Qalif masih lagi memerhati rumah agam Tuan
Rizuan itu. Sejak pagi tadi hinggalah pukul dua belas tengahari mata dan
dirinya masih lagi setia berada tidak jauh dari rumah itu. Sejak dia berjaya
memiliki kesemuanya dan bisnes yang dia miliki sudah kukuh dia jadi
berkeyakinan untuk berhadapan dengan Tuan Rizuan. janji yang dia buat lima
tahun yang lepas tidak pernah dilupainya. Memerhati rumah agam dan gerak geri
Tuan Rizuan menyesakkan ruang dadanya menambahkan lagi rasa bencinya terhdadap
orang tua itu. Sungguh dia tidak sangka sebegini banyak perubahan yang berlaku
terhadap keluarga Puan Alia dan Tuan Rizuan.
Asyik memerhati dia terpandangkan kelibat Puan
Alia yang berjalan ke halaman rumahnya. Qalif bertindak untuk melihat lebih
dekat Puan Alia tetapi dengan menyembunyikan dirinya supaya tidak ternampak
oleh Puan Alia. Di sebalik pagar rumah mewah itu Qalif dapat melihat renungan
sayu seorang ibu yang dilanda pelbagai masalah. Rindukan anaknya agaknya. Tebak
Qalif. Qalif berasa sebak apabila
melihat tubuh badan Puan Alia yang sedikit kurus. Baginya mungkin Puan Alia
tidak mempunyai selera untuk makan. Dalam diam dia melepaskan keluhan. Kenapa
perlu jadi macam ni sekali? Tempik
batinnya. Sungguh dia tidak sanggup untuk lihat wanita yang cukup disayanginya terpaksa
melalui semua ini. Padanlah dengan apa yang dia hadapi sahaja.
Hatinya bagai disentap kuat apabila melihat
air mata Puan Alia merembes laju di pipinya. Ingin sahaja dia berlari
mendapatkan tubuh itu dan memeluknya dengan penuh kasih sayang biar sampai
hilang kesedihan yang melanda dirinya tapi kerana janji yang telah dimerterai langkahnya
menjadi mati dan kaku. Dengan perasaan yang berkecamuk Qalif turut melangkah
pergi dan menghidupkan enjin keretanya lalu memecut meninggalkan kawasan
perumahan itu. Tidak betah lagi dia untuk berada di situ dan hanya menjadi
memerhati. Hatinya bagai disayat pedih. Sungguh hatinya disayat pedih.
“siapa kau?” satu soalan tercetus keluar
daripada bibir Qalif. Wanita yang dilihatnya beberapa hari lepas masih lagi bermain
di layar matanya. Susah sekali untuk mengingati di mana dia pernah lihat wanita
itu. Tapi yang pasti dia cukup kenal dengan wanita itu. Ya! Dia cukup yakin
itu.
***
“abang bosanla goyang kaki kat pejabat
abang ni. tak ada hiburan langsung” komenku yang berada di sofa dan berhadapan
dengan Tengku Izham. Aku membetulkan posisi badan ku dengan bersandar kerana
pinggangku sudah berasa sedikit lenguh sebab dari tadi lagi duduk kat sofa ni.
“sayang sabar ya kerja abang ni sikit
lagi nak habis lepas tu abang belanja sayang ya. Sayang cakap je nak beli apa.
Ha apa kata kalau abang belanja sayang beli novel nak?” Tengku Izham memandang
wajah isterinya penuh kasih. Dia turut kesian dengan isterinya yang berasa cukup
bosan berada di officenya tapi nak buat macam mana kerja memang tak boleh nak
dielakkan. Tak apa untuk kali ni sahaja selepas ni dia sudah merancang semuanya
untuk berbulan madu dengan isteri tercinta itu. Pada saat itu tiada sesiapa pun yang akan menganggu
mereka dan dia akan memastikan bulan madu mereka akan menjadi perkara yang
terindah dalam hidup mereka. Itu harapannya.
“abang ni kerja, kerja kerja. bila nak
siap semua ni bang? Asy dah bosan la macam ni” ujar Asy tanpa disangka. Asy
terus menekup mulut apabila dia menyedari yang dia sudah tersasul cakap. Dia
memandang isterinya. Cuak sebenarnya dia rasa sekarang ini. Dia takut suami dia
terasa dengan kata-katanya. Ya dia memang bosan lebih-lebih lagi selepas kedua
ibu bapanya sudah pulang ke Kelantan kelmarin. Duk rumah pun bukannya berteman.
Kalaulah dia mempunya baby alangkah indahnya hidup dan semua itu kalau sahaja.
Dalam diam Asy mengeluh kecil.
“abang maaf. Asy tak bermaksud nak cakap
macam tu sebenarnya” Asy cuba menerangkan dia takut suaminya terasa dan dia tak
sanggup nak membayangkan dosa yang akan ditanggungnya nanti. Ye la syurga
seorang isterikan di bawah tapak kaki suami. Jadi dia kena menjaga setiap tutur
kata apabila berhadapan dan bercakap dengan suaminya.
“tak apa sayang. Abang faham. Okay kerja abang
dah siap. So jom” Tengku Izham bangun daripada kerusi empuknya dan melonggarkan
tali leher kemejanya dan menyinsingkan lengan baju kemejanya hingga ke siku.
Memang kacak habis bagi aku.
“nak pergi mana?” soalku sedikit blur.
Tengku Izham menapak mendekati isterinya.
“nak belikan sayang abang ni novella.
Nanti barula dia tak bosan.” Tengku Izham mencuit hidung isterinya.
“abang janganla nak buat perangai kat
sini ya. Office ni tau abang. abang ni mentang-mentang la bos sedap-sedap dia
nak keluar kan .Hmm betul ke ni nak belikan Hanan novel?kan waktu kerja
sekarang ni.” tanyaku sekali lagi biarpun dalam hati dah melompat-lompat
teruja. Oh seronoknya!
“betulla sayang. Kenapa sayang tak nak
beli ke?”
“oh my abang sayang mana boleh tak nak
beli nak la” jawabku penuh dengan rasa teruja.
Aku keluar daripada kereta Audi suamiku lalu
berjalan berpimpingan tangan dengannya. Sweet kan kan kan? Mata wanita yang
mengerling suamiku itu sudah aku lali melihatnya. Biarlah selagi ada mata
pandang la nak pandang. Ya dok?
“sayang pilih la novel yang sayang nak beli
abang nak pergi pilih buku kat sana. Jangan nakal-nakal ya” pesan Tengku Izham
dan mengucup tapak tanganku. Aku hanya tersenyum. Semakin hari semakin romantik
pulak suami aku ni. pandai sangat buat aku terbuai-buai. Alahai.
“akak ada abang kasi ni kat akak”
seorang budak menarik hujung baju ku dan memberikan tiga kuntum bunga tulip
kepadaku. Aku hanya mencapai huluran budak perempuan yang sangat comel bagi
aku.
“siapa yang bagi?” tanyaku. Budak
perempuan itu hanya menjongketkan bahunya dan berlalu pergi.
Berkerut-kerut
dahiku melihat bunga tulip yang berada di tanganku. Mataku mula meliar mencari
bayangan manusia yang mungkin aku kenali tapi tiada satu pun yang aku kenal kecuali suamiku yang berada di
hujung sana sambil memilih buku-buku yang berkaitan dengan kerjayanya. Aku memandang kembali bunga tulip yang berada
di tanganku. Dadaku disapa debar halus. Bunga tulip. Mengingatkan aku pada si
dia. Dulu arwah sering hadiahkan aku bunga tulip. Tiga kuntum pulak sama dengan yang orang misteri
ni bagi aku. Tapi siapa pulak yang bagi ni? takkan la suami aku kot. persoalan itu
berlegar-legar di kepalaku.
Aku melihat ada kad kecil yang terselit di
antara tiga kuntum bunga tulip itu. Aku mencapai lalu membukanya. Dalam
bersahaja yang aku tayangkan ada rasa getar dalam hati aku. Semua ni
mengingatkan pada Haikal. Ya semua yang berlaku. Budak perempuan yang sampaikan
bunga ni, tiga kuntum bunga tulip dan kad. Semua ni dah berlaku masa Haikal
mula ingin mengenali aku dan apa yang berlaku sekarang seseolah semuanya
dilakonkan kembali Cuma yang berbeza hanya tempat dan waktu sahaja. Aku membaca
bait-bait tulisan yang ada di kad itu.
Tuhan
hilangkan matahari lalu hadirlah malam tapi Tuhan munculkan bulan untuk
menerangi bumi di kala manusia terkapai-kapai dalam kegelapan. Dan izinkan saya
jadi matahari dan bulan untuk awak.
Ikhlas from ur admire
Tersentap kuat jantungku sekarang. Rasa macam
nak terlompat jantung keluar daripada badan sekarang ni. kata-kata kat kad ni
sama. Memang sama? Apa semua ni? aku memegang kepala yang mula rasa
pening-pening lalat.
“sayang are you okay?” Tengku Izham
terus sahaja merapati isterinya apabila menyedari isterinya yang asyik memicit
kepalanya sendiri. Naik risau dia dibuatnya.
“abang Hanan nak balik sekarang. Kepala
Hanan berdenyut-denyut sekarang ni” pinta Hanan dan dituruti oleh Tengku Izham.
Tengku Izham sempat menjeling bunga tulip yang berada di tangan isterinya.
Serta merta dadanya bergetar hebat. Rasa cemburu mula menerjah dirinya. Tapi
dia masih lagi memimpin tangan isterinya untuk ke basement dan pulang ke rumah.
Dalam kepalanya masih tertanya macam mana isterinya dapat bunga dan siapa pulak
yang bagi tapi dia hanya pendamkan sahaja sebab dia tengok isterinya yang sudah
terlena di sisinya. Dia kena bersabar dan tanya dengan baik terhadap isterinya
tapi dalam diam dia jugak cemburu dengan bunga yang masih berada di tangan
isterinya itu. Masih dipegangnya walaupun dalam keadaan tertidur.
***
Aku terpisat-pisat bangun dan mataku mula
meliar mencari bayangan suamiku di sisiku tapi dia tiada. Akhirnya mataku
terpaku melihat susuk badan suamiku yang berada di atas tikar sejadah sambil
berdoa. Solat rupanya. Selepas mengaminkan
doanya dia berdiri dan meletakkan sejadah di tempat yang disediakan. Aku
bersandar di kepala katil dan tersenyum ke arahnya. Tapi yang aku peliknya dia
langsung tak menghiraukan aku. Biasanya kalau aku baru bangun tidur dia akan
menghadiahkan kata-kata yang cukup manis kepadaku dan sekarang dia boleh pula
buat tak nampak aku yang berada di sini. Oh hati sabarlah kamu.
“abang kenapa tak kejutkan Hanan. Tengok
sekarang Hanan dah terlepas solat asar la bang” ujarku tanda tidak puas hati.
Tengku Izham hanya diam. Hatinya sedikit
cemburu dengan apa yang berlaku tadi. Sebenarnya dia sudah pun kejutkan Asy
untuk solat asar tapi isterinya itu tidur mati langsung tidak sedar dengan
kejutannya.
“abang..” Asy panggil suaminya lembut
apabila ,melihat suaminya langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Kenapa
pulak dengan suami dia kali ni? Tengku Izham hanya membetulkan rambutnya di
depan cermin dan ingin berlalu daripada biliknya untuk ke bilik bacaan. Tidak
betah untuk berlama di dalam bilik itu. Mengingatkan bunga tulip itu membuatkan
jiwa lelakinya tercabar. Sebelum perang dingin antara Asy dengan dirinya
sendiri tercetus baik dia mengundur diri. Bukan ke sekarang ni Tengku Izham
melancarkan perang dingin ke?
Berkerut dahi Asy melihat tindak tanduk
suaminya. Tadi elok je kenapa sekarang semacam tu. Asy mengingati balik apa
yang berlaku tadi. Serta merta dalam kepalanya terlintas satu perkara. Bunga
tulip. Ya! Bunga tulip. Jangan-jangan suaminya cemburukan pasal bunga yang dia
dapat tadi tak? Telahnya sendiri. tidak lama selepas itu dia mengukir senyuman
kecil. Hmm cemburu rupanya ya. Cemburu kan tandanya sayang. Suka!
Asy menarik nafas dan menghembuskannya
perlahan-lahan. Dia sepatutnya melupakan perkara yang berlaku tadi. Mungkin itu
semua hanya kebetulan sahaja. Ya dia pasti itu hanya satu kebetulan. Mana
mungkin orang yang mati hidup balik dan berbuat demikina. Sangatlah nonsense!
Dengan perlahan-lahan kakinya mencecah lantai
dan bergerak ke arah bilik bacaan. Dia tahu sangat suaminya akan sibukkan diri
di sana bila menghadapi sebarang masalah.
“assalamualaikum” Asy memberi salam dan
kepalanya mula terjenguk-jenguk mencari susuk badan suaminya. Dia tersenyum
apabila matanya mula menangkap wajah Tengku Izham yang sedang membaca buku
perniagaan antarabangsa. Salam yang
dihulur tidak berjawab. Angin ribut mana la yang melanda suaminya kini sampai
begini sekali. Angin kus kus kali. Detik hati kecil Asy.
“abang tak jawab salam dosa tau” Asy
cuba memancing perhatian suaminya. Tangannya menari-nari di atas meja bacaan
suaminya. Reaksi sengaja ingin menggoda suaminya. Biar melting habis! Ah kau
Asy memang gedik kan!
“waalaikummussalam.” Jawab Tengku Izham
perlahan dan mampu lagi didengari oleh telinga Asy. Hmm reaksi positif. Gumam Asy.
“abang nak hot chocolate?”
Diam.
“rugi tau tak nak. Kejap ya Asy pergi
buatkan” tanpa menunggu reaksi suaminya Asy segera ingin berlalu ke dapur untuk
membancuh hot chocolate.
“siapa yang bagi bunga tu?” langkah Asy
mati. Dia tersenyum. Hmm dah agak dah. Asy segera memusingkan badan.
“bunga apa?” soal Asy bodoh. Sengaja
ingin menduga suaminya sebab dia suka sangat bila memandang wajah suaminya yang
cemburu. Sangat handsome ala-ala pelakon korea. Chewahh.
Tengku Izham mengeluh. Geram terhadap Asy
sebenarnya. Boleh pula dia buat tak tahu.
“explain to me everything single thing
Hanan Asyikin” tegas suaranya berkata. Erk.. telan liur ku dibuatnya.
“ooo pasal bunga ke?” soalku dan tangan
ku cepat sahaja naik menggaru kepala yang tidak gatal. Reaksi dalam keadaan
kalut dan ingin cuba cari alasan yang sesuai. Tapi apa? Satu pun tak datang ni.
Tengku Izham masih lagi diam menunggu kata-kata yang keluar daripada mulutku.
Panahan matanya fulamak tajam gila!
“entah. Hanan pun tak tahula nak cakap
macam mana sebenarnya. Its just happened. Girl tu yang bagi kat Hanan and she
said ada orang bagi then terus pergi macam tu je. Tak sangka la Hanan pasal
bunga je abang sanggup layan Asy macam ni. sampai hati abang” ujar Asy dengan
nada yang mula berjauh hati.
Tengku Izham sedikit kalut apabila melihat
keruhan di wajah Asy. Salahnya juga kerana cemburu membabi buta padahal bukan
salah isterinya kalau ada orang baginya bunga. Orang cantik la katakan semua
yang pandang pasti berkenan.
“sorry. Abang tak berniat nak buat
sayang terasa but weird je kenapa pulak kan ada orang nak bagi bunga kat sayang
padahal satu Malaysia dah tahu sayang ni isteri abang” Tengku Izham mula
merangkul lembut pinggang isterinya. Pipi Asy diusap penuh kasih. Sayang bini
la kata orang.
“hmm abang cemburu kan. Its okay Hanan
faham”
“cemburu? Eh bila masa pulak. Mana ada
abang cemburula.” Nafinya. Padahal
memang dia cemburu pun kan Cuma dia sedikit malu untuk menunjuk di depan
isterinya. Tak macho la nanti.
“hmm ye lah tu. Padahal cemburukan Hanan
tahu” Asy tersengih bagaikan kerang busuk. Dia tahu suaminya memang cemburu.
Tak nak mengaku la tu. Ego!
“sayang malam besok kita kena attend
function KAMI holdings.” Beritahu Tengku
Izham. Gulp! Serta-merta perit terasa air liur yang ditelan oleh Asy.
“malam besok bang?” soal Asy. Jantungnya
bagai kan dah terlompat keluar. KAMI holdings. Syarikat yang cukup dia kenal
siapa pemiliknya. Dia mula berdebar. Kalau nak tolak permintaan suaminya itu
mestilah Tengku Izham merasa pelik dan menanyakan padanya pelbagai soalan. Itu
tak boleh terjadi. Oh Tuhan apa akan jadi kalau dia pergi ke sana? Berdepan
Tuan Rizuan yang sememangnya membencinya atau menolak pelawaan suaminya tapi
bukankah tempat seorang isteri di sisi suaminya. Aaaa..pening dia dibuatnya.
“yeah. Malam besok.”
p/s:nampaknya hcyt ni akan saya tamatkan dr publish kat blog ni.kenapa.. hmm mseti korang pelikkan.. ha sbbnya saya nak rombak balik dan akan hantar ke syarikat penerbitan untuk dinilai..mintak2 ade rezki kan..but semua tu lambat lgi sbb skrip nie akan dirombak kmbali..tggu satu bab lg then stop..doakan saya:))