluar dengan siapa. Sayang kan isteri abang so tak salah kan kalau
abang nak tahu pun kan.” Tuturnya. Hmm sekarang aku pun tak tahu sama ada aku
beruntung ke tidak dapat suami yang terlebih caring macam ni.
“so sayang lelaki ke perempuan?” soalnya
lagi. Alamak tak puas hati lagi nampaknya sebelum aku tak bagi jawapan kat dia
ni. hish sekali lagi nampaknya aku kena bohong kat dia.
“ermm perempuan la. Takkan lelaki pulak.
Hanan bukan ada sangat kawan lelaki ni” beritahuku. Ya itu semua memang benar.
Walaupun semasa di universiti dulu aku memang tak ramai kawan lelaki dan ramai
yang menggelarkan aku anti-sosial. Padahal itu semua berlaku sebab aku sengaja
menyibukkan diri selepas kematian arwah Haikal. Aku tak nak mendengar orang
sekeliling aku bercakap atau bertanyakan soalnya dia. Perit untuk aku menjawab
soalan sedemikian. Ye la nak buat macam mana arwah Haikal dulu sangatlah
glamour kerana memiliki paras rupa yang sangat mantop dan perangainya yang
peramah dan baik. Itulah yang membuatkan dia terkenal di universiti dulu. Aku
mengeluh. Asyik-asyik Haikal. Tak baik bagi aku yang sudah beristeri ni
fikirkan lelaki lain selain suami aku.
“hmm sayang ni selalu je termenung
sayang ingatkan siapa sebenarnya ni ? ibu dengan ayah ke? ke ingatkan abang?”
semua lamunan ku terbang melayan di bawa angin.
“tak eh ya. Hanan rindukan abang eh bukan rindukan ibu dan
ayah sebenarnya” kelam kabut aku menjawab dan ahkirnya asyik tersalah je apa
yang dikeluarkan oleh mulut ku.
“sampai hati ya tak rindukan abang.
Abang kat office tu separuh mati rindukan sayang,sampai hati” rajuknya. Ee
buruk nya baby besar merajuk. Kutuku. Hish kau ni Asy tak baik kutuk suami
sendiri.
“jangan nak mengada-ngada. Pergi mandi
nuh badan abang ni dah berbau semacam dah.”
“eleh kata kat orang yang sayang pulak
tak nak mandi ke?” hai sindir aku balik nampak.
“kejap lagi Hanan mandila sekarang Hanan
nak keluarkan ayam dari peti dulu. Nanti nak masaj kejap lagi tak de la beku
sangat.” Ujarku.
“okaylah abang pergi mandi dulu” dia mengenyitkan mata kepadaku. Selalu buat
macam tu nak suruh aku tergodalah tu. Tak dinafikan aku suka dia mengenyitkan
mata kepadaku sebab dulu arwah Haikal pun sering jugak buat macam tu. Aku
mengeluh apa yang aku lihat, apa yang aku buat semuanya mengingatkan aku semula
kepada arwah. Aku menggeleng kalau dulu aku boleh belajar untuk melupainya
kenapa sekarang tak boleh. Asy kau boleh buat kau boleh lakukan semuanya. kau
boleh hidup tanpa Haikal. Aja-aja fighting!.
Aku melangkah kaki ke dapur tapi belum
sempat sampai ke bahgian dapur aku merasakan diri aku terhuyung hayang.
Pandangan ku mula berputar dan aku merasakan dunia aku gelap serta-merta dan
akhirnya aku rebah ke lantai.
“sayang...sayang..”panggil Tengku Izham. Dia
pelik ke mana pulak bini dia pergi ni tadi kata nak ke dapur. Dia tengok tak
ada pulak kat dapur. Matanya melilar mencari di ruang tamu tak ada jugak.
Dengan pantas dia mula menjengah ke bilik-bilik di rumahnya masih tak ada. Dia
mula gelisah. Ke mana pulak isterinya pergi kali ni. dengan hanya berseluar
pendek dan singlet berwarna hitam dia mencari isterinya. Kelam kabut dia
memikirkan pelbagai kemungkinan yang
terjadi. Sekarang ni macam-macam kes dia dengar dan semua itu membuatkan dia bertambah
gerun. Jangan-jangan ada orang masuk rumah dia lepas tu culik Asy. Hish calm
down Is. Everything gonna be right. Desis hatinya.
Dia mengecilkan mata melihat objek yang terbaring berdekatan dengan belakang kerusi di
ruang tamu. Dia cuba mengecam objek tersebut.
“Ya Allah” kalimah Allah tercetus
daripada mulutnya. Badannya kaku melihat sekujur tubuh yang terbaring ke atas
lantai. Dia mula tersedar dan menerkam ke arah isterinya yang terbaring di atas
lantai.
“ Sayang? Kenapa sayang boleh ada kat
sini? Sayang” Tengku Izham menggoncang tubuh Asy. Tapi tubuh itu masih tidak
bergerak. Dia panik.
“sayang kenapa ni, sedarla sayang,
tolong jangan tinggalkan abang” rintih Tengku Izham bersuara. Dia merasakan
badan isterinya begitu panas. Dia terus mendail doktor milik keluarganya lalu
mencempungnya badan isterinya ke bilik. Sungguh dia panik dengan situasi ini.
Dia pantang tengok orang sakit di depan matanya mulala dia turut sekali nak
pengsan tapi demi isterinya dia sanggup lakukan segala-galanya.
Matanya hanya memerhati gerak geri doktor yang sedang merawat isterinya
itu. Doktor itu menyuntik di tangan isterinya dan menyambungkan dengan wayar
yang menghubungkan dengan plastik yang berisi air. Berdebar-debar jantungnya.
Parah sangat ke apa yang dihadapi oleh isterinya ini. Kalau jadi apa-apa kat
isteri dia memang dia tidak akan memaafkan diri dia. Dia tahu akhir-akhir ni
memang dia terlampau sibuk hingga mengabaikan sedikit isterinya ini. Dalam diam
dia mula rasa bersalah.
“doktor macam mana dengan isteri saya?”
soal Tengku Izham kepada doktor Firdaus yang merupakan doktor peribadi
keluarganya.
“sabar ya Tengku. Sebenarnya isteri
Tengku demam dan sekarang demamnya makin teruk. Ini mungkin dia abaikan
kesihatan dirinya ataupun dia mendedahkan dirinya ke cuaca kat luar sana. Demam
yang pada mulanya biasa saja sudah bertambah teruk sekarang ni.” ujar Doktor Firdaus.
Luluh hati Tengku Izham mendengarnya. Maknanya selama ini isterinya sudah demam
dan dia tak perasan semua itu. Apa jenis suami dia ni?
“Tengku janganla risau sangat. Selepas
makan ubat nanti in syaa Allah Puan Asyikin akan sembuh seperti sedia kala.
Cuma Tengku kena pastikan yang dia makan ubat mengikut masa” pesan doktor
Firdaus itu lagi.
“okay doktor. Saya akan buat apa yang
doktor pesan. Saya akan pastikan dia makan ubat mengikut masa tapikan doktor
demam dia biasa-biasa je kan bukan demam lain?” cemas dia bertanya kepada
doktor apabila memikirkan pelbagai jenis demam yang melanda zaman sekarang.
Mana tahu kalau isteri tercinta dia ni kena demam kepialu ke demam denggi ke.
nauzubillah minta dielakkan sangat semua tu.
Doktor Firdaus tergelak kecil. Sayang benar
Tengku Izham ni terhadap isterinya. Berbeza benar dengan perangai yang dulu
yang berhati batu dan bersikap dingin dengan perempuan. Dia ingat lagi dulu
anak perempuannya pernah cuba untuk berkawan dengan lelaki macho dan handsome
di hadapannya ini tapi dia
buat tak layan je. Sentap hati anak perempuannya.
“tak. Isteri kamu ni demam biasa-biasa
je. Lepas makan ubat sembuhlah dia. Kamu jangan lah risau sangat yang penting
kamu kena jaga dia baik-baik ya dan pastikan dia makan ubat mengikut masa.”
Pesan doktor Firdaus sambil menjinjit begnya yang penuh dengan segala
ubat-ubatan dan peralatannya.
“saya ingat pesan doktor”
“okaylah kalau macam tu saya pergi
dulu.” Ujarnya meminta diri.
“kalau macam tu syaa hantarkan doktor ke
depan”
Dia melihat isterinya dan mengekori langkah
doktor Firdaus. Sabar sayang abang janji abang akan jaga sayang sepenuh hati
abang. Selepas menghantar doktor Firdaus
dia masuk kebilik untuk memantau keadaan isterinya. Isterinya masih terlena
mungkin kesan suntikan kot. Agaknya sendirian. dia memang terkejut melihat keadaan Asy yang
terbaring di lantai tadi. Nyawa dia macam nak terbang melihat orang yang
disayanginya berada dalam keadaan sedemikian. Sungguh dia tak tahu macam mana
nak menghadapi semua ini kalau orang yang disayanginya pergi meninggalkannya.
Akhirnya dia turut sama terlena di sisi isterinya sambil tangannya dijadikan
alas kepalanya.
p/s. walaupun hari-hari reader smakin bertambah tapi xde sape pun yang berani bertegur dan memberikan komen..kalau ade pun skit je.. jangan la malu untuk tegur saya.. anda semangat saya..peace..^_^
meh nak tlong komen..hehe
ReplyDeletesye suka ngan sikap asy ni sbb dia pndai bwak diri, org nak buli dia pun susah tp skrang ni bla timbul fariz ni rasa takut plak en.tengku ni salah faham.. harap2 xde la masalh dlam rumah tangga dorang..
rahsia hatiku: terima kasih sbb sudi bg komen..
ReplyDeletewait n see ya apa akan jdi nanti..:)