Dear Readers

Friday 3 February 2012

hadirnya cintamu yang terindah (BAB 10)


      “Asy Tengku Izham nak jumpa Asy sekarang kat bilik dia.” beritahu kak Fara setiausaha Tengku Izham. Aku blur. Buat apa mamat sambal belacan nak jumpa dengan aku. Ini tak lain tak bukan mesti nak cari pasal dengan aku la ni. Ei benci la aku macam ni. Memang tak aman dunia aku.

 “ Kenapa Tengku nak jumpa saya. Ada hal penting ke ? Setahu saya urusan kerja saya dengan dia tak ada kena mengena langsung. Buat apa dia panggil saya kak?” kataku dengan nada yang sengaja  dibuat tidak puas hati. Kalau aku pergi jumpa dengan dia kan nanti tak pasal-pasal meletup kang bilik pejabat dia. Aku dengan dia kan macam anjing dengan kucing. Asyik nak gaduh aje kerjanya.

“ Entah la. Akak pun  tak tahu. Tengku inform kat akak suruh panggil Asy je. So cepat la. Nanti bising pulak Tengku Izham.” katanya dah macam berbaur arahan nampaknya. Ye la kalau lewat nanti tak pasal pasal kena baham dengan bapak singa tu. Kan Fiqa dah bagi tahu aku apa dah jadi dengan pekerja bawah Tengku Izham. Mesti dia orang takut kena marah kalau tak ikut arahan sebetulnya. Kalau ikut pun kena marah juga kan. Kalau aku dah lama hantar notis berhenti kerja. Wah terer kau Asy! Perasan lebih je kau kan. Nak dapat kerja bukanla main susah.

“ Okay la kak. Saya gerak sekarang.” aku mengikut langkah kak Fara yang berjalan di hadapanku. Memang cantik dan elegen kak Fara ni. Sesuai dengan jawatan yang disandangnya. Dengan rambut disanggul dan mempunyai bentuk badan yang cantik macam model mesti orang tak sangka yang dia dah beranak dua. Dalam diam aku kagum dengan Kak Fara yang pandai menjaga bentuk badannya. Hurm kalau aku dah beranak esok nanti aku pun nak jaga bentuk badan aku. Biar cantik macam Kak Fara.

“ Asy, Asy kita dah sampai ni” Kak Fara menggoncang bahuku sedikit untuk menyedarkan ku. Ya Allah aku mengelamun rupanya sampai tak sedar dah sampai depan bilik mamat sambal belacan .
“ Pergi lah masuk jumpa Tengku.” Aku tersenyum. Kantoi dengan Kak Fara mengelamun.

“ Baiklah kak. Saya masuk sekarang.” Dengan berat hati, berat kaki, berat tangan pendek kata semua berat kalau nak berdepan dengan mamat sambal belacan ni aku melangkah masuk ke biliknya. Aku mengetuk pintu. Ikutkan hati  malas je ketuk pintu. Terus terjah lepas tu tanya 'apa kau  nak ?'. wah macam gengster je kan bunyinya. Perasan  betul !

 Aku menolak pintu perlahan. Apabila mendengar arahan masuk aku menjenguk sedikit kepala ke dalam. Aku melihat si mamat sambal belacan tu sibuk membuat kerjanya. Sedikit tidak memandang ke arah ku. Agaknya kertas yang dia menghadap tu lebih cantik kot daripada aku. Hish, asyik-asyik perasan kau ni kan !

“ Yang awak terhendap hendap macam pencuri tu kenapa. Tak reti nak masuk ke ? Ke nak suruh saya jemput awak kat pintu. Hei come on la awak bukan anak raja sampai saya kena jemput awak depan pintu” katanya. Perli aku la tu. Belum apa-apa lagi dah nak gaduh. Ni yang aku malas ni. Aku memandangnya. Muka tak ada perasan betul. Batu ke apa mamat ni. Tak ada perasan !  

Dengan langkah penuh yakin aku melangkah masuk ke dalam bilik nya. Tanpa ku sangka aku terlanggar bahu kerusi menyebabkan badan ku tidak seimbang dan jatuh. Darah menyerbu ke muka. Aku terkejut. Malu tak usah nak cakap lagi la. Ketawa yang kuat memenuhi ruang pejabat itu. Aku tak berani nak angkat muka. Tu la kau Asy confident sangat. Tengok apa dah jadi ni. Bikin malu tujuh keturunan je.

“ Awak ni memang buta  kan. Kerusi tu punya la besar tapi still langgar jugak kan. Saya rasa  awak kena jumpa dengan pakar mata la. Biar dia periksa mata awak. Ye la mana tahu kot awak rabun. Nanti benda apa lagi awak langgar kan?” perli ! Ya Tengku Izham berasa seronok dapat mengenakan Asy hari ini. Entah kenapa bila Asy ada je depan mata dia berasa seronok tengok bila Asy marah. Cute sangat.

 Aku tidak berani untuk membalas kata Tengku Izham. Aku dah tak tahu nak kata apa. Memang malu sangat. Kalau ada topeng aku ingin menutup segera muka aku ni. Lantak lah topeng sin chan ke doraemon ke apa-apa pun aku tak kisah asalkan dapat sembunyikan muka aku ni. Aku cuba memberanikan diri mengadap muka mamat kat depan aku ni.

“ Kenapa ya Tengku panggil saya ? Ada masalah dengan kerja saya ke ?? aku menyoalnya dan menentang pandangannya. Ya Allah aku tak sangka dapat berlawan pandang dengan dia. Hmm kagum jugak aku dengan diri aku ni. Dia tersenyum tapi bukannya senyum ikhlas senyum mengejek adala. Nak tunggu dia senyum ikhlas kat aku agaknya mati hidup semula belum tentu dapat tengok senyuman dia yang mahal sangat tu. Ei menyampahnya aku.

“ Good question. Hmm agak-agak awak kenapa ya saya panggil awak ?” soal Tengku Izham.

 Aik tanya aku pulak. Hish buang masa je la. Cepatla cakap nak apa. Aku bukannya boleh tahu apa dalam kepala otak dia. “ Entah lah Tengku. Saya tak tahu. Nak kata saya ada problem dengan kerja saya rasanya tak ada sampaikan Tengku kena panggil saya. Lagipun saya ni bukannya orang penting dalam syarikat sampaikan kalau saya ada buat salah sikit akan sebabkan syarikat ni kerugian besar. Rasanya tak ada apa yang saya buat sehinggakan Tengku sendiri yang nak jumpa dengan sa..” kata-kataku tergantung di situ apabila Tengku Izham dah mula menyampuk.

“ Diam. Banyak mulut betulla la awak ni. Saya mintak awak teka je bukannya explain dengan panjang lebar. Sakit telinga saya dengar tahu tak” dengan nada suara yanbg tinggi dia memberitahuku. Siap dengan jelingan mata lagi. Cukup pakej! Hish benci benar aku menengoknya. Kalau tak nak dengar tak payah la dengar. Tutup telinga kan senang. “ And I want ask you, I'm your boss right ?” soalnya kepadaku. Aku berasa pelik untuk menjawab. Kenapa pulak dengan mamat sambal belacan ni. Memang la dia bos aku takkan lupa pulak. Sah-sah dah nyanyuk ni. Aku ketawa dalam hati. Nak ketawa kat luar ni. Mampus aku kena marah silap-silap kena buang kerja. Bos aku yang sorang ni kepala dia bukannya betul sangat. Ikut kepala hangin dia je. Hati perasaan orang jangan harap dia nak jaga.

 “Hanan Asyikin saya tanya awak ni!” huh ! Kalau bercakap dengan aku macam aku ni duduk sebatu aje dengan dia. Volume memang tak boleh nak slow. Asyik menempelak aku je.

“ Ya saya dengar” jawabku malas. Ingat dia sorang je boleh marah. Aku pun boleh la. Ni pun aku sabar je ingatkan dia tu bos aku. Kalau tak dah lama aku ganyang.

“ Habis kalau dengar kenapa tak jawab. Kenapa susah sangat ke soalan saya tu sampai awak susah sangat nak jawab huh?” menempelak lagi. Wahai hati banyakkan bersabar lah engkau.

 Dengan malas aku menjawab. “ Ya Tengku ni bos saya. Kenapa Tengku dah tak ingat ke Tengku ni bos saya malahan bukan saya sorang tapi semua pekerja kat syarikat ni.” dia merengus.

“ Awak ni kan saya tanya sepatah, berpuluh-puluh patah awak jawab kan. Awak ingat sikit awak bercakap dengan siapa sekarang ni. Jangan buat saya hilang sabar.” katanya dengan kasar. Aku buat bodoh jah. Malas dah aku nak bertekak dengan dia. Buat kering air liur je.

“ Dah Tengku tanya saya jawabla je la. Lagipun kalau saya diam nanti ada orang kata saya bisu pulak.” Aku membalas pandanganya tapi kali ni aku kalah. Entah kenapa perasan pelik datang lagi. Macam dua hari lepas kat rumah mamat sambal belacan tu. Aku benci rasa macam ni. Entah kenapa. Aku takut. Takut perkara yang berlaku dulu berulang lagi dan paling pahit jika perasan itu kembali melanda diri aku lagi.

“Shut up! Hish awak ni kan betul-betul buat saya geram. Agak-agak masa exam kat sekolah soalan tanya nak satu jawapan maybe awak ni jawab sepuluh tak. Bengang betul saya. Hah dah suka sangat menjawab banyak sangat macam ni kenapa tak jadi lawyer je. Kan senang dapat berbahas dalam mahkamah. Opps lupa awak ni belajar mana la tinggi sangat kan sampai nak jadi peguam.” Dia tersenyum sinis. Dalam hati aku ni dah menyumpah seranah. Bila lah boleh keluar ni. Dah tak tahan sangat ni. Bengang.

“Tengku nak apa sebenarnya panggil saya ni ? banyak lagi kerja yang saya tak bereskan lagi kat bawah. Kalau setakat nak datang sini just untuk saya dengar Tengku hina saya buang masa aje tau.” Aku membalas kata-katanya. Rasa terlalu hina apabila Tengku Izham mengatakan sedimikian rupa. Apa kau ingat aku ni bodoh sangat ke? Okay satu hari nanti kalau kau dah tengok sijil  degree aku masa tu aku nak tengok reaksi terkejut muka kau macam mana. Agak-agak ada macam iras iras muka monyet kat zoo negara tak. Nanti kau. Ada tayar lori ada tayar bas, kau ingat tu ya. Nanti aku akan buat kau meletup. Bikin panas beb ! “ Tengku panggil saya nak apa ?” aku mengulang pertanyaan ku. Kenapa la dengan dia ni asyik sangat tengok muka aku tak berkelip. Ini mesti tak lain tak bukan. Duk mengata aku lah tu. Ye la aku tahu la muka aku ni tak mekap macam perempuan lain kat office ni tapi janagn la tenung aku macam tu. Malu jugak. Nanti aku fikir dia syok kat aku pulak kang tak pasal-pasal.

“ Hah awak cakap dengan saya ke ?” soal Tengku Izham dengan blur.

“ Tak saya tanya buku ni bukan tanya Tengku pun.” Jawab aku. Ambik kau. Padan muka kenakan aku sangat kan. Dia merengus.

“Saya panggil awak ni sebab awak ada ‘kerja’ dengan saya” dia menjungkitkan keningnya kat aku. Aik kerja apa pulak ni. Kan aku kerja receptionist setahu aku kerja aku dengan dia tak ada kena mengena dengan bahagian dia. Sekali lagi aku tegaskan tak ada kena mengena dengan dia. Nak beritahu kat Tengku Izham tapi macam suara aku tersekat kat kerongkong pulak. Ei dia ni guna ilmu apa la sampai aku tak boleh nak cakap dengan dia. Macam semacam aje dia sebut kerja tu.

“ Kerja apa ya Tengku? InsyaAllah saya akan buat apa yang termampu” tengok hati kata lain mulut pulak kata lain tak sebulu betul la. Tapi sekarang ni aku rasa semacam je.

Dia senyum. Macam biasala senyuman jahat okay. “ Saya tak kira awak boleh buat ke tak boleh buat ke saya nak awak buat jugak. Ini termasuk dengan duit gaji yang awak terima bulan-bulan tapi kalau tak cukup saya boleh tambah dengan my own money. Amacam ?”soalnya. ini yang membuatkan aku bertambah hairan. Hish kerja apa pulak yang mamat ni nak aku buat kali ni. Jangan yang bukan-bukan sudah la. tapi tak apa kalau kalau dia mintak yang bukan-bukan tahula aku macam mana nak mengajarnya. Nak kena buang kerja ke apa ke aku dah tak kisah.

Dengan teragak-agak aku bertanya. “Kerja apa yang Tengku nak saya buat?” dah gaya macam terdesak sangat aku bertanya. Ye la nak la tahu sangat apa ‘kerja’ yang dia nak aku buat sangat tu.
Tengku Izham mencapai fail kat atas mejanya dan menghulurkan kepada aku. Aku teragak-agak untuk mengambilnya. Apa ke benda pulak ni. Nak aku check spelling error plak ke ? takkan kak Fara PA dia yang cantik menawan tu tak boleh buat. Dengan gaya perempuan melayu terakhir dengan lembutnya aku membuka fail dan melihat isi kandungannya.. Tanpa ragu aku terus mambaca apa isi kandungannya tanpa menghiraukan pandangan maut Tengku Izham . Lantak kau lah nak fikir apa pun mamat sambal belacan oi. Aku dah tak kisah. Nak tahu sangat dah ni. Aku terkejut beruk. Kalau ada lalat kat dalam pejabat ni sah-sah dah masuk kat dalam mulut aku yang ternganga ni. Gila! Ni memang kerja gila. Apa kes pulak aku kena buat semua ni. Selesai membaca apa yang tercatat di dalam kertas tersebut aku rasa darah macam berlumba nak hantar oksigen kat badan aku ni. Memang nak marah tahap gaban dah ni. Apa punya syarat la macam ni. Mula-mula baca tak boleh nak proses. Agak-agak otak tak boleh nak access maklumat kot baca idea gila nak mampus macam ni. Aku mengangkat mukaku dari bait-bait yang ada kat kertas tu dan mencari wajah mamat sambal belacan yang kurang asam sangat tu. Pandangan kami bertemu. Perasan tadi dah melayang entah ke mana. Yang ada sekarang perasaan macam nak wrestling orang pulak.

“ Tengku apa semua ni ? kenapa pula saya kena buat semua ni ? Tengku ingat saya tak ada kerja ke ?” aku bertanya dengan suara ditahan-tahan. Kang tak pasal-pasal satu office bergegar dengar suara aku yang merdu ni kan.

“ kenapa apa pulak.? Memang tu arahan saya dan awak kena buat walau macam mana sekalipun, faham cik Hanan Asyikin?”

“ ini rancangan gila Tengku!” aku menampar pipiku sendiri agar ini sekadar mimpi dan bila aku terjaga tak ada kerja gila yang aku kena buat ni. Aku melihat kertas itu semula kot kot aku tersalah baca ke apa ke.

1.     Awak kena jadi pembantu rumah saya selama tiga bulan berturut-turut
2.     Pagi-pagi kat office awak mesti sampai awal daripada saya and kena sediakan air coffee ,jangan manis or pahit. Asal rasa dia kaw kaw je

“ Gila apa punya syarat. Tak ada bibik ke sampai aku yang kena jadi bibik rumah dia then kat office dah tak ada duit ke nak bayar gaji tea lady.” Aku mengomen dengan suara perlahan. Mataku menangkap kerja yang seterusnya

3.     Jika saya ada event or perlu attend apa-apa meeting awak perlu mengikut saya jika saya merasakan awak diperlukan untuk menghadiri majlis apa pun.
4.     Awak kena jadi driver saya. Pergi balik kerja awak kena hantar saya.
5.     Jika saya sangat sibuk dengan kerja and kerja memang banyak automatic awak akan jadi orang kanan saya. I mean awak kena tolong saya siapkan kerja tu .
6.     Selama menjadi pekerja saya awak tak boleh berhubungan dengan mana-mana lelaki kalau ada sila putuskan dengan serta-merta.
7.     Semua syarat di atas perlu dilakukan bermula sehari selepas anda menerima surat ini! WAJIB

Aku menghabiskan bacaan ku. Enam kerja yang dimaksudkan oleh mamat sambal belacan ni memang tak masuk akal. Aku ni bukannya orang kanan dia sampai kena kerja dengan dia macam ni sekali. “ Tengku kerja saya  just as a receptionist je bukannnya orang kanan Tengku sampai kena kerja macam ni sekali” aku meluahkan rasa tidak puas hati.

“ saya tak kisah apa awak nak cakap tapi tolong fikir masak-masak sebelum make a desicion kalau awak setuju saya akan naikkan gaji awak tiga kali ganda” katanya bersahaja. Amboi seronok dengar orang kaya cakap pasal duit. Macam air je nak keluar duit bagi kat orang. Tapi dengar je gaji digandakan tiga kali ganda terus depan mata aku nampak duit je. Hai mata duitan sungguh. Tak boleh Asy kau kena hati-hati. Kau bukannya tahu sangat apa yang mamat ni nak buat kat kau. Baik kau fikir banyak kali. Jangan-jangan dia memang dah rancang nak kenakan kau tak.

“ apa yang Tengku nak daripada saya sebenarnya hah ?” soalku dengan sedikit bengang.

“Nak awak just buat apa yang saya suruh je. Kalau awak tak nak ikut apa yang saya suruh saya akan pastikan saya awak dibuang kerja and takkan diterima lagi oleh mana-mana syarikat kat Malaysia ni! So cik Hanan Asyikin you can go now  and esok bagi tahu saya keputusannya. Saya tak main dengan kata-kata saya. So make the right decision okay.”
 
 Sungguh aku blur sekarang ni. Macam ada batu hempap atas kepala aku aje lagaknya. Ini semua rancangan gila. Bengang betul la aku kalau macam ni. Kepala aku sekarang dah berserabut macam wayar dah sekarang ni. Dah la nak mengadap muka mamat sambal belacan tu seminit pun dah tak sanggup ni pulak semua kerja nak kena dibuat dengan dia. Eii tolong la tak kuasa aku nak mengadapnya. Tanpa berlengah aku terus pulang ke rumah. Lantak lah sekarang bukan waktu balik lagi pun yang penting aku nak kosong kan fikiran aku yang tengah serabut ni.