Aku memilih pelbagai jenis makanan. Selepas
satu-satu ku belek. Semuanya kena check tau manalah tahu dah expired dah ke apa
ke. aku memang sedikit cerewet kalau dalam bab memilih makanan.
“sayang tak siap lagi ke pilih tu.
Takkan lah nak pilih susu tin pun macam tu sekali. Ambik je then letak je dalam
troli ni” Tengku Izham mula bersuara. Dah letih lah tu ikut aku ke hulur ke
hilir beli barang-barang ni.
“mana boleh” bidasku.
“abang kalau kita nak beli semua ni kita
kena bandingkan harga lepas tu check expired date dia pendek kata semualah kena
tengok dan pastikan baik-baik dulu. Barulah boleh beli ya abang” aku
mengerlingnya sekilas. Banyak songeh betul. Tadi cakap sanggup ikut aku
walaupun lama. Tak sampai sejam dah bunyi. Macam ni la anak orang kaya. Mana
biasa buat semua ni yang tahu bibik,bibik dan bibik.
“ye la abang tahu la sayang tapi sejak
tadi lagi sayang duk pilih tapi troli ni masih tak penuh-penuh lagi. Lenguh dah
kaki abang ni sayang” rengeknya dah macam budak kecil. Ee bosan betul la macam
ni. kalau tahu akan jadi macam ni la memang aku tinggalkan dia kat rumah. Habis
cerita tapi dia berkeras jungak nak ikut. Bahaya malam la apala. Ee menyampah!
“abang ni kan” aku mengetap bibir dan
memandang wajahnya.
“tak kira, tadi abang nak ikut sangat
kan. Sekarang tunggu sampai Hanan siap beli semuanya. pendek kata dapur abang
yang gah sia-sia tu saya akan penuhkan dengan barang-barang yang saya beli ni.”
bebelku panjang.
“sayang..” rengeknya lagi.
“sudah. Jangan duk buat perangai kat
sini.” Ujarku sambil tanganku mencapai beberapa tin susu.
“bak sini list tu. Kasi abang pilih je
lah. Kalau sayang pilih tak balik la kita malam ni” dia mengambil senarai
barang yang hendak dibeli di tanganku. Dia menolak troli ke lorong seterusnya.
Bulat mataku melihat tangannya mencapai keperluan dapur. Selepas satu, satu
yang diambilnya. Lepas tu barang yang tak ada dalam senarai dia ambik jugak.
Hish membazir betul. Aku hanya menurutnya sahaja. Dengan hanya berseluar pendek
separas lutut, t-shirt lengan panjang yang disinsing membuatkan Tengku Izham
nampak begitu segak di hadapanku. Aku tersenyum. Pendek kata apa yang suami aku
buat dan pakai semuanya nampak indah.
Agak-agaknya kalau terserempak dengan staff
kat pejabat dia orang terkejut tak tengok bos dia orang yang mengalahkan singa
kat pejabat sedang tolak troli sambil beli barang dapur. Mesti dia orang bantai
gelak habis.
“okay sayang dah siap” aku tersentak
daripada lamunan dan memandang troli. Terkejut aku dibuatnya. Penuh satu troli.
Entah apa la yang dibelinya aku pun tak tahu. Dasyat betul tak sampai setengah jam
dah siap.
“banyaknya abang taruk dalam troli ni.
siapa nak makan semua ni” kataku sambil menunjuk ke arah makanan segera yang
terdiri daripada snek, gula-gula,coklat dan macam-macam lagi
“abang dengan sayang la.” Jawabnya
selamba. Aku hanya menggeleng melihat perbuatannya.
“membazir betul. Tak elok la makan semua
ni. abang ni kan” ujarku geram.
“sayang abang beli semua ni bukannya nak
makan dalam sehari je tau. Biarlah beli banyak simpan. Nak makan ambik la.
Nanti sayang duk kat rumah boring bolehlah makan benda ni semua”
“suka hati abang la. Malas nak berdebat
dengan abang. Abang nak menang jugak kan.” Aku berlalu melintasinya.
“Is” kedengaran suara seorang perempuan
memanggil nama suamiku. Serta merta ayunan langkahku berhenti dan berpaling ke
arah suara tersebut. Tengku Izham juga turut sama berpaling. Berkerut-kerut
dahiku memikirkan perempuan seksi di hadapan ku ini. Setahu aku tak pernah kenal perempuan ni.
“dia panggil abangkan” ujarku sambil
mataku tak lepas memandang kepada wanita yang berjalan ke arah kami.
“sape tu bang?” soalku.
“entah abang tak kenal la. Jom sayang
kita pergi bayar semua ni.” dia mengheret tanganku untuk pergi. Hatiku mula
rasa lain macam. Siapa perempuan tu. Macam pernah aku lihat je. Kenapa riak
muka Tengku Izham berubah kalau betul-betul tak kenal perempuan tu. Lepas tu tarik
aku laju semacam pulak. Nak lari daripada perempuan tu pulak ke?
“Is wait” jeritnya lagi dan sebaik
sahaja berdekatan dengan kami perempuan tersebut merentap pergelangan tangan
Tengku Izham dan terus memeluk suamiku. Terbuntang luas mataku melihat drama di
hadapan mataku. Siapa pulak perempuan ni? jantungku mula berentak laju. Darah
sudah berlumba-lumba naik ke kepala.
Terasa seperti tak cukup oksigen untuk bernafas. Jantungku seperti
direntap melihat apa yang berlaku di depan mata aku sekarang. Suami aku dipeluk
oleh seorang perempuan yang tak tahu datang dari lubuk mana. Panas hati aku.
“hei lepaslah” Tengku Izham terus
menolak tubuh perempuan itu
“kau nak apa hah?” tanyanya sedikit
kasar. Aku hanya menjadi pemerhati okay! Tak berani nak menyampuk lebih-lebih
lagi tengok muka dia yang menyinga tu. Marah benar nampaknya tapi siapa pulak
perempuan ni.
“I nak you Is” ujarnya selamba tanpa ada
sedikit pun rasa malu. Ikutkan hati aku ni nak lempang sahaja minah senget kat
depan ni. tak hormat langsung aku yang terpacak kat sebelah ni. kenapa aku
berperasan begini pun aku tak tahu tapi yang pasti aku sangatlah tak suka
Tengku Izham diperlakukan sebegitu rupa di hadapan ku. Sakit hati tau tak.
“apa yang kau merepek ni hah” ujar
Tengku Izham berang. Dia menguap rambutnya ke belakang.
“Dah sayang jom balik” dia mengajakku
lagi untuk pulang. Aku hanya berdiam diri dan terkaku di situ. Jauh di dalam
lubuk hati aku aku tak nak pergi selagi aku tak tahu siapa perempuan kat depan
aku ni.
“Hai, I Tina. Girlfriend Is” tuturnya
dengan bongkak. Is dia panggil. Mesra benar bunyinya.
“ex-girlfriend. antara kita dah tak ada apa-apa okay!” ujar suamiku tegas.
Tersentap jantungku mendengar tutur
katanya itu.
"you tak pernah pun declare kita putus Is" ujar Tina
“Kau jangan cakap mengarut ya.
sayang tak payah nak dengar cakap orang gila macam dia. Dah jom balik”
“you siapa?” tanya Tina kepadaku.
Matanya mencerlung ke arahku. Nampak sangat tak puas hati dengan aku. Aku
mendengus.
“I isteri Tengku Izham. Kenapa ya?”
soalku. Aku cuba berlagak selamba di hadapannya biarpun hati aku ni tengah
panas membara melihat perbuatan dia tadi. Sekarang rasa nak makan orang pun ada sekali ni.
“wow tak sangka I akan jumpa you kat
sini. So you lah perempuan kampung yang Is pilih tu ya. tak menepati cita rasa langsung. sangatlah ketinggalan zaman.” dia memandangku ke atas
bawah dan tersenyum sinis.
Aku terdiam mendengar kata-katanya. Sedikit
sebanyak aku terasa lebih-lebih tahu yang perempuan yang bernama Tina ni pernah
menjadi kekasih Is.
“Is
betul ke ni isteri you. Hei apa kena dengan test you ni. ketinggalan
betul perempuan ni. pakai tudung bagai. Sangatlah kolot.” Terkejut aku
mendengar nya. Satu badanku mengigil. Aku ingin bersuara tapi
Tengku Izham
pantas bersuara daripada ku.
“you cakap isteri aku kolot,
kekampungan?” dia gelak menyampah.
“sekurang-kurangnya sikap kekampungan
dan kolot dia tu dapat kurangkan dosa yang aku tanggung. Dia tutup apa yang
sepatutnya bukannya macam you pakai baju macam tak cukup kain kan. Agaknya dah
habis harta mak bapak kau sebab tu lah kau tak boleh nak beli kain nak tutup
badan kau kan.” Bidas Tengku Izham. Aku tersenyum mendengar kata-katanya.
Bersyukur aku mendapat suami macam dia.
“ kenapa dengan you ni hah Is. Apa
kurang I dan apa yang lebihnya perempuan kampung ni? dia sama sekali tak layak
nak bergandingan dengan you tahu tak” suaranya dah naik volume yang lebih
tinggi.
“you nak tahu kenapa kan. dengar sini. sebabnya dia ni pandai jaga maruah diri
dia, pandai jaga tingkah laku dia dan dia jauh lebih baik pada kau yang” Tengku
Izham memandang Tina dan
“kau cermin diri kau sendiri
dan perangai kau . Kalau kau nak tahu aku bersyukur sebab tak kahwin dengan kau
tau tak” ujar Tengku Izham marah.
“sayang jom balik sekarang. Aku hanya
mengangguk dan menurutinya yang menuju ke kaunter. Otak aku penuh dengan seribu
satu persoalan walaupun perempuan senget yang pakai baju tak cukup kain tu dah
perkenalkan diri dia. Hati aku belum puas lagi kalau tak mengetahui cerita
sebenarnya. Macam mana dia orang boleh berpisah kalau dia orang ni pasangan
bercinta?
"Is you hanya boleh jadi milik I, bukan orang lain" laung Tina. sudah gila agaknya perempuan tu. dah tak ada lelaki lain gamaknya. ee menyampah betul.
Sepanjang perjalanan suasana sunyi dan sepi
dalam kereta. Hanya kedengaran suara dj radio yang rancak menjalankan
tugasanya. Aku tidak berani bersuara walaupun perasaan aku ingin tahu
membuak-buak perkara yang sebenarnya. Perutku bertambah kecut apabila kereta
mewah yang dipandunya begitu laju membelah jalan raya. Semput nafas aku.
Mujurla kereta mewah kalau kereta biasa alamatnya dah tersadai dah tepi jalan.
Aku membawa segelas air milo panas ke ruang tamu untuk suamiku. Sebaik
sahaja sampai di ruang tamu rumah mewah itu aku melihat dia sedang duduk
bersandar sambil memejamkan matanya. Mungkin perasaan geram dan marah dia tu
masih berbaki lagi kot dengan perempuan tadi. Bila teringatkan je Tina tu hati
aku serta merta sakit. Aku tak pernah okay peluk suami sendiri dekat tempat
awam macam tu tapi dia selamba badak je buat macam tu. Geram betul aku!
“abang Hanan buatkan air untuk abang ni.
minum bang”ujarku sambil mengambil tempat di sebelahnya.
“abang dah lah macam tu. Tak payah
fikirkan hal dah berlaku. Perempuan gila macam tu tak payah nak diingatkan
bang” pujukku sambil menggosok lengannya. Dia membuka mata dan melemparkan
senyuman ke arahku. Dah hilang dah muka garang dia tu. Aku juga turut tersenyum
memandangnya.
“abang mintak maaf” ujarnya. Sekali lagi
perkataan maaf tercetus daripada mulutnya.
“kenapa pulak ni mintak maaf pulak.
Bukan salah abang kan. Hanan faham abang pun tak suka dia buat macam tu tapi
nak buat macam mana benda dah terjadi kan”
“sayang tak sakit hati?” soalnya
kepadaku. Tengku Izham merenung isterinya dia memang pantang kalau orang
mengutuk isterinya. Hati dia turut berasa sakit dengan perkataan yang
dilemparkan oleh Tina tadi.
Aku tersenyum hambar.
“kalau Hanan cakap tak nampak sangat
tipukan tapi biarlah. Dia dah tak ganggu kita kan sekarang. Biarlah dia nak
cakap apa pun. Bukan luak pun” jawabku.
Tengku Izham mengeluh.
“dah lah tu bang” pujukku lagi.
“kita lupakan pasal dia okay. Yang
penting Hanan ada kat abang sekarang kan. Biarlah, dia kan ada mulut nak cakap
macam tu. Jangan fikirkan dia lagi” sambungku lagi.
“hmm abang bersyukur sangat dapat isteri
macam sayang. Faham sangat jiwa abang. Thanks sayang”
Tengku Izham memandang
buat kesekian kalinya wajah mulus isterinya. Bergetar naluri kelakiannya setiap
kali memandang wajah cantik itu.
“hei tengok la siapa orangnya. Hanan
kan” jawabku selamba. Saja ingin mewujudkan mood ceria antara kami. Dia
tergelak mendengar tutur kataku.
“sayang. I love you so much” ujarnya.
ucapan cinta itu sekali lagi membuatkan aku terasa seperti duniaku berhenti berpusing. Jantungku berdegup laju. Ucapan
itu sangat bermakna buatku. Tengku Izham meraih badanku dalam pelukannya. tanpa
sedar aku membalas pelukannya dengan kemas sekali. Apabila aku berasa bibir
milik Tengku Izham mula mendarat di leherku terus aku mencari jalan untuk
lepaskan diri. Aku mula berpeluh. Perasaanku berdebar-debar.
“abang minum la air milo tu. Penat tau Hanan
buat” celahku tiba-tiba untuk mematikan lamunannya.
Dia melepaskan pelukannya dan
menghentikan perbuatannya. Lega sangat rasanya.
“cukup sayang. Kali ni sayang dah tak
boleh nak halangkan abang. Izinkan abang ya sayang. Izinkan abang
jalankan
tanggungjawab abang sepenuhnya” katanya sambil merenungku
Gulp! Perit rasanya untukku menelan liur buat
masa ini. Jantung aku ni macam nak tergolek jatuh dah. Nak pitam boleh tak
sekarang ni? atau aku buat-buat pitam je.
“abang Hanan nak pergi da...”
“sayang please” pintanya lagi. Sebelum
ni dia tak pernah memaksa aku dan malam ni dia menuntut hak dia yang sepatutnya
dan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Sungguh aku betul-betul buntu
sekarang ni. aku ingat lagi pesan uztazah aku kat sekolah bahawa malaikat akan
melaknat seorang isteri sampai pagi kalau tidak melayan permintaan suaminya.
Aku tersepit sekarang dengan perasaan yang masih kurang yakin dan tanggungjawab
aku sebagai seorang isteri. Aku mula gelisah. Aku tersentak sebaik sahaja aku
berasakan tubuhku dicempung oleh tak lain dan tidak bukan suamiku sendiri.
Wajah aku dan dia hanya beberapa inci sahaja. Dia mencempungku sampai ke bilik
dan meletakkan tubuhku dengan lembut di atas katil dalam bilik kami.
Entah mengapa setiap sentuhannya aku berasakan
begitu indah sekali dan mendamaikan. Aku terleka. Akhirnya kami dihanyut badai
asmara yang kian menggila. Aku berdoa agar Tuhan memeliharakan hubungan kami
hingga akhir hayat. aku redha dengan semua yang terjadi. bersaksikan bulan dan bintang akhirnya dua hati sudah menjadi satu.
“sayang bangun sayang, bangun solat subuh”
sayu-sayu aku mendengar suara Tengku Izham menggerakku dari tidur. Memang
kebiasaannya dia mengejutkan aku setiap pagi sebab aku ni kalau dah tidur susah
nak bangun. Lebih-lebih lagi kalau aku dalam keletihan.
“kasi lima minit lagi. Ngantuk la”
ujarku dalam keadaan separuh sedar.
“bangun la sayang nanti lewat pulak kan
solat nak mandi apa lagi” beritahunya sambil tangannya bermain di wajahku.
“malas la nak mandi. Kejap lagi saya
bangun la”
“mana boleh. hari ni sayang kena mandi
tau tak boleh macam biasa basuh muka je. Cepat la bangun sayang” dia masih tidak
mengalah mengejutkan aku.
“ke sayang nak perkara macam semalam
berulang lagi ni” soalnya.
Berkerut-kerut dahiku cuba mencerna
kata-katanya. Dalam keadaan masih mamai otakku sedikit lembap untuk berfikir.
Semalam? Apa dah berlaku semalam? Soalku kepada diri sendiri. Aku masih lagi
cuba mengingati apa yang berlaku semalam dan apabila mengingati semuanya serta
merta mataku terbuka luas. Sebaik sahaja mataku terbuka wajahnya begitu hampir
denganku. Wangian kat badan dia pun aku boleh bau dan kehangatan nafasnya
menampar lembut pipiku .Terkejut beruk aku di buatnya serta merta badanku
bangkit daripada tidur manakala tanganku pulak tidak lepas daripada memegang
comforter yang menyelimuti badanku.
“kenapa sayang?” bisik Tengku Izham
lembut. Jantungku berdegup laju mengalahkan kuasa kuda. Kenapa
aku bodoh sangat
hah benda yang berlaku semalam pun boleh tak ingat lembap betulla.
“sayang..”panggilnya manja dan
menghampiri lebih dekat kepadaku. Dengan cepat aku berdiri dan masuk ke dalam
bilik air. Ee malunya.
Tengku Izham gelak melihat gelagat isterinya
yang kelam kabut dan muka yang cuba menahan malu itu. Blushing sangat muka
isteri dia. Dia tahu isterinya malu dengan apa yang berlaku semalam. Dia
tersenyum apabila mengingatkan sentuhan Asy yang membalas dengan lembut. Dia
pasti semua yang berlaku dengan rela. Mintak-mintak dengan semua ini Asy akan
lebih mencintainya. Itu doanya.
Aku menjenguk di sebalik pintu tandas. Line
clear! Tengku Izham tiada dalam bilik ini. Dia terus menyusup keluar untuk
mengambil pakaiannya. aku memerhatikan diriku di cermin. Selepas puas hati
dengan penampilan ku aku terus keluar daripada bilik. Entah kenapa hari ni aku
nak Tengku Izham nampak aku cantik di depan matanya. Hanya aku seorang bukannya
orang lain.
“sayang breakfast dah siap. Jom makan”
ajaknya. Aku memerhatikan sarapan yang siap terhidang di atas meja. Kekok dan
malu sangat dengan situasi sekarang ni. aku hanya berdiri. Kalau boleh aku nak
delete habis memori kat kepala otak aku ni pasal semalam biar aku tak ingat
satu pun. Baru la aku tak malu nak mengadap muka dia ni.
“sayang.. duduk la. Kenapa tercegat je
kat situ?” aku menunduk memandang makanan yang terhidang di atas meja. Sumpah
aku malu untuk bertentang mata dengan dia. Lambat-lambat aku duduk. Mulutku
yang sering becok mengalahkan mulut murai hari ni diam seribu bahasa. Nampaknya aku memang malu dengan semua yang
berlaku. Alahai tak sangka aku sudah menjalankan tanggungjawab aku sebetulnya.
Tengku Izham menyapu jem di roti dan
meletakkan di dalam pingganku. Dia juga turut menuangkan air untukku. Aku
memang rasa macam dilayan bagai tuan puteri sekarang ni. alahai kenapa la macam
ni dia layan aku hari ni. biasanya aku yang buat semua ni.
“sayang menungkan apa tu hmm. Makan la
tak payah nak malu-malu. Abangkan suami sayang kan” ujarnya perlahan tapi aku
tidak berani lagi untuk mengangkat muka memandangnya. Dia pulak macam tahu-tahu
pulak apa yang sedang aku fikirkan sekarang ni.
Dengan penuh ayu aku meneguk air milo di hadapanku.
Bulat mataku sebaik sahaja air itu masuk ke dalam mulutku. Akhirnya air itu
tersembur dan tepat kena pada kemeja Tengku Izham. Terbatuk-batuk aku jadinya.
ee air apa ni? masin semacam, taruk gula ke garam sebenarnya ni
“sayang are you okay?” tanyanya cemas.
“sayang jangan la gelojoh sangat minum
tu. Tengok apa dah jadi ni” ujarnya sambil menanggalkan kemeja dari tubuhnya.
“bukan Hanan minum gelojoh tapi air
ni” tunjukku.
“kenapa pulak?” tanyanya. Selepas itu
dia mencapai cawannya yang berisi air dan meminumnya dan selepas itu habis
tersembur tapi kali ni elok tersembur kat mukaku. kami memandang sesama sendiri akhirnya tercetus ketawa
daripada kami. Aku minum sembur kat baju dia, dia pulak sembur kat muka aku.
Kosong kosong kan. Kami ketawa memikirkan gaya masing-masing.
“abang taruk apa dalam air tu?” soalku
dalam sisa ketawa yang masih berbaki.
“abang taruk gula la sayang. Tak tahu
pulak boleh jadi macam ni” dia memandang sayu gelas yang masih berbaki air
milo.
“cuba abang cakap gula mana satu yang
abang ambik ni?” tanyaku ingin tahu,
“abang ambik yang dalam bekas kaca kat dapur tu la” jawabnya. Sesaat selepas itu aku bantai gelak habis. Tengku Izham
memang kelakar.
“abang tu bukan gula tau tu garam la”
beritahu ku.
“oo ya ke?” tanyanya blur. Dia tersenyum
hambar. Wajahnya berubah sayu. Serta-merta aku terdiam memandang wajahnya.
“abang ingat pagi ni abang dapat
sediakan breakfast untuk sayang. Cuba buat yang terbaik tapi garam dengan gula
pun abang tak kenal. Bodoh betul abang ni” aku memandangnya. Nampaknya dia
ikhlas menyediakan semua ni untukku. Aku betul-betul terharu.
“abang jangan la macam ni. lain kali
Hanan ajar abang ya. Dah la tak mau sedih-sedih macam ni. kejap lagi nak pergi
kerja kan dah tak handsome dah kalau macam ni” pujukku.
Dia tersenyum lantas dia menarikku untuk duduk
di atas ribanya.
“okay janji dengan abang nanti ajar
abang tau. Nanti kalau sayang letih boleh lah abang tolong sediakan semua ni
pulakkan” ujarnya bersama sengihan nakal. Pantas tanganku mendarat di atas
lengannya.
“gatal” ujarku. Dia menggosok lengannya
yang menjadi mangsa encik ketamku. Aku merenungnya sambil tanganku berada di
bahunya. Sekarang aku yakin sangat bahawa aku sudah mencintainya dan aku
berharap sangat hubungan kami akan kekal dan aku dapat menjadi isteri yang
terbaik dan solehah buatnya. Itu harapan dan doaku.