Dear Readers

Thursday, 10 January 2013

BAB 14 Hadirnya Cintamu Yang Terindah





Aku mendongak untuk melihat bangunan pencakar langit yang tinggi tersebut. Untuk pengetahuan semua bangunan yang kat depan mata aku ni merupakan K Residence condominium yang juga merupakan terdapat rumah mamat sambal belacan tu. Aku melepaskan keluhan. Patut ke aku masuk. Mamat sambal belacan tu kan memang suka mengacau aku. Patutnya hari ni hari cuti tapi dia suruh aku mengemas rumah dia pulak dah. Bengang aku dibuatnya. Selepas bersoal jawab dengan bodyguard yang mengalahkan askar pencen tu aku bergerak masuk ke dalam kawasan K Residence tersebut. Mata aku terpegun . Memang mewah tempat ni. Ye lah harga seunit pun mencecah jutaan ringgit. Aku menunggu di ruang yang disediakan di tempat tersebut.


“ Cik Hanan Cik Hanan awak tahu tak pukul berapa sekarang ni?” suara mamat tu tetiba kedengaran. Aku melihat ke arah tuan empunya suara.

“pukul  10 Tengku”dengan selamba aku menjawab. Aku memang tak ada mood. Mamat sambal belacan ni dah ganggu masa tidur aku tau ! geram betulla

“ sepatutnya awak datang pukul lapan kan ? kenapa lewat ? “ dia menyoalku sambil bercekak pinggang. Aku hanya menoleh sekali imbas. Malas aku nak melayan tapi disebabkan rasa hormat aku gagahkan jua.

“Tengku last minute Tengku telefon mintak saya datang. Saya ada kat sini pun dah baik sangat ni. Lagipun saya sesat la nak cari tempat ni. Tengku ingat senang ke ? nak cari parking lagi semua” ujarku dengan bengang. Dah la telefon aku last minute lepas tu siap arah itu ini lagi.  Kenapa lah aku perlu kenal dengan mamat yang ada perangai macam jin afrit ni? Sebal hidup aku jadinya.

“awak nak sesat ke apa ke suka hati awak la yang penting jangan lewat faham !” dia menjelingku.
aku diam. Tak ada gunanya aku nak bertekak dengan dia . sama-sama tak nak mengalah. Memang hati  batu betulla dia ni.

“ikut saya “ Tengku Izham memberi arahan. Tanpa banyak cakap aku mengikutinya.

Sampai sahaja di pintu milik rumah Tengku Izham ni a.k.a mamat sambal belacan aku berhenti. Perasaan berbelah bahagi mula datang menjengah. Aku mula memikirkan ibu dengan ayah aku. Kalau dia orang tahu apa aku sedang buat sekarang apa perasaan dia orang agaknya.

“hah kenapa tak masuk lagi. Sorry ya Cik Hanan rumah saya ni tak sediakan carpet merah untuk orang macam awak ni. Low class” sinis mamat sambal belacan kata kepadaku. Aku hanya mengigit bibir. Entah mengapa aku kehilangan mood untuk bertengkar hari ni. Dengan berat aku melangkah juga. Sebaik sahaja aku terpandangkan perabot dan decoration dalam rumah tu memang aku boleh kata cukup kagum dan wow amazing. Cantik sangat. Kan bagus kalau aku boleh tinggal kat sini. Mesti seronok.

“Ehem. Kenapa terpegun tengok rumah saya yang cukup cantik ni ke ?” soalnya.

“ Saya rasa kalau sesiapa pun tengok mesti terpegun memang cantik. Nampak sangat elegan dan cantik “ gumamku. Tanpa sedar aku sudah bergerak menuju ke ruang tamu. Aku sangat terpukau dengan semua ni. Dan satu lagi tempat ni bersih pandai mamat ni jaga. Wait bersih ? habis tu apa aku buat kat sini. Kalau dah bersih tak payah la kemas. Dia ni saja ke nak mainkan aku.

“ Tengku saya tengok semua ni dah bersih apa lagi yang saya perlu kemas nya?” soalku ingin tahu. Tengok pada tahap kebersihannya memang aku tahu bukan Tengku Izham yang mengemasnya. Aku memandang mamat sambal belacan untuk meminta kepastian.

“nope. Ini baru ruang tamu. Ikut saya “ aku turut lagi. Dah macam minah turut dah aku ni.

“what apa ni tengku “ terkejut beruk  aku tengok keadaan dapur yang macam kapal pecah. Mamat ni memasak ke bergusti kat dapur ni. Dengan keadaan sinki nya yang penuh dengan pinggan mangkuk yang tak dibasuh, meja yang penuh dengan peralatan membuat kek dan lantai yang penuh dengan tepung. Ya Allah nak pengsan aku dibuatnya. Hampa! Frust ! kecewa! Semua ada. Aku ingat condo ni dah bersih dan aku boleh blah rupanya aku tengok keadaan dapur ni macam langit dengan bumi dengan keadaan kat ruang tamu.

Aku memandang mamat sambal belacan. Muka dia fulamak serius gila. Aku diam dan hanya menuruti langkahnya. Apa lagi yang aku kena kemas jap lagi. Aku masuk ke ruang bacaan. Sekali mata aku terbuntang luas. Astargfirullahhalazim. Ni baca buku ke bertumbuk dengan buku ni ? haih apa ni . Tengku ni memang nak kenakan aku la. seterusnya aku melihat keadaan biliknya yang cukup-cukup berselerak. Dengan semua keadaan yang aku lihat ni memang lama aku kena jadi maid hari ni.

“so sikit je kan awak kena bersihkan ? jangan risau saya akan bayar semuanya. Saya ni bukannya kejam sangat” ujarnya seraya memandangku.

“ sikit Tengku kata ?” soalku dengan terkejut.

“ kenapa ? awak nak lagi ke ? “ soalnya sinis

“tak Tengku, tak. Maksud saya padan apa yang Tengku suruh saya buat ni  “berkerut-kerut dahi aku semasa menuturkan ayat tersebut. Tengok hati kata lain mulut kata lain. ei hati dengan mulut ni memang tak pernah sebulu.

Tengku Izham memandangku.

“ Betul Tengku saya tak tipu. Lagipun tak baik menipu kan.” kataku.padahal dalam hati dah sebakul menyumpah seranah kat mamat ni. Eii hati batu betul. Tak kesian betul kat aku ni tahu. Tak apa Asy kau boleh buat semua ni. Sikit je ni kan. ha banyak la kau punya sikit. Condo  ni dahlah besar. Patah jari kau nak mengemasnya.

“okaylah kalau macam tu awak boleh mula buat kerja” kata Tengku Izham. Ambik kau perempuan. Padan muka. Siapa suruh kau berlagak sangat dengan aku. Tengok kan sekarang dah kena. Mamat sambal belacan tu bergerak meninggalkan aku sorang-sorang di dapur sambil menyanyi kecil. Amboi happy ye kau dapat buli aku. Rasa nak ganyang je kau ni. Aku menjelir kepadanya. Ei bengang! Aku mula mengemas. Ya Allah apa sebenarnya yang nak dibuat oleh mamat ni sebenarnya. Jahanam dapur dia yang mewah ni. Kalau dah tahu tak pandai masak beli je lah kat kedai. Keluh ku.
aku mula mengemas. Fighting !sedang khusyuk aku mengemas tiba-tiba prrang.. terkejut aku dibuatnya. Ya Allah apa dah aku buat ni. Aku takut untuk berpaling. Aku tahu aku dah langgar sesuatu dan benda tu jatuh. Jangan pecah sudah. Dengan teragak-agak aku berpaling.

“Hanan Asyikin !” bergema satu condominium tu dengan jerkahan dari mamat sambal belacan tu. Jantung aku pun laju gila berdegup ni. Kau memang cari nahas la Asy. Balik ni nak mengadu kat Balqis. Aku melihat ke arah benda yang jatuh tuh. Pasu bunga ! apa kes pasu bunga ada kat dapur ni. Aku menelan liur.

“Apa yang awak dah buat ni hah? Sengaja nak merosakkan barang saya ke apa “ sergah Tengku Izham. Kejam tahu. Aku bukannya sengaja. Aku mula nak menangis tapi terpaksa ditahan sebab aku tak nak nampak lemah di hadapan mamat ni.

“Awak buat kerja ke apa ? mata kat mana sampai tak boleh nak tengok sekeliling. Awak tahu tak betapa beharga nya pasu bunga ni bagi saya hah ?!” soalnya. Dia menjerkah aku lagi. Fuhh suara kalah gorilla. Huh ! ada aku kisah tapi? Tengok time macam ni pun kau nak sombong lagi Asy. Perasaan bersalah dan takut mula menjengah. Aku menunduk.

“maaf Tengku. Saya tak sengaja” jawabku dengan sedikit teragak-agak.

“ tak sengaja kau cakap. Perempuan kampong macam kau ni memang. Dasar tak malu. Apa kau ingat ni harta mak bapak kau suka-suka je nak rosakkan?”

aku terkejut. Ni gua panas ni “ Tengku kan saya dah cakap yang saya tak sengaja. Lagipun buat apa letak pasu bunga kat dapur. saya tak perasan dan memang salah saya. Tengku jangan pulak suka hati je kaitkan nama mak bapak saya!” aku mula meninggikan suara. Nak salah ke hina ke cakap je pada aku dan jangan sesekali berani kaitkan orang yang aku sayang. Memang boleh buat aku dilanda taufan.

“Tengok kalau saya cakap sikit mula la satu bakul awak menjawabnya. Sumpah saya tak pernah lagi jumpa orang gila macam awak ni “ ujarnya geram. “awak tahu tak pasu bunga ni sangat berharga buat saya” tuturnya perlahan. Putting beliung dia dah kurang nampaknya. Huh ! ada aku kisah ke mamat sambal belacan oi ?

“ saya tahu awak tak kisah but please i want you to know” ujarnya perlahan tapi masih sempat untuk aku mendengarnya. Mamat ni ada magik ke boleh tahu apa yang kau fikirkan. Ei gerun aku dibuatnya. Penting ke untuk aku tahu. Soalan itu terlintas di fikiranku tapi aku diamkan sahaja.

“Okaylah awak teruskan kerja awak tuh. saya naik dulu” aku hanya memndang sepi langkah mamat sambal belacan tu. Aku mengetuk kepalaku. Kau ni kan Asy memang careless. Buat kerja langsung tak berhati-hati. Bebel ku. Aku termenung. Mesti pasu bunga tu berharga sangat bagi dia. ‘Bian Tengku’. Aku meneruskan kerja dengan membersih tandas. Wow. Dalam tandas aku dapat tengok full klcc melalui cermin kaca ni. Memang cukup menarik. K Residence memang terbaik. Patut la boleh jadi kondo paling mewah kat Kuala Lumpur ni. Setahu aku kat sini ada 180 dupleks, tripleks dan penthouse. Memang cukup mewah dan menarik. Kemudahan-kemudahan lain pun ada.kedudukan pun strategic siap dekat dengan KLCC dan Avenue K lagi. Kan best kalau aku boleh tinggal kat sini. Aku tahu aku mampu tapi biarlah rahsia semuanya. Lagipun aku tak sanggup nak guna semua duit-duit tu lagi. Biarlah masa yang tentukan semuanya.





“sampai bila nak siap kerja ni kalau kerja awak asyik mengelamun aja.” Ujar Tengku Izham. Suaranya sangat hampir pada gegendang telinga ku. Aku tahu kalau aku berpaling kepadanya mesti ada sesuatu yang tidak diingini akan  berlaku. Aku hanya membatu.

“mana ada mengelamun saya Cuma tengok bangunan KLCC tu aja.” Kataku cuba menafikannya. Perasaan pelik datang semual dalam situasi ni. Kerja yang aku buat mula tak kena. Dengan cepat aku ingin menyudahkan kerja tersebut. Tengku Izham masih lagi berdir memerhatikanku. Nampak sangat tak percaya kat aku ni. Aku tak akan rosakkan barang kat rumah dia lagi la. tadi pun dah cukup. Pergila tengok tv ke  apa ke jangan perhatikan aku buat kerja boleh tak. Rimasla.

“Kenapa Tengku kat sini?” soalku. Opps terkeluar jugak soalan tu.

“ Saja nak tengok awak buat kerja. Mana la tahu kalau awak rosakkan barang saya lagi” ujarnya sinis. Macam gunung berapi nak meletup pun ada perasaan aku sekarang ni. Ya Allah geramnya aku. Buat silap sikit mula la dia nak kondem aku.

“Tengku yang tadi pun saya dah menyesal sangat-sangat takkan saya nak buat la..” belum sempat aku berkata-kata.

prannng. Aku menelan liur. Apa pulak kau buat ni Hanan Asyikin oi.

“ Tengok. Careless la awak ni. Selamat tak ada barang yang pecah. Kalau ada yang pecah lagi saya potong gaji awak” ugutnya kepadaku. Aku memungut barang-barang yang jatuh. Tak berani nak bersuara dah.

“kesian kan bakal suami awak nanti dapat isteri macam awak ni. Tak serius langsung buat kerja” sindirnya pedas. Berdesing telinga aku mendengarnya.

“ Tak  apa tengku . InsyaAllah saya akan cari suami yang dapat terima saya seadanya.” Jawabku .Tengku Izham memandangku tajam. Aku menunduk. Macam pesalah yang baru lepas bunuh orang pun ada. Sedih tahu dilayan macam ni . pada masa yang sama nak marah pun ada jugak sedap-sedap je kata macam tu kat aku.

“Awak dah ada boyfriend Cik Hanan?” Tengku Izham menyoalku dengan bernada serius. Dengan perlahan aku menggeleng. Tiba-tiba meletus kuat ketawa dari Tengku Izham.

“hahaha. Perangai garang, careless macam ni memang la tak ada boyfriend. Senang-senang awak kahwin je la dengan saya” ujarnya seraya mengenyitkan mata kepadaku.  Dia berlalu pergi. Jantung aku berdebar-debar. Gila punya Tengku. Cakap pasal kahwin macam mainan. Bengang  !


Wednesday, 9 January 2013

Bab 13 Hadirnya Cintamu Yang Terindah



 “Puihhh..Air apa yang awak buat ni ? tak pandai buat air ke awak ni hah ? jerkah Tengku Izham kepadaku.

“Air Nescafe yang Tengku minta la yang saya buatkan. Kenapa Tengku?” jawab ku dengan sedikit teragak-agak. Apa kes pulak kali ni?

“menjawab la awak kan. pahit semacam je air ni. Awak tak taruk susu ke apa ? hmm perempuan apa la awak ni setakat buat air pun tak pandai” ujarnya. Sinis. Memang menyakitkan hati aku je kerjanya..

“Apa pulak ni Tengku saya buat air selalu okay je. Ke Tengku yang tiada deria rasa? Hah ambik kau sebijik. Aku mula berangin .Memang pantang kalau orang mula mengomen hasil kerja ku. Dia tak tahu ke air yang dibuat dari air tangan aku rasanya meletop. Aku ulang sekali lagi ya rasanya meletop. Ibu, ayah dan Balqis semua setuju air yang aku buat sedap da bomb. Tapi lain pulak dengan mamat sambal belacan ni. Saja je la tu nak menyakitkan hati aku. Ei geram betul la.

“Tengku saya tengah sibuk sangat kat bawah tadi tapi bila Tengku bagi arahan saya bersusah payah naik atas sediakan air buat Tengku. Ini bukannya nak berterima kasih tapi marahkan saya pulak adala.. apa tea lady kat office ni dah goyang kaki or dah angkat bendera putih tak nak sediakan air buat Tengku?” Ujarku sinis. Lantak lah dia bos kea apa. Sepatutnya dah tahu diri tu bos jangan lah gunakan  kelebihan diri nak ambil kesempatan atas pekerja bawahan macam aku ni. Marah ku tapi berani dalam hati je. Perasan berani kau Asy

“argh .. awak jangan naikkan angin saya ya. Dah saya kata tak sedap tak sedap la. Pergi buatkan air yang lain kat saya. dah la lewat buat air sekarang membebel macam mak nenek pulak. Cik Hanan, saya kan bos so suka hati saya la saya nak suruh siapa pun yang buat air kat saya. so just do it. Jangan banyak bunyi okay” tengok dah keluar arahannya. Sabarla wahai hati ujarku.

“one more thing Cik Hanan, masa nak buat air tu try awak buat dengan ikhlas dengan  perasaan kasih saying barulah lagi sedap dan power air tu” Tengku Izham mengenyitkan matanya ke arahku

Aku menuju keluar ke bilik untuk bergerak ke pantry. What buat dengan kasih sayang. Puiii tak ingin aku. Eii geli adala. Ayat kasanova betulla. Dengan cermat aku menyediakan air tersebut.hai apa nak jadi la dengan nasib aku ni. “Awak sampai bila hidup saya nak jadi macam ni??Kenapa cepat sangat awak tinggalkan saya?” luahku dengan sebak. Dah lah nak dapat kerja pun susah dah dapat kena menghadap dengan perangai bos yang tak bertanggungjawab macam ni. Tanpa sedar air mata ku mula mengalir. Bukan kerana sedih sebab dipaksa buat kerja macam ni tapi sebab rindukan dia. Ya aku sangat rindukan dia. Perasaan dan jiwa aku diserahkan kepada dia sepenuhnya.

“Hai Cik Hanan, disuruh buat air pun kena berdrama ke ?” Tengku Izham mengejutkan ku. Aku menyeka air mata di pipi sebelum mengahadap muka ke arah Tengku Izham.

“Berdrama apa pulak ni Tengku. Hah Tengku air dah siap. Selamat minum ujarku yang ingin keluar dari pantry. Kerja aku masih banyak. So aku kena settlekan sebelum balik ni. Aku tak suka kerja yang tertangguh. Sebelum aku sempat melangkah aku sempat lagi mencuri pandang ke arah Tengku Izham yang sedang menikmati air buatan tanganku. Pejam mata sambil  minum air ? sampai macam tu sekali. Hai Asy memang powerla kau dalam buat air ni. Aku ketawa dalam hati melihat gelagat tengku Izham. Jangan sampai jatuh hati sudah kat aku. Bak kata orang dari air jatuh ke hati. Aku ketawa. Eii gedik kau. Peribahasa pun salah dibuatnya.

“wait” Tengku Izham berkata-kata. Alamak apa lgi ni. Takkan air tu yang aku buat tak sedap lagi kot. Kalau dia cakap tak sedap lagi memang aku lepuk la kali ni. Hish apa lagi yang dia nak sebenarnya ni. Geram betul la aku. Dengan lambat-lambat aku berpaling mengahadapnya.

“kata mama saya orang perempuan tak elok menangis kat dapur nanti kahwin dengan lelaki tua. Ambik nih .” dia menghulurkan kain sapu tangannya kepadaku. Bukan setakat tu aja. Siap hulurkan senyuman paling manis lagi buat aku. Sumpah memang power senyuman dia. Perasaan pelik tu datang balik. Aku terkaku. Tengku Izham mencapai tangan ku dan meletakkan kain sapu tangan tersebut dan terus berlalu tapi aku dah macam patung cendana dah berdiri kat sini. Macam orang tengah menyanyi lagu negaraku pun ada. Wake up Asy kau jangan tergoda dengan senyuman dia. Aku menampar pipiku. Aku tersenyum melihat kain sapu tangan yang berada di tanganku. Entah kenapa. Aku berasa bahagia. Eii mengarut betul perasan aku sekarang ni.

Aku kembali ke tempat kerjaku. Tersenyum sendiri bila aku ingatkan kata-kata mamat sambal belacan tu. Ada ke patut menangis kat dapur kahwin dengar orang tua. Tak pernah dengar pun kalau menyanyi barula kahwin dengar orang tua.

“mengarut betul la” aku tersenyum sendiri.

             ***

hish apa lagi dia nak ni. Tadi mintak aku buat air. Ni panggil pulak dah. Ya Allah geramnya aku. Selepas mengetuk pintu dan menerima arahan masuk aku terus melangkah ke pejabat mewah milik mamat sambal belacan. “ Ya Tengku. Ada apa yang boleh saya BANTU ?” aku menekankan sedikit perkataan bantu tu. Biar dia tahu aku tak suka nak menolong dia. Malas nak ingat syarat lain yang pelbagai lagi tu. Tak masuk akal langsung tau.

dia memandangku. “ Memang banyak yang awak kena bantu saya. First of all saya nak awak kemaskan bilik saya ni sekarang jugak. Awak nampak tak berhabuk ni ?” soallnya kepadaku dengan tangannya menyentuh meja dan menunjuk kan habuk yang melekat yang di jari nya. So kalau dah kotor  panggil la cleaner suruh bersihkan. Jangan bagi dia orang maka gaji buta aje kat pejabat ni. Ni yang malas ni. Si mamat sambal belacan ni dah mula mintak syarat-syarat lain. esok lusa apa lagi yang nak dimintanya. Seram aku nak memikirkannya.

“ ya memang saya tahu office ni memang ada cleaner tapi saya tak nak dia orang bersihkan. Saya hanya nak awak yang bersihkan. Jangan protes ya. Buat kerja dengan ikhlas ya lagipun saya ni ...”


“kan bos so suka hati saya la nak suruh siapa yang buat kan” ujarku dengan menyambung kata-kata mamat sambal belacan . Dia gelak. Kuat pulak tu. Sakit telinga aku mendengarnya. Mamat ni macam tahu-tahu pulak apa yang aku tengah fikir.

“ bagus. Awak memang pekerja yang bagus. Lain kali hafal la banyak lag ya kata-kata saya.” sinis bunyinya. Tak habis- habis nak mengena kan aku.

“okay lah saya akan buat. Peralatan nak membersihnya mana ?” soalku. Takkan aku nak mencuci dengan baju aku kot.

“ kat sana” tunjuknya. Tanpa banyak kata lagi aku memulakan kerjaku. Aku mula dengan mengelap cermin kaca di dalam biliknya dan menyambung dengan tugas-tugas yang lain. sepanjang hari pendek kata ku berada dalam bilik bersama mamat sambal belacan tuh. Memang tak selesa. Sepanjang aku buat kerja aku berasa ada orang yang memerhatikanku. Memang sangat tak selesa. Tapi aku tahan je. Tak apa sikit aje lagi nak siap ni. Aja aja fighting Hanan Asyikin. Aku tersenyum panjang melihat waktu jam di tanganku. Hoorey waktu balik sudah. Lepas ni aku bebas dari mamat yang gila kuasa ni. Sukanya. Perut pun dah lapar ni.

“ Tengku saya dah siapkan semuanya lagipun dah habis waktu pejabat ni saya balik dulu.” Dengan excited nya aku ingin keluar.

“siapa kata awak boleh balik Cik Hanan” tengku Izham menjongkatkan keningnya ke arahku

langkahku terhenti. Ya Allah geramnya aku. Sungguh kalau dia suruh aku buat kerja lagi hari ni memang aku lepuk dia kuat-kuat. Suruh la esok-esok ke pulak. Aku geram sangat-sangat ni. Rasa nak cekik aja mamat kat depan ni. Aku lapar ni. Kringgg.. telefon aku menjerit-jerit memanggil aku terus menjawabnya.

“Yup Balqis kau tunggu kejap ya. Aku nak settlekan kerja sikit. Kejap lagi aku turun okay . sabar ya” dengan cepat aku berkata-kata kepada Balqis. Sabar aje la Balqis bos kau tak kasi aku balik lagi ni. Mamat sambal belacan menjongkatkan keningnya kepada aku. Aku blur. Apa hal pulak ni. Kan aku angkat kening macam Ziana Zain nanti dia kalah pulak. Sempat lagi aku nak melawak saat-saat macam ni.

“Tengku kalau ya pun ada kerja cakap esok ya. Saya akan buat je apa yang Tengku suruh esok but please. Saya dah nak balik dah nie. Kawan saya dah tengah tunggu pulak kat bawah. Kan tak elok buat orang menunggu lama-lama. Betul tak Tengku.” Ujarku mengharapkan simpati la kononya.

“ Give me your phone” ya aku sedang menerima arahan sekarang dan yang menyakitkan hatinya arahan itu tak boleh disangkal. Arghhh nak humban orang memang la time macam ni. Walaupun dalam keadaan marah aku menghulurkan jugak telefon aku yang berjenama iphone tu kepada mamat sambal belacan tu. Hai takkan la berkenan dengan telefon aku kot. Kalau dia nak pergi la beli kat kedai. Bukan kata satu je yang dia boleh dapat nak beli dengan kedai-kedai pun boleh. Apa nak hairan orang kayakan.

“ Hello ini Balqis kawan Cik Hanan kan ? saya Tengku Izham. Hari ni awak tak payah tunggu dia nak balik. Dia balik dengan saya. lagipun kita orang plan nak keluar makan dulu. Bye assalamualaikum” selesai membuat panggilan tergempar dia tu dia menghulurkan telefon aku kepadaku. Aku ternganga. Kalau lalat nak masuk buat rumah pun boleh sekarang ni. Apa ni ?? aaaaaaa.. aku menjerit dalam hati ya Allah apa lagi ni. Benci tahu.

“Apa sebenarnya yang Tengku nak dari saya sebenarnya ni hah ? dari tadi lagi Tengku suruh saya buatkan kerja bukan-bukan. Saya tak pernah setuju pun dengan perjanjian tu tahu. Jadi  saya ingatkan Tengku supaya jangan suruh saya buat kerja gila-gila. Saya  tak nak balik or keluar makan dengan Tengku!” aku bernada tegas. Memang sabar aku dah sabar tahap maksimum. Apa dia ingat dia bos dia berhak buat aku macam-macam. Geramnya.

“ Takkan kerja senang pun awak tak boleh buat ke ? lembik punya perempuan !” ibu ayah tengok dia perli adik. Uaa.. geram betulla.

“Saya tak lembikla. Tengku jangan cakap bukan- bukan nanti Tengku merasa flying kick saya kan.” nafasku sudah menderu laju. Memang nak marah gila dah ni.

“ so kalau tak lembik buktikan.” Mamat sambal belacan menghulurkan kertas kepadaku. Aku pelik. Kertas isyarat gila tu. Eii memang dasar anak beranak jin afrit betulla mamat ni. Dengan perasaan marah dan tercabar dalam hati aku terus tandatangan tanpa memikirkan apa yang mungkin berlaku di kemudian hari. Selepas tandatangan aku menghulurkan kembali kertas itu kepadanya.

“ bagus. Awak buat keputusan yang bijak. Jom” sekali lagi aku dilanda pelik. Kenapa pulak dia ajak aku ni? Nak kemana pulak? Tapi semua soalan tu hanya terbuku di hati aku tak boleh nak ucapkan di mulut. Mamat sambal belacan tu memandangku dan semakin menghampiri ku. Aku berundur dan berundur sehingga tiada ruang lagi untukku berundur. Tengku Izham mendekatkan dirinya kepadaku. Perfume dia pun aku dah bau. Fulamak wanginya.

“jangan jual mahal sangat boleh tak ?” soal Tengku Izham.aku tersentak dan  pelik. Jual mahal apa pulak kali ni. Aku bukannya berniaga sampai nak berjual bagai. Dia mengenyitkan matanya kepadaku dan terus berjalan melintasi ku.aku macam biasala terus jadi patung cendana. Aku mengeluh ingatkan kejadian yang baru terjadi. Berhati-hati Asy kau tu perempuan so be careful sikit. Lebih-lebih lagi dengan  si mamat sambal belacan tu. Tiba-tiba aku teringatkan kertas gila tu. Kenapa lah bodoh sangat aku pergi tandatangan. Bodoh la kau ni. Aku mengetuk kepalaku.

“Cik Hanan kenapa tak gerak lagi. Lagipun driver saya dah tengah tunggu tu. Kan tak baik buat orang lama menunggu.” Dia menyindirku. Muka aku sekarang ni macam orang nak menangis pun ada. Dengan langkah longlai aku menuruti juga. 

p/s sory ye pendek..:)

Monday, 24 December 2012

BAB 12 HADIRNYA CINTAMU YANG TERINDAH






 “Asy aku nak cakap sikit dengan kau ni” kata Balqis dengan tersengih-sengih

“ apa pulak kau nak cakap ni ? aku tak nak dengar ya kalau benda mengarut. Kau ni bukan betul sangat. Nanti kau mengarut mengaban cakap pasal kahwin pulak. Kau tahu kan aku tak suka dengar benda tu semua” omelku dengan muka selamba. Balqis dah memuncung tanda protes. Ada aku kisah ke ? hee

“ ala kau ni aku tak cakap kan lagi. Jangan lah tuduh aku macam tu. Hmm kau ni memang pandai kan ?”

“ aik kenapa pulak cakap aku pandai ni . Aku tahu la aku pandai sejak azali lagi tapi kau tak payah la bagi tahu aku . Aku dah tahu lama dah “ ujarku sambil tersengih-sengih sengaja mengenakan Balqis.

“ ala kau ni main-main pulak. Aku serius ni” Balqis membaling majalah yang berada di atas meja.

“ okay okay I’m sorry. Cakap la apa benda yang kau nak cakap dengan aku ni?” soalku

“ Kau ni aku tak bukak mukadimah pun kau dah dapat agak kan apa yang aku nak cakapkan but wait beb  Kali ni kau memang kena dengar apa yang aku nak cakap ni.”

“Ala ni yang malas ni” aku menutup kedua belah telinga ku sebagai tanda tak ingin nak dengar apa yang bakal diberitahu oleh Balqis. Bab kahwin memang malas la nak dengar. Sakit hati dan buang masa je tau. Aku tak nak hati aku hancur lagi apabila bercinta. Cukup lah sekali pintaku.
“Asy kau jangan degil boleh tak. Ni semua untuk masa depan kita. Macam mana pun kita kerja and sibuk dengan hal-hal duniawi ni kita kena jugak berumah tangga and melahirkan cucu cicit nabi Adam. Ada kau faham ?” dengan bersungguh-sungguh Balqis menjelaskan kepada Asy tapi ASy buat muka selamba badak je. Ni lah aku geram  dengan si Asy ni. Cakap sikit pasal cinta mula lah nak tunjuk muka kawan dia si badak tu. Ei geram betul aku . Dalam diam Balqis memprotes.

“Ala kau ni tak payah lah bagi tahu aku. Aku dah tahu la. Cuma jodoh je yang belum sampai. Kau lah yang kahwin dulu ek lepas kau kahwin baru aku yang kahwin okay ?” sambil buat muka cute aku memberitahu Balqis

“ Kau ni memang sikit-sikit aku yang dahulunya tapi kalau je masuk bab makan orang tak kata apa-apa lagi kau orang pertama yang sambar semuanya. Hai apa nak jadi la kau ni.Asy aku ada benda nak bagi tahu kat kau ni .”
“hah apa pulak kau kali ni ?” soalku dengan penuh tanda tanya. Hish Balqis ni buat suspen je la.
 “Aku memang akan kahwin Asy……. keluarga aku dah temtukan siapa bakal suami aku. “ujar Balqis dengan muka yang habis selamba

“what kah…win?? Biar betul kau nak kahwin? Dengan siapa ? bila masa pulak kau bercinta ? keluarga kau tentukan ? habis diorang tak tanya pendapat kau ke ? kau setuju ke tak ?”ujarku bagai pistol yang menembak tanpa henti.

“ Ala kau rilek la. Tanya satu-satu boleh tak pening la aku dengan kau ni. Banyak sangat soalan yang kau tanya dalam satu masa . Tak sempat aku nak menjawabnya.” Omel Balqis dengan geram melihat reaksiku. Aik macam aku pulak yang nak kahwin
“Balqis kau pandang aku sekarang. Kau pandang aku betul-betul.” Aku memegang muka Balqis dan memalingkan ke arahku.

“First soalan aku kau kenal tak lelaki yang nak dijodohkan dengan kau tu?” Tanya ku dengan nada serius

Balqis menggeleng.

“ What kau tak kenal ? habis macam mana kau nak kahwin Balqis oi ?” aku dah kalut semacam tapi yang peliknya Balqis boleh pulak rilek time genting macam ni.

“Ala kau ni janganlah gelabah sangat. Aku tahu macam mana nak handle la. Don’t worry okay .” Balqis meyakinkan aku dia okay. Aik nampak bahagia je nak kahwin walaupun tak kenal lelaki tu.

“Kau gila Balqis nak kahwin dengan lelaki yang kau sendiri tak kenal. Ni dah zaman globalisasi kau tahu mana ada lagi family yang cuba jodohkan anak dia dengan orang yang kau tak kenal. Hello kau yang nak kahwin bukannya mak and ayah kau “ aku mengipas ngipas badanku dengan tangan . Hish apa kena dengan Balqis ni pulak. Aku kalut semcam dia boleh pulak mengelamun siap tersengih lagi ni. Aik angau ke kawan aku sekarang ni ? tadi kata tak kenal si terunanya. Ni dah nampak syok benar nak kahwin je aku menengoknya.

“ Asy kau ingat kan aku cakap kat kau dulu. Kalau time aku kerja tak ada lagi pakwe aku decide nak family arrange kan wedding aku. Kau ingat tak ?”

“ Kau biar betul. Memang la aku ingat sebab aku tak nyanyuk lagi tapi aku ingatkan kau main-main je. Beb kau jangan. Nanti kau tak bahagia pulak dengan jodoh kau tu.” Kataku tanda memujuk

“ kau ni tak baik tau cakap macam tu. Doa tu tau. Ala sebenarnya kahwin dengan pilihan sendiri ke family arrange ke kalau kita pandai handle rumah tangga insyaAllah takkan jadi apa-apa” ujar Balqis. Waduh duh duh cakap macam pakar cinta kawan aku ni

“ Balqis aku tahu la kau gatal nak kahwin sangat tapi jangan la kau main terima je jodoh yang mak and ayah kau cari tu. Siasat la dulu” aku mengeluh. Aku tak nak jadi apa-apa pada Balqis pada muka depan. Aku sayang dia. Aku doakan kebahagiaan dia tapi bukan dengan cara macam ni main redah je

“Asy aku redha dengan pilihan family aku. Bila mak and ayah kita dah buat keputusan  aku percaya keputusan tu memang terbaik buat kita sebagai anak dia. Aku tahu dan percaya sangat dengan keputusan yang mak dan ayah aku buat. Keputusan mereka adalah terbaik untuk aku dan kebahagiaan diorang adalah kebahagiaan aku sebagai anak Asy.” Usai Balqis cakap aku terus memeluknya. Aku terharu Balqis memang anak yang baik dan mendengar kata.

“ Balqis sorry sangat aku hasut kau supaya tak terima keputusan family kau tu. Kau memang anak yang baik . Aku cuma nak kau bahagia je. Aku takut nanti kau kahwin tak bahgia pulak” aku memeluk Balqis

“tak  apa aku faham niat kau yang tersemat di dada tu” ujarku. Kita orang ketawa mengisi kesunyian kala pagi itu.

Balqis phone kau bunyila.  Aku mengambil phonenya untuk melihat siapa gerangan sebelum beri kat Balqis. Tapi belum apa-apa lagi Balqis dah rampas telefon dia. Hmm ini yang buat aku pelik ni. Sejak bila pulak telefon dia jadi private dengan aku ni. Usai Balqis bercakap dia terus mengajakku keluar jalan jalan cari husband katanya.

“ siapa yang call kau ?” soalku dengan musykil.

“ tak penting pun. Jom la keluar. Boring ni kan. Pergi la siap-siap Asy” arah Balqis kepadaku

“ amboi berahsia pulak dengan aku minah senget ni. Jangan-jangan lelaki yang dijodohkan dengan kau tak?” soalku.

“ eii geramnya aku dengan kau nie. Tak la. Kau pergi siap cepatla kan kita nak keluar kan. Kau lambat aku malas la nak belanja kau makan” usai je Balqis berkata aku dengan cepatnya melangkah masuk ke bilik. Amboi dengar je orang nak belanja cepat je kau kan. Macam-macam la kau ni Asy. Balqis melangkah masuk ke biliknya dengan senyuman yang penuh makna.

                                                                       ***             

 “Asy orang kata kalau jodoh takkan ke mana kan. Orang kata la dan aku percaya semua tu”

Aku memandang Balqis. Pelik.

“Kenapa lately ni kau sering je cakap pasal jodoh kat aku. Aku tahula kau nak kahwin but I’m not ready yet Balqis oi” aku ketawa. Balqis ni kalau nak kahwin, kahwin la sorang-sorang tak payah nak libatkan aku pulak.

“Asy kau tak payah la nak kutuk-kutuk aku ya. Aku bukan apa aku sebenarnya risau la nanti kalau aku dah kahwin nanti kau akan hidup sorang-sorang . Makan, keluar , shopping pendek kata semua benda kau buat sorang diri je. Kau bukannya boleh percaya sangat nanti ke mana entah kau pergi kan” omel Balqis. Aku mengetuk kepala Balqis.

“ Ei kau ni aku bukan budak kecil la semuanya kena berteman. Tak ada maknanya. Aku boleh handle my life okay” aku mengerling kepada Balqis

“ Yang kau ni kenapa terhendap-hendap. Nak mencuri kea pa ? Balqis kau jangan” Balqis dengan geramnya menyekeh kepalaku.

“sakitla Balqis”

“Hah ambik kau. Amboi kalau bercakap sedap mulut kau je kan kata aku nak mencuri la apala. Tak ada maknanya nak mencuri tak berkat hidup tau” balqis sudah memuncung tanda memprotes.
“Ala aku gurau…” belum sempat aku berkata

“Hai girls. What are you doing here? Wow kebetulan lagi kan kita berjumpa kat sini” kata Tengku Rayyan

Memang peramah la Tengku sorang ni dan aku selesa bersama dengan dia tapi bukan dengan mamat sambal belacan kat sebelah dia . Tak boleh ke kalau senyum sikit kalau jumpa orang. Ni tak muka mengalahkan limau masam belakang rumah tok aku. Pelik betul la keluar je jumpa dengan dua orang ni. Macam dirancang la pulak. Eii kalau tahu macam ni aku tak keluar rumah hari ni. Aku memandang Balqis. Balqis menjongketkan bahunya.

“ Hai Tengku Rayyan. Tak sangka saya kita akan jumpa kat sini. So kenapa keluar berdua girlfriend nya mana ?” soal balqis. Apa ke jadah nya Balqis tanya soalan yang tak berapa nak cepu mas tu. Jangan tunjuk gedik sangat boleh tak kau tu dah nak menikah nya. Aku menjengilkan mata ku kepada Balqis. Balqis but bodoh je.

“ Well alang-alang dah jumpa kat sini apa kata I treat you alls lunch then kita tengok wayang nak tak?” Tengku Rayyan memandang kami berdua meminta kepastian.  Aku mengeluh. Hai part ni yang aku tak suka ni. Aku memandang mamat sambal belacan dan boleh dikatakan no reaction kat muka dia. And last sekali Balqis decide.

“of course Tengku. Rezeki dating saya terima je lagipun orang tua-tua cakap tak baik tau menolak rezeki so I accept betul tak Asy?” Balqis menolak ku sedikit dengan sikunya.
“ ow yeah saya ikut je” kataku sambil tersenyum.

“shall we ?” Tengku Rayyan  menghulurkan tangannya ke depan supaya aku dan Balqis dapat join diorang berjalan. Tengku Rayyan berlagak gentlemen la pulak. Kata-kataku itu hanya dalam hati je. Nak mampus kalau keluar kat mulut. Patut la pepatah ada cakap kan biar pecah kat perut tapi jangan di mulut. Aku memandang Balqis yang berjalan di hadapanku dengan Tengku Rayyan. Siap berbual mesra lagi.

“Balqis you nak makan kat mana? Cakap je and I follow your wish?” soal Tengku Rayyan kepada Balqis.

“ okay kalau macam tu kita makan kat sana “ tunjuk Balqis

“As you wish” jawab Tengku Rayyan .

Aku memandang dia orang dengan pelik. Hai rapat je nampak dia orang ni. Si Balqis yang jadi lebih peramah hari ni kenapa. Dah buang tabiat   apa. Tengku Rayyan pulak asyik ikut Balqis je dari tadi. Hmm pening la aku. Macam orang bodoh pulak ikut je dia orang.

“Gedebuk.” Tanpa sedar aku terlanggar mamat sambal belacan kat sebelah. Aduh langgar lagi. Kenapa la dengan aku ni careless sangat. Suka je langgar orang tak tentu pasal.
“Cik Hanan CIk Hanan suka termenungkan. Habis segala yang nak dilanggarnya. Tak boleh ke dalam sehari tu awak tak mengelamun ?” soalnya kepadaku. Aku mencari Balqis dan Tengku Rayyan . Dia orang dah jauh ke depan meninggalkan kami berdua. Cepat sikit masa bergerak boleh tak . Aku tak nak berjalan dengan mamat ni.
“tak boleh. Memang hobi saya suka mengelamun dan setahu saya tak menganggu Tengku kan ?” aku menyoalnya balik. Hah ambik kau.

“ Dah tentulah mengganggu saya Cik Hanan. Baru je tadi awak langgar saya. Sakit tahu bahu saya ni. Dahlah awak tu berat. Langgar sikit pun dah kuat terasa.” Ujar Tengku Izham seraya berpaling ke  arah aku dan melemparkan pandangan tajam dia tu. Hei ada aku kisah ke .

“Oo ya ke patutnya saya langgar kuat lagi kan tadi biar Tengku masuk hospital” usai je aku berkata aku mempercepatkan langkah mengejar Balqis dengan Tengku Rayyan kat depan. Amboi kalau dah dia orang berbual aku pun kau tak sedar ya kat mana  Balqis. Sebelum sempat aku hendak mengejar Balqis tanganku sudah disambar oleh mamat sambal belacan.

“ Apa ni Tengku main pegang-pegang bagai ni ? lepas la sakit tau” ujarku dengan muka yang berkerut-kerut.

“sakit ? sedap mulut awak je kan cakap macam tu. Awak lupa ke saya siapa dan awak siapa?” soalnya.

“ La Tengku, Tengku Izham la dan saya Hanan Asyikin. Alhamdulillah saya tak lupa lagi.” Kataku dengan tersengih-sengih. Hai Asy loyar buruk kau dah datang dah. Cengkaman di tangan ku dikuatkan lagi.

“ Apa ni Tengku kan saya cakap sakitkan. Lepaslah.” Aku memandamg sekeliling. Orang ramai sudah memandang ke arah kami. Aduh malunya.

“ Tahu pun sakit. Baik awak minta maaf dengan saya. Tarik balik kata-kata awak tadi tu” dia mengangkat kening kepadaku.

Amboi kau ni memang nak merasa tendangan aku ni. Dengan pantas aku menendang kaki mamat sambal belacan tu.

“Aduh” jeritan kecil si mamat ni didengari oleh Tengku Rayyan dan Balqis.

“Bro kau kenapa? “ soal Tengku Rayyan agak cemas

“Tengku kenapa dengan Tengku ni? Are you alright? Asy apa kau dah buat ?” soal Balqis kepadaku dan mamat sambal belacan tu

“Asy tak buat apa-apa pun. Saya terlanggar tong sampah ni. “ujar Tengku Izham.

Langgar tong sampah? Haha. Banyak la kau .Malu la tu tak nak dia orang tahu aku sepak dia.

“Betul tak Cik Hanan. Saya langgar tong sampah je kan. Bukaannya apa sangat pun.sikit je ni”

Aku kalut apabila dia menujukan soalan ke arahku.

“ye.. memang..pun” dengan tergagap-gagap aku menjawab

“Kau ni Is biasanya kau alert and tak careless macam ni. Apasal hari ni kau sampai terlanggar semua? Hari malang kau ek.” Usai je Tengku Rayyan berkata . Tengku Izham menjengilkan matanya kepada Tengku Rayyan. Malu la tu wei.

“yup hari malang aku kot lebih-lebih lagi ada nenek singa tadi jalan kat sebelah aku”

aku tersentak . Nenek singa jalan kat sebelah dia ? siapa ? setahu aku dari tadi aku aja jalan kat sebelah dia . Jangan jangan aku tak. Aku memandang nya. Tengku Izham memberikan jelingan mautnya kepadaku.

“Nenek singa ? siapa pulak tu?” soal Tengku Rayyan dengan blur nya. Balqis dengan aku sudah menangkap siapa gerangannya . Siapa lagi kalau bukan aku. Ei geramnya aku.

“Jom kita masuk” Balqis mempelawa.

“ ha jom. Lagipun buat apa duk kat luar sini bukan boleh makan pun. Makan hati ada la” Tengku Izham meluru masuk ke dalam restoran . Balqis ,Tengku Rayyan dan aku hanya menurut di belakang.

“Apa kena pulak dengan si Is hari ni. Biul ke apa ?” Tengku Rayyan berkata perlahan.

“Apa Tengku Rayyan?” soalku sebab aku tidak mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh Tengku Rayyan.

“nothing” jawab nya. “ so korang dah tahu ke pasal annual dinner our company tu?”

“dah Tengku. Saya ada baca kat notis board tu pasal ni tapi tak sangka pulak tema dia glamour and couple” ujar Balqis

“Why okay apa. Saya suka dengan tema dia tu. Mesti malam tu semua orang pakai baju yang glamour saja kan. So mestila semua orang cantik-cantik and handsome belaka. Sedap mata saya nak memandang ni hah  so Asy you dah ada couple ke tak ?” Tengku Rayyan memandang ku untuk meminta jawapan.

“ t…ak ada lagi “ Jawabku. Hai kenapa la dengan aku ni . Depan mamat ni je aku akan tergagap-gagap apabila bercakap. Ei tak sukanya.

“tak ada lagi?” soal Tengku Rayyan dengan terkejut. Yala mana tak terkejut malam dinner tu dah nak dekat tapi aku partner pun tak ada lagi.

“Macam mana nak ada kalau perangai tu pelik pada orang . Lelaki nak masuk dekat pun takut” ujar Tengku Izham kepada ku.

Ya Allah sakitnya hati aku. Ei geram betul aku.

“Apa Tengku cakap. Tengku ingat tak ada ke orang yang berkenan dengan saya ? “soalku kepadanya. Nafasku sudah menderu laju. Panas beb panas

“Kalau ada mana ?tunjukkan pada kami nanti.” Dia mengangkat kening kepadaku. Alamak mampus. Mana aku nak cekau boyfriend pulak ni. Aku terdiam.

“Tak ada kan Cik Hanan?” soalnya lagi. Saja lah tu nak menambahkan api jadi marak lagi ni.

“memang saya tak ada partner . Kenapa Tengku nak jadi partner saya ke ?” aku mencabarnya

“awak nak. Saya on je. Jangan cabar saya Cik Hanan “ ujarnya. Suasana di meja makan memang cukup tegang dengan pertelingkahan kami berdua.

“Wait guys. Kenapa dengan korang ni bergaduh macam budak kecil. Hei come on lah makanan depan korang ni kan. Hormat la sikit. Jangan bergaduh boleh tak?” Tengku rayyan  meninggikan sedikit suaranya. Kalau cakap slow memang kita orang tak dengar.

“Ya la. Dah lah Asy kau jangan la angin sangat. Makanan ni. Jangannlah gaduh depan rezeki tak elok.” Balqis bersuara. Sejak tadi lagi Balqis hanya memerhati je antara aku dengan mamat sambal belacan ni.

Aku dengan Mamat sambal belacan ni terdiam.

“Asy makanla jangan ambik hati sangat apa yang Is cakap . makanla .” Tengku Rayyan cuba menenangkan ku. Aku memang panas sekarang ni. Rasa nak hempuk je kepala mamat belacan ni. Eii geram betul la aku. Aku dan Tengku Izham berpandangan. Memang nak cari gaduh la kita orang ni nampaknya. Suasana kat meja makan memang cukup tegang. Hanya sesekali terdengar suara Tengku Rayyan dan Balqis berbual.

“Tengku terima kasih ya belanja kita orang makan. Lain kali saya belanja Tengku pulak ya” ujar Balqis. Amboi peramahnya kau Balqis. Ops aku lupa orang berbudi kita kenala berbahasa. Nanti dikatakan kurang ajar pulak kan.
“well small matter je.” Balas Tengku Rayyan

“so Tengku kita orang balik dulu ya. Jumpa kat office nanti. Bye. Assalamualakum” Balqis menarik tannganku. Biasala aku banyak mengelamun. Aku sikit pun tidak memandang kat mamat sambal belacan tu.  Akhirnya kita orang pulang dengan pelbagai perasaan.

Sunday, 23 December 2012

BAB 11..







 “Sara thanks sebab sanggup tolong aku beritahu kat bos ya. Lain kali aku treat kau lunch okay ?’

‘Ye la tuan puteri. Kau rehat dulu nanti sihat baru kau masuk office ya. Bye” usai aku bercakap dengan Sara, kawan tempat aku bekerja aku mematikan telefon.

“ Hai Asy hidup kau ni untuk termenung je kan. Apa la nak jadi dengan kau. Ada bos pun yang bagi syarat yang entah apa-apa. Hah ! syarat. Boleh gila aku kalau fikirkan balik kandungan yang terdapat dalam kertas tu. Lantaklah apa nak jadi aku akan buat yang sebaik boleh. Aku akan buktikan kepada mamat sambal belacan tu aku bukan perempuan yang lemah. Erm kalau nak diikutkan syarat tu bukan susah pun kan. Just buat je. Ok Asy fighting !.’ akhirnya aku tertidur dengan kepala yang masih menanggung masalah yang tak pernah diduga.

“Asy Asy Asy........ kau okay ke ? kau okay ke tak??” Balqis mengajukan soalan walaupun aku masih dalam keadaan mamai.

“hah apa pulak aku ni. Aku sihat la bukan nak mati pun. Yang kau risau bagai ni kenapa ?” tanya aku kepada Balqis dalam keadaan mamai.

“Macam mana aku tak risau . Belum waktu orang balik kerja kau dah balik tak ke buat aku risau. Kalau apa-apa jadi kat kau macam mana? Tolong lah Asy jangan buat macam ni. Buat aku risau tahap dewa je la.” Balqis mengambil tempat di tepiku

“ Ala aku buka sengaja buat kau risau. Aku rasa tak sihat la tadi tu yang aku decide nak balik . Kau jangan la risau sangat aku okay dah lepas bangun tidur ni. Don’t worry okay?” aku ingin beritahu kat Balqis yang apa sebenarnya berlaku tapi aku takut untuk melihat dan mendengar reaksinya. Aku rasa aku akan simpan perkara ni dahulu. Biarlah antara aku dengan mamat sambal belacan je.


   Aku meneruskan kerja seperti biasa. Pergi kerja dengan harapan mamat sambal belacan takkan ganggu aku tapi aku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Waktu lunch aku terima arahan daripada mamat tu untuk temankan dia makan tengah hari. Apa lagi dugaan ni. Kalau aku keluar berduaan dengan dia mesti mencetuskan kontroversi. Haih apa aku nak buat ni?

 “ So jom cik Hanan” Tengku Izham mengajakku. Tersentak aku daripada mengelamun.

“ Hah apa ? Tersentak aku dibuatnya

“ Awak tak nak lunch ke? Semua orang dah keluar makan.”

 Aku memerhati sekeliling. Memang betul ramai yang dah keluar makan tapi aku masih tak ada mood nak makan langsung lebih- lebih lagi dengan mamat sambal belacan ni. Ya Allah tolong lah hantarkan batman ke ultraman ke untuk selamatkan aku.

“ Cik Hanan! Saya tak suka menunggu so tolong cepat”  nah kan dah keluar sikap gila kuasa dia tu. Tadi lembut je ajak aku keluar alih-alih dah garang . Kalau perangai macam harimau takkan hilang lah perangai tu.
Dengan malas aku bergerak keluar.

“Kita nak pergi mana ni sampai naik kereta bagai?” aku pelik. Kalau nak makan kedai makan banyak kat kawasan pejabat ni. Opss aku lupa Tengku Izham mana makan kat tempat macam ni. Tak setaraf dengan dia la katakan

“ Awak senyap boleh tak. Ikut je kat mana saya nak bawak awak ni.”

 Aku terkaku. Tanya pun salah. Memang betul pelik la. aku diam. Tak sangka daripada penyambut tetamu boleh duduk sebelah dengan bos besar kat syarikat. Kalaulah Balqis tahu tak tahulah nak cakap macam mana reaksi dia. Aku berpaling ke sisi. Memang kacak la mamat sambal belacan ni. Patutla ramai wanita wanita kat office menaruh minat kat dia.

“ Ehem.” Aku tersentak. Adoi kantoi. Malunya aku. Macam mana sampai dia boleh perasan ni.

“ Awak tengok apa  cik Hanan” dia menjongketkan kening nya padaku. Alahai kacaknya. Asy kau jangan nak buat loyar buruk kau kat sini. Be rasional okay. Kau kan benci dia sekarang boleh pulak kau kata dia kacak.

“  Saya tengok pemandangan kat luar tu cantik kan.” Aku menghembuskan nafas. Hah lega.

“ Hai tengok jalan dengan bangunan yang hari-hari tengok pun tak puas lagi ke? Ke awak tengok saya” soal tengku Izham.

 Aku tersedak. Perasannya .

“Tak la Tengku biasala saya suka tengok benda yang sama walaupun tiap-tiap hari saya dah tengok. Bukannya saya tengok Tengku. Jangan perasan boleh tak ?” aku memperlahankan suaraku di hujung kataku.

“ Apa awak cakap tadi?”

“ Tak ada cakap apapun Tengku. Tak penting pun.” Aku melemparkan senyuman paling manis kat mamat sambal belacan tu. Nasib baik la dia tak dengar apa yang aku cakap. Mamat sambal belacan tu terkaku. Kenapa pulak ni. Terkaku sebab tengok muka aku ke apa. Teruk sangat agaknya muka aku kat pandangan dia . Siapalah aku ni kan. Hanan Asyikin kau jangan jiwang kat sini boleh tak. Sedar sikit siapa yang ada dengan kau ni.


Dia berdehem. “So Tengku lambat lagi ke kita nak sampai ni? Kalau saya masuk lewat office nanti kan tak pasal-pasal bos saya marah kat saya pulak.”

“ Hai cik Hanan awak lupa ke siapa saya kat office awak tu. Don’t worry saya akan settlekan semuanya. Sekarang awak just teman saya lunch saja.” Dia menjelingku. Okay aku akan teman asalkan dia yang belanja. Hee.. jangan keluar duit aku sudah.

“ Kita dah sampai ni .” Tengku Izham terus keluar dari kereta untuk masuk ke restoran. Aku melihat sekeliling, restoran ni nampak mewah sangat. Ini kali pertama aku masuk ke restoran macam ni. Dia punya landscape memang style mat salleh. Aku suka tapi hoore dalam hati je, rasa macam nak melompat pun ada.

“ Kenapa Tengku bawak saya kat restoran macam ni ? tak layak dengan saya ni. Lagipun saya staf Tengku je.” Aku memandang muka Tengku Izham. Ya aku sedar siapa aku. Perbuatan Tengku ni mencurigakan aku la. aku perempuan so aku kena hati-hati dengan Tengku walaupun hati dia beku kat perempuan. Lelaki semua sama je . Itu pesan mak aku s aku kena patuhi.

“ Awak nie suka mengelamun. Ke ingatkan boyfriend ? tapi ada ke orang yang nakkan awak ni ya ? kalau saya ,you’re not my taste”

Kurang asam! “ apa Tengku ingat saya ni tak laku ke ? lagipun saya mengelamun saya bukan ingatkan boyfriend ke  apa ke ,saya ingatkan mak and ayah saya. kenapa Tengku jealous ke or nak tumpang sekali mengelamun dengan saya?” hah ambik kau. Sedap sangat mengata kat aku ka. Not your taste konon. Habis kau ingat aku kisah kalau kau tak minat kat aku pun. Ramai lagi la orang lelaki yang aku boleh cari selain kau. Hah kat kampong tu ramai yang berkenan  tapi aku je yang jual mahal. Tapi taka pa dengan kau hari ni aku sabar je. Cakap la kau nak cakap apa pun.

“Boleh jugak. Nanti awak termenung lain kali masukkan saya sekali ya dalam lamunan awak tu baru lah indah hari-hari awak tu.” Dia memerliku.

Indah la sangat kan Tengku.

“ By the way suka hati saya la nak bawak awak makan kat mana pun i’m your boss kan so awak ikut je saya nak bawak awak kat mana pun. Sudah, order nak makan apa. Melayan awak sampai esok pun tak makan kita.”

Aku merenung menu di tangan ku. Hai setakat chicken chop, lamb chock and sewaktu dengannya aku kenalla tapi yang lain apa ke jadahnya. Aku mana pernah makan ni semua. Nama pun pelik. Kalau order nanti tak pasal-pasal tekak tak boleh nak terima. Selesai lunch kita orang terus pulang ke pejabat.

“ Tengku kalau berhenti saya kat depan ni boleh tak ?” aku menunjukkan tempat di mana aku hendak berhenti.

“ Kenapa pulak nak berhenti kat sini. Kan kata awak nak masuk office kan. nanti kalau lambat bos awak marah pulak.” Dia menyindirku lagi. Geramnya. Kalau hari-hari macam ni mati aku tahu tak.

“ Saya bukannya apa Tengku. Kalau staff lain Nampak saya turun kereta dengan Tengku mati saya. Satu office akan gosipkan kita nanti. Kang tak pasal-pasal secret admire Tengku mari serang saya. Tolong Tengku ya. Berhenti kan saya kat depan ni la tak payah sampai ke dalam.” Aku merayu. Sumpah aku tak nak orang lain tahu kalau aku dengan Tengku Izham keluar bersama. Staff kat office ni memang tak boleh ada gossip sikit. Kalau ada memang jadi kontroversi la. hal yang kecik pun diperbesarkan . Apatah lagi kalau hal memang cukup memberi impak. Hah macam kes aku sekarang ni lah. Nayalah jawabnya.

“ Jadilah nak jadi apa pun. Saya tak kisah pun. Mulut orang cik hanan mana kita boleh nak tutup” hai jangan kisah pasal orang  boleh tak. Ini  lah perempuan suka sangat percaya cakap-cakap orang ni” omelnya. Tengok nil ah lelaki alih-alih perempuan yang sering disalahkan.

“ Masalahnya sekarang Tengku memang la tak apa. Yang kena menghadapnya nanti saya. Tengku faham tak apa yang saya cakap ni. Tolong Tengku dengar cakap saya. Jangan tambahkan masalah saya lagi.” For the last aku merayu. Apa nak jadi pun jadila.

“ Kalau ada orang yang mengata sangat awak bagi tahu saya nanti tahu la macam mana saya nak mengajarnya. Jangan harap saya nak turunkan awak kat sini. Nanti orang nampak cakap saya kejam pu;al tinggalkan awak dekat sini. Jatuh air muka saya tahu.” Keras Tengku Izham bersuara.

Amboi air muka dia banyak pula nak jaga. Nanti aku yang kena menghadapnya seorang diri. Apa-apa jadi nanti siap kau. Amboi Asy kau kalau bercakap memang perasan kan. kau lupa ke dia siapa dan kau siapa. Lantak dialah aku malas dah nak fikir.

“ Awak tak nak turun ke ? kita dah sampai ni . Hmmm mesti awak suka sangat duk atas kereta saya  ni kan sampai-sampai tak nak turun dah. Okay tak apa lain kali saya ajak awak keluar makan lagi so dapat la awak merasa naik kereta saya lagi kan” dia mengenyitkan matanya kepadaku. Kenapa perasaan aku lain macam je ni. Berdebar tak tentu pasal.

“ Wait Tengku . Tengku ingat saya hard up sangat ke nak naik kereta Tengku hah. Tak heran la setakat naik kereta je. Okay la Tengku saya masuk dulu.” selesai je aku menjawabnya aku terus blah. Memang tak sopan kan. tapi dengan mamat sambal belacan tu memang aku tak boleh nak sopan. Tak ada gunanya nak control ayu ke  apa. Buang karat je. Aku melangkah masuk ke pejabat dengan seribu satu rasa . Apa kena dengan jantung aku ni berdebar tak tentu pasal. Aku berjalan sambil tangan ku letakkan di dada.

“ Hoi Asy kau kemana hah ? amboi maju ya kau sekarang ni.” Sergah Fiqa

“Astargfirullahhalazim kau ni Fiqa suka sangat sergah aku. Aku dah lah lemah bab sergah orang  ni. Mujur tau tak kena heart attack kalau tak dah jadi arwah dah aku ni. Eii geram la aku dengan kau. Dah malas kawan dengan kau lagi.” Aku pura-pura merajuk.

“ Ala bucuk-bucuk janganla merajuk. Aku gurau sikit je pun dah nak melenting. Senyum sikit nanti hilang cun kau tu” dia ketawa

“apa yang lucu sangat Fiqa. Geram la aku dengan kau ni.” Aku mengangkat tangan untuk menumbuknya.

“ Wait . jangan pukul aku. Okay aku janji lain kali aku tak sergah kau dah.” Tengok dah gertak sikit dah keluar muka takutnya. Amboi tak macho langsung la kau ni Fiqa.

“ Tahu pun kau takut.”

“ tak takut macam mana sekali kau tumbuk aku dah lebam-lebam badan aku ni. Nanti kulit aku dah tak lembut dah. Lari dah lelaki yang berkenan dengan aku” adunya.

Nak termuntah aku mendengarnya. Eii geli. Fiqa ni tak sedar diri betullah

“ By the way Asy kau lunch dengan sape tadi? Nampak macam kereta Tengku Izham je?” soal Fiqa sambil menjongketkan keningnya kepadaku.

“ A..pa.. kau cakap kereta Tengku Izham. Apa kejadahnya aku nak keluar dengan mamat tu? Tak ada gunanya. Tadi tu kawan sekolah lama aku. Ala kereta tu bukan Tengku Izham sorang je yang pakai. Ramai lagi orang yang guna sama macam dia la” aku menjawab. Harap dapat la kelentong si Fiqa ni. Jangan la dia dapat tahu nanti heboh satu office ni. Uaaa tak sanggup aku.

“ Ya la kawan kau. Macam la aku percaya. Tengku Izham kan tadi ? betul tak aku cakap ni ?” soalnya lagi dengan nada tidak berpuas hati.

“ Geramnya aku dengan kau ni. Yang kau tak nak percaya sangat tu kenapa hah ? cuba kau fikir logik sikit takkan la Tengku Izham nak keluar dengan staf bawahan dia. Lagipun takkan la kau tak kenal dengan perangai sombong dia tu?” soal aku kepadanya. Harap la dia percaya.

“ Ya tak ya jugak kan tapi tak mustahil kalau Tengku Izham si kacak tu pun. Kau kan cantik mestilah dia pun boleh berkenan dengan kau yang cun  melecun ni” usai je dia berkata terus lari dengan kelam-kabut nya. Hah mula lah tu lari takut aku pukul la ni. Eii geram betul aku dengan Fiqa ni. Lepuk kang tak pasal-pasal pulak masuk wad nanti. Aku tersenyum sendiri melihat kelam-kabut Fiqa tu. Habis orang nak dia langgar. Lantak kau lah Fiqa. Malas aku nak melayan.

Aku menuju ke meja kerjaku sambil melayan balik perasaan aneh yang bertamu di hati. Aih malas aku nak melayannya . Aku menyambung balik tugasku yang tergendala sehinggakan waktu pulang sudah tiba.


* dah lama tak menaip..so sangat sangat la kekok apabila menyambung semua ni. tapi dun wori jalan cerita yang lama saya dah baca kembali.. hope puas hati dengan yang ni InsyaAllah saya akan buat yang lebih baik lagi in the future lah.. hope semua enjoy..:)