Dear Readers

Sunday 24 February 2013

BAB 37 hadirnya cintamu yang terindah




Qalif masih lagi memerhati rumah agam Tuan Rizuan itu. Sejak pagi tadi hinggalah pukul dua belas tengahari mata dan dirinya masih lagi setia berada tidak jauh dari rumah itu. Sejak dia berjaya memiliki kesemuanya dan bisnes yang dia miliki sudah kukuh dia jadi berkeyakinan untuk berhadapan dengan Tuan Rizuan. janji yang dia buat lima tahun yang lepas tidak pernah dilupainya. Memerhati rumah agam dan gerak geri Tuan Rizuan menyesakkan ruang dadanya menambahkan lagi rasa bencinya terhdadap orang tua itu. Sungguh dia tidak sangka sebegini banyak perubahan yang berlaku terhadap keluarga Puan Alia dan Tuan Rizuan.

 Asyik memerhati dia terpandangkan kelibat Puan Alia yang berjalan ke halaman rumahnya. Qalif bertindak untuk melihat lebih dekat Puan Alia tetapi dengan menyembunyikan dirinya supaya tidak ternampak oleh Puan Alia. Di sebalik pagar rumah mewah itu Qalif dapat melihat renungan sayu seorang ibu yang dilanda pelbagai masalah. Rindukan anaknya agaknya. Tebak Qalif.  Qalif berasa sebak apabila melihat tubuh badan Puan Alia yang sedikit kurus. Baginya mungkin Puan Alia tidak mempunyai selera untuk makan. Dalam diam dia melepaskan keluhan. Kenapa perlu jadi macam  ni sekali? Tempik batinnya. Sungguh dia tidak sanggup untuk lihat wanita yang cukup disayanginya terpaksa melalui semua ini. Padanlah dengan apa yang dia hadapi sahaja.

 Hatinya bagai disentap kuat apabila melihat air mata Puan Alia merembes laju di pipinya. Ingin sahaja dia berlari mendapatkan tubuh itu dan memeluknya dengan penuh kasih sayang biar sampai hilang kesedihan yang melanda dirinya tapi kerana janji yang telah dimerterai langkahnya menjadi mati dan kaku. Dengan perasaan yang berkecamuk Qalif turut melangkah pergi dan menghidupkan enjin keretanya lalu memecut meninggalkan kawasan perumahan itu. Tidak betah lagi dia untuk berada di situ dan hanya menjadi memerhati. Hatinya bagai disayat pedih. Sungguh hatinya disayat pedih.

 “siapa kau?” satu soalan tercetus keluar daripada bibir Qalif. Wanita yang dilihatnya beberapa hari lepas masih lagi bermain di layar matanya. Susah sekali untuk mengingati di mana dia pernah lihat wanita itu. Tapi yang pasti dia cukup kenal dengan wanita itu. Ya! Dia cukup yakin itu.
                                                    ***
“abang bosanla goyang kaki kat pejabat abang ni. tak ada hiburan langsung” komenku yang berada di sofa dan berhadapan dengan Tengku Izham. Aku membetulkan posisi badan ku dengan bersandar kerana pinggangku sudah berasa sedikit lenguh sebab dari tadi lagi duduk kat sofa ni.

“sayang sabar ya kerja abang ni sikit lagi nak habis lepas tu abang belanja sayang ya. Sayang cakap je nak beli apa. Ha apa kata kalau abang belanja sayang beli novel nak?” Tengku Izham memandang wajah isterinya penuh kasih. Dia turut kesian dengan isterinya yang berasa cukup bosan berada di officenya tapi nak buat macam mana kerja memang tak boleh nak dielakkan. Tak apa untuk kali ni sahaja selepas ni dia sudah merancang semuanya untuk berbulan madu dengan isteri tercinta itu.  Pada saat itu tiada sesiapa pun yang akan menganggu mereka dan dia akan memastikan bulan madu mereka akan menjadi perkara yang terindah dalam hidup mereka. Itu harapannya.

“abang ni kerja, kerja kerja. bila nak siap semua ni bang? Asy dah bosan la macam ni” ujar Asy tanpa disangka. Asy terus menekup mulut apabila dia menyedari yang dia sudah tersasul cakap. Dia memandang isterinya. Cuak sebenarnya dia rasa sekarang ini. Dia takut suami dia terasa dengan kata-katanya. Ya dia memang bosan lebih-lebih lagi selepas kedua ibu bapanya sudah pulang ke Kelantan kelmarin. Duk rumah pun bukannya berteman. Kalaulah dia mempunya baby alangkah indahnya hidup dan semua itu kalau sahaja. Dalam diam Asy mengeluh kecil.

“abang maaf. Asy tak bermaksud nak cakap macam tu sebenarnya” Asy cuba menerangkan dia takut suaminya terasa dan dia tak sanggup nak membayangkan dosa yang akan ditanggungnya nanti. Ye la syurga seorang isterikan di bawah tapak kaki suami. Jadi dia kena menjaga setiap tutur kata apabila berhadapan dan bercakap dengan suaminya.

 “tak apa sayang. Abang faham. Okay kerja abang dah siap. So jom” Tengku Izham bangun daripada kerusi empuknya dan melonggarkan tali leher kemejanya dan menyinsingkan lengan baju kemejanya hingga ke siku. Memang kacak habis bagi aku.

“nak pergi mana?” soalku sedikit blur. Tengku Izham menapak mendekati isterinya.

“nak belikan sayang abang ni novella. Nanti barula dia tak bosan.” Tengku Izham mencuit hidung isterinya.

“abang janganla nak buat perangai kat sini ya. Office ni tau abang. abang ni mentang-mentang la bos sedap-sedap dia nak keluar kan .Hmm betul ke ni nak belikan Hanan novel?kan waktu kerja sekarang ni.” tanyaku sekali lagi biarpun dalam hati dah melompat-lompat teruja. Oh seronoknya!

“betulla sayang. Kenapa sayang tak nak beli ke?”

“oh my abang sayang mana boleh tak nak beli nak la” jawabku penuh dengan rasa teruja.
 Aku keluar daripada kereta Audi suamiku lalu berjalan berpimpingan tangan dengannya. Sweet kan kan kan? Mata wanita yang mengerling suamiku itu sudah aku lali melihatnya. Biarlah selagi ada mata pandang la nak pandang. Ya dok?

 “sayang pilih la novel yang sayang nak beli abang nak pergi pilih buku kat sana. Jangan nakal-nakal ya” pesan Tengku Izham dan mengucup tapak tanganku. Aku hanya tersenyum. Semakin hari semakin romantik pulak suami aku ni. pandai sangat buat aku terbuai-buai. Alahai.

“akak ada abang kasi ni kat akak” seorang budak menarik hujung baju ku dan memberikan tiga kuntum bunga tulip kepadaku. Aku hanya mencapai huluran budak perempuan yang sangat comel bagi aku.

“siapa yang bagi?” tanyaku. Budak perempuan itu hanya menjongketkan bahunya dan berlalu pergi. 

Berkerut-kerut dahiku melihat bunga tulip yang berada di tanganku. Mataku mula meliar mencari bayangan manusia yang mungkin aku kenali tapi tiada satu pun  yang aku kenal kecuali suamiku yang berada di hujung sana sambil memilih buku-buku yang berkaitan dengan kerjayanya.  Aku memandang kembali bunga tulip yang berada di tanganku. Dadaku disapa debar halus. Bunga tulip. Mengingatkan aku pada si dia. Dulu arwah sering hadiahkan aku bunga tulip. Tiga  kuntum pulak sama dengan yang orang misteri ni bagi aku. Tapi siapa pulak yang bagi ni? takkan la suami aku kot. persoalan itu berlegar-legar di kepalaku.
 Aku melihat ada kad kecil yang terselit di antara tiga kuntum bunga tulip itu. Aku mencapai lalu membukanya. Dalam bersahaja yang aku tayangkan ada rasa getar dalam hati aku. Semua ni mengingatkan pada Haikal. Ya semua yang berlaku. Budak perempuan yang sampaikan bunga ni, tiga kuntum bunga tulip dan kad. Semua ni dah berlaku masa Haikal mula ingin mengenali aku dan apa yang berlaku sekarang seseolah semuanya dilakonkan kembali Cuma yang berbeza hanya tempat dan waktu sahaja. Aku membaca bait-bait tulisan yang ada di kad itu.

 Tuhan hilangkan matahari lalu hadirlah malam tapi Tuhan munculkan bulan untuk menerangi bumi di kala manusia terkapai-kapai dalam kegelapan. Dan izinkan saya jadi matahari dan bulan untuk awak.

Ikhlas from ur admire

 Tersentap kuat jantungku sekarang. Rasa macam nak terlompat jantung keluar daripada badan sekarang ni. kata-kata kat kad ni sama. Memang sama? Apa semua ni? aku memegang kepala yang mula rasa pening-pening lalat. 

“sayang are you okay?” Tengku Izham terus sahaja merapati isterinya apabila menyedari isterinya yang asyik memicit kepalanya sendiri. Naik risau dia dibuatnya.

“abang Hanan nak balik sekarang. Kepala Hanan berdenyut-denyut sekarang ni” pinta Hanan dan dituruti oleh Tengku Izham. Tengku Izham sempat menjeling bunga tulip yang berada di tangan isterinya. Serta merta dadanya bergetar hebat. Rasa cemburu mula menerjah dirinya. Tapi dia masih lagi memimpin tangan isterinya untuk ke basement dan pulang ke rumah. Dalam kepalanya masih tertanya macam mana isterinya dapat bunga dan siapa pulak yang bagi tapi dia hanya pendamkan sahaja sebab dia tengok isterinya yang sudah terlena di sisinya. Dia kena bersabar dan tanya dengan baik terhadap isterinya tapi dalam diam dia jugak cemburu dengan bunga yang masih berada di tangan isterinya itu. Masih dipegangnya walaupun dalam keadaan tertidur.
                      
  ***

 Aku terpisat-pisat bangun dan mataku mula meliar mencari bayangan suamiku di sisiku tapi dia tiada. Akhirnya mataku terpaku melihat susuk badan suamiku yang berada di atas tikar sejadah sambil berdoa.  Solat rupanya. Selepas mengaminkan doanya dia berdiri dan meletakkan sejadah di tempat yang disediakan. Aku bersandar di kepala katil dan tersenyum ke arahnya. Tapi yang aku peliknya dia langsung tak menghiraukan aku. Biasanya kalau aku baru bangun tidur dia akan menghadiahkan kata-kata yang cukup manis kepadaku dan sekarang dia boleh pula buat tak nampak aku yang berada di sini. Oh hati sabarlah kamu.

“abang kenapa tak kejutkan Hanan. Tengok sekarang Hanan dah terlepas solat asar la bang” ujarku tanda tidak puas hati.

 Tengku Izham hanya diam. Hatinya sedikit cemburu dengan apa yang berlaku tadi. Sebenarnya dia sudah pun kejutkan Asy untuk solat asar tapi isterinya itu tidur mati langsung tidak sedar dengan kejutannya.

“abang..” Asy panggil suaminya lembut apabila ,melihat suaminya langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Kenapa pulak dengan suami dia kali ni? Tengku Izham hanya membetulkan rambutnya di depan cermin dan ingin berlalu daripada biliknya untuk ke bilik bacaan. Tidak betah untuk berlama di dalam bilik itu. Mengingatkan bunga tulip itu membuatkan jiwa lelakinya tercabar. Sebelum perang dingin antara Asy dengan dirinya sendiri tercetus baik dia mengundur diri. Bukan ke sekarang ni Tengku Izham melancarkan perang dingin ke?

 Berkerut dahi Asy melihat tindak tanduk suaminya. Tadi elok je kenapa sekarang semacam tu. Asy mengingati balik apa yang berlaku tadi. Serta merta dalam kepalanya terlintas satu perkara. Bunga tulip. Ya! Bunga tulip. Jangan-jangan suaminya cemburukan pasal bunga yang dia dapat tadi tak? Telahnya sendiri. tidak lama selepas itu dia mengukir senyuman kecil. Hmm cemburu rupanya ya. Cemburu kan tandanya sayang.  Suka!

 Asy menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan. Dia sepatutnya melupakan perkara yang berlaku tadi. Mungkin itu semua hanya kebetulan sahaja. Ya dia pasti itu hanya satu kebetulan. Mana mungkin orang yang mati hidup balik dan berbuat demikina. Sangatlah nonsense!

 Dengan perlahan-lahan kakinya mencecah lantai dan bergerak ke arah bilik bacaan. Dia tahu sangat suaminya akan sibukkan diri di sana bila menghadapi sebarang masalah.

 “assalamualaikum” Asy memberi salam dan kepalanya mula terjenguk-jenguk mencari susuk badan suaminya. Dia tersenyum apabila matanya mula menangkap wajah Tengku Izham yang sedang membaca buku perniagaan antarabangsa.  Salam yang dihulur tidak berjawab. Angin ribut mana la yang melanda suaminya kini sampai begini sekali. Angin kus kus kali. Detik hati kecil Asy.

“abang tak jawab salam dosa tau” Asy cuba memancing perhatian suaminya. Tangannya menari-nari di atas meja bacaan suaminya. Reaksi sengaja ingin menggoda suaminya. Biar melting habis! Ah kau Asy memang gedik kan!

“waalaikummussalam.” Jawab Tengku Izham perlahan dan mampu lagi didengari oleh telinga Asy. Hmm reaksi positif.  Gumam Asy.

“abang nak hot chocolate?”

Diam.

“rugi tau tak nak. Kejap ya Asy pergi buatkan” tanpa menunggu reaksi suaminya Asy segera ingin berlalu ke dapur untuk membancuh hot chocolate.

“siapa yang bagi bunga tu?” langkah Asy mati. Dia tersenyum. Hmm dah agak dah. Asy segera memusingkan badan.

“bunga apa?” soal Asy bodoh. Sengaja ingin menduga suaminya sebab dia suka sangat bila memandang wajah suaminya yang cemburu. Sangat handsome ala-ala pelakon korea. Chewahh.
 Tengku Izham mengeluh. Geram terhadap Asy sebenarnya. Boleh pula dia buat tak tahu.

“explain to me everything single thing Hanan Asyikin” tegas suaranya berkata. Erk.. telan liur ku dibuatnya.

“ooo pasal bunga ke?” soalku dan tangan ku cepat sahaja naik menggaru kepala yang tidak gatal. Reaksi dalam keadaan kalut dan ingin cuba cari alasan yang sesuai. Tapi apa? Satu pun tak datang ni. Tengku Izham masih lagi diam menunggu kata-kata yang keluar daripada mulutku. Panahan matanya fulamak tajam gila!
“entah. Hanan pun tak tahula nak cakap macam mana sebenarnya. Its just happened. Girl tu yang bagi kat Hanan and she said ada orang bagi then terus pergi macam tu je. Tak sangka la Hanan pasal bunga je abang sanggup layan Asy macam ni. sampai hati abang” ujar Asy dengan nada yang mula berjauh hati.

 Tengku Izham sedikit kalut apabila melihat keruhan di wajah Asy. Salahnya juga kerana cemburu membabi buta padahal bukan salah isterinya kalau ada orang baginya bunga. Orang cantik la katakan semua yang pandang pasti berkenan.

“sorry. Abang tak berniat nak buat sayang terasa but weird je kenapa pulak kan ada orang nak bagi bunga kat sayang padahal satu Malaysia dah tahu sayang ni isteri abang” Tengku Izham mula merangkul lembut pinggang isterinya. Pipi Asy diusap penuh kasih. Sayang bini la kata orang.

“hmm abang cemburu kan. Its okay Hanan faham”

“cemburu? Eh bila masa pulak. Mana ada abang  cemburula.” Nafinya. Padahal memang dia cemburu pun kan Cuma dia sedikit malu untuk menunjuk di depan isterinya. Tak macho la nanti.

“hmm ye lah tu. Padahal cemburukan Hanan tahu” Asy tersengih bagaikan kerang busuk. Dia tahu suaminya memang cemburu. Tak nak mengaku la tu. Ego!

“sayang malam besok kita kena attend function  KAMI  holdings.” Beritahu Tengku Izham. Gulp! Serta-merta perit terasa air liur yang ditelan oleh Asy.

“malam besok bang?” soal Asy. Jantungnya bagai kan dah terlompat keluar. KAMI holdings. Syarikat yang cukup dia kenal siapa pemiliknya. Dia mula berdebar. Kalau nak tolak permintaan suaminya itu mestilah Tengku Izham merasa pelik dan menanyakan padanya pelbagai soalan. Itu tak boleh terjadi. Oh Tuhan apa akan jadi kalau dia pergi ke sana? Berdepan Tuan Rizuan yang sememangnya membencinya atau menolak pelawaan suaminya tapi bukankah tempat seorang isteri di sisi suaminya. Aaaa..pening dia dibuatnya.

“yeah. Malam besok.”

p/s:nampaknya hcyt ni akan saya tamatkan dr publish kat blog ni.kenapa.. hmm mseti korang pelikkan.. ha sbbnya saya nak rombak balik dan akan hantar ke syarikat penerbitan untuk dinilai..mintak2 ade rezki kan..but semua tu lambat lgi sbb skrip nie akan dirombak kmbali..tggu satu bab lg then stop..doakan saya:))

2 comments:

  1. best nape tak smbg lagi dah lame sangat tgu.

    ReplyDelete
  2. Ala..teaser xde ke? Da dibukukn ke novel ni?

    ReplyDelete