Dear Readers

Thursday 31 January 2013

BAB 30 hadirnya cintamu yang terindah



  
 Aku memilih pelbagai jenis makanan. Selepas satu-satu ku belek. Semuanya kena check tau manalah tahu dah expired dah ke apa ke. aku memang sedikit cerewet kalau dalam bab memilih makanan.

“sayang tak siap lagi ke pilih tu. Takkan lah nak pilih susu tin pun macam tu sekali. Ambik je then letak je dalam troli ni” Tengku Izham mula bersuara. Dah letih lah tu ikut aku ke hulur ke hilir beli barang-barang ni.

“mana boleh” bidasku.

“abang kalau kita nak beli semua ni kita kena bandingkan harga lepas tu check expired date dia pendek kata semualah kena tengok dan pastikan baik-baik dulu. Barulah boleh beli ya abang” aku mengerlingnya sekilas. Banyak songeh betul. Tadi cakap sanggup ikut aku walaupun lama. Tak sampai sejam dah bunyi. Macam ni la anak orang kaya. Mana biasa buat semua ni yang tahu bibik,bibik dan bibik.

“ye la abang tahu la sayang tapi sejak tadi lagi sayang duk pilih tapi troli ni masih tak penuh-penuh lagi. Lenguh dah kaki abang ni sayang” rengeknya dah macam budak kecil. Ee bosan betul la macam ni. kalau tahu akan jadi macam ni la memang aku tinggalkan dia kat rumah. Habis cerita tapi dia berkeras jungak nak ikut. Bahaya malam la apala. Ee menyampah!

“abang ni kan” aku mengetap bibir dan memandang wajahnya.

“tak kira, tadi abang nak ikut sangat kan. Sekarang tunggu sampai Hanan siap  beli semuanya. pendek kata dapur abang yang gah sia-sia tu saya akan penuhkan dengan barang-barang yang saya beli ni.” bebelku panjang.

“sayang..” rengeknya lagi.

“sudah. Jangan duk buat perangai kat sini.” Ujarku sambil tanganku mencapai beberapa tin susu. 

“bak sini list tu. Kasi abang pilih je lah. Kalau sayang pilih tak balik la kita malam ni” dia mengambil senarai barang yang hendak dibeli di tanganku. Dia menolak troli ke lorong seterusnya. Bulat mataku melihat tangannya mencapai keperluan dapur. Selepas satu, satu yang diambilnya. Lepas tu barang yang tak ada dalam senarai dia ambik jugak. Hish membazir betul. Aku hanya menurutnya sahaja. Dengan hanya berseluar pendek separas lutut, t-shirt lengan panjang yang disinsing membuatkan Tengku Izham nampak begitu segak di hadapanku. Aku tersenyum. Pendek kata apa yang suami aku buat dan pakai semuanya nampak indah.
 Agak-agaknya kalau terserempak dengan staff kat pejabat dia orang terkejut tak tengok bos dia orang yang mengalahkan singa kat pejabat sedang tolak troli sambil beli barang dapur. Mesti dia orang bantai gelak habis.

“okay sayang dah siap” aku tersentak daripada lamunan dan memandang troli. Terkejut aku dibuatnya. Penuh satu troli. Entah apa la yang dibelinya aku pun tak tahu. Dasyat betul tak sampai setengah jam dah siap.

“banyaknya abang taruk dalam troli ni. siapa nak makan semua ni” kataku sambil menunjuk ke arah makanan segera yang terdiri daripada snek, gula-gula,coklat dan macam-macam lagi

“abang dengan sayang la.” Jawabnya selamba. Aku hanya menggeleng melihat perbuatannya.

“membazir betul. Tak elok la makan semua ni. abang ni kan” ujarku geram.
“sayang abang beli semua ni bukannya nak makan dalam sehari je tau. Biarlah beli banyak simpan. Nak makan ambik la. Nanti sayang duk kat rumah boring bolehlah makan benda ni semua”

“suka hati abang la. Malas nak berdebat dengan abang. Abang nak menang jugak kan.” Aku berlalu melintasinya.

“Is” kedengaran suara seorang perempuan memanggil nama suamiku. Serta merta ayunan langkahku berhenti dan berpaling ke arah suara tersebut. Tengku Izham juga turut sama berpaling. Berkerut-kerut dahiku memikirkan perempuan seksi di hadapan ku ini.  Setahu aku  tak pernah kenal perempuan ni.

“dia panggil abangkan” ujarku sambil mataku tak lepas memandang kepada wanita yang berjalan ke arah kami.

“sape tu bang?” soalku.
“entah abang tak kenal la. Jom sayang kita pergi bayar semua ni.” dia mengheret tanganku untuk pergi. Hatiku mula rasa lain macam. Siapa perempuan tu. Macam pernah aku lihat je. Kenapa riak muka Tengku Izham berubah kalau betul-betul tak kenal perempuan tu. Lepas tu tarik aku laju semacam pulak. Nak lari daripada perempuan tu pulak ke?

“Is wait” jeritnya lagi dan sebaik sahaja berdekatan dengan kami perempuan tersebut merentap pergelangan tangan Tengku Izham dan terus memeluk suamiku. Terbuntang luas mataku melihat drama di hadapan mataku. Siapa pulak perempuan ni? jantungku mula berentak laju. Darah sudah berlumba-lumba naik ke kepala.  Terasa seperti tak cukup oksigen untuk bernafas. Jantungku seperti direntap melihat apa yang berlaku di depan mata aku sekarang. Suami aku dipeluk oleh seorang perempuan yang tak tahu datang dari lubuk mana. Panas hati aku.

“hei lepaslah” Tengku Izham terus menolak tubuh perempuan itu

“kau nak apa hah?” tanyanya sedikit kasar. Aku hanya menjadi pemerhati okay! Tak berani nak menyampuk lebih-lebih lagi tengok muka dia yang menyinga tu. Marah benar nampaknya tapi siapa pulak perempuan ni.

“I nak you Is” ujarnya selamba tanpa ada sedikit pun rasa malu. Ikutkan hati aku ni nak lempang sahaja minah senget kat depan ni. tak hormat langsung aku yang terpacak kat sebelah ni. kenapa aku berperasan begini pun aku tak tahu tapi yang pasti aku sangatlah tak suka Tengku Izham diperlakukan sebegitu rupa di hadapan ku. Sakit hati tau tak.

“apa yang kau merepek ni hah” ujar Tengku Izham berang. Dia menguap rambutnya ke belakang.
“Dah sayang jom balik” dia mengajakku lagi untuk pulang. Aku hanya berdiam diri dan terkaku di situ. Jauh di dalam lubuk hati aku aku tak nak pergi selagi aku tak tahu siapa perempuan kat depan aku ni.

“Hai, I Tina. Girlfriend Is” tuturnya dengan bongkak. Is dia panggil. Mesra benar bunyinya.
“ex-girlfriend. antara kita dah tak ada apa-apa okay!” ujar suamiku tegas. Tersentap jantungku  mendengar tutur katanya itu. 

"you tak pernah pun declare kita putus Is" ujar Tina

“Kau jangan cakap mengarut ya.  sayang tak payah nak dengar cakap orang gila macam dia. Dah jom balik”

“you siapa?” tanya Tina kepadaku. Matanya mencerlung ke arahku. Nampak sangat tak puas hati dengan aku. Aku mendengus.

“I isteri Tengku Izham. Kenapa ya?” soalku. Aku cuba berlagak selamba di hadapannya biarpun hati aku ni tengah panas membara melihat perbuatan dia tadi. Sekarang rasa nak makan orang  pun ada sekali ni.

“wow tak sangka I akan jumpa you kat sini. So you lah perempuan kampung yang Is pilih tu ya. tak menepati cita rasa langsung. sangatlah ketinggalan zaman.” dia memandangku ke atas bawah dan tersenyum sinis.

 Aku terdiam mendengar kata-katanya. Sedikit sebanyak aku terasa lebih-lebih tahu yang perempuan yang bernama Tina ni pernah menjadi kekasih Is.

“Is  betul ke ni isteri you. Hei apa kena dengan test you ni. ketinggalan betul perempuan ni. pakai tudung bagai. Sangatlah kolot.” Terkejut aku mendengar nya. Satu badanku mengigil. Aku ingin bersuara tapi 
Tengku Izham pantas bersuara daripada ku.

“you cakap isteri aku kolot, kekampungan?” dia gelak menyampah.

“sekurang-kurangnya sikap kekampungan dan kolot dia tu dapat kurangkan dosa yang aku tanggung. Dia tutup apa yang sepatutnya bukannya macam you pakai baju macam tak cukup kain kan. Agaknya dah habis harta mak bapak kau sebab tu lah kau tak boleh nak beli kain nak tutup badan kau kan.” Bidas Tengku Izham. Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Bersyukur aku mendapat suami macam dia.

“ kenapa dengan you ni hah Is. Apa kurang I dan apa yang lebihnya perempuan kampung ni? dia sama sekali tak layak nak bergandingan dengan you tahu tak” suaranya dah naik volume yang lebih tinggi.

“you nak tahu kenapa kan. dengar sini. sebabnya dia ni pandai jaga maruah diri dia, pandai jaga tingkah laku dia dan dia jauh lebih baik pada kau yang” Tengku Izham memandang Tina dan

“kau  cermin diri kau sendiri dan perangai kau . Kalau kau nak tahu aku bersyukur sebab tak kahwin dengan kau tau tak” ujar Tengku Izham marah.

“sayang jom balik sekarang. Aku hanya mengangguk dan menurutinya yang menuju ke kaunter. Otak aku penuh dengan seribu satu persoalan walaupun perempuan senget yang pakai baju tak cukup kain tu dah perkenalkan diri dia. Hati aku belum puas lagi kalau tak mengetahui cerita sebenarnya. Macam mana dia orang boleh berpisah kalau dia orang ni pasangan bercinta? 

"Is you hanya boleh jadi milik I, bukan orang lain" laung Tina. sudah gila agaknya perempuan tu. dah tak ada lelaki lain gamaknya. ee menyampah betul.

 Sepanjang perjalanan suasana sunyi dan sepi dalam kereta. Hanya kedengaran suara dj radio yang rancak menjalankan tugasanya. Aku tidak berani bersuara walaupun perasaan aku ingin tahu membuak-buak perkara yang sebenarnya. Perutku bertambah kecut apabila kereta mewah yang dipandunya begitu laju membelah jalan raya. Semput nafas aku. Mujurla kereta mewah kalau kereta biasa alamatnya dah tersadai dah tepi jalan.

  Aku membawa segelas air milo panas ke ruang tamu untuk suamiku. Sebaik sahaja sampai di ruang tamu rumah mewah itu aku melihat dia sedang duduk bersandar sambil memejamkan matanya. Mungkin perasaan geram dan marah dia tu masih berbaki lagi kot dengan perempuan tadi. Bila teringatkan je Tina tu hati aku serta merta sakit. Aku tak pernah okay peluk suami sendiri dekat tempat awam macam tu tapi dia selamba badak je buat macam tu. Geram betul aku!

“abang Hanan buatkan air untuk abang ni. minum bang”ujarku sambil mengambil tempat di sebelahnya.

“abang dah lah macam tu. Tak payah fikirkan hal dah berlaku. Perempuan gila macam tu tak payah nak diingatkan bang” pujukku sambil menggosok lengannya. Dia membuka mata dan melemparkan senyuman ke arahku. Dah hilang dah muka garang dia tu. Aku juga turut tersenyum memandangnya.

“abang mintak maaf” ujarnya. Sekali lagi perkataan maaf tercetus daripada mulutnya.

“kenapa pulak ni mintak maaf pulak. Bukan salah abang kan. Hanan faham abang pun tak suka dia buat macam tu tapi nak buat macam mana benda dah terjadi kan”

“sayang tak sakit hati?” soalnya kepadaku. Tengku Izham merenung isterinya dia memang pantang kalau orang mengutuk isterinya. Hati dia turut berasa sakit dengan perkataan yang dilemparkan oleh Tina tadi.

 Aku tersenyum hambar.

“kalau Hanan cakap tak nampak sangat tipukan tapi biarlah. Dia dah tak ganggu kita kan sekarang. Biarlah dia nak cakap apa pun. Bukan luak pun” jawabku.

Tengku Izham mengeluh.

“dah lah tu bang” pujukku lagi.

“kita lupakan pasal dia okay. Yang penting Hanan ada kat abang sekarang kan. Biarlah, dia kan ada mulut nak cakap macam tu. Jangan fikirkan dia lagi” sambungku lagi.

“hmm abang bersyukur sangat dapat isteri macam sayang. Faham sangat jiwa abang. Thanks sayang” 
Tengku Izham memandang buat kesekian kalinya wajah mulus isterinya. Bergetar naluri kelakiannya setiap kali memandang wajah cantik itu.

“hei tengok la siapa orangnya. Hanan kan” jawabku selamba. Saja ingin mewujudkan mood ceria antara kami. Dia tergelak mendengar tutur kataku.

“sayang. I love you so much” ujarnya. ucapan cinta itu sekali lagi membuatkan aku terasa seperti duniaku berhenti berpusing. Jantungku berdegup laju. Ucapan itu sangat bermakna buatku. Tengku Izham meraih badanku dalam pelukannya. tanpa sedar aku membalas pelukannya dengan kemas sekali. Apabila aku berasa bibir milik Tengku Izham mula mendarat di leherku terus aku mencari jalan untuk lepaskan diri. Aku mula berpeluh. Perasaanku berdebar-debar.

“abang minum la air milo tu. Penat tau Hanan buat” celahku tiba-tiba untuk mematikan lamunannya.
Dia melepaskan pelukannya dan menghentikan perbuatannya. Lega sangat rasanya.

“cukup sayang. Kali ni sayang dah tak boleh nak halangkan abang. Izinkan abang ya sayang. Izinkan abang 
jalankan tanggungjawab abang sepenuhnya” katanya sambil merenungku

 Gulp! Perit rasanya untukku menelan liur buat masa ini. Jantung aku ni macam nak tergolek jatuh dah. Nak pitam boleh tak sekarang ni? atau aku buat-buat pitam je.

“abang Hanan nak pergi da...”

“sayang please” pintanya lagi. Sebelum ni dia tak pernah memaksa aku dan malam ni dia menuntut hak dia yang sepatutnya dan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Sungguh aku betul-betul buntu sekarang ni. aku ingat lagi pesan uztazah aku kat sekolah bahawa malaikat akan melaknat seorang isteri sampai pagi kalau tidak melayan permintaan suaminya. Aku tersepit sekarang dengan perasaan yang masih kurang yakin dan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Aku mula gelisah. Aku tersentak sebaik sahaja aku berasakan tubuhku dicempung oleh tak lain dan tidak bukan suamiku sendiri. Wajah aku dan dia hanya beberapa inci sahaja. Dia mencempungku sampai ke bilik dan meletakkan tubuhku dengan lembut di atas katil dalam bilik kami.

 Entah mengapa setiap sentuhannya aku berasakan begitu indah sekali dan mendamaikan. Aku terleka. Akhirnya kami dihanyut badai asmara yang kian menggila. Aku berdoa agar Tuhan memeliharakan hubungan kami hingga akhir hayat.  aku redha dengan semua yang terjadi. bersaksikan bulan dan bintang akhirnya dua hati sudah menjadi satu.

 “sayang bangun sayang, bangun solat subuh” sayu-sayu aku mendengar suara Tengku Izham menggerakku dari tidur. Memang kebiasaannya dia mengejutkan aku setiap pagi sebab aku ni kalau dah tidur susah nak bangun. Lebih-lebih lagi kalau aku dalam keletihan.

“kasi lima minit lagi. Ngantuk la” ujarku dalam keadaan separuh sedar.

“bangun la sayang nanti lewat pulak kan solat nak mandi apa lagi” beritahunya sambil tangannya bermain di wajahku.
“malas la nak mandi. Kejap lagi saya bangun la”

“mana boleh. hari ni sayang kena mandi tau tak boleh macam biasa basuh muka je. Cepat la bangun sayang” dia masih tidak mengalah mengejutkan aku.

“ke sayang nak perkara macam semalam berulang lagi ni” soalnya.

 Berkerut-kerut dahiku cuba mencerna kata-katanya. Dalam keadaan masih mamai otakku sedikit lembap untuk berfikir. Semalam? Apa dah berlaku semalam? Soalku kepada diri sendiri. Aku masih lagi cuba mengingati apa yang berlaku semalam dan apabila mengingati semuanya serta merta mataku terbuka luas. Sebaik sahaja mataku terbuka wajahnya begitu hampir denganku. Wangian kat badan dia pun aku boleh bau dan kehangatan nafasnya menampar lembut pipiku .Terkejut beruk aku di buatnya serta merta badanku bangkit daripada tidur manakala tanganku pulak tidak lepas daripada memegang comforter yang menyelimuti badanku.

“kenapa sayang?” bisik Tengku Izham lembut. Jantungku berdegup laju mengalahkan kuasa kuda. Kenapa 
aku bodoh sangat hah benda yang berlaku semalam pun boleh tak ingat lembap betulla.

“sayang..”panggilnya manja dan menghampiri lebih dekat kepadaku. Dengan cepat aku berdiri dan masuk ke dalam bilik air. Ee malunya.

 Tengku Izham gelak melihat gelagat isterinya yang kelam kabut dan muka yang cuba menahan malu itu. Blushing sangat muka isteri dia. Dia tahu isterinya malu dengan apa yang berlaku semalam. Dia tersenyum apabila mengingatkan sentuhan Asy yang membalas dengan lembut. Dia pasti semua yang berlaku dengan rela. Mintak-mintak dengan semua ini Asy akan lebih mencintainya. Itu doanya.

 Aku menjenguk di sebalik pintu tandas. Line clear! Tengku Izham tiada dalam bilik ini. Dia terus menyusup keluar untuk mengambil pakaiannya. aku memerhatikan diriku di cermin. Selepas puas hati dengan penampilan ku aku terus keluar daripada bilik. Entah kenapa hari ni aku nak Tengku Izham nampak aku cantik di depan matanya. Hanya aku seorang bukannya orang lain.

“sayang breakfast dah siap. Jom makan” ajaknya. Aku memerhatikan sarapan yang siap terhidang di atas meja. Kekok dan malu sangat dengan situasi sekarang ni. aku hanya berdiri. Kalau boleh aku nak delete habis memori kat kepala otak aku ni pasal semalam biar aku tak ingat satu pun. Baru la aku tak malu nak mengadap muka dia ni.

“sayang.. duduk la. Kenapa tercegat je kat situ?” aku menunduk memandang makanan yang terhidang di atas meja. Sumpah aku malu untuk bertentang mata dengan dia. Lambat-lambat aku duduk. Mulutku yang sering becok mengalahkan mulut murai hari ni diam seribu bahasa.  Nampaknya aku memang malu dengan semua yang berlaku. Alahai tak sangka aku sudah menjalankan tanggungjawab aku sebetulnya.

 Tengku Izham menyapu jem di roti dan meletakkan di dalam pingganku. Dia juga turut menuangkan air untukku. Aku memang rasa macam dilayan bagai tuan puteri sekarang ni. alahai kenapa la macam ni dia layan aku hari ni. biasanya aku yang buat semua ni.

“sayang menungkan apa tu hmm. Makan la tak payah nak malu-malu. Abangkan suami sayang kan” ujarnya perlahan tapi aku tidak berani lagi untuk mengangkat muka memandangnya. Dia pulak macam tahu-tahu pulak apa yang sedang aku fikirkan sekarang ni.

 Dengan penuh ayu aku meneguk air milo di hadapanku. Bulat mataku sebaik sahaja air itu masuk ke dalam mulutku. Akhirnya air itu tersembur dan tepat kena pada kemeja Tengku Izham. Terbatuk-batuk aku jadinya. ee air apa ni? masin semacam, taruk gula ke garam sebenarnya ni

“sayang are you okay?” tanyanya cemas.

“sayang jangan la gelojoh sangat minum tu. Tengok apa dah jadi ni” ujarnya sambil menanggalkan kemeja dari tubuhnya.

“bukan Hanan minum gelojoh tapi air ni”  tunjukku.

“kenapa pulak?” tanyanya. Selepas itu dia mencapai cawannya yang berisi air dan meminumnya dan selepas itu habis tersembur tapi kali ni elok tersembur kat mukaku. kami memandang sesama sendiri  akhirnya tercetus ketawa daripada kami. Aku minum sembur kat baju dia, dia pulak sembur kat muka aku. Kosong kosong kan. Kami ketawa memikirkan gaya masing-masing.

“abang taruk apa dalam air tu?” soalku dalam sisa ketawa yang masih berbaki.

“abang taruk gula la sayang. Tak tahu pulak boleh jadi macam ni” dia memandang sayu gelas yang masih berbaki air milo.

“cuba abang cakap gula mana satu yang abang ambik ni?” tanyaku ingin tahu,
“abang ambik yang dalam bekas kaca kat dapur  tu la” jawabnya. Sesaat selepas itu aku bantai gelak habis. Tengku Izham memang kelakar.

“abang tu bukan gula tau tu garam la” beritahu ku.

“oo ya ke?” tanyanya blur. Dia tersenyum hambar. Wajahnya berubah sayu. Serta-merta aku terdiam memandang wajahnya.

“abang ingat pagi ni abang dapat sediakan breakfast untuk sayang. Cuba buat yang terbaik tapi garam dengan gula pun abang tak kenal. Bodoh betul abang ni” aku memandangnya. Nampaknya dia ikhlas menyediakan semua ni untukku. Aku betul-betul terharu.

“abang jangan la macam ni. lain kali Hanan ajar abang ya. Dah la tak mau sedih-sedih macam ni. kejap lagi nak pergi kerja kan dah tak handsome dah kalau macam ni” pujukku.

 Dia tersenyum lantas dia menarikku untuk duduk di atas ribanya.

“okay janji dengan abang nanti ajar abang tau. Nanti kalau sayang letih boleh lah abang tolong sediakan semua ni pulakkan” ujarnya bersama sengihan nakal. Pantas tanganku mendarat di atas lengannya.

“gatal” ujarku. Dia menggosok lengannya yang menjadi mangsa encik ketamku. Aku merenungnya sambil tanganku berada di bahunya. Sekarang aku yakin sangat bahawa aku sudah mencintainya dan aku berharap sangat hubungan kami akan kekal dan aku dapat menjadi isteri yang terbaik dan solehah buatnya. Itu harapan dan doaku.

Wednesday 30 January 2013

BAB 29 hadirnya cintamu yang terindah




  Aku termenung di balkoni rumah. Kata-kata papa semalam masih lagi terngiang-ngiang di telingaku. Meeting dengan Tuan Rizuan. dia  nak bekerjasama dengan Delta Holdings? Aku mengeluh. 

Jangan lah dia ada muslihat lain pulak dengan semua yang di buat ni. aku tahu bahkan aku masih lagi ingat kata-katanya tiga tahun lepas yang aku tak boleh bahagia dalam kehidupan. Sebak memikirkan semua itu. Aku diperangkap tapi mereka tak nak percaya dengan kata-kata dan penjelesan tu. Aku memejamkan mata sambil menghirup udara segar. Oleh sebab keadaan ku yang demam Tengku Izham tak benarkan aku menurutinya ke pejabat. Pelbagai alasan dah aku cipta tapi dia masih berkeras tak izinkan aku. Duduk kat rumah bukannya boleh buat apa pun. Duk goyang kaki je. Boleh naik kematu tahu punggung aku ni.

  
 Aku menyentuh rantai yang berada di leherku. Rantai yang berbentuk love ku usap sambil memejamkan mata. Sungguhnya rantai ini memberikan aku seribu satu kenangan, kenangan bersama-sama dengan arwah Haikal. Aku tidak pernah melepaskan rantai ni walau di mana aku berada dan apa yang aku buat. Rantai ini sentiasa menemani diriku. Aku masih ingat lagi sewaktu aku terima rantai ini daripada arwah di oversea dulu.


 “Carl kenapa nak tak menyempat sangat nak jumpa hari ni? esok Asy ada test tau. Banyak yang kena study lagi.” Beritahuku tak puas hati apabila melihat dia melabuhkan punggung di sebelahku..


 “Carl mintak maaf sangat sebab curi masa Asy hari ni tapi hal ni boleh dikatakan penting jugak la sebab tu yang nak jumpa dengan Asy sangat-sangat. Lagipun rindu la sayang” ujarnya sambil menguak rambutnya. Kacak sungguh dia. Perempuan-perempuan pelbagai bangsa yang lalu lalang di depan kami asyik menjelingnya dan ada yang tidak segan silu merenungnya dan melemparkan senyuman. Agaknya aku kat tepi Haikal ni minah-minah tu dah tak nampak kot. Kalau diikutkan hati ni nak je tutup muka Haikal dengan topeng doraemon ke shin chan ke kalau boleh nak lukis kat muka dia sampaikan orang lain tak nak pandang langsung. Hish siapa suruh handsome sangat. Tergugat aku ni. desisku sendirian.


“Asy... Hello”ujarnya sambil tangannya dipetik-petik ke arahku. 

Aku tersentak lalu terus melemparkan senyuman ke arahnya.

 “hmm ke mana dah buah hati saya ni dah sampai ha? Abu Dhabi?. Islamabad? Tak pun ke Paris dah”  dia menyindirku. Tahu sangat dengan perangaiku yang suka berangan tak kira tempat tuh.


 “dah lah sindir Asy. Macam la tak kenal Asy ni macam mana. Hah apa nak cakap yang sampai tak menyempat sangat nak jumpa ni?”


“rindu kat Asy la” ujarnya bersama sengihan nakal.


“ngada-ngada” aku memandang ke depan. Seronok melihat pelajar universiti yang berada di  atas padang tak kiralah dengan kawan ke girlfriend boyfriend dia orang ke dan tak ketinggalan jugak yang buat discussion.


“mana ada Carl ngada-ngada. Takkan la nak rindukan buah hati sendiri pun tak boleh”


“dah jangan mengada-ngada lagi kalau tak saya balik sekarang” aku cuba berdiri padahal bukan lah nak balik sungguh pun. Saja aku nak gertak dia.


“sayang wait. Janganla nak balik cepat sangat. Tak lari la rumah sayang tu. Okay now pejam mata” dia mengangkatkan kening ke arahku.


“kenapa pulak nak pejam mata bagai. Carl awak ni macam-macam betulla” kataku sambil menguis kaki ku sesama sendiri.


“nak balik cepat kan. So ikut je. Pejam mata awak sekarang” dia tak nak mengalah lagi. Masih suruh aku pejam mata buat kesekian kalinya.


“ye lah” akhirnya aku mengalah dengan permintaannya. Aku merasa ada pergerakan di selendang yang aku pakai tapi bila aku mendengar arahannya supaya suruh aku pejamkan mata dulu aku hanya menurut sahaja.


“okay dah siap. Sekarang Asy dah boleh bukak mata”


 Aku membuka mataku perlahan-lahan. Air mataku mula mengalir perlahan. Kalau tiga tahun dulu aku bukak mata masa tu hanya dia lah yang aku nampak tapi sekarang tidak lagi yang ada hanyalah bangunan pencakar langit di hadapanku. Aku mengusap rantai pemberiannya lagi. Perasaan rinduku semakin membuak-buak. Kalau lah dia masih hidup lagi semestinya kami sudah berkahwin sebab dia merancang untuk menikahi ku pada umur ku masuk 25 tahun. Semuanya yang dirancang oleh kami bersama, sangat indah sekali tapi kami hanya merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya.


 Aku pasrah. Rupanya perjumpaan kami di petang itu adalah perjumpaan kami sebagai pasangan bahagia buat kali terakhir. Selepas itu peritiwa hitam berlaku dan dia beberapa hari bertarung dengan maut dia meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Aku berasa sangat marah dan sedih apabila mengetahui apa yang berlaku kepada diriku dan perasaanku remuk redam apabila mengetahui Haikal kemalangan dan bertambah parah lagi bila Fariz datang dan mengaku semuanya selepas Haikal meninggal. Sedih tak terhingga rasanya penanggungan aku.


 Kalaulah negara tak ada undang-undang sudah lama aku bunuh Fariz tapi akal membataskan perbuatanku. Aku masih lagi dapat berfikir dengan waras dalam bertindak. Aku masih ingat lagi dengan keadaannya semasa berada di hospital. Dia tak ingin berjumpa denganku apabila dia sedar dari koma. Perasaanku aku memang hancur apabila mendapat tahu yang dia tak sudi lagi bertemu denganku padahal di waktu itulah aku ingin bersama dengan dia ingin berkongsi rasa sakit yang dialaminya. Semua itu sememangnya mustahil apabila orang suruhan Tuan Rizuan sentiasa memantau pergerakan keluar masuk pelawat untuk melawat Haikal. Aku hanya boleh memerhati dari jauh.


 Walaupun sudah puas aku melutut dan merayu tapi Tuan Rizuan dan Puan Alia sedikitpun tidak mengendahkan aku. Mereka sama sekali tidak membenarkan aku berjumpa dengan arwah sampai ke nafas terakhirnya.


 “ya Allah kau ampunkanlah dosa Haikal ya Allah kurangkan seksaan dia dan tempatkan dia dalam kalangan orang yang soleh” aku mendoakan kesejahteraan dia buat kesekian kalinya. Doaku padanya tidak pernah putus. Walaupun dia dah lama meninggalkan ku tapi aku tak boleh nak melupakan dia lagi seolah-olah perasaan cintaku terhadapnya terkambus bersamanya. Aku mengeluh buat kesekian kalinya. Asyik mengeluh je kerjaku. Sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Chaiyok Asy!

                                                            ***

 Dalam bilik pejabat Tengku Izham tekun menyemak fail-fail dan kertas yang perlu ditandatangan olehnya. Dia melihat jam di pergelangan tangannya. Dia perlu cepat. Sekejap lagi dia ada meeting dengan Tuan Rizuan. dia masih lagi meneliti kertas kerjanya. Sibuk benar dia dengan projek yang dia handle sekarang ni. tak cukup tangan rasanya. Dia juga turut khuatir memikirkan keadaan Asy di rumah. Berkeras isterinya ingin mengikut nya ke pejabat tapi dia membantah. Degil betul isterinya kalau dia membantah mula la ada seribu alasan nak sangkal balik.  Dia tersenyum dalam keadaan sibuk macam ni dia boleh fikirkan isteri dia lagi. Memang hebat penangan cinta Asy. Kalau dulu jangan harap la perempuan yang cantik dan seksi ada depan mata nya tidak akan tergugat kalau dia sibuk bekerja. Sebab itulah dia digelar hati batu oleh Tengku Rayyan

 T
ok tok tok.


“masuk” arahnya sambil matanya tak lepas memandang kertas kerjanya.


“Assalamualaikum” Tengku Rayyan memberi salam.


“waalaikummussalam” jawab Tengku Izham sambil mengerling sekilas memandang sepupunya itu dan dalam beberapa saat dia kembali menyambung kerjanya.


Tengku Rayyan mengeluh dan keluhan nya didengari oleh Tengku Izham.


“hah kau ni kenapa pulak masuk bilik aku lepas tu mengeluh pulak. Kenapa  kau gaduh dengan Balqis ke?” tanya Tengku Izham. Tengku Rayyan melabuhkan duduk di kerusi berhadapan dengan meja Tengku Izham.


“hish kau ni mana aku gaduh dengan isteri aku. Kita orang tak gaduh tau. Tak suka gaduh-gaduh ni nanti tak pasal aku kena tendang tidur kat luar pulak kalau gaduh dengan dia. Kau ni suka serkap jarang” bidas Tengku Rayyan.


“hah habis tu kenapa kau masuk bilik aku ni kalau bukan aku ni kena mendengar masalah kau or jadi penasihat tak rasmi  kalau kau dilanda masalah. Siap mengeluh lagi ni”


“aku mengeluh bukan sebab aku la bro tapi aku kesian kat kau ni hah”


“kenapa pulak?” tanya Tengku Izham sedikit pelik. Terus tangannya berhenti daripada membuat kerjanya yang banyak itu.


“ye la kau kan baru je kahwin tak menyempat nak pergi honeymoon dah kena kerah kerja teruk macam ni. aku kesian la kat kau” luah Tengku Rayyan.


Tengku Izham tersenyum memandang kawan yang merangakap sepupunya itu.


“aku dah biasa bro” jawabnya


“ye aku tahu tapi agak-agak la papa kau nak bagi kerja kat kau pun kau kan pengantin baru. Kalau aku jadi kau Balqis tu dah sentap kat rumah tau tak”


“tu bini kau tapi Asy ni tak macam tu malah dia yang beria-ria pujuk aku mintak tolong papa. Dia cakap honeymoon tu bila-bila masa boleh pergi. Aku memang la mula-mula tu tak setuju tapi bila dah dengar suara dia terus aku melting bro. Surrender awal-awal lagi” ketawa meletus di ruang bilik itu.


“bro untung kau dapat bini memahami macam tu. Kelakar betul la kau ni kan. Dengar Asy cakap sikit pun kau dah cair. Dah parah la kau ni. dulu perempuan pun jarang kau nak pandang tapi sekarang kemain lagi kau dengan Asy ya.”


“ye lah sebab dia dah curi hati jantung aku ni. semuanya untuk dia dah tak ada ruang untuk orang lain bertapa dah” jawabnya selamba.


“fulamak kau siap jiwang la pulak sekarang ni. aku impressed dengan Asy boleh buat kau sampai berubah macam ni” gelak Tengku Rayyan.


“banyak la kau. Wei okaylah aku ada meeting ni. catch you later okay” ujarnya sambil tergesa-gesa mengemas barang-barangnya. Oleh sebab berbual dengan Tengku Rayyan dia tidak perasan masa 
yang berlalu.


“okay lah tapi bro kau jangan lupa tahu datang umah aku malam jumaat ni. Balqis jemput korang dinner sekali kat rumah kami nanti” jerit Tengku Rayyan. Tengku Izham hanya mengangkat tangan sebagai tanda isyarat dan terus keluar daripada biliknya. Tengku Rayyan menggeleng kepalanya. ‘Is dah banyak berubah daripada dulu yang hanya tahu kerja, kerja dan kerja sekarang dia dah mula bukak mata untuk menitik beratkan perkara yang berlaku di sekitarnya.  Hatinya yang telah dilukai suatu ketika dahulu mula terubat. Dan dia pasti ubat dan penawar adalah Asy’ omelnya sendirian.

                                                             ****


“sila duduk” jemput Tuan Rizuan kepada Tengku Izham. Tengku Izham hanya tersenyum dan mengangguk. Kalau boleh dia ingin melayan tuan Rizuan sehabis baik kerana dia amat bersyukur sebab Tuan Rizuan sudi menghulurkan tangan persahabatan setelah sekian lama menjadi musuh tradisi dalam dunia perniagaan melalui kerjasama yang akan dijalinkan oleh syarikat mereka masing-masing..


 “so saya dengar kamu dah kahwin?” ujar Tuan Rizuan selepas perbincangantentang kerja  mereka selesai


Tengku Izham tersenyum mendengar soalan itu.


“ya Tuan saya dah berkahwin. Kalau tak silap saya tuan dijemputkan?” tanya Tengku Izham.


“ya memang tapi masa tu saya outsation ke Jepun so tak boleh nak attend your wedding. Saya mintak maaf lah bagi pihak saya dan isteri” ujarnya. Padahal dia ada di Malaysia tapi dia sengaja malas untuk menghadiri perkahwinan itu. Lebih-lebih lagi hubungan mereka belum lagi baik jadi Tuan Rizuan ambil langkah untuk diamkan diri sahaja.


“oh kalau macam tu nak buat macam mana kan Tuan Rizuan. bukan rezeki tuan nak attend majlis perkahwinan saya.”


“yeah betul tu. Okaylah kalau macam tu Izham selamat bekerjasama dengan KAMI holdings.” Tuan  Rizuan berdiri untuk bersalam dan Tengku Izham juga turut bangun.


“saya harap kita akan adakan majlis rasmi or press conference untuk umumkan hubungan baik kita ni” ujar Tuan Rizuan. Tengku Izham mengangguk tanda setuju.


“Tuan jangan risau pasal tu pihak kami akan uruskan dan saya harap pihak tuan pulak akan memberikan kerjasama yang sewajarnya”


“itu sudah semestinya” jawab Tuan Rizuan. tuan Rizuan merenung anak muda di hadapannya. Dia tersenyum dan bangga dengan pencapaian anak muda di hadapannya ini. Dalam usia yang muda dapat mencipta nama yang cukup gah dalam bidang perniagaan. Kalau lah anak dia masih hidup mesti anak dia akan turut mencipta nama seperti Tengku Izham. Desisnya tapi dia tahu semua itu mustahil sebab anaknya sudah tiada. Ini semua sebab budak perempuan tak guna tu. Bentaknya di dalam hati. Dia tersentak apabila tangan nya yang bersalam dengan Tengku Izham dilepaskan.


“oo saya lupa nak bagi tahu yang nanti syarikat saya akan adakan sambutan ulang tahun syarikat so saya jemput Tengku dan keluarga untuk attend majlis tu. Lagipun saya juga boleh berkenalan kan dengan perempuan yang dapat menambat hati kamu sampai kamu ambil keputusan untuk berkahwin dengan dia. Bertuah isteri kamu dapat suami yang hebat macam Tengku.”


 Tengku Izham tergelak kecil mendengarnya. Baginya tinggi sangat pujian yang dia dapat daripada Tuan Rizuan.


“saya biasa saja orangnya Tuan” ujarnya merendah diri.


“merendah diri sangat kamu ni Izham. Jangan lupa datang tau.”:


“sure” balas Tengku Izham “kalau macam tu Tuan saya mintak diri dulu ya” Tengku Izham meminta diri. Tuan Rizuan pula hanya menghantar langkah Tengku Izham dengan pandangan matanya. Sungguh anak muda ini mengingatkannya kembali kepada arwah anaknya. Kalau lah anak dia masih ada mesti sekarang dia dikenali ramai dalam dunia perniagaan. Dia mengeluh dan meneguk nescafe di hadapannya.

                                                     ***

Asy membuka kabinet di dapurnya. Selepas satu satu dia buka untuk mencari makanan segera. Nampaknya semua stok yang terletak elok dalam almari ni dah habis. Aku pun tak perasan barang semua dah habis. Biasanya makanan di rumah dia masak dan dia sangat mengelakkan  makan makanan segera. Tak baik untuk kesihatan kan. Oleh sebab lauk untuk dimasak sudah habis dia terpaksa mengisi perutnya dengan makanan segera. Proses pencarian makanannya masih berterusan lagi. Dia masih tidak berputus asa untuk mencari. Perutnya mula berlagu balada, pop, rock kapak dan macam-macam lah. Dari pagi lagi dia tidak menjamah apa-apa. Tapi semuanya hampa apabila tiada satu pun makanan segera yang dia jumpa. Harap dapur je cantik dan esklusif tapi makanan tak ada. Hampeh !


“hish kalau nak tunggu Is aku balik alamatnya mati kelaparan la aku. Tak boleh jadi ni aku nak makan jugak.” Asy berfikir sejenak dan selepas tu sengihan lebar melekat kat wajahnya. Lalu dia terus menuju ke bilik mengambil handbag dan handphone. Dia nekad dia mahu keluar ke mana-mana kedai untuk makan. Lapar tahap tak boleh blah dah ni. langkahnya diayun laju menuju ke lift.


 Asy menjamu makanan yang terhidang di depan matanya. Nikmat sekali rasanya. Dia menelan nasi goreng USA dengan penuh rasa nikmat. Sesekali matanya mengerling keadaan di sekeliling. Hari ni sedikit lengang keadaan di restoran. Ye lah hari ni kan waktu kerja waktu lunch pun dah lepas.  Selepas dia mendapat idea tadi dia terus menelefon pakcik teksi dan datang ke restoran yang dia biasa makan dengan Balqis kat Bangi ni. sudah lama tidak merasa makanan ini jadi dia terus datang ke sini apabila Tengku Izham memberi keizinan. Dia tersenyum dan tangannya lincah membuka sms daripada Tengku Izham buat kali kedua.


 Okay lah kalau sayang nak keluar. Abang bagi. Hati-hati ya sayang. Abang mintak maaf sangat sebab tak perasan yang makanan kat dapur tu dah habis. Lain kali kita keluar beli erk. Sayang hati-hati tau. Jangan nakal-nakal tau. Love u so much.


 aku tersenyum membaca sms itu. Kalau dia tak kasi aku keluar makan memang aku dah lepuk-lepuk dah dia tapi selepas aku pujuk bagai nak rak barulah sms berbalas macam ni.  Aku lucu memikirkan keadaannya yang berbalas sms masa dalam meeting, mesti dia tak fokus. Alahai risau bebenor kat aku ni. macam la ada orang nak culik kalau aku keluar rumah. Orang tak pandang pun aku ni. tak laku tau!


 Aku meneruskan suapan lagi. Sedap betul makanan kat sini.


“Hai Asy”

 Terkejut aku mendengar teguran itu. Serta-merta kepalaku mendongak. Nasi dalam mulutku macam nak tersembur keluar  melihat mamat di depan mataku. Fariz! Apa dia buat kat sini? Tak boleh tengok aku senang betul. Aku mendengus geram. Seleraku tiba-tiba mati. Memang Fariz ni dasar hantu puakala. Di muncul depan aku terus mood baik aku hilang pergi lari ke laut.


“Asy dah tak nak cakap dengan abang ke?” soal Fariz apabila aku terus membisu.


“kalau dah tahu kenapa tanya. En Fariz boleh pergi tak?  Leave me alone. Tengok muka Encik mati selera saya nak makan” ujarku sedikit kasar


“why? Abang kan kawan Asy and maybe one day I’ll be your husband so mana boleh cakap kasar macam tu dengan abang” dia tersenyum dan tanpa mendapat izin dariku dengan selambanya punggungnya berlabuh di kerusi yang berada di hadapanku. Bulat mata ku memandangnya. Riak di muka ku dah berubah tapi dia buat selamba je. Muka tak bersalah langsung.


“Asy kenapa pandang abang macam tu? Dah rindu ke lama tak jumpa dengan abang ni?” dia membalas pandanganku. Tanpa berlengah aku terus memalingkan mukaku ke arah lain. Aku mendengus kuat. Memang manusia yang tak jenis faham bahasa la dia ni.


“Encik Fariz jangan mengada-ngada ya. Rindu? Saya nak rindukan Encik? Mati hidup balik pun saya takkan la buat benda bodoh dengan rindukan orang macam Encik. Tak guna, buang masa saya saja” suaraku sudah mula meninggi. Aku benci melihat mukanya. Melihat dia, memandang dia peristiwa tiga tahun lalu terus berputar ke dalam kotak fikiranku.


 Fariz hanya tersengih mendengar kata-kataku. Tanpa segan silu dia meneguk air fresh orange milikku. Lagilah terbuntang luas mataku melihat perbuatannya yang agak kurang ajar tu.


“hai takkan la abang nak kongsi air dengan Asy pun dah terkejut macam tu. Asy nak tahu tak orang kata kalau kita kongsi makanan atau minuman bersama perasaan sayang tu akan bertambah kuat tau. Kan elok kalau Asy sayang kan abang banyak-banyak.”


 Aku gelak tapi gelak sinis dan menyampah.


“sayang? Siapa sayang siapa hah? Saya nak sayang Encik? Pleasela. Semua takkan terjadi dan takkan pernah terjadi.” Aku mengetap bibir.


“wait and see Asy. Jangan bercakap terlalu sombong nanti makan diri sendiri. Lagipun abang yakin yang Asy akan jadi milik abang mungkin bukan sekarang tapi future, who knows” selamba badak je perkataan tu keluar daripada mulut dia. Sekarang darahku dah berlumba-lumba menyirap ke kepala. Sungguh kurang ajar kata-katanya. Sedarkah dia dengan siapa dia bercakap sekarang ni. aku ni isteri orang bukannya anak patung yang senang-senang je dia nak ambik  jadikan aku ni milik dia.


“huh! Bercakap macam orang gila. Saya ni isteri orang la. tak faham bahasa ke apa” suaraku mula kedengaran tinggi. Beberapa orang yang berada di restoran itu mula memandang kami. Memang aku sekarang ni cukup popular kalau keluar makan asyik bergaduh je kat restoran. Baru ni sekali dan hari ni pulak dah. drama betul!


“Asy,Asy sekarang ni zaman dah maju tau. Kapal terbang kat awan biru pun orang boleh rampas ni pulak isteri orang kat daratan je. Senang je Asy nak buat semua tu dan Asy jangan risau abang janji dengan cara macam mana sekalipun Asy tetap akan jadi milik abang. Milik abang sorang sahaja. lagipun tak ada guna la apa yang abang buat dulu sampaikan Haikal meninggal tapi abang masih tak dapatkan Asy” selesai je dia berkata terus aku berdiri dan sebaik itu jugak kedengaran kerusi jatuh. Kali ni semua orang dah mula memandang kami. Aku pula tidak menghiraukan semua itu. Amarah aku sekarang melampaui semuanya..


“kau ni memang kurang ajar, tak reti nak hormat aku macam mana aku hormat kau dulu. Kau dengar sini ya. Hanan Asyikin yang berdiri kat depan kau ni bukan perempuan lemah macam tiga tahun lepas. Seorang yang mudah ditipu oleh penyangak dan pengkhiananat macam kau ni. aku bukan bodoh lah Fariz. Kali ni aku akan pertahankan hubungan aku dan kau” jariku betul-betul berada di hadapan mukanya. Nafasku memang tidak setabil sekarang ni.


“takkan sesekali boleh musnahkan”: marahku sambil mencapai handbag.


“kalau dulu abang boleh buat takkan la sekarang tak bolehkan. Memang masa dah berubah tapi abang tak pernah berubah.” Tuturnya lagi. Aku memandangnya tajam. Dia ni kan memang melampau. Usai je dia berkata aku menghentak handbag ku dengan kuat di atas meja. Kuat bunyinya. Dia jugak turut terkejut dengan reaksi spontan ku itu.

"aku dah cukup bencikan kau sekarang kau jangan buat aku bertambah benci dengan kau."  Selepas itu aku segera keluar daripada restoran. Lebih panas gegendang telingaku ini apabila dapat menangkap suara sumbang yang cakap kalau ada masalah bincangla kat rumah, suami isteri tak elok gaduh macam ni. what?muka aku ni nampak macam isteri dia ke apa. Kalau ikutkan hati aku memang aku nak tenyeh je mulut siapa yang cakap macam tu. Memang buat darah aku naik je la. 

Fariz mendengus geram. dia perlu sabar untuk mendapatkan Asy balik.

"tak apa Asy. hari ni mungkin Asy boleh bahagia lagi dan Asy akan lebih bahagia bersama dengan abang. abang janji dan pasti Asy akan jadi milik abang. kalau abang tak dapat orang lain pun tak boleh memiliki Asy. muktamad!" omel  Fariz . hatinya berasa sedikit geram dengan tindakan Asy yang memalukan dia di khalayak ramai. tidak betah berada di situ itu akhirnya dia pun turut meninggalkan restoran tersebut. baginya Asy perlu membayar semua ini! noktah.

  Seelok sahaja teksi berhenti di hadapanku aku terus meloloskan badanku ke dalam perut teksi. Perasaan marahku masih tidak hilang lagi. Geram sungguh aku dengan perbuatan dan kata-kata kurang ajar dia. Tiga tahun dan perangai dia masih perangai macam syaitan. Memang bagus tindakan aku yang tidak memaafkannya dengan mudah pada tiga tahun lepas. Memang dia tak berubah langsung. Penuh dengan hati busuk!


 Aku melangkah masuk ke dalam bangunan K Residence. 
Langkahku laju sahaja diayun menuju ke lift. Sementara menunggu pintu lift terbuka mataku meliar di kawasan lobi itu.


Ting


Pintu lift di sebelah terbuka. Dengan cepat aku melangkah tapi langkahku mati sebaik sahaja menangkap kelibat manusia yang aku kenali. Cepat-cepat aku bersembunyi sebelum dia perasan akan kehadiranku. Dalam dia aku memerhati gerak gerinya.

Tuan Rizuan! aku mengerlipkan mataku beberapa kali supaya mataku tak tersalah melihat orangnya. Aku mencubit sedikit pipiku. Sakit. Sah memang aku tak bermimpi di siang hari ni. itu memang Tuan Rizuan yang baru keluar dari lift. Siap ada perempuan muda lagi kat sebelah yang pakai baju macam tak cukup kain dah kat kedai. Dah tu mengendeng manja pulak kat bahu Tuan Rizuan sambil berjalan. Terkejut aku melihat situasi di depan mataku. Hatiku tutur tercalar memikirkan keadaan Puan Alia apabila dia mendapat tahu apa yang suaminya buat di belakangnya.

 Selepas kaki ku melangkah masuk ke rumah. Aku masih lagi memikirkan apa yang aku lihat kat lobi tadi. Tak sangka sejauh tu perangai Tuan Rizuan. walaupun dah tua tapi masih miang. Kalaulah Haikal masih ada dan tengok semua benda ni aku tak tahu la apa akan jadi. Aku amat pasti dia bersedih di sana. Aku melepaskan lelah lalu melabuhkan punggung di ruang tamu. Otak ku masih lagi berfikir.


“ Katakanlah tadi tu hanya rakan bussiness Tuan Rizuan dan” Asy mengeleng laju.


“kalau rakan bussiness buat apa jalan macam tu sekali. Berkepit je lepas tu buat apa bincang sampai sini. Takkan la bincang pasal bisnes pun sampai ke dalam rumah. Jangan-jangan” kata-kata Asy tergantung di situ. Dia tak mahu memikirkannya. Geli, menyampah dan dia jatuh kesian dengan Tuan Rizuan. agaknya orang tua itu dah tak kenal dosa pahala kot.


“mama” lirih hatinya menyebut nama panggilan isteri Tuan Rizuan. sebak dia memikirkan apa akan jadi akan nasib Puan Alia kalau dia tahu perangai sebenar suaminya. Dahlah anak pun tak ada untuk berkongsi kasih. Kalau lah Puan Alia masih ada seorang lagi anak mestilah dia boleh untuk berkongsi kasih dan bermanja dengan anaknya sendiri. Aku mengeluh. Walaupun ini bukan masalah dia dan dia tak patut untuk masuk campur tapi entah kenapa hatinya memikirkan mama Haikal waktu ini. Jatuh kesian dia dengan wanita itu.


 “sayang kenapa tidur kat sini ni hmm?” dengan lembut Tengku Izham menggoncang tubuh isterinya. Terpisat-pisat Asy yang baru tersedar dari tidur. Selepas sembahyang asar tadi dia terus terlena di atas sejadah.letih sangat. Yela letih kuat berfkir masalah orang lain. Selepas pergaduhannya dengan Fariz hari ni perangai Tuan Rizuan yang miang pulak yang dilihatnya. Pening kepalanya memikirkan semua itu. selepas satu satu yang berlaku.


“teridur bang. letih sangat agaknya” ujarku perlahan sambil membuka anak telekung dan melipatnya.


“ini semua salah abang” Tengku Izham memandang isterinya sayu. Isterinya masih tak sihat dan dia pulak tak boleh nak sediakan makanan untuk isterinya bahkan nak teman Asy makan kat luar pun tidak sempat. Projek yang diuruskan oleh syarikat nya sekarang ni memang betul-betul membuatkan dia sibuk.


“hei kenapa cakap macam tu pulak. Bukan salah abang la. Hanan penat sikit je ni. jangan risau okay” tuturku sambil memandangnya.


“memang salah abang” lirih suaranya. 

“ sepatutnya abang kena jaga Asy yang masih tak sihat. Jaga makan minum Asy tapi abang sibuk sangat sampai pengarang jantung abang ni tak boleh nak makan. Tak guna betul abang ni dalam keadaan Asy sakit macam ni pun abang tak boleh nak teman Asy keluar makan. Maafkan abang ya” dia mengusap lembut pipiku. Aku memegang tangannya.


“tak ada sesiapa pun yang nak disalahkan. Abang tak salah la. Hanan dah sihat dah. So abang tak payah la nak risau lagipun Hanan dah besar kan tahula Hanan nak jaga diri bila keluar”


“tak abang memang salah. Entahlah abang pun tak tahu la bila projek ni nak habis. Macam-macam masalah pulak timbul sekarang ni. bahan-bahan tak cukup la, pekerja tak cukup la. Pening abang fikirkan semua itu. Kalau boleh nak lari je daripada semua ni. nak lari dengan Hanan je. Kita pergi travel kan best. Benda dalam kepala otak abang ni mesti hilang dah” dia duduk bersila di hadapanku. Mukanya berserabut. Aku dapat lihat semua tu


“abang setiap masalah ada penyelesaian dia kan. Abang kan pekerja papa yang paling hebat so Hanan yakin abang boleh settlekan masalah ni. “aku memberinya semangat


“lagipun abang kena la percaya dengan pekerja-pekerja abang tu. Ni tak kalau boleh semua benda abang nak buat sendiri kan. Cuba abang bagi kepercayaan banyak sikit kat pekerja abang. Ni jangan la  abang yang buat kerja sorang-sorang. Lepas tu semua masalah abang je yang nak settle dan fikirkan.” Bebelku tanpa sedar. 
Meluncur laju je keluar daripada mulutku.


“bukan tak nak percaya kat dia orang tapi abang tak yakin la nanti ada je yang tak kena kalau dia orang buat. Tak sudah dengan abang jugak” jawabnya.


“tengok la abang. Mana boleh macam tu. Dengan pekerja abang kena yakin tau. Tak boleh macam ni.” bebelku lagi.


“hmmm” jawabnya acuh tak acuh sahaja. Bukannya aku tak tahu perangai dia yang tidak yakin dengan pekerja bawahan dia. Kalau boleh semua benda dia nak buat sendiri. Tak serabut macam mana. Aku tahu semua ni pun daripada Fiqa eh maksud aku Rafique.


“dahlah pergi mandi nuh. Badan abang dah berbau ni.”


“ye la sayang.jom ikut abang sekali” ujanrnya sambil senyuman nakal. Ha tengok dah mula dah perangai nakal dia tu. Terus cubitan ketam mendarat di tangannya.


“tak payah nak ngada-ngada. Dah pergi mandi lepas maghrib nanti kita keluar pergi beli barang dapur tau”


“orait bos” katanya sambil membuat tabik spring kepadaku. Aku tersenyum. Nampaknya aku sudah jatuh cinta kepada dia. Dan aku harap perasaan cinta ini bertambah untuk dia dari hari ke hari. Bila, macam mana dan bagaimana aku jatuh cinta denganh dia pun aku tak tahu. Yang nyata dia telah mengisi ruang kosong di hatiku dan mengantikan tempat Haikal.

p/s:macam mana bab ni bg anda?