Dear Readers

Thursday 17 January 2013

BAB 20 hadirnya cintamu yang terindah



  



  Aku merebahkan badan di atas katil. Selepas habis je majlis pihak penganti lelaki di Hotel Hilton aku terus pulang ke rumah. Tak sanggup dah nak menghadap semua. Si Tengku biul tu dengan perangai gila-gila dia dan Fariz dengan perangai suka mendesak dia. Apa yang Fariz buat kat situ? Menyemak je! Sebab perangai aku yang tak menyempat nak balik ni lah membuatkan ibu dan ayah aku tertanya. Aku dah tak kisah semua tu yang penting aku tak kena hadap dua ekor mamat yang suka menyusahkan aku. Aku pening, bingung, bengang semua bercampur aduk dah perasaan aku ni. dengan aunty Zahranya lagi. Sekarang dia siap desak desak aku lagi. Stress! Aku termenung melihat dinding dan otakku mengingati kembali apa yang di bualkan dengan aunty Zahra tadi. Uaaaa nak jerit!

“ Asy dah buat keputusan sayang?” tanya aunty Zahra. Aku menunduk memandang lantai. Parah betul soalan ni.

“Asy kalau Asy senyap macam ni sampai bila aunty tak boleh nak tengok Is tu kahwin dengan Asy. Kalau tak sempat sedih hati aunty ni” rintihnya. Aku tersentuh.

“aunty jangan la cakap macam tu. Sedih Asy dengar. Asy tak tahu aunty  nak buat keputusan apa. Kepala Asy ni dah pening sangat bila fikirkan masalah ni. Bagi Asy masa lagi ya aunty” pintaku buat kesekian kalinya.

“Sampai bila Asy? Sampai bila aunty kena tunggu semua ni? aunty tak ada banyak masa Asy. Kalau boleh sebelum mata aunty ni tertutup aunty nak tengok Asy dengan Is kahwin” ujarnya lagi. Aku terdian lagi. Sungguh aku tiada jawapan untuk soalannya. Aku sendiri tak tahu sampai bila aku kena berada dalam dilema macam ni.

“Asy tak sayangkan aunty ke? Asy sanggup tengok aunty pergi sebelum sempat tengok Asy dan Is kahwin?” soalnya. Gulp! Huru hara semuanya.

“Asy sayang aunty tapi...” aku tak sanggup nak meneruskan kata-kataku. Apa perasaan aunty kalau aku cakap aku tak boleh nak terima anaknya sebagai suami kepadaku.

“Kalau macam tu Asy memang tak sayang aunty. Sanggup tengok aunty mati tanpa tengok Is bahagia kan?” desaknya lagi. Aku terkedu. Sekarang aku memang berada dalam situasi yang cukup gawat.
“Tak aunty. Bukan macam tu” aku menyangkal semua tu. Aku sayangkan aunty ni tapi aku takut dengan aku setuju aku akan ambil keputusan yang salah.

“Habis tu apa Asy” buat kesekian kalinya dia mendesakku lagi. Aku terdiam. Lidah dah memang keras. Tak tahu dah macam manan nak pujuk aunty ni.

“Asy kalau Asy sayang aunty Asy setuju ya nak. Demi aunty. Please Asy” rayunya. Lambat-lambat aku mengangguk dan melemparkan senyuman yang memang 100% tak ikhlas.
“Betul ni Asy?” soalnya sedikit terkejut.

aku mengangguk. “alhamdulillah. Akhirnya Asy setuju jugak. Asy jangan risau ya pasal semuanya aunty akan bincang dengan ibu dengan ayah Asy. Terima kasih ya sayang” aunty Zahra terus memelukku. Memang ini keputusan paling bodoh aku pernah buat.

“aunty Tengku tahu tak pasal ni?” tanyaku. Sebenarnya soalan ni dah lama bermain di benakku cuma aku teragak-agak nak tanya. Nanti nampak sangat aku yang terhegehnya.

“yang tu Asy jangan risau. Aunty akan uruskan yang penting Asy perlu bersedia je” dia memelukku lagi.

 kring kring..
Telefonku menjerit-jerit minta diangkat. Tengku Izham apa yang nak nya lagi malam-malam buat ni. hai tadi maknya ni anaknya pulak. Aku mengeluh. Lambat lambat aku menjawab panggilan tersebut.

“Asy awak kat mana?” belum sempat bagi salam dah terus terjah aku dah

“Assalamualaikum” kataku. Hah ambik kau sebijik!

“ops sorry. Waalaikummussalam” jawabnya. Talian menyepi. Hai ni yang buat aku kekok ni.
“Asy are you there?” tanyanya.

“yes” jawabku.

“where have you been ? saya cari awak tak jumpa pun” ujarnya tak puas hati. Yang gelabah macam aku kena culik ni kenapa? Pelik betulla.

“saya dah balik rumah Tengku. Badan saya ni dah letih sangat. Dah tak larat nak duduk sana lama-lama” jawabku.

“kenapa tak cakap kat saya kalau tak boleh saya hantar awak and your parents balik”

“Tak payah susah Tengku. Lagipun kita orang pergi dengan kereta Balqis so balik tak jadi masalah la. Balqis dah kasi pinjam kereta dia kat saya sekarang ni so Tengku tak payah susah-susah nak hantar or ambil saya” beritahuku.

“Saya pelik la dengan awak sekarang. Kenapa saya tengok awak macam nak lari je daripada saya? Ada apa-apa yang saya dah buat kat awak ke?” soalnya lagi. Banyak soalan betulla mamat ni. malas aku nak melayan.

“tak lah mana ada saya lari daripada Tengku. Biasa-biasa je” sangkalku. Padahal semua tu benar belaka. Semasa majlis tadi sehabis boleh aku cuba mengelak daripada tersempak dengan dia. Erk nampak sangat ke ?

“ya ke? perasaan saya je kot. By the way are you okay? Bunyi suara macam tak sihat je” tanya nya lagi. Ei mamat ni lepas satu satu soalan dia. Aku lepuk baru tahu.

“hish tak adala. Saya sihat walafiat. Hidup lagi ni Tengku so jangan risaukan saya. Okay lah Tengku saya dah mengantuk ni kita cakap lain kali pulak ya. Ok bye” aku ingin cepat cepat mengakhiri perbualan.

“wait Hanan. I’ve something to tell to you.” Pintanya. Terbantal niatku untuk berhenti bercakap dengan dia.

“what?” tanyaku.

“awak istimewa sangat bagi saya Hanan. Sangat istimewa. assalamualaikum” panggilan tamat. Aku terkedu.  Serentak dengan itu semua bulu roma aku tegak berdiri. What is this? Dia betul-betul gila! Dalam masa yang sama jugak aku berasa bahagia tapi tak sampai beberapa minit aku terus menepis perasaan bahagia tersebut. Akhirnya aku tertidur dengan lena sekali.

                                 ***
Tok tok tok
Ketukan bertalu-talu di muka pintu. Mesti ibu tu.

 “ibu Asy dah bangun la. Sekarang tengah siap-siap ni. kejap lagi Asy turun ya bu” laungku tapi ketukan di pintu masih tak berhenti. Aku pelik. Kenapa pulak dengan ibu hari ni. biasa aku dah cakap macam tu terus berhenti dah ketukan dia. Selepas melilit pashmina aku mengambil handbag dan keluar dari bilik.
“ya ibu Asy dah siap ni” beritahuku sambil melangkah keluar. Terus ketukan di pintu senyap serta merta. Pelik dengan ibu pagi ni tak pernah kejutkan aku sampai ketuk macam nak tercabut pintu ni. aku membuka pintu dan terus terkejut dengan makhluk Allah kat depan pintu ni.

“ Hi sweety” mukadimahnya
“Handsome” jeritku kuat. Aku terus memeluk uncle kesayangan aku ni. Dia merupakan adik bongsu ayah dan uncle kesayangan aku. Kami sama umur dan dialah uncle,dialah sahabat aku dan dia lah boyfriend tak rasmi aku.

“bila balik Malaysia?” soalku selepas melepaskan pelukan.

“pagi tadi. Terus datang sini sebab masa abang call kat abang ngah cakap ada kat KL rumah sewa Asy. Apa lagi abang pun terus la pecut datang sini. Lagipun abang dah rindu sangat dah dengan sweety abang yang sorang ni” beritahunya sambil mencuit hidungku. Dengan manjanya aku meletakkan tangan di atas kedua bahunya. Sah kalau orang tak kenal cakap aku dengan dia ni pasangan bercinta. Mustahil semua tu.

“I’m so happy you here. Tak de la Asy mati keboringan duduk sorang-sorang kat sini. Balqis dah kahwin so tak boleh la nak keluar macam dulu” aduku. Ha dengan uncle aku sorang ni mula la aku naik minyak nak bermanja. Ye la kan lagipun aku tak ada abang atau kakak dia sahaja la tempat aku mengadu semuanya.

“okay kalau macam tu biar abang yang gantikan tempat Balqis. Don’t worry my sweety abang sanggup jadi driver hantar Asy and ambil Asy kerja” ujarnya.

“wahh bestnya. Jimat duit Asy nak isi minyak kereta Balqis tu” kataku riang. Macam budak dapat gula-gula aku ni. kalau orang tengok mesti tak percaya umur aku dah dua puluh enam tahun.

“Astargfirullahhalazim budak dua orang ni. ibu dengan ayah dah tunggu kat bawah tu nak sarapan sekali dia orang boleh pulak buat sketsa kat sini. Kamu pulak Am tadi kata nak ajak Asy sarapan sekarang dengan kamu sekali yang melekat kat sini. Jenuh kak ngah dengan abang ngah tunggu kat bawah tuh. Cepat turun sekarang” arah ibuku. Alamak dah kena marah dah. Kita orang berpandangan dan tersenyum melihat gelagat ibu.

 “kamu berdua ni kan makan jangan gelojoh boleh tak. Tak larinya syarikat kamu berdua tu” marah ibu. Kami tersengih. Alamak marah ibu tak habis lagi la. Jangan dia membebel part kahwin sudah. Memang aku dengan abang kesayangan aku ni kena basuh sampai berkilat.

“Hah kamu ni Am bila nak kahwin. Kerja dah mantap. Perempuan keliling pinggang tapi satu pun tak ada buat balik nak buat calon bini” ibu bersuara lagi. Aku apa lagi terus mempercepatkan sarapan. Sebelum sempat soalan tu berjangkit kat aku baik kita orang terus blah.

“kamu pulak Asy macam mana dah fikirkan apa yang abu dan ayah cakap sebelum ni?” bang! Macam peluru menembak kat jantung aku je soalan ni. 



kat syarikat hari ni. Asy dah lupa dah. ok lah bu Asy gerak dulu. Jom bang” ajakku. Sebelum lebih parah aku terus blah. Uncle aku yang tersayang pun cepat je ikut aku. Malas nak bersoal jawab lah tu. Kalau bersoal jawab dengan ibu memang parah.
“Tengok abang dia orang tuh. Saya cakap sikit pasal kahwin mulalah nak lari tu” bebel ibu lagi



 Sebaik sahaja berada di luar rumah mata aku terbeliak ke atas. Fuyoo betul ke apa yang aku tengok ni. kat depan mata aku ni kereta Audi R8 sport bewarna biru berkilat. Gila punya uncle terchenta aku ni  memang dah berjaya gila la bisnes minyak dia kat Qatar tu.

“Abang kereta abang ke ni.” tanyaku sambil bergerak ke arah kereta. Aku macam tak percaya je uncle aku ni boleh memiliki kereta mewah samapai macam ni.

“ye la kereta abang la ni. kalau bukan kereta abang takkan la abang yang duk tempat driver ni. ni nak naik ke tak ke nak tercegat kat situ je” dia menyindirku. Aku tersengih. Bestnya ada kereta mewah macam ni.

“nak la” aku terus naik. “wah bisnes abang memang dah tahap melampau berjaya dah ni kalau dah boleh beli kereta macam ni” ujarku gembira. Dia tersenyum.

“Alhamdulillah hasil titik peluh abang dengan kawan abang akhirnya syarikat kita orang dapat menempah nama sampai peringkat global. Tu yang abang sibuk sampai tak menyempat balik Malaysia” ujarnya

 dia menghantarku betul-betul di hadapan pintu masuk bangunan Delta Holdings. Alamak kejap lagi nampaknya memang mencetuskan kontroversi la kat pejabat ni. dengan tergesa-gesa aku keluar supaya belum sempat orang melihatnya.
“Asy” panggil uncleku. Aku segera berpaling.

“apa lagi? Balik la bang kejap lagi nanti orang tengok” halauku.

“abang pun nak pergi lah ni tapi tak nak ni ke” tunjuknya. Aku melihat barang yang berada di tangannya. Alamak terlupa nak ambik handbag pulak. Tu la Asy kau gelabah tak tentu pasal sangat.

“thanks bang” kataku dan uncle aku yang tak reti bahasa tu menggosok kepalaku. Habis senget benget dah tudung aku ni. selepas tu aku terus masuk ke dalam Delta Holdings.

 sebaik dua puluh minit je aku duduk kat tempat kerja aku ni telefon berbunyi aku menjawab dan ternyata uncle sengaja telefon untuk mengacau aku. Dah tiga kali dah buat macam tu. Panggilan yang ke empat terus aku jawab tanpa tengok siapa yang panggil.

“Abang nak apa lagi ni? Asy sibuk la. Tak menyempat betulla. Kalau nak malam karangla” kataku.

“what the nonsense” ujar suara di hujung talian. Aik suara ni lain macam je. Macam familiar je. Detik hatiku.

“datang office saya sekarang!” tegas suara tersebut.talian terus dimatikan. Cepat-cepat aku melihat nama contact kat telefon aku. Mamat sambal belacan! Oh my apa aku dah buat ni. aku cuak. Dengar kan suara dia yang macam malaun tadi tu macam nak kasi bala je kat aku.
Berdesup aku pergi kat office dia. Sampai je depan pintu bilik dia mula la aku teragak-agak nak masuk.

“aku buka pintu sedikit dan mula la terjengak-jengak kat dalam.” Aku tengok mamat tu sibuk buat kerja dia. Workaholic betul.

“tak payah nak jenguk-jenguk masuk sekarang” arahnya tegas. Aku terkejut. Alamak kantoila pulak. Sebaik sahaja aku melangkah masuk dan berdiri di depannya sedikit pun dia tak pandang aku. Pandang kertas kat atas meja dia adala. Kertas tu takkan la lebih cantik pada aku kot. Dia masih meneruskan kerja dan aku pulak  mcam patung cendana je kat depan dia ni.

“Tengku panggil saya kenapa? Ada hal penting ke ?” tanyaku teragak-agak. Dia diam lagi.

“kemaskan bilik saya sekarang” arahnya. Sikit pun tak pandang langsung kat aku. Amboi sombong melampau ni!

“apa ni Tengku hari ni ada klien yang penting yang perlu saya sambut. Takkan saya nak buat kerja mengarut ni pulak” beritahuku jujur. Sungguh hari ni klien penting dari FS Holdings akan datang untuk meeting dengan Tan Sri dan takkan pulak aku nak buat kerja bodoh kat sini. Nonsense!

“i don’t care. You’ve to do this. Kerja mengarut apanya cik Hanan? Ini terletak dalam perjanjian kita. Jangan banyak cakap. Buat kerja sekarang jangan tahu membantah je apa saya cakap” tengking nya kepadaku. Selama aku mengenalinya di awal-awal aku kenal dia je dia berani tengking aku dan sekarang dia buat balik perangai lama dia. Aku tersentap. Entah mengapa perasaanku kali ni lebih sensitif bila kena marah kat dia. Dulu tak pun.

“tapi tengku..”

“Apa lagi Hanan? Kenapa susah sangat ke nak buat semua tu. Kalau saya cakap buat buat la. Tu pun tak faham bahasa ke? ke awak nak saya cakap bahasa apa hah?” jeritnya lagi kepadaku. Air mata aku dah mula bertakung. Kenapa dengan dia ni. semalam elok je cakap dengan aku dan hari ni dah   jadi macam ni pulak dah. Tanpa membantah lagi aku terus mengemaskan bilik mamat sewel+biul ni.

 “macam mana awak kemas ni hah? Berhabuk je ni. hei Hanan awak ingat saya kenal dengan awak awak boleh buat sesuka hati je kerja macam ni. sapu betul-betul” arahnya lagi. What? Berdesing telinga aku. Apa kena sebenarnya dengan mamat jahanam ni hah. Memang buat darah aku naik la ni.

“Apa ni Tengku. Saya dah bersihkan betul-betul dah ni” bidasku. Bengang betulla dah la aku buat kerja yang tak ada kena mengena dengan kerja aku dan dia sempat lagi nak mengomelnya. Sial !

“menjawab! Menjawab je pandai, buat kerja ke laut” tengkingnya. Aku tertunduk. Tak boleh lawan dia dah. Nanti tak pasal-pasal aku menangis kat depan dia. Tak lama selepas itu aku terdengar pintu pejabatnya yang dihempas kuat sekali. Aku terkejut. Bodoh! Padan muka kau. Ei geram aku. Tanpa berlengah aku teruskan kerja ku kemaskan bilik mamat sewel tu. Selepas siap aku berpaling dan alangkah terkejutnya tengok mamat sambal belacan berada di belakangku.

“Ya Allah apa ni Tengku?” ujarku terkejut. Kus semangat. Dia pun turut sama terkejut. Aku tengok bahagian kolar bajunya yang sedikit basah. Ni mesti pergi tandas basuh muka ni. teruk benar masalah dia ni tapi masalah apa? Semua itu hanya bermain di kepala otakku tak berani nak tanya. Tak pasal-pasal kena jerkah lagi.

“Teng..ku saya dah siap kemas. Saya keluar dulu” teragak-agak aku meminta izin.

“siapa suruh awak keluar” tanyanya kepadaku. Serta merta langkah aku mati. Aku berpaling.

“ada apa lagi ya Tengku?” aku cuba melembutkan suara dia hadapannya. Sungguh aku tak nak dia pandang aku perempuan yang lemah.
“Nampak kertas atas meja tu” aku berpaling melihat timbunan kertas atas meja tetamu kat bilik dia. Aku mengangguk.

“saya nak awak susun ikut page dan  check spelling error” katanya kasar. Mataku terbeliak what the hell of this? Ni memang nak aniaya aku ke apa!

“Tengku kertas tu semua ke ? tanyaku ingin meminta kepastian.

“kenapa dah buta? Dah tak kenal  lagi dah macam mana rupa kertas?” soalnya agak kasar. Sabar Asy, sabar. Sabar tu kan separuh daripada iman. Aku terus membuat kerja ‘istimewa’ yang mamat ni bagi kat aku. Ikutkan jiwa raga aku ni memang nak membentak tapi bila ingatkan kata-kata dia tadi semuanya terbantut. Naik lenguh tangan aku buat kerja ni semua.

dalam pukul 5.30 petang baru siap kerja yang sangat ‘istimewa’ tu aku rasa. Aku menggeliat Sepuas-puasnya.
“tengku dah siap dah ni” beritahuku. Dia sedikit pun tak hiraukan aku. Ya Allah geramnya aku.
“Tengku...saya dah siap dah buat kerja ‘istimewa’ ni” sambungku lagi. Sepantas kilat dia memandangku dengan tajam. Fuhh tajam bebenor renungannya.

“so what?” tanyanya kasar.

“so kalau macam tu saya dah nak balik la ni lagipun waktu office dah habis ni.” dia melihat jam dan mengeluh. Hai masa bergerak dah tak sedar ke. apa fikiran tu dah teringat kat perempuan mana? Hish apa Asy kau melalut ni. lantak dia lah nak ingat kat perempuan mana sekalipun.
Kring kring..hadoi telefon masa ni jugak la kau nak menjerit-jerit.uncle la pulak. Aku mengerling kat mamat tu dah terus menjawab call.

“Abang tunggula kejap. Jap lagi Asy turun. Ye Asy tahu tapi tunggula jap. Asy ada hal ni. okay Asy belanja abang okay. Dah jangan merajuk boleh tak. Buruk nanti muka.” Usikku. Tanpa sedar Tengku Izham memandang Hanan Asyikin macam nak telan. Abang? Desisnya. Dengan jantan mana ni si Hanan ni menggatal. Panas hati aku dengar ni.

 aku bercakap habis perlahan jangan dia dengar sudahla. Selepas pujuk baby tua sebab aku tak turun bawah lagi aku memutuskan panggilan.

“tengku saya balik dulu ya?” Pintaku lagi
“tak boleh. Awak kena teman saya pergi beli hadiah untuk Lisya” beritahunya tegas.
“what? Tapi saya dah nak balik ni”
“saya cakap tak boleh tak bolehla. Kenapa awak nak pergi mana sampai tak boleh teman saya?” jerkah dia. Ei geram betulla dia ni. aku pulak kenapala tak melawan hari ni. mulut ni. arghhh geram betul !
“kenapa awak ada rancangan lain ke?” soalnya lagi.

“Tengku apa yang sebenarnya Tengku nak daripada saya sebenarnya hah? Tadi suruh saya kemas bilik tengku lepas tu mintak saya susun kertas and check spelling error sekarang tengku nak saya temankan Tengku pulak. Tengku ingat saya ni robot ke apa?” marahku sedikit meninggi. Sabar aku dah roboh. Memang nampak kecik besar kecik besar je mamat ni sekarang. Aku makan buat dinner aku malam ni baru tahu.

“oo pandai pulak awak nak pertikai tadi okay je buat kerja saya suruh” bidasnya lagi.

“ikut tengku la nak cakap apa. Tengku jangan buat sampai saya hilang hormat kat tengku. Dah saya nak balik. Kalau nak pergi cari hadiah pergi cari sendiri” ujarku. Jangan harap aku nak ikut. Malam ni aku dah janji dengan uncle tercinta nak bawak ibu dan ayah keluar makan sebelum dia orang balik Kelantan.

aku terus melangkah keluar dari bilik mamat kurang asam jawa tu. Pening kepala aku.

“Hanan wait” jeritnya. Aku sedikit tak berpaling.  Kakitangan yang stayback lagi mula memandang ke arah aku dah Tengku Izham. Mesti dia orang fikir apa dah berlaku kat kita orang ni tak pun dia orang mesti fikir ‘ek eleh minah ni buat kecoh pulak dah bergaduh dengan pakwe kat office’ . geram aku fikirkan semua tu.

aku terus masuk ke dalam perut lif dan cepat-cepat tutup sebelum sempat si mamat biul tu sempat kejar aku. Hish sekarang kita orang main kejar-kejar pulak dah. Nampak sangat kan kebudak-budakan.

“Hanan tunggula. Jangan pergi macam tu je” laungnya lagi. Orang yang berlegar-legar di lobi mula memandangku. Sebaik sahaja aku ternampak uncle duk tertenggek kat kereta dia terus aku tersenyum.

 belum sempat aku sampai kat uncle aku tu tangan aku di sambar. Kurang asam mamat sambal belacan ni!

“Apa ni tengku tak suka la main pegang-pegang” aku cuba merentap tanganku tapi kudrat aku tak cukup.

“hei bro what are you doing hah? Lepaskan tangan Asy sekarang” nampaknya uncle aku dah nak jadi penyelamat dah.

“siapa jantan ni Hanan?” soal mamat sambal belacan sedikit kasar kepadaku. Terbeliak mata aku. Jantan? Memang kau keluar dari list calon suami aku kalau uncle aku tahu siapa sebenarnya kau.

akhirnya tangan aku berjaya direntap dengan bantuan uncle! Yahoo suka!

“dah balik Asy tak payah layan orang gila macam dia” ajak uncle. Aku diam dan terus ikut uncle aku. Tanganku ditarik oleh uncle. Menonong aku yang kat belakang ni. nampaknya uncle dah naik angin melihat aku dilayan begitu. Uncle kesayangan aku ni pantang tengok kalau orang layan aku tak elok mula la angin satu badan.. sebelum aku masuk ke dalam perut kereta mewah ni aku sempat melihat reaksi Tengku Izham. Wajah dia redup sangat macam orang mati bini. Pandangan dia kat aku sukar sangat ditafsirkan. Aku mengeluh hampa.
                                             ***

 Kami sekeluarga berkumpul di ruang tamu di rumah sewaku apabila pulang daripada kedai makan. Malam ni uncle Am aku ni yang belanja. Sangat-sangat suka sebab dah lama sangat dah tak kumpul sama-sama macam ni. aku on televisyen dah terus layan cerita korea. Hai korea-korea ku sudah lama ku tak tatap dikau. Rindu sama kamu sih. Aku dah melalut sampai ke laut.

“Asy ibu dengan ayah nak bincang sikit dengan kamu ni” ujar ibu. Aku tersentak daripada layanan yang memang 100% bagi kat drama korea kat depan mata dah ni. aku meihat uncle sangat sibuk dengan telefonnya. Huh! Sibuk melayan koleksi perempuannya yang setimbun lah tu. Kasanova terulung betul. Omelku sendirian.

“dengar tak apa ibu nak cakap ni Asy” ulang ibu ku lagi.
“ya bu. Hanan dengar. Ibu dengan ayah nak cakap apa?” soalku

“Ibu dengan ayah dah bincang dah dengan mak cik Zahra kamu. Semalam masa kamu pergi kerja dia ada datang simi bincang pasal hal kahwin kamu” beritahu ibu. Hai ni yang malas ni. aku tak suka dengar semua ni. hati aku tak rela. Bahagia ke aku nanti dengan perkahwinan ni.

“what? Asy nak kahwin?” terjerit kecil uncle Am aku ni. serentak dengan itu kami bertiga berpaling ke arahnya. Dia menanti jawapan dari kami semua. Masing-masing senyap tidak terkata.

“abang ngah, kak ngah betul ke Asy nak kahwin?” soalnya lagi. Memang la dia terkejut sebab dia tak tahu lagi dengan  lebih lanjut pasal hal ni.

“ye la kenapa?” soal ibu kepadanya balik.
“Am tak tahu pun pasal ni. kenapa kak ngah dengan abang ngah tak bagi tahu kat Am?” dia soal ibu dengan ayah aku lagi. Aku hanya diam. Malas nak menyampuk.
“macam mana kamu nak tahu. Duk kat oversea sana bukannya reti nak balik Malaysia jenguk-jenguk kami ni lepas tu kalau dah balik sini sibuk dengan telefon tu 24 jam. Bila kami minta buat balik calon bini mula la kamu cipta alasan itu la ini la macam mana kamu nak tahu benda yang berlaku kalau perangai kamu macam ni” hah ambik kau uncle. Siapa suruh menyampuk. Kan dah kena basuh dengan kakngah kesayangan ni. padan muka! Lepas kena tembak macam tu uncle diam seribu bahasa.
“orangkan sibuk kakngah .” Bidasnya.

“tahu pulak kamu sibuk tapi yang duk melayan perempuan tu tak reti-reti nak sibuk pulak”
Bang ! nah rasakan peluru berpandu daripada ibu. Uncle terdiam.

“Asy kita orang dah bincang pasal hal ni. tarikh perkahwinan kamu bulan depan.” Beritahu ayah.

“what bulan depan?” soal aku dan uncle serentak. “cepatnya” sambung kami lagi.

“apasal pulak cepat macam tu sekali. Dah terdesak sangat ke nak kahwin” soal uncle sedikit terkejut.

“budak ni mulut” ibu segera menenyeh mulut uncle.

“Aww sakitla kak ngah” adu uncle.

“hah menyampuk lagi! dah la cakap tu tak bertapis. Cakap lagi kak ngah ambil lada kat dapur sumbat dalam mulut kamu” marah ibu. Ambik kau sape suruh cakap main ikut sedap mulut je.

“Ibu kenapa cepat sangat?” tanyaku.

“Asy kamu tahu kan keadaan makcik Zahra kamu macam mana. Ibu risau kalau dia tak sempat tengok kamu nikah dengan Is” bermakna ibu dengan ayah sudah sedia maklum la dengan penyakit Aunty Zahra. 

“Asy ibu harap kamu dapat terima semua ni dengan ikhlas ya. Besar pahalanya kita menyenangkan hati orang sakit ni” sambung ibu lagi. Aku hanya mengangguk. Uncle aku dah tunjuk muka blur dia dah. Tak apa uncle kejap lagi anak buahmu yang tercinta ni akan explain dari a sampai z.

“kalau macam tu keputusan yang dibuat Asy pun tak boleh nak cakap apa lagi. Asy ikut je ayah ibu” lirih aku berkata. Dengan semua keputusan ku ini bermakna aku sudah mengkhianati janji aku bersama dengan arwah Haikal bahawa dia lah cinta terakhir ku. Hatiku merintih.

p/s: sila beri komen anda,sangat-sangatlah dialukan.komen anda pencetus semangat buat saya.to ainin:bab kahwin saba ya...nanti saya update,,,:))..tapi bukan sekarang ya..

2 comments:

  1. si Tengku dah salah paham le pulak...tapi Hanan dgn uncle dia tua manja lain mcm la pulak..confuse sekejap..:)

    ReplyDelete
  2. meme dia org manja but dun wori dia org stakat uncle dgn anak buah je..:)

    ReplyDelete